kemahiran komunikasi guru

13
GGGB6013 KAEDAH PENYELIDIKAN I NAMA: NURUL ‘ATIQAH BINTI RISWAN NO MATRIK: P79083 EMEL: [email protected] NO TEL: 0172306035 PROGRAM: PENDIDIKAN MATEMATIK TOPIK: HUBUNGAN DI ANTARA KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI GURU DENGAN SIKAP DAN MINAT PELAJAR TERHADAP PEMBELAJARAN SUBJEK MATEMATIK

description

kemahiran komunikasi guru

Transcript of kemahiran komunikasi guru

GGGB6013KAEDAH PENYELIDIKAN I

NAMA:NURUL ATIQAH BINTI RISWAN

NO MATRIK:P79083

EMEL:[email protected]

NO TEL:0172306035

PROGRAM:PENDIDIKAN MATEMATIK

TOPIK:HUBUNGAN DI ANTARA KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI GURU DENGAN SIKAP DAN MINAT PELAJAR TERHADAP PEMBELAJARAN SUBJEK MATEMATIK

1.1PENGENALANSudah sekian lama subjek matematik dianggap sebagai suatu subjek yang sukar, membosankan dan menyusahkan untuk diajar dan dipelajari. Namun implikasi ini perlu kepada suatu perubahan yang jitu untuk mengembalikan minat pelajar terhadap pelajaran matematik. Untuk menarik minat dan meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar dalam mata pelajaran matematik, sistem pengajaran dan pembelajaran perlu diubah dan dilaksanakan dengan baik dan sistematik. Pengkaji Perkembangan Pendidikan seperti Hirst dan Bebby mengutarakan pendapat bahawa dalam memastikan kejayaan satu sistem pendidikan, kualiti faktor-faktor dalaman seperti strategi pengajaran serta amalan yang dipraktikkan perlu dititikberatkan kerana kelemahan faktor-faktor ini akan menjurus kepada kegagalan sistem pendidikan itu sendiri.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru menggunakan komunikasi lisan atau tanpa lisan atau kedua-duanya untuk berkomunikasi. Suara guru yang lantang dan kuat lebih memudahkan pelajar-pelajar memahami konsep yang ingin disampaikan oleh guru. Pelbagai gerak isyarat juga harus digunakan seperti anggukan kepala, senyuman yang merupakan komunikasi tanpa lisan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, contohnya guru mengangguk kepala menunjukkan persetujuan dengan jawapan pelajar. Guru boleh memberikan peneguhan dalam bentuk verbal atau tanpa bahasa. Pembelajaran berlaku apabila persekitaran bilik darjah dalam suasana positif, iaitu apabila pelajar menerima peneguhan yang positif kepada tugasan atau kerja yang mereka lakukan. Ganjaran ini akan meneguhkan lagi pembelajaran pelajar dan menambah kemungkinan pengetahuan itu diingat oleh mereka dan mereka berasa gembira dengan pengalaman pembelajaran tersebut. Sebarang bentuk komunikasi hanya akan dianggap berkesan andainya wahana yang digunakan itu betul, tepat dan mantap (Bahagian Pendidikan Guru, 1993). Jika ciri-ciri komunikasi seperti kesantunan bahasa, bahasa sapaan, protokol, pergerakan badan yang diamalkan oleh penyampai dan penerima, maka tegasnya keberkesanan sesuatu komunikasi akan tercapai. (Ad. Rahman Ab. Rasid 1995).Komunikasi yang efektif bukan sahaja dapat membantu kita menyelesaikan masalah tetapi juga membantu dalam memperbaiki perhubungan. Pakar dalam bidang komunikasi percaya bahawa komunikasi yang lemah merupakan punca kepada kebanyakan masalah dan komunikasi yang efektif adalah penyelesaian kepada kebanyakan masalah (Pearson, 2000). Justeru itu, dengan memahami prinsip dan teori