KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri...

32
ii KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI DALAM KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN, UTHM NOR ASLASIAH BINTI GHANI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Sarjana Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia DISEMBER 2014

Transcript of KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri...

Page 1: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

ii

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI

DALAM KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN, UTHM

NOR ASLASIAH BINTI GHANI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Sarjana Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

DISEMBER 2014

Page 2: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

ABSTRAK

Permintaan ke atas graduan yang mempunyai kemahiran employability dan penghargaan

kendiri lebih di utamakan bagi memenuhi keperluan sumber tenaga manusia. Justeru,

kajian ini dijalankan untuk meninjau hubungan di antara kemahiran employability dengan

penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar kejuruteraan semester akhir di Universiti

Tun Hussein Onn, Malaysia. Kajian berbentuk deskriptif dijalankan untuk melihat tahap

kemahiran employability dan juga penghargaan kendiri pelajar. Selain itu juga, kajian ini

adalah untuk melihat perbezaan tahap kemahiran employability antara jantina pelajar dan

bidang pengkhususan pelajar. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 293 orang pelajar

kejuruteraan semester akhir. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal selidik

yang mengandungi tiga bahagian iaitu: a) demografi, b) penghargaan kendiri, dan c)

kemahiran employability. Data yang diperolehi kemudiannya dianalisis menggunakan

kekerapan, peratusan, min, ujian-t, anova sehala, dan kolerasi pearson. Dapatan kajian

menunjukkan kemahiran pengurusan yang paling tinggi dalam kemahiran employability

Manakala, keputusan inferensi menunjukkan bahawa tiada perbezaan tahap employability

pelajar berdasarkan jantina dan bidang perkhususan. Selain itu, kajian ini juga mendapati

terdapat hubungan diantara kemahiran employability dengan penghargaan kendiri.

Justeru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran

employability pelajar dan sekaligus dapat membantu pelajar untuk lebih bersedia dalam

memasuki bidang pekerjaan.

Page 3: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara

dan menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif

(Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011-2015). Justeru itu, pembangunan dan

pelaburan yang tinggi dalam modal insan terutamanya di peringkat tertiari sering

menjadi keutamaan Kerajaan dalam setiap pelan Rancangan Pembangunan Lima

Tahun mahupun pelan jangka sederhana dan jangka pendek. Di samping itu, bagi

mentranformasikan pengajian tinggi dalam konteks menjadikan Malaysia sebagai

hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa, Kerajaan menerusi Kementerian

Pendidikan Malaysia telah menggubal Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara

(PSPTN) yang mengandungi tujuh teras utama iaitu meluaskan akses dan

meningkatkan ekuiti, menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran,

memperteguh penyelidikan dan inovasi, memperkasa institusi pengajian tinggi,

mempergiat pengantarabangsaan, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dan

mengukuhkan sistem penyampaian KPM.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan yang lalu (RMKe-9, 2006-2010),

sejumlah RM16 billion telah diperuntukkan bagi membiayai program-prgram dan

projek berkaitan pembangunan modal insan di peringkat tinggi. Peruntukan yang

besar ini adalah untuk membina lebih banyak kemudahan baru seperti dewan kuliah,

Page 4: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

2

makmal dan asrama serta menaik taraf kemudahan sedia di semua institusi pengajian

tinggi awam di seluruh negara. Usaha ini akan menyediakan lebih banyak peluang

pendidikan di peringkat tertiari bagi mencapai sasaran 40 peratus kadar penyertaan

peringkat tertiari di kalangan mereka yang berumur 17 hingga 23 tahun pada tahun

2010. Menurut kajian yang dijalankan oleh pihak Majlis Tindakan Ekonomi Negara

(MTEN, 2010), terdapat lima faktor yang menyebabkan graduan sukar untuk

mendapatkan pekerjaan iaitu kekurangan kemahiran dan pengalaman kerja,

ketidaksepadanan antara keperluan industri dengan bidang pengajian graduan,

kurang keupayaan untuk berkomunikasi dengan baik terutamanya dalam Bahasa

Inggeris, sikap negatif sesetengah graduan terhadap pekerjaan dan kurangnya

kesedaran tentang kewujudan berbagai-bagai peluang pekerjaan.

Faktor-faktor yang disenaraikan adalah sebahagian daripada masalah

kemahiran employability yang dihadapi oleh pelajar. Kemahiran employability

merupakan kemahiran yang perlu ada pada seseorang untuk berfungsi dengan

berkesan dalam mencari halatuju dan peluang kerjaya. Menurut Lukman, M. (2009),

IPTA yang berkualiti mampu melahirkan graduan yang berkualiti bukan sahaja

dalam bidang akademik, tetapi juga dari segi kemahiran-kemahiran lain termasuk

kepimpinan, kemahiran komunikasi, nilai murni dan sebagainya. Jabatan Pendidikan

Tinggi (KPT, 2006) pula meletakkan piawai bagi semua kurikulum dalam

pendidikan tinggi di Malaysia harus mempunyai reka bentuk yang menerapkan

kemahiran employability yang meliputi, iaitu (i) kemahiran berfikir, bertindak,

mengadaptasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, (ii) kemahiran

interpersonal dan komunikasi, (iii) kemahiran teknologi maklumat, multimedia dan

kemahiran pengurusan matlumat, (iv) kemahiran kepimpinan dan (v) kemahiran

keusahawanan.

1.2 Latar Belakang Kajian

K-ekonomi dan globalisasi telah menghasilkan ledakan keperluan modal manusia

profesional dan semi-profesional serta buruh yang berpengetahuan dan

berkemahiran. Pekerja yang berpengetahuan (K-workers) menjadi pilihan majikan

untuk menggerakkan industri mereka seiring dengan pertumbuhan ekonomi.

Page 5: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

3

Berdasarkan Laporan Eksekutif Kajian Pengesanan Graduan Politeknik 2007 yang

dijalankan oleh JPPKK (2008), kadar bekerja graduan amat dipengaruhi oleh pola

penawaran pekerjaan yang terbit daripada anjakan ekonomi berasaskan pertanian

kepada ekonomi perindustrian dan seterusnya ekonomi yang didominasikan oleh

sektor perkhidmatan. Anjakan ekonomi tersebut telah mempertingkatkan penawaran

pekerjaan dalam sektor perkhidmatan yang memerlukan tenaga kerja professional

dan separa professional yang bukan sahaja berkemahiran teknikal tetapi juga yang

memiliki kemahiran employability, kemahiran isaniah dan ketrampilan diri yang

mantap terutamanya dalam bidang kejuruteraan.

Graduan kejuruteraan yang mempunyai tahap kemahiran employability yang

tinggi dikatakan mempunyai peluang yang cerah bagi mendapatkan peluang

pekerjaan (Rosleh, I., 2009). Penduduk malaysia yang menganggur meningkat

daripada 385, 600 ribu orang pada tahun 2012 kepada 425, 000 ribu orang pada

tahun 2013 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2013). Dalam bilangan ini, seramai 422,

248 graduan telah berdaftar sebagai pencari kerja aktif di Jabatan Tenaga Kerja

sepanjang tahun 2013. Seramai 233, 065 ribu orang pencari kerja aktif adalah

siswazah dan 189, 183 ribu orang bukan siswazah. Jumlah tersebut menunjukkan

graduan yang tidak bekerja masih lagi tinggi. Sedangkan pelbagai bentuk kemahiran

employability diri seperti kemahiran asas, kemahiran interpersonal, kemahiran

berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran teknologi telah

diterapkan dalam diri pelajar semasa mereka belajar di universiti.

