Kemahiran Bola Lisut

26
1.0 PENGENALAN Permainan bola lisut, bola akan dilempar oleh seorang pelempar bola iaitu pitcher dan menjadi sasaran pemain lawan yang memukul iaitu batterdengan menggunakan kayu pemukul yang dikenali sebagai bet. Terdapat satu kumpulan yang berjaga di padang iaitu pertahanan dan satu kumpulan yang bertindak sebagai pemukul (penyerang). Tiap pasukan berlumba mengumpulkan markah dengan cara mengelilingi petak berbentuk potongan segi empat (base). Mereka akan berlari hingga menyentuh base yang terakhir dikenali sebagai home plate. Perkara yang paling penting dalam menguasai kemahiran permainan bola lisut adalah lemparan. Unsur utama yang harus diperhatikan dalam melakukan gerakan melempar bola dalam permainan softball antara lain: ketepatan, kecepatan melempar bola dan jalannya bola serta kemudahan untuk melakukan gerakan melempar (Parno,1992: 16). Tidak kira apa jenis posisi yang dimainkan, lemparan penting dalam permainan bola lisut. Kemahiran lemparan memerlukan ketetapan, kepantasan serta kecergasan secara menyeluruh. Pengujian yang dilakukan lebih kepada membuat analisis terhadap kejituan serta kepersisan terhadap balingan yang dibuat. Kekuatan juga penting mempengaruhi leparan dalam permainan bola lisut . Kekuatan menurut M.Sajoto (1988:16) adalah komponen komposisi fizik seseorang tentang kemampuannya dalam mempergunakan otot untuk menerima beban sewaktu bekerja. Selain itu Harsono (1988:176), mendefinisikan kekuatan sebagai kemampuan dari otot untuk dapat mengatasi tekanan atau beban dalam aktiviti. Kekuatan penting dalam membuat lemparan supaya daya kesampaianya tepat. Perkara yang penting dalam lemparan adalah kekuatan. Pada lemparan atas kekuatan lengan sangatlah penting kerana pada ketika melakukan lemparan atas tersebut akan mempengaruhi keras dan tepatnya bola terhadap sasaran( Vateh Al Amien, 2007: 29)

Transcript of Kemahiran Bola Lisut

Page 1: Kemahiran Bola Lisut

1.0 PENGENALAN

Permainan bola lisut, bola akan dilempar oleh seorang pelempar bola iaitu “pitcher” dan

menjadi sasaran pemain lawan yang memukul iaitu “batter” dengan menggunakan kayu

pemukul yang dikenali sebagai bet. Terdapat satu kumpulan yang berjaga di padang

iaitu pertahanan dan satu kumpulan yang bertindak sebagai pemukul (penyerang). Tiap

pasukan berlumba mengumpulkan markah dengan cara mengelilingi petak berbentuk

potongan segi empat (base). Mereka akan berlari hingga menyentuh base yang terakhir

dikenali sebagai home plate.

Perkara yang paling penting dalam menguasai kemahiran permainan bola lisut adalah

lemparan. Unsur utama yang harus diperhatikan dalam melakukan gerakan

melempar bola dalam permainan softball antara lain: ketepatan, kecepatan

melempar bola dan jalannya bola serta kemudahan untuk melakukan gerakan

melempar (Parno,1992: 16). Tidak kira apa jenis posisi yang dimainkan, lemparan

penting dalam permainan bola lisut. Kemahiran lemparan memerlukan ketetapan,

kepantasan serta kecergasan secara menyeluruh. Pengujian yang dilakukan lebih

kepada membuat analisis terhadap kejituan serta kepersisan terhadap balingan yang

dibuat.

Kekuatan juga penting mempengaruhi leparan dalam permainan bola lisut. Kekuatan

menurut M.Sajoto (1988:16) adalah komponen komposisi fizik seseorang tentang

kemampuannya dalam mempergunakan otot untuk menerima beban sewaktu

bekerja. Selain itu Harsono (1988:176), mendefinisikan kekuatan sebagai

kemampuan dari otot untuk dapat mengatasi tekanan atau beban dalam aktiviti.