komunikasi yang baik dan menggabungkannya dalam praktikal boleh menyelesaikan permasalahan antara rakan-rakan, negara, pengurusan, buruh, guru dan pelajar. Dengan erti kata lain, komunikasi yang efektif tidak boleh menyelesaikan semua masalah di dunia tetapi boleh menyelesaikan atau mengelak kebanyakan daripada permasalahan tersebut. Komunikasi adalah satu proses. Seperti yang kita tahu, sesuatu proses itu tiada permulaan dan tiada pengakhiran tertentu. Ia berjalan terus-menerus tanpa henti (Mansor et. al 1984). Begitu juga dengan komunikasi yang merupakan satu proses yang pastinya bermula dan tidak tahu bila pengakhirannya. Setiap hari pasti kita berkomunikasi sama ada secara langsung atau tidak langsung, sama ada sedar atau tidak. Komunikasi boleh berlaku dalam pelbagai cara. Komunikasi bukan hanya melibatkan pertuturan atau percakapan dengan diri kita semata-mata tetapi kita juga berkomunikasi dengan alam sekitar. Jika seseorang itu ingin menjadi guru yang berkesan, popular dan disukai ramai pelajar, salah satu kemahiran yang mesti ada pada diri guru itu ialah kemahiran berkomunikasi. Ramai orang fasih dan petah bercakap. Ramai orang menyangka asal mereka pandai bercakap, mereka tentu sudah berkomunikasi. Ini tidak benar. Bercakap adalah sejenis bakat. Tetapi komunikasi bukan setakat bercakap. Tanpa bercakap pun kita boleh berkomunikasi (Abdullah dan Ainon, 1999). Ramai manusia salah memahami konsep dengan menganggap diam sebagai bukan petunjuk komunikasi. Sebenarnya, apabila manusia berkeadaan diam, dia sudah pun memberi mesej tertentu. Dalam sesetengah keadaan, diam adalah merupakan satu bentuk komunikasi yang sangat berkesan. Kegembiraan, kesedihan, kegirangan, kemarahan dan perasaan tertarik hati misalnya banyak ditunjukkan oleh mimik muka dan bahasa bukan lisan (body language). Oleh itu, manusia tidak boleh berada dalam keadaan tidak berkomunikasi kerana setiap gerak-geri dan posturnya memberi mesej tertentu kepada orang lain bergantung kepada tanggapan dan interpretasi pihak-pihak lain kerana hal inilah manusia perlu belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan (Zulkifli, 2000). Menurut Mok (2000), pengajaran boleh dihuraikan sebagai suatu proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan dan kemahiran supaya murid dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan. P&P tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan tanpa komunikasi yang berkesan. Dalam mana-mana pun sistem pendidikan seluruh dunia, komunikasi merupakan perkara atau elemen yang penting. Jadi tidak hairanlah kebanyakan daripada guru dan pelajar membina kemahiran berkomunikasi mereka di sekolah. Oleh sebab itu untuk memastikan pengajaran dapat disampaikan dengan berkesan, guru-guru harus mempunyai kemahiran komunikasi interpersonal untuk menarik perhatian pelajar memahami apa yang cuba disampaikan. Dengan erti kata lain, baik atau buruknya kaedah P&P yang dilahirkan boleh dihubung kait dengan corak komunikasi yang diguna antara guru dan juga murid. Lazimnya, komunikasi di sekolah berlaku di antara guru dengan guru, guru dengan murid, guru dengan pentadbir, murid dengan murid, guru dengan masyarakat sekeliling dan murid dengan masyarakat. Jaringan komunikasi ini dikatakan amat kompleks.

