Kemahiran p&p BM

25
UNIT 5/7 KEMAHIRAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Sinopsis Unit ini disediakan khusus untuk membantu anda mengenali kemahiran- kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dalam unit ini akan dibincangkan pengertian setiap kemahiran dan pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran-kemahiran tersebut. Di samping itu unit ini juga membicarakan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat mengetahui bagaimana mengajarkan setiap kemahiran. Hasil pembelajaran Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1. mengetahui kemahiran-kemahiran bahasa 2. mengaplikasikan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran setiap kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah 3. mengusai aspek tatabahasa dan dapat mengajarkannya dengan menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai. 5.2 Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan dua kemahiran yang saling melengkapi. Kedua-dua kemahiran ini diajarkan kepada murid- murid supaya mereka boleh memahami dan menghayati perkara-perkara yang didengar dalam pelbagai situasi. Seterusnya mereka dapat bertindak balas melalui pengucapan yang gramtis. Matlamat Pengajaran Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur 1-1 Kemahiran mendengar merujuk keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan. Di samping mendengar, murid diharapkan dapat memberikan maklum balas. Kemahiran bertutur merujuk keupayaan murid berbicara, untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul.

description

bAHASA mELAYU

Transcript of Kemahiran p&p BM

Page 1: Kemahiran p&p BM

UNIT 5/7KEMAHIRAN DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Sinopsis

Unit ini disediakan khusus untuk membantu anda mengenali kemahiran-kemahiran

bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dalam unit ini

akan dibincangkan pengertian setiap kemahiran dan pendekatan, kaedah serta

teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran-kemahiran tersebut. Di samping itu

unit ini juga membicarakan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. Setelah

mengikuti unit ini, anda akan dapat mengetahui bagaimana mengajarkan setiap

kemahiran.

Hasil pembelajaran

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1. mengetahui kemahiran-kemahiran bahasa

2. mengaplikasikan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran

setiap kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu di sekolah

3. mengusai aspek tatabahasa dan dapat mengajarkannya dengan

menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai.

5.2 Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan dua kemahiran yang saling melengkapi. Kedua-dua kemahiran ini diajarkan kepada murid-murid supaya mereka boleh memahami dan menghayati perkara-perkara yang didengar dalam pelbagai situasi. Seterusnya mereka dapat bertindak balas melalui pengucapan yang gramtis.

1-1

Kemahiran mendengar merujuk keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan. Di samping mendengar, murid diharapkan dapat memberikan maklum balas.

Kemahiran bertutur merujuk keupayaan murid berbicara, untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul.

Page 2: Kemahiran p&p BM

Matlamat Pengajaran Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Matlamat kemahiran mendengar dan bertutur yang diajarkan kepada murid-murid adalah untuk melengkapkan mereka dengan kebolehan memahami dan menghayati perkara-perkara yang didengar dalam pelbagai situasi di samping mampu berkomunikasi serta memberi maklum balas dengan menggunakan sistem bahasa yang mantap dan berkesan.

5.2.1 Jenis Kemahiran Mendengar

Pada umumnya terdapat dua jenis kemahiran mendengar, iaitu kemahiran mendengar pasif dan kemahiran mendengar aktif.

Jenis Kemahiran

Keterangan

Mendengar Pasif

Sejenis komunikasi sehala. Murid mendengar sesuatu maklumat yang disampaikan tanpa memberi tindak balas secara lisan atau tulisan disebabkan tidak memahami makna keseluruhan ujaran yang diterima.

Mendengar AktifSejenis komunikasi dua hala. Murid memberi tindak balas secara lisan terhadap sesuatu maklumat yang diterima atau didengar.

5.2.2 Peringkat Bertutur

Terdapat dua peringkat pertuturan murid-murid di sekolah, iaitu peringkat pertuturan rendah dan peringkat pertuturan tinggi.

1-2

Peringkat pertuturan tinggi iaitu bertutur untuk membuat analisis atau membuat inferens, ramalan, pandangan, dan justifikasi.

Peringkat pertuturan rendah ialah pertuturan tentang hal-hal yang berlaku di sekitar diri dan pengalaman murid

Page 3: Kemahiran p&p BM

5.2.3 Teknik / Aktiviti Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Antara kemahiran mendengar dan bertutur yang boleh dijalankan oleh guru di dalam bilik darjah adalah seperti jadual di bawah.

Kemahiran Cadangan Aktiviti

Mengecam / mengenal bunyi

Mengenal bunyi-bunyi alam seperti bunyi hujan, guruh, ombak, tiupan angin, bunyi-bunyi binatang, kenderaan dan sebagainya.

Membuat inferensMenerangkan sebab-musabab kejadian sesuatu perkara. Misalnya, jelaskan sebab-sebab seseorang itu miskin?

Menganalisis maklumatMencari makna perkataan berdasarkan konteks dengan merujuk kamus.

Membuat rumusanMembuat kesimpulan tentang sesuatu perkaras berdasarkan maklumat yang telah dianalisis.

Membuat penilaianMemberi pandangan atau pendapat tentang sesuatu perkara yang didengar atau dibincangkan.

