Kemahiran Membaca Dan Impaknya Kepada Persediaan Guru Di Dalam Bilik Darjah

download Kemahiran Membaca Dan Impaknya Kepada Persediaan Guru Di Dalam Bilik Darjah

of 16

description

BAHASA MELAYU

Transcript of Kemahiran Membaca Dan Impaknya Kepada Persediaan Guru Di Dalam Bilik Darjah

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Tajuk : Kemahiran Membaca Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Dan Impaknya Kepada Persediaan Guru Di Dalam Bilik Darjah.

01. Pendahuluan102. Kecekapan & Tanggungjawab Guru203. Interprestasi Kemahiran Membaca Dalam Kalangan Sukatan Pelajaran304. Interprestai Kemahiran Membaca DalamSukatan Pelajaran505. Sikap Dan Peranan Guru Serta Pemilihan Kaedah706. Jangkaan Rendah & Sikap Autoriti Guru807. Impak Kemahiran Membaca Terhadap Persediaan Guru Dalam Bilik Darjah908. Kesimpulan

Bibliografi

Tajuk : Kemahiran Membaca Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Dan Impaknya Kepada Persediaan Guru Di Dalam Bilik Darjah.

01.Pendahuluan

Adalah lumrah apabila kita mengatakan bahawa kadar penguasaan atau daya pembelajaran antara seorang pelajar dengan pelajar lain adalah berbeza. Banyak faktor yang telah dikemukakan oleh para penyelidik pendidikan dan perkembangan mental mengenai perkara tersebut. Namun usaha untuk memulihkan ketidaksetaraan kadar penguasaan atau daya belajar ini masih belum berhasil kerana setiap pelajar menghadapi latar kehidupan, perkembangan mental dan pertumbuhan fizikal yang berbeza.

Masalah-masalah luaran seperti belum bersedianya seseorang pelajar menerima pendidikan formal di sekolah, keadaan sekeliling, pemerolehan bahasa dan sebagainya serta masalah-masalah dalaman seperti kerencatan mental, kecacatan fizikal, tidak boleh bertutur dengan fasih dan sebagainya merupakan hambatan-hambatan yang mengakibatkan perbezaan daya pembelajaran dan kuasa penerimaan pelajaran ini. Keadaan ini semakin diperburukkan dengan sikap setengah-setengah guru yang tidak memahami situasi pelajar-pelajar yang disifatkan lembam ini dan pemilihan kaedah pengajaran yang tidak sesuai. Anggapan bahawa pelajar-pelajar di dalam sesebuah kelas mempunyai daya atau kuasa belajar yang setara adalah anggapan yang keliru kerana kita sedar bahawa perbezaan daya belajar, tidak hanya berlaku antara seseorang pelajar dengan pelajar yang lain, malah berlaku juga di dalam diri seseorang pelajar berkenaan.

Akibat daripada ini, terbit pencapaian rendah seseorang pelajar atau pelajar-pelajar yang dikatakan lembam dalam sesuatu mata pelajaran. Pelajar lembam atau pencapaian rendah seseorang pelajar itu seperti yang dinyatakan di atas, kami maksudkan sebagai pelajar yang mempunyai daya kecerdasan yang tidak setara dengan rakan-rakan sebaya di dalam kelas yang sama dan tidak menghadapi masalah kecacatan fizikal atau kerencatan mental. Brennan (1974) menyebut pelajar-pelajar lembam ini sebagai murid-murid yang gagal menghadapi kerja normal seko1ah untuk kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak disebabkan oleh kecacatan.

02.Kecekapan dan Tanggung Jawab Guru

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-3, kemahiran didefinisikan sebagai kecekapan dan kepandaian yang diketahui oleh seseorang dalam sesuatu perkara. Manakala membaca pula adalah aktiviti seseorang sama ada belajar, menelaah, merujuk, memahamkan, meneliti, menghafaz, mengaji, mengkaji, melafazkan, mengucapkan, mendeklamasi, menuturkan, berkata, membatang, mentafsir, meramal, menyimpulkan, menilik, meneliti, melihat dan memerhati. Membaca juga membunyikan huruf-huruf yang ditulis serta melihat dan memahami apa-apa yg tertulis. Daripada definisi kemahiran dan membaca, maka kita bolehlah mendefinisikan kemahiran membaca adalah merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul.

