kemahiran bahasa
description
Transcript of kemahiran bahasa
1.0 PENGENALAN
Kemahiran bahasa
2.0 MASALAH MURID DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN BAHASA
Melalui perbincangn yang telah dijalankan bersama guru bahasa melayu di sekolah rendah,
saya dapati terdapat beberapa sebab utama yang mengganggu murid untuk menguasai
kemahiran bahasa di dalam kelas. Antara sebab utama adalah kerana murid senang hilang
tumpuan daripada Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang sedang berlangsung. Murid
senang leka dan lebih cenderung untuk bermain bersama-sama rakannya. Hal ini berlaku
pada tahap satu dan tahap dua namun lebih jelas berlaku kepada tahap satu yang masih
belum mampu mengawal keinginannya untuk bermain sepanjang masa. Murid tahap satu
akan mula bermain dengan kawannya jika mereka hilang minat terhadap apa yang
disampaikan oleh guru di dalam kelas. Murid tahap satu ini lebih mudah untuk hilang
tumpuan kerana murid tahap satu ini masih lagi mempunyai kognitif yang rendah untuk
mengawal diri mereka.
Masalah tumpuan murid ini merupakan cabaran buat guru untuk mengatasinya
dengan pelbagai cara. Murid yang sudah mula bosan dan memberikan tumpuan kepada
perkara lain akan mampu mengganggu tumpuan murid-murid disekelilingnya. Hal ini secara
tidak langsung akan menyebabkan lebih ramai murid tidak mendengar isi penyampaian oleh
guru dan tidak berminat untuk menyertai sesi PdP bersama guru. Masalah ini dilihat
merupakan akibat daripada faktor dalaman diri murid yang masih belum menyedari akan
kepentingan pendidikan dalam kehidupan harian. Murid pada peringkat awal masih lagi
terpengaruh dengan sifat kanak-kanak yang belum matang dan masih ingin bermain.
Walaupun mereka mampu untuk belajar sambil bermain, tetapi perkembangan
kemahirannya agak lambat mengikut jenis permainan yang mereka lakukan. Oleh itu,
pembelajaran secara formal di dalam kelas juga harus ditekankan agar murid mampu
menguasai kemahiran bahasa dengan baik.
Murid yang mudah hilang tumpuan sewaktu belajar, akan mengalami kesukaran
dalam menguasai kemahiran-kemahiran bahasa seperti kemahiran membaca. Murid akan
terkial-kial untuk mengeja perkataan dan murid turut mengalami kesukaran untuk
membatang suku kata. Membatang suku kata ini merupakan salah satu langkah yang harus
dipelajari oleh murid sebelum murid dapat menguasai sepenuhnya kemahiran membaca.
Kaedah membatang suku kata ini memerlukan murid untuk membaca perkataan mengikut
suku kata dan membunyikannya. Murid yang tidak mempelajari kaedah ini tidak akan dapat
menguasai kemahiran membaca dengan baik. Terdapat segelintir murid yang dapat
membunyikan suku kata namun tidak dapat untuk menyebut perkataan yang dieja kerana
tidak mampu untuk menyambung suku kata yang pertama dan kedua. Murid sering
mengalami masalah untuk membatang suku kata kerana mereka harus membunyikan huruf
yang dibaca dan mereka perlu menyambung suku kata untuk membentuk perkataan.
3.0 CARA MENGATASI MENGATASI MASALAH DAN MEMPERTINGKATKAN
KEMAHIRAN BAHASA
4.0 RUMUSAN
5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)