Ini sejajar dengan pendapat pengkaji McConnell, E.A., (2010) yang

menyenaraikan kemahiran yang penting dan perlu ada pada individu yang ingin

bekerja ialah mempunyai kebolehan membaca dan menulis, kemahiran teknikal,

kemahiran mengurus diri, bekerja dalam satu kumpulan, kemahiran interpersonal,

menyelesaikan masalah, berfikir secara kritis dan kemahiran perniagaan bagi yang

ingin bekerja sendiri dan membuka perniagaan sendiri. Kemahiran-kemahiran yang

disenaraikan tersebut adalah sebahagian daripada elemen-elemen kemahiran

employability. Ini menunjukkan kemahiran employability adalah penting dan

merupakan salah satu elemen yang dinilai dalam proses mendapatkan pekerjaan.

Kelemahan dalam penguasaan kemahiran employability ini mungkin akan

merendahkan peluang seseorang itu mendapatkan pekerjaan. Tonette, K. A. (2008)

menyatakan kemahiran employability penting dalam membuka ruang kepada

pekerjaan dan kenyataan mereka disokong oleh para majikan. Perkara ini

Page 6: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

4

menggambarkan peningkatan permintaan tenaga kerja bukan sahaja yang memiliki

kelayakan akademik dan teknikal malahan juga yang memiliki kemahiran

employability (Ahmad Nordin, A. F., 2011).

Bagi memastikan graduan ini boleh menempatkan diri mereka ke pasaran

kerja, penguasaan kemahiran-kemahiran employability adalah amat terpenting di

samping pengetahuan mereka dalam bidang yang diceburi. Dalam konteks

kemahiran employability ini juga, para pelajar juga perlu didedahkan dengan strategi

mencari kerja, pendidikan mengenai peluang pekerjaan dan lebih maklumat

mengenai kerjaya yang bersesuaian dengan kebolehan dan kemahiran mereka

(Reichardt, C., 2008). Selain daripada itu, Stern (2005) berkata kunci kejayaan bagi

mendapatkan pekerjaan tidak terhad kepada penguasaan pengetahuan akademik

sahaja. Bagi setiap aktiviti yang ingin dilakukan, persediaan yang rapi haruslah ada.

Begitu juga dalam proses mencari pekerjaan. Persediaan kebolehsesuaian diri dan

penghargaan kendiri ke arah kerjaya adalah perlu dilakukan bagi memastikan

kesenangan dalam mencari pekerjaan. Persediaan ini seharusnya bermula semasa di

peringkat pengajian lagi.

Di samping melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran, individu

yang ingin melangkah ke alam pekerjaan juga perlu memantapkan diri dengan unsur-

unsur psikologi terutamanya penghargaan kendiri. Bagi pelajar untuk memiliki

kemahiran employability yang baik, mereka perlu memiliki semangat dan keyakinan

atau disebut juga sebagai penghargaan kendiri yang tinggi serta percaya pada diri

akan kebolehan dan keupayaan diri. Selain itu, pelajar juga harus mempunyai

personaliti proaktif. Pelajar yang memiliki personaliti ini dapat menyesuaikan diri

dengan keperluan pekerjaan. Ini bermakna, dengan menguasai kemahiran

penghargaan kendiri, seseorang individu akan dapat mengadaptasikan diri dengan

sebarang perubahan yang berlaku. Pekerja ini bersifat fleksibel, dinamik, dan

berketerampilan dalam menjalankan tugas.Tengku Arif. T. M. (2008) berpendapat

untuk penempatan diri dan bersaing di pasaran pekerjaan global pada masa kini, para

graduan tempatan harus mempunyai elemen-elemen penghargaan kendiri di samping

cemerlang dalam bidang akademik. Menurut beliau lagi, elemen-elemen kemahiran

ini akan membolehkan seseorang pekerja menyesuaikan diri dengan keperluan

pekerjaan dan yakin menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ada dalam

sebarang bidang pekerjaan.

Page 7: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

5

Walau bagaimanapun, kajian Mohd Salleh. K. at al. (2008) menunjukkan

bahawa penguasaan pelajar terhadap kemahiran employability dan penghargaan

kendiri ini masih di tahap sederhana walaupun penerapan telah dilakukan oleh

pensyarah. Menurut beliau lagi, apabila penguasaan pelajar dalam kemahiran

employability terutama dari aspek penghargaan kendiri berada pada tahap sederhana

akan meyebabkan seseorang pelajar susah untuk mengetahui hala tuju dalam mencari

pekerjaan. Berdasarkan isu-isu yang timbul berkaitan kemahiran employability dan

penghargaan kendiri, satu kajian untuk merungkaikan isu-isu tersebut perlu

dijalankan. Kurangnya kemahiran empoyability dalam diri pelajar dan hala tuju

kerjaya yang sebenar meyebabkan pelajar masih tidak mampu melihat potensi diri

dalam mengurus kerjaya mereka. Dengan adanya pendedahan dan penguasaan dalam

kemahiran employability ini, peluang bagi pelajar ini untuk memperoleh pekerjaan

selepas belajar adalah lebih terbuka luas.

1.3 Pernyataan Masalah

Statistik kebolehkerjaan graduan UTHM mendapati jumlah graduan yang bekerja

adalah sederhana iaitu hanya 750 orang pelajar kejuruteraan sahaja yang mendapat

pekerjaan daripada 1336 pelajar kejuruteraan di UTHM yang bergraduan (CARE

UTHM, 2013). Pada masa kini kebolehkerjaan graduan bukan sahaja mempunyai

kemahiran teknikal tetapi juga memiliki kemahiran employability dan penghargaan

kendiri bagi meningkatkan produktiviti syarikat atau sesuatu organisasi dan berdaya

saing (Roni, N. S., 2013). Ini menunjukkan bahawa penguasaan kemahiran

employability dan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar universiti kurang

menunjukkan keberkesanan terutama graduan kejuruteraan. Sedangkan pelbagai

bentuk kemahiran employability seperti kemahiran asas, kemahiran interpersonal,

kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir

dan kemahiran teknologi telah diterapkan dalam diri pelajar semasa mereka belajar

di universiti (Esa, A., 2010). Bagi menangani masalah ini, para graduan harus

mempunyai elemen-elemen kemahiran employability dan penghargaan kendiri di

samping cemerlang dalam bidang akademik (Tengku Arif, T. A., 2009). Oleh yang

Page 8: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

6

demikian, kajian ini direkabentuk bagi meninjau tahap kemahiran employability dan

penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar kejuruteraan semester akhir di UTHM.

1.4 Objektif Kajian

i. Mengenal pasti tahap kemahiran employability dalam kalangan pelajar

kejuruteraan semester akhir.

ii. Mengenal pasti tahap penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar

kejuruteraan semester akhir

iii. Mengenal pasti perbezaan kemahiran employability pelajar berdasarkan

jantina dan bidang pengkhususan.

iv. Mengenal pasti hubungan penghargaan kendiri terhadap kemahiran

employability dalam kalangan pelajar kejuruteraan semester akhir.

1.5 Persoalan Kajian

i. Apakah tahap kemahiran employability dalam kalangan pelajar kejuruteraan

semester akhir.

ii. Apakah tahap penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar kejuruteraan tahun

akhir?

iii. Apakah perbezaan kemahiran employability pelajar berdasarkan jantina dan

bidang pengkhususan.

iv. Adakah terdapat hubungan penghargaan kendiri dengan kemahiran

employability?

1.6 Hipotesis Kajian

Ha : Terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran employability pelajar

berdasarkan jantina dan bidang pengkhususan.

Page 9: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

7

Ho : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran employability

pelajar berdasarkan jantina dan bidang pengkhususan.

1.7 Kerangka konsep Kajian

Kajian ini memfokuskan kepada dua pemboleh ubah utama. Pemboleh ubah

bersandar dalam kajian ini adalah kemahiran employability. Kajian ini juga melihat

kepada pemboleh ubah tidak bersandar iaitu penghargaan kendiri. Pemboleh ubah ini

dianggap memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kemahiran

employability pelajar. Oleh itu, pengkaji membentuk satu kerangka konsep kajian

sebagaimana yang terdapat pada Rajah 1.1.