Kekuatan penting dalam membuat lemparan supaya daya kesampaianya tepat. Perkara

yang penting dalam lemparan adalah kekuatan. Pada lemparan atas kekuatan lengan

sangatlah penting kerana pada ketika melakukan lemparan atas tersebut akan

mempengaruhi keras dan tepatnya bola terhadap sasaran( Vateh Al Amien, 2007:

29)

Page 2: Kemahiran Bola Lisut

Berdasarkan pembacaan terdapat beberapa jenis lemparan yang digunakan dalam

permainan bola lisut. Balingan mengikut putaran jam atau dengan bahasa asingnya

“Visualizing the Clock” merupakan teknik lemparan yang memerlukan kemahiran tinggi

dalam permainan bola lisut. Kecekapan anggaran atau andaian penting bagi

memastikan lemparan tepat bagi kelajuan yang tinggi. Dalam olahraga, kekuatan

merupakan salah satu unsur penting untuk mencapai suatu prestasi maksimum.

Selain penggunaan kekuatan dalam melakukan aktiviti, ia juga untuk

mempermudah mempelajari teknik dan mengelak dari kecederaan dalam olahraga

(Suharno HP,1983:21). Terdapat teknik lain yang akan dikupas hasil analisis yang

akan dibuat berdasarkan teknik latihan dalam tajuk seterusnya.

1.1 Jenis permainan

Terdapat beberapa jenis permainan yang melibatkan teknik lemparan seperti

“fast pitch softball”, madified pitch softball dan slow pitch softball. Permainan bola

lisut sememangnya memainkan hampir keseluruhan kemahiran lemparan.

Huraian mengenainya adalah seperti berikut:

1.1.1 Fast pitch softball

Merupakan permainan ditentukan oleh pitcher. Pitcher melempar

bola dengan kecepatan maksimum, serupa dengan baseball.

Perbezaan hanya pada gaya lemparan pitcher dan cara pelepasan

bola. Pelepasan bola terletak di bawah atau sama dari posisi glove.

Page 3: Kemahiran Bola Lisut

1.1.2 Modified pitch softball

Jenis ini dikenali dengan nama modball. Tujuan utamanya adalah

untuk memudahkan peraturan-peraturan yang dipakai dalam

kategori “fast-pitch”. Pemain-pemain yang belum biasa dengan

permainan sofbal tidak akan terkejut dengan peraturan-peraturan

yang "ketat" di sofbal seperti strike zone, jarak antara base, masa

permainan dan lain-lain. Kecepatan lemparan pitcher dalam

modball berada di antara fast dan slow pitch. Kecepatan bola

dibatasi dengan putaran lengan melebihi bahu.

1.1.3 Slow pitch softball

Jenis ini memberikan kemudahan bagi batter untuk memukul bola.

Batter diberi bola terus menerus oleh pitcher sampai boleh untuk

memukul bola tersebut. Lemparan pitcher perlahan dan

melambung (flyball). Permainan ini sering dimainkan dalam

masyarakat tanpa terhad kepada umur dan jantina.

Gambarajah 1: Teknik lemparan yang cepat serta tepat mampumenjamin kejayaan pasukan(Gambar hiasan)

2.0 KEMAHIRAN ASAS

Page 4: Kemahiran Bola Lisut

Melempar merupakan salah satu teknik penting dalam permainan bola lisut yang perlu

dikuasai. Pada dasarnya teknik melempar bola dalam permainan bola lisut terdapat tiga

bentuk lemparan yang sering dilakukan antaranya ialah lemparan atas, lemparan

samping dan lemparan bawah. Unsur utama yang harus diperhatikan dalam melakukan

gerakan melempar bola dalam permainan bola lisut antara lainnya adalah ketepatan,

kecepatan melempar bola dan serta keselesaan untuk melakukan gerakan melempar.

Berikut merupakan teknik balingan asas yang digunakan dalam permainan bola lisut:

2.1 Lemparan Bawah

Lemparan bawah adalah suatu teknik yang perlu dilakukan dengan cepat, dalam

jarak dekat dengan tujuan agar dapat mematikan lawan dengan cepat. Teknik

lemparan ini bukan seperti yang dilakukan oleh pitcher pada lemparan kepada

batter. Gerakan lemparan tidak terlalu kuat atau lambat sesuai dengan jarak

kedua pemain, sehingga pergerakan bola lambat tetapi tepat pada sasaran.

2.2 Lemparan Samping

Lemparan samping adalah suatu gerakan lemparan yang dilakukan dengan

menghayunkan lengan dari belakang lurus disamping badan sejajar dengan

tanah. Lintasan jalan bola pada teknik lemparan samping bergerak lurus dan

lebih cepat mencapai sasaran, kemungkinan kesalahan yang terjadi pada

lemparan samping ada dua arah iaitu pada samping kiri dan samping kanan

sasaran atau pemain. Lemparan samping lebih tepat dipergunakan pada jarak

pendek, dari base ke base yang memerlukan kecepatan.