Penekanan yang betul perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kitis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca (PPK, 2003) Dalam penulisan ini, kami akan membincangkan beberapa subtopik berkaitan kemahiran membaca iaitu interpretasi kemahiran membaca Bahasa Melayu dalam sukatan pelajaran sekolah rendah, isu-isu dan kepentingan kemahiran membaca, impak kemahiran membaca terhadap persediaan guru di dalam bilik darjah serta langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar sekolah rendah.

03.Interpretasi Kemahiran Membaca Dalam Sukatan Pelajaran

Sukatan Pelajaran KBSR disediakan bagi setiap tahun pembelajaran. Ia bertujuan untuk membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ia bertujuan untuk membolehkan seseorang murid yang belajar selama enam ahun di sekolah rendah itu menggunakan bahasa yang sewajarnya dengan perkembangan umur mereka dalam perhubungan sehari-hari dan dal m mempelajari mata pelajaran lain yang terkandung dalam kurikulum sekolah,. Rendah. Tegasnya, seseorang murid, selama enam tahun berada di sekolah rendah, dapat menguasai kesemua kemahiran bahasa dari segi lisan, bacaan dan kefahaman dan gerak kerjabertulis (Marzukhi Nyak Abdullah, 1994).

Membaca adalah salah satu lagi aspek yang penting dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kemahiran membaca terletak di bawah kemahiran bahasa termasuk kemahiran mendengar, bertutur dan menulis. Dalam kemahiran bahasa di sekolah, penekanan kepada kemahiran tertentu telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran ke arah melahirkan pelajar yang berketrampilan dalam berbahasa (Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd Baharin, 2007). Begitu juga dengan kemahiran membaca yang perlu dikuasai oleh setiap murid bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana membaca ialah proses kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca (PPK, 2001: 14). Kemahiran membaca membolehkan murid-murid memahamiperkara yang dibaca.

Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran, didapati bahawa kemahiran membaca diajar pada semua peringkat pembelajaran iaitu bermula dari Tahun Satu hingga ke Tahun Enam. Tahap pembacaan Tahun Satu lebih kepada kebolehan murid membaca dengan lancar dan memahami perkara yang dibacakan. Manakala, bagi murid Tahun Enam penekanan kepada proses membaca, memahami dan mengenalpasti isi-isi penting dalam petikan yang diberi serta sebagai langkah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan murid sekolah rendah. Bukti yang memperlihatkan kemahiran membaca itu penting untuk dikuasai oleh murid adalah melalui objektif pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah itu sendiri.

Dalam objektif yang keempat, adalah diharapkan agar murid dapat membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan dengan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis. Pada umumnya, terdapat beberapa teknik yang digunakan oleh guru-guru untuk mengajar bacaan pada peringkat awal atau peringkat permulaan. Objektif kelima pula lebih kepada proses memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran. Menurut Prof. DR. Henry Guntur Tarigan (1994), untuk meningkatkan minat membaca ini, maka kita perlu menyediakan waktu untuk membaca dan memilih bahan bacaan yang baik, ditinjau dari norma-norma kekritisan yang mencakup norma-norma estetik, sastera dan moral. Hal ini memperlihatkan bahawa kemahiran membaca penting untuk dikuasai oleh murid sebagai langkah kepada kelangsungan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan seterusnya memupuk minat murid untuk membaca.

Di dalam bilik darjah, kemahiran membaca diaplikasikan secara penggabungjalinan. Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui program penggabungjalinan ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dan cara ini membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran secara bersepadu seperti yang dialami dalam kehidupan sehari-hari. Menurut Marzukhi Nyak Abdullah (1994), terdapat dua cara penggabungjalinan kemahiran dijalankan. Pertama, penggabungjalinan kemahiran dapat dilakukan dalam satu mata pelajaran Contohnya, kemahiran membaca dapat digabungjalinkan dalam kemahiran lain seperti bertutur dan menulis.