1.2PENYATAAN MASALAHCiri- ciri dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang diamalkan di negara kita memperlihatkan hubungan dan jalinan yang amat erat dan ciri-ciri komunikasi yang berkesan antara guru dengan pelajar, antara guru dengan pengetua dan antara guru dengan guru. Dengan ini, adalah menjadi tanggungjawab semua yang terlibat dengan organisasi sekolah perlu memahami dan mengamalkan komunikasi yang baik dan berkesan. Komunikasi yang berkesan adalah merupakan asas pendidikan yang bermutu. Jadi adalah wajar kiranya, para pendidik diberi latihan kemahiran komunikasi yang berkesan sama ada kepada guru terlatih ataupun guru pelatih dengan harapan agar ianya dapat diserapkan pula pada pelajar- pelajar mereka nanti. Para pentadbir dan pengurus sekolah atau institusi pendidikan seharusnya peka dengan kepentingan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Ee Ah Meng (1996), komunikasi antara guru dengan pelajar memainkan peranan penting dalam mewujudkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi guru yang lemah akan menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dan masalah ini juga menyebabkan utusan yang dinyatakan dan maksud yang terpendam dalam mesej yang disampaikan oleh guru disalah tafsir atau tidak difahami sepenuhnya oleh pelajar. Lebih membimbangkan lagi sekiranya apa yang difahami oleh pelajar tersebut, dipegang dan diikuti sepenuhnya tanpa memikirkannya secara mendalam akibat daripada kesalah fahaman tadi. Malangnya ramai di kalangan kita yang mengambil ringan dan memandang remeh tentang kepentingan kemahiran berkomunikasi dan tidak berusaha untuk mendalami serta memperbaiki mutu komunikasi yang ada pada diri mereka ke tahap yang lebih baik. Sebenarnya kemahiran ini bukan sahaja berguna kepada pelajar semasa mereka berada dalam alam persekolahan, tetapi melihat kepada perubahan pasaran kerjaya dan era globalisasi pada masa kini, menjadikan aspek kemahiran berkomunikasi ini sebagai elemen penting yang harus dikuasai oleh seseorang pelajar bagi melayakkan mereka untuk bersaing dalam arus pasaran kerjaya pada masa sekarang.

Sekiranya ianya tidak diserapkan oleh guru pada peringkat sekolah lagi, sudah tentu ia akan mendatangkan masalah kepada pelajar mereka kelak untuk berhadapan dengan situasi dunia luar. Ia terbukti apabila, ada sungutan yang sering disuarakan oleh majikan terhadap lulusan sekolah iaitu kegagalan berkomunikasi dengan baik dan lancar walaupun mereka mempunyai kelulusan akademik yang sangat baik. Kegagalan berkomunikasi dengan baik itu bukan sahaja bagi bahasa Inggeris tetapi juga dalam bahasa Melayu iaitu bahasa penghantar sepanjang 11 tahun mereka berada di alam persekolahan (Utusan Malaysia, 27 Sept. 2004). Abdul Rahman (2000) mengatakan, 80 peratus manusia yang gagal dalam kerjayanya disebabkan kegagalan mereka untuk berhubung dengan orang lain. Para guru merupakan golongan manusia yang memberi impak yang besar terhadap perkembangan personaliti, mental, fizikal kepada setiap manusia (Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan, 1992). Bertepatan dengan gelaran sebagai agen perubahan kepada pembangunan diri dan sahsiah pelajar, sudah tentu ianya menjadi masalah sekiranya guru itu sendiri tidak mempunyai motivasi yang tinggi dan asas penguasaan yang kukuh dalam kemahiran berkomunikasi dan sekaligus tidak dapat menurunkan kemahiran ini kepada pelajar mereka yang sememangnya mempunyai latar belakang dan kesediaan diri yang berbeza. Seperti yang dinyatakan oleh Abd. Razak dan Norzaini (2001), setiap individu mempunyai sikap, latar belakang, tahap pendidikan, pengalaman dan pendedahan yang berbeza- beza. Faktor- faktor ini juga memberi kesan kepada proses komunikasi berkenaan.

Setiap guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya di dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan pelajar, sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu. Guru bukan sahaja perlu berfikiran kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar, pintar, cekap dan optimis dalam apa jua keadaan, memandangkan dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan pelajar begitu terhad, dan sudah semestinya respons yang berlaku antara kedua belah pihak berlaku secara spontan, malah ia seolah-olah tidak memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Menurut Abdul Razak dan Norzaini (2001), kemahiran komunikasi adalah amat penting bukan sahaja kepada guru tetapi juga kepada pelajar, kerana pelajar menghabiskan kira- kira 80 peratus daripada masa sedar mereka untuk berkomunikasi.

