KEMAHIRAN MENGHAFAZ SURAH-SURAH PILIHAN DALAM SUKATAN AA 101 DI KALANGAN PELAJAR SEMESTER SATU

7
KEMAHIRAN MENGHAFAZ SURAH-SURAH PILIHAN DALAM SUKATAN AA 101 DI KALANGAN PELAJAR SEMESTER SATU Hasnida Ibrahim Abstrak Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran pelajar menghafaz surah-surah pilihan dalam sukatan AA101 Pendidikan Islam 1. Seramai 25 orang pelajar muslim daripada Diploma Pengajian Seni Digital Semester 1 Sesi Jun 2011 dipilih sebagai sampel. Tinjauan awal telah dibuat melalui refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu serta melalui ujian pra lisan. Hasil dapatan daripada tinjauan awal menunjukkan tahap penguasaan pelajar dalam menghafaz surah-surah pilihan dalam sukatan AA101 adalah pada tahap lemah dan masih memerlukan banyak latihan. Pelajar telah menjalani proses pemantauan selama tiga minggu melalui Program 10-01 (10 kali baca dalam sehari) dan Program Sahabat Hafaz. Dapatan kajian daripada hasil ujian pos menunjukkan peningkatan kemahiran pelajar dalam menghafaz surah-surah pilihan. Kata kunci: Hafazan, surah pilihan, pelajar. PENGENALAN Al Quran merupakan wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk dijadikan sebagai pedoman dan pegangan hidup seluruh umat manusia. Al-Quran juga adalah kitab suci yang mengandungi peraturan lengkap dan sempurna dalam mengatur segala aspek kehidupan manusia. Di dalam konteks pendidikan di Malaysia, al-Quran menjadi satu komponen wajib di dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran teras dan wajib dipelajari oleh setiap pelajar Islam sama ada di peringkat sekolah atau menengah. Penerapan bacaan al-Quran yang telah ditekankan sejak peringkat sekolah rendah dan juga sekolah menengah diteruskan sehingga ke peringkat politeknik. Komponen pendidikan al-Quran yang diaplikasi di politeknik adalah berkaitan dengan hafazan al-Quran. Penerapan yang berterusan kepada pelajar dilihat amat penting untuk memastikan pelajar-pelajar beragama Islam celik al-Quran dan mampu menguasai ilmu tersebut dengan baik. Kajian oleh Mohd Alwi Yusoff, Adel M. Abdul Aziz dan Ahmad Kamel Mohamed (2003) dan Ab. Halim Tamuri, Khadijah Abdul Razak, Shahrin Awaluddin, Kmarulzaman Abdul Ghani dan Mohd. Aderi Che Noh (2006) dalam Mohd Aderi Che Noh dan Rohani Ahmad Tarmizi (2009) menunjukkan bahawa kelemahan dalam pengajaran Pendidikan Islam menyebabkan timbulnya masalah penguasaan pelajar dalam kemahiran membaca dan menghafaz al-Quran. Kelemahan penguasaan tilawah al-Quran pelajar akan terus wujud sehinggalah mereka menamatkan pelajaran pada peringkat sekolah menengah sekiranya pengajaran al-Quran di sekolah tidak diberi penekanan. Oleh demikian menjadi tanggungjawab pensyarah politeknik untuk menguasai strategi pengajaran supaya memudahkan pelajar untuk mempelajari hafazan al- Quran.

