Kemahiran asas badminton

9
2.0 KEMAHIRAN ASAS Kemahiran-kemahiran asas dalam pemainan badminton adalah seperti berikut: I. Genggaman II. Servis III. Pukulan/stroke 2.1 Genggaman asas/‘handshake’ Kemahiran genggaman adalah kemahiran paling asas yang perlu dikuasai oleh setiap permain sebelum mula bermain. Secara umumnya, kebanyakan pemain tidak menitikberatkan kemahiran ini kerana dianggaap remeh. Kemahiran ini diwujudkan bagi memudahkan para pemain melakukan pukulan dan servis selain meringankan berat raket. Genggaman asas yang betul mesti mempunyai ciri-ciri seperti berikut: 1. Pembentukan V oleh ibu jari dan jari telunjuk di bahagian pemegang atau handle raket. 2. Jari terbuka sedikit dengan bahagian pemegang raket rehat di atas bahagian sebelah bawah jari-jari. 3. Perlu diberi ruang di antara bahagian pemegang raket dan tapak tangan supaya raket digenggam dengan hujung jari-jari pemain. 4. Keseluruhan bahagian pemegang raket tidak melepasi tangan.

description

Kemahiran asas badminton

Transcript of Kemahiran asas badminton

Page 1: Kemahiran asas badminton

2.0 KEMAHIRAN ASAS

Kemahiran-kemahiran asas dalam pemainan badminton adalah seperti

berikut:

I. Genggaman

II. Servis

III. Pukulan/stroke

2.1 Genggaman asas/‘handshake’

Kemahiran genggaman adalah kemahiran paling asas yang perlu dikuasai

oleh setiap permain sebelum mula bermain. Secara umumnya, kebanyakan

pemain tidak menitikberatkan kemahiran ini kerana dianggaap remeh.

Kemahiran ini diwujudkan bagi memudahkan para pemain melakukan pukulan

dan servis selain meringankan berat raket. Genggaman asas yang betul mesti

mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

1. Pembentukan V oleh ibu jari dan jari telunjuk di bahagian pemegang atau

handle raket.

2. Jari terbuka sedikit dengan bahagian pemegang raket rehat di atas

bahagian sebelah bawah jari-jari.

3. Perlu diberi ruang di antara bahagian pemegang raket dan tapak tangan

supaya raket digenggam dengan hujung jari-jari pemain.

4. Keseluruhan bahagian pemegang raket tidak melepasi tangan.

Page 2: Kemahiran asas badminton

2.1.1 Genggaman kilas

Untuk memperoleh ganggaman kilas atau backhand yang betul pemain

perlu:

1. Pegang raket seperti genggaman asas.

2. Genggaman mestilah relaks dan pusingkan bahagian pemegang raket

dengan jari-jari dalam anggaran 30’ ke kanan.

3. Letakkan ibu jari di atas bahagian pemegang raket atau di bahagian

belakang raket yang leper. Kedudukan ibu jari ini memberi daya kepada

pukulan dan mengawal raket.

Rajah 2.1.1 Genggaman kilas

2.1.2 Kesalahan dalam pegangan raket

Berikut adalah beberapa jenis kesalahan yang sering dilakukan oleh

pemain badminton sama ada ketika latihan mahu pun perlawanan:

1. Raket dipegang terlalu ketat.

2. Jari tidak terbuka dan pegangan pada tapak tangan ini menyebabkan

kehilangan penggunaan pergelangan tangan.

Page 3: Kemahiran asas badminton

2.2 Servis

Pukulan servis merupakan pukulan yang sangat penting dan para pemain

badminton mestilah mengusai kemahiran ini supaya konsisten dan tepat. Servis

merupakan kemahiran asas yang terpenting kerana setiap mata yang dipungut

oleh pemain bermula dari servis. Berikut adalah jenis-jenis servis:

I. Servis tinggi

II. Servis rendah

III. Servis flik

IV. Servis kilas

2.2.1 Servis tinggi

Kemahiran servis tinggi ini biasanya digunakan dalam permainan

perseorangan. Tujuannya adalah supaya pihak lawan terpaksa bergerak ke

bahagian belakang gelanggang untuk membalas servis dan sukar untuk

melakukan serangan. Ini akan menyebabkan gelanggang sebelah hadapan

pihak lawan terdedah. Bulu tangkis dipukul dari tempat permulaan biasa atau

belakang sedikit ke belakang dan dihantar ke ketinggian 22 hingga 30 kaki ke

belakang gelanggang pihak lawan.