5.2.4 Membina Bahan Pengajaran

Kita sedia maklum bahawa untuk menarik penumpuan dan minat pelajar-pelajar untuk mendengar, situasi pembelajaran itu mestilah menarik juga. Di samping pengajaran guru bahan-bahan bantu mengajar juga memainkan peranan penting. Ini bermaksud, seseorang guru yang masuk ke bilik darjah dengan hanya menggunakan kata-kata, suara, isyarat (gestures), papan tulis dan papan kapur sahaja, tidak akan dapat mengembangkan keintelektualan pelajar dengan berkesan. Kenapa tidaknya? Sebab, pelajar hanya mendengar dan mempelajari sesuatu itu secara abstrak, jauh dan kabur. Ini tidak memungkinkan berlakunya perkongsian maklumat, idea, pandangan, sikap dan nilai antara pelajar dengan guru, pelajar dengan pelajar serta pelajar dengan bahan. Mana mungkin pelajar hanya mendengar sahaja sedangkan kemahiran bahasa perlu dikuasai dengan yakin melalui visual dan pengalaman. Dengan itu, sebaiknya, guru bahasa perlu menggunakan alat dan bahan yang sesuai, menarik dan mencabar dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu agar semua deria pelajar dilatih untuk menerima pembelajaran yang berkesan, khususnya dalam kemahiran mendengar ini.

Untuk menyediakan bahan-bahan yang sesuai, guru hendaklah memproses bahan-bahan tersebut sebelum ia digunakan. Beberapa langkah boleh digunakan, umpamanya proses memilih, mengolah, membina, menggunakan dan menilai.

1-3

Page 4: Kemahiran p&p BM

a) Bahan-bahan Pengajaran Pembelajaran Lisan

Bahan Jenis alat Bentuk bahan

1. AudioRadio, pita rakaman (audio), piring hitam

Petikan bunyi haiwan, suasana, senikata nyanyian, petikan cerita, berita, dll.

2. Bahan bercetak

Kad, carta, peta, graf, kit Sedutan sajak, pantun, dan nyanyian;, sedutan teks,

novel,cerpen; dan sedutan rencana.

3. Visual Slaid, lut sinar dan OHP, filem, filem lajur, gambar

Ilustrasi, penjelasan konsep, kata kunci/ penunjuk, ayat kunci.

4. Objek Fizikal Benda sebenar, model Kosa kata, ayat.5. 5. Audia dan

Visual1. ( Pandang dan

Dengar)

T.V dan rakaman video, filem

Seperti (i) dan (iii)

6. Manusia dan Alam Sekeliling

Kumpulan rakan sebaya, situasi sesuatu tempat

Perbincangan dialog, perbincangan teks.

7. KomputerDisket dan hasil cetakan

komputerSeperti (ii) dan (iii)

8. Audio dan Bahan Bercetak

Kedua-dua bahan dan alat (i) dan (ii)

Seperti (i) dan (ii)

Jadual 1 : Klasifikasi alat dan bahan pengajaran

b. Bahan Bantu Mengajar Kemahiran Mendengar

Setelah anda faham tentang prinsip pemilihan, pengolahan, pembinaan, penggunaan dan penilaian bahan pengajaran bahasa Melayu, sekarang mari kita tumpukan khas kepada bahan bantu mengajar untuk kemahiran mendengar sahaja.

Di atas tadi telah ditunjukkan klasifikasi alat dan bahan mengajar bahasa Melayu. Daripada senarai bahan-bahan tersebut kita boleh ambil beberapa bahan dan alat yang sesuai untuk pengajaran kemahiran mendengar. Bahan bantu mengajar yang paling kerap digunakan bagi melatih kemahiran mendengar ialah pita rakaman. Pita rakaman amat berkesan dalam latihan kemahiran mendengar kerana guru dapat memainkan semula bahagian-bahagian tertentu pada sesuatu rakaman sekiranya didapati perlu.

Rakaman yang dimainkan semula kepada pelajar-pelajar itu dapat didengar tanpa apa-apa perubahan terhadap sebutan, nada, intonasi dan gaya pengucapan.

Namun, pita rakaman video adalah lebih berkesan. Melalui pita rakaman video ini, murid-murid bukan sahaja dapat mendengar sebutan, nada intonasi dan gaya pengucapan tetapi mereka juga dapat melihat gerak-geri mimik muka orang yang bertutur. Unsur-unsur bahasa dan unsur-unsur paralinguistik yang didengar dan unsur-unsur bukan linguistik yang dapat dilihat melalui pita rakaman video akan memudahkan pendengaran dan pemahaman murid-murid.

1-4

Page 5: Kemahiran p&p BM

Di samping itu bahan bantu mengajar seperti gambar, ilustrasi, poster, rajah, carta, peta, dan kad-kad imbasan dapat digunakan juga untuk membantu pelajar-pelajar memahami bahan yang diperdengarkan. Begitu juga, bahan ini boleh menjadi alat yang dapat menggerakkan murid untuk sedia mendengar bahan rakaman.

