Kemahiran Membaca baru

download Kemahiran Membaca baru

of 21

Transcript of Kemahiran Membaca baru

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

1.0 1.1

KEMAHIRAN MENDENGAR Definisi Kemahiran Mendengar Kemahiran mendengar ialah kemahiran lisan yang paling asas dan kemahiran ini

berlaku di peringkat penerimaan. Seseorang yang telah menguasai kemahiran mendengar dengan baik biasanya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang ditutur oleh orang lain dan dapat pula memahami maksud serta membuat tafsiran daripada apa yang didengarnya. Kemahiran mendengar melibatkan kemahiran menerima maklumat secara lisan. Proses mendengar merupakan satu proses fizikal yang melibatkan telinga sebagai alat penerima bunyi bahasa. Proses memahami pendengaran pula melibatkan proses psikologi dan mental seperti pengamatan, kecerdasan dan pemikiran yang disepadukan untuk membolehkan seseorang itu memahami apa yang didengarnya dan membuat tindak balas yang sesuai. 1.2 Konsep Mendengar Berikut ialah beberapa konsep penting pendengaran iaitu: (a) Individu lebih banyak belajar melalui pengalaman dan kecerdasan otaknya. (b) Pendengaran merupakan gabungan daripada segala yang didengar difahami dan diingat. (c) Aspek fizikal, psikologi dan neurologi mempengaruhi proses pendengaran. (d) Pendengaran berlaku melalui latihan-latihan khas yang dilakukan secara berperingkat-peringkat. (e) Pendengaran harus berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan. (f) Pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan idea yang logik dan berkesan. (g) Pendengaran untuk mengkritik memerlukan pendengaran yang berpusatkan idea utama ,hujah-hujah dan bukti-bukti.1

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

(h) Pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis kritis terhadap bentuk dan isi. (i) Pendengaran untuk tujuan hiburan melibatkan tindak balas positif terhadap muzik, kesusteraan dan lain-lain aspek seni dan estetika. (g) Pendengaran untuk mengkriktik memerlukan pendengaran yang berpusatkan idea utama , hujah-hujah dan bukti-bukti. (h) Pendengaran untuk tujuan apreasiasi memerlukan analisis kritis terhadap bentuk dan isi. ( i ) Pendengaran untuk tujuan hiburan melibatkan tindak balas positif terhadap muzik, Kesusteraan dan lain-lain aspek seni dan estetika.

2.0 2.1

KEMAHIRAN BERTUTUR Definisi Kemahiran Bertutur Menurut Nor Aina Dani dalam buku Pengantar Psikolinguistik (2007), satu lagi

kemahiran yang tergolong dalam kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada, jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistic yang dinamakan suprapenggal ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setangah bahasa ,perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan dan makna.mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik,licin dan lancar. Oleh itu, aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Nor Aina Dani lagi dalam buku yang sama, pertuturan adalah gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Proses pertuturan berlaku di peringkat produksi. Ia berlaku setelah si penutur itu dapat mendengar dam memahami dengan baik apa yang didengarnya. Individu banyak belajar bertutur melalui pengalaman2

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

daripada kecerdasan otaknya. Kemahiran bertutur dipengaruhi aspek fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina. Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan member tumpuan kepada aspek fonologi,struktur dan penguasaan sistem bunyi yang lain. 2.2 Konsep Bertutur Bertutur merupakan satu cara berkomunikasi yang kompleks dan dan melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. Di samping penghasilan bunyi bahasa,seseorang itu akan menggunakan unsur-unsur prosodi dan cara paralingguistik semasa bertutur bagi menguatkan maksud pertuturan. Unsur prosidi ialah intonasi nada,tekanan, sebutan dan jeda. Manakala unsur para linguistik ialah bahasa isyarat dan pergerakan badan. Bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat sebutan atau dikenali juga articulator. Bertutur merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa dan berlaku pada peringkat produksi. Oleh sebab itu, model-model yang diperdengarkan haruslah model-model yang bail yang membolehkan pelajar- pelajar bertutur dengan berkesan. Berikut adalah beberapa konsep pertuturan: (a) Pertuturan ialah gabungan bunyi-bunyi bahasab yang dilafazkan. (b) Pertuturan berlaku pada peringkat produksi. ia berlaku setelah si penutur itu dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengari. ( c ) Aspek fizikal ,kesihatan,persekitaran,dan jantina boleh mempengaruhi kemahiran bertutur. (d) Individu yang lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya. (e) Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan member tumpuan kepada aspek fonologi ,struktur ,intonasi dan penguasaan system bunyi yang lain.3

