Kemahiran Asas Hoki

3
KEMAHIRAN ASAS HOKI Terdapat tujuh kemahiran asas dalam permainan hoki iaitu : Kemahiran Menolak Kemahiran menolak amat penting untuk dikuasai. Kemahiran ini berguna untuk membuat hantaran ,clearance atau untuk menjaringkan gol. Ia boleh dilakukan dengan pantas dan serta-merta tanpa disedari oleh pihak lawan. Walaupuntolakan tidak sekuat pukulan, tetapi ia boleh digunakan dalam kedudukan sukar semasa kemahiran tidak boleh digunakan. Kemahiran inijuga digunakan ketika menolak bola semasa memulakan sudut penalti. Kemahiran Menahan atau menyerkap bola Menahan atau menyerkap bola bermakna mengawal dengan memberhentikan bola yang bergerak sama ada dari hantaran kawan atau menghalang hantaran lawan. Kemahiran Memukul Memukul adalah penting dalam permainan hoki kerana melalui kemahiran ini bola boleh dihantar dengan cepat dan jauh kepada rakan sepasukan. Pukulan yang tepat ke sasaran melancarkan pergerakan serangan ketika bermain. Kemahiran Menguis Kemahiran menguis membolehkan bola dihantar melalui udara dan ia juga digunakan ketika melakukan strok penalti dan menjaringkan gol. Rajah 1 : Kemahiran menguis untuk hantaran kayu pemain lawan Kemahiran Mencedok Kemahiran mencedok hampir sama dengan kemahiran menguis tetapi sudut kecendongan permukaan kayu lebih tinggi ke udara dan lebih jauh. Kegunaannya adalah untuk menghantar lebih jauh ke udara. Rajah 2 : Berdiri dan mata sentiasa memandang bola seperti pegangan untuk kemahiran menguis

description

good

Transcript of Kemahiran Asas Hoki

Page 1: Kemahiran Asas Hoki

KEMAHIRAN ASAS HOKI

Terdapat tujuh kemahiran asas dalam permainan hoki iaitu :

Kemahiran Menolak

Kemahiran menolak amat penting untuk dikuasai. Kemahiran ini berguna untuk membuat hantaran ,clearance atau untuk menjaringkan gol. Ia boleh dilakukan dengan pantas dan serta-merta tanpa disedari oleh pihak lawan. Walaupuntolakan tidak sekuat pukulan, tetapi ia boleh digunakan dalam kedudukan sukar semasa kemahiran tidak boleh digunakan. Kemahiran inijuga digunakan ketika menolak bola semasa memulakan sudut penalti.

Kemahiran Menahan atau menyerkap bola

Menahan atau menyerkap bola bermakna mengawal dengan memberhentikan bola yang bergerak sama ada dari hantaran kawan atau menghalang hantaran lawan.

Kemahiran Memukul

Memukul adalah penting dalam permainan hoki kerana melalui kemahiran ini bola boleh dihantar dengan cepat dan jauh kepada rakan sepasukan. Pukulan yang tepat ke sasaran melancarkan pergerakan serangan ketika bermain.

Kemahiran Menguis

Kemahiran menguis membolehkan bola dihantar melalui udara dan ia juga digunakan ketika melakukan strok penalti dan menjaringkan gol.

Rajah 1 : Kemahiran menguis untuk hantaran kayu pemain lawan

Kemahiran Mencedok

Kemahiran mencedok hampir sama dengan kemahiran menguis tetapi sudut kecendongan permukaan kayu lebih tinggi ke udara dan lebih jauh. Kegunaannya adalah untuk menghantar lebih jauh ke udara.

Rajah 2 : Berdiri dan mata sentiasa memandang bola seperti pegangan untuk kemahiran menguis

Page 2: Kemahiran Asas Hoki

Rajah 3 : Bola dicedok sepenuh tenaga ke hadapan tinggi

Kemahiran Menggelecek

Menggelecek ialah cara mengawal bola sambil bergerak dan digunakan untuk melepaskan diri dengan bola daripada kawalan pihak lawan. Terdapat tiga kemahiran iaitu kelecek longgar, kelecek rapat dan kelecek cara ‘India’.

i. Menggelecek Longgar

Menggelecek longgar digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat dan pihak lawan berada jauh dari bola.

Rajah 4 : Menggelecek longgar sambil berlari ke arah gol

ii. Menggelecek Rapat

Menggelecek rapat perlu apabila seseorang pemain hendak mengawal bola dengan rapi. Teknik ini berguna jika pemain tidak memperoleh situasi yang selamat untuk menghantar bola kepada rakan.

Rajah 5 : Menggelecek rapat

iii. Menggelecek Indian

Menggelecek India adalah asas bagi semua pergerakan dengan bola dalam permainan hoki.Muka kayu bergerak bebas dengan bola. Teknik ini dilaksanakan di hadapan badandengan menggerakkan bola ke kiri dan ke kanan silih berganti menggunakan muka kayu dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa menggerakkan kayu manakala tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas untuk menggerakkan bola.

Rajah 6 : Menggelecek Indian