5.3 Kemahiran Membaca

Pengenalan

Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi. Walau bagaimanapun, kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. Semuanya harus bermula daripada yang mudah kepada yang sukar. Akhirnya murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca senyap dan memahami apa yang dibaca. Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan.

Matlamat Pengajaran Pembelajaran Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya mereka dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan bertulis.

5.3.1 Jenis Bacaan

Jenis Bacaan Keterangan Cadangan P & P

Bacaan mekanis (bersuara)

Bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu.

Membaca dengan gaya dan intonasi yang betul.

Beri petikan teks yang sesuai

Buat latih tubi baca perkataan/rangkai kata yang sukar

Tunjuk cara contoh bacaan yang betul

Murid membaca dan guru memantau bacaan murid

Bacaan mentalis / akliah (kefahaman)

Bacaan dalam hati tanpa suara

Dijalankan selepas pelajar menguasai bacaan bersuara

Membaca untuk memahami maklumat/ idea/ buah fikiran

Baca petikan secara senyap untuk mengesan maksud

Bersoal jawab tentang isi petikan

Aktitivi pengukuhan – meceritakan semua isi petikan yang dibaca

1-5

Page 6: Kemahiran p&p BM

Jenis Bacaan Keterangan Cadangan P & P

Bacaan intensif

(mendalam)

Dilaksanakan dengan tujuan memperkembang kebolehan meneliti, memahami, dan mentafsirkan perkara yang dibaca

Bacaan yang memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa

Bacaan yang meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan

Pelajar membaca petikan yang sesuai dengan tajuk tugasan

Pelajar merujuk kamus dan buku bahasa yang berkaitan tajuk

Guru beri pelbagai soalan sebagai latihan

Bacaan ekstensif (meluas)

Bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah biasanya tanpa kehadiran guru

Bacaan yang menikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca

Bacaan yang membolehkan pelajar mencari isi-isi penting.

Mengkaji kandungan petikan

Menyediakan soalan-soalan berdasarkan bahan dikaji

Bacaan pantas bahan tersebut

Buat kesimpulan dan semakan

Bacaan rekreasi Membaca untuk mendapatkan kepuasan

Membaca untuk menghayati sesuatu bahan bacaan

Membaca novel, cerpen, atau puisi

Bacaan krtitis Membaca secara mendalam bertujuan untuk mengupas sesuatu idea yang dikemukakan dalam teks yang dibaca.

Pembaca perlu mempunyai pengetahuan berkaitan tajuk yang dibaca

Menggunakan teknik KWLH

Membuat ulasan berdasarkan teks yang dibaca

Menulis rencana berdasarkan berita yang dibaca

5.3.2 Teknik Membaca

(a) Teknik bacaan pantas

i. Skiming Bacaan pantas untuk mendapatkan idea keseluruhan. Fokus bacaan diberikan kepada bahagian-bahagian tertentu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan dan rujukan indeks untuk mendapatkan gambaran umum tentang bahan bacaan tersebut

1-6

Page 7: Kemahiran p&p BM

ii. SkaningBacaan pantas untuk mendapatkan maklumat khusus daripada sesuatu teks. Dengan menggunakan teknik ini pembaca boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Bacaan ini lebih pantas daripada bacaan luncuran (skimming)

(b) Teknik SQ3R

Teknik SQ3R digunakan oleh guru untuk membimbing pelajar bagi meningkatkan kemahiran belajar. Pelajar dapat membaca secara kendiri bagi memperkukuh kemahiran berfikir.

Maksud SQ3R ialah;

S – Survey (meninjau)Q – Question (menyoal)R – Read (membaca)R – Review (menyemak)R – Recite (menyebut / mengulang)

Servey (meninjau)Sebelum membaca seseorang murid perlu meninjau secara sepintas lalu tentang teks / bahan yang akan dibaca untuk mendapat gambaran awal sesuatu teks / bahan tersebut. Biasanya ditinaju panjang teks, lakaran / garfik, sinopsis dan tajuk-tajuknya.

Question (menyoal)Setelah membuat tinjauan seseorang pembaca itu perlu membina soalan-soalan (boleh juga dalam fikiran) tentang tajuk yang akan dibaca. Fokus kepada apa-apa yang ingin diperolehi daripada teks tersebut.

Read (membaca)Setelah dibina soalan, barulah pembaca membaca teks tersebut dengan memfokus kepada isi-isi yang berkaitan dengan soalan yang telah dibina, membaca sambil menjawab soalan yang dibina. Dengan ini bacaan itu berfokus.

Review (menyemak)Setelah menbaca teks tersebut, pembaca perlu menyemak semula bahagian-bahagian tertentu sama ada kefahamannya tentang sesuatu idea yang disampaikan itu betul / tepat. Mungkin juga terdapat isi-isi lain difikirkan penting.

Recite (menyebut / mengulang)Seseorang pembaca itu akan lebih faham bahan yang dibaca sekiranya dia menyampaikan isi bahan tersebut kepada pihak lain atau dalam bentuk lain. Sebagai contoh: menceritakan isi-isi penting yang terdapat dalam teks tersebut, atau menulis ulasan / komen tentang bahan yang dibaca.

