Kemahiran Membaca (Full)

32
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN AHLI KUMPULAN 2: ALLEN HENDRY LEONG AI SIENG MOHAMAD AZZAHIR NOR AZIAH

Transcript of Kemahiran Membaca (Full)

Page 1: Kemahiran Membaca (Full)

PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

PEMULIHANAHLI KUMPULAN 2:

ALLEN HENDRYLEONG AI SIENG

MOHAMAD AZZAHIRNOR AZIAH

Page 2: Kemahiran Membaca (Full)

Di sebuah sekolah yang telah dikenal pasti kumpulannya, terdapat 25 orang murid tahun 2 yang menghadapi masalah kemahiran membaca. Daripada jumlah murid tersebut, guru kelas telah membuat kesimpulan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada mereka menghadapi masalah kemahiran tersebut. Bagi mengenal pasti masalah yang sebenarnya, guru besar telah melantik sekumpulan guru untuk menangani masalah pelajar tersebut yang memang sudah dikenal pasti sebagai murid pemulihan. Antara perkara yang diambil kira oleh kumpulan guru itu ialah melihat:

a) kemahiran Membacab) Pendekatan Pengajaran Bacaanc) Masalah Bacaand) Cara Pentaksiran

Selepas itu, guru besar meminta sekumpulan guru tersebut membuat laporan untuk dibentangkan kepadanya.

Page 3: Kemahiran Membaca (Full)

Mentaksir Bacaan

Kemahiran membaca

Kemahiran memecahkan kod

Kefahaman

Page 4: Kemahiran Membaca (Full)

Membaca

Membaca ialah

menyuarakan

tulisan,

mengambil isi dan

fikiran yang

tertulis, dan

memahamkan

kandungannya.

Page 5: Kemahiran Membaca (Full)

Kemahiran memecahkan kod

Boleh membaca bermaksud boleh membaca dengan cepat, tidak teragak-agak, boleh membaca dengan serta-merta dan tidak payah mengambil masa yang amat panjang.Malah, murid-murid boleh membaca bersendirian tanpa bergantung kepada pertolongan dan bantuan guru.

Page 6: Kemahiran Membaca (Full)

Bacaan bersuara biasanya dilaksanakan di kelas-kelas rendah atau pada peringkat kelas permulaan.

Melibatkan bacaan bersuara iaitu bacaan mekanis yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan.

Ini sebagai teknik latihan murid-murid membunyikan bunyi-bunyi sebutan, gaya, dan rentak irama yang sempurna.

Page 7: Kemahiran Membaca (Full)

Kefahaman

• Dalam aktiviti bacaan, murid-murid boleh memahami bererti boleh menangkap dengan pantas makna atau maksud yang dibaca.

• Murid-murid boleh memberi fikirannya sendiri dan juga boleh menggunakan perkataannya sendiri untuk menyatakan apa-apa yang dibacanya.

Page 8: Kemahiran Membaca (Full)

• Melibatkan bacaan senyap atau bacaan akaliah. Bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara.

• Kelajuan bacaan ini lebih pantas berbanding bacaan bersuara kerana perkara seperti nada suara, sebutan jelas, dan sebagainya tidak diperlukan.

• Bacaan ini dijalankan sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan bersuara.

Page 9: Kemahiran Membaca (Full)

Pendekatan Pengajaran Bacaan

Kaedah “Bottom-Up”Kaedah “Top-Down”

Page 10: Kemahiran Membaca (Full)

Kaedah “Bottom-Up”

(Gough; 1972, 1985)

“Model ini menyatakan individu memulakan proses membaca apabila matanya mengenal pasti maklumat visual yang tertera dalam teks yang dibaca melalui suatu siri perlakuan yang berurutan.”

Page 11: Kemahiran Membaca (Full)

(Eskey 1988; Stanovich 1990).

“Pembaca membina teks daripada unit yang terkecil bermula daripada huruf, kemudian menjadi perkataan dan seterusnya membentuk ayat. Proses membina kefahaman teks terjadi secara automatik”.

Page 12: Kemahiran Membaca (Full)

• Pemprosesan membaca bergerak secara linear, iaitu dimulai dengan mengecam huruf, mengekodkan pada tahap fonem, mengecam perkataan-perkataan dan akhirnya hubungan sintaksis dan semantik.

• Bagi menginterpretasikan dan memahami ayat, pembaca perlu memproses huruf, perkataan, frasa, klausa dan ayat secara berurutan bagi mendapatkan makna teks.

• Keadaan ini kelihatan menyusahkan kerana tidak melihat kepentingan peranan pengetahuan lalu pelajar dalam membina makna.

• Kaedah ini sangat berguna dalam usaha menghuraikan tabiat membaca bagi kebanyakan pembaca bahasa pertama dan kedua yang lemah.