Page 10: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

8

Rajah 1.1 : Kerangka Konsep Kajian

1.8 Kepentingan Kajian

Kajian ini mempunyai pelbagai kepentingan yang diharapkan dapat memberikan

maklumat yang berharga kepada pelajar kejuruteraan dan pihak-pihak

berkepentingan dalam menjaga kebajikan pelajar seperti pihak pensyarah, fakulti dan

juga pihak universiti khususnya. Bagi pelajar kejuruteraan, mereka dapat mengenal

pasti tahap kemahiran employability dalam diri sendiri. Seterusnya, dengan

mengetahui penghargaan kendiri yang ada pada diri mereka akan dapat menolong

pelajar untuk memperbaiki diri dan mengetahui hala tuju dalam mencari pekerjaan.

Kemahiran Employability

(MyGSI)

Penghargaan Kendiri

Pelajar

- Jantina

-Bidang

Pengkhususan

Page 11: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

9

Kajian ini juga diharapkan dapat memberikan matlumat yang berharga

kepada pihak bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan para pelajar untuk

mengatur strategi agar pencarian kerjaya lebih terarah berasaskan kepada kemahiran

yang diterapkan, tingkah laku dan personaliti diri pelajar itu sendiri. Selain itu,

kemahiran yang diterapkan berpadanan dengan kehendak majikan. Sokongan dan

pemantauan berterusan kepada pelajar diperlukan dalam mencari peluang kerjaya

sendiri.

Kesimpulannya, dari segi sumbangan ilmu, kajian ini diharapkan dapat

menghasilkan satu solusi yang diperlukan kepada pelajar dalam membentuk

kompetensi mengurus kerjaya yang tinggi. Segala penemuan penyelidik dalam kajian

ini diharap dapat menjadi satu cadangan yang boleh diberikan kepada pihak-pihak

berkenanan dalam membentuk dan membangunkan kemahiran employability dan

penghargaan kendiri dalam merancang hala tuju kerjaya.

1.9 Batasan Kajian

Kajian ini adalah kepada pelajar-pelajar semester akhir Universiti Tun Hussein Onn,

Malaysia. Antara pelajar jurusan yang di kenal pasti sebagai responden ialah :

i. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE)

ii. Kejuruteraan Mekanikal (FKM)

iii. Kejuruteraan Awam (FKAS)

Pemilihan responden ini adalah berdasarkan kepada tahap pengganguran yang

sederhana iaitu hanya 750 orang pelajar kejuruteraan sahaja yang mendapat

pekerjaan daripada 1336 pelajar kejuruteraan di UTHM (CARE UTHM, 2013).

Dapatan kajian akan diperolehi melalui soal selidik yang diberikan kepada responden

kajian. Seterusnya, ketepatan kajian adalah bergantung kepada kejujuran dan

keikhlasan responden dalam menjawab soal selidik yang di berikan.

Walaubagaimanapun, pengkaji membuat andaian bahawa semua jawapan responden

adalah benar, jujur dan ikhlas

Page 12: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

10

1.10 Skop Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kemahiran employability dan tahap

penghargaan kendiri pelajar tahun akhir kejuruteraan di UTHM yang mana

melibatkan pelajar kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan Kejuruteraan Mekanikal

dan Pembuatan dan Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar.

1.11 Definisi Istilah Kajian

Definisi istilah yang digunakan adalah seperti berikut :

i. Kemahiran employability

Dalam konteks kajian ini, kemahiran employability adalah kemahiran yang

diperlukan oleh pelajar selain akademik untuk menjadi lebih berjaya dan

cemerlang sebagai pengamal di dalam bidang akademik, pekerjaan dan

kehidupan (Siti Rahayah et al., 2010). Kemahiran empoyability yang tinggi

akan mejadi nilai tambah dalam diri pelajar untuk memperolehi pekerjaan.

iii. Penghargaan Kendiri

Dalam konteks kajian ini, penghargaan kendiri adalah merujuk kepada nilai,

kepercayaan, sikap yang pelajar percayai tentang dirinya sendiri dan

keupayaan diri yang berorientasikan konsep kerjaya iaitu pelajar dapat

menguruskan kerjaya yang diceburi secara berdikari untuk mencari pekerjaan

(Fugate et al., 2004). Seseorang pelajar yang mempunyai penghargaan kendiri

yang tinggi merasa bagus terhadap dirinya dan mempunyai keyakinan yang

tinggi untuk cemerlang dalam hidup.

Page 13: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

11

1.12 Rumusan

Secaran ringkasnya, bab ini menghuraikan tentang latar belakang masalah kajian

yang merujuk kepada permasalahan-pemasalahan yang wujud dalam konteks

kemahiran employability. Berdasarkan kepada penyataan masalah yang

dikemukakan, empat persoalan kajian dan dua hipotesis telah dibina bagi menjawab

objektif.

Page 14: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

12

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan mengenai ulasan kajian yang digunakan sebagai asas bagi

menjalankan kajian ini. Dalam kajian ini, dua pemboleh ubah utama dikaji iaitu

pembolehubah bersandar dan tidak bersandar. Pembolehubah bersandar terdiri

daripada faktor penghargaan kendiri. Manakala pembolehubah tidak bersandar terdiri

daripada kemahiran employability. Bab ini mengulas kajian lepas yang berkaitan

kemahiran employability, dan penghargaan kendiri. Bab ini juga mengemukakan

teori yang digunakan dalam kajian ini.

2.2 Kemahiran Employability

Kemahiran employability diri dalam menguruskan kerjaya diri menuntut setiap

individu untuk berkebolehan berubah dengan pantas mengikut keperluan semasa,

fokus terhadap kualiti diri, kreatif dan sentiasa bertanggunjawab terhadap tugasnya.

Individu yang pandai menguruskan kerjayanya akan lebih berkeyakinan dalam

suasana kerja yang baru (Redekopp et al., 2009). Ini adalah kerana dunia pekerjaan

sekarang telah menjadi kompleks terutama sekali kesan perubahan teknologi dan

Page 15: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

13

ekonomi. Pekerjaan sekarang memerlukan keupayaan, kemahiran dan pengetahuan

yang pelbagai. Ini secara tidak langsung memberi implikasi pada individu seperti

pelajar lepasan universiti. Individu ini akan berhadapan dengan kurang pengalaman

dalam menguasai teknologi terkini dalam pasaran semasa (Mc Dermott, J., 2007).

Kajian yang dijalankan oleh Noh, M. N. (2010) menyatakan bahawa penerapan yang

dilakukan oleh tenaga pengajar semasa proses pengajaran dan pempelajaran adalah

tinggi. Penerapan yang dikaji dalam kajian ini ialah kemahiran akademik, kemahiran

mengurus diri dan kemahiran bekerja dalam kumpulan. Walaubagaimanapun,

menurut Mohd Salleh et al. (2010) pula menyatakan bahawa graduan tempatan

kurang menguasai kemahiran employability berbanding pelajar diluar negara. Ini

kerana pensyarah tempatan menerapkan kemahiran komunikasi kepada pelajar

manakala pihak industri lebih mementingkan sifat bertanggunjawab.

Faktor-faktor luaran yang menghalang penglibatan graduan dalam bidang

pekerjaan menuntut mereka perlu membuat persediaan. Kesediaan graduan bukan

sahaja melibatkan mental sahaja tetapi melibatkan juga tindakan dan rancangan, bagi

mereka yang sudah merancang hala tuju kerjaya sebelum habis belajar tidak terlalu

gusar menghadapi dunia mencari pekerjaan. Ini berbeza dengan mereka yang tidak

mempunyai sebarang pengurusan kerjaya yang betul dalam mecari pekerjaan.

