Kemahiran menulis sek.rendah 2

13
X PENGENALAN Kemahiran menulis ialah kemahiran yang paling tinggi dalam senarai kemahiran berbahasa. Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika seseorang itu telah menguasai kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, dan kemahiran membaca. Penguasaan dalam kemahiran menulis tidak hanya melibatkan aspek teknikal dan mekanikal semata-mata, tetapi penulisan turut melibatkan penggemblengan aspek psikologi dan kognitif. Hal ini kerana penulisan itu sendiri meliputi proses pemilihan dan pengolahan bahan untuk menghasilkan tulisan yang baik. Sehubungan dengan itu, topik ini akan menjelaskan konsep, jenis dan pendekatan dan teknik dalam kemahiran menulis. X Kemahiran Menulis HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan definisi konsep kemahiran menulis serta jenis-jenisnya; 2. Mengenal pasti pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran kemahiran menulis; 3. Menilai kekuatan dan kelemahan bentuk penulisan berdasarkan jenis-jenisnya; dan 4. Mengaplikasikan teori pemilihan dan penyesuaian bahan untuk membina bahan pengajaran karangan. T T o o p p i i k k 8 8

Transcript of Kemahiran menulis sek.rendah 2

Page 1: Kemahiran menulis sek.rendah 2

PENGENALAN Kemahiran menulis ialah kemahiran yang paling tinggi dalam senarai kemahiran berbahasa. Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika seseorang itu telah menguasai kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, dan kemahiran membaca. Penguasaan dalam kemahiran menulis tidak hanya melibatkan aspek teknikal dan mekanikal semata-mata, tetapi penulisan turut melibatkan penggemblengan aspek psikologi dan kognitif. Hal ini kerana penulisan itu sendiri meliputi proses pemilihan dan pengolahan bahan untuk menghasilkan tulisan yang baik. Sehubungan dengan itu, topik ini akan menjelaskan konsep, jenis dan pendekatan dan teknik dalam kemahiran menulis.

Kemahiran Menulis 

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyatakan definisi konsep kemahiran menulis serta jenis-jenisnya;

2. Mengenal pasti pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran kemahiran menulis;

3. Menilai kekuatan dan kelemahan bentuk penulisan berdasarkan jenis-jenisnya; dan

4. Mengaplikasikan teori pemilihan dan penyesuaian bahan untuk membina bahan pengajaran karangan.

TTooppiikk  88

Page 2: Kemahiran menulis sek.rendah 2

TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS

101

KEMAHIRAN PENULISAN Menulis ialah suatu kegiatan penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun atur menjadi perkataan-perkataan, yang seterusnya membentuk ayat-ayat yang bermakna. Dalam konteks yang lebih luas, penulisan bermaksud penghasilan wacana-wacana yang bermakna dan bermaklumat. Oleh itu, kemahiran menulis secara mekanis; iaitu kemahiran membentuk dan menyusun simbol-simbol tulisan tidak selesai pada peringkat itu sahaja. Sebaliknya kemahiran ini akan diteruskan dengan aktiviti mengarang, yang memerlukan penggemblengan aspek psikologi dan kognitif.

8.1.1 Konsep dan Proses Mengarang

Mengarang, khususnya karangan ialah aktiviti penting dalam kemahiran menulis. Mengarang ialah proses menyampaikan maklumat, idea, perasaan, dan sebagainya dalam bentuk simbol-simbol secara bertulis. ZaÊba (1952) mengatakan bahawa mengarang ialah kemahiran menyusun dan menggubah kata-kata untuk dijadikan ayat, dan seterusnya sebuah cerita. Bagi Isahak Haron (1979), karangan bukan sekadar hasil kemahiran menggubah dan menyusun kata-kata, sebaliknya ialah kemahiran menyampaikan idea, fakta, dan sebagainya, yang terdapat dalam pemikiran pengarang tersebut melalui perantaraan bahasa. Tegasnya, bolehlah disimpulkan bahawa mengarang itu ialah proses melahirkan idea secara tersusun dan lojik melalui tulisan. Hasilan sesuatu proses mengarang ini boleh merupakan, ayat, petikan, nota ringkas, laporan atau sebuah buku. Kamarudin Husin (1998) menjelaskan bahawa proses menulis karangan atau proses mengarang itu sendiri ialah:

(a) Persediaan: menentukan tajuk atau persoalan yang akan ditulis, dan memilih serta menentukan format penulisan.

