Kemahiran Interpersonal Guru Dalam an Psikologi Kanakkanak

17
KEMAHIRAN INTERPERSONAL GURU DALAM PERKEMBANGAN PSIKOLOGI KANAK-KANAK Oleh: Nor Anisa Musa Abstrak Kertas konsep ini membincangkan keperluan interpersonal guru dalam perkembangan psikologi kanak-kanak dari pelbagai perspektif isu dan cabaran. Isu yang dikemukan adalah beberapa isu kebanyakan tingkah laku guru dan cara menangani kepelbagaian tingkah laku murid. Terdapat juga beberapa panduan khas menurut pakar-pakar psikologi bagaimana untuk menjadi seorang guru yang ideal, berkarisma, berkredibiliti dalam menangani permasalahan psikologi kanak-kanak. Pelbagai keperluan yang bersesuaian telah diperbincangkan dan diperkaitkan dengan secara tidak langsung untuk perkembangan pendidikan dan sosial mereka. Pengenalan Hubungan interpersonal adalah aspek penting yang perlu diketahui oleh guru. Persoalan sejauh manakah guru menguasainya adalah suatu yang subjektif walaupun terdapat kaedah-kaedah dan panduan tertentu yang boleh dipelajari serta rahsia-rahsia membina konsep kendiri dan imej. Abdullah dan Ainon (2002) menyatakan, antara kemahiran asas interpersonal ialah kemahiran komunikasi, kemahiran mendengar, kemahiran bertanya dan penampilan. Kecerdasan interpersonal merupakan kecerdasan interaksi sosial termasuk semangat bekerjasama, kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan (Mok Soon Sang, 2004). Menurutnya lagi, kejayaan mencapai objektif kaunseling pula adalah bergantung kepada kecekapan guru bimbingan menggunakan prinsip-prinsip psikologi individu, khasnya kemahiran mewujudkan perasaan empati, memahami perasaan, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran mendengar. Arkes (1982) menyatakan, definisi motivasi ialah those processes that influence the arousal, strength or direction of behavior. Oleh itu, kaedah pengajaran guru yang pelbagai menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar, sama ada berbentuk dalaman ataupun luaran dan menggerakkan pelajar 1

Transcript of Kemahiran Interpersonal Guru Dalam an Psikologi Kanakkanak

Page 1: Kemahiran Interpersonal Guru Dalam an Psikologi Kanakkanak

KEMAHIRAN INTERPERSONAL GURU DALAM PERKEMBANGAN PSIKOLOGI KANAK-KANAK

Oleh: Nor Anisa Musa

AbstrakKertas konsep ini membincangkan keperluan interpersonal guru dalam

perkembangan psikologi kanak-kanak dari pelbagai perspektif isu dan cabaran. Isu yang dikemukan adalah beberapa isu kebanyakan tingkah laku guru dan cara menangani kepelbagaian tingkah laku murid. Terdapat juga beberapa panduan khas menurut pakar-pakar psikologi bagaimana untuk menjadi seorang guru yang ideal, berkarisma, berkredibiliti dalam menangani permasalahan psikologi kanak-kanak. Pelbagai keperluan yang bersesuaian telah diperbincangkan dan diperkaitkan dengan secara tidak langsung untuk perkembangan pendidikan dan sosial mereka.

PengenalanHubungan interpersonal adalah aspek penting yang perlu diketahui oleh guru.

Persoalan sejauh manakah guru menguasainya adalah suatu yang subjektif walaupun terdapat kaedah-kaedah dan panduan tertentu yang boleh dipelajari serta rahsia-rahsia membina konsep kendiri dan imej. Abdullah dan Ainon (2002) menyatakan, antara kemahiran asas interpersonal ialah kemahiran komunikasi, kemahiran mendengar, kemahiran bertanya dan penampilan.

Kecerdasan interpersonal merupakan kecerdasan interaksi sosial termasuk semangat bekerjasama, kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan (Mok Soon Sang, 2004). Menurutnya lagi, kejayaan mencapai objektif kaunseling pula adalah bergantung kepada kecekapan guru bimbingan menggunakan prinsip-prinsip psikologi individu, khasnya kemahiran mewujudkan perasaan empati, memahami perasaan, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran mendengar.

Arkes (1982) menyatakan, definisi motivasi ialah those processes that influence the arousal, strength or direction of behavior. Oleh itu, kaedah pengajaran guru yang pelbagai menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar, sama ada berbentuk dalaman ataupun luaran dan menggerakkan pelajar bagi memulakan sesuatu dan diikuti dengan keupayaan bagi mengekalkan penglibatan itu (Sarina dan Yusmini, 2007).

Selain dari itu, kepentingan hubungan interpersonal dapat membantu melahirkan persefahaman yang baik antara guru dan pelajar serta wujud rasa percaya mempercayai di kalangan mereka serta dapat memberi kesan yang positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran (Sarina dan Yusmini, 2007).