Persediaan dari segi emosi dan fizikal akan mempengaruhi peralihan kerjaya mereka

selepas tamat belajar. Dapatan kajian oleh Hazrul, G. (2012) terhadap 534 sampel

yang menggunakan kaedah tinjauan menunjukkan bahawa kemahiran employability

masih rendah di kalangan para graduan. Para graduan masih lagi mempunyai jurang

antara prestasi diri dengan jangkaan prestasi yang diharapkan oleh majikan. Jurang

perbezaan yang paling ketara adalah dalam membuat keputusan, menyelesaikan

masalah, kemahiran berfikir, kemahiran komunikasi dan kemahiran interpersonal.

Oleh itu, berdasarkan kepada dapatan kajian lepas, terdapat kekurangan terhadap

kemahiran employability dalam diri pelajar. Satu kajian harus dijalankan untuk

melihat bagaimana kemahiran employability membolehkan seseorang individu

mendapat peluang kerjaya.

Selain itu, Baruch, Y. (2006) berpendapat bahawa faktor lain seperti minat,

kebolehan, keupayaan dan kemampuan merupakan pendorong kepada individu

dalam membuat pemilihan sesuatu perkara. Keadaan ini menyebabkan ianya sering

berubah-ubah atau tidak tetap kerana kadang kala dipengaruhi oleh faktor luaran

seperti keadaan atau permintaan persekitaran. Ini bertepatan dengan kajian oleh

Page 16: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

14

Hamzah, M. Y. (2002) pula menyatakan bahawa faktor diri seperti bidang

pengkhususan yang di pilih adalah peramal kepada kompetensi pelajar untuk

menguruskan kerjaya mereka. Demikian juga dengan kajian yang dijalankan

berkaitan dengan kerjaya sama ada seorang individu bekerja atau tidak

berkompetensi mengurus kerjaya sendiri sebagaimana kajian oleh Sturges, J. (2008)

mendapati bahawa menguruskan kerjaya adalah berbeza antara mereka yang bekerja

dengan yang tidak bekerja semula. Dalam mengurus pilihan kerjaya yang akan

diceburi pula, sokongan sosial daripada keluarga, rakan-rakan, institusi, organisasi

dan persekitaran komuniti adalah penting (Ibarra, H., 2005). Melalui sokongan sosial

adalah merupakan satu rangkaian sosial yang dapat memberikan satu elemen

interpersonal ke arah kebolehperkerjaan, informasi dan pengaruh yang kuat dalam

pembangunan kerjaya (Adler, K., 2010). Dalam konteks pekerjaan, informasi dan

pengaruh yang diperolehi daripada rangkaian kenalan dapat membekalkan seseorang

individu peluang kerjaya seterusnya memudahkan individu tersebut menguruskan

kerjayanya (Fugate et al., 2004).

Di peringkat universiti sedang rancak membangunkan program-program yang

membangunkan kemahiran. Oleh kerana kemahiran employability merupakan

kemahiran yang diperoleh seiring dengan masa, universiti dilihat sebagai tempat

paling ideal untuk menyediakan bakal graduan dengan kemahiran-kemahiran ini.

Pelajar bukan sahaja perlu diperkenalkan dengan konsep penguasaan kemahiran

employability, malah ia juga mengenai menyediakan pelajar dengan persekitaran

pembelajaran kondusif yang akan membantu mereka membesar menjadi rakyat yang

baik (Wincy, J. I., 2010). Kemahiran employability bukan sahaja membantu

meningkatkan tambah nilai graduan, malah boleh membantu dalam pencapaian

akademik mereka (Ariffin, S. R. et al., 2010). Kesedaran siswazah untuk menyedari

akan hal ini akan memudahkan penerapan nilai employability dalam diri mereka.

Menurut Barnett, J. E. (2008) menyatakan bahawa menyedari bagaimana kita

berfikir, merasa dan bertindak adalah cara untuk membantu memahami bagaimana

kita nerinteraksi dengan masa depan yang tidak menentu. Kamal, H. (2009)

menyatakan bahawa graduan perlu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai

kemahiran serta membangunkan personaliti yang baik dalam usaha untuk

kecemerlangan diri.

Dari segi penilaian kemahiran employability pula, timbul persoalan bahawa

terdapat kesukaran dalam menilai kemahiran employability dalam kalangan pelajar

Page 17: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

15

universiti. Di Malaysia usaha sedang giat dijalankan untuk membangunkan satu

penilaian tahap kemahiran employability pelajar-pelajar universiti. Instrumen

penilaian yang terkini dan digunakan dalam kajian ini adalah Malaysian Generic

Skills Inventory MyGSI (Ariffin, S. R. et al., 2010). Menyedari kepentingan

kemahiran employability, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2006) telah

menggariskan tujuh kemahiran employability yang perlu dimiliki oleh para graduan

iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikiran kritikal dan kemahiran

menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja berpasukan, kemahiran pembelajaran

berterusan dan pengurusan matlumat, kemahiran keusahawanan, kemahiran moral

dan etika professional dan kemahiran kepimpinan.

Di peringkat Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), penerapan

kemahiran employability dapat dilihat apabila setiap program yang dijalankan perlu

patuh syarat Kemahiran Insaniah yang ditetapkan oleh pihak universiti. Pihak UTHM

turut menggunakan garis panduan yang disediakan oleh Kememterian Pengajian

Tinggi Malaysia. Ini sejajar dengan Falsafah Pendidikan Universiti iaitu :

Pendidikan di Universiti ini adalah usaha berterusan untuk menerajui

program akademik yang berorientasikan pasaran dan berfokuskan pelajar menerusi

pembelajaran-melalui-pengalaman (experiential learning) untuk menghasilkan

sumber manusia terlatih dan profesional sebagai pemangkin ke arah kemajuan

negara yang mampan (UTHM, 2008).

Sebagai pengeluar graduan teknikal di Malaysia, UTHM pastinya

menitikberatkan kualiti graduan mereka. Ini kerana masalah penganguran turut

dipengaruhi oleh kelayakan akademik dan kelayakan bukan teknikal. Ahmad, M. S.

et al. (2009) meyatakan bahawa lulusan banyak bergantung kepada kelayakan

akademik untuk mendapatkan pekerjaan. Justeru berdasarkan tinjauan literatur yang

telah dijalankan kepentingan menerapkan kemahiran employability memang tidak

dapat disangkalkan lagi, walau bagaimanapun Badcock et al. (2010) menyatakan

bahawa kepentingan menilaikan pengetahuan disiplin yang khusus dan kemahiran

profesional tetap tidak dapat dilupakan. Dalam konteks penilaian kemahiran

employability pelajar universiti, beberapa pihak yang telah membangunkan

instrumen penilaian kemahiran employability untuk kajian mereka dan pengkaji masa

hadapan. Justeru itu, kajian ini akan menggunakan MyGSI iaitu instrumen yang telah

dibangunkan oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Kebangsaan

Malaysia.Terdapat tiga belas konstruk kemahiran employability dalam MyGSI iaitu :

Page 18: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

16

Jadual 2.1 Konstruk Kemahiran Employabulity Dalam MyGSI

Bil Konstruk Kemahiran Employability

1 Tanggungjawab Sosial

2 Menghargai Alam Sekitar

3 Etika, Moral dan Profesionalisma

4 Kerohanian

5 Komunikasi

6 Kepimpinan

7 Kerja Berpasukan

8 Berfikir Kritikal dan Menyelesaikan Masalah

9 Teknologi Matlumat dan Komunikasi

10 Pembelajaran Sepanjang Hayat

11 Globalisasi

12 Keusahawanan

13 Pengurusan

(Sumber dari Ariffin, S. R. et al., 2010)

2.3 Kemahiran Employability Dalam MyGSI

Dalam kajian ini, tiga belas konstruk kemahiran employability yang di kaji dalam

MyGSI. Kemahiran tersebut ialah tanggungjawab sosial, menghargai alam sekitar,

etika, moral dan profesionalisma, kerohanian, komunikasi, kepimpinan, kerja

berpasukan, berfikir kritikal dan menyelesaikan masalah, teknologi matlumat dan

komunikasi, pembelajaran sepanjang hayat, globalisasi, keusahawanan dan

pengurusan.