2.3 Lemparan Atas

Page 5: Kemahiran Bola Lisut

Teknik lemparan ini merupakan teknik yang banyak dilakukan oleh para pemain

dalam permainan berbanding jenis teknik lemparan yang lain. Lemparan ini

disebut lemparan atas kerana sesuai dengan gerak hayunan lengan dilakukan ke

atas melewati paras bahu. Di samping itu teknik ini mampu menyebabkan bola

dilempar dengan kuat, sehingga memiliki kecepatan tinggi dan lebih jauh.

Lemparan banyak dipengaruhi oleh kekuatan otot lengan, pusatkan perhatian

terhadap sasaran atau sasaran sampai berakhir gerak lanjutan, posisi bahu

dalam keadaan sama rata atau sama tinggi sampai terjadi gerak lanjutan,

lecutkan pergelangan tangan dengan membuat putaran bola kearah belakang,

pelepasan lengan demikian adalah baik untuk memperoleh lintasan bola pada

garis lurus. Lemparan atas banyak digunakan oleh pemain luar (out fields)

daripada pemain dalam (in fields).

3.0 KAEDAH PENGUJIAN

3.1 Teknik pengujian

Page 6: Kemahiran Bola Lisut

Teknik pengujian yang dilaksanakan ialah “Accuracy Throwing Technique” atau

dengan kata lainya, teknik kejituan lemparan. Teknik ujian akan akan melihat

kepada pengujian yang bakal dilalui oleh setiap pemain yang akan melakukan

lemparan. Pengujian ini penting bagi mematikan pihak lawan yang akan

melakukan “home plate”. Lemparan tepat dan cepat akan membantutkan

pergerakan lawan dari melakukan larian yang selesa.

Nama pengujian : Kejituan Lemparan ( )

(Accuracy Throwing Technique)

Objektif ujian : Objektif ujian adalah untuk:

1. Melihat kemampuan lemparan secara terus dan pantas

2. Melihat kepada kejituan atau kepersisan lemparan

Gambarajah 2: Pelan kaedah pengujian kejituan lemparan

3.2 Fungsi Ujian

Page 7: Kemahiran Bola Lisut

Teknik pengujian “Accuracy Throwing Technique ( ) ” merupakan satu teknik

yang menguji kemahiran dalam permainan bola lisut. Kemahiran yang akan diuji

adalah dari aspek lemparan sampingan yang digunakan semasa lemparan base

ke base. Ujian ini melihat kepada lemparan yang pantas di mana lemparan

pantas mampu menghasilkan balingan jitu. Jarak lemparan mengikut jarak base

ke base.

Fungsi ujian ini adalah untuk melihat sejauh mana kemahiran lemparan dikuasi

oleh pemain. Pemain yang mahir akan mampu mencapai lemparan yang jituan

pada 5 kali lemparan.

Gambarajah 3: Kepantasan lemparan akan menghasilkan lemparan yang jitu.

3.3 Sejarah Instrumen

Page 8: Kemahiran Bola Lisut

Memanah merupakan satu kemahiran serta disiplin yang tinggi dalam mencapai

titik sasaran. Graviti juga turut mempengaruhi titik sasaran yang dibuat.

Kombinasi antara graviti, ketegangan tali, jarak, serta keselarasan

mempengaruhi pencapaian titik sasaran. Begitu juga dalam membuat lemparan

kepada base ke base dalam permainan bola lisut. Disiplin, keselarasan serta

lemparan yang di pengaruhi oleh faktor graviti, mempengaruhi pencapaian dalam

menjadi seorang pemain bola lisut yang mahir.

Timbulnya idea Kejituan Lemparan ini hasil daripada kemahiran memanah yang

memerlukan lebih kejituan dalam mendapat markah yang tinggi dalam

pemanahan. Menggunakan instrumen yang sama, papan sebagai sasaran.

Sasaran perlu dicapai bagi melihat ketepatan lemparan.

Lemparan adalah penting dalam permainan bola lisut. Kepersisan serta lemah

dalam membuat lemparan mampu menyebabkan pihak lawan mengambil

kesempatan dalam membuat larian. Pengujian ini juga boleh dilakukan sebagai

garis panduan dalam pemilihan pemain bola lisut. Ketepatan lemparan yang jitu

akan melayakan seseorang itu untuk berkhidmat dalam suatu pasukan.

Penghasilan instrumen pula hasil idea yang diperolehi dari laluan yang dilihat

dari kawasan perjalan ke Semantan di mana terdapat rumah yang membuat

penanda laluan jalan sebagai lorong masuk ke kawasan rumah mereka.