Kedua, penggabungjalinan kemahiran dapat juga dilakukan antara satu mata pelajaran dengan satu atau beberapa mata pelajaran lain. Contohnya, kemahiran bahasa dapat digabungjalinkan dengan kemahiran Seni Muzik, Pendidikan Jasmani atau mata pelajaran lain. Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd Baharin (2007) pula mengatakan kata kunci bagi kemahiran membaca adalah seperti membaca kuat, membaca dan memahami maklumat, membaca, menaakul..... dan sebagainya yang menggambarkan kewujudan kemahiran membaca yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Program penggabungjalinan dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Oleh itu, disebabkan peri pentingnya kemahiran membaca yang perlu dikuasai oleh murid, maka guru perlu bijak mengatur strategi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik dalam proses mengajar membaca dalam kalangan murid. Hal ini kerana, pendekatan dan teknik yang betul menentukan pencapaian murid dalam penguasaan kemahiran membaca dengan tepat dan lancar. Namun begitu, walaupun kemahiran membaca merupakan kemahiran penting yang perlu dicapai dalam sesuatu pengajaran, tetapi kemahiran mendengar, bertutur dan menulis tidak boleh diabaikan kerana ia juga merupakan elemen penting dalam sesuatu pengajaran bahasa.

04.Interpretasi Kemahiran Membaca Dalam Sukatan Pelajaran

Sukatan Pelajaran KBSR disediakan bagi setiap tahun pembelajaran. Ia bertujuan untuk membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ia bertujuan untuk membolehkan seseorang murid yang belajar selama enam ahun di sekolah rendah itu menggunakan bahasa yang sewajarnya dengan perkembangan umur mereka dalam perhubungan sehari-hari dan dalam mempelajari mata pelajaran lain yang terkandung dalam kurikulum sekolah rendah. Tegasnya, seseorang murid, selama enam tahun berada di sekolah rendah, dapat menguasai kesemua kemahiran bahasa dari segi lisan, bacaan dan kefahaman dan gerak kerja bertulis (Marzukhi Nyak Abdullah, 1994). Membaca adalah salah satu lagi aspek yang penting dalam Sukatan Pelajaran Bahasa MelayuSekolah Rendah.

Kemahiran membaca terletak di bawah kemahiran bahasa termasuk kemahiran mendengar, bertutur dan menulis. Dalam kemahiran bahasa di sekolah, penekanan kepada kemahiran tertentu telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran ke arah melahirkan pelajar yang berketrampilan dalam berbahasa (Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd Baharin, 2007). Begitu juga dengan kemahiran membaca yang perlu dikuasai oleh setiap murid bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana membaca ialah proses kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca (PPK, 2001: 14). Kemahiran membaca membolehkan murid-murid memahami perkara yang dibaca.Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran, didapati bahawa kemahiran membaca diajar pada semua peringkat pembelajaran iaitu bermula dari Tahun Satu hingga ke Tahun Enam. Tahap pembacaan Tahun Satu lebih kepada kebolehan murid membaca dengan lancar dan memahami perkara yang dibacakan. Manakala, bagi murid Tahun Enam penekanan kepada proses membaca, memahami dan mengenalpasti isi-isi penting dalam petikan yang diberi serta sebagai langkah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan murid sekolah rendah.

Kekurangan kemahiran asas bahasa atau ketidaklengkapan bahasa kanak-kanak yang tidak beruntung ini juga jelas akan menjejas pencapaian mereka dalam bidang bahasa. Apatah lagi apabila sikap pasif mereka ini semakin menular sehingga mereka bertindak untuk tidak mahu bertanya, berdialog dengan guru atau rakan sebaya, mengelak diri dalam situasi yang memerlukan mereka bercakap, maka keupayaan murid-murid menerima pendidikan bahasa akan terbentuk dan kelihatan berbeza-beza. Di sinilah tugas guru diperlukan untuk mengurangkan perbezaan pencapaian murid-muridnya melalui pengajaran pemulihan atau imbuhan.

05. Sikap dan Peranan Guru Serta Pemilihan Kaedah Pengajaran

Pengelompokan pelajar daripada beberapa buah kelas yang mempunyai daya pembelajaran dan tahap pencapaian yang tidak setara kepada sebuah kelas khas bagi mempelajari bahasa kedua (bahasa ibunda) menjadikan pengajaran bahasa kedua menjadi lebih mencabar. Apatah lagi apabila kelas bahasa kedua ini mengandungi jumlah pelajar yang besar.