Terdapat isu dan cabaran yang diperbincangkan untuk merealisasikan arena pendidikan dengan jayanya. Di antara perkara yang akan dibincangkan ialah tentang:

1. Keperluan Kemahiran Hubungan Interpersonal:Membincangkan bagaimana pembangunan interpersonal guru boleh membantu

dan memperkembangkan psikologi murid melalui kemahiran-kemahiran asas yang boleh digunakan dan diterima secara umum. Seterusnya membincangkan kelemahan dan

1

Page 2: Kemahiran Interpersonal Guru Dalam an Psikologi Kanakkanak

kekuatan kemahiran-kemahiran asas yang diguna pakai dalam menangani isu-isu dan cabaran dalam pendidikan.

2. Fungsi Kredibiliti:Membincangkan bagaimana penggunaan kredibiliti dapat memberi kepercayaan

dan membantu interpersonal guru dalam menangani persoalan pembelajaran serta tingkah laku harian murid.

3. Keperluan Ransangan Kreatif: Membincangkan tentang pengisian-pengisian pembentukan idea kreatif terhadap murid.

4. Keperluan Guru Sebagai Motivator Dan Kaunselor:Membincangkan bagaimana guru secara tidak langsung sebagai motivator dan

kaunselor yang dapat menangani setiap permasalah murid melalui kemahiran-kemahiran asas dalam proses memotivasikan murid dan proses kaunseling.

1. Keperluan Kemahiran Hubungan Interpersonal Hubungan interpersonal dapat melahirkan persefahaman yang baik antara guru

dan pelajar sekali gus meningkatkan kebolehan guru membina suasana persekolahan yang lebih harmoni (Sarina dan Yusmini, 2007). Menurutnya lagi, kemahiran hubungan interpersonal dapat membantu guru menggunakan bentuk-bentuk komunikasi yang sesuai dengan tahap psikologi pelajar supaya hubungan yang terjalin antara mereka adalah hubungan yang berkesan dan dapat membantu tahap pencapaian pelajar dalam bidang akademik.

Menurut Fadzilah dan Ahmad (2007), terdapat kajian menunjukkan apabila kita memberi ucapan, 55 peratus komunikasi adalah melalui komunikasi bukan verbal. Keseluruhan ucapan dinilai daripada gerak badan. Oleh itu, antara kemahiran hubungan interpersonal ialah:

1.1 Melalui KomunikasiMenurut Abdullah dan Ainon (2006), seseorang individu itu cenderung

memelihara konsep dirinya supaya tidak berubah malah memperkukuhkannya lagi. Sama ada konsep dirinya itu positif ataupun negatif, dia cenderung memelihara konsep dirinya. Inilah faktor yang menyebabkan konsep diri merupakan perkara yang stabil sepanjang hidup. Apabila sekali konsep diri sudah terbina, bermakna konsep itu cenderung berkekalan. Maka, komunikasi yang positif dari segi perkataan mahu pun bahasa badan guru berperanan penting membentuk personaliti serta konsep murid.

Komunikasi dapat menjalinkan hubungan, mendapat respon, meningkatkan estim diri melalui penghargaan dan penghormatan, mendapatkan maklumat, meraih kepercayaan, berkongsi pengalaman serta mewujudkan keseronokan (Abdullah dan Ainon, 2002). Bagaimana pun, iklim komunikasi ada pasang surutnya kerana kebiasaannya komunikasi datang daripada emosi kedua-dua belah pihak untuk berkehendakkan sesuatu. Apabila guru membuat kerja-kerjanya dengan hati yang rela dan seronok, maka dia akan berkomunikasi secara positif kepada murid-muridnya. Begitu juga apabila emosi murid stabil mereka akan bercakap secara positif kepada guru mereka (Jas, 2002). Jas juga menyatakan, perkembangan prososialnya terlebih dahulu telah

2

Page 3: Kemahiran Interpersonal Guru Dalam an Psikologi Kanakkanak

mempengaruhi dirinya yang kebiasaannya ia datang dari rumah dan membawa kesan-kesan psikologikal.

Keputusannya, maka gurulah yang perlu menjadi perintis dan permulaan mewujudkan iklim komunikasi positif dan bijak mengatur arah jika terdapat kecelaruan emosi dan tingkah laku di kalangan murid mereka.

Keperluan psikologi murid yang pelbagai harus dipenuhi. Sebagai contoh estim diri yang diperlukan oleh murid dapat merasakan dirinya dihormati dan dikasihi oleh semua orang (Abdullah dan Ainon, 2003). Untuk mewujudkan interaksi yang memenuhi keperluan psikologi, gunakanlah gaya bahasa yang positif, memberi lebih pengiktirafan, teguran, nasihat dan jangan sekali-kali suka membuktikan kesalahan (Habibah dan Noran, 2002).

