Kemahiran Menulis

13
83 OUM TOPIK 6 KEMAHIRAN MENULIS TOPIK 6 KEMAHIRAN MENULIS En. Lokman Abd Wahid [email protected] PENGENALAN Menulis ialah pembentukan symbol tulisan dalam bahasa. Sesuatu penulisan bertujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau idea kepada pembaca. Don Bryne (1979) menyatakan bahawa symbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap. Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu; (a) menggunakan pelbagai jenis ayat (b) mencatat dan menyusun maklumat (c) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif (d) membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca. OBJEKTIF Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. mengetahui konsep dan ujuan menulis 2. mengetahui peringkat perigkat kemahiran menulis 3. menjalankan aktiviti kemahiran menulis 4. mengetahui pelabagai jenis tulisan

Transcript of Kemahiran Menulis

Page 1: Kemahiran Menulis

83OUM

TOPIK 6 KEMAHIRAN MENULIS

TOPIK 6 KEMAHIRAN MENULIS En. Lokman Abd Wahid [email protected]

PENGENALAN

Menulis ialah pembentukan symbol tulisan dalam bahasa. Sesuatu penulisan bertujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau idea kepada pembaca. Don Bryne (1979) menyatakan bahawa symbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap.

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu;

(a) menggunakan pelbagai jenis ayat

(b) mencatat dan menyusun maklumat

(c) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif

(d) membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. mengetahui konsep dan ujuan menulis

2. mengetahui peringkat perigkat kemahiran menulis

3. menjalankan aktiviti kemahiran menulis

4. mengetahui pelabagai jenis tulisan

Page 2: Kemahiran Menulis

84OUM

KEMAHIRAN MENULIS TOPIK 6

6.1.1 Konsep Menulis

Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahrikan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.

6.1.2 Tujuan Menulis

Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah untuk melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuk tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu.

• Melatih murid-murid melahirkan idea

• Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea

• Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul

• Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.

• Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul

• Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-hari

• Menyiapkan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan.

• Menyuburkan minat

• Meluaskan kosa kata

• Memberikan kepuasan jiwa.

6.1.3 Peringkat Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan imaginatif. Peringkat-peringkat kemahiran menulis terdiri daripada;

6.1.3.1 Peringkat Pramenulis

Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul. Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid. Berikut ialah contoh aktiviti pramenulis:

• Menulis dari kiri ke kanan

• Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan.

• Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis.

Page 3: Kemahiran Menulis

85OUM

TOPIK 6 KEMAHIRAN MENULIS

• Menyambung titik

• Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan secara bebas.

• Latihan membentuk garisan lurus

• Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat.

• Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk

• Melukis gambar

6.1.3.2 Peringkat Mekanis

Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan melangkah ke peringkat mekanis. Pada peringkat ini, murid-murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf-huruf besar dan kecil dalam abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat.

Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran ini, anda boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang berikut:

• Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik menulis.

• Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf tertentu.

• Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang.

• Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-putus.

• Latihan menulis huruf dalam suku kata.

• Latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar.

• Latihan menamakan gambar-gambar.

• Latihan menyalin frasa atau ayat.

• Latihan menyalin ayat daripada buku.

6.1.3.3 Peringkat Pelahiran

Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan mengeja. Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis karangan.

Anda boleh memulakan pengajaran menulis pada peringkat ini dengan jenis-jenis penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal, dan separa berpandu. Kemudian mereka boleh didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif.

Pada peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang pengetahuan serta pengalaman yang telah dilalui. Dalam masa yang sama mereka akan menggunakan kemahiran tatabahasa dan ejaan yang telah mereka kuasai. Mereka juga akan merancang penulisan mereka dengan menggunakan bentuk-bentuk grafik yang sudah dipelajari. Contoh aktiviti:

Page 4: Kemahiran Menulis

86OUM

KEMAHIRAN MENULIS TOPIK 6

• Menulis jawapan pemahaman

• Menulis karangan

• Menulis ayat berdasarkan gambar

• Membina ayat

• Memanjangkan ayat

• Menulis rencana

• Mengisi silang kata

• Melengkapkan ayat.

6.2 JENIS-JENIS PENULISAN

Penulisan boleh dibahagi kepada lima kategori, iaitu karangan, penulisan ringkas, penulisan untuk majlis rasmi, surat dan penulisan untuk papan kenyataan.

6.2.1 Terkawal

Karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa dan isi yang terdapat dalam Karangan Terkawal ditentukan oleh guru, bertujuan untuk mengurangkan kesilapan dalam penulisan. Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan idea tanpa diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa.