Bagi beberapa buah sekolah pula, terdapat ketidakseimbangan jumlah pelajar yang mempelajari bahasa kedua. Terdapat di beberapa buah sekolah, jumlah pelajar yang mempelajari bahasa Melayu kedua amat sedikit iaitu antara satu hingga lima orang sahaja. Hal ini tidak menyukarkan guru kerana guru boleh menjalankan tugasnya melalui pengajaran secara perseorangan dengan lebih teratur atau menjalankan kerja-kerja pemulihan ke atas pelajar-pelajar yang berpencapaian rendah dengan lebih kerap. Kaedah tersebut tentulah tidak sesuai dilaksanakan di dalam kelas yang mengandungi jumlah pelajar yang besar. Dan biasanya guru yang mengajar di dalam kelas yang begini sering menganggap bahawa pelajar-pelajar di dalam kelas tersebut adalah sekumpulan pelajar yang homogeneous (Mohd. Junit bin Mohd Johari, 1987) yang mempunyai bakat yang sama dan yang boleh mencapai kadar pencapaian yang setara.

Mentelah lagi, apabila kita memikirkan tentang daya kecerdasan, bakat, minat yang berlainan dan daya belajar yang berbeza di kalangan pelajar yang belajar di dalam kelas yang sesak, maka tentulah kaedah pengajaran seluruh kelas tidak sesuai kerana sekatan-sekatan yang pernah dinyatakan dalam subtajuk Kemahiran Asasi Bahasa tadi akan bertambah meluas dengan timbulnya apa yang disebut sebagai Sekatan Interaksi Guru (Koh Boh Boon, 1981) yakni kurangnya peluang bagi pelajar-pelajar yang tidak beruntung untuk berkomunikasi dengan gurunya.

Kecenderungan sebahagian guru pula yang banyak menumpukan masa dan perhatiannya ke atas pelajar-pelajar yang giat atau aktif menyertai kegiatan pembelajaran akan terus melalaikan pelajar-pelajar yang kurang beruntung ini. Di sinilah peranan guru dituntut untuk memilih kaedah pengajaran yang benar-benar sesuai bagi pelajar-pelajarnya berdasarkan kecenderungan, bakat, saiz kelas, daya pemerolehan bahasa, daya belajar pelajar-pelajarnya sendiri.

06.Jangkaan Rendah Dan Sikap Autoriti Guru

Lazimnya seseorang guru membuat andaian subjektif ke atas pelajar-pelajarnya berdasarkan perhatiannya terhadap keadaan fizikal, minat pembelajaran pelajar, daya ingatan mereka dan kadar pencapaian dalam sesuatu ujian. Guru mungkin kurang menghadapi masalah jika kadar pencapaian pelajar-pelajarnya setara dan tinggi. Tetapi, jika kadar pencapaian setengah-setengah pelajarnya rendah, maka guru haruslah mengambil tahu akan latar belakang sosio-ekonomi pelajar, beberapa sekatan pemerolehan bahasa, keadaan fizikal yang menyukarkan pembelajaran dan sebagainya bagi mencari diagnosis, sebenarnya untuk mengubati kelembapan atau sekurang-kurangnya mendekatkan tahap pencapaian mereka dengan tahap penapaian normal pelajar-pelajarnya yang dikatakan baik.

Sesungguhnya tidak ada satu kaedah pun yang benar-benar dapat mengubati penyakit pencapaian rendah ini. Mentelah lagi, tugas guru hari ini tidaklah hanya ditumpukan kepada pelajar-pelajar yang sedemikian. Tetapi ini tidak bermakna, guru harus membiarkan atau terus melalaikan pelajar-pelajar yang berpencapaian rendah ini kerana gejala-gejala lain seperti keciciran, sikap atau kemahuan bekerja yang rendah, tahap kecerdasan fikiran yang sempit akan menjejas teruk sosio budaya, politik, ekonomi sesuatu bangsa dan negara. Guru adalah tenaga pendorong yang besar untuk membangkitkan minat pembelajaran dan sekali gus pencapaian baik seseorang pelajar di dalam kelasnya. Tanpa peranan ini, kadar pencapaian rendah pelajar-pelajarnya akan bertambah buruk.