Terdapat juga golongan yang menunjukkan amat berminat dengan diri sendiri dan sering bercakap saya..saya..saya.. dari mula sehingga habis. Sebagai guru yang bijak berkomunikasi ketika mendekati muridnya, guru perlu lebih banyak mendengar dari bercakap. Minta pendapat murid dan sumbangan idea daripadanya berkenaan perbualan kosong mahupun perkara yang sedang diperbincangkan. Laluan giliran mereka bercakap hendaklah ditunjukkan minat kepada apa yang sedang diperkatakan. (Fadzilah dan Ahmad, 2007)

1.2 Kesan Pigmalion, Optimistik dan Kemahiran MemujiHabibah dan Noran (2002), telah bersependapat dalam keupayaan mencipta realiti

atau kenyataan dalam teori-teori motivasi yang menekankan betapa pentingnya individu itu memikirkan perkara-perkara yang bertemakan kejayaan dan tidak membayangkan kegagalan.

Menurut Abdullah dan Ainon (2006), salah satu proses bagaimana perkara ini berlaku adalah melalui ramalan-ramalan. Apabila individu itu meramalkan kejayaan, akhirnya mereka berjaya dan demikianlah sebaliknya.

Keseluruhan alam semula jadi berkeadaan harmoni dan seimbang, kecuali kitalah yang mencipta ketidakseimbangannya (Lynda, 2000). Realitinya, sejauh manakah guru-guru mampu mencipta dan memiliki EQ apabila berhadapan dengan murid yang bermasalah tingkah lakunya. Tahap kesabaran di sekolah rendah mampu membuktikan ekspresi sebenar diri seorang guru berbanding berhadapan dengan remaja di sekolah menengah.

Buktinya, apabila guru beranggapan kanak-kanak kecil tidak mempunyai pemikiran dan berupaya mengkritik tingkah laku mereka secara terang-terangan berbanding remaja lebih berani dan berkeyakinan mengadu, membantah dan memberontak dengan cara mereka. Seperti yang diperkatakan oleh Phyllis (1965) juga, berbagai persepsi negatif yang dikemukakan guru melalui kata-kata terhadap tubuh badan murid mengakibatkan impak yang besar dalam kehidupannya walaupun ia merupakan realiti yang sedang ditanggung oleh murid. Mindset murid mudah diimunkan apabila dirinya diperkatakan sama ada ia negatif mahupun positif. Oleh itu, bergantung kepada pilihan guru mana yang mudah untuk mereka menyebutnya dengan rasa puas hati atau terpaksa menyebutnya dengan kerelaan untuk mengharapkan kesan yang baik.

Berdasarkan kebenaran teori pigmalion, boleh disimpulkan bahawa ramalan tidak meramalkan masa depan, sebaliknya mencipta masa depan (Syukri, 2006). Persepsi kendiri yang positif daripada ibubapa, rakan-rakan dan guru-guru akan membuatkan mereka memperolehi perasaan penghargaan diri yang tinggi dan mereka akan melibatkan

3

Page 4: Kemahiran Interpersonal Guru Dalam an Psikologi Kanakkanak

diri secara bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran di alam sekitarnya (Mok Soon Sang, 2004).

Jelas terbukti di dalam sebuah hadis Qudsi (Mustapha, 1987) ada menyebut “aku adalah di sisi sangkaan hamba denganku. Maka hendaklah dia menyangka terhadapku apa yang ia kehendaki”

Dalam menongkah arus kepelbagaian tingkah laku dan ragam kanak-kanak, kepelbagaian potensi dan kecerdasan tidak boleh dilupakan begitu sahaja. KBSR mahu pun KBSM telah memberi peluang dalam keseimbangan potensi individu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang perlu guru amalkan (Rahim, 2001). Walaupun bakat murid bukan dalam pelajaran sebagaimana objektif pembelajaran di sekolah yang harus dipenuhi oleh guru, mereka mungkin berjaya dari segi pertanian, keusahawanan, perniagaan ataupun bidang-bidang kemahiran lain. Menurut Syukri (2006), harus difikirkan bahawa kanak-kanak bukanlah seorang yang bodoh atau dungu, mereka hanya tidak faham apa yang dipelajari.

Menurut Fadzilah dan Ahmad (2007), kemampuan kita memuji orang lain menandakan kita mampu melihat kelebihan dan kebaikan orang lain walaupun mereka sendiri tidak melihatnya dan kita mudah didekati. Bagaimana pun, Fadzilah dan Ahmad juga menyatakan, jangan keterlaluan dalam pujian kerana pujian yang berlebihan dan tidak tepat menjadikan individu berangan-angan dan seakan-akan digalakkan melakukan perbuatan yang salah.

1.3 Kemahiran MendengarPunca dalam konflik komunikasi wujud apabila kurangnya kemahiran mendengar

dan empati terhadap apa yang didengar (Abdullah dan Ainon, 2003). Fenomena yang biasa berlaku apabila suatu insiden kecelaruan tingkah laku terjadi di kalangan murid. Berapa ramaikah guru yang sanggup bertanya dan mendengar tentang alasan muridnya. Mengapa mereka ponteng sekolah, tidak siap kerja rumah, tidak faham apa yang diajar, merokok, membuli dan sebagainya.

Suatu cabaran hebat bagi guru adalah mengawal perasaannya untuk memiliki rasa empati yang tinggi dan dibebani dengan pelbagai alasan. Jika pun tidak mereka hanya berdiam diri tanpa ada rasa ingin membaikpulihkan tingkah laku murid yang tidak sewajarnya.