(b) Mengingat kembali pengalaman: mengingat atau memilih pengalaman atau pengetahuan sedia ada berkaitan tajuk atau persoalan dipilih.

(c) Kreativiti: mencari bahan-bahan penulisan.

(d) Perbincangan: perbincangan tentang bahan-bahan atau isi yang diperoleh.

(e) Penulisan draf: menulis draf atau struktur karangan secara ringkas.

(f) Semakan draf dan perbincangan.

(g) Penulisan karangan.

8.1

Page 3: Kemahiran menulis sek.rendah 2

TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS

102

8.1.2 Pendekatan dalam Kemahiran Menulis (proses, Komunikatif, Pengalaman Bahasa (LEA), Terkawal, Bebas)

(a) Pendekatan Proses Pendekatan proses menekankan proses dalam penghasilan sesebuah

karangan, bukan kepada hasil penulisan tersebut. Dalam pendekatan ini penulisan akan dimulai dengan proses menulis draf, meyemak dan membincangkannya. Dalam pendekatan ini juga, penulisan akan dilihat dari aspek format yang betul, struktur penulisan yang sesuai, dan penggunaan tatabahasa yang tepat, sebagai suatu penulisan yang baik. Sehubungan dengan itu, pendekatan ini memerlukan penulis menguasai kemahiran bahasa yang baik, di samping mempunyai pengetahuan tentang format atau model penulisan yang baik.

(b) Pendekatan Komunikatif Pendekatan berasaskan prinsip bahawa bahasa ialah alat komunikasi yang

penting. Justeru penulisan perlu diajarkan dalam bentuk fungsinya untuk berkomunikasi. Dalam hal ini, tajuk-tajuk atau persolan yang ada kaitannya dengan situasi komunikasi boleh dieksploitasi untuk memotivasi pelajar. Pendekatan ini mencadangkan pengajaran kemahiran menulis dalam konteks situasi komunikasi sebenar. Dalam pendekatan ini, bahan-bahan berbentuk autentik seperti dialog, perbahasan, ceramah dan sebagainya sangat sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran & pembelajaran. Bahan autentik ini membolehkan pelajar menulis dalam keadaan bebas dan tidak terikat dengan sebarang unsur bahasa berbentuk formal. Hal ini kerana pendekatan ini beranggapan bahawa penulisan ialah proses menukarkan bentuk pertuturan kepada tulisan. Oleh itu, pendekatan ini mencadangkan agar guru bertolak ansur dengan kesalahan dan kesilapan pelajar, khususnya dalam aspek bahasa. Hal ini kerana, kesalahan bahasa dalam komunikasi ialah perkara biasa. Itu menunjukkan bahawa berlakunya perkembangan dalam penguasaan bahasa tersebut.

(c) Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA) Pendekatan pengalaman berbahasa (LEA) berasaskan prinsip bahawa

kemahiran berbahasa tidak boleh dipecah-pecahkan dalam bentuk yang berasingan, seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Sehubungan dengan itu pendekatan ini menekankan konsep dan penggunaan struktur bahasa yang bermakna, yang boleh dituturkan dan dituliskan. Pendekatan ini juga mengeksploitasi pengalaman bahasa yang bermakna dalam kalangan pelajar untuk dijadikan bahan perbincangan dalam proses penulisan karangan.

Page 4: Kemahiran menulis sek.rendah 2

TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS

103

(d) Pendekatan Terkawal Pendekatan ini mencadangkan pembelajaran kemahiran menulis mengikut

peringkat-peringkat yang bermula daripada peringkat prapenulisan hinggalah peringkat penulisan yang memerlukan pemikiran. Secara umumnya terdapat lima peringkat penulisan dan pendekatan ini iaitu:

(i) Peringkat meniru dan menyalin.

(ii) Peringkat mengingat kembali.

(iii) Peringkat menggabungkan.

(iv) Peringkat penulisan berpandu.