(c) Teknik KLWH

1-7

Page 8: Kemahiran p&p BM

Teknik KWLH bertujuan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber selepas membaca sesuatu teks. Teknik ini juga sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis. Teknik ini mementingkan pengetahuan sedia ada pembaca kerana pengetahuan sedia ada pembaca tentang tajuk yang akan dibaca akan memudahkan pemahaman. Teknik ini hampir sama dengan teknik SQ3R kerana pembaca perlu menentukan fokus bacaannya melalui soalan-soalan yang dibina. Walaupun fokus / tujuan bacaan telah dibina tetapi pembaca boleh juga mengambil isi-isi lain yang difikirkan menarik. Sekiranya teks yang dibaca tidak menjawab soalan-soalan yang telah dibina, pembaca perlu memikirkan bagaimana soalan-soalan itu boleh dijawab, seperti membaca bahan-bahan lain, bertanya guru / pakar, membuat rujukan daripada internet dan sebagainya. Ini akan menggalakan pembaca / pelajar terus membaca sebagai belajar sepanjang hayat.

Maksud KWLH ialah;

K - Know (tahu)W - Want (hendak/ingin tahuL - Learn (pelajari)H - How (bagaimana)

Aras Kefahaman

Literal Membaca untuk memahami isi-isi yang tersurat

InferenMembaca untuk memahami atau mengesan makklumat yang tersirat

Kritis Membaca dan menilai bahan –bahan Kreatif Membaca untuk mengahayati maklumat

5.3.3 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Membaca

(a) Pendekatan Binaan

Pendekatan binaan bermaksud pengajaran kemahiran membaca dengan memperkenalkan unsur / unit yang terkecil iaitu huruf-huruf terlebih dahulu. Kemudiannya unit-unit yang kecil ini akan membentuk unit yang lebih besar. Contohnya: Guru memperkenalkan huruf-huruf terlebih dahulu. Kemudiannya huruf-huruf itu dicantum menjadi sukukata, perkataan dan ayat. Pendekatan ini membuatkan murid-murid mengenali semua huruf, tetapi mungkin membosankan kerana huruf-huruf tersebut agak abstrak bagi kanak-kanak.

(b) Pendekatan Cerakinan

Pendekatan cerakinan bermaksud murid-murid didedahkan dengan unsur / unit yang besar dan kemudiannya dicerakinkan unit yang besar tersebut kepada unit-unit yang lebih kecil. Contohnya: Guru memperkenalkan suatu ayat terlebih dahulu. Ayat tersebut kemudiannya dicerakinkan kepada perkataan, diikuti dengan perkataan dan seterusnya kepada huruf.

1-8

Page 9: Kemahiran p&p BM

(c) Pendekatan Komunikatif

Kemahiran membaca berdasarkan fungsi bahasa merupakan alat perhubungan atau berkomunikasi. Menurut pendekatan ini, guru patut memilih bahan-bahan bacaan yang berfungsi untuk berkomunikasi seperti surat, brosur, laporan dan sebagainya. Murid-murid digalakkan mengemukakan pendapat mereka tentang sesuatu idea. Penggunaan bahan rangsangan seperti bahan multimedia dapat membantu murid-murid memahami bahan yang dibaca.

(d) Pendekatan Pengalaman Bahasa

Guru meransang perbincangan berkaitan dengan tajuk yang akan dibaca. Pengalaman sedia ada murid-murid tentang sesuatu tajuk yang dibaca akan membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Di samping itu guru juga perlu mengambil kira pengalaman bahasa kanak-kanak. Adakah mereka sudah biasa terdedah dengan bentuk bahasa yang terdapat dalam teks bacaan? Bentuk bahasa yang agak asing bagi kanak-kanak, akan menyebabkan mereka sukar memahami teks yang dibaca. Begitu juga dengan kosa kata yang digunakan.

5.3.4 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Membaca

Pelbagai kaedah diperkenalkan oleh pakar-pakar dalam bidang kemahiran membaca. Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan kekurangan tertentu. Antara kaedah pengajaran membaca ialah;

(a) Pandang dan sebut

Kaedah pandang sebut bermaksud kanak-kanak diajar membaca dengan menyebut keseluruhan perkataan dengan berpandukan gambar yang disertakan bersama-sama tulisan. Sebagai contoh: Guru menunjukkan gambar harimau bersama-sama dengan perkataan harimau (kad). Pada peringkat awal, kanak-kanak akan menyebut perkataan harimau berdasarkan gambar yang ditunjukkan. Kemudiannya mereka diajar mengeja perkataan “harimau” berdasarkan kad perkataan yang dilampirkan bersama.

(b) Kaedah Abjad

1-9

harimau

Page 10: Kemahiran p&p BM

Kaedah ini telah lama diamalkan oleh guru-guru bahasa. Kaedah ini juga dikenali dengan nama kaedah huruf atau mengeja. Mengikut kaedah ini murid-murid diperkenalkan dengan semua huruf-huruf dalam sistem ejaan iaitu dari huruf /a/ hingga /z/ (huruf kecil dan huruf besar). Murid-murid dikehendaki mengenal bentuk-bentuk huruf dan namanya. Kemudiannya mereka akan diperkenalkan dengan huruf vokal (a,e,i,o,u) dan huruf konsonan selebihnya. Huruf-huruf konsonan digabungkan dengan huruf vokal untuk membentuk suku kata. Daripada suku kata itu, dibentuk pula perkataan.