Pemain memegang raket secara pepat (forehand). Bulu tangkis dipukul

setinggi 22 hingga 30 kaki supaya ia jatuh tegak di garisan servis panjang dalam

permainan regu dan di garisan belakang dalam permainan perseorangan.

Lihat Rajah 2.2.1 untuk melihat bagaimana servis tinggi dibuat:

Rajah 2.2.1 Servis tinggi

Page 4: Kemahiran asas badminton

Ansur maju

1. Dalam kedudukan bersedia dan raket dihayun ke belakang, pindahkan

berat badan ke kaki belakang. Bahagian bahu kiri pemain (tangan dalam

keadaan bebas) menghadap ke arah servis.

2. Raket dihayun ke bawah dan ke hadapan dan bulu tangkis dilepaskan

serentak semasa raket dihayun ke hadapan. Berat badan dipindahkan ke

kaki hadapan sambil mengilaskan badan untuk menghadap jaring.

Pastikan bulu tangkis disentuh di bawah aras pinggang.

3. Dalam fasa lajak, raket terus dihayunkan ke atas mengikut arah

pergerakan bulu tangkis yang dituju. Raket akan terus bergerak tinggi

dan melepasi aras pinggang dan bahu tangan bebas.

2.2.2 Servis rendah

Kemahiran ini amnya digunakan oleh pemain dalam permainan regu. Bulu

tangkis dipukul supaya ianya melepasi aras ketinggian jaring dan jatuh di garisan

hadapan gelanggang pihak lawan.

Pemain memegang raket secara pepat atau forehand semasa melakukan

servis rendah. Untuk kawalan yang baik dalam kemahiran servis rendah, pemain

boleh memendekkan sebanyak enam inci bahagian pemegang raket untuk

kawalan yang baik.

Rajah 2.2.2(A) menunjukkan cara-cara melakukan servis:

Rajah 2.2.2(A) Servis rendah

Page 5: Kemahiran asas badminton

Ansur maju

1. Dalam kedudukan bersedia dan raket dihayun ke belakang badan sedikit

dan berat dipindahkan ke kaki belakang. Pergelangan tangan raket

dikuncikan.

2. Semasa bulu tangkis dilepaskan, berat badan dipindahkan ke hadapan

dan seluruh lengan dihayunkan bersama-sama ke hadapan.

3. Bulu tangkis disentuh di bawah aras pinggang.

4. Ikut lajak adalah singkat dan tidak seperti dalam servis tinggi.

Servis flik adalah sama seperti servis rendah, tetapi pada saat-saat

terakhir pemain akan melakukan tindakan menguis atau pukulan flik. Servis ini

selalu digunakan dalam permainan regu sebagai satu tindakan memerangkap

pihak lawan secara mengujut. Rajah 2.2.2(2) menunjukkan perbezaan di antara

servis flik dan servis rendah.

Rajah 2.2.2(2) Penerbangan bulu tangkis dalam servis flik (A) dan servis rendah (B)

Page 6: Kemahiran asas badminton

2.2.3 Peraturan servis

Servis sangat penting dalam permainan badminton kerana setiap mata

yang dipungut oleh pemain bermula dari servisnya. Oleh yang demikian, adalah

penting bagi setiap pemain memastikan bahawa cara melakukan servis adalah

betul kerana ia menjadi salah satu faktor untuk memenangi sesuatu perlawanan.

Peraturan serivs perlu diambil perhatian oleh semua pemain. Perkara-perkara

berikut boleh membatalkan servis pemain:

1. Bingkai raket berada lebih tinggi dari aras pinggang semasa servis

dilakukan.

2. Tidak keseluruhan kepala raket berada di bawah tangan pembuat servis.

Rajah 2.2.3 Peraturan mengenai servis

Page 7: Kemahiran asas badminton

2.3 Pukulan/stroke

Kemahiran ini merupakan kemahiran ketiga yang perlu dipelajari dan

dikuasai oleh setiap pemain badminton. Berikut adalah cabang-cabang dalam

kemahiran pukulan:

I. Pukulan deras

hadapan

kilas

II. Pukulan bawah lengan

hadapan

III. Pukulan junam

lurus pukulan kilas

lurus pukulan hadapan

silang pukulan hadapan

silang pukulan kilas

IV. Pukulan smesy

lurus selari dengan tepi garis

silang

badan pihak lawan (body smash)

V. Pukulan lob

defensif

ofensif

VI. Pukulan di jaring

bulu tangkis di atas aras jaring

bulu tangkis bawah dari aras jaring

VII. Pukulan kilas atas kepala