KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN, UTM.pdf
Transcript of KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN, UTM.pdf
KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DI KALANGAN
PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN, UTM DAN HUBUNGANNYA
DENGAN SIKAP TERHADAP E-PEMBELAJARAN
SU LIH TENG
UNVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
Saya mengakui karya yang bertajuk “Kemahiran Teknologi Maklumat di Kalangan
Pelajar Fakulti Pendidikan, UTM dan Hubungannya dengan Sikap Terhadap
E-pembelajaran” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
iii
Untuk ayah dan ibu tersayang
iv
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada dua orang penyelia projek,
Prof. Madya Dr. Baharuddin Aris dan En. Noraffandy Yahaya serta pensyarah-
pensyarah lain atas bimbingan dan dorongan yang telah diberikan sepanjang tempoh
penyeliaan tesis ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada pihak Fakulti Pendidikan yang
membekalkan maklumat yang diperlukan dalam penyelidikan ini. Tidak lupa juga
rakan-rakan seperjuangan saya yang telah menghulurkan bantuan kepada saya.
Penghargaan diberikan kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang tersayang
yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada saya.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau secara tidak langsung yang membantu menjayakan penyelidikan ini.
v
ABSTRAK
E-pembelajaran telah menjadi satu kaedah pembelajaran yang popular
dilaksanakan di dalam bidang pendidikan. UTM mula melaksanakan e-pembelajaran
yang menggunakan Sistem Pengurusan Pembelajaran Moodle pada tahun 2004.
Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau pengaruh kemahiran teknologi maklumat,
jantina, jenis aliran kursus dan kekerapan penggunaan e-pembelajaran pada sikap
terhadap e-pembelajaran di UTM. Soal selidik telah diedarkan kepada 327 orang
pelajar Fakulti Pendidikan UTM, Skudai. Data latar belakang pelajar dari segi jantina,
aliran kursus yang diikuti, kekerapan penggunaan e-pembelajaran UTM, tahap
kemahiran teknologi maklumat pelajar dan tahap sikap pelajar terhadap e-
pembelajaran telah dikutip. Soal selidik sikap terhadap e-pembelajaran dibahagi
kepada empat bahagian iaitu kegusaran terhadap e-pembelajaran, keyakinan terhadap
e-pembelajaran, kesukaan terhadap e-pembelajaran dan persepsi terhadap faedah e-
pembelajaran. Satu soalan sumbangan terbuka telah ditanya untuk mendapatkan
faktor sebenar keseronokan pelajar menggunakan e-pembelajaran. Dapatan kajian ini
menunjukkan terhadap korelasi sederhana antara kemahiran teknologi maklumat
dengan sikap terhadap e-pembelajaran.Tiada perbezaan signifikan sikap terhadap e-
pembelajaran antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan pada . Tiada perbezaan
signifikan kegusaran terhadap e-pembelajaran (p=0.378) dan kesukaan terhadap e-
pembelajaran (0.489) di antara aliran kursus yang berlainan. Didapati pelajar aliran
sastera mempunyai keyakinan (p=0.046) dan persepsi faedah (p=0.029) yang lebih
positif daripada pelajar aliran kejuruteraan. Selain itu, terdapat hubungan positif
antara kekerapan penggunaan e-pembelajaran dengan sikap terhadap e-pembelajaran.
Secara umumnya, kajian ini menunjukkan pelajar perlu menguasai kemahiran
teknologi maklumat dalam menceburi e-pembelajaran supaya menghasilkan suasana
pembelajaran yang positif.
vi
ABSTRACT
E-learning has become a popular method of learning used in the field of
education. UTM started its e-learning through Moodle Learning Management System
in 2004. The aim of this study is to investigate the influence of information
technology skill, gender, type of course stream and the frequency of using e-learning
in the attitude towards e-learning at UTM. Questionnaires were distributed to 327
students of the UTM Education Faculty, Skudai. Data regarding the background of
students that are their gender, course pursued, frequency of using e-learning at UTM,
the level of students’ information technology skill and students’ attitude towards e-
learning was collected. The questionnaire on students’ attitude towards e-learning
was divided into four parts, that are their anxiety towards e-learning, confidence
towards e-learning, liking towards e-learning and their perception towards the
benefits of e-learning. An open question to find out the actual factor behind the
excitement of using e-learning among students was also asked. There was no
significant difference in the attitude towards e-learning between male and female
students. There was no significant difference in the anxiety towards e-learning
(p=0.378) and the liking towards e-learning among the difference streams of courses
(p=0.489). The study shows that art stream students had confidence (p=0.046) and a
more positive perception (p=0.029) in contrast to the students in the engineering
stream. Besides that, there was a positive correlation between the frequency of using
e-learning with the attitude towards e-learning. In general, this research shows that
students need to master the skill of information technology when participating in e-
learning in order to produce a positive learning.
vii
KANDUNGAN
BAB PEKARA MUKA SURAT PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kerangka Kajian 6
1.7 Rasional Kajian 7
1.8 Batasan Kajian 7
1.9 Definisi Istilah 8
1.10 Penutup 10
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 11
2.1 Pengenalan 11
viii 2.2 Apa itu E-pembelajaran 11
2.3 Perkembangan E-pembelajaran dalam Sistem
Pendidikan di Malaysia
12
2.3.1 E-pembelajaran di peringkat sekolah 13
2.3.2 E-pembelajaran di peringkat universiti 15
2.3.3 Perkembangan e-pembelajaran di UTM 16
2.3.4.1 Projek e-learning di UTM 17
2.4 Kelebihan E-pembelajaran dan Kesannya
Terhadap Pelajar
19
2.5 Sikap Pelajar Terhadap E-pembelajaran dan
Faktornya
21
2.6 Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) 24
2.6.1 Kelebihan sistem pengurusan
pembelajaran (SPP)
25
2.6.2 Jenis sistem pengurusan pembelajaran 25
2.6.2.1 Blackboard 26
2.6.2.2 WebCT 26
2.6.2.3 Moodle 27
2.6.3 Pandangan pengguna terhadap Moodle 27
2.6.4 Mengapa memilih Moodle/ kelebihan
Moodle
29
2.7 Sikap Pelajar Terhadap SPP 30
2.8 Kemahiran Teknologi Maklumat Terhadap Sikap
Menggunakan E-pembelajaran
30
2.9 Jantina dengan Sikap Pelajar Terhadap E-
pembelajaran
31
2. 10 Jenis Kursus dengan Sikap Terhadap E-pembelajaran 32
2.11 Kekerapan Menggunakan E-pembelajaran dengan
Sikap Terhadap E-pembelajaran
33
2.12 Penutup 33
ixBAB 3 METODOLOGI KAJIAN 34
3.1 Pengenalan 34
3.2 Reka Bentuk Kajian 34
3.3 Populasi dan Persampelan 35
3.4 Instrumen 36
3.5 Kajian Rintis 38
3.6 Pengumpulan dan Analisis Data 39
3.6.1 Data demografik pelajar 39
3.6.2 Kemahiran teknologi maklumat 40
3.6.3 Sikap terhadap e-pembelajaran 40
3.6.4 Kemahiran teknologi dengan sikap
terhadap e-pembelajaran
40
3.6.5 Sikap terhadap e-pembelajaran antara
jantina
41
3.6.6 Sikap pelajar aliran kursus berlainan
terhadap e-pembelajaran
41
3.6.7 Kekerapan penggunaan e-pembelajaran
dengan sikap terhadap e-pembelajaran
42
3.7 Penutup 42
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 43
4.2 Latar Belakang Responden 44
4.3 Frekuensi dan Peratus Kekerapan Penggunaan E-
pembelajaran dalam Seminggu
45
4.4 Peratusan Kemahiran Teknologi Maklumat Pelajar 47
4.5 Sikap Pelajar Terhadap E-pembelajaran 49
4.5.1 Peratus kegusaran terhadap e-
pembelajaran
49
4.5.2 Peratusan keyakinan terhadap e-
pembelajaran
51
4.5.3 Peratus kesukaan terhadap e- 52
x pembelajaran
4.5.4 Peratusan persepsi terhadap faedah e-
pembelajaran
53
4.6 Korelasi Antara Kemahiran Teknologi Maklumat
dengan Sikap Terhadap E-pembelajaran
54
4.7 Perbezaan Sikap Pelajar Terhadap E- pembelajaran
di Antara Lelaki dan Perempuan
57
4.8 Perbezaan Sikap Pelajar Terhadap E- pembelajaran
di Antara Jenis Aliran Kursus yang Berlainan
58
4.9 Korelasi Antara Kekerapan Penggunaan E-
pembelajaran Seminggu dengan Sikap Terhadap
E-pembelajaran
60
4.10 Analisis Soalan Terbuka 63
4.11 Penutup 68
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
70
5.1 Pengenalan 70
5.2 Perbincangan 71
5.2.1 Latar belakang pelajar 71
5.2.2 Kekerapan penggunaan e-pembelajaran 72
5.2.3 Tahap kemahiran teknologi maklumat 72
5.2.4 Sikap pelajar terhadap e-pembelajaran 73
5.2.4.1 Kegusaran terhadap e-
pembelajaran
73
5.2.4.2 Keyakinan terhadap e-
pembelajaran
74
5.2.4.3 Kesukaan terhadap e-
pembelajaran
74
5.2.4.4 Persepsi terhadap faedah e-
pembelajaran
74
5.2.4.5 Kesimpulan 75
xi 5.2.5 Korelasi antara kemahiran teknologi
maklumat dengan sikap terhadap e-
pembelajaran
75
5.2.6 Sikap pelajar terhadap e-pembelajaran
di antara lelaki dan perempuan
76
5.2.7 Jenis aliran kursus dengan sikap
terhadap e-pembelajaran
77
5.2.8 Korelasi antara kekerapan penggunaan
e-pembelajaran seminggu dengan sikap
terhadap e-pembelajaran
77
5.2.9 Perbincangan soalan terbuka 78
5.3 Kesimpulan 79
5.4 Implikasi Kajian 80
5.5 Cadangan 81
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 81
5.7 Penutup 82
RUJUKAN 83 Lampiran 95 - 103
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Perkembangan penggunaan sistem
e-pembelajaran di UTM
19
2.2 Kelebihan SPP 25
3.1 Bilangan dan peratusan pengambilan pelajar
mengikut aliran berlainan
37
3.2 Pembahagian item soal selidik mengikut
bahagian
38
3.3 Jadual perbandingan nilai pekali korelasi 41
4.1 Latar belakang responden 44
4.2 Frekuensi dan peratusan kekerapan
penggunaan e-pembelajaran dalam
seminggu
45
4.3 Frekuensi dan peratusan kekerapan
penggunaan e-pembelajaran dalam
seminggu berdasarkan aliran
45
4.4 Peratusan kemahiran teknologi maklumat
pelajar
47
4.5 Peratusan kegusaran terhadap
e-pembelajaran
49
4.6 Peratusan keyakinan terhadap
e-pembelajaran
51
4.7 Peratusan kesukaan terhadap
e-pembelajaran
52
4.8 Peratusan persepsi terhadap faedah 53
xiiie-pembelajaran
4.9 Korelasi antara kemahiran teknologi
maklumat dengan sikap terhadap
e-pembelajaran
54
4.10 Hasil ujian-t perbezaan sikap terhadap
e-pembelajaran di antara lelaki dan
perempuan
57
4.11 Hasil ujian ANOVA sikap pelajar terhadap
e-pembelajaran di antara jenis aliran kursus
yang berlainan
58
4.12 Hasil ujian Turkey keyakinan terhadap
e-pembelajaran dan persepsi terhadap
e-pembelajaran di antara aliran kursus
59
4.13 Korelasi antara kekerapan penggunaan e-
pembelajaran dengan sikap terhadap
e-pembelajaran
60
4.14 Frekuensi responden yang menjawab soalan
terbuka mengikut jenis jawapan
63
4.15 Penjelasan positif responden terhadap
keseronokan menggunakan e-pembelajaran
UTM
64
4.16 Penjelasan negatif responden terhadap
keseronokan menggunakan e-pembelajaran
UTM
66
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka kajian pengaruh kemahiran
teknologi maklumat, jantina, jenis aliran
kursus dan kekerapan penggunaan terhadap
sikap menggunakan e-pembelajaran di
UTM
6
4.1 Perbezaan peratusan penggunaan
e-pembelajaran dalam seminggu mengikut
empat jenis aliran kursus
46
4.2 Plot serakan kemahiran teknologi maklumat
dengan kegusaran terhadap e-pembelajaran
55
4.3 Plot serakan kemahiran teknologi maklumat
dengan keyakinan terhadap e-pembelajaran
55
4.4 Plot serakan kemahiran teknologi maklumat
dengan kesukaan terhadap e-pembelajaran
56
4.5 Plot serakan kemahiran teknologi maklumat
dengan persepsi terhadap faedah
e-pembelajaran
56
4.6 Plot serakan kekerapan penggunaan
e-pembelajaran dengan kegusaran terhadap
e-pembelajaran
61
4.7 Plot serakan kekerapan penggunaan
e-pembelajaran seminggu dengan keyakinan
terhadap e-pembelajaran
62
xv4.8 Plot serakan kekerapan penggunaan
e-pembelajaran dengan kesukaan terhadap
e-pembelajaran
62
4.9 Plot serakan kekerapan penggunaan
e-pembelajaran seminggu dengan persepsi
terhadap faedah e-pembelajaran
63
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik 95
B Borang kesahan soal selidik daripada guru 103
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sejak abad 20-an, dunia ini telah memasuki arena informasi. Peralihan ini
menyebabkan pasaran memerlukan tenaga pekerja yang celik literasi teknologi dan
yang berupaya bekerja di bawah persekitaran intensif teknologi maklumat di depan
pentas dunia. Menurut Timbalan Perdana Menteri, jika rakyat terus tidak mengambil
peduli perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat (TKM) atau
meningkatkan minat untuk belajar serta menguasai ilmu itu, mereka akan ketinggalan
zaman ( Utusan Malaysia, 2005).