2.3.1 Kemahiran Tanggungjawab Sosial

Tanggunjawab sosial ialah komitmen sesebuah perniagaan untuk menyumbang

kearah kemampanan pembangunan ekonomi, mensasarkan penambahbaikan gaya

Page 19: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

17

hidup sementara mengekalkan badan korporat tersebut (Malim, S. et al., 2011).

Tanggungjawab sosial ini dilihat dikuasai oleh para mahasiswa teknikal khususnya

sebagai potensi tenaga kerja di syarikat-syarikat. Malim, S. et al, (2011) telah

menyenaraikan kepentingan tanggunjawab sosial ialah :

i. Memberi kesan limpahan kepada masyarakat dan Negara.

ii. Berlaku secara menang-menang di mana syarikat atau organisasi turut

memperolehi faedah.

Pelajar teknikal perlu menguasai kemahiran ini sebagai nilai tambah bagi

mendapatkan pekerjaan. Ini kerana tanggunjawab sosial ini dapat membawa pekerja

dan syarikat itu sendiri ke satu tahap yang lebih baik di mata masyarakat. Secara

keseluruhan konstruk ini dilihat penting untuk dikaji sebagai salah satu konstruk

dalam kajian yang melibatkan pihak mahasiswa teknikal UTHM.

2.3.2 Kemahiran Menghargai Alam Sekitar

Memasuki abad ke-21, perubahan permintaan dalam pekerjaan turut dipengaruhi

oleh perubahan alam dan persekitaran. Justeru kesedaran untuk menghargai alam

sekitar adalah penting diterapkan ke dalam diri pelajar. Pekerja di bidang teknikal

khususnya perlu melengkapkan diri dengan kemahiran yang berkaitan alam sekitar

bagi mengekalkan keseimbangan dan memastikan kelangsungan pembangunan

(Selvan, J., 2011). Ini dilihat penting diamalkan terutama terhadap masyarakat yang

terlibat dengan alam sekitar terutamanya tenaga kerja teknikal. Di dalam MyGSI

kemahiran ini ditafsirkan sebagai menyokong aktiviti alam sekitar (Ariffin, S. R. et

al., 2010). Alam sekitar merupakan faktor penting kelangsungan hidup manusia.

Justeru tahap kemahiran menghargai alam sekitar perlulah tinggi terutama sekali bagi

pihak yang terlibat secara langsung dengan alam sekitar seperti bidang teknikal.

Page 20: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

18

2.3.3 Kemahiran Etika, Moral Dan Profesionalisme

Kemahiran ini merangkumi kebolehan memahami kesan ekonomi, alam sekitar dan

sosiobudaya dalam amalan professional, kebolehan menganalisis dan membuat

keputusan dalam menyelesaikan masalah berkaitan etika dan kebolehan

mengamalkan sikap beretika, disamping mempunyai rasa tanggungjawab terhadap

masyarakat. Kemahiran ini juga sering dikaitkan dengan kemahiran lain seperti

kepimpinan (Fadli, S., 2011). Dalm MyGSI, kemahiran ini ditafsir sebagai

tingkahlaku professional serta integriti dan amanah (Ariffin, S. R. et al., 2010).

2.3.4 Kemahiran Kerohanian

Di Malaysia, rukun Negara yang pertama ialah kepercayaan kepada tuhan dan

agama. Justeru aspek kerohanian dalam konteks kajian ini tidak diabaikan. Menurut

Hamid, L. (2012) menggariskan empat elemen penting yang terlibat apabila

membincangkan tentang kejayaan kerohanian dari sudut pendidikan iaitu sains, guru,

pelajar dan alam sekitar. Kemahiran kerohanian banyak bermula di tempat belajar

seseorang. Menurut beliau lagi, universiti dilihat sebagai tempat terbaik untuk

mengadaptasikan kerohanian. Di dalam MyGSI kerohanian ditafsirkan sebagai

mampu mengikut aktiviti kerohanian, kebolehan bersikap tulus dalam apa jua

keadaan dan memberi maklum balas terhadap program kerohanian (Ariffin, S. R. et

al., 2010).

2.3.5 Kemahiran Komunikasi

Komunikasi merupakan proses interaksi yang dialami setiap manusia. Proses

komunikasi pada asasnya melibatkan empat elemen iaitu penyampaian, penerimaan,

medium penghantaran dan maklum balas (Jamal, Z. et al.,2011). Kemahiran

komunikasi ini penting kepada semua pihak terutamanya pelajar universiti yang

Page 21: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

19

bakal keluar mencari pekerjaan kelak. Di dalam MyGSI komunikasi ditafsirkan

sebagai kebolehan berunding, membuat rumusan dan merancang dan mengurus

(Ariffin, S. R. et al, 2010).

2.3.6 Kemahiran Kepimpinan

MyGSI mentafsirkan kepimpinan sebagai kebolehan mengagihkan tugas dengan

baik, kebolehan memimpin, merunding, keupayaan menyelesaikan masalah dan

menghormati prinsip orang lain (Ariffin, S. R et al., 2010).

2.3.7 Kemahiran Kerja Berpasukan

Diperingkat pengajian tinggi, UTHM (2011) menggariskan kemahiran kerja

berpasukan sebagai kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain daripada

pelbagai latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama, kebolehan

membina hubungan yang baik dan bekerja secara efektif. Di dalam MyGSI, indikator

pengukuran kerja berpasukan ditafsirkan sebagai kepelbagaian ahli kumpulan,

keputusan kumpulan, membantu secara proaktif dan mengenal pasti masalah

(Ariffin, S. R. et al., 2010).

2.3.8 Kemahiran Berfikiran Kritikal dan Menyelesaikan Masalah

Menurut Ariffin, S. R. et al (2010) dalam MyGSI indikator pengukuran berfikiran

kritikal dan meyelesaikan masalah ialah kebolehan mereflesi keputusan secara

objektif. Kemahiran ini penting kerana seseorang yang mempunyai pemikiran

kritikal ini dikatakan pandai mengemukakan kritikan dan membuat penilaian.

Page 22: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

20

2.3.9 Kemahiran Teknologi Matlumat dan Komunikasi (ICT)

Perubahan besar dapat dilihat dalam dekad ini dimana kebanyakkan persekitaran

kerja mula digantikan dengan teknologi secara berperingkat atau keseluruhan.

Penyediaan tenaga kerja teknikal yang berkemahiran, berpendidikan tinggi dan

berpengetahuan dan boleh menggunkan ICT telah diberi perhatian serius

memandangkan Malaysia sedang membangun setanding negara maju (Mohd Safarin

et al., 2012). Dalam MyGSI kemahiran ini ditafsirkan sebagai mengurus fail

elektronik, penyelidikan elektronik dan sumber berkualiti secara kendiri (Ariffin, S.

R. et al., 2010). Keperluan untuk menguasai kemahiran ini adalah penting

terutamanya kepada pekerjaan yang membabitkan proses sistematik yang melibatkan

bantuan komputer.

2.3.10 Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi pembelajaran sepanjang hayat sebagai

elemen dalam falsafahnya. Kepentingan pembelajaran sebagai usaha berterusan

untuk memperkembangkan potensi individu seharusnya didukung oleh setiap rakyat.

Di dalam MyGSI pembelajaran sepanjang hayat menilai elemen membina struktur

koheren berfokus, menggabungkan maklumat dan membina struktur ayatb bahasa

inggeris (Ariffin, S. R. et al., 2010). Pembelajaran sepanjang hayat penting kerana

pembelajaran itu sendiri merupakan proses yang berkesinambungan kepada

pengetahuan yang diperolehi.