Oleh itu, menurut Mansur dan Nordinar (2003), apa yang perlu dipertanggungjawabkan ke atas guru hendaklah menilai setiap percakapan dan luahan mereka. Kenal pasti sama ada apa yang ucapkan merupakan fakta dan apa yang telah berbuku di hati mereka. Mansur dan Nordinar juga menyatakan, guru harus bersikap jujur dan menunjukkan sikap dukungan dengan gerak geri mengangguk atau sebagainya. Jika alasan tidak munasabah, berikan soalan-soalan mengapa alasan-alasan tersebut diwujudkan dan buatlah penilaian semula bersama-sama.

John (2004) pula menyatakan, mendengar secara aktif memerlukan hubungan mata pada jeda yang tetap, isyarat badan bersifat menyokong, memberi maklum balas secara tetap, menggunakan gaya bertanya menyokong dan mengelakkan tingkah laku negatif seperti perhatian terhala kepada perkara lain, keresahan atau membenarkan gangguan. Mendengar juga boleh dianggap sebagai proses rundingan.

1.4 Kemahiran BertanyaPelbagai garis panduan kemahiran bertanya telah dikenal pasti oleh Abdullah dan

Ainon (2002). Contohnya, pertanyaan terbuka, pertanyaan tertutup, pertanyaan untuk

4

Page 5: Kemahiran Interpersonal Guru Dalam an Psikologi Kanakkanak

mendapatkan fakta, mengetahui perasaan, memperjelaskan maksud, mengembangkan perbincangan, pertanyaan meminta, pertanyaan berandaian, pertanyaan mengandungi arahan, pertanyaan menguji, pertanyaan sebagai gema, pertanyaan pihak ketiga dan pertanyaan meminta izin. Tetapi, yang menjadi isu adalah pertanyaan yang bertujuan memalukan dan bersifat manipulatif atau cuba mengongkong dan menyekat orang yang kita tanya supaya mengikut arahan kita sepenuhnya. Pertanyaan sebegini akan mengurangkan tahap hubungan kerana ia lebih berbentuk arahan dan pertuduhan.

Menurut Fadzilah dan Ahmad (2007) pula, untuk memahami seseorang melalui soalan, hendaklah mengajukan soalan yang sesuai, maka manusia cenderung mendedahkan dirinya terutama nilai kepercayaan mereka terhadap sesuatu.

Oleh itu guru harus pandai membezakan jenis-jenis persoalan yang ingin diajukan dan memperbetulkan niat pertanyaan agar hubungan antara guru dan murid tidak terjejas.

1.5 PenampilanBagaimana harus guru meremajakan profesionalisme keguruan, salah satunya

melalui penampilan interpersonal guru terhadap perkembangan muridnya. Menurut Mok Soon Sang (2004), guru sebagai agen sosialisasi dan role-model mampu menggambarkan bentuk penampilan yang tepat di mata anak-anak, ibubapa dan juga masyarakat. Tetapi, yang lebih hebatnya adakah golongan remaja masa kini menganggap guru sebagai saingan. Jika benar andaian persaingan tersebut terjadi ia tidak menjadi masalah jika perkara tersebut dapat diurus dan diberi suatu pandangan yang positif. Maka di sinilah terletaknya sensitiviti guru dan antara cabaran yang harus guru perhebatkan lagi dari segi penampilan dan perwatakan baru yang harus dibawa.

Penampilan bukan sahaja boleh dikaitkan dengan pakaian yang bukan lagi menjadi masalah bagi guru. Tetapi, melalui prestasi kerja, kemahiran melayan, kebijaksanaan dalam menjawab persoalan mencabar, ilmu dan pengucapan juga menjadi nilaian (Fadzilah dan Ahmad, 2007).

Dari perspektif menetapkan standard seorang guru, Bryan (2004) menyatakan tentang ketampanan, kecantikan, kebersihan diri, tiada bau badan, kekemasan, kerapian rambut, solekan atau cukuran adakah ia kelihatan elok? Begitu juga gaya berjalan, teratur, mesra dan tidak terburu-buru adakah ia menarik perhatian dan mempersonakan?

Begitulah tanggapan anak murid yang punyai pelbagai citarasa dan kadang kala guru perlu meletakkan diri mereka sebagai ikon yang menarik demi meraih tumpuan yang bukan menjadi kesalahan malahan memudahkan proses dalam pembinaan hubungan seterusnya pembelajaran.

Terdapat suatu pemerhatian yang telah dilakukakn oleh seorang guru besar terhadap guru barunya di sebuah sekolah di England menurut Abdullah dan Ainon (2002). Prestasi murid-muridnya naik mendadak dan tingkah laku mereka juga bertambah baik. Perkara ini membingungkan guru besar. Beliau memerhatikan cara guru baru itu mengajar dan didapati cara-caranya tidak banyak beza dengan guru lain. Lama-kelamaan guru besar sedar bahawa kasut guru itu berbeza daripada kasut guru-guru lain. Maka, kesungguhan murid-muridnya ketika belajar disebabkan oleh kasut yang dipakai oleh guru tersebut. Ini menunjukkan penampilan boleh meningkatkan daya pengaruh seorang guru serta motivasi terhadap murid.