Penanda ini merupakan satu kaedah yang sesuai dalam membuat pengujian

tehadap lemparan. Jarak yang digunakan untuk pengujian juga sama seperti titik

sasaran antara base ke base.

Rajah 4 dan rajah 5 menunjukan spesfikasi instrumen yang digunakan dalam

set pengujian kejituan yang dibuat.

Page 9: Kemahiran Bola Lisut

Gambarajah 4: Spesfikasi perlatan ujian

Gambarajah 5: Standard instrumen ujian

4.0 PROSEDUR PERLAKSANAAN UJIAN

Page 10: Kemahiran Bola Lisut

Terdapat 3 kumpulan murid yang akan diuji dalam kemahiran lemparan bola lisut.

Mereka terdiri dari tahun 3, tahun 4 dan tahun 6. Pengujian dilakukan mengikut tahun

yang mana ia dijalankan berperingkat bermula dari tahun 4, tahun 5 dan akhir sekali

tahun 6.

Berikut merupakan pelan perlaksanaan ujian:

Gambarajah 6: Struktur susunan peralatan ujian

Berdasarkan rajah, pengujian akan dijalankan mengikut prosedur seperti diatas. Gelung

rotan pada penanda A akan melakukan lemparan biasa kepada pemain B yang akan

diuji. Pemain B akan melakukan lemparan terus ke C. C merupakan pusat ujian kejituan

bagi posisi B yang melakukan lemparan. 5 lemparan akan dilakukan oleh pemain B

yang akan menentukan kejituan atau ketepatan lemparan. Lemparan yang tepat

mengena kepada papan penguji C akan dicatat sebagai memenuhi penetapan

pengujian. Masa yang diambil untuk menghabiskan keseluruhan lemparan juga turut

dicatat.

Page 11: Kemahiran Bola Lisut

Gambarajah 7: Kaedah perlaksanaan ujian. Lemparan yang dilakukan oleh pemain A kepada pemain B.

Gambarajah 8: Lemparan tepat akan dilakukan selepas menerima bola dari pemain A.

4.1 Keperluan alatan

Alatan yang diperlukan dalam melakukan ujian ini adalah seperti berikut:

1. Gelung rotan 2 unit

Page 12: Kemahiran Bola Lisut

2. Bola lisut 5 unit

3. Pita ukur 1 unit

4. Papan sasaran 1 unit

5. Jam randik 1 unit

6. Wisel 1 unit

4.2 Keluasan kawasan pengujian

Keluasan kawasan pengujian adalah seluas 100 kaki persegi. Jarak antara

lemparan dengan titik sasaran ialah 35 kaki. Jarak memainkan peranan yang

penting dalam melaksanakan Sesuatu pengujian. Ia juga berdasarkan kepada

tahap umur permainya. Ujian ini telah diubahsuai bagi melihat aras umur pemain.

Gambarajah 9: Kedudukan serta keluasan padang

Page 13: Kemahiran Bola Lisut

Gambarajah 10: Kedudukan sebenar padang perminan bola lisut bagi membuat lemparan.

4.3 Limitasi perlaksanaan

Berdasarkan perlaksanaan pengujian yang dijalankan, terdapat bebrapa limitasi

semasa pengujian dilaksanakan. Berikut merupakan kekangan dalam

perlaksanaan kejituan balingan:

1. Analisis yang dilakukan tidak menunjukkan pengujian yang tepat

disebabkan perbezaan 3 tahap iaitu pada umur 10 tahun, 11 tahun dan

12 tahun. Setiap murid mempunyai umur yang berbeza mempunyai

tahap kekuatan otot yang berbeza, serta panjang otot yang berbeza.

Jadi keadaan ini mempengaruhi balingan pada peringkat umur yang

berbeza.

2. Kepekaan para murid terhadap balingan selepas menerima bola

menyebabkan banyak lemparan yang dibuat tersasar.

3. Balingan dari pemain A kepada pemain B yang diuji, tidak mempunyai

satu pengukuran tepat dalam perlaksanaan.

5.0 ORGANISASI PENTADBIRAN UJIAN

Organisasi pentadbiran ujian merupakan satu kaedah atau prosedur bagi mendapatkan

sesuatu data semasa proses pengujian dilakukan. Perlaksanaan dijalankan mengikut

Page 14: Kemahiran Bola Lisut

pengaturcaraan yang telah diatur dengan teliti. Setiap data dikumpul oleh penilai.

Pembahagian dibuat kepada 3 kumpulan yang akan diuji dan dinilai.