Sebenarnya, Malaysia telah mengambil inisiatif dalam sistem pendidikan
sebagai penyelesaian untuk menyesuaikan diri dalam era teknologi maklumat.
Sebagai contohnya, Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1992 telah mula
memperkenal penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (Rozlan
Abdul Hamid, 2000). Kementerian Pelajaran Malaysia dengan syarikat swasta juga
bekerjasama menyediakan perpustakaan elektronik, dan baru-baru ini projek terbaru
iaitu projek Sekolah Bestari ( Gan, 2000). Dalam projek Sekolah Bestari, konsep
“teknologi merentasi kurikulum” diperkenal, dan e-pembelajaran telah ditekankan
dalam konsep tersebut.
Kini, kaedah e-pembelajaran semakin popular di peringkat universiti.
Sehingga tahun 2002, kesemua 14 buah institusi pendidikan tinggi awam dan 10 buah
institusi pengajian swasta telah disambung dengan kemudahan Internet (Minges dan
2Gray, 2002) dan di antaranya, tiga buah universiti atau kolej di Malaysia telah
menyampaikan semua atau sebahagian kursus melalui talian (online) (Hanis, 2004).
Di Malaysia, e-pembelajaran semakin memainkan peranan dalam sistem
pendidikan di institusi pengajian tinggi. Menurut Asirvatham et al. (2005), Universiti
Malaya menjadi pelopor universiti tempatan di Malaysia yang mula menggunakan
sistem pengurusan pembelajaran dalam kursus dalam talian (Course On-Line) pada
tahun 1998. Universiti tempatan lain seperti Universiti Sains Malaysia (USM) telah
menyampaikan kuliah melalui Internet pada tahun 1999, Universiti Putra Malaysia
(UPM) pula menyampaikan kursus jarak jauh sejak tahun 1999. Manakala
Multimedia University (MMU), International Medical University (IMU) dan
University Tun Abdul Razak (UNITAR) dan juga Open University Malaysia (OUM)
pula merupakan contoh-contoh institusi pengajian tinggi swasta yang melibatkan diri
dalam e-pembelajaran (Asirvatham et al., 2005; Suraya, 2005).
Selain itu, kebanyakan universiti tempatan atau swasta juga banyak
melibatkan diri mengajar pembelajaran melalui teknologi maklumat termasuk
Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Penggunaan portal e-pembelajaran di Fakulti
Pendidikan UTM dalam menyampaikan pengajaran bermula pada awal tahun 1997
(Baharuddin et al., 2006). Teknologi Komunikasi dan Maklumat digunakan untuk
menghasilkan pengalaman pembelajaran yang mendekati hidaup sebenar (Baharuddin
et al., 2006).
1.2 Latar Belakang Masalah Satu perbezaan e-pembelajaran dengan pembelajaran tradisional ialah e-
pembelajaran memerlukan teknologi komunikasi dan maklumat sebagai media
pembelajaran. Pencapaian sumber maklumat dalam e-pembelajaran lebih luas
berbanding dengan pembelajaran tradisonal. Beberapa kajian menunjukkan e-
pembelajaran telah membawa kebaikan terhadap pelajar seperti peluang pembelajaran
telah ditingkatkan (HELIOS, 2005; Pirani, 2004; Jain & Lee, 2003), dan sikap pelajar
3yang positif terhadap disiplin tertentu melalui e-pembelajaran telah bertambah
(Suanpang, Petocz dan Kalceff , 2004; Razmah Mahmod et al., 2005). E-pembelajaran
juga dipilih oleh pelajar kerana bentuk pembelajaran ini dapat menyesuaikan diri
dengan pelbagai bentuk maklumat dan ia dapat diselaras oleh pelajar dengan
maklumat disampaikan di mana-mana tempat dan bila-bila masa (Jain & Lee, 2003).
Jadi, e-pembelajaran telah diambilkira sebagai pembelajaran yang lebih fleksibel,
berkesan dan agak murah (Ertl, Winkler dan Mandi, 2007).
Malah terdapat pandangan bahawa bukan semua pelajar mendapat kebaikan
daripada e-pembelajaran. Kajian HELIOS (2005) menunjukkan bahawa jika kita kaji
dari segi latar belakang pelajar yang melibatkan diri dalam e-pembelajaran, e-
pembelajaran hanya menarik perhatian dan memberikan faedah kepada pelajar
tertentu dalam kategori latar belakang tertentu. Latar belakang pelajar itu rujuk
kepada kawasan tempat, pendapatan, umur, jantina, kemampuan (termasuk
kemahiran dalam pembelajaran) dan juga kerelaan yang berbeza.
Selain itu, Alexander ( 2005 ) berpendapat bahawa pelajar lebih banyak
meninggalkan kursus online daripada kursus dalam kelas. Hasil dapatan Alexander
menunjukkan sebab pelajar meninggalkan kursus online ialah kursus online agak
panjang dan membosankan (Alexander, 2005).
Terdapat juga pelajar yang tidak memilih menggunakan atau kurang
menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat dalam universiti. Selwyn (2003)
dalam kajiannya telah menunjukkan beberapa halangan pelaksanaan teknologi
komunikasi dan maklumat yang menyebabkan mahasiswa menolak diri daripada
TKM. Salah satu sebab ialah faktor individu iaitu mahasiswa tersebut kurang
berkemahiran dan pengetahuan menggunakan sesuatu teknologi. Pelajar juga tidak
memanfaatkan e-pembelajaran seperti yang diinginkan. Contohnya sesetengah pelajar
di universiti hanya menggunakan e-pembelajaran untuk mencetak bahan rujukan
daripada web lalu membacanya seperti dalam bentuk buku (Rashid Mohammed
Salim Alhajri, 2006).
4 Sifat individu seseorang pelajar dapat mempengaruhi tindak balas pelajar
tersebut terhadap e-pembelajaran (Orvis, Fisher dan Wasserman, 2003). Concannon
et al. (2005) dalam kajiannya pula menyatakan bahawa, kita tidak akan menemui
faktor yang luas mengenai penggunaan teknologi oleh pelajar jika kita memandang
dari segi kesan positif atau negatif sesuatu teknologi sahaja terhadap pelajar kerana
pelajar melihat teknologi sebagai mekanisma sokongan dalam pembelajaran. Dia
menambahkan bahawa kita perlu mengambil kira strategi pembelajaran pelajar
memandangkan hal ini sama penting dalam proses pembelajaran yang menyalurkan
teknologi.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan salah satu universiti
tempatan yang melaksanakan e-pembelajaran sejak tahun 1997. Pada tahun tersebut,
Fakulti Pendidikan UTM telah mula membangunkan portal e-pembelajaran dalam
kursus literasi komputer (Baharuddin et al., 2006). Pada semester kedua sesi
2001/2002, UTM mula menggunakan Web-CT sebagai sistem pengurusan
pembelajaran (SPP). Seterusnya WebCT digantikan dengan Moodle, satu SPP
sumber terbuka pada semester kedua sesi 2004/2005 atas sebab kesenangan
penggunaan, kewangan pengurusan dan penyelarasan sistem SPP.
1.3 Pernyataan Masalah Universiti Teknologi Malaysia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi
tempatan yang mula melaksanakan e-pembelajaran dengan menggunakan SPP
Moodle, pada awal tahun 2004. Beberapa kajian yang menyelidik tahap penerima
pelajar Fakulti Pendidikan terhadap e-pembelajaran serta faktornya telah
menunjukkan bahawa masih terdapat pelajar yang menghadapi masalah semasa
berhadapan dengan e-pembelajaran termasuk kekurangan kemahiran e-pembelajaran
walaupun pandangan mereka terhadap e-pembelajaran agak positif (sila lihat Wong
(2006), Tan (2006), Mazlan (2007), Janarthini (2007)). Disebabkan sistem ini agak
baru dalam pengajaran dan pembelajaran di UTM, kajian ini cuba menganalisis faktor
yang mempengaruhi sikap terhadap penggunaan e-pembelajaran dari segi sifat
5pelajar. Sifat-sifat pelajar itu termasuk kemahiran teknologi maklumat, jantina, jenis
kursus yang dipilih dan kekerapan menggunakan e-pembelajaran.