Ini dijelaskan lagi dengan kenyataan oleh Mok Soon Sang (2000), komunikasi berlaku dalam segala jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Namun, ramai pelajar kurang mahir dalam berkomunikasi secara berkesan. Apabila keadaan ini berlaku, ia juga akan memberi kesan kepada sikap dan proses pembelajaran di kalangan pelajar. Penyampaian maklumat oleh guru kepada pelajar perlulah betul dan tepat Namun pengajaran guru yang betul dan tepat juga tidak akan mendatangkan hasil jika pelajar tidak mempunyai kemahiran untuk menerima maklumat tersebut. Jadi dalam usaha untuk menerapkan kemahiran berkomunikasi ini ke dalam diri pelajar, pelajar perlulah didedahkan dengan kemahiran- kemahiran asas dalam berkomunikasi, antaranya ialah kemahiran mendengar, membaca, menulis dan yang paling utama adalah kemahiran bertutur. Apabila pelajar dapat menguasai keempat- empat kemahiran asas ini, maka ia akan memudahkan tugas guru untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang kondutif dan berkesan di samping amalan gaya komunikasi ini akan terus disemai dari masa ke semasa dalam diri setiap pelajar. Dengan harapan agar, ianya akan membantu pelajar bukan sahaja dalam aspek akademik dan amalan sosial mereka di luar, tetapi juga untuk persediaan kerjaya mereka kelak.

Telah banyak kajian berkaitan faktor-faktor mempengaruhi pencapaian pelajar. Woolfolk (1998) mendefinisikan minat dan usaha merupakan aspek yang dikatakan telah mempengaruhi kejayaan pembelajaran seseorang. Menurut Abdul Halim Mohamad dan Wan Mohamad Wan Sulong (2006), dalam kajiannya ke atas pelajar Sarjana Muda Bahasan Arab di Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia mendapati bahawa sikap dan minat pelajar terhadap pelajaran Bahasa Arab adalah penting dalam menentukan kejayaan mereka. Noraini Omar (2008) dalam kajiannya mendapati terdapat hubungan antara sikap pelajar dengan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Ramai pengkaji telah mengemukakan teori berkaitan faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

Minat mempunyai kaitan dengan sikap. Apabila seseorang meminati sesuatu maka ia akan bersikap positif terhadap perkara tersebut. Hal ini akan menghasilkan sesuatu yang bermakna dan berkesan. Namun, ada kalanya minat tidak selari dengan sikap seseorang. Seseorang pelajar yang berminat dengan mata pelajaran kejuruteraan tetapi malas untuk membuat kajian dan penerokaan tidak akan berjaya menjadi seorang Jurutera. Minat juga berkait rapat dengan motivasi dalaman. Kenworthy (dalam Noraini 2008) mengatakan bahawa pembelajaran yang berkesan wujud jika ada minat dalam kalangan pelajar dan salah satu daripada cara menimbulkan minat pelajar ialah menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang menarik.

Kajian-kajian terdahulu tentang P&P bahasa juga lebih banyak mengkaji aspek murid (Darnis 2002; Farida 2002). Pada amnya, murid sering berada di posisi yang dipersalahkan apabila hasil pembelajaran mereka rendah. Kajian penyebab rendahnya hasil belajar murid belum banyak dihubungkaitkan dengan kemampuan guru apatah lagi daripada aspek kemampuan guru dalam menciptakan komunikasi yang mesra dengan muridnya. Dapatan ini disokong oleh kajian yang dilakukan Be Kim Hoa Nio (1993) serta Hartono (1994) yang menemukan fenomena kurangnya motivasi murid untuk belajar Bahasa Indonesia pada amnya berpunca daripada kemampuan komunikasi pensyarah, manakala proses belajar mengajar yang cenderung berlaku satu hala. Di samping itu, juga ditemui bahawa di dalam perkuliahan ramai antara murid yang berasa ragu-ragu dan malu untuk mengeluarkan pendapat, bertanya, dan mengajukan pernyataan.