2. Fungsi Kredibiliti

5

Page 6: Kemahiran Interpersonal Guru Dalam an Psikologi Kanakkanak

Banyak faktor yang mempengaruhi kredibiliti seorang guru. Jika berkemampuan guru disyorkan menggarab seberapa banyak cadangan-cadangan dan panduan berkenaan kredibiliti dalam menjalani kehidupan seharian di sekolah.

Menurut Rahim (2001), akauntabiliti sebagai seorang guru hendaklah mempunyai sijil atau ijazah dan kemahiran ikhtisas iaitu diploma pendidikan serta pengkhususan bidang-bidang tertentu. Sebagai seorang yang berkredibiliti, guru hanya perlu bercakap atau memberi nasihat di dalam perkara-perkara yang ia berkelayakan mengenainya.

Diandaikan bahawa, fakta atau ilmu yang dikemukan oleh guru akan mudah diterimapakai oleh murid walaupun ianya salah. Seterusnya kemungkinan perkara tersebut akan sampai kepada ibubapa mereka yang mengetahui kesilapan fakta tersebut. Akhirnya murid akan merasa sangsi dengan kebolehan dan kata-kata guru pada masa akan datang. Oleh itu, pengetahuan dan ilmu yang luas amat diperlukan guru untuk persediaan dalam pengajaran terhadap murid.

Seseorang yang berkredibiliti juga tidak bersikap berat sebelah dan mereka harus mempunyai daya tarikan tersendiri, bijak, lucu, menghiburkan, banyak persamaan dengan sifat-sifat natural orang kebanyakan, berfikiran terbuka, penuh dengan idea dan mempunyai pendapat-pendapat yang bernas (Fadzilah dan Ahmad, 2007). Bukan itu sahaja, murid juga akan rasa seronok apabila bercakap-cakap dengan guru mereka dan bersemangat untuk belajar. Menurut Eric Jenson, guru juga berpotensi memberi kesan yang amat besar sepanjang hayat mereka (Syukri, 2006). Oleh itu, kesan psikologi terhadap murid amat bermakna dalam pembinaan kredibiliti seorang guru.

Dalam membincangkan soal kredibiliti, karisma merupakan suatu unsur yang dapat membantu seseorang menjadi berpengaruh (Abdullah dan Ainon, 2003). Menurutnya, ia banyak dipengaruhi oleh keadaan fizikal seseorang. Susuk badan yang yang tinggi dan besar lebih berpengaruh dari susuk tubuh yang kecil, kurus dan rendah. Ini disebabkan, individu-individu yang dilihat sebagai seorang yang dinamis, juga dianggap mempunyai gaya hidup yang sihat, bertenaga dan berpersonaliti seimbang.

Bagaimana pun, sebagai seorang guru yang ingin mempengaruhi muridnya tetapi tidak mempunyai ciri-ciri fizikal yang dikehendaki, haruslah mempersiapkan dirinya dari pelbagai aspek. Sebagai contoh, mereka harus hebat memperbincangkan isu-isu global dengan pengetahuan yang tinggi dan berkepakaran (Fadzilah dan Ahmad, 2007), tidak sekali-kali mempersoalkan perkara yang remeh-temeh, menepati masa, sentiasa bersedia, bercakap dengan gaya yang lancar, perkataan yang betul, tidak mencampur adukkan bahasa dengan bahasa-bahasa lain dan tidak tersekat-sekat (Abdullah dan Ainon, 2002).

Apabila berada dalam keadaan tidak selesa, mereka akan lebih tenang, tidak menunjukkan rasa cemas, gelisah, bimbang, membebel, banyak rungutan, serba tidak kena, tidak bergantung dan mengharapkan bantuan orang lain dan ini banyak memerlukan latihan dari semasa ke semasa. Tidak kira siapa pun mereka, karisma akan hadir dari kehebatan dalaman seseorang dalam mengawal emosi dan mindanya (Fadzilah dan Ahmad, 2007).

Menurut Noraini (2002), memberi janji kosong juga bakal merosakkan kredibiliti seorang guru dan apa perlunya berjanji jika ia tidak dapat ditunaikan, malahan hubungan bukan sahaja menjadi renggang, mereka juga tidak akan dipercayai dan membuatkan keadaan semakin parah. Sikap hanya ingin meraih populariti tidak memberi apa-apa makna melainkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap guru.

Kelucuan spontan boleh timbul di dalam kelas pada masa-masa yang tidak dijangka dan faedah sepenuhnya perlu cuba diperolehi apabila berlaku keadaan seperti ini. Menurut Bryan (2004) juga, pada bila-bila masa gelak ketawa perlu dikongsi dan

6

Page 7: Kemahiran Interpersonal Guru Dalam an Psikologi Kanakkanak

dinikmati oleh semua, tetapi, jangan sekali-sekali mentertawakan individu kerana ia bukan kelucuan bahkan cemuhan.

