Kem Sains Baru

6
SK ST ANNE, PETI SURAT 82196, 87032 WP LABUAN. KEM SAINS DAN MATEMATIK WARSA TEMA : “JOM BELAJAR SAINS DAN MATEMATIK!” 1.0 Tajuk Kertas kerja: Kertas kerja sempena Kem Sains dan Matematik 2012, anjuran Persatuan Sains dan Matematik, SK St. Anne W.P. Labuan merupakan program kebitaraan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 4. 2.0 Pengenalan : Kem Sains dan Matematik diadakan bagi membuka ruang kepada semua murid SK St. Anne agar lebih mendekati bidang ini secara mesra pengguna. Bidang ini biasanya dilabel sebagai bidang abstrak yang hanya mereka yang mempunyai IQ tertentu sahaja yang mampu menguasainya. Ini berpunca daripada ketiadaaan kemahiran atau keupayaan berfikir dalam kalangan majoriti murid. Justeru, bagi mendekatkan semua lapisan murid mendalami bidang ini dengan lebih mesra, Kem Sains dan Matematik diadakan. Harapan program ini agar murid-murid akan bersedia membuka minda dan menerima pengajaran dan pembelajaran Sains Matematik dengan lebih baik daripada sebelumnya. Tema Kem Sains dan Matematik untuk tahun ini adalah “JOM BELAJAR SAINS DAN MATEMATIK!” 3.0 Matlamat 1

Transcript of Kem Sains Baru

Page 1: Kem Sains Baru

SK ST ANNE,PETI SURAT 82196,87032 WP LABUAN.

KEM SAINS DAN MATEMATIK WARSA

TEMA : “JOM BELAJAR SAINS DAN MATEMATIK!”

1.0 Tajuk Kertas kerja:

Kertas kerja sempena Kem Sains dan Matematik 2012, anjuran Persatuan Sains dan Matematik, SK St. Anne W.P. Labuan merupakan program kebitaraan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 4.

2.0 Pengenalan :Kem Sains dan Matematik diadakan bagi membuka ruang kepada semua murid SK St. Anne agar lebih mendekati bidang ini secara mesra pengguna. Bidang ini biasanya dilabel sebagai bidang abstrak yang hanya mereka yang mempunyai IQ tertentu sahaja yang mampu menguasainya. Ini berpunca daripada ketiadaaan kemahiran atau keupayaan berfikir dalam kalangan majoriti murid.

Justeru, bagi mendekatkan semua lapisan murid mendalami bidang ini dengan lebih mesra, Kem Sains dan Matematik diadakan. Harapan program ini agar murid-murid akan bersedia membuka minda dan menerima pengajaran dan pembelajaran Sains Matematik dengan lebih baik daripada sebelumnya.

Tema Kem Sains dan Matematik untuk tahun ini adalah “JOM BELAJAR SAINS DAN MATEMATIK!”

3.0 Matlamat

Untuk menjayakan Kem Sains dan Matematik peringkat sekolah tahun 2011 dan menjadikan

pelajar lebih berkeyakinan, berpengetahuan dan meningkatkan kemampuan pelajar dalam

matapelajaran sains dan matematik.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Objektif umum

4.1.1 Untuk mencapai dasar 60:40

1

Page 2: Kem Sains Baru

4.2 Objektif Program :

4.2.1 Membuka minda murid bahawa Sains adalah fenomena yang berlaku di sekeliling mereka.

4.2.2 Menyedarkan murid bahawa Sains dan Matematik adalah pelajaran yang menyeronokkan di samping mencabar minda.

4.2.3 Mencungkil bakat kepantasan menyelesaikan masalah semasa pertandingan abacus,mental aritmetik dan G-Math.

4.2.4 Menarik minat murid supaya memberi lebih tumpuan semasa P&P Sains dan Matematik di dalam kelas.

4.2.5 Membuka peluang meneroka alam Sains dan Matematik di luar bilik darjah melalui pertandingan dan permainan.

4.2.6 Melatih kemahiran proses sains murid-murid melalui aktiviti berbengkel.

5.0 Tarikh Aktiviti :3 - 4 November 2012 (2 hari)

6.0 Masa Aktiviti :Rujuk jadual aktiviti.

7.0 Tempat Aktiviti : Dewan Terbuka St Anne dan Bilik darjah Tahun 6

8.0 Senarai AJK Pengelola :Pengerusi : Cik Shim Ching Teo (Guru Besar)

Naib Pengerusi :Pn. Norinnie Kassim (PK Pentadbiran) En. Tan Hong Sing (PK HEM) En.Asmadi Labatu (PK KOKUM)

Setiausaha : Pn. Shamsuria Ebni

Pen. Setiausaha : Cik Khatijah Lamudin

Bendahari : En. Rosli Bin Hj. Kurus

Penyelaras : Semua Guru sains dan Matematik

2

Page 3: Kem Sains Baru

Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana

Ahli Jawatan kuasa

Guru Bertugas Perincian tugas

Pengacara Majlis Pn. Hafizah Hj Abd Aziz Mengacarakan majlis Perasmian dan Penutup.

