KEMAHIRAN PROSES SAINS

17
KEMAHIRAN PROSES SAINS MEMERHATI Proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena dengan menggunakan semua atau sebahagian daripada deria. Alat atau instrumen boleh juga digunakan untuk membantu deria. Pemerhatian yang dilakukan mungkin: 1. kualitatif - hanya deria digunakan untuk mengumpul maklumat 2. Kuantitatif - maklumat lebih tepat secara perbandingan, anggaran atau menggunakan instrumen 3. Perubahan - fenomena yang mengalami perubahan fizikal atau kimia diperhatikan secara kualitatif atau kuantitatif ZUM/SMKCT MUKA SURAT 1

description

kemahiran proses sains

Transcript of KEMAHIRAN PROSES SAINS

KEMAHIRAN PROSES SAINS

KEMAHIRAN PROSES SAINS

MEMERHATI

Proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena dengan menggunakan semua atau sebahagian daripada deria. Alat atau instrumen boleh juga digunakan untuk membantu deria.Pemerhatian yang dilakukan mungkin:

1. kualitatif -hanya deria digunakan untuk

mengumpul maklumat

2.Kuantitatif-maklumat lebih tepat secara

perbandingan, anggaran atau menggunakan instrumen

3.Perubahan-fenomena yang mengalami perubahan

fizikal atau kimia diperhatikan secara kualitatif atau kuantitatif

Soalan : Nyatakan dua pemerhatian dari ekperimen diatas:

MENGELAS

Kebolehan mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya.

Contoh:

Bahan Takat Kekonduksian elektrik

kimialeburPepejalLeburan

XTinggiTidakYa

YTinggiYaYa

ZRendahYaTidak

Plumbum (II) bromida

Jadual 2Antara empat bahan kimia yang digunakan seperti dalam Jadual 2 yang manakah merupakan

i. Sebatian kovalen

ii. Sebatian ionik

MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR

Kebolehan mengumpul maklumat secara kauntitatif dengan menggunakan nombor atau / dan unit piawai. Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih jitu

INFERENS

Kebolehan membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar, untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian

Teliti kenyataan-kenyataan berikut mengenai daun itu.Kenyataan AKenyataan B

Daun ini berwarna hijau bertompok-tompok coklatTompok-tompok ini mungkin disebabkan oleh racun

Terdapat beberapa lubangLubang-lubang ini hasil gigitan serangga atau ulat

Dapatkah anda mengenal pasti perbezaan antara kenyataan A dan B?Kenyataan B menerangkan kenyataan A. Kenyataan B adalah inferens

MERAMAL

Kebolehan membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

Gambar di atas menunjukkan ketul batu dimasukkan ke dalam botol yang berisi air. Lukiskan dalam petak E kedudukan paras air dalam botol itu setelah dua ketul batu dimasukkan dan dikeluarkan semulaBERKOMUNIKASI

Kebolehan menerima, memilih, mengorganisasi dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, lisan, jadual, graf, rajah skema atau model, carta alir dan carta bar.

Contoh lain:

Dengan menggunakan paksi yang sama, Lukiskan graf isipadu gas melawan masa bagi Eksperimen I dan II pada kertas graf yang disediakan.

MENGGUNAKAN PERHUBUNGAN RUANG DAN MASA

Kebolehan memperihalkan perubahan parameter seperti bentuk, saiz, isipadu dan jisim sesuatu objek dengan masa

Ali memasang radas seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.37 untuk memerhatikan perubahan yang berlaku pada seketul ais.

Air dari peleburan ais disukat dengan menggunakan silinder penyukat.

Isipadu air dalam silinder penyukat dibaca setiap 5 minit.

Keputusannya adalah seperti dalam Jadual 1.20

Masa

(minit)Isipadu

(ml)

00

510

1018

1525

2035

Jadual 1.20

Soalan :

Apabila masa bertambah, apakah yang terjadi kepada saiz dan bentuk ketulan ais?

Jawapan anda terhadap soalan di atas menerangkan PERHUBUNGAN RUANG (bentuk dan saiz) dengan PERUBAHAN MASA.Contoh lain:

1. Mengapakah daging yang dipotong kecil lebih cepat masak berbanding saiz besar

2.Apakah faktor yang menyebabkan perbezaan kadar tindak balas dalam kedua-dua eksperimen (Rujuk jadual 1 / muka surat 9)

Soalan:(a) Lukis graf dengan menggunakan data pada Jadual 1.22

(b) Nyatakan perhubungan di antara kuantiti garam dengan masa yang diambil untuk larut.

(c) Apakah kadar keterlarutan garam tersebut MENTAFSIR DATA

Kebolehan memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan.

Contoh:

JantinaBerat (kg)Jumlah

Lelaki252625262523150

Perempuan282726272628162

Jadual 2.1

Jadual 2.1 menunjukkan berat dikalangan pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 10 tahun.

Apakah kesimpulan yang anda boleh buat daripada data ini?

MENGAWAL PEMBOLEHUBAH

Kebolehan mengenalpasti pembolehubah dimanipulasi, pembolehubah bergerak balas dan pembolehubah yang dimalarkan.

Tujuan eksperimen: Mengkaji kesan saiz bekas ke atas masa untuk lilin terpadam.

Pembolehubah dimanipulasikan : Saiz bekas kaca

Pembolehubah yang bergerakbalas @ pembolehubah yang berubah : masa

Pembolehubah yang dimalarkan : panjang lilin / saiz lilin

MENDEFINASIKAN SECARA OPERASI

Kebolehan memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan.

Contoh:Berikut adalah dua kenyataan mengenai asid :1. Asid ialah bahan yang mengandungi ion hidrogen.

2. Asid ialah bahan yang menukarkan kertas litmus biru menjadi merah.

Apakah perbezaan antara kenyataan-kenyataan itu?

Bolehkah anda menentukan yang manakah DEFINASI SECARA OPERASI ?

Jawapannya:

Dalam kenyataan kedua, tindakan asid menukarkan warna kertas litmus boleh dilakukan dan diperhatikan manakala kenyataan pertama tidak boleh diperhatikan.

Oleh itu, kenyataan kedua adalah definasi secara operasi bagi asid.

Contoh lain :

1. Jumlah isipadu gas yang dibebaskan pada 2 minit pertama dalam ekpserimen II lebih besar daripada eksperimen I. Jelaskan mengapa ?

(Rujuk Jadual 1/muka surat 9)

HIPOTESIS

Kebolehan membuat suatu pernyataan umum tentang hubungan antara pembolehubah dimanipulasi dengan pembolehubah bergerak balas yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Pernyataan ini perlu diuji untuk membuktikan kesahihannya.

Contoh :

Pembolehubah yang dimanipulasikan: Saiz marmarPembolehubah yang bergerak balas : Kadar tindak balas

Hipotesis : Semakin kecil saiz marmar berkurangan, kadar tindak balas

semakin bertambah

ZUM/SMKCTMUKA SURAT

15

_1122751825.bin

_1122834496.bin

_1122835058.bin

_1122835727.bin

_1122752466.bin

_1122753125.bin

_1122753901.bin

_1122752121.bin

_1122751128.bin

_1122751483.bin

_1122750643.bin