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

3.0 3.1

KEMAHIRAN MEMBACA Definisi Kemahiran Membaca Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran yang penting di

peringkat sekolah rendah dan menengah. Membaca membawa penertian yang berbagai kepada aktiviti berfikir. Proses membaca tidak akan tercapai dengan sepenuhnya sekiranya pembacaan sekiranya pembacan berikut tidak disertai dengan konsep kefahaman. Mengikut pendapat kennedy (1981) telah merumuskan konsep membaca seperti berikut: Proses berfikir yang melibatkan idea mengikut pengalaman ,keperluan dan tujuan membaca. Pandangan Bush dan Geubner(1975) pula menyatakan bahawa: Tafsiran simbol tulisan,memahami makna tulisan,penyerapan idea yang dipersembahkan oleh penulis dan proses berfikir adalah konsep membaca. Membaca melibatkan proses deria dan minda. Proses membaca yang melibatkan organ deria seperti mata dan telinga adalah kurang berkesan berbanding dengan proses minda. Pembacaan melalui minda amat berkesan kerana ia melibatkan otak yang bertindak memproses bahan bacaan. Sebenarnya, aktiviti membaca adalah suatu proses yang kompleks. Membaca melibatkan proses komunikasi di antara pembaca dengan penulis melalui sumber tulisannya. Ia melibatkan tahap pemikiran kognitif yang tinggi. Thorndike (1917) menyatakan bahawa membaca melibatkan proses berfikir, merenung, memberi nilai, membuat analisis dan sintesis, memilih maklumat, membandingkan maklumat dan mengukur maklumat tersebut.

4

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Membaca juga boleh dimaksudkan sebagai manyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya. Mengajar membaca bererti mengajar murid memindahkan tulisan kepada suara serta melatih mereka memahami apa yang terkandung dalam bacaan itu. 3.2 Konsep Membaca Kesediaan membaca bergantung kepada konsep kematangan mental. Gangguan kepada mental akan mengakibatkan masalah kepada kebolehan membaca. Kesediaan membaca juga penting dan menjadi asas untuk peringkat perkembangan pemikiran pelajar-pelajar. Kemahiran membaca boleh diajar atau dilatih sebelum mendapat pengajaran bacaan formal di sekolah. Kemahiran membaca juga perlu dipertingkatkan supaya pembaca dapat menimba ilmu yang sudah sedia ada dan diabadikan dalam bentuk penulisan. Aktiviti membaca adalah aktiviti berfikir secara mendalam sebelum menerima atau menolak bahan bacaan tersebut. Jika tidak berfikir secara membaca, orang itu sebenarnya tidak membaca.Pelajar dianggap gagal mengamati tabiat membaca dengan sebaiknya sekiranya tidak memiliki kemahiran membaca. Seseorang yang memiliki kemahiran dalam pembacaan dapat mengoptimumkan pembacaan dalam satu jangkamasa yang ditentukan. Seseorang pelajar yang mempunyai kaedah paling optimum semestinya mempunyai kebolehan dalam menghayati bahan bacaan tersebut sama ada dari segi konsep dan pendekatan yang ditulis. Pelajar yang menggunakan kaedah membaca paling optimum dipercayai dapat memahami dan menghuraikan kembali bahan yang telah dibacanya itu. Oleh sebab itu, falsafah pembacaan paling optimum mementingkan pemikiran yang berhubungan dengan otak. Proses membaca sebagai perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Terdapat dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui5

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca. Beliau telah merumuskan proses membaca seperti berikut:

Perlakuan membaca adalah perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca.

Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman selain pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan. Maksudnya, untuk menjadi pembaca yang berkesan, seseorang itu tidak perlu dapat menyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu makna perkataan-perkataan yang dibacanya.

Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan apa yang dibaca. Seseorang murid itu mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan, dan pengalaman lalu yang akan mempengaruhi apa yang akan dibacanya.

Dalam sesuatu proses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti berikut:

mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat. mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna. menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa yang sedia ada di kepala. mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan, dan ayat sehingga menjadi sebuah idea yang lengkap. mencuba menghuraikan idea kepada orang lain.

6

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Melihat kepada susun tugas dalam proses membaca, dapatlah dikatakan bahawa membaca adalah satu proses yang memerlukan pemikiran yang aktif.

4.0 4.1

KEMAHIRAN MENULIS Definisi Kemahiran Menulis Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah

penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap. Kamarudin Hussin (1999) mentakrifkan penulisan sebagai pelahiran perasaan, fikiran dan idea dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik itu disusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya. 4.2 Konsep Kemahiran menulis Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang paling tinggi dan penting berbanding kemahiran bahasa lain , untuk dikuasai oleh murid-murid bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi juga untuk beberapa mata pelajaran lain. Menulis sebagai proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat. Ayat yang disusun ada kalanya panjang dan ada kalanya pendek berdasarkan beberapa urutan yang bermakna yang membentuk teks, nota,draf dan vahan bercetak. Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu; (a) (b) (c) (d) menggunakan pelbagai jenis ayat mencatat dan menyusun maklumat menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.7

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

(e)

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui.

(f)

Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

(g)

Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap.

(h)

Murid-murid juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan,pemerengganan dan menulis kesimpulan.

5.0

PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA Pendekatan secara umumnya terbahagi kepada empat pendekatan yang utama.

Pendekatan-pendekatan yang dimaksudkan ialah pendekatan induktif,deduktif,eklektif dan komunikatif. 5.1 5.1.1 Pendekatan Induktif Definisi Pendekatan induktif ialah satu pendekatan pengajaran bahasa yang melibatkan proses penaakulan yang tinggi. Dalam proses penaakulan ini, pelajar-pelajar tidak diajarkansesuatu bahan pengajaran itu secara langsung, iaitu diberitahu hal-hal yang berkaitan dengan pelajaran tersebut tetapi mereka digalakkan mencari, meneliti dan mempelajarinya sendiri. Selepas itu mereka akan mengemukakan satu rumusan hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh mereka.8

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Pendekatan induktif lebih terkenal sebagai pendekatan gramatikal yang mendahulukan sesuatu pengajaran itu dengan contoh-contoh struktur penggunaan unsur unsur tatabahasa yang dipelajari terlebih dahulu sebelum sesuatu kesimpulan mengenainya dilakukan. 5.1.2 Konsep Konsep pendekatan induktif dapat dijelaskan melalui perincian seperti berikut : (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g)(h)

Memepelajari sesuatu untuk mendapat hukum Memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman Mengumpulkan maklumat untuk membentuk hukum Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh tertentu Mendapatkan satu kesimpulan daripada satu urutan pemikiran Membuat justifikasi daripada yang spesifik kepada yang umum Merupakan kaedah penaakulan yang bertujuan mendapatkan peraturan Umum daripada fakta-fakta atau contoh-contoh tertentu

5.1.2 Ciri-ciri Pendekatan induktif mempunyai beberapa ciri iaitu : (a) (b) (c) (d) (e) (f) Bermatlamatkan pembentukan kebiasaan Menggunakan pengantara deria untuk memperoleh pengetahuan Mementingkan pengulangan beraneka situasi untuk menguasai sesuatu kemahiran. Menekankan kepada pengajaran yang berbentuk konkrit. Selaras dengan pengajaran tatabahasa menurut analisis struktural Memberikan murid belajar sepenuhnya di bawah bimbingan guru.

9

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

5.2

Pendekatan deduktif

5.2.1 Definisi Secara umum pendekatan ini memperlihatakan hukum-hukum atau sesuatu teori atau peraturan tertentu dan dari sini, pembelajaran akan diteruskan dengan menganalisis hukum-hukum tadi melalui contoh-contoh yang konkrit. Ia dilakukan dengan mengaplikasikan peraturan-peraturan yang diberi.