Suku kata (gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal)

Perkataan-perkataan yang boleh dicipta daripada suku kata tersebut

Ba, bi, bu, bo, beDa, de, di, do, duRa, re, ri, ro, ru

Ka, ke, ki, ku, ko

Buku, biru, dari, duri, bubu, Ribu, daki, kaki, baku

Sesuatu perkataan dieja mengikut nama huruf dan kemudian disebut perkataannya dengan cara;

Mengeja Suku kata. Murid-murid menyebut huruf bagi suku kata pertama (b,u) dan diikuti dengan bunyi suku kata pertama ”bu”. Kemudian murid-murid menyebut huruf bagi suku kata kedua (k,u) dan diikuti dengan bunyi suku kata kedua ”ku”. Lepas itu barulah kedua-dua suku kata di gabungkan menjadi perkataan. Proses ini diulang-ulang dengan huruf-huruf lain pula.

Suku kata pertama

Bunyi suku kata pertama

Suku kata kedua

Bunyi suku kata kedua

Bunyi Perkataan

b, u bu k, u ku bukub, a ba r, u ru baru

Mengeja seluruh perkataan. Murid menyebut huruf-huruf untuk mengeja perkataan batu iaitu (b,a,t,u). Kemudian diikuti dengan membunyikan perkataan ”batu”

Huruf Bunyi

B, a, t, u batu

R, i, b, u ribu

(c) Kaedah Fonetik

1-10

Page 11: Kemahiran p&p BM

Kaedah fonetik hampir sama dengan kaedah abjad, cuma yang membezakan kedua-dua kaedah ialah dalam kaedah fonetik nama huruf dikenali dengan bunyi, bukan nama huruf tersebut. Contohnya; huruf i dikenali dengan bunyi [e]

5.4 Kemahiran Menulis

Pengenalan

Kemahiran menulis perlu diajarkan mengikut peringkat-peringkatnya supaya murid-murid dapat menulis dengan betul. Setiap peringkat kemahiran menulis mempunyai hubungan dengan kemahiran-kemahiran lain. Oleh itu, pengajarannya mesti dirancang dengan kemas supaya murid-murid dapat menguasainya dan mempraktikkannya sebaik mungkin. Jika guru memahami peraturan dalam setiap peringkat kemahiran menulis dan melaksanakannya dengan sistematik, tidak mustahil satu hari nanti kita dapat mengekang masalah murid-murid yang tidak boleh menulis walaupun telah melepasi sekolah rendah.

Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penyampaian idea yang lancar dalam bentuk tulisan. Di samping itu ditekankan juga penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca, ejaan yang betul, tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu:

a) menggunakan pelbagai jenis ayat b) mencatat dan menyusun maklumatc) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatifd) membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca

Matlamat Pengajaran Pembelajaran Kemahiran Menulis

Kemahiran Menulis diajarkan kepada murid-murid supaya mereka dapat merakamkan apa yang didengar, dilihat atau dialami dalam bentuk grafik (penulisan). Dalam masa yang sama mereka juga akan menggunakan kemahiran berfikir sebaik mungkin. Kombinasi yang melibatkan minda, mata, telinga, dan jari ini akan menghasilkan kemahiran menulis yang sistematik.

5.4.1 Peringkat Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan imaginatif. Peringkat-peringkat kemahiran menulis terdiri daripada:

(a) Peringkat Pramenulis

1-11

Page 12: Kemahiran p&p BM

Murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Latihan otot-otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid. Berikut ialah contoh aktiviti pramenulis:

Menulis dari kiri ke kanan Menyambung titik-titik Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk Melukis gambar Melukis sesuatu objek di udara Melukis sesuatu objek di atas pasir Menggerakkan tangan / jari

(b) Peringkat Mekanis

Murid membentuk lambang-lambang huruf atau tulisan yang betul dan tepat.

Contoh aktiviti:

Aktiviti ContohMenulis huruf di atas kertas berjalur

Menulis perkataan dalam baris

Menekap huruf Menulis huruf daripada kertas lutsinar

Membentuk huruf dalam kotak

Membentuk lambang tulisan

Aa, Bb, Dd, Ee, Ff, Gg, Qq

(c) Peringkat Pelahiran

Murid dilatih melahirkan fikiran secara bertulis. Kemahiran ini boleh dikuasai dengan menulis berpandukan gambar, mengisi tempat kosong, melengkapkan ayat atau perenggan dan sebagainya. Pada peringkat awal, murid dilatih membuat karangan berpandu atau karangan terkawal untuk mengurangkan kesilapan.