(v) Peringkat penulisan bebas. (e) Pendekatan Bebas Berdasarkan pendekatan ini guru perlu memberikan banyak latihan

penulisan kepada pelajar. Latihan-latihan ini perlu dipelbagaikan dari segi jenis dan format penulisan tersebut. Pendekatan ini beranggapan bahawa, semakin banyak pelajar membuat latihan maka semua perkara yang perlu ada dalam sesebuah karangan seperti ejaan, ketepatan kosa kata, tatabahasa, pemerengganan, dan gaya tulisan akan dapat dikuasai pelajar tersebut secara automatik. Berdasarkan pendekatan ini terdapat tiga langkah dalam proses menulis.

(i) Langkah 1: Pramenulis

(ii) Langkah 2: Membuat rangka dan draf

(iii) Langkah 3: Menyemak dan memeriksa kembali

8.1.3 Peringkat Menulis

Terdapat tiga peringkat dalam kemahiran menulis; iaitu: (a) Peringkat pramenulis Pada peringkat ini pelajar diberikan persediaan secara mekanikal untuk

membolehkannya menggunakan alat tulis, dan dapat menulis dengan selesa dan tepat. Dalam peringkat ini guru akan memberikan aktiviti-aktiviti pergerakan tangan dan mata, supaya pelajar boleh mengkoordinasi kedua-dua anggota ini untuk tujuan menulis. Antara latihan-latihan yang boleh dilakukan untuk membentuk kemahiran ini ialah:

(i) Latihan membentuk garis lurus dan lengkok berdasarkan garisan putus-putus.

(ii) Latihan mewarna mengikut arah yang ditentukan.

Page 5: Kemahiran menulis sek.rendah 2

TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS

104

(iii) Latihan membentuk bulatan di udara: dari kiri ke kanan, dan sebaliknya.

(iv) Latihan membentuk garisan lurus.

(v) Latihan membentuk corak: lurus, bulatan, persegi dan sebagainya.

(vi) Latihan melukis gambar yang ada garis lurus, lengkong, bulat, dan sebagainya.

(b) Peringkat mekanis Setelah pelajar boleh menggunakan alat tulis, peringkat seterusnya ialah

peringkat tulisan mekanis. Pada peringkat ini pelajar-pelajar dilatih membentuk lambang-lambang yang ada kaitannya dengan bentuk-bentuk huruf. Akhirnya, pelajar akan dapat menuliskan huruf-huruf untuk membentuk perkataan, dan seterusnya ayat. Secara umumnya, latihan-latihan yang boleh digunakan pada peringkat ini ialah:

(i) Latihan membentuk bulatan dan garis lurus secara terkawal.

(ii) Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris.

(iii) Latihan membentuk huruf dengan cara yang betul, secara bebas. (c) Peringkat pelahiran

Pada peringkat ini pelajar sepatutnya telah menguasai kemahiran membentuk huruf dan mengeja. Peringkat pelahiran ialah pelajar dilatih untuk melahirkan sesuatu untuk ditulis. Latihan dimulakan secara terkawal, tetapi pada akhir peringkat ini pelajar sepatutnya telah tahu memberikan reaksi bertulis terhadap bahan-bahan rangsangan yang diberikan. Antara latihan-latihan yang boleh diguna pakai dalam peringkat ini ialah:

(i) Mengisi silang kata.

(ii) Mengisi tempat kosong dalam ayat.

(iii) Melengkapkan ayat.

(iv) Melengkapkan petikan atau cerita.

(v) Menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan-gambar.

(vi) Menulis jawapan kefahaman.

(vii) Menulis rencana daripada bahan rangsangan.

(viii) Menulis karangan.

Page 6: Kemahiran menulis sek.rendah 2

TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS

105

JENIS PENULISAN Dari segi jenisnya, terdapat pelbagai jenis penulisan yang boleh dieksploitasi untuk tujuan pengajaran & pembelajaran kemahiran ini. Penjenisan ini dibuat berdasarkan bentuk dan cara penulisan itu dibuat. Dalam konteks pengajaran & pembelajaran kemahiran menulis, penentuan dan pemilihan jenis-jenis penulisan ini perlu disesuaikan dengan tahap pencapaian pelajar itu sendiri. Antara jenis penulisan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah penulisan terkawal, separa terkawal, penulisan berpandu, separa berpandu, penulisan bebas dan penulisan kreatif. Jenis penulisan tersebut dijelaskan seperti berikut. (a) Penulisan Terkawal Penulisan terkawal ialah penulisan yang dikawal sepenuhnya oleh oleh