2.3.11 Kemahiran Globalisasi

MyGSI telah mentafsir kemahiran globalisasi ialah adaptasi persekitaran global,

jangkaan masa depan dan kreatif dalam pemilihan (Ariffin, S. R. et al., 2010).

Keupayaan mahasiswa terutamanya dalam bidang teknikal melengkapkan diri

Page 23: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

21

dengan kemahiran ini dilihat kritikal untuk membolehkan mereka bersaing bukan

sahaja dalam pasaran pekerjaan malah di peringkat global.

2.3.12 Kemahiran Keusahawanan

Keusahawanan kini turut diberi perhatian dalam pembangunan profil generik untuk

pelajar universiti. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2006) menggariskan

kemahiran keusahawanan melibatkan keupayaan untuk meneroka peluang, inovasi,

kreativiti dan kesedaran tentang risiko dalam aktiviti yang berkaitan dengan

perniagaan dan pekerjaan. Kajian yang dijalankan oleh Mohd Yusof et al., (2013)

menunjukkan kemahiran keusahawanan di lihat sebagai kemahiran yang paling

kurang dimiliki oelh pelajar. Di dalam MyGSI ini konstruk keusahawanan diukur

melalui cadangan berasaskan fakta dan hujah, berdikari dan pengurusan sistematik

(Ariffin, S. R. et al., 2010).

2.3.13 Kemahiran Pengurusan

Menerusi MyGSI ini konstruk kemahiran pengurusan ditaksirkan kepada

pelaksanaan berasakan objektif dan mengkordinasikan tugasan (Ariffin, S. R. et al.,

2010). Seseorang pelajar perlulah menyiapkan diri dengan kemahiran pengurusan

untuk berhadapan dengan organisasi kerajaan kelak.

2.4 Penghargaan Kendiri

Penghargaan kendiri dalam kemahiran employability ialah ''siapakah saya''

termasuk matlamat, harapan, sifat keperibadian, nilai, kepercayaan , dan norma

dimana seseorang individu dapat menguruskan kerjaya yang diceburi secara

berdikari ketika menghadapi peluang kerjaya (Fugate at elc, 2004). Penghargaan

Page 24: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

22

kendiri menunjukkan kecekapan knowing why ynag merangkumi sifat seperti

motivasi kendiri, keperibadian individu dan nilai-nilai (Defillippi, R. J., 1994).

Seseorang individu haruslah melihat kelemahan diri sendiri apabila individu tersebut

mendapati dirinya tidak dapat mengenal pasti hala tuju dalam mencari pekerjaan

(McGreevy, F. J., 2003). Hall, A. et al. (1997) mencadangkan bahawa dalam

persekitaran kerjaya yang mencabar sekarang, penghargaan kendiri perlu diasingkan

dari sesuatu tugas tertentu atau organisasi sebaliknya mewakilli nilai-nilai peribadi

seseorang individu, motivasi dan minat-minat kerjaya yang lebih luas.

Secara keseluruhannya, penghargaan kendiri merujuk kepada sejauhmana

individu merasakan dirinya baik dan buruk atau sejauhmana mereka merasakan diri

mereka mempunyai nilai (Richmond, K. A., 1987). Penilaian individu terhadap

dirinya menurut DeVito, D. (2000) akan memberi reflek kepada nilai yang diletakkan

kepada diri seseorang tersebut. Oleh itu, meningkatkan penghargaan kendiri

bermakna akan membantu seseorang berfungsi secara lebih efektif khususnya dalam

hubungan interpersonal kerana individu yang mempunyai penghargaan kendiri yang

tinggi akan membantu seseorang berfungsi dengan lebih berkesan dalam persekitaran

organisasi, hubungan interpersonal dan juga kerjaya.

Che Noh, C. H. (2011) menyatakan bahawa individu yang mempunyai

penghargaan kendiri yang tinggi merasa bagus terhadap dirinya, merasa mempunyai

peluang yang cemerlang, dan berupaya untuk hidup dengan rasa dihormati, jujur,

bertenaga, kasih sayang dan realiti. Sebaliknya pula bagi seseorang yang rendah

penghargaan kendiri akan merasakan dirinya tidak bernilai, merasa terancam, dan

tidak berupaya untuk melihat ke dalam diri sendiri. Secara lebih mudah, seseorang

yang menyayangi dan menilai diri mereka berupaya untuk menyayangi dan menilai

orang lain dan bertindak secara realiti. Sementara itu menurut Beebe dan Redmond

(2002), penghargaan kendiri merupakan pelapis kepada interaksi dengan individu

lain di mana ia mempengaruhi keupayaan untuk sensitif kepada orang lain, dan gaya

komunikasi. Justeru itu, sebagai seorang pelajar, mempunyai penghargaan kendiri

yang tinggi amatlah penting khususnya dalam mencari peluang kerjaya.

Dapatan kajian oleh Anakwe, K. L. (2010) terhadap 446 pelajar di Amerika

Syarikat (AS) yang menggunakan kaedah tinjauan menunjukkan bahawa nilai-nilai

berkaitan kerjaya mereka, keperluan dan motivasi (membantu pembentukan

penghargaan kendiri) memudahkan matlamat di capai dan membuat keputusan.

Dalam masalah kerjaya seperti penggangguran, keupayaan untuk mempunyai

Page 25: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

23

penghargaan kendiri seseorang individu sebagai satu panduan dalam menetapkan

matlamat dan membuat keputusan adalah penting bagi mengenal pasti peluang-

peluang kerjaya. Oleh itu, berdasarkan kepada dapatan kajian lepas, terdapat

hubungan yang signifikan penghargaan kendiri terhadap kemahiran employability.

Satu kajian harus dijalankan untuk melihat bagaimana penghargaan kendiri

membolehkan seseorang individu mendapat peluang kerjaya. Dalam konteks

penilaian penghargaan kendiri, kajian ini menggunkana instrumen yang telah

dibangunkan Rosenberg self-esteem scale (RSES) yang dihasilkan oleh Rosenberg

(1990) dan diubahsuai mengikut objektif kajian. Instrumen ini terdiri daripada 10

item bagi mengukur penghargaan kendiri yang ada dala diri pelajar kejuruteraan di

UTHM.

2.5 Jantina dalam Penguasaan Kemahiran Employability

Isu yang berkaitan dengan perbezaan jantina dalam penguasaan kemahiran

employability ini telah banyak dikaji. Kajian yang dilakukan oleh Maniam & Liong

(2009) mendapati bahawa pelajar lelaki dan perempuan mempunyai persepsi yang

berbeza secara signifikan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar lelaki

mempunyai beberapa kemahiran yang khusus berbanding pelajar perempuan.

Kemahiran yang telah dikenalpasti termasuklah kemahiran kepimpinan, pemikiran

strategik, kemahiran kewangan, pemahaman global dan kemahiran untuk bertindak

secara kreatif apabila berlaku sebarang masalah.

Kajian yang dilakukan oleh Sikor, A. at el. (2010), mendapati terdapat

perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap kemahiran employability.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar lelaki lebih berketrampilan

berbanding pelajar perempuan. Maka tidak dinafikan bahawa faktor ini akan

menyebabkan kea rah lambakan graduan apabila mereka tamat pengajian kelak.

Menurut Mat Rasyid. A. (2011) juga menyatakan bahawa terdapat perbezaan

terhadap penguasaan kemahiran employability antara pelajar lelaki dan perempuan

ini. Dalam kajian beliau, daripada lima elemen yang dikaji, mendapati pelajar lelaki

lebih menguasai kesemua elemen tersebut berbanding pelajar perempuan.

Page 26: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

24

Selain itu, dapatan kajian yang diperolehi oleh Wickramasinghe & Perera

(2010) pula mendapati pelajar perempuan lebih menguasai kemahiran employability

berbanding pelajar lelaki. Dapatan kajian ini berbeza dari dapatan kajian pengkaji

lain. Terdapat juga kajian lain yang menyatakan bahawa tiada perbezaan yang wujud

terhadap tahap penguasaan kemahiran employability antara pelajar lelaki dan pelajar

perempuan. Kemahiran employability ini boleh dan mampu dikuasai tidak

mengambil kira faktor jantina asalkan mereka berkeyakinan dan bersungguh-

sungguh.