Kualiti kemampuan berkomunikasi guru daripada aspek makna bahasa pertuturan guru sudah dikaji oleh Kosadi (1997). Kebermaknaan ini dilihat daripada aspek komunikatif, logis, interaktif, transaksional, dan berkualiti. Kosadi menyimpulkan dalam kajiannya bahawa kemampuan berbahasa lisan guru belum mencapai sasaran atau sasaran kesepadanan pertuturan yang berdaya komunikatif, masih ada salah faham informasi mesej yang disampaikan guru kepada murid, serta guru belum memanfaatkan fungsi bahasa secara transaksional. Kosadi juga mendapati bahawa bahasa guru kurang logik, mempunyai daya pemahaman yang tidak mendalam, banyak mempunyai kata yang bias, dan kualiti pertuturan guru yang masih banyak kekurangan yang berpunca daripada ketidakdalaman ilmu pengetahuan. Walaupun terdapat beberapa kajian tentang komunikasi lisan guru dan murid (Sukardi 2001; Jamal 2001; Sinaga 2001; Roslan 2002), tetapi kajian komunikasi jenis interpersonal belum ada dijalankan ketika proses P&P.

Manakala kajian guru yang dilakukan oleh Ab. Halim et al. (2004) melalui temu bual pelajar membuktikan terdapat beberapa aspek negatif yang masih wujud pada segelintir guru seperti sifat terlalu garang, suka memarahi murid tanpa usul periksa, suka menghina atau mengutuk murid, tidak memberi jawapan bila ditanya oleh murid dan ego dengan diri sendiri. Dalam kajian Shahril @ Charil (2002) pula mendapati bahawa sifat interpersonal guru berada dalam tahap sederhana sahaja. Semua kajian ini membuktikan bahawa personaliti guru masih belum mencapai tahap keperibadian guru yang cemerlang. Bahkan menurut kajian Ab. Halim et al. (2004), ada sebahagian guru tidak mampu menjadi contoh teladan, para murid tidak menganggap mereka sebagai contoh ikutan. Dapatan ini disokong lagi dalam kajian Abdullah Sani (2005) yang menjelaskan bahawa personaliti guru merupakan salah satu penyebab kepada kelakuan yang tidak baik para murid.

Guru juga dikatakan sering melakukan kesilapan dalam mengendalikan tingkah laku murid. Menurut Barbetta, Norona dan Bicard (2003), pujian perlu diberikan untuk memenangi hati murid dan guru harus mengelakkan sindiran ketika menasihati murid yang bermasalah. Oleh yang demikian, persoalan mengenai proses mendidik remaja yang berkualiti bukanlah sesuatu yang mudah kerana pendidikan dalam konteks masa ini menuntut kebijaksanaan dan daya upaya yang dinamik bagi mencari formula untuk berhadapan dengan permasalahan dalam arus globalisasi ini (Puolimatka 2008). Lantaran itu, guru perlu membina dan menjaga hubungan yang baik dengan murid dan kemahiran komunikasi interpersonal amat diperlukan untuk mengatasi masalah tingkah laku dan disiplin pelajar terutama dalam kalangan murid remaja.

Kesimpulannya, berdasarkan permasalahan yang dibincangkan, diharap kajian ini dapat memberi input yang berguna kepada semua pihak terhadap kepentingan kemahiran komunikasi interpersonal guru. Walaupun kajian mengenai kemahiran komunikasi dan kajian perlakuan pertuturan ketika berkomunikasi telah banyak dilakukan, namun fokus kajian terhadap komunikasi interpersonal dalam kaitannya dengan perlakuan pertuturan guru ketika P&P di dalam bilik darjah masih belum dilakukan. Oleh hal demikian, kajian yang berfokus kepada kemahiran komunikasi ini adalah penting berdasarkan permasalahan yang menjurus kepada kepentingan kemahiran komunikasi interpersonal guru di dalam bilik darjah.

1.3OBJEKTIF KAJIANKajian ini dijalankan untuk:1. Mengenal pasti hubungan antara kemahiran berkomunikasi guru dengan sikap pelajar terhadap pembelajaran subjek Matematik.2. Mengenal pasti hubungan antara kemahiran berkomunikasi guru dengan minat pelajar terhadap pembelajaran subjek Matematik.3. Mengenal pasti perbezaan di antara sikap dan minat pelajar terhadap pembelajaran subjek Matematik.