• Contoh :

(i) Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam karangan yang disediakan.

(ii) Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya menjadi sebuah karangan lengkap.

6.2.2 Separa Terkawal

Karangan Separa Terkawal ialah karangan yang disediakan oleh guru, tetapi murid diberi peluang untuk menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk yang disediakan.

• Contoh :

(i) Menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadamkan dengan perkataan-perkataan lain yang telah disediakan.

Page 5: Kemahiran Menulis

87OUM

TOPIK 6 KEMAHIRAN MENULIS

6.2.3 Berpandu

Karangan berpandu ialah satu penulisan karangan berdasarkan panduan guru.

• Contoh:

(ii) Menulis semula cerita/petikan yang dibaca.

(iii) Menulis karanagn berdasarkan soalan-soalan berurutan mengenai sesuatu tajuk.

(iv) Menulis karangan dengan memindahkan bentuk daripada dialog kepada karangan penceritaan atau sebaliknya.

6.2.4 Separa Berpandu

Karangan ini merupakan satu penulisan karangan yang mendapat sedikit maklumat atau panduan guru.

• Contoh :

(i) Menulis semula cerita yang diperdengarkan.

(ii) Menyudahkan cerita.

(iii) Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri atau tunggal.

(iv) Menulis karangan daripada perenggan atau isi-isi yang disediakan.

(v) Menulis karangan berdasarkan ayat atau frasa yang diberikan.

6.2.5 Bebas

Jenis karangan ini memberi kebebasan kepada murid untuk melahirkan idea tentang sesuatu tajuk yang disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri. Bentuk karangan bebas seperti berikut :

• Naratif: cerita, berita, laporan, rencana, ulasan.

• Argumentatif: bahas, perbincangan, kritikan.

• Deskriptif: gambaran, peristiwa, benda, perwatakan.

• Kreatif: puisi, cerpen, drama

• Imaginatif: pengalaman.

6.3 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENULIS

Persepsi seseorang dibentuk dan dipengaruhi pengalaman lampau dan bahasa yang dipelajari. Setiap hari manusia dewasa atau kanak-kanak memperoleh pengalaman baru melalui deria, pembacaan, menonton televisyen dan sebagainya. Hubungan antara pengalaman, pemikiran dan bahasa merupakan hubungan yang anjal. Berdasarkan pendapat dan penemuan ahli-ahli linguistik, psikologi, tentang hubungan antara pengalaman, pemikiran dan bahasa telah melahirkan beberaapa prinsip dalam pengajaran penulisan karangan berasaskan pengalaman.

Page 6: Kemahiran Menulis

88OUM

KEMAHIRAN MENULIS TOPIK 6

6.3.1 Perancangan Aktiviti Menulis

Pengajaran mengarang memerlukan perancangan berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru. Selain itu, pengajaran mengarang juga mengambil kira aspek aktiviti peringkat pra mengarang, semasa mengarang dan pasca mengarang. Murid perlu diberikan pendedahan yang secukupnya sebelum mereka benar-benar terlibat dalam aktiviti mengarang yang serius.

6.3.1.1 Objektif Mengarang

Objektif mengarang bagi sekolah rendah adalah seperti yang terdapat di dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Objektif ini disesuaikan dengan kemahiran-kemahiran yang hendak dikuasai oleh murid-murid pada sesuatu tahap tertentu. Namun begitu, objektif mengarang pada umumnya adalah untuk:

• Melatih murid-murid melahirkan idea

• Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea

• Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul

• Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.

• Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul

• Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-hari

6.3.1.2 Peringkat Pengajaran

Peringkat pengajaran mengarang melibatkan aktivit-aktiviti pra mengarang, semasa mengarang dan pasca mengarang.

• Pra mengarang

(i) Berbincang untuk menentukan format

(ii) Berbincang untuk menentukan isi

(iii) Mendapat bahan daripada sumber bahan bercetak, internet dan bahan elektronik yang lain

(iv) Membuat peta minda atau carta alaira cerita

(v) Menentukan watak

(vi) Menyaring bahan

(vii) Menulis draf

Page 7: Kemahiran Menulis

89OUM

TOPIK 6 KEMAHIRAN MENULIS

• Semasa mengarang

(i) Mentransformasikan perancangan kepada bentuk karangan

(ii) Menentukan format

(iii) Mengambil kira aspek penghuraian yang melibatkan kosa kata, sistem bahasa, gaya bahasa, tanda baca, ejaan (termasuk bentuk huruf) dan wacana.

