Kemahiran Hidupn Pendidikan Khas
-
Upload
rayyan-darwisy -
Category
Documents
-
view
220 -
download
2
Transcript of Kemahiran Hidupn Pendidikan Khas
KAJIAN ANALISIS TUGASAN KEMAHIRAN HIDUP PENDIDIKAN KHAS (PERKEBUNAN)
Oleh: Mohd Sabri Bin A Rahman
Pengenalan
Pada Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang lalu saya telah memilih
seorang murid berkeperluan khas masalah pembelajaran untuk melaksanakan RPI
dalam kemahiran menyiram pokok bunga yang turut diajar dalam mata pelajaran
kamahiran hidup. Kemahiran ini melibatkan beberapa langkah yang boleh disesuaikan
dengan pelbagai kaedah berdasarkan modifikasi murid mengikut keupayaan dan
kemudahan yang pihak sekolah sediakan kepada murid-murid di kelas pendidikan
khas. Berdasarkan pemerhatian ketika sesi pengalaman berasaskan sekolah, mata
pelajaran kamahiran hidup tidak di aplikasikan sedangkan banyak perkara yang boleh
dilakukan oleh murid-murid pendidikan khas yang boleh meningkatkan kemahiran
psikomotor halus dan kasar mereka.
Aktiviti dalam perkebunan melibatkan banyak kemahiran seperti kemahiran
membaja, kemahiran menggembur tanah, kemahiran menjaga tanaman dan
sebagainya termasuk kemahiran menyiram pokok yang merupakan kemahiran yang
dipilih bagi tugasan ini.
Maklumat Responden
Nama: Muhd Nor Hakimi bin Rosli
Umur: 12 Tahun
Alamat: Kampung Nail,Kuala Besut Terengganu
Hobi: Bermain Bola
Cita-cita: Pemain Bola Sepak
Sekolah: SK Kuala Besut
Aliran: Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (tahap kognitif rendah)
Bilangan adik-beradik: 3 Orang
Pencapaian Akademik:Tiada
Keistimewaan/Kebolehan: Penyerang dalam perlawanan bola sepakMOHD SABRI BIN A RAHMAN Page 5
LANGKAH-LANGKAH KEMAHIRAN MENYIRAM POKOK HIASAN / TANAMAN
BIL LANGKAH-LANGKAH GAMBAR CATATAN
1 Pakaian- murid mestilah bersedia
dengan pakaian yang sesuai untuk
berkebun bagi memudahkan murid
bergerak. Pakaian yang sesuai juga
dapat mengelakkan pakaian sekolah
murid daripada kotor. Murid
pendidikan juga adakalanya aktif
ketika berada diluar maka pakaian
seperti pakaian sukan dan memakai
topi berkebun (bagi perkebunan di
kawasan terbuka) adalah sesuai.
Pakaian sekolah tidak
sesuai digunakan.
Tetapi untuk
kemahiran ringan
seperti menyiram
pokok, pakaian
sekolah dibenarkan,
tetapi guru mesti
mengingatkan murid
agar berhati-hati dan
menjaga kebersihan.
2 Membawa alatan- Alatan yang di
bawa kadangkala ringan dan berat.
Murid hendaklah dipastikan
membawa barang yang bersesuaian
dengan kemampuan mereka. Jika
alatan terlalu banyak, bantuan dari
murid lain untuk menolong
hendaklah dibuat oleh guru bagi
memupuk nilai tolong-menolong di
kalangan mereka.
alatan menyiram
biasanya
menggunakan paip air
tetapi untuk mendidik
murid agar
mengamalkan
penjimatan air, bekas
menyiram air
digunakan kerana
ianya lebih ekonomik
selain mengelakkan
pembaziran.
3 Letak bekas (alatan) menyiram-
alatan yang dibawa hendaklah
diletak di tempat yang berdekatan
dengan tempat untuk melakukan
aktiviti berkebun tersebut. Untuk
aktiviti menyiram pokok bunga ini,
murid perlu mengisi air ke dalam
bekas siraman.
Bekas menyiram
diletakkan berdekatan
pili. Guru
memerhatikan agar
murid berhati-hati.
BIL LANGKAH-LANGKAH GAMBAR CATATAN
MOHD SABRI BIN A RAHMAN Page 6
4 Mengisi air ke dalam bekas-
Bekas menyiram diisikan dengan air.