2.6 Bidang Pengkhususan dalam Penguasaan Kemahiran Employability

Bidang khusus merupakan gambaran awal seseorang untuk melihat hala tuju kerjaya.

Wujud pelbagai masalah untuk menyesuaikan kerja yang mana ianya boleh dikaji

dan dilihat melalui penilaian beberapa perkara. Terdapat lima faktor yang

mempengaruhi seseorang menceburi alam pekerjaan (Hamzah, M. Y., 2002). Faktor-

faktor itu dalah terdiri daripada keupayaan, minat dan sifat peribadi, mengenal pasti

bidang pekerjaan yang ada dan syarat-syarat yang dikehendaki, mempunyai

kebolehan dan kemahiran dalam sesuatu pekerjaan dan penyusunan dan rancangan

kerjaya untuk diceburi. Oleh itu, pembelajaran yang diperolehi oleh pelajar adalah

merupakan satu pembelajaran sepanjang hayat. Melalui pembelajaran sepanjang

hayat ini seorang individu dapat memperolehi kemahiran, informasi yang diperlukan

untuk pekerjaan yang diceburi, bagaimana mengimbangi antara kerjaya dan

kehidupan, bagaimana untuk membangunkan kerjaya secara efektif dan

menguruskan kerjaya sendiri berdasarkan kepada latihan yang diberikan (Kennedy,

M. L., 2008). Hall (2002) juga menyatakan bahawa melalui pembelajaran yang

berterusan yang diperolehi boleh membawa perubahan kepada diri dan kemahiran

seseorang.

Antara kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan mencari hala tuju kerjaya,

iaitu kajian yang dijalankan oleh Uzoamaka, P. A. (2008) kepada 446 graduan yang

di Amerika Syarikat yang mana mengkaji pemilihan bidang pengkhususan dengan

mencari hala tuju kerjaya. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa

pemilihan bidang pengkhususan mempunyai hubungan dan regrasi yang kuat

Page 27: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

75

RUJUKAN

Abdullah Mat Rashid. (2011). Pendidikan dan latihan vokasional sebagai enjin

menjana perkembangan ekonomi. Jurnal Pendidikan Teknikal dan Vokasional,

1, 1-5.

Adler & Kwon. (2010). Social capital : Pospect of new concept. Academy of

Management Review, 27(1), 1-6.

Ahmad Farid Ahmad Nordin. (2011). Cabaran dalam pendidikan teknikal dan latihan

vokasional bagi menyokong kerjaya belia dalam membuat keputusan.

Prosiding seminar kebangsaan pendidikan teknik dan vokasional kali ke-4.

Ahmad Esa (2010). Tahap penguasaan generik dalam dalam kalangan pelajar tahun

akhir diploma kejuruteraan Elektrik serta pendidikn, PenerbitUTHM.

Ahmad Muhaimin, M., Jamalluddin, H., & Baharuddin, A. (2008). Kelemahan

penguasaan kemahiran di kalangan pelajar: pedagogi dan teknologi sebagai

pendekatan penyelesaian. Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah 2008.

Skudai: Penerbit UTM.

Ahmad Rizal Madar. (2008). Kamahiran Employability Bagi Memenuhi Keperluan

Industri. Jurnal Pendidikan Teknikal dan Vokasional.

Bridgstock, R. (2009). The graduate attiributes we‟ve overlooked: Enhancing

graduate employability through career management skills. Journal of Higher

Education Research & Development, 28, 31-44.

Barlett, J.E. (2008). Organizational research: Determine appropriate sample saiz in

survey research. Information Techonology, Learning and Performance

Journal, 19(1),43-50.

Baruch, Y. (2006). Career development in organization and beyond : Balancing

traditional and contemporary viewpoint. Humans Resourse Management

Review, 16 (2), 125-138.

Page 28: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

76

Badcock et al.. (2010). The graduate attributes we‟re overlooked: Career transition.

In S. Brown & R.W. Lent.

Chiaburu, D. (2006). Beyond being proactive: What (else) matters for self-

management behaviors? Career Development International, 11(7), 619-632.

Che Hasniza Che Noh (2011). Hubungan empati dan penghargaan kendiri ibubapa

dengan gaya keibubapaan. Jurnal Kemanusiaan.

Cochran, W. (1977). Sampling techniques. New York: John Wiley & Sons.

Cohen, W. (2009). The transition from organizational employement to portpolio

working: perception of „boundary lessness‟. Work, Employmenr and society.

Dawis, R.V. (2005). The Minnesota theory of work adjustment. In S.D. Brown, &

R.W. Lent (Eds.), Carrer Development and counseling.

DeFillipi, R.J., & Arthur, M.B. (1994). The boundaryless career: A competency

based perspective. Jurnal of Organizational Behavior. 15, 307-324.

DeHart, T., Murray, S. L., Pelham, B. W., dan Rose, P. 2003. The regulation of

dependency in parent-child relationships. Journal of Experimental Social

Psychology 39(1): 59-68.

Fugate, M., Kinicki, A.J., & Asforth, B.E. (2004). Employability: A psycho-social

construct, its dimensions and application. Jurnal of Vocational Behavior. 65,

14-38.

Hanim Bin Kamal, Muhammad Haron and Ahmad, Khairul Anuar. (2009).

Kemahiran

keusahawanan: satu kajian analisis kandungan buku-buku teks. dalam: Seminar

Kebangsaan Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial (SKIKS) 2008, 18-

19 Ogos, 2008, Hotel Mahkota, Melaka. (Unpublished).

(http://eprints.uthm.edu.my/129/1/muhammad_haron_husaini.pdf.

Heinz, W. R. (2002). Transition discontinuities and yhe biographical shaping of early

works. Journal of Vocational Behavior.

Ibarra, H. (2005). What‟s your story? Harvard business Review, 83(1), 64-71.

Ilhaamie Abdul Ghani Azmi, Zainal Ariffin Ahmad & Yusrrie Zainuddin. (2008).

Competency based career development and performance management practice

and service quality in malaysia public organization. International Review of

Bisness Research Paper. 4(4), 174-189.

Page 29: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

77

Ingrid Patgieter. (2011). The relationship between self-esteem and employability

attributes of postgraduate business management students. Deparment Of

Human Resource Management Journal.

Irwan Rosleh. (2009). Kesan globalisasi dalam pendidikan dan latihan teknik dan

vokasional, 3,23-34.

Lnage, F. & Topel, R. (2006). The Social Value of Education and Human Capital In

The Handbook of Econimic of Education, Vol 1, eds.

Johannes, G., Beatrice, I., & Tonette, S. (2008). Toward the employability–link

model: Current employment transition to future employment perspectives.

Human Resource Development Review, 165-183. JPPKK. (2008). Laporan

Eksekutif Kajian Pengesanan Graduat Politeknik 2007. Selangor: Jabatan

Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti.

Kennedy, M. L. (2008). Course expectation and career management skills.

Kahirol Mohd. Salleh, Wan Nur Hidayah Ibrahim, Nor Lisa Sulaiman,Badaruddin

Ibrahim & Mohamad Zaid Mustafa. (2008). Kemahiran Employability Dalam

Kalangan Mahasiswa Dan Pensyarah: Perbandingan Dengan Industri.

Khairul Faizah (2007), ”Tahap Kemahiran Generik Di Kalangan Pelajar Diploma

Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).” UTHM: Tesis Sarjana.

Mc.Dermott. J. (2007). Old Soldier never die: they adapt their military skills and

become successful civilians.

McConnell, E.A. (2010). Employability during unemployment: Adaptibility, cereer

identity and human and social capital.