3. Rangsangan KreatifPemikiran kreatif telah banyak dibincangkan dan dibahaskan secara ilmiah.

Menurut kamus Webter’s (1994), pemikiran kreatif ialah, ”The ability to bring something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru. Kreativiti juga melambangkan suatu tingkah laku dan pemikiran manusia yang hebat dan dapat melakukan apa sahaja yang diinginkan malahan dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya menyelesaikan sesuatu masalah serta menggambarkan kemampuan dan kebolehan manusia berkreativiti (Azhar et. al, 2006). Ransangan kreatif boleh tercetus melalui beberapa perkara seperti berikut:

3.1 Peluang BereksplorasiGuru amat menyenangi apabila melihat pelajar atau muridnya yang cergas dan

punya daya kreatif yang tinggi. Sebagai orang yang lebih dewasa, sewajarnya guru membantu menumbuhkan kreativiti mereka dengan cara memberi ruang kepada mereka bereksplorasi. Suasana di luar bilik darjah banyak mendedahkan murid persekitaran yang boleh diamati, difikirkan dan diperbincangkan (Majalah Nur, 2008).

Menurut Sarina (2007), kaedah pengalaman atau pendedahan kendiri dianggap dapat memberi ruang kepada pelajar bagi meluahkan perasaan, emosi dan pemikiran. Ia juga memudahkan murid memperolehi maklumat. Masa dan pengalaman mereka haruslah selari (Mc Farland, 1965). Oleh itu, kanak-kanak memerlukan waktu panjang dan tidak boleh digesa-gesa untuk melakukan penerokaan. Berikan waktu untuk melihat segala kemungkinan, berpindah dari idea popular kepada idea yang lebih unik dan asli.

3.2 Penyelesaian masalahMenurut teori Kohler, penyelesaian masalah sebenarnya memerlukan celik akal.

Kohler percaya penyelesaian masalah tidak akan berlaku tanpa rancangan dan pemikiran realistik (Azizi et. al, 2005).

Oleh itu, pemikiran yang realistik melalui penjelasan dan kata-kata murid boleh dikutip dan diamati untuk melihat sejauh mana tahap kekreatifan murid menyelesaikan masalah melalui pengalamannya. Terima apa sahaja idea walaupun itu kedengaran luar biasa. Menurut Rogers berkenaan konsep kendiri, penghargaan kepada usaha mereka memberi sedikit motivasi dan sokongan agar mereka mempercayai kemampuan yang dimiliki (Arkes, 1982). Biarkan juga murid memiliki kebebasan dan bertanggungjawab malah bersiap dengan sebab-sebab tindakannya (Majalah Nur, 2008)

3.3 Sumber InspirasiKanak-kanak biasanya sukar menjadi kreatif tanpa inspirasi yang konkrit. Justeru

itu, menurut Azhar et. al (2006), pendidik berupaya memupuk dan memperkayakan kebolehan dan bakat kreativiti orang yang dididiknya. Selain daripada itu, murid lebih senang menggambarkan sesuatu secara langsung menurut rasa atau memori mereka.

Seperti yang digambarkan oleh Bruner berkenaan faktor kesediaan belajar murid adalah dari kemahiran asas, pengalaman, minat dan sikap murid yang dipupuk oleh guru dalam set induksi yang menarik perhatiannya (Mok Soon Sang, 2004). Memori ini akan

7

Page 8: Kemahiran Interpersonal Guru Dalam an Psikologi Kanakkanak

jadi lebih cemerlang dan mudah dijangkakan melalui persiapan dan provokasi orang dewasa.

Oleh itu, perspektif yang berbeza harus diperkenalkan. Budaya, adat, kepercayaan, nilai, norma, institusi dan produk-produk komuniti yang diturunkan dan diwarisi oleh generasi-generasi memberi impak ke atas pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang itu (Rahil dan Habibah, 2007).

3.4 Menekankan Soal ProsesBegitu juga guru yang efektif lebih menekankan soal proses dan bukannya hasil.

Menikmati dan berperasaan santai dalam proses kreativiti secara langsung akan timbulnya kepercayaan diri. Penghargaan yang diberikan juga turut membantu menikmati proses tersebut sekali gus mengurangkan tekanan di mana pengurangannya dapat meningkatkan kreativiti (Majalah Nur, 2008).

4. Guru Sebagai Motivator dan KaunselorIsu-isu dan cabaran dalam dunia pendidikan tidak boleh lari dari masalah disiplin

yang berpunca daripada kurangnya penerapan nilai murni dalam diri seseorang. Menurut Othman (1995), istilah masalah tingkah laku meliputi tingkah laku yang liar seperti agresif, melawan, bermusuhan, suka bergaduh, memencilkan diri, tidak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sekolah, bertingkah laku secara introvert, sukar menumpukan perhatian, kurang berminat, malas, suka berkhayal, pasif, masalah kurang kemahiran bersosial dan mempunyai konsep kendiri yang negatif, berasa bimbang, mempunyai sifat suka memaksa, prejudis dan mengamalkan tingkah laku yang biasa kedapatan pada mereka yang tidak matang.