guru, sama ada dalam aspek format, pilihan kata dan tatabahasa. Dalam penulisan terkawal, pelajar banyak menulis berdasarkan model-model yang diberikan guru. Pelajar didedahkan dengan bentuk penulisan yang baik dengan cara meniru atau menulis semula petikan, ayat-ayat, atau karangan yang dianggap baik. Penulisan terkawal ialah tahap pertama ke arah penulisan bebas, kerana latihan-latihan penulisan terkawal akan membantu pelajar menguasai bentuk bahasa yang tepat, pengolahan isi, dan gaya penulisan yang baik. Bentuk-bentuk penulisan terkawal ialah:

(i) Menulis semula cerita yang dibaca atau didengar;

(ii) Menulis surat:isi disediakan; dan

(iii) Menuliskan isi perbincangan/dialog yang didengar. (b) Penulisan Separa Terkawal Penulisan separa terkawal ialah jenis penulisan yang tidak dikawal

sepenuhnya oleh guru. Pelajar diberi peluang menggunakan daya pemikiran sendiri untuk memilih perkataan yang sesuai dengan tajuk yang diberi. Latihan-latihan seperti menyalin semula petikan yang diberikan dan pelajar dibenarkan menukarkan beberapa perkataan yang sesuai dalam

8.2

1. Jelaskan ketiga-tiga langkah dalam proses menulis dalam penulisan bebas.

2. Bincangkan lima aktiviti yang boleh dijalankan dalam penulisan peringkat pelahiran.

AKTIVITI 8.1

Page 7: Kemahiran menulis sek.rendah 2

TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS

106

petikan tersebut, ialah satu contoh bagaimana pelajar diberikan kebebasan dalam penulisan ini. Bentuk-bentuk penulis separa terkawal yang lain ialah:

(i) Mengisi tempat kosong dalam petikan;

(ii) Menuliskan cerita daripada gambar;

(iii) Membuat ayat daripada perkataan; dan

(iv) Menjawab soalan berdasarkan tajuk. (c) Penulisan Berpandu Penulisan berpandu ialah jenis penulisan yang bahan asasnya dikawal oleh

guru, tetapi pelajar diberi kebebasan menyambung, melengkap atau menukarkan perkataan-perkataan yang terdapat dalam bahan yang dikawal itu. Penulisan jenis ini akan memotivasi pelajar untuk terus menulis. Aktiviti-aktiviti atau latihan yang digunakan dalam penulisan jenis ini ialah:

(i) Menukarkan dialog kepada bentuk naratif; dan

(ii) Menukarkan bentuk puisi kepada prosa. (d) Penulisan Separa Berpandu Penulisan separa berpandu ialah jenis penulisan yang memberikan

kebebasan kepada pelajar untuk menulis berdasarkan sedikit panduan daripada guru. Penulisan jenis ini merupakan suatu kaedah untuk membiasakan pelajar terhadap struktur penulisan dan pemerengganan. Dalam penulisan jenis ini pelajar akan diberikan asas atau klu yang menjurus kepada tajuk atau perkara yang akan ditulis. Aktiviti penulisan yang boleh dikaitkan dengan penulisan separa berpandu ialah:

(i) Menyudahkan cerita; dan

(ii) Menulis karangan yang isinya disediakan guru. (e) Penulisan Bebas Penulisan bebas dijalankan setelah pelajar menguasai aspek mekanikal, dan

tatabasa yang baik. Penulisan jenis ini tidak lagi menitikberatkan persoalan proses untuk menulis, tetapi sebaliknya pelajar diminta memberikan tumpuan kepada apa yang akan ditulis. Tegasnya, pelajar sepatutnya boleh mengeksploitasi kemahiran sedia ada untuk menghasilkan suatu tulisan yang baik dan bermakna. Dalam penulisan jenis ini, penglibatan guru adalah di peringkat minimum. Guru hanya akan campur tangan jika terdapat kesalahan-kesalahan atau kesilapan dalam penulisan sahaja. Secara umumnya terdapat beberapa bentuk penulisan yang boleh dilakukan dalam penulisan bebas; iaitu:

Page 8: Kemahiran menulis sek.rendah 2

TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS

107

(i) Penulisan naratif;

(ii) Penulisan deskriptif;

