Kemahiran Berfikir

17
Pengenalan: “Satu lagi elemen baru yang diperkenalkan dalam Reformasi Pendidikan ialah Kemahiran Berfikir. Berfikir adalah satu kemahiran dan bukan kebolehan semula jadi. Kepintaran akal atau ‘intelligent’ tidak bererti mempunyai kemahiran berfikir sekiranya ia tidak menguasai kemahiran itu.” (Wan Mohd Zahid Mohd Noordin:1993, Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian) Nordin Tahir, IPIP 1

Transcript of Kemahiran Berfikir

Page 1: Kemahiran Berfikir

Pengenalan:

“Satu lagi elemen baru yang diperkenalkan dalam Reformasi Pendidikan ialah

Kemahiran Berfikir. Berfikir adalah satu kemahiran dan bukan kebolehan

semula jadi. Kepintaran akal atau ‘intelligent’ tidak bererti mempunyai

kemahiran berfikir sekiranya ia tidak menguasai kemahiran itu.”

(Wan Mohd Zahid Mohd Noordin:1993, Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian)

Definisi & Tujuan Kemahiran Berfikir:

Nordin Tahir, IPIP1

Page 2: Kemahiran Berfikir

George (1970) melihat pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah

dan pelakuan semula jadi yang kompleks.

Edward de Bono (1976) pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran

lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah,

malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu dengan pelbagai perspektif bagi

menyelesaikan masalah.

Meyer (1977) pula melihat pemikiran sebagai melibatkan pengelolaan operasi-

operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif

seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.

Chaffee (1988) pula, pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakan

dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Vincent Ryan Ruggiero (1991) pula menyatakan berfikir ialah apa sahaja aktiviti

mental yang membantu untuk memformulasi atau menyelesaikan masalah,

membuat keputusan dan menyempurnakan sesuatu kemahuan untuk memahami

sesuatu (mencari jawapan dan mendapatkan makna)

Fraenkel (1980) pula berpendapat bahawa pemikiran merupakan proses

menggunakan minda sama ada untuk mencari makna, dan pemahaman

terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan, atau menyelesaikan

masalah.

Nordin Tahir, IPIP2

Page 3: Kemahiran Berfikir

John Barell(1991) “…. I define thinking as a search for meaning and

understanding that can involve the adventurous generation of options, the

attempt to arrive at logical, reasonable judgements and reflection on the proses.”

(merupakan kecekapan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan

pemahaman terhadap sesuatu, menjelajahi pelbagai kemungkinan idea,

membuat keputusan, menyelesaikan masalah, membuat pertimbangan secara

logik serta membuat refleksi atau tinjauan semula terhadap proses pemikiran

yang dilalui).

Rumusan Definisi & Tujuan:

“Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan

pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau

ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif

terhadap proses yang dialami”

Budaya Berfikir dapat dipupuk jika:

• KBKK diajar secara eksplisit; diaplikasikan oleh murid

• KBKK disepadukan dan disebatikan dalam aktiviti P & P

• KBKK diajar bersama isi pelajaran

• KKKK digunakan untuk memikirkan tentang apa yang dipelajari

Nordin Tahir, IPIP3

Page 4: Kemahiran Berfikir

Pelbagai Proses Kemahiran Berfikir:

KEMAHIRAN BERFIKIR

KREATIF•Menjana idea•Menghubung kaitkan•Membuat inferens•Meramalkan•Membuat hipotesis•Mensintesiskan•Mengitlak•Membuat gambaran

mental•Menganologikan•Mereka cipta

KRITIS•Mencirikan•Membandingkan & •Membezakan•Mengumpul & mengelaskan•Membuat urutan•Menyusun mengikut urutan•Menganalisis•Mengesan kecondongan•Menilai•Membuat keputuan

MENAAKUL•Logik•Rasional

STRATEGI BERFIKIR•Mengkonsepsikan•Menyelesaikanmasalah

•Membuatkeputusan

Kemahiran Berfikir:

Pemikiran merupakan proses yang menggunakan akal untuk menyelesaikan

masalah. Proses ini melibatkan aktiviti-aktiviti menyusun idea-idea, membuat

kesimpulan untuk mendapatkan ilmu atau kemahiran baru yang boleh digunakan

untuk penyelesaian masalah yang kian mencabar. Proses penyusunan

maklumat, konsep atau idea melibatkan penggunaan pandangan, gambaran,

simbol, perkataan, akal dan rangsangan atau dorongan yang tersembunyi.

Terdapat tiga peringkat pemikiran)

concrete thinking (Pemikiran konkrit)

abstract thinking (Pemikiran abstrak)

creative thinking (Pemikiran kreatif)

Nordin Tahir, IPIP4

Page 5: Kemahiran Berfikir

Teknik-teknik yang dapat menggalakkan perkembangan kemahiran berfikir

secara analitis, kritis dan rasional didapati drp Cort Thinking Programme oleh Dr.

Edward de Bono. Kemahiran berfikir seseorang pelajar boleh dipertingkatkan

melalui teknik-teknik perbincangan kumpulan dan penyelesaian masalah.

Pada masa kini, peranan guru telah bertukar bukan lagi menumpukan tugas

mengajar ilmu pengetahuan sahaja tetapi berusaha mengembangkan potensi

murid secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani agar

menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia, berani dan

sanggup menghadapi cabaran hidup serta menjadi insan yang berguna untuk

pembangunan Negara.