Oleh itu, murid memerlukan motivasi dan sokongan daripada guru-guru sekali gus meletakkan diri mereka sebagai kaunselor untuk setiap pelajar di sekolah begitu juga terhadap masyarakat.

Menurut John (1979), kajian Deci (1971) mengemukakan hasil ujikajinya terhadap 24 orang pelajar kolej. Mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan yang berasingan tempat untuk menyelesaikan cantuman bentuk yang dinamakan Soma. 12 subjek yang diberi puzzle tersebut akan dijanjikan dengan wang satu dolar jika berjaya menyelesaikannya dalam tempoh masa pilihan iaitu 8 minit atau masa yang bebas. Manakala, 12 subjek lagi tidak menerima apa-apa ganjaran dan dikehendaki juga menyelesaikannya dengan tempoh masa dan pilihan yang sama.

Dapatan kajian menunjukkan, subjek yang mendapat bayaran lebih bersungguh-sungguh menyelesaikan puzzle tersebut dalam masa yang ditetapkan berbanding subjek yang tidak menerima bayaran lebih suka menyiapkan puzzle dengan memilih waktu yang bebas. Bukti menunjukkan motivasi intrinsik (dalaman) subjek yang tidak mendapat bayaran adalah kurang.

Tetapi, terdapat juga situasi yang sukar untuk ditafsirkan apabila terdapat perubahan yang meningkatkan motivasi dalaman seseorang. Sebagai contoh dalam kajian Deci (1971) juga, terhadap 8 pelajar kolej yang bekerja sambilan sebagai penulis tajuk utama akhbar mingguan. Sebahagian subjek diberi bayaran sebanyak 0.50 sen untuk setiap tajuk utama akhbar dan sebahagian lagi tidak diberi apa-apa bayaran. Apabila pembayaran diberhentikan, subjek yang tidak mendapat bayaran lebih banyak menulis daripada subjek yang mendapat bayaran. Menurut Festinger (1957) yang dinyatakan oleh John (1979), subjek yang tidak mendapat bayaran tersebut berkehendakkan diri mereka

8

Page 9: Kemahiran Interpersonal Guru Dalam an Psikologi Kanakkanak

dan hasil kerja mereka dinilai. Menurut Bruner (1966) yang dinyatakan oleh Mok Soon Sang (2004), mereka juga mempunyai dorongan untuk mencapai kecekapan

Selain dari itu, sebagai guru yang mampu beranggapan diri mereka sebagai kaunselor perlulah menuntut serba sedikit ilmu atau panduan mengendalikan sesi tolong bantu anak-anak. Menurut Mansur dan Nordinar (2003), terdapat peringkat-peringkat proses kaunseling yang telah dirumuskan dan disimpulkan secara ringkas seperti berikut:4.1 Keseluruhan proses kaunseling mempunyai kekuatan psikologi tersendiri yang boleh

memecahkan benteng-benteng permasalahan. Agenda pertama iaitu menerima klien seadanya seterusnya kepada pembinaan hubungan merupakan suatu pendekatan awal untuk memulakan sesi pernyataan masalah.

4.2 Seterusnya, di peringkat meneroka masalah sekaligus mencari puncanya memerlukan kemahiran-kemahiran asas dalam mengajukan soalan dan memahami serta empati oleh kaunselor dan ia merupakan suatu usaha ke arah menyelesaian masalah klien dalam menentukan rawatan yang perlu mereka jalani.

4.3 Membina matlamat bersama merupakan suatu peringkat yang menunjukkan klien hampir berubah dari segi kepercayaan, keyakinan dan tingkah lakunya bahkan semakin matang dalam perancangan hidupnya. Bantuan kaunselor juga memberi ruang lebih luas untuk klien melihat peluang-peluang kejayaan dengan sikap, minda dan emosi yang bermotivasi.

4.4 Di peringkat alternatif-alternatif yang disarankan, klien akan belajar bagaimana membuat keputusan yang sesuai dan terbaik tentang dirinya demi masa hadapan. Segala buruk baik diberi renungan bersama yang mendalam serta penilaian dalam apa sahaja pilihan klien berkenaan alternatif yang disenaraikan.

4.5 Strategi dan langkah-langkah yang dikendalikan oleh kaunselor merupakan jenis rawatan yang hendak dipilih bersesuaian dengan masalah klien. Apa sahaja strategi yang dilakukan hendaklah memberi penekanan dalam perubahan tingkah lakunya. Kaunselor juga akan mewujudkan beberapa unsur kritikal jika terdapat risiko yang perlu dihadapi oleh klien dan bagaimana cara mereka mengatasinya.

4.6 Penilaian dalam pelan tindakan yang dibina oleh kaunselor dan dilaksanakan oleh klien perlu dibuat dan melihat sejauh mana maklum balas yang diterima sama ada ia berkesan atau pun tidak. Di peringkat terakhir dalam sesi kaunseling ini pengubahsuaian dalam tindakan boleh dilakukan jika keadaan sedemikian memerlukan.

