Kem 1 Murid 1 Sukan Sk Seri Bulan

8
SK SERI BULAN [UNIT KOKURIKULUM] 27 HINGGA 28 SEPTEMBER 2013 1.0 LATAR BELAKANG Kem 1 Murid 1 Sukan SK Seri Bulan merupakan satu program yang dilaksanakan sejajar dengan matlamat Pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ianya melibatkan murid-murid pilihan Tahap 2 seramai 40 orang ( lelaki & perempuan ) . Sebanyak tiga permainan yang boleh dipopularkan oleh pihak sekolah akan diberi bimbingan dan klinik permainan oleh beberapa tenaga pengajar dan jurulatih yang berkebolehan. Tiga permainan tersebut ialah bola baling ( L&P ), futsal ( L&P ) dan kriket. Melalui acara inilah bakat-bakat murid dalam bidang sukan akan dapat dicungkil dan dididik supaya mencapai kecemerlangan di bidang sukan selaras dengan dasar kerajaan 1 murid 1sukan. 2.0 RASIONAL Kem 1 Murid 1 Sukan SK Seri Bulan ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan murid yang cergas, progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid sebagai harmonis dan menghargai 1

description

Kem 1 Murid 1 Sukan Sk Seri Bulan

Transcript of Kem 1 Murid 1 Sukan Sk Seri Bulan

Page 1: Kem 1 Murid 1 Sukan Sk Seri Bulan

SK SERI BULAN [ ]

27 HINGGA 28 SEPTEMBER 2013

1.0 LATAR BELAKANG

Kem 1 Murid 1 Sukan SK Seri Bulan merupakan satu program yang dilaksanakan sejajar dengan matlamat

Pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ianya melibatkan murid-murid pilihan

Tahap 2 seramai 40 orang ( lelaki & perempuan ) . Sebanyak tiga permainan yang boleh dipopularkan oleh

pihak sekolah akan diberi bimbingan dan klinik permainan oleh beberapa tenaga pengajar dan jurulatih yang

berkebolehan. Tiga permainan tersebut ialah bola baling ( L&P ), futsal ( L&P ) dan kriket. Melalui acara

inilah bakat-bakat murid dalam bidang sukan akan dapat dicungkil dan dididik supaya mencapai

kecemerlangan di bidang sukan selaras dengan dasar kerajaan 1 murid 1sukan.

2.0 RASIONAL

Kem 1 Murid 1 Sukan SK Seri Bulan ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan murid yang cergas,

progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid sebagai harmonis dan menghargai alam

insane yang seimbang dan sekitar selaras dengan slogan sekolah SK Seri Bulan Cemerlang 2014. Program

ini juga turut diwujudkan demi melahirkan murid yang cergas dan aktif dalam bidang sukan.

3.0 MATLAMAT

Kem 1 Murid 1 Sukan SK Seri Bulan ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid dalam bidang sukan

dan dapat membentuk serta melahirkan murid yang berkeyakinan diri dengan mempertingkatkan kebolehan

1

Page 2: Kem 1 Murid 1 Sukan Sk Seri Bulan

SK SERI BULAN [ ]

dalam bidang sukan selaras dengan misi sekolah dalam memberikan pendidikan berkualiti yang menyeluruh

ke arah membentuk pelajar berilmu dan berhemah tinggi selaras dengan falsafah dan aspirasi negara. Program

ini juga bertujuan menyahut seruan kerajaan dalam melibatkan murid secara menyeluruh dalam bidang sukan

selaras dengan dasar 1 murid 1 sukan yang diperkenalkan.

  4.0 OBJEKTIF

4.1 Meningkatkan kebolehan,kemahiran dan bakat murid.

4.2 Memupuk dan menyuntik semangat kesukanan dalam diri murid-murid.

4.3 Mewujudkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta meningkatkan daya tahanmurid.

4.4 Guru dapat mengenal pasti murid yang berpotensi dan berbakat dalam bidang sukan.

4.5 Memastikan visi sekolah iaitu SK Seri Bulan sebagai institusi pembangunan modal insan berkualiti tinggi sepanjang zaman.