5.2.3 Konsep Konsep pendekatan deduktif secara lebih khusus dapat diperlihatkan seperti berikut : (a) (b) (c) (d) (e) Mempelajari sesuatu melalui hukum Satu proses penaakulan yang tinggi seperti dalam pendekatan induktif Satu produksi fakta untuk membuktikan satu pernyataan umum Menganalisis fakta atau isi yang membentuk generalisasi Membuat satu pencerakinan daripada yang umum kepada yang spesifik.

5.2.4 Ciri-ciri Berikut adalah ciri pendekatan deduktif (a) Bermatlamatkan pemerolehan sruktur kognitif. pembelajaran sentiasa mementingkan pengetahuan yang akan diperoleh dan bukan pembentukan kebiasaan (b) Bersifat idealisionalisme untuk mendapatkan ilmu pengetahuan

10

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

(c)

Bermula daripada keseluruhan yang dipermudah kepada keseluruhan yang lebih kompleks sifatnya Struktur isi dan kognitif dapat memudahkan pengajaran Pembelajaran dengan kefahaman adalah lebih kekal dariapada menghafal Memulakan pengajaran dengan mengemukakan contoh dan kemudian diikuti dengan contoh Pendekatan ini selaras dengan linguistik tradisional dan transformasi Generatif menekankan aspek penulisan berbanding dengan kemahiran yang lain.

(d)(e)

(f) (g)

5.3

Pendekatan Eklektik

5.3.1 Definisi Eklektik atau eclectic bermakna campuran atau gabungan. Pendekatan elektik ialah pendekatan hasil gabungan kedua-dua pendekatan induktif dan pendekatan deduktif untuk menghasilkan satu strategi pengajaran. Segala ciri-ciri yang baik keduadua pendekatan itu digabungkan untuk digunakan dalam satu-satu pengajaran tertentu. Pengambilan ciri-ciri yang baik ini daripada pendekatan induktif dan deduktif ini bertujan untuk menghasilkan satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih seimbang, berfaedah, berkesan dan mantap untuk mengajar bahasa kepada murid. 5.3.2 Prinsip Pendekatan Pendekatan eklektik ini mempunyai prinsip-prinsip seperti berikut : (a) Guru memulakan pengajaran dengan memberikan contoh-contoh yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak diajarkan serta ditambah11

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

dengan contoh-contoh daripada murid (b)(c)

Murid didorong untuk memberikan contoh-contoh lain dalam konteks yang hampir sama Guru boleh juga memulakan pengajaran dengan menyatakan undangundang yang berkesan dengan aspek bahasa yang diajarkan.Kemudian contoh-contoh diberikan.

(d) (e)

Contoh-contoh lain didapati daripada murid dan guru menerangkan undang-undang aspek bahasa yang diajarkan Undang-undang bahasa digunakan dalam konteks yang hampir sama

5.3.3 Kebaikan Pendekatan Pendekatan eklektik ini mempunyai beberapa kebaikannya iaitu : (a) Sifatnya yang mudah diubah memudahkan guru-guru mentadbir pengajaran mereka di samping dapat memberikan banyak contoh dan peneranagn, sekali gus ini dapat meningkatkan pemahaman murid (b) Pendekatan ini sesuai digunakan untuk kelas-kelas yang terdiri daripada murid yang mempunyai pelbagai kebolehan (c) Pengambilan ciri-ciri yang baik daripada beberapa pendekatan, secara tidak langsung dapat mengurangkan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pendekatan ini (d) Murid-murid dapat belajar dan mengikuti pengajaran mereka dengan lebih mudah dan menyakinkan. Sebagai rumusannya, perkara penting yang perlu diberikan penekanan dalam pendekatan eklektik ialah struktur ayat yang dibina oleh murid mestilah gramatis dan menepati ciri yang berikut :