description

kajian kemahiran

Transcript of KEMAHIRAN MENGHAFAZ SURAH-SURAH PILIHAN DALAM SUKATAN AA 101 DI KALANGAN PELAJAR SEMESTER SATU

Page 1: KEMAHIRAN MENGHAFAZ SURAH-SURAH PILIHAN DALAM SUKATAN AA 101 DI KALANGAN PELAJAR SEMESTER SATU

KEMAHIRAN MENGHAFAZ SURAH-SURAH PILIHAN DALAM SUKATAN AA 101 DI KALANGAN PELAJAR SEMESTER SATU

Hasnida Ibrahim

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran pelajar menghafaz surah-surah pilihan dalam sukatan AA101 Pendidikan Islam 1. Seramai 25 orang pelajar muslim daripada Diploma Pengajian Seni Digital Semester 1 Sesi Jun 2011 dipilih sebagai sampel. Tinjauan awal telah dibuat melalui refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu serta melalui ujian pra lisan. Hasil dapatan daripada tinjauan awal menunjukkan tahap penguasaan pelajar dalam menghafaz surah-surah pilihan dalam sukatan AA101 adalah pada tahap lemah dan masih memerlukan banyak latihan. Pelajar telah menjalani proses pemantauan selama tiga minggu melalui Program 10-01 (10 kali baca dalam sehari) dan Program Sahabat Hafaz. Dapatan kajian daripada hasil ujian pos menunjukkan peningkatan kemahiran pelajar dalam menghafaz surah-surah pilihan. Kata kunci: Hafazan, surah pilihan, pelajar. PENGENALAN Al Quran merupakan wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk dijadikan sebagai pedoman dan pegangan hidup seluruh umat manusia. Al-Quran juga adalah kitab suci yang mengandungi peraturan lengkap dan sempurna dalam mengatur segala aspek kehidupan manusia. Di dalam konteks pendidikan di Malaysia, al-Quran menjadi satu komponen wajib di dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran teras dan wajib dipelajari oleh setiap pelajar Islam sama ada di peringkat sekolah atau menengah. Penerapan bacaan al-Quran yang telah ditekankan sejak peringkat sekolah rendah dan juga sekolah menengah diteruskan sehingga ke peringkat politeknik. Komponen pendidikan al-Quran yang diaplikasi di politeknik adalah berkaitan dengan hafazan al-Quran. Penerapan yang berterusan kepada pelajar dilihat amat penting untuk memastikan pelajar-pelajar beragama Islam celik al-Quran dan mampu menguasai ilmu tersebut dengan baik. Kajian oleh Mohd Alwi Yusoff, Adel M. Abdul Aziz dan Ahmad Kamel Mohamed (2003) dan Ab. Halim Tamuri, Khadijah Abdul Razak, Shahrin Awaluddin, Kmarulzaman Abdul Ghani dan Mohd. Aderi Che Noh (2006) dalam Mohd Aderi Che Noh dan Rohani Ahmad Tarmizi (2009) menunjukkan bahawa kelemahan dalam pengajaran Pendidikan Islam menyebabkan timbulnya masalah penguasaan pelajar dalam kemahiran membaca dan menghafaz al-Quran. Kelemahan penguasaan tilawah al-Quran pelajar akan terus wujud sehinggalah mereka menamatkan pelajaran pada peringkat sekolah menengah sekiranya pengajaran al-Quran di sekolah tidak diberi penekanan. Oleh demikian menjadi tanggungjawab pensyarah politeknik untuk menguasai strategi pengajaran supaya memudahkan pelajar untuk mempelajari hafazan al-Quran.