Contoh aktiviti:

1-12

Page 13: Kemahiran p&p BM

5.4.2 Jenis Penulisan Karangan

Kemahiran mengarang boleh diajarkan secara berperingkat-peringkat. Untuk mencapai objektif kemahiran yang hendak dicapai, pengajaran karangan boleh diajarkan dengan menggunakan pendekatan-pendekatan tertentu seperti:

Terkawal Separuh terkawal Berpandu Bebas

(a) Karangan terkawal

Pendekatan terkawal merupakan satu pendekatan yang digunakan bagi membantu murid-murid menimba pengalaman mengarang supaya mereka biasa dengan struktur karangan. Selain itu, pendekatan ini dapat mengelakkan murid-murid daripada melakukan kesalahan baik dari segi bahasa mahu pun dari segi isi.

Murid-murid menulis karangan dengan berpandukan sepenuhnya kepada bahan yang disediakan oleh guru.

Contoh aktiviti: o mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan-perkataan

yang telah disediakan terlebih dahulu, o menulis karangan berdasarkan gambar bersiri, o menyusun ayat sehingga membentuk sebuah karangan yang lengkap,o menyusun bahagian pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup

untuk membentuk sebuah karangan yang lengkap bersturuktur.

(b) Karangan Separuh Terkawal

Pada peringkat ini pelajar-pelajar diberi peluang untuk menggunakan sedikit daya pemikiran mereka untuk memilih perkataan dan menyesuaikannya dengan bahan pengajaran dan pembelajaran. Antara latihan yang bersesuaian dengan penulisan

1-13

Menulis jawapan pemahaman

Menulis ayat berdasarkan gambar

Menulis karangan

Menulis rencana

AKTIVITI Mengisi silang kata

Membina ayat Memanjangkan ayat Melengkapkan ayat

Page 14: Kemahiran p&p BM

peringkat ini ialah latihan menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadankan dengan perkataan lain yang disediakan

(c) Karangan berpandu

Murid-murid yang melalui peringkat ini diberi sedikit kawalan, mereka dipandu dalam membuat karangan tersebut. Pelajar-pelajar mungkin dipandu dari segi isi karangan atau diberikan beberapa urutan gambar dan diminta menghasilkan karangan berdasarkan ransangan-ransangan yang telah diberi.

Isi karangan telah diberikan oleh guru Murid-murid membina ayat berdasarkan perkataan atau rangkai kata yang

telah diberikan oleh guru Murid-murid mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan mereka

sendiri bagi melengkapkan perenggan. Kad-kad imbasan dan kad perkataan digunakan bagi membantu murid-murid. Murid mengolah isi berdasarkan pendahuluan atau pengakhiran cerita yang

telah diberikan oleh guru Kesalahan yang minima dapat dielakkan daripada dilakukan oleh murid-

murid. Latihan memadankan ayat boleh diberikan terlebih dahulu kepada murid-

murid. Murid-murid yang pandai diberikan aras latihan yang lebih mencabar. Penulisan karangan boleh dilakukan dalam bentuk grafik sebelum ditulis

dalam bentuk wacana yang lengkap.

(d) Karangan bebas

Anda harus ingat bahawa penulisan karangan mengikut pendekatan bebas hanya dapat dijalankan apabila pelajar-pelajar telah menguasai kemahiran bahasa dengan baik. Pelajar-pelajar diberi kebebasan menulis karangan tanpa bimbingan daripada guru. Pendekatan ini menegaskan bahawa murid-murid pada peringkat pertengahan perlu memberi perhatian kepada isi dan kelancaran penulisan. Hal demikian kerana pada peringkat ini mereka telah mempunyai pengetahuan tatabahasa dan kemahiran mekanis yang mencukupi. Dari segi teorinya, pendekatan karangan secara bebas memberi peluang kepada murid-murid menggambarkan pendapat mereka secara bersendirian tentang sesuatu tajuk karangan. Karangan jenis ini diperluaskan kepada bentuk naratif, deskriptif, imaginatif, kreatif, dan argumentatif.

(e) Karangan Kreatif

Pendekatan kreatif merupakan jenis penulisan yang agak tinggi aras kesukarannya. Jenis penulisan ini dilakukan oleh murid-murid setelah mereka menguasai penulisan bebas.

5.4.3 Pendekatan

1-14

Page 15: Kemahiran p&p BM

Pendekatan Huraian Cadangan P & P

Pendekatan Proses

Pendekatan menekankan proses mengarang bukannya hasil penulisan

Murid mencari isi dan idea

Membuat draf 1 karangan

Mendapatkan maklum balas tentang draf 1 daripada pihak lain

Menulis karangan dan membuat pengubah- suaian berdasarkan maklum balas

Guru memantau proses pelajar menghasilkan karangan daripada peringkat perancangan hingga ke penghasilan karangan

Pendekatan Pengalaman

Menulis karangan berdasarkan pengalaman sebenar pelajar

Menulis karangan berdasarkan pengalaman sedia ada

Berkongsi pengalaman dengan rakan

Murid membuat draf karangan dan membaiki karangan tersebut

Murid menulis semula karangan berasaskan tajuk diberi

3.3.5 Ejaan dan Imlak (Rencana)

Imlak ialah aktiviti mencatat bahan yang direncanakan oleh guru. Dalam proses mencatat, murid-murid mengaplikasikan kemahiran mendengar dengan sebaik mungkin supaya rencana yang dicatat itu menepati sistem bahasa yang betul. Setelah itu, guru akan membuat semakan untuk memastikan murid-murid telah menguasai sistem ejaan dan tanda baca yang tepat.