Page 13: Kemahiran Membaca (Full)

Inti Pati Model Bottom-Up

Memberikan penegasan pada teks

bertulis.

Membaca dipandu oleh proses yang

bertujuan mencari makna.

Timbul daripada bahagian pada

keseluruhan teks.

Page 14: Kemahiran Membaca (Full)

Pendekatan Mengajar

Pembaca perlu:

Mengenal pasti ciri huruf

Menghubungkan ciri huruf bagi memilih

huruf.

Menggabungkan huruf bagi memilih

pola ejaan

Menghubungkan pola ejaan bagi memilih

perkataan

Menimbulkan proses membina ayat,

paragraf dan tahap sesebuah teks

Page 15: Kemahiran Membaca (Full)

Rumusan Model Bottom-Up

Membaca adalah proses yang bersiri.

Peraturan yang leksikal, sintaksis dan semantik diaplikasikan pada

penghasilan fonemik yang dinyatakan dalam bentuk

cetakan

mempelajari kod atau prinsip

abjad.

Makna teks diharapkan hadir secara semula jadi yang diasaskan

pada pengetahuan lalu

Page 16: Kemahiran Membaca (Full)

Kaedah “Top-Down”

• Pemprosesan teks bermula dalam minda pembaca. • Pembaca menggunakan pengetahuan bahasa bagi

meramalkan teks dan mengurangkan kebergantungannya pada cetakan teks dan bunyi bahasa.

• Peranan utama pembaca adalah mengawal keseluruhan maklumat visual dan bukan visual semasa membaca.

• Lebih banyak pembaca memahaminya semakin kurang keperluan mendapatkan maklumat dan begitulah sebaliknya.

Page 17: Kemahiran Membaca (Full)

Maklumat visual

•merujuk kepada bahan bercetak •Contoh: Buku, majalah, suratkhabar, komik dan sebagainya.

Maklumat bukan visual

•merujuk kepada pemahaman bahasa yang berkaitan dengan pengetahuan kandungan dan kebolehan membaca secara umum.

Page 18: Kemahiran Membaca (Full)

• maksud dan jangkaan pembaca dapat membantu menghuraikan anggapan maklumat yang dibaca sama ada dalam bentuk visual ataupun bukan visual.

• Pembaca yang menggunakan pengetahuan lalu dan kurang bergantung kepada teks.

• Dengan membawa lebih banyak pengetahuan lalu dalam proses membaca, pembaca memperoleh jawapan pada soalan dan jangkaan berkenaan teks dengan memilih klu bahasa yang paling produktif di dalam teks.

Page 19: Kemahiran Membaca (Full)

(Devine, 1988)

“pembaca yang baik mendapat maklumat visual dengan tepat dan cepat sementara pembaca yang lemah membaca dengan menggunakan strategi membaca tahap

tinggi .”

Page 20: Kemahiran Membaca (Full)

INTI PATI MODEL TOP-DOWN menegaskan perkara

atau makna yang pembaca bawa pada

teks yang dibaca.

pembaca membaca teks dengan dipandu

oleh makna.

Timbul daripada aspek keseluruhan teks pada

bahagian-bahagian yang akhirnya mewujudkan

makna.

Dikenali juga sebagai model 'Dalam Ke Luar', ‘Berpandukan Konsep' atau 'Keseluruhan ke

Bahagian'.

Page 21: Kemahiran Membaca (Full)

Pendekatan Mengajar Membaca Melalui kaedah Top-Down

Pembaca dapat memahami bahan daripada teks yang

dibaca walaupun tidak mengenali setiap perkataan

yang dibaca.

Pembaca perlu menggunakan makna dan

isyarat tatabahasa bagi mengenal pasti perkataan

yang tidak dikenali.

Membaca bagi tujuan mendapatkan makna adalah objektif utama dan lebih baik

daripada menguasai huruf, hubungan bunyi dan perkataan.

Perkara penting berhubung membaca adalah jumlah dan jenis maklumat yang

diperoleh melalui pembacaan.

Fokus utama dalam pengajaran adalah

membaca ayat, paragraf dan keseluruhan bahan.

Membaca memerlukan penggunaan aktiviti mencari

makna lebih daripada menguasai kemahiran

mengenali perkataan sahaja.

Page 22: Kemahiran Membaca (Full)

Rumusan Kaedah Top-DownMenegaskan perkara yang

dimiliki oleh pembaca seperti pengetahuan terdahulu dan pengalaman pada teks yang

dibaca bagi tujuan pemahaman.

Menyatakan yang kefahaman bermula dalam minda pembaca

yang mempunyai beberapa gugusan idea mengenai makna

teks yang dibaca.

Makna diterbitkan daripada aspek

keseluruhan teks pada bahagian-bahagian kecil.