Page 2: KEMAHIRAN MENGHAFAZ SURAH-SURAH PILIHAN DALAM SUKATAN AA 101 DI KALANGAN PELAJAR SEMESTER SATU

Amalan pengajaran al-Quran yang berkesan juga dikaitkan dengan sifat kreatif guru yang mana bukan sahaja setakat merancang pengajaran, bahkan juga meliputi kreativiti semasa proses pengajaran. Amalan ini penting kerana ia akan menentukan daya tarikan minat pelajar untuk menumpukan perhatian. Ngalim (1990) dalam Mohd Aderi Che Noh, Rohani Ahmad Tarmizi (2009) berpendapat bahawa punca pelajar hilang tumpuan semasa belajar ialah disebabkan oleh cara guru menerangkan dan menggunakan bahan pengajaran yang membosankan. Justeru itu, penyelidik telah memperkenalkan Program 10-01 (10 kali baca dalam sehari) dan Program Sahabat Hafaz untuk menarik minat pelajar serta meningkatkan kemahiran pelajar menghafaz surah-surah pilihan dalam sukatan AA 101 Pendidikan Islam 1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Kajian ini adalah bertitik tolak daripada masalah besar yang melibatkan kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran menghafaz surah-surah pilihan dalam sukatan AA 101. Masalah inilah yang sebenarnya dihadapi oleh pelajar baik di sekolah rendah, sekolah menengah mahupun di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi. Kajian Mohd Alwi et al. (2003), Ab. Halim (2005) dan Ab. Halim et al. (2006) dalam Mohd Aderi Che Noh dan Rohani Ahmad Tarmizi (2009) menunjukkan bahawa kelemahan dalam pengajaran Pendidikan Islam menyebabkan timbulnya masalah penguasaan pelajar dalam kemahiran membaca dan menghafaz al-Quran. Kelemahan penguasaan Tilawah al-Quran pelajar akan terus wujud sehinggalah mereka menamatkan pelajaran pada peringkat sekolah menengah sekiranya pengajaran al-Quran di sekolah tidak diberi penekanan. Oleh demikian adalah menjadi tanggungjawab pensyarah politeknik untuk menguasai strategi pengajaran supaya memudahkan pelajar untuk mempelajari hafazan al-Quran. Kursus Pendidikan Islam 1 AA 101 adalah mata pelajaran yang wajib diambil dan diwajibkan lulus bagi semua pelajar muslim di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ( KPTM ). Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam didahulukan dengan Pendidikan al-Quran iaitu Kaedah bacaan ayat-ayat suci al-Quran . Mulai tahun 2010 , Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam telah diubahsuai untuk memberi lebih penekanan kepada penguasaan al-Quran di kalangan para pelajar. Apabila meneliti keputusan ujian amali (hafazan) semester lepas, ramai di kalangan pelajar semester satu sesi Disember 2010 yang masih belum menguasai hafazan surah-surah pilihan walaupun mereka tahu membaca al-Quran. Pengkaji pernah bertanyakan kepada mereka dan jawapan yang diberikan mudah sahaja, “Kami sudah hafal, tetapi sukar untuk ingat.” Selain itu, ada di kalangan mereka, yang pernah bertanyakan kepada penyelidik cara menghafaz surah-surah itu dengan teknik yang mudah diingati. Penyelidik cuba memikirkan apakah cara terbaik untuk membantu pelajar mengatasi masalah ini. Mengambil kira kepentingan al-Quran di kalangan pelajar, atas dasar tanggungjawab sebagai seorang pendidik dalam memartabatkan ilmu terutamanya ilmu al-Quran, penyelidik cuba mengilhamkan dua program. Adalah menjadi harapan penyelidik agar hasil kajian ini dapat membekalkan maklumat berguna kepada pensyarah berkaitan di samping meningkatkan kemahiran menghafaz surah-surah lazim di kalangan pelajar-pelajar.

Page 3: KEMAHIRAN MENGHAFAZ SURAH-SURAH PILIHAN DALAM SUKATAN AA 101 DI KALANGAN PELAJAR SEMESTER SATU

FOKUS KAJIAN Fokus kajian ini memberi tumpuan kepada kaedah untuk mengatasi masalah pelajar dalam menghafaz surah-surah pilihan dalam sukatan AA 101 Pendidikan Islam 1. Kajian ini dilaksanakan bagi melihat keberkesanan Program “10-1(10 kali baca surah dalam sehari)” dan Program “Sahabat Hafaz” dalam memudahkan pelajar menghafaz surah-surah tersebut. Selain itu, kajian ini juga mengenalpasti sama ada kaedah pengajaran ini dapat meningkatkan tahap penumpuan dan pemahaman pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif berikut :

Objektif umum

Meningkatkan kemahiran pelajar semester 1 sesi Jun 2011 dalam menghafaz surah-surah pilihan dalam sukatan AA101. Objektif khusus

1. Menyebut setiap kalimah dengan betul.

2. Mengubah persepsi pelajar dengan mengatakan mudahnya menghafaz

al-Quran.

3. Membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam kursus AA101 Pendidikan Islam 1.

KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 25 orang pelajar Program Diploma Pengajian Seni Digital semester 1 sesi Jun 2011. PELAKSANAAN KAJIAN Proses pengumpulan data dilakukan melalui kaedah kualitatif dan kuantitatif iaitu melalui pemerhatian dan ujian pra dan pos.

Pemerhatian

Penyelidik telah menjalankan pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Hasil daripada pemerhatian yang dijalankan, pelajar kurang menguasai teknik menghafaz surah-surah pilihan dalam sukatan AA101.