4.6 Memastikan murid-murid akan berkembang secara seimbang dari segi jasmani,rohani,emosi dan intelektual.

4.7 Memperkembangkan kemahiran pengurusan diri, disiplin, mendengar dan mematuhi arahan

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

Jumaat dan Sabtu ( 27 & 28 September 2013 )

6.0 TEMPAT

Dewan SK Seri Bulan dan padang SK Seri Bulan

7.0 KUMPULAN SASARAN

20 orang murid Tahap 2 Lelaki & Perempuan ( Bola Baling )

20 orang murid Tahap 2 Lelaki ( Kriket )

2

Page 3: Kem 1 Murid 1 Sukan Sk Seri Bulan

SK SERI BULAN [ ]

8.0 JAWATANKUASA INDUK KEM 1 MURID 1 SUKAN SK SERI BULAN

Pengerusi : Encik Kahar bin Abdullah

Guru Besar SK Seri Bulan

Naib Pengerusi I : Encik Muhamad Hairani bin Ahmad

GPK Kokurikulum SK Seri Bulan

Naib Pengerusi II : Pn Hjh Siti Radhiah bte Hashim

GPK Pentadbiran

Naib Pengerusi III : Encik Mohd Asri bin Tasripin

GPK Hal Ehwal Murid

Setiausaha : Pn. Farida Farha bte Mohamad Kassim

Naib Setiausaha : Encik Pauzidan bin Sungip

AJK : Encik Md Rajab bin Tamin

Kelab Sepak Takraw

Encik Sam’muden bin Semito

Kelab Bola Sepak

Pn. Hjh Hamimah bte

Kelab Bola Jaring

Pn. Zarina bte Haron

Kelab Bola Baling

9.0 JAWATANKUASA KERJA KEM 1 MURID 1 SUKAN SK SERI BULAN

Penyelaras : Encik Pauzidan bin Sungip

Pendaftaran : Encik Khairul Shamsul bin Shamsuddin

Peralatan Padang : Encik Sam’muden bin Semito

Hadiah/Cenderamata : Pn. Zainora bte Abd Latif

Pn. Salina Samion

3

Page 4: Kem 1 Murid 1 Sukan Sk Seri Bulan

SK SERI BULAN [ ]

Makanan/Minuman : Pn. Hjh Manisah

Pn. Sa’ayah bte Ahmad

Rakaman Peristiwa : Encik Azlan bin Abu Hassan

Persiapan Dewan : Encik Md. Rajab bin Tamin

Tn Hj Moideen bin Muhamad

Pengacara Majlis : Tn Hj Muhammad Shafie bin Kaab

Gimik Perasmian : Pn. Roslina bte Abu

10.0 PERBELANJAAN

BIL. PERKARA KUANTITI JUMLAH

1. Sarapan Pagi 1 x RM 1.00 x 50 RM 50.00

2. Makan Tengahari 1 x RM 4.00 x 50 RM 200.00

3. Minum Petang 2 x RM 1.00 x 50 RM 100.00

4. Cenderahati 2 x RM 50.00 RM 100.00

5. Banner 1 x RM 50.00 RM 50.00

JUMLAH BESAR RM 500.00

11.0 ATURCARA KEM 1 MURID 1 SUKAN

HARI PERTAMA : JUMAAT ( 27/09/2013 )

2.30 ptg : Pendaftaran: Taklimat oleh Penyelaras

3.00 ptg : Perasmian Program Kem 1 Murid 1 Sukan4

Page 5: Kem 1 Murid 1 Sukan Sk Seri Bulan

SK SERI BULAN [ ]

Encik Kahar bin AbdullahSK Seri Bulan

3.30 ptg : Slot 1Asas-Asas Permainan Bola Baling( Teori & Praktikal )

Encik Muhaimin bin Muhamad AliasSK Seri Bandan

6.00 ptg : Bersurai

HARI KEDUA : SABTU ( 28/09/2013 )

8.00 pg : Pendaftaran: Taklimat oleh Penyelaras

8.30 pg : Slot 2Asas-Asas Permainan Kriket( Teori & Praktikal )Encik Mohd Amar Rahymee AnnuarSK Ayer Hitam

10.00 pg : Kudapan

10.30 pg : Mini Pertandingan Bola Baling & Kriket

12.00 t.hari : Makan Tengahari

2.00 ptg : Rumusan Program

3.00 ptg : Majlis Penutup

Bersurai

 

5

Page 6: Kem 1 Murid 1 Sukan Sk Seri Bulan

SK SERI BULAN [ ]

12.0 PENUTUP

Adalah dengan ini amatlah diharapkan supaya kertas cadangan bagi mengadakan Kem 1 Murid 1 Sukan ini

akan mendapat kelulusan dan juga secara tidak lansung akan mencapai misi dan visi iaitu SK Seri Bulan

sebagai institusi pembangunan modal insan berkualiti tinggi sepanjang zaman, InsyaAllah.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

................................................................ ...................................................

FARIDA FARHA MUHAMMAD KASSIM

Setiausaha Kokurikulum

SK Seri Bulan

Diluluskan Oleh:

6

Page 7: Kem 1 Murid 1 Sukan Sk Seri Bulan

SK SERI BULAN [ ]

................................................

7