1.4 Objektif Kajian
1. Mengenalpasti kekerapan penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar
UTM.
2. Mengenalpasti kemahiran teknologi maklumat di kalangan pelajar UTM.
3. Mengenalpasti sejauhmanakah sikap pelajar terhadap e-pembelajaran dari segi
kegusaran, keyakinan, kesukaan dan persepsi terhadap faedah e-pembelajaran.
4. Mengenalpasti hubungan kemahiran teknologi maklumat dengan sikap pelajar
terhadap e-pembelajaran.
5. Mengenalpasti perbezaan sikap terhadap e-pembelajaran di antara pelajar
lelaki dengan pelajar perempuan.
6. Mengenalpasti perbezaan sikap pelajar terhadap e-pembelajaran di antara
jenis aliran kursus yang berlainan.
7. Mengenalpasti hubungan kekerapan menggunakan e-pembelajaran dengan
sikap pelajar terhadap e-pembelajaran.
1.5 Persoalan Kajian
1. Apakah kekerapan penggunaan e-pembelajaran oleh pelajar UTM?
2. Sejauhmanakah kemahiran teknologi maklumat pelajar UTM?
3. Sejauhmanakah sikap pelajar terhadap e-pembelajaran dari segi kegusaran,
keyakinan, kesukaan dan persepsi terhadap faedah e-pembelajaran.
4. Adakah terdapat hubungan di antara kemahiran teknologi maklumat dengan
sikap pelajar terhadap e-pembelajaran?
5. Adakah terdapat perbezaan signifikan di antara sikap pelajar terhadap e-
pembelajaran berdasarkan jantina?
66. Adakah terdapat perbezaan sidnifikan di antara sikap pelajar terhadap e-
pembelajaran di UTM berdasarkan aliran kursus yang berlainan?
7. Adakah terdapat hubungan signifikan antara kekerapan menggunakan e-
pembelajaran dengan sikap pelajar terhadap e-pembelajaran?
1.6 Kerangka Kajian Kajian ini direkabentuk berdasarkan kerangka kajian seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 1.1 berikut:
Rajah 1.1 Kerangka kajian pengaruh kemahiran teknologi maklumat, jantina, jenis
aliran kursus dan kekerapan pengguanan terhadap sikap menggunakan e-
pembelajaran di UTM
Sikap pelajar terhadap e-pembelajaran, (kajian Hanafi, Zuraidah, Rozhan (2004), Paris (2004), Drennan, Kennedy dan Pisarki (2005), Vuorela dan Nummenmaa (2004), Baharuddin (1999))
Jenis Kursus
Kekerapan penggunaan
e-pembelajaran
Jantina
Kemahiran teknologi maklumat berdasarkan FITness (NRC, 1999)
persepsi keyakinan
kesukaan kegusaran
Kajian ini secara amnya mengkaji faktor apakah yang akan mempengaruhi
sikap pelajar terhadap e-pembelajaran. Aspek-aspek sikap yang dipilih untuk diuji
adalah berdasarkan kajian-kajian Hanafi, Zuraidah dan Rozhan (2004), Paris (2004),
Drennan, Kennedy dan Pisarki (2005), Vuorela dan Nummenmaa (2004) dan
Baharuddin (1999). Aspek-aspek ini termasuk kegusaran terhadap e-pembelajaran,
keyakinan terhadap e-pembelajaran, kesukaan terhadap e-pembelajaran dan persepsi
terhadap faedah e-pembelajaran. Empat pengaruh yang akan dikaji hubungannya
7dengan sikap menggunakan e-pembelajaran iaitu kemahiran teknologi maklumat,
jantina, jenis aliran kursus dan kekerapan menggunakan e-pembelajaran. Aspek-
aspek kemahiran teknologi maklumat dilihat berdasarkan FITness yang akan
dijelaskan dalam bahagian definisi.
1.7 Rasional Kajian Didapati bahawa tidak banyak penyelidikan yang berkait dengan
pembelajaran pelajar mengenai teknologi maklumat dan komunikasi dan juga
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (Bahruddin, 2001). Jarang juga
kajian yang mengkaji pelajar jenis manakah yang rela menggunakan pembelajaran
berasakan web (Hoskins dan Hooff, 2005). Jadi kajian ini cuba menentukan keadaan
sebenar masalah penggunaan e-pembelajaran dari segi aspek pelajar.
Selain itu, pelaksanaan e-pembelajaran terutamanya pembelajaran berasaskan
SPP masih pada tahap permulaan di Malaysia, kurang adanya kajian yang mengkaji
e-pembelajaran berasaskan SPP di peringkat universiti. Kebanyakan kajian yang
berkenaan pula tertumpu pada kursus mengenai teknologi, komunikasi dan maklumat
(TKM)(Koskela et al., 2005). Oleh itu, perlu adanya kajian yang mengkaji sikap
pelajar terhadap e-pembelajaran dan faktornya dalam kursus bukan TKM.
Dengan mencari faktor yang mempengaruhi sikap pelajar terhadap e-
pembelajaran, diharapkan pelajar dapat menggunakan e-pembelajaran secara
berkesan lalu menghasilkan pembelajaran pada peringkat tinggi.
1.8 Batasan Kajian Kajian ini hanya mencari hubungan faktor kemahiran teknologi maklumat,
jantina, jenis kursus dan kekerapan menggunakan e-pembelajaran terdapat sikap
menggunakan e-pembelajaran. Faktor lain seperti kelancaran kursus e-pembelajaran,
8masalah teknikal pelaksanaan e-pembelajaran tidak diambilkira. Hanya empat aspek
sikap terhadap e-pembelajaran diuji dalam kajian ini iaitu kegusaran, keyakinan,
kesukaan dan persepsi terhadap faedah e-pembelajaran.
Kajian ini juga telah mengehadkan takrifan e-pembelajaran kepada
pembelajaran menerusi web yang menggunakan SPP Moodle di UTM sahaja. Selain
itu, kajian ini hanya memilih populasi responden dari Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.
1.9 Definisi Istilah 1.9.1 Kemahiran teknologi maklumat
Kemahiran teknologi maklumat merupakan kemahiran yang diperlukan dalam
penggunaan teknologi maklumat. Dalam kajian ini, kemahiran ini merangkumi
sembilan kriteria yang telah diambil daripada FITness (Fluency with Information
Technology) (National Research Council, 1999), satu perkataan yang diperkenalkan
oleh NRC dari America Syarikat, iaitu:
a. dapat memasang sebuah komputer peribadi
b. dapat menggunakan asas antaramuka sistem pengendalian
c. dapat menggunakan sesuatu pemproses kata untuk mencipta satu dokumen
teks
d. dapat menggunakan pakej grafik atau artword untuk menghasilkan
illustrasi, slaid, atau dapat menyampaikan idea berasakan imej.
e. dapat menghubungkan komputer dengan rangkaian net.
f. dapat menggunakan Internet untuk mencari maklumat
g. dapat menggunakan komputer untuk berkomunikasi dengan orang lain.
h. dapat menggunakan sistem database untuk membentukkan dan
menyapaikan maklumat yang berguna.
i. dapat menggunakan bahan pendidikan untuk belajar bagaimana
menggunakan aplikasi atau permukaan baru.
91.9.2 E-pembelajaran Terdapat pelbagai definisi mengenai e-pembelajaran. Asia-e-Learning
Network (AEN) (2002) dalam laman webnya telah menakrif e-pembelajaran sebagai
setiap kategori kursus latihan yang melibatkan alat teknologi seperti Internet, Intranet,
CD-ROM, sistem persidangan video dan sebagainya. Hanis (2004) menjelaskan e-
pembelajaran sebagai satu bentuk pembelajaran yang dapat disampaikan sama ada
dalam talian (online) atau bukan dalam talian (offline). Ia dapat disampaikan melalui
pelbagai alat, dapat disalurkan secara synchronous (bergantung pada masa,
penyampaian dan interaksi berlaku dalam masa benar) atau asynchronous (masa
pembelajaran dapat dilaraskan mengikut kehendak diri, bukan berlaku dalam masa
benar, maklumat disampaikan pada bila-bila masa dan mana-mana tempat).
E-pembelajaran juga dikenali sebagai penggunaan teknologi dalam
pembelajaran untuk menyampaikan maklumat (Dublin, 2003; Clark dan Mayer,
2003). Di samping itu, e-pembelajaran juga merupakan pembelajaran yang
melibatkan rangkaian komputer atau web sebagai mekanik saluran (Piskurich, 2003;
Jochems et al., 2004). Jochems et al. (2004) berpendapat Internet adalah alat utama
dalam e-pembelajaran dan ia merupakan kaedah pembelajaran yang menyepadukan
pengajaran face-to-face, pendidikan jarak jauh dan latihan dalam pekerjaan.
Untuk penyelidikan ini, definisi e-pembelajaran telah diubah suai sebagai
pembelajaran melalui komputer yang dihubungkan ke rangkaian komputer (Internet)
atau Intranet. Dalam penyelidikan ini, e-pembelajaran terhad kepada pembelajaran
yang menggunakan satu SPP sumber terbuka (Learning Manangement System Open
Source) iaitu Moodle.
1.9.3 Sikap terhadap penggunaan e-pembelajaran
Sikap merupakan satu perasaan atau pandangan terhadap sesuatu objek atau
situasi, yang akan mempengaruhi perbuatan seseorang terhadap objek atau situasi
10tersebut. Berdasarkan Azjen (2005), sikap dapat dinilai daripada tindak balas dan
salah satu sistem klasifikasi tindak balas yang popular ialah tindak balas dapat
dibahagikan kepada cognition (kepercayaan terhadap objek tertentu), affect ( perasaan
terhadap objek tertentu) dan conation (tindakan terhadap objek tertentu) (lihat juga
Bohner dan Wänke, 2002). Sikap terhadap penggunaan e-pembelajaran dalam kajian
ini rujuk kepada perasaan positif atau negatif pelajar terhadap pelaksanaan e-
pembelajaran di UTM spesifik kepada penggunaan SPP Moodle dari aspek
kegusaran, keyakinan dan kesukaan terhadap e-pembelajaran serta persepsi pelajar
terhadap faedah e-pembelajaran.
1.9.4 UTM
UTM merupakan singkatan Universiti Teknologi Malaysia, sebuah institusi
pengajian tinggi awam di Skudai, Malaysia.
1.10 Penutup Dalam bab ini, pengkaji telah menerangkan mengenai pengenalan, latar
belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kerangka
kajian, rasional kajian, kekangan dan definisi istilah yang berkaitan dengan kajian ini.