(iv) Mengambil kira aspek kohesi dan koherens

• Pasca mengarang

(i) Menyemak karangan

(ii) Melakukan pembetulan

(iii) Membuat penambahan sekiranya perlu

(iv) Menghantar karangan

6.3.1.3 Membina Bahan Sumber Bahan Pengajaran Menulis

• Bahan sumber daripada internet Guru memuat turun bahan-bahan yang berkaitan daripada internet. Bahan-bahan

berkenaan disimpan dalam folder. Bahan-bahan berkenaan boleh dipancar tayang dengan menggunakan projektor LCD semasa di dalam bilik darjah. Murid-murid berbincang dan berinteraksi dengan bahan yang berkenaan sebagai persediaan mendapatkan idea untuk menulis karangan.

• Bahan sumber digital Guru menyediakan bahan yang disediakan sendiri, bahan yang diimbas dengan

mesin pengimbas, atau bahan terpilih yang diturun muat daripada cakra digital untuk dibakar. Cakra padat CD rom berinformasi itu kemudian boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran karangan mereka.

• Bahan audio dan audio visual Di ambil daripada sumber media elektronik. Dirakam dan diedit untuk digunakan oleh

murid-murid sebagai bahan rangsangan.

• Gambar-gambar Dalam bentuk gambar tuggal, gambar bersiri, atau gambar foto yang diambil dengan

menggunakan kamera

• Filem Filem jalur atau filem slaid.

6.3.1.4 Ciri Bahan Sumber yang Baik

• Sesuai dengan bilangan murid-murid di dalam kelas dan cara pengelolaankelas guru semasa mengajar.

• Sesuai dengan wang peruntukan yang ada terutama yang melibatkan pralatan ICT.

• Mengambil kira kebolehupayaan murid-murid menggunakan bahan berkenaan terutama sekiranya melibatkan bahan-bahan berteknologi digital dan elektronik.

Page 8: Kemahiran Menulis

90OUM

KEMAHIRAN MENULIS TOPIK 6

• Mengambil kira kebolehupayaan guru untuk mengendalikan bahan yang disediakan sendiri.

• Sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan perlu juga diambil faktor keselamatan murid-murid.

• Sesuai dengan latar belakang agama dan kepercayaan murid-murid yang berbilang bangsa

• Sesuai dengan objektif pengajaran yang telah ditetapkan terlebih dahulu oleh guru

• Hendaklah digunakan sekurang-kurangnya 70 peratus dalam langkah pengajaran terutama sekiranya bahan berkenaan mengambil masa dan menggunakan kos yang tinggi dalam mengadakannya.

6.3.2 Pendekatan Pengajaran Penulisan

Kemahiran mengarang boleh diajarkan secara berperingkat-peringkat. Untuk mencapai objektif kemahiran yang hendak dicapai, pengjaran karangan boleh diajarkan dengan menggunakan pendekatan-pendekatan tertentu seperti:

• Terkawal

• Berpandu

• Bebas

• Proses

• Komunikatif

• LEA (pengalaman bahasa)

6.3.2.1 Pendekatan Terkawal

Pendekatan terkawal merupakan satu pendekatan yang digunakan bagi membantu murid-murid menimba pengalaman mengarang supaya mereka biasa dengan struktur karangan. Selain itu, pendekatan ini dapat mengelakkan murid-murid daripada melakukan kesalahan baik dari segi bahasa mahu pun dari segi isi.

• Murid-murid menulis karangan dengan berpandukan sepenuhnya kepada bahan yang disediakan oleh guru.

• Contoh aktiviti: mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah disediakan terlebih dahulu, menulis karangan berdasarkan gambar bersiri, menyusun ayat sehingga membentuk sebuah karangan yang lengkap, menyusun bahagian pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup untuk membentuk sebuah karangan yang lengkap bersturuktur

6.3.2.2 Pendekatan Berpandu

• Isi karangan telah diberikan oleh guru

• Murid-murid membina ayat berdasarkan perkataan atau rangkai kata yang telah diberikan oleh guru

Page 9: Kemahiran Menulis

91OUM

TOPIK 6 KEMAHIRAN MENULIS

• Murid-murid mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan mereka sendiri bagi melengkapkan perenggan.

• Kad-kad imbasan dan kad perkataan digunakan bagi membantu murid-murid.