Page 4: KEMAHIRAN MENGHAFAZ SURAH-SURAH PILIHAN DALAM SUKATAN AA 101 DI KALANGAN PELAJAR SEMESTER SATU

Ujian pra dan ujian pos

Ujian pra telah diberikan berdasarkan sukatan pelajaran AA 101 Pendidikan Islam 1 bertujuan untuk mengesan sejauh mana kemahiran pelajar dalam menguasai bacaan dan hafazan. Selepas melihat keputusan ujian pra , penyelidik terus menjalankan aktiviti dengan melaksanakan Program 10-01 dan Program Sahabat Hafaz. Pada minggu berikutnya penyelidik terus memberikan ujian yang sama yang telah diberikan dalam ujian pra sebagai ujian pos 1. Selepas seminggu, penyelidik telah memberikan ujian pos 2.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN UNTUK MENGATASI MASALAH Berdasarkan analisa yang telah dijalankan, tahap penguasaan hafazan responden adalah pada tahap yang lemah dan sederhana terutamanya dalam aspek kemahiran menghafaz surah dengan lancar, sebutan huruf yang jelas dan penggunaan tajwid yang tepat. Ini mungkin disebabkan oleh amalan pengajaran guru yang kurang berkesan. Dapatan ini selari dengan kajian yang telah dijalankan oleh Maimun Aqsha Lubis dan Roslan Aspar (2005) yang menunjukkan keberkesanan kaedah mengajar dan jalinan hubungan yang lebih mesra di antara guru dan pelajar di Pusat-Pusat Pengajian Tinggi dari peringkat rendah sehingga peringkat tinggi menjadi lebih penting supaya penyampaian pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih tersusun dan memudahkan pencapaian matlamat yang telah digariskan. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab pensyarah politeknik untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan pelajar seperti memberi rangsangan dan semangat supaya mereka memiliki kesedaran untuk mempelajari al-Quran. Setelah penyelidik mendapati terdapat beberapa masalah yang timbul, maka penyelidik telah melaksanakan dua teknik menghafaz surah-surah pilihan dalam sukatan AA101 Pendidikan Islam 1 seperti berikut :

Program 10-01 (10 kali baca dalam sehari)

Cara pelaksanaan adalah seperti berikut:

1. Pengkaji membimbing pelajar dengan memperdengarkan bacaan yang betul bagi surah pilihan diikuti dengan bacaan pelajar sekurang-kurangnya 5 kali.

2. Pelajar diberi ruang dan peluang untuk menyuarakan kemusykilan mereka. 3. Pelajar akan membaca surah-surah tersebut berulang kali sekurang-kurangnya 10

kali dalam sehari dengan menggunakan al-Quran yang sama. 4. Pelajar juga membaca surah tersebut dalam solat. 5. Penyelidik menguji ingatan pelajar dengan mengadakan ujian lisan.

Program "Sahabat Hafaz" Cara pelaksanaan adalah seperti berikut:

1. Pilih seorang teman untuk bersama-sama hafaz. 2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua. 3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.

Page 5: KEMAHIRAN MENGHAFAZ SURAH-SURAH PILIHAN DALAM SUKATAN AA 101 DI KALANGAN PELAJAR SEMESTER SATU

4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain. Tindakan yang dijalankan ini merangkumi aspek kemahiran menghafaz surah-surah tertentu yang terdapat dalam sukatan kursus AA 101 Pendidikan Islam 1. Ia bukan sahaja melibatkan pengajaran berpusatkan guru malah turut berfokus kepada pembelajaran aktif para pelajar di dalam menguasai ilmu tersebut. Pelajar hendaklah dilibatkan secara aktif dalam proses pengajaran Al-Hashimi (1994) Burden et al. (2003) dan Rohizani et al. (2005) dalam Mohd Aderi Che Noh, Rohani Ahmad Tarmizi (2009) . Apatah lagi dalam pengajaran membaca al-Quran, ia mempunyai ciri tersendiri berbanding dengan setiap komponen mata pelajaran Pendidikan Islam. Pengajaran membaca al-Quran melibatkan kemahiran lisan, kelancaran bacaan, kemahiran fasahah, tilawah bertajwid dan bacaan secara tadwir dan tartil (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2004). Oleh itu, Program Sahabat Hafaz yang dijalankan oleh penyelidik adalah bersesuaian kerana semua pelajar saling bantu membantu di antara satu sama lain dalam menguasai hafazan al-Quran. DAPATAN KAJIAN

Analisis pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati kebanyakan pelajar lebih berkeyakinan dan lebih berminat untuk menghafaz surah-surah pilihan yang dikemukakan pensyarah ketika proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Selain itu suasana pembelajaran juga menjadi lebih aktif di mana pelajar sentiasa membantu di antara satu sama lain.

Analisis ujian pra dan ujian pos

Perbandingan pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos adalah seperti berikut :

Jadual 1 : Ujian pra dan pos untuk amali hafazan kursus AA101 Pendidikan Islam 1 ke atas 25 orang responden.