1.4 PERSOALAN KAJIANAntara persoalan kajian yang digariskan ialah :1. Apakah kemahiran sikap pelajar terhadap subjek Matematik berkait rapat dengan kemahiran berkomunikasi guru?2. Apakah kemahiran minat pelajar terhadap subjek Matematik berkait rapat dengan kemahiran berkomunikasi guru?3. Apakah kemahiran sikap dan minat pelajar terhadap subjek Matematik berkait rapat dengan kemahiran berkomunikasi guru?

1.5HIPOTESIS KAJIANHipotesis nol telah dibentuk dalam kajian ini:Ho1Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran berkomunikasi guru dengan sikap pelajar terhadap pembelajaran subjek matematik.Ho2Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran berkomunikasi guru dengan minat pelajar terhadap pembelajaran subjek matematik.Ho3Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran berkomunikasi guru dengan sikap dan minat pelajar terhadap pembelajaran subjek Matematik.

1.6 DEFINISI OPERASIONAL1. KomunikasiIstilah komunikasi ialah terjemahan daripada istilah Inggeris communication. Istilah Inggeris ini pula berasal dari istilah Latin iaitu communcare yang bermaksud to make common atau mewujudkan persamaan. (Samsuddin A. Rahim 1993) Komunikasi bererti suatu upaya dilakukan untuk mengadakan persamaan dengan orang lain. Pada umumnya terdapat beberapa tujuan komunikasi, antaranya ialah supaya yang kita sampaikan dapat diertikan, memahami orang lain, supaya gagasan dapat diterima orang lain, menggerakkan orang lain untuk melakukan sesuatu. Semasa proses komunikasi dijalankan mungkin terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi perjalanan proses komunikasi. Faktor-faktor tersebut seperti kebisingan, keadaan psikologi penyampai atau penerima, kekurangan pengetahuan penyampai atau penerima, bahasa, isi penyampaian berlebihan, bersifat satu arah, faktor teknik, prasangka dan sebagainya (Drs. A.W. Widjaja 1988). Dengan kata lain, komunikasi adalah proses pemindahan fikiran dan perasaan daripada seseorang kepada seseorang lain melalui gerak isyarat, postur, pergerakan air muka, intonasi, dan kualiti suasana serta percakapan. Ini bermakna komunikasi adalah proses di mana seseorang individu memberi perangsang untuk mengubah tingkah laku individu yang lain.

2. MinatSecara umumnya, minat adalah kecenderungan seseorang individu untuk menghampiri sesuatu objek atau melibatkan diri dalam aktiviti yang berkaitan dengan objek demikian dan bersedia untuk menunjukkan reaksi terhadapnya. Menurut Kamus Dewan, istilah minat boleh didefinisikan sebagai keinginan dan kesukaan atau kecenderungan kepada sesuatu objek. Menurut pendapat pakar psikologi, minat bukanlah semula jadi, sebaliknya ia diperoleh secara belajar, dan boleh berubah sebagai hasil daripada latihan dan pendedahan yang diterima oleh seseorang itu. Minat juga boleh disuburkan oleh faktor persekitaran seperti faktor sekolah, faktor guru, faktor keluarga dan faktor rakan sebaya. Dalam kajian ini, minat merupakan satu perasaan yang timbul daripada suatu rangsangan atau dorongan yang datangnya dari pengaruh kemahiran komunikasi guru.3. Sikap Menurut Husen (1985) sikap sebagai reaksi yang wujud dari perasaan seseorang terhadap objek yang dipupuk melalui pengalaman, iaitu mempunyai ciri-ciri suka atau tidak suka. Manakala menurut Wooddworth (Crow & Crow 1983) menyatakan sikap sebagai kesenian dan kecenderungan untuk bertindak ke arah sesuatu objek mengikut ciri-ciri setakat mana kita sudah biasa dengannya. Menurut Dr. Noraini (1995) di dalam Dewan Kosmik pula, sikap ialah satu tanggapan terhadap individu, idea atau objek yang mengandungi komponen-komponen kognitif, afektif dan tingkah laku. Komponen kognitif meliputi pemikiran, kepercayaan dan pengetahuan seseorang terhadap objek atau individu. Komponen afektif meliputi penilaian seseorang atau respons emosinya terhadap objek atau individu itu. Manakala komponen tingkah laku pula ditujukan terhadap objek atau individu tersebut. Dalam kajian ini, sikap dirujuk kepada tindak balas seseorang itu terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik.

