Kemahiran pengukuhan
-
Upload
sohib-alquran -
Category
Documents
-
view
6.656 -
download
8
Transcript of Kemahiran pengukuhan
KEMAHIRAN PENGUKUHAN (PENEGUHAN)1
Pengukuhan atau peneguhan merupakan setu teknik mengajar yang digunakan apabila
pelajar memberi jawapan yang betul atau menunjukkan prestasi yang baik dalam
sesuatu aktiviti pembelajaran.
Guru akan memberi pujian kepada pelajar sebagai pengukuhan tingkahlaku tersebut.
Menurut Skinner tingkahlaku manusia terbahagi dua;
i. Tingkahlaku responden.
ii. Tingkahlaku operan.
1. TINGKAH LAKU RESPONDEN
1.1. Tingkah laku tidak lazim.
1.2. Tingkah laku adalah tindak balas terhadap stimuli khusus dari alam sekitar.
1.3. Pembelajaran secara responden akan wujud selepas satu stimuli baru
digunakan bersama dengan stimuli lama.
1.4. Melalui pembelajaran secara responden, pelajar bertindak balas terhadap
stimuli yang diberikan.
1.5. Pembejalaran ini merupakan pembelajaran stimuli-tindak balas.
1 12 februari 2011, sabtu-kuliah
2. TINGKAH LAKU OPERAN
2.1. Tingkah laku yang bukan automatic atau boleh dijangkakan.
2.2. Tingkah laku operan merupakan satu set yang merangkumi contoh-contoh
tingkah laku spesifik, beroperasi dan menghasilkan tindak balas terhadap
alam sekitar.
2.3. Tindak balas atau situasi yang dihasilkan memuaskan.
2.4. Tingkah laku ini boleh di ajar dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai
dan diberi sebaik saja wujudnya tingkah laku operan ini.
2.5. Stimuli ini dinamakan skinner sebagai peneguhan.
2.6. Peneguhan boleh berupa positif atau negatif.
2.7. Peneguhan positif ialah stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian
berulangnya sesuatu tingkah laku operan, peneguhan positif seperti memberi
pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya.
2.8. Peneguhan juga boleh menyakiti kerana tingkah laku operannya kurang
sesuai.
2.9. Peneguhan juga boleh diberi dengan cara lisan, gerak isyarat, dampingan,
sentuhan dan sebagainya.
3. PRINSIP-PRINSIP KEMAHIRAN PENGUKUHAN (PENEGUHAN)
3.1. Bentuk pengukuhan haruslah di ubah dari masa ke semasa untuk mengkalkan
keberkesanan pengukuhan.
3.2. Peneguhan haruslah diberikan sebaik sahaja pelajar menunjukkan tingkah laku
positif.
3.3. Peneguhan negatif seperti mengkritik atau menyindir pelajar hendaklah di
elakkan.
3.4. Teknik memberi peneguhan hendaklah sepadan dengan umur, jantina dan
status sosial pelajar.
3.5. Peneguhan haruslah diberikan dengan ikhlas dan jujur supaya pelajar yang
menerima pengukuhan itu merasa banggsa dan mesra.
4. OBJEKTIF-OBJEKTIF KEMAHIRAN PENGUKUHAN / PENEGUHAN
4.1. Memberi galakan kepada pelajar dalam aktiviti pembelajaran.
4.2. Mengukuhkan konsep atau isi pelajaran supaya kekal dalam ingatan.
4.3. Menggalakkan pelajar yang terlibat dan pelajar-pelajar laiin juga akan
menunjukkan tingkah laku yang positif.
4.4. Memupuk semnagat keyakinan diri pelajar yang mewujudkan tingkah laku
positif.
4.5. Memperbaiki disiplin kelas dengan mengubah tingkah laku negatif kepada
tingkah laku positif.
5. KESAN KEMAHIRAN PENGUKUHAN KEATAS PENGAJARAN
PEMBELAJARAN
5.1. Peneguhan akan membawa semangat ingin belajar.
5.2. Pelajar –pelajar akan cuba memberikan tingkah laku positif.
5.3. Pelajar lain yang belum menerima peneguahan akan berusaha menunjukkan
tingkah laku yang baik.
5.4. Menjadikan disiplin kelas bertambah baik.
5.5. Pelajar akan merasa dihargai dan smengat ingin belajar akan meningkat.
5.6. Hubungan antara guru dan pelajar akan bertambah erat dan mesra. Ini
menunjukkan aktiviti pengajaran guru disukai oleh pelajar.
LISAN POSITIF
Guru menggunakan;
Baik / bagus
Ya/betul/ jawapan bagus
GERAK ISYARAT
Guru menunjukkan:
Senyuman
Anggukan kepala
Menepuk tangan
DAMPINGAN Mendampingi pelajar
Berdiri di sebelah pelajar
Sentuhan
Menyentuh kepala
Menyentuh bahu
Menyentuh bahagian belakang
badan
Lisan negatif
Kurang lengkap
Jawapan buruk
Bukan
Salah
Gerak isyarat
Menyindir
Menggeleng kepala
Menunjukkan muka marah
Menggoyangkan tangan.