Pengamatan murid semasa mengisi
air membantu murid menganggarkan
setakup mana air yang sesuai diisi.
Guru akan memerhati agar murid
tidak bermain dengan air atau
membazir. Paip ditutup apabila air
penuh. Bekas air diangkat ke tempat
pasu yang hendak disiram.
Murid boleh
mengaplikasikan
amalan menjimatkan
air.
5 Membuang sampah dari pasu-
Sebelum murid menyiram pokok.
Murid mestilah memastikan
sebarang bendasing yang boleh
menghalang air dari menghalang
pengaliran air kepada akar tumbuhan
yang hendak di siram.
Daun kering biasanya
terdapat dalam pasu.
Permukaan tanah
yang keras juga perlu
digemburkan sebelum
murid
6 Menggembur tanah-
Murid menggembur tanah untuk
memudahkan pengaliran air masuk
dan keluar.
Tanah yang keras
digemburkan dengan
serampang tiga mata.
7 Menyiram –
Setelah selesai murid boleh mula
menyiram guru hendaklah
memastikan bahawa murid tidak
menyiram terlalu banyak agar tidak
berlaku perbaziran. Air yang ada
digunakan untuk menyiram pokok
yang lain.
Memastikan murid
menyiram pokok-
pokok yang lain
secara sekata dan
semua pokok disiram
bukan satu pokok
sahaja.
MOHD SABRI BIN A RAHMAN Page 7
BIL LANGKAH-LANGKAH GAMBAR CATATAN
8 Menyiram semua pokok-
Murid menyiram pokok yang lain.
Apabila air habis, langkah 4 hingga 7
diulang untuk memastikan semua
pokok disiram mengikut waktu yang
sesuai.
Bantuan murid lain
mungkin diperlukan
oleh murid dengan
menolong mengisikan
air.
9 Alatan menyiram disimpan-
Setelah selesai menyiram, murid
mestilah memastikan alatan
disimpan. Pastikan sekali lagi pili
paip ditutup.
Alatan disimpan
ditempat yang
dikhaskan agar alatan
tidak hilang atau
sukar untuk dicari.
Biasanya rak
digunakan untuk
menyimpan alatan.
MOHD SABRI BIN A RAHMAN Page 8
KEBERKESANAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
Pengenalan
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu instrumen yang sangat
penting dalam merancang aktiviti pengajaran di Program Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran. Ia adalah satu garis panduan atau alat pengurusan yang dibina bagi
memastikan pelajar-pelajar berkeperluan khas menerima pendidikan khas dan
perkhidmatan-perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan mereka (Smith &
Luckasson, 1995). RPI ini berasal dari Amerika Syarikat yang terhasil daripada satu
perundangan, iaitu ‘Public Law 94-142’ yang telah diluluskan oleh Kongres Amerika
Syarikat pada tahun 1975 (Mohd. Siraj, 1995) dan telah terbukti memberi banyak
manafaat di samping memberi perlindungan kepada pihak-pihak tertentu khususnya
pelajar-pelajar khas yang memerlukan perkhidmatan pendidikan yang bercorak individu
(Mohd. Siraj, 1995). Namun begitu tidak seperti di Amerika Syarikat yang mempunyai
peruntukan perundangan bagi mewajibkan pelaksanaan RPI iaitu ‘Public Law 94-142’,
negara kita masih lagi tiada perundangan yang khusus mengenai keperluan
pelaksanaan RPI ini (Abdul Rahim, 2000). Sejak bermulanya pelaksanaan RPI di
negara kita sehingga kini tidak terdapat banyak maklumat yang diperolehi mengenai
tahap keberkesanan dan juga masalah-masalah yang dihadapinya.
Keberkesanan RPI Yang Dilaksanakan
Daripada pelaksanaan kemahiran menyiram pokok bunga salah satu dari aktiviti
perkebunan saya dapati murid berjaya mengikut arahan berdasarkan penerangan yang
telah dijelaskan sebelum berjaya melaksanakan sendiri setiap langkah yang betul
dalam menyiram pokok. Responden dalam RPI ini ialah murid bermasalah
pembelajaran yang lembam (slow learner). Perubahan dari segi pemahamannya
meningkat apabila modifikasi digunakan. Ini bertujuan untuk memberi kefahaman yang
tinggi kepada murid (Hakimi) berbanding penerangan yang kompleks yang menyukar
Hakimi untuk memahaminya.
