Kemahiran Proses Sains

5
Kemahiran Proses Sains Kemahiran proses sains adalah proses-proses kognitif atau cara pelajar berfikir semasa mereka menjalankan penyiasatan (membuat melalui pemikiran). Kemahiran proses sains merupakan kemahiran memperolehi dan memproses maklumat di sekeliling kita secara sistematik. Kemahiran proses sains ini berbeza daripada kemahiran manipulatif yang berbentuk psikomotor (Gott dan Dugan, 1995). Menurut Wellington (1989) dan Screen (1986), kedua-dua kemahiran ini penting kerana ia akan kekal selepas fakta-fakta menjadi lapuk atau dilupai. Penguasaan dalam KPSB memerlukan pemikiran peringkat tinggi atau tahap pemikiran operasi formal (Inhelder & Piaget, 1957).Lawson (1995) mendefinisi tahap operasi formal sebagai pemikiran hipotetikal deduktif (HD) iaitu tahap pelajar sudah menguasai pemikiran abstrak dengan kebolehan melakukan pemikiran pergabungan (combinatorial thinking), pemikiran mengenalpasti dan mengawal pembolehubah, pemikiran perkadaran dan kebarangkalian ketika menyelesaikan masalah-masalah saintifik KAJIAN KEMAHIRAN PROSES SAINS Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan mengenai penguasaan kemahiran proses sains dalam kalangan pelajar-pelajar di Malaysia (Daniel & Rohaida, 2000, 1999; Zurida Ismail,1998; Ismail Othman, 1997; Nordin Razak, 1997; Jabatan Pendidikan

Transcript of Kemahiran Proses Sains

Page 1: Kemahiran Proses Sains

Kemahiran Proses Sains

Kemahiran proses sains adalah proses-proses kognitif atau cara pelajar berfikir semasa

mereka menjalankan penyiasatan (membuat melalui pemikiran). Kemahiran proses sains

merupakan kemahiran memperolehi dan memproses maklumat di sekeliling kita secara

sistematik. Kemahiran proses sains ini berbeza daripada kemahiran manipulatif yang berbentuk

psikomotor (Gott dan Dugan, 1995). Menurut Wellington (1989) dan Screen (1986), kedua-dua

kemahiran ini penting kerana ia akan kekal selepas fakta-fakta menjadi lapuk atau dilupai.

Penguasaan dalam KPSB memerlukan pemikiran peringkat tinggi atau tahap pemikiran operasi

formal (Inhelder & Piaget, 1957).Lawson (1995) mendefinisi tahap operasi formal sebagai

pemikiran hipotetikal deduktif (HD) iaitu tahap pelajar sudah menguasai pemikiran abstrak

dengan kebolehan melakukan pemikiran pergabungan (combinatorial thinking), pemikiran

mengenalpasti dan mengawal pembolehubah, pemikiran perkadaran dan kebarangkalian ketika

menyelesaikan masalah-masalah saintifik

KAJIAN KEMAHIRAN PROSES SAINS

Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan mengenai penguasaan kemahiran proses

sains dalam kalangan pelajar-pelajar di Malaysia (Daniel & Rohaida, 2000, 1999; Zurida

Ismail,1998; Ismail Othman, 1997; Nordin Razak, 1997; Jabatan Pendidikan Negeri Kedah,1997;

Roadrangka et al, 1996, Tan, 1996, Tan, 1993, Lee, 1991, Chan, 1984). Dapatan-dapatan

daripada kajian ini menunjukkan bahawa penguasaan kemahiran proses sains oleh pelajar-pelajar

di Malaysia adalah tidak memberangsangkan. Pelajar –pelajar didapati masih lemah dalam

kemahiran proses sains. Punca utama masalah tersebut ialah guru dan pelajar jarang

mempraktikkan kemahiran saintifik sains dan corak pengajaran kurang menekankan kemahiran

berfikir seperti yang dicadangkan dalam kurikulum sains.

Selain itu, kajian juga dijalankan oleh Shariha (2005) ke atas 293 orang pelajar tingkatan

lima aliran sains dari enam buah sekolah di daerah Kota Bharu yang dipilih secara rawak.

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah Ujian Tahap Penguasaan Inkuiri.

Tahap penguasaan inkuiri pelajar diukur dengan menggunakan tahap kemahiran proses sains

Page 2: Kemahiran Proses Sains

pelajar iaitu kemahiran membina hipotesis, mengenalpasti pembolehubah, merancang

penyiasatan dan membuat kesimpulan. Dapatan menunjukkan tahap 43 penguasaan inkuiri

pelajar dalam mata pelajaran kimia adalah lemah iaitu 30.07 %. Tahap penguasaan inkuiri dalam

membina hipotesis, 30.97 %, mengenalpasti pembolehubah, 30.97 %, 24.38 % dalam merancang

penyiasatan, 36.30 % dalam mentafsir maklumat dan 17.79 % dalam membuat kesimpulan.

Model Inkuiri Sains (Model Dewey)

-digunakan untuk mengkaji prinsip,fenomena dan cirri-ciri unsur sains.

-berlandaskan kepada 5 langkah:

i. MENGENAL PASTI MASALAH

ii. MENCARI MAKLUMAT RUMUSAN

iii. MEMBUAT HIPOTESIS

iv. MENGUJI HIPOTESIS

v. MENILAI DAN MEMBUAT RUMUSAN

APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF?

Mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat kemudian membuat generalisasi/kesimpulan Bermula dengan memberi beberapa contoh yang khusus Contoh-contoh mempunyai prinsip yang sama Murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti & mentafsir maklumat untuk membuat

generalisasi/kesimpulan Matematik, bahasa dan sains banyak menggunakan pengajaran induktif Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif

o Sediakan contoh-contoh yang sesuaio Soalan-soalan disediakan untuk membimbing membuat kesimpulano Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk mencari kesimpulano Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang samao Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai & mencukupi.

Page 3: Kemahiran Proses Sains

o Murid-murid digalakkan memberi contoh yang samao Guru tidak harus memberi contoh sekaliguso Sediakan alat bantu mangajaro Penggunaan deria-deria murid dalam aktiviti – lihat, dengar, hidu & sentuh.o Pengajaran mengikut urutan yang tepat – contoh-contoh spesifik membawa kepada

kesimpulan umum.

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID?

Murid memainkan peranan penting Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing. Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat, objektif pencapaian murid diutamakan perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.) Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid. Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan, Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong) Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk, Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif. Kaedah & Teknik – projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaian masalah,

simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU?

Guru memainkan peranan penting Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap. Kepimpinan guru secara autokratik Pencapaian objektif guru diutamakan Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni/perkembangan

emosi. Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal. Interaksi di antara murid adalah pasif. Kaedah keseluruhan kelas. Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif.Kaedah & Teknik – penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita, keseluruhan kelas