BAB 2
SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan Pendidikan merupakan satu proses yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar pula mempunyai perbezaan individu dalam proses pembelajaran. Oleh itu, ahli
pendidikan sentiasa memperbaiki proses pengajaran supaya dapat menghasilkan satu
persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang menyesuaikan setiap pelajar. Teknologi
dikatakan dapat memenuhi keperluan tersebut (Johari, 2000). Dengan adanya kemudahan
teknologi dalam kelas, pelajar berpeluang mengalami satu pengalaman yang tidak dapat
disediakan oleh kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional. Kelas bukan satu bilik
yang statik tetapi lebih dinamik, dan dapat berada di mana-mana tempat dalam dunia ini.
2.2 Apa itu E-pembelajaran E-pembelajaran membawa maksud yang berbeza terhadap orang yang
berlainan. Secara amnya, e-pembelajaran boleh dikenali sebagai penggunaan
teknologi dalam pembelajaran untuk menyampaikan maklumat. Konsep e-
pembelajaran juga berubah apabila masa berlalu. Dublin (2003) dapati bahawa
perkataan tersebut pada tahun 2000 adalah rujuk kepada pembelajaran berasaskan
komputer khususnya dalam intranet dan internet. Clark dan Mayer (2003) bersetuju
dengan definisi tersebut dengan menambah lagi bahawa isi kandungan e-
pembelajaran harus mengambilkira objektif pembelajaran, kaedah pembelajaran
untuk membantu pembelajaran, elemen media yang berlainan untuk menyampaikan
12isi kandungan dan mencuba membina pengetahuan baru dan kemahiran yang
berhubung dengan matlamat pembelajaran secara individu.
Dublin (2003) juga menunjukkan bahawa pada hujung tahun 2002, pakar
industri telah menggunakan definisi bahawa e-pembelajaran merupakan satu
teknologi untuk mencipta, menyebar dan menghantar sesuatu termasuk data bernilai,
maklumat, isi pembelajaran dan pengetahuan yang dapat menunjukkan persembahan
dalam kerja serta perkembangan diri. Skop e-pembelajaran seterusnya telah diperluas
lagi oleh mereka yang membekalkan pembelajaran dengan memperkenal alat
pengurusan dalam bentuk sistem pengurusan isi kadungan ( content management
system ), bilik darjah maya, perisian PowerPointTM , kursus dalam talian, portal dan
sistem penyokong persembahan (performance support system) (Dublin, 2003).
Eklund, Kay dan Lynch (2003) pula dalam kertasnya yang membincangkan
isu dan perkembangan e-pembelajaran menyatakan e-pembelajaran merupakan
komponen pembelajaran fleksibel (satu pembelajaran yang berpusat kepada pelajar)
yang menyampaikan latihan dan pendidikan melalui media elektronik yang
merangkumi pembelajaran berasaskan komputer, pembelajaran berasaskan web, kelas
maya dan aktiviti kerjasama melalui bahan digital. Davis dan Harden (2001) pula
mengenal pasti empat komponen e-pembelajaran iaitu perisian pengajaran, perisian
authoring, pembelajaran maya (virtual learning environment) dan sistem pengurusan
pembelajaran (learning management systems).
2.3 Perkembangan E-pembelajaran dalam Sistem Pendidikan di Malaysia Dalam Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010) yang telah diumumkan,
kerajaan Malaysia telah mensasarkan pembangunan modal insan sebagai teras utama
pembangunan negara dalam mencapai impian Wawasan 2020. Dengan ini, e-
pembelajaran ditekankan untuk memainkan peranan yang penting supaya mencapai
matlamat tersebut (Asirvatham dan Abtar Kaur, 2006).
13 Malaysia telah melaksanakan e-pembelajaran melalui dua peringkat iaitu di
peringkat pendidikan dan peringkat kebangsaan. Sebagai persediaan pelaksanaan e-
pembelajaran, kerajaan telah melancarkan penggunaan radio dan televisyen di sekolah
pada tahun 1972 (Asirvatham dan Abtar Kaur, 2006). Langkah-langkah lain yang
penting termasuk penggunaan teknologi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran,
pelaksanaan projek Sekolah Bestari dan pembukaan universiti maya.
Di peringkat kebangsaan pula, banyak bengkel dan seminar mengenai e-
pembelajaran telah diorganisasi (Asirvatham et al., 2004; Asirvatham dan Abtar Kaur,
2006). Kerajaan juga melancarkan projek untuk mempromosikan pelaksanaan e-
pembelajaran di kalangan masyarakat seperti projek Malaysian Grid for Learning
(MyGfL), National E-learning Steering Committee, National Information Technology
Council, National e-Learning Centre dan ASEN E-Learning Seminar (lihat Asirvatham
et al., 2004; Suraya, 2005; Zailan dan Azmi, 2006; Asirvatham dan Abtar Kaur, 2006).
Projek E-pembelajaran Untuk Sepanjang Hayat, suatu projek yang diasaskan oleh
United Nations Development Information Programme (UNDP), Coca-Cola Corp dan
Kementerian Pelajaran, bertujuan menggunakan TMK untuk menyebarkan maklumat
dalam bentuk digital supaya mengurangkan jurang dari segi pendidikan dalam
masyarakat (Suraya, 2005). Bahagian ini seterusnya hanya membincangkan
perkembangan e-pembelajaran di peringkat pendidikan.
2.3.1 E-pembelajaran di peringkat sekolah
Pelaksanaan e-pembelajaran dalam sistem pendidikan di Malaysia boleh
dikatakan bermula sejak pengenalan komputer dalam sekolah pada 1980-an.
Perbincangan berikutnya merupakan ringkasan daripada Gan (2001).
Menurut Gan, sekolah terutamanya sekolah menengah mula mendirikan kelab
komputer sebagai salah satu aktiviti ko-kurikulum untuk mengajar pelajar tentang
kemahiran komputer pada tahun 1981. Perbelajaaan kelab komputer ini disokong oleh
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ataupun yuran daripada ahli kelab. Pada tahun
14yang sama, pendidikan Malaysia juga berusaha mengahasilkan kurikulum literasi
kumputer dalam sekolah untuk mengejar perkembangan literasi komputer dunia.
Pada tahun 1986, Projek Perintis Literasi Komputer diperkenalkan. Di bawah projek
ini, pelajar tingkatan 4 mula belajar mata pelajaran Literasi Komputer. Akan tetapi,
projek ini terbengkalai pada tahun berikutnya.
Pada tahun 1982, Kementerian Pendidikan pada masa itu telah menubuhkan satu
persatuan dengan Malaysia Institute of Microelectronics System (MIMOS) untuk
menggubal cadangan tentang pelaksanakan teknologi maklumat dalam sekolah. Satu
laporan Polisi Komputer dalam Pendidikan disediakan dan dibentangkan pada tahun
1989. Laporan itu menunjukkan isu literasi komputer dalam pendidikan telah digantikan
dengan penggunaan komputer merentasi kurikulum. Dengan ini, komputer literasi
dikatakan dapat diperoleh secara natural. Bersama dengan laporan ini, satu Projek Perintis
Belajar Dengan Komputer juga dilancarkan.
Beberapa projek atau program bersama antara Kementerian Pendidikan dan
MIMOS telah dijalankan. Setelah pelaksanaan projek Atom-1 PC di sekolah, satu projek
perintis yang dikenalkan Komputer Dalam Pendidikan telah dilancarkan pada tahun 1992.
Kementerian Pendidikan dengan MIMOS juga bekerjasama merekabentuk sistem perisian
untuk penggunaan sekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pada tahun 1990 juga, satu sistem yang bernama Computer Integrated Learning
System (ComIL) yang menggunakan alat asas bagi menghasilkan bahan pengajaran seperti
perisian mengajar ciptaan tempatan untuk pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan.
Berhubung dengan projek ini, projek JARING (Joint Advanced Research Integrated
NetworkinG) telah dijalankan untuk membentuk jaringan pengajaran melalui laman web.
Projek seterusnya termasuk pelaksanaan Pusat Sumber Pengetahuan (PSi), satu projek
yang membina sistem perpustakaan elektronik (1993). Pelaksanaan projek ini akhirnya
gagal. Pada tahun 1994, projek Pengajaran Bantuan Komputer dijalankan.
Pada tahun 1996, satu projek Sekolah Bestari dilancarkan. Di bawah projek ini,
teknologi maklumat digunakan secara luas dalam sekolah sebagai alat bantu pengajaran
15dan pembelajaran. Sekolah Bestari dilengkapkan dengan sumber yang sesuai seperti
bahan media pengajaraan (komputer dan Internet), yang dapat digunakan oleh guru,
supaya dapat meningkatkan perkembangan pemikiran pelajaran secara maksimum.
Perkembangan pemikiran ini termasuk tahap pemikiran tinggi, kecerdasan pelbagai dan
sebagainya (Gan, 2001). Satu pengumuman telah disarankan oleh Kementerian
Pendidikan bahawa semua sekolah akan dinaiktaraf ke Sekolah Bestari menjelang tahun
2010.
2.3.2 E-pembelajaran di peringkat universiti Di peringkat universiti pula, institusi-insitusi tinggi masing-masing
melaksanakan e-pembelajaran dengan inisiatif bersendirian. Berdasarkan satu kajian
yang bertajuk Survey Research on E-Learning in Asia Countries (2002), Universiti
tempatan mula menggunakan teknologi maklumat melalui pendidikan jarak jauh
seperti Universiti Sains Malaysia (USM) (tahun 1999) dan Universiti Putra Malaysia
(UPM) (tahun 1999). Aktiviti-aktiviti yang melibatkan teknologi termasuk
penggunakan e-mel, perbincangan dalam talian, pencapaian kursus dalam talian dan
sebagainya. Universiti Malaya pula merupakan universiti tempatan pertama yang
menggunakan sistem pengurusan pembelajaran untuk menyampaikan kursus dalam
talian pada tahun 1998 (Asirvatham dan Abtar Kaur, 2006). Pada tahun 1999,
Universiti Multimedia (MMU) didirikan dan ia merupakan universiti pertama yang
menggunakan teknologi maklumt sepenuhnya dalam sistem P&P dan pengurusan.
Universiti lain seperti International Medical University (IMU) dan Universiti Tun
Abdul Razak (UNITAR) juga mengikut jejak membentukkan SSP tersendiri pada
tahun 1999. Pada tahun 2001, Open University Malaysia (OUM) memulakan sistem
e-pembelajaran.
162.3.3 Perkembangan e-pembelajaran di UTM
Penyelidikan dan pembangunan e-pembelajaran di UTM telah bermula sejak lewat
tahun 1980an. Tujuan transfomasi ini berlaku adalah bagi melahirkan siswazah dan sumber
manusia yang berkecemerlangan akademik serta meningkatkan taraf UTM ke universiti
peringkat dunia (Mohd Koharuddin et al., 2003).
Menurut satu kertas kerja yang dibentangkan oleh Mohamed Noor Hassan et al.
(2000), penyelidikan dan pembangunan serta pelaksanaan (PPP) e-pembelajaran di UTM
dapat dibahagikan kepada dua era yang penting iaitu era permulaan (1988 - 1995), dan era
pertumbuhan (1996 - 2000). Perenggan seterusnya merupakan ringkasan daripada
Mohamed Noor Hassan et al. (2000) tentang pelaksanaan PPP di UTM:
Pada era permulaan (1988-1995), PPP e-pembelajaran lebih kepada bentuk
pembangunan bahan pengajaran multimedia dan pembinaan perisian untuk komputer.