12

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

tepat dan jelas maksudnya penggunaan imbuhan yang betul struktur ayat yang betul

5.4

Pendekatan Komunikatif

5.4.1 Definisi Pendekatan ini bermula pada tahun 1960-an. Pendekatan ini menyatakan bahawa bahasa ialah satu sistem yang terbuka dan dinamik dan digunakan oleh sesuatu ahli masyarakat untuk bertukar-tukar penerangan atau pendapat. Menurut Juriah Long (1985) penganjur fahaman komunikatif berpendapat bahawa pengajaran bahasa sepatutnya mengutamakan kecekapan berbahasa iaitu penggunaan sistem tatabahasa tetapi juga kecekapan komunikatif. Semasa berkomunikasi, kecekapan berbahasa akan membolehkan seseorang menyampaikan mesej kepada pendengar dengan menggunakan struktur bahasa yang tepat khususnya dari segi tatabahasa. kecekapan komunikatif akan membolehkan seseorang itu berupaya untuk menyesuaikan struktur-struktur bahasanya semasa berinteraksi. 5.4.2 Ciri-ciri pendekatan Ciri pendekatan komunikatif adalah seperti yang senarai : (a) (b) (c) Disusun mengikut komunikasi, contoh melapor, meminta, menjemput dan lain-lain Komunikatif disusun dan diajar mengikut keperluan murid untuk membolehkan mereka mengamalkannya dalam kehidupan sebenar Struktur bahasa yang diajar seharusnya bersesuaian dengan komunikasi yang dipelajari13

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

(d)

Murid harus tahu menggunakan pengetahuan tentang hukum-hukum tatabahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan murid sepatutnya mempunyai pengetahuan tentang penggunaan bahasauntuk membolehkan murid membina struktur ayat yang betul

(e)

6.0

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA. Secara konseptualnya, kaedah ialah satu perancanagn atau prosedur bagi

melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik. Kaedah merupakan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Untuk memahami konsep kaedah pengajaran,sila lihat Jadual di bawah: Rajah 1: Jadual: Konsep Kaedah Pengajaran

NAMA KAEDAH Kaedah natural

PENERANGAN Kaedah ini mementingkan konsep komunikatif. Bahasa dilihat sebagai alat untuk menghubungkan makna dan mesej. Kaedah klasik ini menekankan ejaan dan penulisan. Hukum tatabahasa dihafaz. Terjemahan difikirkan sebagai satu cara yang penting untuk mempelajari perbendaharaan kata. Kaedah ini sesuai untuk pembelajaran bahasa kedua. Antara prinsipnya ialah hubungan terus perkataan dengan benda, perkaitan dengan pengalaman,mewujudkan rasa ingin tahu dan berkaitan dengan asas kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda. Seperti melatih tentera,kaedah in mementingkan latih tubi, lisan dan ketegasan.

Kaedah tatabahasa terjemahan

Kaedah terus

Kaedah askar

14

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Kaedah linguistik Kaedah ajuk/hafaz Kaedah kod-kognitif Nama Kaedah Kaedah Bahasa Komuniti ( CCLL )

Kaedah ini mementingkan pertuturan dan membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui oleh murid. Kaedah ini menekankan konsep ajukan dan latih tubi. Perkara yang ditekankan dalam kaedah ini (tradisional) ialah bacaan dan tulisan. Aspek yang menjadi tumpuan ialah sintaksis dan diikuti oleh morfologi dan fonologi. Penerangan Murid menjadi ahli dalam komuniti. Mereka belajar melalui interaksi dengan rakan. Walau bagaimanapun, kaunseling dan psikologi diambil kira untuk memotivasikan pembelajaran. Konsep yang paling utama ialah dengar dan tutur. Kaedah ini membolehkan murid-murid memperkembangkan kemahiran mendengar, bertutur,membaca dan menulis. Total Physical Respons(TPR) lebih mementingkan pemahaman bahasa melalui pendengaran serta memulakan pelajaran dengan kemahiran mendengar. Kaedah ini dikenali Super learning yang pada pendapat pengasasnya bahawa tiada suatu aksi pun yang tidak boleh dijadikan contoh. Penumpuan amat penting. Muzik dan alunan irama boleh menggiatkan pembelajaran. Situasional Language Teaching ini mementingkan latihan penyebutan ulang kaji,struktur baru, perbendaharaan kata, latihan lisan dan membaca bahan yang melibatkan struktur baru atau melakukan latihan bertulis. Guru menjadi model.