McMillan, J.H., & Schumacer, S. (2010). Research in Education: Evidence-based

inquiry. New Jersey.

McCroskey, J. C., and Richmond, V. P. (1987). Willingness to communicate. Dlm. J.

C.

McCroskey & J. A. Daly (pnyt.). Personality and interpersonal communication.

Newbury Park: Sage Publications.

Mihail, D.M. (2008). Proactivity and work experience as predictor of career

enhancing strategies. Human Development International.

Mohd Salleh Abu, Meor Ibrahim Kamaruddin, Zainudin Abu bakar, Mohd Ali

Ibrahim,

Mohd Nor Bin Noh & Abd. Shukur Bin Ali. (2010). Kepentingan Penguasaan

Kemahiran Generik dalam Kalangan pelajar tahun akhir 4 SPH (Perdana)

Page 30: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

78

Fakulti Pendidikan, UTM Sebagai Persediaan Bakal Guru Di Sekolah. Projek

Sarjana Muda ITM.

Megat Aman Zahiri Megat Zakaria dan Muhammad Abu Hadi Bunyamin. (2010).

Penguasaan Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Guru Pelatih Fakulti

Pendidikan UTM. Kertas Institusi. Fakulti Pendidikan, UTM.

Mohd Safarin Nordin dan Kamaruddin Mohd Tahir. “ Kemahiran Generik –

Kepentingan dalam memenuhi keperluan majikan masa kini.” Universiti

Teknologi Malaysia Kertas kerja.

Mohamad Sattar Bin Ahmad et al.. (2009). Bimbingan dan KERJAYA. Konsep dan

amalan kerjaya.

Mohd Sattar, R., Md Yusof, I., Napisah, I., Rashid, R., & Roseamnah, A. R. (2009).

Aspek kemahiran employability yang dikehendaki majikan industri pembuatan

masa kini. Jurnal Pendidikan Malaysia , 67-69.

Mohd Yahya Hamzah & Roseliza Ahmad. (2002). Melangkah ke dunia pekerjaan.

Kuala Lumpur. Utusan Production & Distribution Sdn. Bhd, 12-13.

Mohd. Yahya Nordin. (2003). Isu Dan Cabaran Dalam Penyediaan Tenaga Kerja

Dalam Era Perubahan Teknologi Dan Globalisasi. Kertas Utama Dalam

Persidangan Kebangsaan. Pendidikan Dan Latihan Teknik Dan Vokasional.

Maniam, U.M. dan Liong C.Y. (2009). Persepsi pelajar terhadap atribut pekerjaan

dan implikasinya ke atas universiti.

Morreale, S. P., Spitzberg, B. H., and Barge, J. K. (2001). Human communication:

Motivation, knowledge, skills. United States: Wadsworth Thomson Learning.

Nadia Farhana Salleh. (2009). Hala tuju pendidikan teknik dan vokasioanal ke arah

pekerjaan. Prosiding Seminar Kebangsaan pendidikan teknik dan vokasional

kali ke-3.

National Association of Manufacturers (NAM), Andersen & Center for Workforce

Success (2001). The Skills Gap, 2001. National Association of Manufacturers.

Noor Syazwani Roni (2013) Penerapan kemahiran generik dalam pengajaran dan

pembelajaran Kesusasteraan Melayu. Kertas Projek Sarjana Pendidikan.

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Normah Zakaria, Abdullah Mat Rashid & Ruselan Baki. (2010). Persediaan bakal

pesara tentera dalam menghadapi peralihan kerjaya selepas bersara. Jurnal

Pendidikan Teknik dan Vokasional, 1,29 – 43.

Page 31: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

79

Bagley D.(1999). “ Graduates perception of transferable personal skills and future

career preparation. Emerald Group, 41(10), 184-193.

Rahmah Ismail. (1995). Modal manusia dan perolehan buruh. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Redekopp, D., Hache, L. & Jarvis, P. (2009). Blueprint for life/work design. National

Life/Work Centre, Canada Career Information Partnership & Human

Resources Development Canada.

Reichardt, C. (2008). Unseen barriers keep person with disabilities from seeking,

acquiring and maintaining meaningful employment. Tesis sarjana tida

diterbitkan, State University of New York.

Rohana Abdul Karim. (2010). Minat kerjaya, efikasi kendiri keputusan kerjaya,

kemahiran employability dan pilihan kerjaya pelajar vokasional pertanian di

Semenanjung Malaysia. Universiti Putra Malaysia.

Ros Hasni Abd Ghani. (2006). Effectiveness of military knowledge and skill after

retirement. Universiti Malaya, Malaysia.

Sidek Mohd Noah. (2002). Perkembangan Kerjaya: Teori & Praktis. Serdang:

Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Siti Rahayah Ariffin, and Jamil Ahmad, and Nur' Ashiqin Najmuddin. (2010)

Pembangunan instrumen kemahiran generik pelajar berasaskan penilaian

pensyarah dengan menggunakan model pengukuran rasch pelbagai

faset. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35 (2). pp. 43-50. ISSN 0126-6020 / 2180-

0782.

Siti Rahayah Ariffin, and Rodiah idris, and Noriah Mohd Ishak. (2010). Differential

item functioning in Malaysian Generic Skills Instrument (MyGSI). Jurnal

Pendidikan Malaysia, 35 (1). pp. 1-10. ISSN 0126-6020 / 2180-0782.

Siti Rahayah, A., Jamil, A., & Nur 'Ashiqin, N. (2010). Pembangunan instrumen

kemahiran generik pelajar berasaskan penilaian pensyarah dengan

menggunakan model pengukuran rasch pelbagai facet. Jurnal pendidikan

Malaysia, 35(2) , 43-50.

Seo, Andy K.H. (2003). Smart – “Partnership Between Vocational And Technical

Tranning Institution In Creating Skill Workes”, Persidangan Kebangsaan

Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional 2003.

Suraiya Bin Malim dan Ahmad Raflis. (2011). Paradigma baru dalam pelaksanaan

tanggungjawab sosial syarikat milik kerajaan.Akademik 81(3) 2011: 75-81.

Page 32: KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI … fileJusteru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu

80

Stern.H.L. (2005). Career devepment and counseling (pp. 506-521). Hoboken,

NJ:Wiley.

Sturges, J. (2008). The evalution of the boundryless career concept: Exa.

Sikor, A., Mohd Ariff, S.Z.., Zainal Abidin. (2010). Komunikasi interpersonal dalam

pengajaran dalam pengajaran dalam kalangan guru-guru Sekolah Menengah

Teknik di negeri Melaka.

Azlan Soleh, Mohd Rizan Abdul, Ishak Hasan, Mohd Yusof Husain. (2013).

Kemahiran employability pelajar kejuruteraan dari perspektif pensyarah.

Tengku Mahaleel Tengku Ariff, (2008). Ciri-ciri Kualiti Pelajar Untuk Keperluan

Pekerjaan Pada Masa Kini. Seminar Antara Industri dan Institusi Pendidikan

Awam.

Uzoamaka, P. A., Hall, J.C., & Schor, S.M. (2008). Knoeledge-related skills and

effective career management. International Journal of Manpower, 21(7), 556-

557.

Yahya Buntat (2004). Integrasi Kemahiran “Employability” Dalam Program

Pendidikan Vokasional Pertanian Dan Industri Di Malaysia.” UTM Skudai.

Tesis Phd.

Wincy, J.I. (2010). A practical guide to competencies: How to enhance individual

and organization performance. London.

Wickramasinghe & Perera. (2010). Graduates, university lecterer and employers

perception towards employability skill.

Zanaton Jamal et al. (2011). Comunication skills among university students. Social

and behavioral sciences 59 (2012) 71-76.

Van der Heijde, C.M. (2010). A compence-based and multi-dimensional

operationalization and measurement of employability. Human Resourse

Management, 45, 449-476.