Oleh itu, kesungguhan, usaha dan penguasaan kemahiran kaunseling mengendalikan sesi kaunseling untuk mencapai objektif bergantung kepada kemampuan guru. Melalui pengalaman, latihan, pembacaan dan pendedahan berkenaan kaunseling juga dapat membantu sesebuah kejayaan dalam proses kaunseling.

KesimpulanMenurut Rahil dan Habibah (2007), tingkah laku ditentukan oleh pelbagai faktor,

antaranya, motivasi, situasi, menyukai tugasan yang diberi, beban kerja, mempunyai masalah peribadi, faktor warisan, baka, pengalaman atau persekitaran. Oleh itu, ciri-ciri interpersonal guru yang positif, selain daripada memahami kehendak psikologi murid ia termasuklah berkemahiran asas, miliki daya pemikiran kreatif, konsep kendiri positif, harga diri dan kredibiliti, motivasi pencapaian yang tinggi, sikap positif terhadap cabaran hidup, ciri kepimpinan yang tinggi dan pembentukan moral dan nilai yang baik harus ditunjukkan secara eksplisit.

9

Page 10: Kemahiran Interpersonal Guru Dalam an Psikologi Kanakkanak

Jika dianalisis satu persatu ciri-ciri interpersonal yang positif tersebut, kita boleh membuat kesimpulan bahawa selain faktor dalaman, unsur-unsur luaran atau persekitaran juga memainkan peranan dalam pembentukan personaliti guru secara tidak langsung melibatkan murid. Oleh itu, pembelajaran sepanjang hayat akan membolehkan guru melengkapi ilmu dan kemahiran terkini, supaya berjaya melaksanakan tugas sebagai pendidik yang berwibawa (Mok Soon Sang, 2004).

Rujukan

Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd. 2002. Kemahiran Interpersonal Guru. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Bentong, Pahang.

Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd. 2003. Teori & Teknik Ucapan Berpengaruh. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Bentong, Pahang.

Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd. 2006. Guru Sebagai Pendorong Dalam Bilik Darjah. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Abdul Rahim M. Ali. 2001. Ilmu Pendidikan Untuk Kpli. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Cheras, Kuala Lumpur.

Arkes, H.A. 1982. Psychological Theories Of Motivation. Belmont, California: Wadworth.

Azizi Yahya, Sharin Hashim, Yusof Boon, Zurhana Muhamad. 2008. Tip Menangani Buli Di Sekolah. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Bryan Coombs. 2004. Mengajar Secara Efektif. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Kuala Lumpur.

Fadzilah Kamsah Dan Ahmad Naim Jaafar. 2007. Tip Menjadi Individu Menarik. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Habibah Elias Dan Noran Fauziah Yaakub. 2002. Psikologi Personaliti. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Jas Laile Suzanna Jaafar. 2002. Psikologi Kanak-Kanak & Remaja. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur.

John A. Bates. 1979. Extrinsic Reward And Instrinsic Motivation: A Review With Implication For The Classroom Vol. 49, No. 4, Pp. 557-576. University Of Massachusetts.

John West-Burnham. 2004. Mengembangkan Professionalisme Di Sekolah. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Kuala Lumpur.

Lynda Field. 2000. 60 Ways To Make Your Life Amazing. Vermilion. London.

10

Page 11: Kemahiran Interpersonal Guru Dalam an Psikologi Kanakkanak

Mc Farland. 1965. Psychology And Teaching Second Edition. George G. Harrap & Co. LTD. London.

Merriam. 1994. Merriam Webster’s Collegiate Dictionary Tenth Edition. Massachusetts, U.S.A.

Mohd. Azhar Abd. Hamid, Mohd. Nasir Markom, Othman A. Kassim. 2006. Permainan Kreatif Untuk Guru Dan Jurulatih. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang. 2004. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Menengah Edisi Ketiga. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya.

Muhd. Mansur Abdullah, S. Nordinar Mohd. Tamin. 2003. Proses Kaunseling Edisi Kedua. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Mustapha Abd. Rahman.1992. Hadis Empat Puluh. Dewan Pustaka Fajar. Kuala Lumpur.

Noraini Ahmad. 2002. Kaunseling Kekeluargaan. Utusan Publications & Distributors SDN. BHD. Kuala Lumpur.

Othman Md. Johan. 1995. Pembinaan Senarai Semak Masalah Tingkah Laku. Jil. 1. Bil. 2. Hal. 83. UTM, Skudai.

Phyllis Hostler. 1965. The Child’s World. Penguin Books Ltd. England.

Robiah K. Hamzah. 2003. Teknik Dan Strategi Membimbing Remaja Berbudaya Positif. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Shukri Abdullah. (2006). Anakku Bijak Belajar. Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. Setapak, Kuala Lumpur.

Tengku Sarina Aini Tengku Kasim, Yusmini Md. Yusoff. (2007). Kaedah Mengajar Dan Kemahiran Interpersonal Guru. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

11