Page 23: Kemahiran Membaca (Full)

Masalah Bacaan Yang Dihadapi Oleh Pelajar

Page 24: Kemahiran Membaca (Full)

Tingkah laku yang kerap ditunjukkan oleh murid yang bermasalah dalam kemahiran

membaca

Membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh

perkataan,

Bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan

dan tidak lancar

Teragak-agak (hesitation) - berhenti sejenak sebelum

menyebut sesuatu perkataan ketika membaca

disebabkan kanak-kanak tidak pasti akan bacaannya

Membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa

menghiraukan tanda bacaan.

Tingkah laku yang tidak selesa seperti mengejip-

ngejip mata, mengerut dahi, menggeleng kepada, dan

sebagainya.

Cuba mengelak daripada aktiviti membaca

Page 25: Kemahiran Membaca (Full)

Masalah bacaan nyaring

Membuang/meninggalkan (omission)• Bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan

ditinggalkan ketika membaca.

Ulangan (repetition)• Mengulang-ulang perkataan atau suku kata

semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap.

Page 26: Kemahiran Membaca (Full)

Gantian (substitute) dan Tambahan (insertion)• Menggantikan huruf atau perkataan dalam

ayat yang dibaca, misalnya “makan” disebut ”makam”. perkataan yang digantikan dengan perkataan lain telah mengubah maksud ayat.

• Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca, contohnya “buih” disebut “buyih”.

Pembalikan (reversals)• Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara

terbalik atau songsang.

Page 27: Kemahiran Membaca (Full)

Tidak kenal huruf• Keliru dengan nama huruf yang sama

bentuk.• Keliru dengan orientasi kedudukan bentuk

huruf.• Keliru dengan huruf yang hampir-hampir

sama frekuensi.• Keliru dengan orientasi kedudukan huruf

besar yang hampir sama bentuk.• Tidak dapat mengadun bunyi-bunyi huruf

yang bergabung seperti diftong dan diagraf.Menyebut nama-nama huruf mengikut telor bahasa ibunda.

Page 28: Kemahiran Membaca (Full)

Masalah-masalah dalam Memahami Bacaan

Gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap, dan sebagainya,Gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam bahan bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca. Lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang dibaca.Tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam bahan yang dibaca.

Page 29: Kemahiran Membaca (Full)

Kaedah Khas Pemulihan Bacaan• Kaedah Membaca Pelbagai Deria – VAKT

V - visual (penglihatan)A – audio (pendengaran)K - kinesthetic ( pergerakan )T - tactile ( sentuhan)~Untuk belajar huruf melalui kaedah VAK, murid perlu:Melihat huruf (V)Mendengar guru menyebut huruf (A)Menyebut huruf (A)Mendengar huruf yang disebut (A)Merasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K)Merasa permukaan huruf dgn hujung jari (T)Melihat pergerakan tangan semasa tracing (V)Mendengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat surihan (A)

Page 30: Kemahiran Membaca (Full)

• Kaedah FernaldTerdapat empat peringkat pengajaran dalam kaedah Fernald, iaitu:

Peringkat 1

• Guru menulis perkataan dengan besar menggunakan crayon di atas kertas.

• Pelajar surih huruf-huruf dengan jari (T – K) sambil menyebut dan mendengar sebutan perkataan itu (A).

• Pelajar juga memandang perkataan itu semasa membuat surihan(V) .

• Proses ini diulang sehingga pelajar boleh menulis perkataan tanpa melihat contoh.

• Pelajar menulis cerita berdasarkan perkataan yang telah dipelajari.

Peringkat 2

• Pelajar tidak perlu surih setiap perkataan, tetapi hanya melihat perkataan yang guru tulis, menyebut, dan menulis perkataan tersebut.

• Pelajar meneruskan menulis cerita dan menyimpan fail perkataan.

Page 31: Kemahiran Membaca (Full)

Peringkat 3

• Pelajar belajar perkataan baru dengan melihat, menyebut, dan menulisnya terus daripada perkataan-perkataan bercetak (teks).

• Guru tidak perlu menulis perkataan kerana pada tahap ini pelajar sudah boleh membaca daripada buku.

Peringkat 4

• Pelajar dapat mengecam perkataan-perkataan baru berdasarkan persamaannya dengan perkataan-perkataan yang tercetak, atau bahagian-bahagian perkataan yang sudah dipelajari.

• Pelajar sudah boleh menggunakan kemahiran bacaan untuk mengembangkan minat membaca.

Page 32: Kemahiran Membaca (Full)

Cara Pentaksiran

Senarai semak

Analisis ralat

Pengujian berdasarkan kurikulum

Kemahiran memecah kod

Kemahiran mengenal perkataan

Kefasihan membaca

Kefahaman.