KEMAHIRAN MENDENGAR

6
KONSEP KEMAHIRAN MENDENGAR • Kemahiran mendengar merujuk keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberikan respons. (Kementerian Pelajaran Malaysia)

description

ff

Transcript of KEMAHIRAN MENDENGAR

Page 1: KEMAHIRAN MENDENGAR

KONSEP KEMAHIRAN MENDENGAR

• Kemahiran mendengar merujuk keupayaan

murid mendengar dengan teliti, memahami dan

menghayati secara lisan perkara yang didengar

dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat

memberikan respons.

(Kementerian Pelajaran Malaysia)

Page 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

Sambungan…

• Perkembangan kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak

mula mendengar, selepas itu mengajuk dan seterusnya

bercakap. Proses penguasaan bahasa ini perlu diutamakan

dalam pengajaran bahasa.

• Kanak-kanak menguasai bahasa daripada apa yang didengar

dan dialaminya, dan dia cuba meniru dan menuturnya

berulangkali apa yang didengar daripada orang yang berada

disekelilingnya.

(Kementerian Pelajaran Malaysia)

Page 3: KEMAHIRAN MENDENGAR

Sambungan…

• Mereka (ibu bapa, ahli keluarga dan guru-guru serta…) adalah

model pembelajaran bagi kanak-kanak.

• Jika model ini menggunakan bahasa yang sama atau hampir-

hampir sama dengan bahasa matlamat (bahasa yang digunakan di

sekolah) maka keadaan ini menguntungkan kanak-kanak itu. Jika

sebaliknya akan menyulitkan mereka dalam pembelajaran

seterusnya.

Menguntungkan – guru-guru SK

Menyulitkan – guru-guru SJK (menggunakan bahasa ibunda untuk

mengajar bahasa Melayu)

(Kementerian Pelajaran Malaysia)

Page 4: KEMAHIRAN MENDENGAR

• Kita belajar bercakap melalui pendengaran. Dalam komunikasi

lisan, kedua-dua kemahiran mendengar dan bertutur adalah

terlibat. Walaupun kemahiran ini berhubung rapat namun, ia

merupakan kemahiran yang berbeza.

• Kemahiran mendengar hendaklah dijalankan bersama-sama

kemahiran lain. Murid-murid tidaklah diminta untuk

mendengar sahaja sepanjang masa tanpa bertindak balas

daripada apa yang didengar.

( Kamarudin Hj. Husin. (1999) )

Sambungan…

Page 5: KEMAHIRAN MENDENGAR

Sambungan…

• Kemahiran mendengar merupakan keupayaan murid

mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar

dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan

maklum balas.

• Kemahiran mendengar adalah kemahiran bahasa yang

penting dan perlu dipelajari secara intensif terutama ketika

murid-murid berada di sekolah rendah.

• Aktiviti mendengar penting dikuasai disebabkan

penggunaannya yang begitu meluas dalam kehidupan.

( Tuan Jah Tuan Yusuf dan Faridah Nazir (2011) )

Page 6: KEMAHIRAN MENDENGAR

Rujukan

Kamarudin Hj. Husin. (1999). Siri Pendidikan Perguruan Perkaedahan Mengajar. Selangor Darul Ehsan : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Putrajaya : Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).

Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir. (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.