5.1 Perlaksanaan peringkat I

Tarikh : 10.02.2010

Tahun: Tahun 6

Bilangan pelajar : 17 orang

Borang data penilaian : Lampiran I

5.2 Perlaksanaan peringkat II

Tarikh : 23.02.2010

Tahun: Tahun 5

Bilangan pelajar : 14 orang

Borang data penilaian : Lampiran II

5.2 Perlaksanaan peringkat III

Tarikh : 23.02.2010

Tahun: Tahun 4

Bilangan pelajar : 16 orang

Borang data penilaian : Lampiran III

Page 15: Kemahiran Bola Lisut

Gambarajah 11: Prosedur perlaksanaan Ujian Kejituan Lemparan

Gambarajah 12: Aktiviti regangan otot dilaksanakan bagi mengurangi kecederaan

Page 16: Kemahiran Bola Lisut

Gambarajah 13: Barisan murid yang akan diuji ketepatan lemparan mengikut prosedur.

Gambarajah 14: Lemparan dari pemain A kepada pemain B

Page 17: Kemahiran Bola Lisut

Gambarajah 15: Lemparan terus ke sasaran C (Lelaki)

Gambarajah 16: Lemparan terus ke sasaran C (Perempuan)

Page 18: Kemahiran Bola Lisut

Gambarajah 17: Aktiviti penyejukan badan dilakukan

6.0 ANALISIS PENGUJIAN

Page 19: Kemahiran Bola Lisut

7.0 KESIMPULAN

Berdasarkan penelitian serta kajian yang dibuat, lemparan sampingan penting dalam

permainan bola lisut. Lemparan memerlukan balingan yang kuat, cepat serta tepat.

Himpunan data hasil kajian menunjukan bahawa :

Page 20: Kemahiran Bola Lisut

1) Tahap umur sekolah rendah, lemparan sampingan yang tepat kebanyakan

mengenai sasaran pada C sejumlah 2 kali ketepatan pada Ujian Kejituan

Lemparan dengan jumlah 15 oarang.

2) Sejumlah 32 peratus daripada lemparan yang dibuat mengenai sasaran pada

kejituan balingan ketepatan sasaran 2 dan merupakan jumlah tertinggi yang

mencapai ketepatan. Jumlah murid yang membuat lemparan tepat sasaran 2

ialah 15 orang(32%). Pada kejituan sasaran ke 3 sejumlah 23.4 peratus yang

mampu dicapai oleh murid dengan bilangan 11 orang (23.4%) yang mencapai

ketepatan balingan. Selebihnya, terdiri dari pencapai rendah iaitu, lemparan

sasaran 1 sejumlah 10 orang(21.2%), sasaran 0 sejumlah 4 orang (8.5%),

sasaran 4 pada 4 orang(8.5%) juga ketepatan dan sasaran 5 sejumlah 3

orang(6.3%) yang mencapai ketepatan.

7.1 Pandangan

Secara keseluruhanya, untuk mendapatkan lemparan sampingan yang tepat dan

jitu, latihan secara berterusan perlu dilakukan bagi mencapai ketepatan

lemparan. Kemahiran yang sangat penting dalam permainan bola lisut iaitu

lemparan. Fokus serta kekuatan balingan penting dalam mengatasi kekangan

Page 21: Kemahiran Bola Lisut

seperti graviti dan kesampaian. Penerapan kemahiran perlu memuatkan

kekangan yang wujud dalam mencapai ketepatan.

Selain itu, penelitian perlu melihat kepada, rujukan dengan cara mengganti dari

kesan sampingan seperti kekuatan otot, panjang lengan serta komponen-

komponen yang lain baik mampu memberi kecepatan mahupun ketepatan agar

perolehan pencapaian pada tahap kejituan yang tinggi

8.0 BIBLIOGRAFI

Parno, 1992. Olahraga Pilihan Softball. Semarang : Depdikbud

Suharno H.P., 1986. Ilmu Coaching. Yogyakarta: FKIK IKIP

M. Sajoto, 1988. Pembinaan Kekuatan Kondisi Fisik dalam Olahraga Semarang :

Page 22: Kemahiran Bola Lisut

Dahara Prize.

Harsono, 1988. Coaching dan Aspek-aspek Pesikologis dalam Coaching. Jakarta :

CV Tambak Kusuma.

Bethel Dell, 1993. Petunjuk Lengkap Basebal dan Softball. Semarang : Dahara

Prize.

R. Soekarman, 1973. Kinesiologi dan Body Mechanies. Jakarta : Pendidikan dan

Kebudayaan.

Borhannudin Abdullah, Abdul Razak Sulaiman, 2007. Pendidikan Jasmani dan

Pendidikan Kesihatan Tahun 5 , Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sofbol