(iii) Penulisan imaginatif; dan

(iv) Penulisan argumentatif. (f) Penulisan Kreatif Penulisan kreatif adalah salah satu bentuk penulisan yang terdapat dalam

penulisan bebas. Dalam penulisan ini, pelajar bukan sahaja telah mahir dalam pengolahan idea, tetapi juga telah boleh mengeksploitasi pengalaman atau imaginasi untuk dijadikan bahan tulisan. Penulisan kreatif mempunyai keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan bentuk penulisan bebas yang lain kerana penulisan jenis ini bukan hanya memfokuskan terhadap isi yang akan ditulis, tetapi memerlukan kemahiran estetika untuk mengolah dan mempersembahkan isi tersebut dengan cara yang berkesan dan menarik. Bentuk-bentuk penulisan yang terdapat dalam penulisan kreatif ialah:

(i) Cerpen;

(ii) Puisi;

(iii) Drama; dan

(iv) Novel.

1. Apakah perbezaan antara penulisan terkawal dengan penulisan berpandu?

2. Bincangkan bentuk-bentuk penulisan dalam penulisan bebas.

AKTIVITI 8.2

Page 9: Kemahiran menulis sek.rendah 2

TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS

108

PENDEKATAN DAN TEKNIK

Dalam konteks pengajaran & pembelajaran, pendekatan & teknik ialah strategi yang digunakan oleh guru untuk mencapai matlamat dan tujuan yang dirancangan dalam objektif pengajaran. Dalam hal ini, guru seharusnya menyedari apakah pendekatan yang sesuai, dan dapat pula memilih teknik yang terbaik, yang sesuai dengan objektif pengajaran dan pelajar sasaran. Dalam pengajaran kemahiran penulisan, teknik-teknik yang dihuraikan berikut sesuai digunakan di sekolah.

8.3.1 Peta Minda, Penyoalan, dan Pendekatan Proses

Peta Minda, dan Penyoalan ialah teknik yang boleh digunakan untuk mempertingkat kemahiran menulis. Kedua-dua teknik ini boleh dipasangkan dengan pendekatan proses; iaitu suatu pendekatan yang berasaskan proses penulisan itu sendiri. (a) Peta Minda

Rajah 8.1: Contoh peta minda

8.3

1. Bincangkan perbezaan antara pendekatan penulisan bebas dengan jenis penulisan bebas.

2. Bincangkan perbezaan antara jenis penulisan berpandu dengan jenis penulisan terkawal.

3. Jelaskan kaitan antara pendekatan proses dengan teknik pengajaran peta minda.

SEMAK KENDIRI 8.1

Page 10: Kemahiran menulis sek.rendah 2

TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS

109

Teknik Peta Minda digunakan untuk memandu pelajar ke arah penghasilan isi yang bernas dan tersusun dalam penulisan. Dalam teknik ini, guru akan menyenaraikan isi-isi serta huraian yang dihasilkan melalui perbincangan dengan pelajar, dalam bentuk Peta Minda di papan tulis. Penggunaan Peta Minda ini akan memudahkan pelajar melihat kesinambungan isi-isi, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu tajuk. Sila lihat Rajah 8.1 yang menggambarkan beberapa contoh peta minda yang boleh anda gunakan.

(b) Penyoalan Teknik penyoalan boleh digunakan untuk mencungkil idea dalam

penulisan karangan. Dalam teknik ini guru akan menyediakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isu atau perkara yang akan ditulis. Penyoalan yang melibatkan ÂapaÊ, ÂbilaÊ, ÂmengapaÊ, dan ÂbagaimanaÊ boleh digunakan untuk menggalakkan pelajar befikir k e arah isi-isi penulisan.

(c) Pendekatan Proses Pendekatan proses berasaskan andaian bahawa sesuatu penulisan yang

baik itu bermula daripada proses bagaimana tulisan itu dihasilkan. Oleh itu pendekatan ini menekankan ketepatan bahasa dan format tulisan dengan cara menulis dalam bentuk draf terlebih dahulu. Draf ini akan disemak, dikritik, dan diulas, yang kemudiannya akan ditulis semula. Semakan terhadap tulisan atau draf akan berlaku secara berterusan sekiranya masih terdapat kesalahan tatabahasa, format, atau maklumat dalam draf tersebut. Pendekatan ini memang memakan masa yang panjang untuk seseorang itu menyiapkan sesuatu penulisan, dan ini memberikan peluang yang banyak kepada pelajar untuk mempelajari setiap aspek penulisan tersebut.