Latihan

1-15

Page 16: Kemahiran p&p BM

1. Sila sediakan satu karangan tentang pengalaman yang anda tidak dapat lupakan semasa menjalankan tugas sebagai seorang guru.

2. Sila catatkan refleksi bagaimana anda menyelesaikan tugasan tersebut dari peringkat awal hingga ke peringkat akhir penulisan karangan tersebut. Sila nyatakan bagaimana guru anda dapat membantu anda pada setiap peringkat

Rumusan

Kesimpulan daripada penerangan serta perbincangan kita di atas dapatlah dikatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan, membaca dan menulis memerlukan pelajar mempraktikkan setiap aktiviti yang berkaitan kemahiran tersebut kerana latihan akan membuatkan kemahiran menjadi sempurna.

5.5 Pengajaran Sistem Bahasa

Pengenalan

Sistem Bahasa bahasa Melayu merangkumi aspek tatabahasa, gaya bahasa, ragam bahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi. Justeru, penghasilan unit ini juga bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar menguasai ilmu dan kemahiran pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dari segi sistem bahasa dan kemahiran berbahasa.

Sebagai guru bahasa, anda juga perlu menguasai pengetahuan sistem bahasa dengan baik agar pengajaran dan pembelajaran dapat dikendalikan dengan lebih berkesan. Selain itu, anda perlu mengetahui beberapa pendekatan yang boleh diterapkan dalam menyampaikan pengetahuan sistem bahasa kepada pelajar-pelajar. Anda juga perlu mengetahui penilaian dan penghasilan bahan yang sesuai serta memehami bentuk penilaian bagi setiap kemahiran sistem bahasa yang telah dikuasai.

a). Aspek-aspek Sistem Bahasa Bahasa Melayu

i. Tatabahasaii. Kosa kataiii. Peribahasaiv. Sistem ejaanv. Sebutan dan intonasi.

1-16

Sistem bahasa, …mmm nanti aku rujuk buku ya!

Page 17: Kemahiran p&p BM

b). Pendekatan Pengajaran Sistem Bahasa

Pendekatan pengajaran sistem bahasa juga berasaskan teori linguistik dan psikologi. Terdapat empat pendekatan pengajaran dan pembelajaran kemahiran sistem bahasa. Anda boleh pilih dan gunakan sama ada pendekatan induktif, deduktif, eklektik atau komunikatif. Walau bagaimanapun penyesuaiaan kaedah dan teknik boleh juga diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran sistem bahasa selaras dengan pendekatan yang digunakan.

Pendekatan Huraian Cadangan Pengajaran dan Pembelajaran

Induktif Pendekatan ini didahulukan dengan mengemukakan contoh-contoh tatabahasa, kemudian diikuti dengan rumusan atau membuat generalisasi oleh pelajar dan diikuti aktiviti penerapan atau aplikasi

Contoh PengajaranAyat aktif dan ayat pasif Guru mengedarkan kertas lampiran ayat

aktif dan pasif kepada setiap pelajar. Pelajar-pelajar membaca ayat tersebut.

Guru memandu dan membimbing para pelajar menentukan rumus bagi struktur ayat dan membuat perbandingan

Setelah pelajar-pelajar memahami rumus ayat pasif dan ayat aktif, pelajar-pelajar membina ayat mereka sendiri

Guru memberi latihan kepada pelajar supaya dapat mengaplikasi rumus-rumus yang telah dipelajari

Deduktif Mendahulukan rumus-rumus tatabahasa. Kemudian diikuti oleh contoh-contoh dan diakhiri dengan aplikasi peraturan tatabahasa tersebut

Contoh Pengajaran Guru memberi penerangan (definisi)

tentang ayat aktif transitif kepada pelajar-pelajar

Guru mengemukakan contoh-contoh ayat kepada pelajar-pelajar

Pelajar membaca dan meneliti contoh-contoh ayat pelajar-pelajar dan kemudian menghasilkan ayat mereka sendiri.

Guru membetulkan kesilapan pelajar-pelajar.

Guru menyediakan latihan supaya pelajar-pelajar dapat mengaplikasi aspek tatabahasa yang telah dipelajari.

1-17

Page 18: Kemahiran p&p BM

Pendekatan Huraian Cadangan Pengajaran dan Pembelajaran

Eklektik Pendekatan yang menggabungkan kedua-kedua pendekatan deduktif dan induktif supaya pengajaran lebih berkesan. Guru mengemukakan contoh-contoh terlebih dahulu, diikuti keterangan berkaitan rumus atau yang diajar. Kemudian pelajar-pelajar dibimbing mengenal pasti unsur-unsur tatabahasa yang dikemukakan dengan memberikan contoh-contoh baru

Contoh PengajaranFungsi imbuhan “me … i”, “me ... kan”

Diberi beberapa contoh imbuhan berkenaan. Guru menerangkan maksud ayat dan perbezaannya.Berdasarkan contoh dan penerangan tersebut, guru membantu pelajar-pelajar membuat rumusan dan membina ayat-ayat baru

Pelajar-pelajar diberi latihan untuk memperkukuh pembelajaran

Komunikatif Pendekatan ini mementingkan

penggunaan tatabahasa untuk komunikasi. Sehubungan dengan itu pengajaran tatabahasa seharusnya menekankan penggunaan tatabahasa mengikut situasi sebenar, sama ada secara lisan atau tulisan. Contohnya penggunaan tatabahasa dalam simulasi, main peranan, dan sebagainya.