4. Pembelajaran Menurut Kamus Dewan, pembelajaran adalah proses belajar atau proses untuk menuntut ilmu pengetahuan. Pembelajaran juga dapat diertikan sebagai perubahan kognitif dan terdapat penambahan ilmu pengetahuan atau kemahiran - kemahiran di dalam diri individu. Seseorang pelajar boleh melakukan sesuatu tugas akademik yang sebelumnya beliau tidak boleh lakukan, memberi petanda bahawa pembelajaran telah berlaku iaitu sesuatu telah dipelajarinya. (Abdullah Mohd Noor 1987). Pembelajaran juga mempunyai pertalian yang rapat dengan sikap pelajar. Mereka juga bersikap positif menganggap bahawa pencapaian baik di dalam mana-mana mata pelajaran merupakan langkah ke arah mencapai matlamat kehidupan lebih bermakna. Maka pendekatan usaha untuk meningkatkan mutu pembelajaran mata pelajaran matematik haruslah diselaraskan dengan usaha mengubah sikap pelajar daripada negatif kepada positif.

5. Kemahiran InterpersonalMenurut Teori Multiple Intelligences (Gardner,1993), kemahiran interpersonal didefinisikan sebagai keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka. Terdapat enam kategori kemahiran interpersonal iaitu keupayaan untuk menerima perasaan dan idea, bertanya soalan, menyampaikan maklumat dan pertunjuk dan yang paling penting ialah kemahiran komunikasi. Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran. Melalui interaksi seseorang itu dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dengan individu lain. Individu yang mempunyai kemahiran komunikasi mempunyai peluang lebih baik menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya. Komunikasi Interpersonal berlaku apabila dua, tiga atau kumpulan kecil (biasanya 4 hingga 8 orang) berbual menyampaikan perasaan. Komunikasi berlaku sama ada dengan perantaraan media seperti telefon atau berlaku secara berdepan (Fiordo,1990). Komunikasi Interpersonal kadangkala dipanggil juga komunikasi muka ke muka atau komunikasi antara individu. Komunikasi interpersonal ini berlaku apabila dua atau beberapa individu berkomunikasi muka ke muka tanpa menggunakan perantaraan saluran atau medium yang kompleks dan berorganisasi. Pengirim dan penerima komunikasi itu menggunakan lebih dari satu pancaindera untuk menanggap maklumat, mesej dan tindak balas yang dihasilkan. Tindak balas dalam situasi komunikasi begini adalah pantas, rancak dan segera (Mansor, 1984). Komunikasi Interpersonal berlaku atas pelbagai sebab iaitu untuk menyelesaikan masalah, menyelesaikan konflik, berkongsi maklumat, membaiki persepsi diri atau memenuhi keperluan sosial seperti ingin menyayangi dan disayangi (Pearson, 2000).

6. Komunikasi Lisan (Verbal)Bahasa merupakan unsur penting dalam komunikasi verbal. Pearson (2000) mengatakan bahawa bahasa adalah merupakan kod simbol, huruf atau perkataan dengan pelbagai makna yang disusun mengikut peraturan susunan ayat yang digunakan untuk berkomunikasi. Menurut Sulaiman (2002), pula komunikasi jenis ini boleh berlaku secara langsung apabila dua orang berbual secara bersemuka. Komunikasi lisan juga dilihat boleh mengeratkan silaturahim antara manusia dan boleh menjalinkan hubungan peribadi antara dua manusia. Komunikasi jenis ini boleh biasanya berlaku secara informal. Komunikasi formal pula adalah seperti mengajar, mesyuarat, taklimat, temu duga dan pengucapan awam. Misalnya untuk mengajar, seseorang guru bukan sahaja perlu membuat persediaan dari segi rancangan pelajaran dan alat bantu mengajar, malah ia perlu melakukan dengan baik untuk menarik perhatian pelajar. Jika tidak sesi pengajarannya pasti membosankan. Che Su dan Mohd Foad (1993), mengatakan untuk menjadikan pengajaran yang berkesan, guru mestilah memiliki ciri-ciri positif seperti pertuturan yang jelas, pertuturan yang bersemangat dan komunikasi dua hala.