• Murid mengolah isi berdasarkan pendahuluan atau pengakhiran cerita yang telah diberikan oleh guru

• Kesalahan yang minima dapat dielakkan daripada dilakukan oleh murid-murid.

• Latihan memadankan ayat boleh diberikan terlebih dahulu kepada murid-murid. Murid-murid yang pandai diberikan aras latihan yang lebih mencabar.

• Penulisan karangan boleh dilakukan dalam bentuk grafik sebelum ditulis dalam bentuk wacana yang lengkap.

6.3.2.3 Pendekatan Bebas

• Sesuai untuk kumpulan murid yang sudah menguasai aspek penulisan dengan baik.

• Murid-murid menulis karangan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru

• Murid-murid mencari isi karangan sendiri

• Murid-murid menyusun isi dan membuat rangka karangan

• Guru boleh memberikan beberapa perkataan ataua rangkai kata tertentu bagi membantu murid memantapkan lagi pengolahan.

• Penggunaan peribahasa digalakkan.

6.3.2.4 Pendekatan Proses

• Tidak memberatkan hasil tetapi melibatkan proses yang dilalui oleh murid-murid.

• Murid-murid mengumpul bahan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru

• Boleh dilakukan secara berkumpulan atau indivieu

• Bahan-bahan yang telah dikumpul disimpan di dalam folio

• Bahan-bahan daripada folio disaring untuk menentukan kesesuaian dengan tajuk karangan yang diberikan kepada mereka.

• Penggunaan sumber bahan berasaskan ICT adalah sangat digalakkan.

• Bahan yang tidak digunakan disimpan semula ke dalam folio untuk digunakan kepada tajuk karangan yang lain.

• Murid-murid menyusun isi

• Dalam peringkat menyusun isi, murid-murid berbincang dengan guru.

• Isi yang telah disusun, ditulis dalam bentuk rangka karangan

• Rangka karangan yang telah mantap, ditulis dalam bentuk penulisan yang lengkap.

• Murid-murid mengedit karangan yang telah disiapkan dan melakukan pembetulan.

• Setelah siap dan lengkap, karangan dihantar kepada guru untuk dinilai.

Page 10: Kemahiran Menulis

92OUM

KEMAHIRAN MENULIS TOPIK 6

• Tumpuan guru adalah terhadap proses mengarang yang dilalui oleh murid-murid bermula daripada mengumpul bahan, menyaring bahan, menyusun bahan, mengolah bahan ke dalam bentuk pemerengganan yang sesuai, mengedit penulisan dan menghantar hasil penulisan kepada guru.

6.3.2.5 Pendekatan Komunikatif

• Penulisan karangan berdasarkan fungsi bahasa sebagai alat perhubungan

• Penekanan diberikan kepada penggunaan bahasa yang berkesan dalam mengungkapkan isi cerita dan kurang kepada aspek penstrukturan karangan

• Murid-murid diberikan latihan mengemukakan pendapat mereka tentang sesuatu idea.

• Murid-murid diminta bercerita tentang sesuatu dalam konteks perbincangan yang autentik

• Bentuk penulisan murid-murid lebih mirip kepada melaporkan sesuatu kejadian dalam konteks dan suasana kejadian sebenar.

• Penggunaan bahan rangsangan seperti bahan multi media dapat membantu murid-murid dalam mengemukakan penceritaan.

6.3.2.6 Pendekatan LEA (Pengalaman Bahasa)

• Guru meransang perbincangan berkaitan dengan tajuk yang dipilih

• Murid-murid digalakkan memberi sumbangan untuk membina cerita

• Perkataan-perkataan tertentu yang akan digunakan dalam petikan disebut dalam perbincangan oleh guru

• Murid-murid diminta membina ayat berdasarkan berdasarkan idea yang mereka berikan

• Setelah selesai, guru membimbing murid memberi tajuk cerita

• Guru menulis ayat-ayat untuk membina cerita bertulis

• Setelah cerita selesai

• Guru membaca secara nyaring, murid mendengar

• Murid menyalin teks yang telah ditulis oleh guru

• Murid menggariskan perkataan yang mereka tahu

• Guru meminta murid-murid menggunakan perkataan yang mereka tahu dalam situasi

6.3.3 Masalah Pengajaran Menulis

Terdapat banyak masalah yang berhubung kait dengan pengajaran menulis di sekolah di negara ini. Antaranya pengaruh kesebatian penggunaan bahasa dialek Bahasa Melayu Brunei (BMB) dan inilah faktor utama menyumbang kepada berlakunya kesalahan penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu Standard (BMS) dengan betul.