Contohnya* Pelajar-pelajar melakonkan satu situasi berdasarkan dialog yang diberi* Guru membetulkan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam lakonan tersebutPelajar-pelajar diberi latihan bertulis tatabahasa berlainan lakonan yang dijalankan

Pemilihan pendekatan ini amat penting dan hendaklah bersesuaian dengan tahap kemampuan pelajar-pelajar dan kemudahan-kemudahan pembelajaran yang sedia ada. Kesemua aspek ini perlu diambil kira supaya pengajaran guru akan menjadi lebih baik dan berkesan.

c). Prinsip-prinsip Pengajaran Berdasarkan Konteks

Sistem bahasa hendaklah dijadikan dasar kepada kecekapan berbahasa dan mestilah diajar secara sedar, tersisip dan terancang. Oleh itu prinsip pengajarannya perlu dipatuhi supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Anda juga perlu menyediakan pelbagai contoh yang sesuai dan latihan-latihan yang dapat memastikan penggunaan tatabahasa, gaya bahasa, sistem ejaan dan sebagainya dapat digunakan dengan tepat dan bermakna.

1-18

Page 19: Kemahiran p&p BM

Beberapa prinsip berikut dapat dijadikan panduan untuk pengajaran dan pembelajaran kemahiran sistem bahasa.

1. Menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa mengikut konteks berdasarkan teks petikan yang digunakan.

2. Memulakan proses pengajaran daripada yang mudah kepada yang lebih kompleks.

3. Tidak menggalakkan pelajar menghafal rumus-rumus atau hukum-hukum tatabahasa.

4. Diajarkan secara penyerapan (tersisip) dalam sesi pengajaran bahasa (dalam salah satu langkah pengajaran yang dipilih)

5. Mengajar secara konkrit dengan menggunakan alat bantu mengajar dan bahan-bahan rangsangan yang menarik dan berkesan.

6. Menggunakan pengantaraan deria yang dibantu dengan contoh-contoh dan bentuk simulasi secara berkesan.

7. Mengenal pasti struktur isi dengan jelas (rujuk bahan). Mahir tentang selok -belok tatabahasa yang hendak disampaikan.

8. Perlu banyak latih tubi bagi mengekalkan ingatan. (dalam bentuk lisan dan tulisan)

d). Membina Bahan Sumber Pengajaran Sistem Bahasa

Penggunaan bahan dan alat bantu mengajar yang sesuai dan menarik, amat penting bagi membantu guru dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan bertujuan menimbulkan ransangan dan minat pelajar untuk mengikuti pelajaran yang diajar bagi membantu pemahaman mereka di samping mempermudah dan menjimatkan masa pembelajaran. Antara bahan dan alatan yang boleh digunakan ialah audio video, bahan bercetak, bentuk-bentuk visual komputer, dan objek-objek fizikal atau maujud yang lain.

Kesimpulan

Sistem bahasa merupakan sebahagian daripada kemahiran bahasa yang amat penting dan perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Penguasaan sistem bahasa yang baik akan mempengaruhi kemampuan berbahasa dan berkomunikasi seseorang.Justeru, sebagai guru bahasa anda bukan sahaja perlu menguasai sistem bahasa Melayu dengan baik tetapi perlu mahir menggunakan bahan dan pendekatan yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat memahaminya dengan lebih mudah dan berkesan.

2. Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

1-19

Page 20: Kemahiran p&p BM

i. tatabahasa,ii. kosa kata,iii. peribahasa,iv. sistem ejaan,

Bacaan Asas

1-20

Page 21: Kemahiran p&p BM

Abdul Aziz Talib (1989), Pengajaran dan Pengujian Bahasa, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Abd. Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik, Kuala Lumpur: Utusan Oublication & Distributors Sdn. Bhd.

Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah hamid, (1990). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kamaruddin Hj Husin, Siti Hajar Hj Abdul Aziz, Arb’ie Sujud ( 1997). Pengajian Melayu 1: Ilmu Bahasa Dan Kecekapan Berbahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1997). Pengajian Melayu 2: Ketrampilan Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamaruddin Hj Husin (2001). Pedagogi Bahasa ( Perkaedahan). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Raminah Hj Sabran (1991), Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya Pada Peringkat Sekolah Rendah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan (1987). Isu-isu pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azaman Wan Chik (1986). Mengajar Bahasa Malaysia, Jilid 1 & 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Institut Bahasa (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Juriah Long dan Noor Ein Mohd. Noor (1990). Alat dan Bahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Kamarudin Hj Husin (1991). KBSM dan Model-Model Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Koh Boh Boon (1989). Perspektif-Perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

1-21