Dalam hal ini, pengajaran pemulihan ke atas peIajar-peIajar tersebut dijangkakan berkesan untuk merapatkan jurang perbezaan pencapaian dengan rakan-rakan sebayanya. Pengelompokan pelajar yang kurang beruntung ini dalam satu kelas atau kumpulan kecil dengan pemilihan kaedah pengajaran yang jitu, penggunaan peralatan mengajar yang berkesan, pendekatan pengajaran yang tepat, alat komunikasi yang sesuai untuk mempercepatkan pemerolehan ilmu dan lain-lain dapat membantu guru membuat pemulihan.

07.Impak Kemahiran Membaca Terhadap Persediaan Guru Di Dalam Bilik Darjah

Kemahiran membaca merupakan salah satu komponen penting yang perlu dikuasai oleh murid bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Kemahiran membaca menjadi landasan kepada sekumpulan kemahiran yang perlu untuk menguasai kemahiran belajar. Bagi membolehkan murid membaca dengan baik, asas membaca yang kukuh perlu dibina sejak mereka di sekolah rendah lagi. Sehubungan dengan itu, Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah telah menyenaraikan sebanyak 124 kemahiran membaca untuk dikuasai oleh murid dalam tempoh enam tahun persekolahan (Asas kemahiran berbahasa KBSR, 1994). Selain itu, kemahiran membaca yang tinggi akan menyebabkan murid menguasai pelbagai aspek bahasa dan penyusunan idea yang bernas dan teratur. Sebaliknya, murid-murid yang kurang minat membaca akan menjadikan pengetahuan mereka tidak luas malah akan menjadikan mereka kekurangan kosa kata (Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd. Baharin, 2007). Kemahiran membaca yang dikuasai oleh murid akan memberi impak terhadap persediaan guru di dalam bilik darjah.

Antara impak kemahiran membaca terhadap persediaan guru di dalam bilik darjah adalah guru perlu menganalisis ciri-ciri murid. Hal ini bertujuan untuk mengetahui sama ada murid itu sudah menguasai kemahiran membaca atau belum menguasai. Mengikut model ASSURE oleh Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino (1996), guru perlu menganalisis ciri-ciri murid sebelum merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Jika terdapat murid yang belum menguasai kemahiran membaca dengan baik, ia akan memberi kesan terhadap persediaanguru di dalam bilik darjah. Misalnya, guru tidak boleh mengubah pembelajaran dari satu unit ke unit pembelajaran yang lain jika terdapat ramai murid yang belum menguasai sesuatu unit

Guru juga mesti mempelbagaikan kaedah pengajajran mereka agar potensi murid dapat diperkembangkan semaksimum yang mungkin (Shukri Zain, 2007). Hal ini kerana, di dalam sesuatu kelas terdapat pelbagai tahap kemahiran membaca oleh murid. Oleh yang demikian, guru perlu merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan berkesan bagi membolehkan semua murid dapat menguasai perkara yang diajar. Keadaan ini akan menjadikan murid yang lemah dapat menguasai pembelajaran dengan baik dan murid yang mahir tidak akan bosan dengan pengajaran yang dilakukan oleh guru. Antara aktiviti yang mesti dibuat oleh guru seperti aktiviti yang dapat memberi peluang sepenuhnya kepada murid untuk mempraktikkan kecekapan berbahasa yang boleh menunjukkan bakat dan mencabar pemikiran. Selain itu, guru juga hendaklah menyediakan aktiviti yang boleh menyeronokkan murid supaya mereka tidak merasa bosan terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa seperti berlakon, simulasi dan mainperanan (Asas Perkaedahan Mengajar Bahasa, 1992).