Backdrop Pn.Anndreeta Sandhu 1. Menyediakan backdrop yang sesuai semasa perasmian

Buku/Risalah Atur cara/Sijil

Pn. Faridah AbdullahPn. Zainab abdul Ghani

1. Menyediakan dan mengedarkan buku atur cara

Banner/Bahan perasmian

En.Azli Sham Harun Menempah dan menggantung banner untuk bulan Sains dan Matematik.

Dokumentasi/ Fotografi

Cik Khatijah LamudinPn. Rogayah Mohd ZainCik Nurhanizawaty Jamaluddin

1. Mengambil gambar-gambar aktiviti.

2. Menyiapkan dokumentasi bagi program ini.

Ceramah/Bengkel Semua Guru Sains Dan Matematik

1. Menyediakan bahan dan kelengkapan aktiviti

Hadiah/ Cenderamata

Pn. Zuraini mohd IsaPn. Delim Lee

1. Menyediakan semua hadiah untuk pemenang,

2. Menguruskan penyampaian hadiah semasa majlis penutup.

Makanan Pn. Rashidah Hj Awang BesarCik Samsiah AtarPn. S.Rahatinah abdul TalibPn. Louralei Abdurasad

1. Menempah makanan dan minuman untuk semua murid

2. Memastikan waktu makan dan minum murid berjalan lancar dan mengikut waktu yang ditetapkan

9.0 Penyertaan :Terbuka kepada semua murid Tahap 2 dan semua Guru Sains dan Matematik.

10.0 Cara Aktiviti dijalankan :

10.1 Ceramah Matematik:

Abakus

Mental Aritmetik

G-Math

3

Page 4: Kem Sains Baru

10.2 Bengkel:

Abakus

Mental Aritmetik

G-Math

Kemahiran Proses Sains

11.0 Pelaksanaan Program

Tarikh Masa Aktiviti Penyelaras3 Oktober 2012

7.00 Pendaftaran Guru Kelas

7.30 Sarapan Pagi AJK Makanan

8.00 Ceramah 1: Abakus Dan Mental Aritmetik

Pn.Muharna @ Ana Binti Shariff Mucklie

10.00 Rehat AJK Makanan

10.30 Bengkel 1: Abakus Pn. Chieng Keh Ling

12.30 Makan Tengah Hari AJK Makanan

2.00 Ceramah 2: G-Math Pn. Anndreeta Sandhu

3.30 Bengkel 2: G-Math Cik Surianty Binti Darsa

5.00 Bersurai Guru Kelas

4 Oktober 2012

7.00 Pendaftaran Guru Kelas

7.30 Sarapan Pagi AJK Makanan

8.00 Bengkel 3:Menyiasat Alam Kehidupan

Pn. Shamsuria Binti Ebni

10.00 Rehat AJK Makanan

10.30 Bengkel 4: Menyiasat Alam Fizikal

En. Symsul Bin Reduan

12.30 Makan Tengah Hari AJK Makanan

2.00 Bengkel 5: Menyiasat Alam Bahan

En. Julin Anak Guan

3.30 Bengkel 6: : Menyiasat Dunia Teknologi

Cik Fun Yuk Mei

5.00 Bersurai Guru kelas

4

Page 5: Kem Sains Baru

12.0 Anggaran Perbelanjaan :

Anggaran Makan dan Minum Murid:

Bil TAHUN BIL MURID X RM12.50 JUMLAH1 4 71 X RM 12.50 X 2 hari RM 1775.002 5 64 X RM 12.50 X 2 hari RM 1600.003 6 63 X RM 12.50 X 2 hari RM 1575.00

Jumlah RM 4950.00

13.0 PenutupSemoga kem ini dapat mencapai matlamat dan menarik minat pelajar untuk mempelajari sains dan matematik seterusnya mencapai matlamat 60:40. Kejayaan program ini juga menggambarkan komitmen semua pihak dalam menggerakkan minat dan meningkatkan kesedaran pelajar-pelajar dan masyarakat dalam merealisasikan dasar KPM.

5