Untuk menghadapi cabaran-cabaran dan melaksanakan tugas-tugas secara

profesional serta dengan penuh keyakinan, adalah perlu bagi guru berinovatif

dengan menghayati ciri kemahiran berfikir dan berusaha menguasainya dengan

baik terutamanya dalam membuat sebarang keputusan.

Tujuan Penyebatian Strategi KBKK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran:

untuk membolehkan pelajar:

a) mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat

keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak,

b) mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran berfikir

secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah

c) menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif,

d) mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru,

kabur, dan sempit,

e) meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan

intelek mereka,

f) bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat,

g) membina keyakinan diri untuk berhujah, membuat pertimbangan

berdasarkan dan bukti, serta alasan berani memberi pandangan dan kritik.

Nordin Tahir, IPIP5

Page 6: Kemahiran Berfikir

Meningkatkan Kualiti Berfikir:

Beri peluang latihan dan aktiviti:

1. Perbincangan dan menjana idea

2. Membuat keputusan secara teliti, bijak dan bertanggungjawab

3. Penyusunan grafik idea berpusat; peta minda

4. Penyusunan grafik idea

Berfikir Secara Kritis

- Kemahiran Berfikir Secara Kritis merupakan kecekapan dan keupayaan

menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran

sesuatu idea berdasarkan alasan dan bukti yang munasabah dan

mendorong ke arah pertimbangan yang baik.

- Melibatkan penjelasan idea bagi mempertingkatkan pemahaman dan

keupayaan untuk menggunakan maklumat dengan berkesan.

- Melibatkan proses menganalisis dan menilai idea, data atau maklumat

untuk kefahaman yang jelas, kukuh dan bermakna.

Nordin Tahir, IPIP6

Page 7: Kemahiran Berfikir

Contoh Berfikir Secara Kritis:

a) membanding dan membeza

b) membuat kategori / klasifikasi

c) menerangkan sebab

d) menentukan sumber yang dipercayai

e) membuat ramalan

f) meneliti bahagian kecil dan keseluruhan

g) mengusul periksa andaian

h) membuat inferens

i) menilai sesuatu

j) membuat generalisasi

Berfikir Secara Kreatif:

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif ialah kecekapan atau keupayaan

menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan idea yang tidak

terhad, pelbagai, baru, asli, luar biasa, provokatif, mencabar, mudah ubah,

dan dapat dikembangkan kepada idea yang lebih luas dan terbuka.

Pemikiran Kreatif:

Pemikiran kreatif berfungsi memperluas dan memperkembang daya imaginasi

inovasi dan kreativiti untuk mendapatkan idea yang banyak, pelbagai dan

baru.

Contoh Berfikir Secara Kreatif:

a) menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai (baru, asli, luar biasa, provokatif, mencabar )b) mencipta analogic) mencipta metaforad) membuat definisie) membuat hipotesis f) membuat peta konsep

Nordin Tahir, IPIP7

Page 8: Kemahiran Berfikir

Cara Mengembangkan Dan Meluaskan Idea (Alex Osborn:1963)

• Ubahkan (modify)• Kecilkan (minify)• Besarkan (magnify)• Gantikan (substitute)• Atur Semula (rearrange)• Terbalikkan (reverse)• Gabungkan (combine)

Kemahiran Membuat Keputusan dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah.

• Kedua-dua kemahiran ini sebenarnya terkandung dalam kedua-dua

domain KBKK (pemikiran kritis dan kreatif) .

Hemisfera Otak:

Fungsi Hoki:• Logik• Analitis• Urutan• Bahasa• Matematik• Linear

Fungsi Hoka• Kreatif• Sintesis• Global• Bentuk,corak pola, ruang• Lukisan, rentak, muzik• Imej, visual, gambar, imaginasi

Nordin Tahir, IPIP8

Page 9: Kemahiran Berfikir

Nordin Tahir, IPIP9

Page 10: Kemahiran Berfikir

Nordin Tahir, IPIP10

Page 11: Kemahiran Berfikir

Nordin Tahir, IPIP11

Page 12: Kemahiran Berfikir

Pengurusan Grafik

• Membanding Dan Membeza• Mengkategori / Klasifikasi• Menerangkan Sebab• Meneliti Bahagian Kecil Dan Keseluruhan• Membuat Ramalan• Membuat Inferens• Menjana Idea• Membuat Sekuens• Mencipta Analogi

Nordin Tahir, IPIP12

Page 13: Kemahiran Berfikir

• Mencipta Metafora• Membuat Keputusan• Mengesahkan Sumber Maklumat• Menyelesaikan Masalah

Alat Berfikir CoRT 1:

Cognitive Research Trust – CoRT 1 – Menggalakkan individu berfikir secara meluas

• PMI – Plus, Minus, Intersting• CAF – Consider All Factors• C & S – Consequence & sequel• OPV – Other people’s view• FIP – First Important Priorities• AGO – Aim, Goals & Objectives • APC – Alternatives, Possibilities & Choices

Mengaplikasi KBKK dalam P & P:

• What?• Who?• When?• Where?• How?

KBKK Dalam P & P

Penyebatian :- Dalam pengenalan- Dalam bahan dan aktiviti- Dalam refleksi dan metakognitif- Dalam pengukuhan- Dalam aplikasi - Dalam beberapa langkah P & P

Cara Penyebatian:

Cara 1• Kenal Pasti Komponen• Tajuk Pelajaran/ Tema• Bahan• Kbkk

Nordin Tahir, IPIP13

Page 14: Kemahiran Berfikir

Cara 2• Kenal Pasti Kbkk• Komponen,tema & Tajuk Pelajaran• Bahan

Nordin Tahir, IPIP14