Selain itu, impak kemahiran membaca murid juga memastikan guru untuk melakukan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas yang dijalankan sama ada sekolah ataupun di luar waktu sekolah, daerah, negeri atau kebangsaaan.Aktiviti ini hendaklah dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran bahasa yang telah dan sedang dipelajari. Melalui aktivti ini murid mendapat peluang tambahan untuk mengembangkan minat, daya kreativiti, perasaan ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinannya. Aktiviti pengayaan ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu pilihan murid atau pilihan guru. Dalam aktiviti pengayaan pilihan murid, mereka bebas memilih dan menjalankan sendiri sesuatu aktiviti mengikut minat dan kebolehan masing-masing. Guru boleh menyediakan beberapa pukal bahasa yang boleh dipilih sendiri oleh murid. Manakala bagi pilihan guru pula aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tertentu. Aktiviti ini dikendali secara formal mengikut arahan, penentuan atau rancangan guru (Asas Perkaedahan Mengajar Bahasa, 1992). Impak kemahiran membaca juga memerlukan guru untuk melakukan aktiviti pemulihan bagi murid yang mengalami masalah. Pemulihan mengikut Kamus Dewan bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada yang semula dan pemulangan atau pengembalian. Murid yang lemah dalam kemahiran membaca boleh menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Misalnya mereka membuat bising atau menganggu kawan lain yang hendak belajar.Keadaan ini akan menyebabkan pengajaran guru tidak berkesan. Oleh yang demikian, aktiviti pemulihan diperlukan bagi membantu murid yang bermasalah ini. Aktiviti pemulihan merupakan langkah khas untuk membantu murid-murid menghadapi masalah pembelajaran dan dijalankan dalam waktu yang pendek.

Goleman (1995) mengatakan bahawa seseorang yang mempunyai kecerdasan emosional yang tinggi mampu mengenal emosi sendiri (self-awareness), menguruskan emosi (self-management), memotivasi diri (motivation), memahami emosi dalam orang lain (empathy) dan dapat menjalin hubungan dengan manusia (sosial skills). Sekiranya seseorang murid itu dapat mengenal pasti emosinya sendiri, dia akan menyedari kelemahan dan kekuatannya dan membuat sesuatu keputusan dengan bijak (Shukri Zain, 2007). Hal ini menunjukkan bahawa guru hendaklah memainkan peranan dalam meningkatkan tahap kecerdasan emosi murid bagi membolehkan mereka bersemangat untuk belajar membaca dan lebih mahir.

08.Kesimpulan.

Kesimpulannya, kejayaan pengajaran guru-guru bahasa tidak hanya bergantung kepada latihan mengenai cara-cara pengajaran, tetapi juga pengetahuan yang secukupnya tentang bahasa yang menjadi bahan pengajaran mereka. Tetapi dengan penguasaan bahasa yang tinggi serta dibekalkan dengan kaedah pengajaran yang baik, belum tentu guru itu akan berjaya tanpa disokong oleh sikap dedikasi, usaha dan inisiatif yang perlu dilakukan oleh guru itu (Azman Wan Chik, 1986). Oleh itu, kemahiran membaca dalam kalangan murid sekolah rendah dapat dipertingkatkan.

BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Yusuf (2005). Nota Kuliah Prinsip Pengajaran Penulisan. Tanjung Malim:Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd. Baharin. Prinsip pengajaran penulisan. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Azman Wan Chik (1986). Mengajar bahasa malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaKementerian Pendidikan Malaysia (1992). Asas perkaedahan mengajar bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marzukhi Nyak Abdullah (1994). Kaedah pengajaran bahasa melayu kurikulumbersepadu sekoah rendah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Nordin Mamat. (2005). Asas sosial kanak-kanak. Kuala Lumpur: Prospecta Printers Sdn.Bhd.

Prof. DR. Henry Guntur Tarigan (1994). Membaca sebagai statu keterampilanberbahasa. Indonesia: Penerbit ANGKASA Bandung.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malayasia.

Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004). Psikologi pendidikan: pendekatan kontemporari. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Rohani Rustam dan Jamiah A.Bakar (1995). Bacalah sayang!: panduan untuk ibu bapa ke arah pembacaan awal. Selangor: Times Editions Pte.Ltd.

Shukri Zain (2007). Pengantar pemikiran. Tanjong Malim: Quantum Books.Yusup Hashim dan Razmah Man (2005). Teknologi Instruksional: Teori dan Aplikasi. Tanjong Malim: Syarikat Perintis Tanjong Malim. 15