Markah

Tahap

Bilangan Pelajar

Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian Pos 2

14-20 Cemerlang 2 10 17

7-13 Baik 5 8 2

1-6 Lemah 18 7 6

Dapatan ujian pra dan pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian pelajar. Daripada 25 responden yang mengambil ujian, hasilnya 20 orang pelajar menunjukkan peningkatan pencapaian manakala 6 orang pelajar tidak menunjukkan sebarang peningkatan. Ujian Pos telah dilaksanakan sebanyak 2 kali iaitu ujian pos 1 dan ujian pos 2. Jarak ujian pos 1 dan ujian pos 2 adalah selama seminggu.

Page 6: KEMAHIRAN MENGHAFAZ SURAH-SURAH PILIHAN DALAM SUKATAN AA 101 DI KALANGAN PELAJAR SEMESTER SATU

Berdasarkan ujian pos yang telah dijalankan, didapati terdapat peningkatan yang mendadak bagi pelajar yang dapat menghafaz surah pilihan dengan lancar, bacaan yang bertajwid dan sebutan huruf yang betul. Penurunan jumlah pelajar yang lemah juga dapat dikurangkan.Hal ini berbeza daripada keputusan ujian pra amali yang telah dijalankan sebelum ini, di mana menunjukkan jumlah yang tinggi bagi pelajar yang lemah dalam menguasai kemahiran menghafaz al-Quran.

REFLEKSI KAJIAN

Berdasarkan kepada dapatan kajian di atas, terdapat peningkatan pada pencapaian pelajar dalam ujian pos yang dilaksanakan. Ini menunjukkan keberkesanan program yang dilaksanakan pengkaji. Namun demikian, terdapat juga beberapa pelajar yang tidak menunjukkan sebarang peningkatan dari segi pencapaian. Ini berkemungkinan kerana beberapa aktiviti dalam program yang dilaksanakan adalah di luar kemampuan kawalan penyelidik. Contohnya, bagi Program 10-01 (10 kali baca dalam sehari), pelajar dikehendaki membaca surah hafazan dalam solat. Penyelidik tidak dapat memastikan sama ada aktiviti ini dilaksanakan oleh pelajar ataupun tidak. Oleh demikian, untuk kajian berikutnya, kelemahan ini harus diberi perhatian dan dilaksanakan penambahbaikan supaya sebarang tindakan yang dicadangkan berjalan lancar dengan kawalan pensyarah. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Berikut merupakan beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan untuk kajian lanjutan mengenai kaedah hafazan dan penguasaan al-Quran dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar serta meningkatkan martabat al-Quran sebagai Kalam Allah S.W.T. iaitu :

1. Skop kajian perlu diperluaskan kepada semua pelajar semester 1.

2. Satu modul khas berkaitan kaedah pengajaran al-Quran yang efektif dan juga cara mudah menguasai kemahiran menghafaz al-Quran perlu dihasilkan untuk memudahkan para pensyarah membimbing pelajar pada masa akan datang.

3. Subjek tajwid perlu dijadikan satu kursus wajib berasingan yang mempunyai nilai mata bagi setiap pelajar muslim di politeknik. RUJUKAN

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2004). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Islam. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Maimun Aqsha Lubis, & Roslan Aspar. (2005). Kaedah pengajaran pengetahuan agama Islam

di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Malaysia, 30, 141-150. Mohd Aderi Che Noh, & Rohani Ahmad Tarmizi. (2009). Persepsi pelajar terhadap amalan

pengajaran tilawah al-Quran. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1), 93 – 109. Mohd Najib Abdul Aziz, & Nor Shafrin Ahmad. (2008). Kemahiran belajar dan hubungannya

dengan pencapaian akademik: Kajian di daerah Kerian, Perak. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 23, 29–47.

Page 7: KEMAHIRAN MENGHAFAZ SURAH-SURAH PILIHAN DALAM SUKATAN AA 101 DI KALANGAN PELAJAR SEMESTER SATU

Norliza Abdul Manaf. (2008). Kaedah pengajaran guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kawasan Bachok. (Tesis yang tidak diterbitkan). Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

Siti Fatimah Sudin. (2002). Pembacaan al-Quran di kalangan mahasiswa Melayu: Satu kajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor. Kuala Lumpur: Akademi

Pengajian Islam, Universiti Malaya. Wan Bakar Wan Dagang. (1990). Pengajaran dan pendidikan al-Quran dalam Kurikulum Baru

Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Islam, 3(3), 21-31. Hasnida Ibrahim, Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Emel: [email protected]