Contohnya seperti pembangunan bahan pengajaran multimedia berasaskan video
(tahun1988 ), pembangunan perisian kursus dengan menggunakan Authorware dan IBM
Linkway (tahun 1989), pembangunan Pengajaran Bantuan Komputer Pintar (Intelligent
CAP), pakej pembelajaran elektronik berasaskan slaid (tahun 1991) dan rekabentuk serta
penghasilan pakej pembelajarn multimedia berasakan teknik karaoke.
Era pertumbuhan (1996 - 2000) pula merupakan tahap pelaksanaan projek-projek
penyelidikan berkait dengan pembelajaran eletronik di UTM. Sebanyak 25 projek
penyelidikan berkaitan pembelajaran elektronik yang telah disokong dengan geran
penyelidikan jangka pendek (UPP) dan geran jangka pangjang (IRPA) telah dijalankan
antara tahun 1996 hingga 2000. Antara projek-projek tersebut, 14 projek tertumpu pada
pembangunan perisian kursus, 8 projek merupakan pembangunan sistem dan teknologi
komputer untuk pembelajaran elektronik, dan hanya 3 projek yang tertumpu pada kajian
keberkesanan pembelajaran pembelajarn elektronik. Selain itu, UTM juga telah
menjalankan kegiatan pembangunan infrastruktur, sistem maklumat dan perisian kursus
untuk pembelajaran eletronik tanpa sebarang sokongan geran penyelidikan.
172.3.4.1 Projek e-learning di UTM
Projek e-learning merupakan salah satu aplikasi yang dibangunkan di bawah
projek Kampus Siber UTM yang telah dilancarkan oleh YB Menteri Pelajaran pada tahun
1997. Pada masa tersebut, sistem e-learning tersebut dipanggil sebagai Pembelajaran
Maya (Mohd Nihra Haruzuan et al., 2005). Tujuan pelaksanaan projek ini adalah untuk
memudahkan pelajar mencapai maklumat mengenai sesuatu mata pelajaran yang diambil
oleh mereka, meningkatkan minat serta kefahaman pelajar, menyediakan kemudahan
untuk pelajar belajar mengikut kemampuan sendiri dan mendedahkan pelajar dengan
konsep pendidikan tanpa batas. Bagi menjayakan tujuan-tujuan tersebut, beberapa
prototaip modul aplikasi telah dibungunkan. Antaranya ialah perpustakaan elektronik,
sistem graduan, sistem peperikasaan, kuliah elektronik, kafe siber dan asrama elektronik.
Menurut Mohamed Noor Hassan et al. (2000), secara ringkas, pembangunan e-
learning dapat dibahagikan kepada empat tahap utama seperti berikut:
Tahap Pertama
Dalam tahap ini, maklumat am mengenai sesuatu mata pelajaraan disediakan dan
dapat dicapai oleh pelajar pada bila-bila masa melalui Internet. Antara maklumat yang
boleh diperoleh ialah maklumat mengenai pensyarah yang mengajar (termasuk nombor
bilik, sambungan telefon dan alamat e-mail), jam pertemuan, prasyarat, objektif mata
pelajaran, sinopsis mata pelajaran, perancangan mingguan yang lengkap sepanjang sesi
persekolahan, polisi, pembahagian markah untuk penilaian, senarai buku teks dan rujukan.
Tahap Kedua
Maklumat am di tahap satu diperhiaskan mengikut topik-topik yang akan
dibincangkan dalam kelas. Isi kandungan setiap topik diberikan dengan lebih terperinci
serta senarai tugasan atau aktiviti bagi mencapai objektif-objektif yang disasarkan.
Tahap Ketiga
Nota kuliah yang lengkap berserta soalan-soalan latihan dan tugasan disediakan
dalam laman web bagi mata pelajaran tersebut. Nota kuliah ini bercirikan multimedia.
Terdapat pautan kepada sumber maklumat dari seluruh dunia juga disediakan bagi
18membolehkan pelajar mencari maklumat dan menambah bahan yang diberikan semasa
kuliah. Dari sini, satu kemudahan perbincangan disediakan. Pelajar dapat mengemukakan
soalan secara elektronik kepada pensyarah atau membincangkan pendapat mereka
mengenai topik dengan pelajar lain.
Tahap Keempat
Semua bahan pengajaran boleh diperoleh secara talian. Tiada kuliah secara formal
dan pelajar menggunakan komputer sepenuhnya untuk mengikuti bahan yang hendak
disampaikan, mengambil kuiz, ujian dan sebagainya. Peringkat ini khasnya dituju kepada
program jarak jauh bagi pelajar luar kampus yang tidak mengikuti kuliah secara formal.
Pada tahun 2001, dalam semester 2001/2002, sesi II, mahasiswa yang menuntut
program Ijazah UTM telah mula diperkenal dengan e-pembelajaran. SPP yang digunakan
pada masa itu ialah WebCT. Pelaksanaannya bermula dengan persediaan bahan kursus
oleh pensyarah dan jawatankuasa peringkat falkuti (Mohamed Noor Hassan et al., 2003).
Pensyarah-pensyarah UTM digalakkan mempaparkan nota dalam portal e-pembelajaran
untuk rujukan pelajar dalam kampus (Baharuddin, 2001). Antaranya, beberapa portal
yang berkaitan dengan pembelajaran mengenai Teknologi Komunikasi dan Maklumat
telah dibangunakan oleh Fakulti Pendidikan UTM, di Jabatan Multimedia Pendidikan.
Kesemua portal tersebut adalah dibawah satu akronim CELIk IT (Computer-based
Electronic Learning hi Information Technology). Untuk menjayakan kursus dalam talian,
satu penyelidikan dan pembangunan telah diusahakan oleh Noraffandy Yahaya untuk
menguji keberkesanan alat pembangunannya yang bernama Web-based Intergrated
Learning (WILL). Tujuan utama WILL adalah untuk menghasilkan aplikasi yang dapat
menyokong pensyarah menguruskan bahan pembelajaran dan mempersembahkan bahan
tersebut dengan berkesan dalam persekitaran pembelajaran. Kemudian, bahan-bahan
kursus dimuatkan di rangkaian net melalui Pusat Komputer. Pusat Komputer juga
membekalkan sokongan teknikal Pengurusan Teknologi Maklumat di fakulti.
Pada tahun 2004, Fakulti Pendidikan mula melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran melalui internet atau dikenali e-pembelajaran (Yusof Boon, 2005). Sebagai
langkah permulaan, bengkel-bengkel e-pembelajaran telah diberikan kepada semua
19pensyarah dari Jabatan Pendidikan Sains dan Jabatan Asas Pendidikan. Tujuan bengkel
tersebut adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada peserta untuk
melakasanakan P&P melalui internet dan seterusnya membina dan mengendalikan laman
web mata pelajaran serta profil peribadi menggunakan perisian Moodle, satu sistem
pengurusan pembelajaran.
Secara ringkas, perkembangan e-pembelajaran di UTM adalah seperti berikut:
Jadual 2.1: Perkembangan penggunaan sistem e-pembelajaran di UTM
Tahun Sistem e-pembelajaran1997 IIS 1998 IIS
2001 Web CT & Harvest Road
2004 Moodle
Penggunaan e-pembelajaran UTM telah diterima sebagai langkah yang sangat
penting di UTM (Mohamed Noor Hassan et al., 2003). Akan tetapi masih terdapat masalah
penggunaan yang tidak menggalakkan. Faktor yang dikenalpasti termasuk kurang
kemudahan teknologi maklumat di UTM, ketidakgalakkan pensyarah dan isi kandungan e-
pembelajaran yang tidak kemaskini (Mohd Koharuddin et al., 2003; Mohamed Noor
Hassan et al., 2000). Masalah-masalah tersebut sebenarnya merupakan masalah luaran
daripada pelajar. Di sini wujud satu persoalan : Adakah selepas masalah faktor luaran
diselesaikan, pelajar akan rela menerimanya? Apakah faktor sebenarnya daripada pelajar
sendiri terhadap penggunaan e-pembelajaran?
2.4 Kelebihan E-pembelajaran dan Kesannya Terhadap Pelajar E-pembelajaran mempunyai sifat yang unik yang menyebabkan sekolah atau
universiti memilih e-pembelajaran untuk menyampaikan P&P. E-pembelajaran dapat
menjimatkan kos pengajaran yang berkait dengan pensyarah, ruang bilik darjah,
bahan bercetak, kos perjalanan dan sebagainya (Hartley, 2003). Contohnya, suatu
kursus dapat disampaikan kepada bilangan pelajar secara maksimum sekaligus pada
20satu masa tanpa kekangan saiz ruang bilik darjah. Dengan bantuan teknologi seperti
komputer dan Internet, masalah bilangan pensyarah yang tidak mencukupi dapat
diselesaikan kerana pensyarah dapat dikongsi (Hasani, 2004 ).
E-pembelajaran dapat membekalkan pembelajaran masa nyata (real-time
learning) atau membekalkan maklumat terbaru pada bila-bila masa (Eklund, Kay dan
Lynch, 2003). E-pembelajaran melalui internet terutamanya dapat membenarkan
pelajar mengikut pembelajaran di mana-mana tempat, berdasarkan keupayaan
masing-masing serta mengikut kesesuaian masa sendiri. Hal ini bermaksud seseorang
dapat belajar secara fleksibel (Ertl, Winkler dan Mandi, 2007). Sifat sedemikian akan
membantu masyarakat menjayakan program pembelajaran sepanjang hayat.
Selain itu, pelajar menjimatkan masa untuk belajar. Kebanyakan e-
pembelajaran mengandungi latihan yang membenarkan pelajar mencabar subjek
tersebut dan memintas bahagian maklumat yang telah diketahui (Ertl, Winkler dan
Mandi, 2007). Hal ini menunjukkan bahawa pelajar tetap mencapai objektif
pengajaran melalui proses pembelajaran yang berlainan. Kelebihan ini tidak dapat
ditanding oleh pembelajaran tradisional. Dalam pembelajaran tradisional, pelajar
yang mempunyai tahap pengetahuan yang berbeza terpaksa menerima pengajaran
yang sama.
Seseorang pelajar juga dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran
melalui e-pembelajaran. Pelajar dapat mencapai maklumat yang meluas apabila perlu.
Maklumat dapat dikongsi antara individu dengan pakar dalam bidang tertentu yang
dikenali melalui e-mail, chat-room atau papan buletin (Aldrich, 2003). Masa untuk
proses pembelajaran secara langsung disingkatkan.