Page 11: Kemahiran Menulis

93OUM

TOPIK 6 KEMAHIRAN MENULIS

Masalah ini tidak hanya tertumpu kepada pihak pelajar bahkan kepada sebilangan besar guru bahasa sendiri kerana melalui observasi yang pernah penulis lakukan kebanyakan guru bahasa lebih berminat menggunakan BMB dari BMS sepanjang sesi pengajaran.

Selain itu, faktor kekurangpekaan guru terhadap kesalahan yang dilakukan pelajar juga perlu diambil perhatian seperti kesalahan menggunakan tanda-tanda baca, tatabahasa - cara membuat ayat yang betul, jenis ayat; ayat tunggal; ayat majmuk dan sebagainya. Masalah-masalah ini tidak harus dibiarkan demi kebaikan pelajar dan demi mengelakkan masalah-masalah itu berlanjutan, khasnya apabila pelajar itu hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.

6.3.4 Penilaian

Aspek yang dinilai:

• Isi

• Ejaan

• Bahasa

• Kosa kata

• Kelancaran

• Pengolahan isi

• Ketepatan dengan tajuk

• Format (sekiranya karangan berformat)

A B C D

Bahasa Sangat baik Baik Sederhana Lemah

Isi Sangat baik Baik Sederhana Lemah

Kelancaaran Sangat baik Baik Sederhana Lemah

• Penilaian dilakukan secara holistik atau global

• Karangan dibaca dengan menanda kesalahan-kesalahan ejaan, tanda baca, ayat, fakta, kelancaran dan kepesongan

• Berikan kedudukan markah berdasarkan gred secara keseluruhan

• Tolak sejumlah markah yang dibenarkan bagi kesalahan format

• Berikan markah akhir.

RUMUSAN

Topik ini telah menghuraikan kemahiran menulis, salah satu kemahiran yang diperlukan oleh pelajar untuk menambah ilmu dan pengetahuan mereka. Untuk menuju ke matlamat ini plajar telah didedahkan dengan konsep dan tujuan menulis, peringkat kemahiran menulis.

Page 12: Kemahiran Menulis

94OUM

KEMAHIRAN MENULIS TOPIK 6

GLOSARI

Pendekatan LEA – Ini merupakan satu jenis pendekatan menulis di mana guru menggalakkan pelajar memberi sumbangan mereka untuk membina cerita , membina ayat berdasarkan idea atau cerita tersebut. Di akhir aktiviti ini guru membimbing pelajar memberi tajuk cerita dan membina ayat untuk membina cerita secara bertulis

UJIAN 1

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid perkataan dan ayat. Bincangkan.

UJIAN 2

Penulisan merupaka satu proses dan mengambil masa yang panjang jika seseorang mahu mempunyai kemahiran di dalamnya. Nyatakan lima jenis penulisan dan huraikan bersama contoh tertentu.

RUJUKAN

Boh Boon, Koh, Pengajaran Bahasa Malaysia, Utusan Publication, Kuala Lumpur, (1981).

Fatimah Busu, Memupuk Bakat & Minat Penulisan Kreatif: Teori & Proses, PTS Publication & Distribution Sdn. Bhd., (2003).

Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid, Pendekatan Mengajar Bahasa Malaysia, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, (1990).

Kamarudin Hj. Husin, Pedagogi Bahasa, Longman Malaysia Sdn. Bhd., Petaling Jaya, (1988).

-------------------------, Pendekatan Mengajar Bahasa, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, (2001).

Nik Safiah Karim, Bahasa Melayu Menengah Bawah Negara Brunei Darussalam, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, (1998).

---------------------, Bahasa Melayu Menengah Bawah Negara Brunei Darussalam (1),Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Edisi Kedua (1997)

Nurazmi Kuntum, Psikologi Pendidikan II, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah Alam, (1997).

--------------------, Kaedah Mengajar Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, (1997) Pg. Mahmud Pg. Damit, Hj, PL 4204 KP: Bahasa Melayu II (nota kuliah), Universiti Brunei Darussalam, (2003).

Raminah Hj. Sabran & Rahim Syam, Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Petaling Jaya, (1986).

Sidang Penyusun, Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, (1984).

Page 13: Kemahiran Menulis

95OUM

TOPIK 6 KEMAHIRAN MENULIS

Sulaiman Masri, Penulisan Dalam Bahasa Malaysia Baku, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, (1988).

Zainol Ismail, Fokus Unggul /UPSR Karangan, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Johor Baharu, (2003).