MOHD SABRI BIN A RAHMAN Page 9
Penglibatan Ibubapa
Melalui data-data yang diperolehi adalah sangat jelas bahawa proses
pembinaan RPI yang dirancang belum mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan.
Faktor utama ialah tahap penglibatan ibu bapa, pelajar, pentadbir sekolah dan juga
kumpulan sokongan semasa proses membina RPI adalah amat tidak memuaskan. Di
samping itu, proses pengumpulan maklumat pelajar juga masih belum mantap dan
perlu diperbaiki. RPI juga masih lagi lemah apabila kekurangan penglibatan ibu bapa
adalah kerana sesi pertemuan ibu bapa dengan pihak sekolah diadakan pada waktu
bekerja, kurang pendedahan kepada ibu bapa mengenai hak-hak mereka selain
daripada sikap tidak ambil tahu ibu bapa itu sendiri. Situasi ini harus diperbaiki di mana
pihak guru dan sekolah terutamanya haruslah bersikap proaktif bagi membina
rangkaian perhubungan yang lebih efektif dengan ibu bapa di samping memberi
kesedaran kepada ibu bapa tentang hak mereka dan juga tujuan dan kepentingan
pembinaan RPI terhadap proses pendidikan anak mereka. Ibu bapa seharusnya
menjadi anggota yang paling penting di dalam mesyuarat RPI dengan membuat
keputusan berkenaan bentuk pengajaran dan juga sebagai jurubela bagi anak mereka
(Welch & Sheridan, 1995) dan bukannya sebagai pemerhati sahaja.
Penglibatan Murid
Penglibatan pelajar di dalam proses pembinaan RPI amat penting kerana pelajar
yang terlibat secara aktif di dalam pembinaan RPInya akan lebih berpengetahuan
mengenai ketidakupayaan dirinya, haknya sebagai pelajar dari segi perundangan
(Mason et. al, 2004), berkomunikasi dengan lebih baik mengenai kekuatan, keperluan,
matlamat dan kemajuan mereka (Battle et. al di dalam Torgesen et. al, 2004). Selain
itu, hal ini memberi peluang kepada pelajar bagi melakukan pembelaan kendiri
(Snyder, 2002). Sehubungan dengan itu, seharusnya pelajar khas ini diberi peluang
untuk memainkan peranan yang lebih aktif di dalam proses pembinaan RPI dan segala
pandangan dan kehendak mereka haruslah diberi perhatian yang sewajarnya. Peluang
penyertaan ini amat penting kerana pelajar khas juga mempunyai hak dalam
menentukan arah tuju pendidikan mereka.
MOHD SABRI BIN A RAHMAN Page 10
Penilaian RPI
Penilaian RPI yang sistematik dan berterusan adalah amat penting bagi
memastikan perancangan dan strategi pengajaran yang bersesuaian dapat
dilaksanakan terhadap pelajar. Antara beberapa sebab mengapa penilaian yang
sistematik dan teratur tidak dapat dijalankan adalah kerana guru-guru kurang
kemahiran untuk melakukan penilaian yang mantap dan juga sikap ambil mudah guru
yang menggunakan instrumen penilaian yang kurang bersesuaian seperti
menggunakan instrumen yang sama bagi sekumpulan pelajar daripada pelbagai
peringkat pencapaian dan bukan berasaskan RPI masing-masing.
PENUTUP
Pada keseluruhannya didapati pelaksanaan RPI yang telah dijalankan adalah
Berjaya tetapi masih belum benar-benar mantap ekoran dari beberapa kekurangan
seperti aspek-aspek latihan guru, penglibatan ibu bapa, penglibatan pelajar dan sistem
pemantauan yang berkesan haruslah dipertingkatkan lagi supaya program RPI ini tidak
dilaksanakan umpama melepaskan batuk di tangga sahaja. Bagi memastikan
keberkesanan RPI ini, semua pihak yang terlibat harus sedar tangungjawab mereka di
samping memberi komitmen yang tinggi kerana RPI tidak akan berjaya tanpa
penglibatan semua pihak.
MOHD SABRI BIN A RAHMAN Page 11