Sifat e-pembelajaran yang tumpu pada kesesuaian pelajar menyebabkan pusat
pembelajaran berubah dari guru ke pelajar (Eklund, Kay dan Lynch, 2003). Pelajar
diberi kebebasan untuk belajar secara berdikari dan perlu bertanggungjawab dalam
pembelajaran. Pelajar perlu rancang masa untuk belajar dan bersedia mencari
maklumat berdasarkan daya inisiatif sendiri (Mohd Koharuddin et al., 2003). Dengan
21perkataan lain, motivasi seseorang pelajar amat penting untuk mengekalkan inisiatif
supaya terus mengikuti e-pembelajaran.
Didapati e-pembelajaran dapat meningkatkan motivasi pelajar. Hazura
Mohamed et al. (2005) dalam kertas kerjanya yang mengkaji kesan e-pembelajaran
mendapati semua responden mempunyai motivasi untuk belajar yang sederhana atau
ke atas apabila berhadapan dengan e-pembelajaran.
2.5 Sikap Pelajar Terhadap E-pembelajaran dan Faktornya Pelajar mempunyai sikap yang berbeza terhadap e-pembelajaran. Kajian
Hanafi (2004) dan kajian Paris (2004) menyatakan pelajar mempunyai sikap yang positif
terhadap pembelajaran web dalam talian. Menurut Paris (2004), keyakinan terhadap web,
kesukaan menggunakan web dan pandangan kenggunaan web didapati memberikan kesan
yang signifikan positif terhadap keinginan untuk menggunakan web. Drennean, Kennedy
dan Pisarski (2005) berpendapat pelajar bertindak berlainan antara satu sama lain apabila
menghadapi persekitaran pembelajaran dalam talian, bergantung pada tahap kemahiran e-
pembelajaran dan sikap mereka terhadap e-pembelajaran.
Namun demikian, Vuorela dan Nummenmaa (2004) pula menyatakan bahawa
komputer masih dipandang secara ancaman dan dapat menghasilkan kegusaran pada tahap
tertentu. Mereka juga berpendapat manusia tidak rela bertindak jika mereka berasa tidak
mampu untuk bertindak walaupun pandangan mereka terhadap tindakan tersebut adalah
positif. Kajian Drennean, Kennedy dan Pisarski (2005) menyokong bahawa semakin tinggi
pandangan positif, semakin tinggi kepuasan seseorang pelajar dalam pembelajaran dalam
talian yang fleksibel. Oleh itu, keyakinan, kesukaan, kegusaran dan pandangan terhadap
sesuatu teknologi akan mempengaruhi keinginan seseorang dalam penerimaan teknologi
tersebut.
Jadi, walaupun e-pembelajaran mempunyai potensi menjadi satu kaedah
pembelajaran yang dapat memuatkan khalayak ramai, kita mesti memahami faktor apakah
22yang akan mempengaruhi keinginan pelajar menerima teknologi yang baru ini (Razmah
Mahmod et al., 2005).
Di negara Thai, satu kajian kes mengenai penerimaan e-pembelajaran oleh
pelajar dari Bangkok University telah dijalankan (Research Institute of Bangkok
University, 2002). Kajian ini menggunakan model “Technology Acceptance Model”
atau TAM yang dibentukkan oleh Davis,F.D. untuk mencari faktor pelajar terhadap
penerimaan e-pembelajaran. Didapati faktor yang menyebabkan pelajar menerima e-
pembelajaran termasuk kemahiran komputer, kemahiran Internet, pandangan
kegunaan, kesenangan menggunakan dan sikap terhadap e-pembelajaran, manakala
masa penggunaan seminggu tiada kaitan dengan penerima e-pembelajaran.
Di negara kita pula, Ndubisi (2004) juga telah menjalankan kajian yang lebih
kurang sama dengan kajian di Bangkok Universiti di sebuah universiti tempatan.
Sistem e-pembelajaran yang digunakan dalam kajian ialah Blackboard. Model
Decomposed version of Theory of Planned Behaviour (DTPB) pula digunakan untuk
mengkaji faktor penerimaan e-pembelajaran. Hasilnya, didapati sikap merupakan
pengaruh secara langsung terhadap penerimaan e-pembelajaran dan sikap dapat
melihat kegunaan serta kesenangan mengguna e-pembelajaran (Ndubisi, 2004).
Jun (2005) telah membuat sorotan kajian mengenai faktor seseorang pelajar
meningkalkan e-pembelajaran. Jun (2005) membuat kesimpulan bahawa faktor
pelajar meninggalkan e-pembelajaran dapat dikategori sebanyak lima bahagian iaitu
latar belakang individu (termasuk kekurangan pengalaman dengan kominikasi
berasaskan komputer), motivasi (termasuk keyakinan terhadap komputer), integrasi
akademik, integrasi sosial dan persekitaran teknologi (termasuk masalah dengan
teknologi). Kajian Ndubisi (2004) menunjukkan bahawa pengalaman komputer
mempunyai kaitan secara tidak langsung dengan keinginan seseorang menerima e-
pembelajaran.
Selwyn (2003) telah membuat satu laporan mengenai faktor pelajar menerima
atau menolak teknologi komunikasi dan maklumat (TKM) di universiti. Menurut beliau,
23walaupun teknologi komunikasi dan maklumat telah ditentukan keberkesanannya dalam
aktiviti akademik kebanyakan fakulti di universiti, namun integrasinya dalam aktiviti
akademik setiap hari terhadap pelajar universiti secara keseluruhan kurang ditekankan.
Beliau juga memberi pandangan bahawa tahap penggunaan teknologi komunikasi dan
maklumat dalam pengajian tinggi sebenarnya tidak rata dan selalu berada pada tahap yang
rendah.
Faktor-faktor pelajar yang tidak menggunakan teknologi komunikasi dan
maklumat di universiti, hasil daripada kutipan maklumat Selwyn (2003), adalah seperti
berikut:
1. tidak mendapat sokongan bahan dan sokongan kewangan
2. kekurangan pengetahuan dan kemahiran tentang teknologi komunikasi dan
maklumat
3. 'technophobia' atau perasaan benci terhadap teknologi
4. enggan menggunakan teknologi kerana salah tanggapan terhadap teknologi
komunikasi dan maklumat
Satu kajian mengenai pandangan pelajar universiti terhadap penggunaan e-
pembelajaran oleh Keller dan Cernerud (2002). Hasil dapatan amat mengesahkan orang.
50% respoden berpendat bahawa e-pembelajaran tidak membantu mereka dalam
pemeblajaran. Oleh sebab itu, mereka tidak rela menggunakan e-pembelajaran yang
dilaksanakan di universiti.
Cheng-Chang, Sivo dan Brophy (2003) dalam kajian menguji pandangan pelajar
mengenai penggunaan WebCT, satu persekitaran pembelajaran maya, berdasarkan Model
Penerimaan Teknologi pula menyatakan bahawa faktor pandangan terhadap kesenangan
penggunaan , pandangan kebergunaan dan sikap pengguna terhadap WebCT kononnya
tidak menentukan antara satu sama lain. Hal ini bermaksud pandangan terhadap
kesenangan penggunaan WebCT tidak akan mempengaruhi pandangan kebergunaan
WebCT dan sikap pengguna terhadap WebCT; pandangan kebergunaan WebCT tidak akan
mempengaruhi pandangan terhadap kesenangan penggunaan WebCT dan sikap
pengguana terhadap WebCT; sikap pengguna terhadap WebCT juga tidak akan
24mempengaruhi pandangan terhadap kesenangan penggunaan WebCT dan pandangan
kebergunaan WebCT.
2.6 Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) Sistem Pengurusan Pembelajaran, atau Learning Management Systems (LMS)
dalam bahasa Inggeris, juga dikenal sebagai Sistem Pengurusan Kursus (Course
Management Systems (CMS)) atau Persekitaran Pembelajaran Maya (Virtual
Learning Environments (VLE)).
Satu ensiklopedia di laman web, Wikipedia, mendefinisikan Sistem
Pengurusan Pembelajaran (SPP) sebagai satu pakej perisian yang membenarkan
pengurusan isi pembelajaran dijalankan dan dapat menyalurkan isi pembelajaran serta
maklumat kepada pelajar. Kebanyakan SPP telah dilaksanakan melalui rangkaian
web supaya pengurusan dan pembelajaran dapat dicapai di mana-mana tempat pada
mana-mana masa.
Lewis dan Whitlock (2003) telah menunjukkan 4 jenis ciri Sistem Pengurusan
Pembelajaran yang dijelaskan dalam laporan DfEE (Department for Education and
Employment). Pertama, Laporan DfEE menujukkan bahawa setiap SPP sebenarnya
mempunyai beberapa ciri yang lazimnya wujud. Ciri-ciri tersebut termasuk data
pendaftaran pelajar (maklumat persedirian, username, password), data pendaftaran
program dan data kemajuan pelajar dalam subjek tertentu. Kedua, SPP mempunyai
ciri memperuntuk sumber seperti ruang dan kelengkapan. Contoh fungsi-fungsi yang
ada termasuk jadual waktu untuk setiap kelas, pembahagian pensyarah kursus
tertentu, sokongan atau keperluan yang digunakan (seperti projector video, komputer
dan sebagainya), jadual waktu setiap pelajar dan laporan seperti penglibatan setiap
pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Ketiga, SPP dapat menyokong
pembelajaran jarak jauh bukan dalam talian (off-line distance learning). Bahan-bahan
yang diperlukan untuk ciri tersebut melibatkan multimedia dari bahan cetakan hingga
CD-ROM. Ciri keempat sesuatu SPP ialah ia menyokong pembelajaran dalam talian.
25Kini, SPP secara sumber terbuka semakin berkembang pesat dalam pendidikan dan
perniagaan (Wikipedia, 2006).
2.6.1 Kelebihan sistem pengurusan pembelajaran (SPP) Sistem pengurusan pembelajaran memperoleh beberapa kelebihan terhadap
mereka yang terlibat. Berikut merupakan jadual kelebihan SPP.
Jadual 2.2: Kelebihan SPP Pengguna Penggunaan Pengurus kursus - mendaftarkan pelajar mengikut
kursus - catatan pembayaran yuran - menyenaraikan sumber
Pereka kursus - disediakan templat mereka kursus - soalan dan ujian dapat dijalankan
Tutor - dapat mengawasi proses pembelajaran seseorang pelajar
- dapat berkomunikasi dengan pelajar
Pengurus pusat pembelajaran - mengawasi penggunaan suatu perisian kursus
- dapat menyalur bahan dari perbagai sumber
Pelajar - merancang pembelajaran - ambil ujian - pentauliahan - dapat berkomunikasi dengan
rakan sekelas - dapat maklum balas dari tutor
2.6.2 Jenis sistem pengurusan pembelajaran SPP dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu SPP komersil dan SPP sumber
terbuka. SPP komersil merupakan perisian berlesen yang perlu dibayar manakala SPP
sumber terbuka membenarkan pengguna mendapatkan kod perisiannya secara
percuma. Kini, terdapat sebilangan besar SPP komersil dan SPP sistem terbuka siap
26sedia dipilih oleh pengguna. Antara contoh SPP komersil termasuk Blackboard,
CyberLearning Labs, eCollege, Intralearn, dan WebCT. Contoh SPP sumber terbuka
pula merangkumi Bodington Open Source Project, Dokeos, .LRN, Moodle, dan The
Sakai Project.