7. Komunikasi Bukan Lisan (Non-Verbal)Dalam usaha mencapai matlamat P&P yang baik, komunikasi tanpa lisan adalah perlu. Ini penting kerana kajian yang dijalankan oleh Birdwhistell (1955 dalam Che Su dan Mohd Foad, 1993) menunjukkan bahawa lebih kurang 35 peratus komunikasi lisan dan selebihnya adalah komunikasi tanpa lisan. Sementara Harisson (1974, dalam Che Su dan Mohd Foad, 1993) menghuraikan bahawa 93 peratus daripada makna yang disampaikan melalui komunikasi adalah bersifat tanpa lisan. Komunikasi bukan lisan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu komunikasi isyarat dan komunikasi visual. Komunikasi isyarat ialah makna yang dilahirkan oleh bunyi, gerakan anggota badan, memek muka, objek atau sebarang reka bentuk yang di luar daripada penggunaan biasa oleh sistem bahasa yang formal. Komunikasi isyarat berbeza-beza maknanya mengikut budaya bangsa. Sesuatu pergerakan yang biasa dilakukan oleh orang Melayu adalah berbeza maksudnya apabila dilihat dan di tafsir oleh bangsa lain (Sulaiman, 2002). Selain itu, komunikasi visual pula membolehkan kita berkomunikasi menggunakan imej-imej visual seperti gambar, lukisan atau ilustrasi tertentu. Komunikasi visual boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu komunikasi grafik, imej bergerak dan komunikasi bertulis. Komunikasi grafik biasanya disampaikan melalui media masa seperti akhbar, risalah majalah dan sebagainya. Sementara komunikasi imej bergerak lazimnya digunakan oleh televisyen dan video. Media ini berfungsi untuk rancangan pendidikan dan demonstrasi. Kelebihan media ini menggunakan kombinasi imej visual, perkataan dan audio untuk menyampaikan mesej yang realistik.

8. Perkembangan PersonalPerkembangan menurut Kamus Dewan & Pustaka (1999) ditakrifkan sebagai pertumbuhan dan kemajuan. Manakala personal pula, menurut Kamus Dewan & Pustaka (1999) ditakrifkan sebagai peribadi dan keperibadian seseorang. Carkhuff & Berenson (1967) pula mendefinisikan perkembangan personal sebagai kebolehan individu menambah kefahaman terhadap diri sendiri dan diterjemahkan di dalam proses kaunseling dan perhubungan sosial yang efektif.

9. Bilik DarjahSemasa di sekolah, para guru menghabiskan sebahagian besar masa mereka di dalam bilik darjah. Pernahkah kita terfikir apa itu sebenarnya bilik darjah? Besar kemungkinan ada yang akan mengatakan bahawa bilik darjah ialah bilik buru mengajar dan murid belajar. Ya, itulah gambaran paling mudah tentang bilik darjah. Ia merupakan tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Menurut Akta Pendidikan, murid atau pelajar merupakan seseorang yang menerima pendidikan atau latihan. Suasana bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Menurut Marland (1975), suasana fizikal dalam bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran. Susunan fizikal biluk darjah boleh memberi sumbangan dari segi kawalan, pembelajaran, perhubungan guru dan murid, juga antara murid dengan murid dan keseronokan bekerja bersama-sama.

10. GuruGuru sekolah yang dimaksudkan dalam tatasusila ini ialah mereka yang telah dilantik secara rasmi sebagai guru serta mempunyai tanggungjawab secara menyeluruh terhadap pengajaran dan pembelajaran pelajar. Mereka juga mempunyai kelayakan perguruan yang diakui oleh pihak berkuasa. Dalam konteks kajian ini, guru sekolah yang dimaksudkan ialah tenaga pengajar yang terlatih dari institusi pendidikan, telah dilantik secara rasmi dan mempunyai tanggungjawab terhadap pengajaran dan pembelajaran guru. Tetapi bukan terdiri daripada guru pentadbir seperti penolong kanan, penolong hal ehwal pelajar, penyelia petang dan ketua bidang.