Secara umumnya penulisan dalam pendekatan proses beradasarkan kepada prinsip-prinsip berikut:

(i) Penulisan ialah proses pemikiran terpilih yang membolehkan penulis mengolah dan menyusun idea.

(ii) Proses penulisan disusun secara hierarki, bermula dengan prapenulisan, dan berakhir dengan penulisan semula.

(iii) Penulisan ialah proses yang berpandukan sesuatu matlamat.

Page 11: Kemahiran menulis sek.rendah 2

TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS

110

8.3.2 Membina Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis

Sebelum sesuatu bahan pengajaran dibina, seseorang guru perlu mengambil kira prinsip-prinsip pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran. Secara umumnya prinsip-prinsip yang dimaksudkan itu ialah:

(a) Ketepatan maklumat kandungan;

(b) Ketepatan bahasa dan gaya;

(c) Sesuai dengan umur, tahap, dan keupayaan pelajar;

(d) Sesuai dengan masyarakat, agama, dan budaya;

(e) Sesuai dengan objektif pengajaran;

(f) Sesuai dengan masa pengajaran; dan

(g) Mudah diguna dan dikendalikan. Dalam pengajaran kemahiran menulis, bahan-bahan rangsangan seperti gambar, petikan, rakaman audio (ceramah, ucapan, perbahasan, dan sebagainya), rakaman video, dan filem sangat sesuai dijadikan bahan pengajaran.

8.3.3 Menilai Kemahiran Menulis

Menurut Kamarudin Husin (1997), aspek-aspek yang boleh dinilai dalam kemahiran menulis adalah seperti berikut:

(i) Penggunaan bahasa aspek tatabahasa.

(ii) Aspek mekanikal pemerengganan, tanda baca, dan sebagainya.

(iii) Ketepatan dan kesinambungan isi Kesesuaian dan huraian isi.

(iv) Gaya penulisan penggunaan ungkapan/kosa kata menarik.

(v) Kemahiran mengolah menarik dan sesuai dengan pembaca sasaran. Aspek-aspek yang dinyatakan di atas boleh dilihat atau dinilai melalui aktiviti-aktiviti seperti mencatat nota, mengembangkan maklumat, mengisi borang, menulis surat, menulis karangan (pelbagai bentuk) dan menulis laporan.

Page 12: Kemahiran menulis sek.rendah 2

TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS

111

Mengarang ialah proses menyampaikan maklumat, idea, perasaan dan sebagainya dalam bentuk simbol-simbol secara bertulis.

Terdapat tiga peringkat dalam kemahiran menulis iaitu prapenulisan, penulisan mekanis dan pelahiran.

Antara jenis penulisan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah penulisan terkawal, separa terkawal, penulisan berpandu, separa berpandu, penulisan bebas dan penulisan kreatif.

Pendekatan Bebas

Pendekatan Proses

Pendekatan Terkawal

Penulisan Bebas

Penulisan Berpandu

Penulisan Kreatif

Penulisan Mekanis

Penyoalan

Peta Minda

Prapenulisan

Abd Aziz Abd Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan

teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Kamarudin Husin. (1998). Pedagogi bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Kamarudin Husin. (1995). Perkaedahan mengajar bahasa. Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman.

1. Bincangkan bagaimana teknik peta minda dan penyoalan boleh membantu pelajar memulakan aktiviti penulisan.

2. Rancangkan pembinaan bahan pengajaran kemahiran menulis karangan bentuk fakta untuk pelajar Tahun 5.

AKTIVITI 8.2

Page 13: Kemahiran menulis sek.rendah 2

TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS

112

Kamarudin Husin. (1997). Pengajian Melayu 1, ilmu bahasa dan kecekapan

berbahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Kamarudin Husin, & Siti Hajar Abdul Aziz. (1997). Penguasaan kemahiran

menulis. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Institut Bahasa. (1994). Strategi pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka. Institut Bahasa. (1992). Asas kemahiran berbahasa KBSR. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran KBSR, Bahasa

Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran KBSM, Bahasa

Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian sukatan pelajaran KBSR,

Tahun 4, Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.