Dalam bahagian ini, dua jenis SPP komersil, Blackboard dan WebCT, akan
dibincangkan kerana kedua-dua SPP komersil merupakan SPP paling popular di
pasaran (The Observatory on Borderless Higher Education, 2004). Manakala
perbincangan SPP sumber terbuka tertumpu pada Moodle. Berikut merupakan
perbincangan ringkas daripada Observatory on Borederless Higher Education
(OBHE) (2004) mengenai ketiga-tiga SPP.
2.6.2.1 Blackboard Syarikat Blackboard Inc. terbentuk pada 1997 di Washington D.C., Amerika
Syarikat. Sejak tahun 1998 hingga 2002, syarikat ini telah menjadi penjual SPP utama
dengan peningkatan pendapatan sebanyak 11.047%. Syarikat ini terdiri daripada dua
orang pakar runding dengan kerjasama pihak pembangunan perisian untuk pelajar
dan fakulti di Cornell University. Kini, Blackboard Inc. telah menawar produk
perisian dan perkhidmatan untuk program e-pendidikan dari sekolah rendah hingga
institusi pendidikan tinggi, dan juga dari perkhidmatan swasta hingga perkhidmatan
awam. Produknya termasuk SPP, pengurusan isi (content management), sistem portal
‘middlewave’ yang mempromosikan e-perdagangan.
2.6.2.2 WebCT WebCT merupakan satu hasil University of British Columbia, Canada pada
tahun 1995. Pasaran utama WebCT adalah pada pendidikan tinggi. Setakat tahun ini,
WebCT telah digunakan melalui 14 bahasa yang berlainan. WebCT merupakan SPP
27yang mengandungi alat untuk persediaan kursus, penyampaian kursus serta
pengurusan kursus yang senang digunakan.
2.6.2.3 Moodle Moodle (Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment) ialah
hasil ciptaan seorang pendidik yang bernama Martin Dougiamas dari Australia pada
tahun 2002. Menurut McDonald (2004), Martin Dougiamas berusaha membina
perisian Moodle yang dapat berjaya menyokong Epistemologi Konstruktivi secara
Sosial (social constructionist epistemologies) dalam pelajaran dan pembelajaran.
Moodle merupakan perisian percuma untuk kursus berasaskan Internet pada
platform utama seperti Linux, Unix, Windows dan Mac OS X. Kursus mengandungi
modul-modul termasuk Forum, chat, jurnal, kuiz, kajian, kerja kursus, bengkel,
sumber maklumat, pilihan dan lain-lain. Setakat ini, Moodle telah diterjemahkan
dalam 34 bahasa. Moodle direka bentuk berdasarkan pendagogi konstruktiviti dan
tertumpu pada pembinaan persekitaran yang menyokong sifat kerjasama untuk
pertukaran idea pembelajaran.
2.6.3 Pandangan pengguna terhadap Moodle McDonald (2004), seorang pendidik yang mengajar sejarah dengan
menggunakan Moodle di sebuah komuniti pendidikan, memberikan penilaian positif
bahawa Moodle banyak menolong guru dan pelajar dalam proses P&P seperti
berikut:
“…The constructivist pedagogy that informs activities in Moodle software has
created space for students to think more deeply by freeing them from the
pressures of the classroom moment.”
28“… History teachers at Cranbrook have discovered too that using Moodle has
created a more egalitarian environment in terms of student access to
teachers.”
“With Moodle, a student can return to ideas that are introduced in a class
and add upon them at a more reflective moment.” McDonald (2004).
Stevens et al. (2004) dalam kertas kerjanya telah menguji kebolehan Moodle
sebagai satu sistem pengurusan pembelajaran sumber terbuka yang dapat menyokong
reka bentuk pendidikan yang menggunakan pendekatan Culturally DynamicTM.
Menurut Steven, Culturally DynamicTM merupakan sifat amalan seperti berikut:
• dapat melihat keadaan keseluruhan apabila menilai setiap bahagian kecil
• dapat mencari kelebihan atau kekuatan tetapi bukan kelemahan daripada
sesuatu perbezaan.
• mengenali bahawa perbezaan akan mencipta peluang bukan ancaman atau
penghalang
• bekerjasama bekerja daripada mengawal
• mencapai kejayaan yang adil daripada dominasi.
Hasil dapatan Stevens, Gatling dan Murdock (2004) menujukkan Moodle
memenuhi syarat persekitaran pembelajaran Culturally DynamicTM dalam talian yang
dinamik, fleksibel dan dapat menghubungkait semua gaya pembelajaran, kecerdasan
pelbagai, personaliti serta membentuk komuniti kebudayaan merentasi persekitaran
pembelajaran mikro dan makro. Hal ini kerana Moodle memerlukan kos pembiayaan
yang rendah, berasaskan web, dapat menghubungkan pelajar yang berbeza dalam
bilik darjah sedunia. Berikut merupakan bahagian fakta yang diutarakan oleh Stevens,
Gatling dan Murdock (2004) mengenai kebaikan Moodle:
… Moodle’s development and continuous improvement is a testimony to
the nature and process of creative collaboration. The World Wide Web will
continue to provide the vehicle for proselytizing the Moodle movement
29throughout geographically and demographically disparate global learning
communities.
…Moodle is fast developing into a bridge that leverages the collective
resources of the education and training industry, connecting public and
private primary, secondary, higher education, and continuing education
sectors. Moodle allows diverse stakeholders in remote locations that
represent distinct sectors to collaborate in inquiry-based learner centric
projects. These online Moodle project implementations build culturally
dynamicTM learning communities that create innovation and solve real world
problems along the lifelong learning continuum (Stevens, Gatling dan
Murdock, 2004).
2.6.4 Mengapa memilih Moodle/ Kelebihan Moodle Pengguna Moodle adalah bercuma berbanding dengan perisian SPP WebCT
dan Blackboard yang fungsinya lebih kurang sama tetapi perlu dibayar. Menurut
pengalaman penetapan SPP di Humboldt State University di Amerika Syarikat (HSU,
2003), apabila SPP Blackboard dipilih, ia dianggar mengambil kos sebanyak $60000
setahun, malah kecanggihan antara muka yang ada pada Blackboard pula tidak dapat
bertanding dengan antara muka pada Moodle yang percuma. Humboldt State
University juga menyedari bahawa Moodle sesuai digunakan oleh institusi pengajian
tinggi yang bersaiz medium dan ke atas yang ingin memaksimumkan perkhidmatan
mereka dalam kos yang minimum (HSU, 2005). Kajian pensyarah HSU menunjukkan
pelajar lebih suka menggunakan Moodle daripada Blackboard (Munoz & Duzer,
2005).
302.7 Sikap Pelajar Terhadap SPP
Setakat ini, kurang kajian yang mengkaji sikap pelajar terhadap SPP secara
spesifik. Haywood et al. (2004) mendapati pelajar mempunyai perolehan yang tinggi
untuk menggunakan SPP dalam kursus pembelajaran. Ashby dan Broughan (2002) telah
melaksanakan satu kajian bertujuan menentukan faktor pelajar tidak suka menggunakan
SPP. Didapati pengalaman pelajar terhadap pembelajaran maya dapat meramalkan tahap
perhubungan antara pelajar dengan pembelajaran maya. Kajian beliau menunjukkan
bahawa bilangan pelajar yang berasa malu apabila menggunakan fasiliti interatif seperti
aktiviti dalam talian, forum perbincangan dan e-mel kurang daripada mereka yang berasa
sedikit atau tiada rasa malu. Cadangan telah dibuat bahawa saiz kumpulan perbincangan
yang kecil dapat mengurangkan rasa malu peserta perbincangan.
2.8 Kemahiran Teknologi Maklumat Terhadap Sikap Menggunakan E-
pembelajaran
Terdapat percanggahan hasil kajian mengenai kemahiran dan pengetahuan
teknologi maklumat sebagai faktor yang mempengaruhi pandangan pelajar terhadap
ICT. Kajian Selim (2003) menunjukkan terdapat empat faktor kritikal yang
menentukan keberkesanan e-pembelajaran. Antaranya, faktor sifat pelajar merupakan
faktor yang kurang kritikal sekali daripada empat faktor yang diuji. Faktor sifat pelajar
yang diuji termasuk keupayaan pelajar menggunakan komputer dan motivasi pelajar
terhadap penggunaan e-pembelajaran. Kesimpulan daripada analisisnya, didapati pelajar
perlu menguasai keupayaan menggunakan komputer yang tinggi untuk menjayakan e-
pembelajaran. Keupayaan ini termasuk penggunaan aplikasi e-mel, pembentangan dan
komunikasi, pemikiran kreatif dan semua penggunaan perisian yang diperlukan untuk
pembelajaran.
Menurut Baharuddin (1999, 2005), seseorang yang berpengetahuan dan
berkemahiran menggunakan ICT secara langsung akan bersikap positif terhadap ICT.
Kajian Goodyear et al. (2004) juga menyokong bahawa pelajar yang lebih
31berkemahiran menggunakan komputer lebih berkeyakinan dalam pembelajaran
berasaskan web berbanding dengan pelajar yang kurang berkemahiran menggunakan
komputer. Pelajar yang berkemahiran komputer yang lemah akan berasa gusar lalu
takut berinteraksi dengan Internet (Gomez, 2002; Selwyn, 2003).
Namun, hasil dapatan Suhaimi (2004) pula menunjukkan kemahiran dan
pengetahuan ICT seseorang pelajar bukan faktor yang mempengaruhi pelajar
terhadap penggunaan e-pembelajaran. Berdasarkan kajiannya, minat menggunakan
ICT, ingin mencuba sesuatu yang baru, sentiasa mengambil peluang dalam
pembelajaran elektornik, berasa selesa belajar dengan menggunakan ICT dan tidak
mahu ketinggalan dalam penggunaan pembelajaran elektornik merupakan faktor-
faktor mempengaruhi pelajar untuk menggunakan e-pembelajaran. Chen dan Lin
(2002) telah mengendalikan satu kajian yang melihat kejayaan e-pembelajaran dengan
faktornya. Kejayaan tersebut adalah rujuk kepada peningkatan penguasaan pengetahuan
dan kemahiran dalam rangkaian komputer dan juga internet melalui SPP. Hasil analisis
menunjukkan sikap terhadap e-pembelajaran tiada hubungan pada peningkatan kemahiran
tersebut. Hasil Keller dan Cernerud (2002) juga telah membuktikan keadaan tersebut.
Mereka mendapati pelajar yang berpengalaman menggunakan teknologi komputer kurang
menerima e-learning. Dengan kata lain, pengalaman menggunakan teknologi maklumat
seperti komputer tidak boleh digunakan untuk menjangka penghasilan sikap yang lebih
positif terhadap e-pembelajaran (Keller dan Cernerud, 2002).