Kaedah Oral-Aural Kaedah penglibatan tindak balas fizikal (TPR) Kaedah Suggestopedia

Kaedah situasional

6.1

Teknik Pengajaran15

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

6.1.2 Definisi Teknik Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga) teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik,karang mengarang dan sebagainya.Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau teknik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III: Komunikasi Bahasa,teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahanbahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajarpelajarnya.Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan den seirama dengan pendekatan yang dianuti. 6.1.2 Teknik-teknik Pengajaran Bahasa Berikut disenaraikan teknik pengajaran bahasa: (a) Teknik Main Peranan Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu atau peristiwa yang dianggap penting .Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, di mana pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.16

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

(b)

Teknik latih tubi Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. Tujuannya

untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran di samping menjamin ketekalannya. Teknik ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. (c) Teknik Bercerita Ia merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur,membaca dan menulis di kalangan pelajar. (d) Teknik Inkuari Teknik ini juga dikenali sebagai teknik tinjau siasat. Ia merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorentasikan masalah.

(e)

Teknik Perbahasan Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu

pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah. (f) Teknik Kuiz17

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolahsekolah Melayu. Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan,perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan,penggayaan,pemulihan dan pengukuhan. Kuiz juga dijadikan sebagai aktiviti pertandingan antara pelajar. (g) Teknik Sumbangsaran Teknik ini dikenaki sebagai percambahan fikiran yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. ia boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebih serius dan kompleks pada peringkat menengah,universiti dan latihan profesional. Ia juga menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif dan bukan pembelajaran secara analitis. (h) Teknik Soal Jawab Teknik ini merupakan teknik yang paling lama dan amat popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.

(i)

Simulasi

18

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah,isi atau tugasan semula.Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temu ramah dengan individu tertentu dan mencatat isi penting. (j) Teknik Drama Teknik ini sering digunakan dalam keadaan komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utamanya adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa,unsur para linguistik dan bukan linguistik dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. (k) Teknik Perbincangan Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluarkan dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas.Ia adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan pelajar di bawah penyelian dan kawalan seorang guru. Teknik ini melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi misalnya debat,forum,bahas dan sebagainya.

( l ) Teknik Forum

19

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk di mana ia dijalankan secara formal. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai. Ia dapat meningkatkan kemahiran menyampai idea dan fikiran dengan jelas,objektif , kreatif dan rasional. (m) Teknik Permainan Bahasa Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar,bertutur, membaca dan menulis.

7.0

KESIMPULAN Pengajaran bahasa di dalam bilik darjah merupakan satu tugas amali yang agak

rencam. Guru perlu mempunyai pengetahuan asas dalam disiplin ilmu seperti linguistik,psikologi dan sosiologi bagi menyelesaikan masalah pembelajaran. Perkembangan dalam displin ilmu yang berkaiatan dengan pengajaran bahasa menghasilkan arus pembaharuan dalam pendekataan pengajaran bahasa. Lazimnya, sesuatu pendekatan yang baharu tidak dapat diterima oleh kebanyakan guru jika mereka tidak memahami pendekatan itu. Disebabkan fenomena sosiolinguistik mempunyai pengaruh terhadap pengajaran bahasa di dalam bilik darjah,justeru sesuatu pendekatan pengajaran bahasa yang bahru itu mungkin berjaya dalam situasi pembelajaran dan tidak berjaya dalam situasi yang lain. Oleh hal yang demikian, ini bermakna tiap-tiap pendekatan pengajaran bahasa seperti yang di bincangkan di atas, mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang20

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

tersendiri. Sebagai guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu yang mutakhir yang merangkumi kecekapan berbahasa, menguasai sistem tatabahasa dan berkebolehan menggunakan bahasa yang sesuai dengan konteks dan sosiobudaya.

21