2.9 Jantina dengan Sikap Pelajar Terhadap E-pembelajaran
Jantina merupakan satu faktor yang dapat menentukan penggunaan pembelajaran
berasaskan web seseorang pelajar. Kajian Horkins dan Hooff (2005) membuktikan
bahawa lelaki lebih suka berbual dengan rakan dan tutor daripada perempuan melalui
papan buletin. Kajian Paris (2004) and Haywood et at. (2004) menunjukkan bahawa tiada
perbezaan signifikan sikap pelajar terhadap e-pembelajaran antara pelajar lelaki dan
pelajar perempuan. Namun demikian, kajian Paris (2004) menunjukkan bahawa lebih
ramai pelajar perempuan menggunakan Internet dan e-mel untuk berbual dan
membincangkan kerja rumah daripada pelajar lelaki. Kajian Ladyshewsky (2004)
32menunjukkan jantina sebenamya tidak mempengaruhi tindakan pelajar dalam e-
pembelajaran.
Perempuan juga kurang memilih teknologi maklumat sebagai kerjaya
daripada lelaki. Didapati pelajar perempuan cuba mengelakkan penggunaan teknologi
disebabkan beberapa halangan termasuk kekurangan keyakinan, ketakutan belajar
berseorangan dan kurang mencapai teknologi dalam rumah (Gunn, 2003).
Melis dan Ullrich (2004) telah membuat satu kajian semula mengenai
kecenderungan jantina menyesuaikan diri dalam pendidikan yang disesuaikan dengan
hipermedia. Mereka mendapati apabila dikaitkan dengan kerja berkomputer,
perempuan mempunyai kecenderungan
- lebih menyalahkan diri dalam kes ketidakjayaan dengan komputer daripada
lelaki. Lelaki lebih menyalahkan perisian dan jurutera program perisian.
- mempunyai penilaian kebolehan diri sendiri dalam mengurus teknologi yang
rendah
- menyangka mereka akan menghadapi kegagalan
- kurang menggunakan komputer
Gunn (2003) dalam kajian tahun 1999 juga memperlihat pelajar perempuan
universiti lebih berasa gelisah daripada pelajar lelaki universiti apabila berhubung
dengan bahan dalam talian. Akan tetapi, terdapat peningkatan tahap keyakinan oleh
pelajar perempuan yang agak tinggi daripada pelajar lelaki dari tahun 1997 hingga
1999 dalam penggunaan e-mel dan web.
2. 10 Jenis Kursus dengan Sikap Terhadap E-pembelajaran
Sebenarnya, jarang terdapat kajian yang mengkaji atau mengkaji hubungan antara
sikap pelajar terhadap e-pembelajaran dengan jenis kursus pelajar tersebut. Kajian Vuorela
dan Nummenmaa (2004) menyatakan pelajar sosiologi memberikan pandangan yang lebih
positif terhadap persekitaran pembelajaran berasaskan web daripada pelajar perubatan.
33Kajian Link and Marz (2006) dalam kajian terhadap pelajar perubatan pula menunjukkan
pelajar perubatan sebenarnya memberi penilaian positif terhadap e-pembelajaran. Pelajar-
pelajar tersebut mencadangkan e-pembelajaran melalui SPP patut dilaksanakan di kampus.
2.11 Kekerapan Menggunakan E-pembelajaran dengan Sikap Terhadap E-
pembelajaran
Kurang juga kajian yang mengkaji kekerapan menggunakan e-pembejaran.
Terdapat kajian menunjukkan bilangan penyertaan kursus melalui SPP dapat menentukan
peningkatan pembelajaran Dalam kajian Haywood et al. (2004) yang mengkaji pandangan
pelajar universiti terhadap e-pembelajaran, didapati 65% pelajar log masuk persekitaran
pembelajaran WenCT sekurang-kurang dua kali seminggu. Kajian ini juga menunjukkan
lebih daripada 60% pelajar yang menggunakan sistem Web CT bersetuju teknologi
maklumat membawa faedah kepada mereka. Jadi, hal ini mungkin membawa makna
bahawa kekerapan menggunakan e-pembelajaran mempunyai hubungan dengan sikap
terhadap e-pembelajaran.
2.12 Penutup Dalam bab ini, penyelidik ingin menghuraikan beberapa tajuk yang berkaitan
dengan kajian ini. Tajuk-tajuk ini termasuk definisi e-pembelajaran, perkembangan e-
pembelajaran di Malaysia dan di UTM, sikap pelajar terhadap e-pembelajaran. Selain itu
bab ini juga menjelaskan faktor kemahiran teknologi maklumat, jantina, jenis kursus dan
kekerapan penggunaan e-pembelajaran terhadap sikap menggunakan e-pembelajaran.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan Perbincangan dalam bab ini ialah untuk menerangkan aspek-aspek dan kaedah
yang dijalankan dalam kajian. Secara terperincinya bahagian ini menjelaskan tentang
reka bentuk kajian, populasi dan persampelan, instrumen, kajian rintis, pengumpulan
dan analisis data.
3.2 Reka Bentuk Kajian Kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang dirancang menggunakan kaedah
soal selidik. Kaedah soal selidik digunakan untuk mendapat latar belakang pelajar
dari segi jantina, jenis aliran kursus dan kekerapan menggunakan e-pembelajaran
dalam seminggu. Selain itu, kaedah soal selidik juga digunakan untuk mengenalpasti
kemahiran teknologi maklumat pelajar dan juga sikap pelajar terhadap e-
pembelajaran di UTM.
Pada tahun 2004, UTM telah mendedahkan e-pembelajaran yang
menggunakan SPP Moodle kepada pelajar termasuk pelajar dari Fakulti Pendidikan.
Dalam kajian ini, pelajar-pelajar sarjana muda Fakulti Pendidikan telah dipilih
sebagai responden. Pelajar Fakulti Pendidikan merangkumi pelajar yang memilih
pelbagai jenis kursus dari aliran sains dan komputer, aliran sains, aliran sastera dan
aliran kejuruteraan.
35 Satu tinjauan rambang telah dibuat oleh penyelidik dengan pelajar-pelajar dari
Fakulti Pendidikan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi mereka
menggunakan e-pembelajaran di UTM. Kebanyakan pelajar memberikan pandangan
positif terhadap penggunaan e-pembelajaran. Mereka memberi pandangan positif
bahawa sistem e-pembelajaran membenarkan mereka memperoleh maklumat dan
berkomunikasi dengan rakan sekelas atau pensyarah pada bila-bila masa. Namun juga
terdapat pandangan bahawa mereka menggunakan sistem e-pemebalajaran
disebabkan paksaan pensyarah. Hal ini menunjukkan terdapat jurang perbezaan
antara sikap pelajar terhadap penggunaan e-pembelajaran.
Kajian ini secara keseluruhan berbentuk kuantitatif dan data akan diukur
secara statistik diskriptif seperti frekuensi dan peratusan sesuatu kumpulan data.
Pengiraan min juga digunakan untuk menerangkan taburan data. Selain itu, ujian-t
bagi dua sampel bebas, ujian ANOVA satu hala untuk mencari perbandingan antara
dua min kumpulan data. Ujian statistik korelasi Pearson dan korelasi Spearman telah
digunakan untuk mencari perkaitan antara dua kumpulan data.
3.3 Populasi dan Persampelan Populasi kajian ini melibatkan pelajar yang menggunakan e-pembelajaran
Moodle di UTM. Pelajar sarjana muda dari Fakulti Pendidikan UTM telah dipilih
sebagai sampel kajian. Fakulti ini mengandungi pelajar yang terdiri daripada aliran
yang berbeza ( aliran sains dan komputer, aliran sains aliran sastera dan aliran
kejuruteraan). Pelajar sarjana muda Fakulti Pendidikan ini dipilih kerana mereka
adalah bakal guru. Mereka perlu celik teknologi maklumat dan perlu berkemahiran
mengendalikan pelbagai jenis kaedah pembelajaran termasuk e-pembelajaran
memandangkan pelaksanaan e-pembelajaran dalam bidang pendidikan adalah satu
keperluan negara.
Sampel dipilih berdasarkan rawak kelompok. Sampel-sampel ini terdiri
daripada pelajar tahun 1, 2, 3 dan 4 yang mengikuti 14 jenis kursus yang ditawarkan
36di Fakulti Pendidikan UTM. Pelajar daripada 14 kursus di Fakulti Pendidikan adalah
sebanyak 2234 orang. 30% pelajar pada semester II, sesi 2006/2007 adalah lelaki dan
70% pelajar adalah perempuan. Mengikut Krejcie dan Morgan (1970), bilangan
sampel yang minimum untuk bilangan populasi ini adalah sebanyak 327 orang.
Sebanyak 327 orang pelajar telah menjadai responden kajian ini. Bilangan sampel
yang diambil daripada setiap aliran dikira mengikut nisbah pelajar yang ada dalam
setiap aliran seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1 pada muka surat 37.
3.4 Instrumen Tinjauan ini menggunakan kaedah soal selidik yang mempunyai dua bahagian
iaitu bahagian A dan bahagian B.
Bahagian A merangkumi 3 item untuk mendapat demografik pelajar iaitu
jantina pelajar , aliran kursus yang diikuti di bawah Fakulti Pendidikan dan bilangan
kali menggunakan e-pembelajaran UTM dalam seminggu.
Bahagian B pula merupakan soalan kajian utama yang merangkumi dua set
soalan kajian untuk mengumpul data kemahiran tentang teknologi maklumat dan data
sikap pelajar terhadap e-pembelajaran. Item-item kemahiran tentang teknologi
maklumat dibina daripada konsep kemahiran ICT (National Research Council, 2003)
dan item-item sikap pelajar terhadap e-pembelajaran diubahsuai daripada senarai
semak soal selidik sikap terhadap teknologi maklumat (IT) (Baharuddin, 1999).
Soal selidik kemahiran tentang teknologi maklumat mengandungi 15 item
yang ditanya berdasarkan 9 kriteria dalam FITness (sila rujuk Bab 1). Skala Likert
telah digunakan dengan 0 = tiada pengalaman, 1 = ada sedikit pengalaman dengan
bantuan, 2 = ada pengalaman dan dapat mengurusnya kebanyakkan masa, dan 3 =
sangat berpengalaman dan dapat mengawal perkakasan serta perisian.
37Jadual 3.1: Bilangan dan peratusan pengambilan pelajar mengikut aliran berlainan
Jenis kursus Jenis Aliran kursus
Jumlah sebenar pelajar
Jumlah yang
diambil
Peratusan (%)
Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)
Sains dan komputer
416 61 18.62
Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)
Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) Sains
643
95
28.78
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (TESL) Sastera
340
50
15.22
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) Kejuruteraan
826
121
36.97 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Jumlah 2234 327 100
38 Soal selidik sikap terhadap e-pembelajaran pula menguji 4 jenis aspek iaitu
aspek kegusaran terhadap e-pembelajaran (10 item), keyakinan terhadap e-
pembelajaran (8 item), kesukaan terhadap e-pembelajaran (10 item) dan persepsi
terhadap faedah e-pembelajaran (6 item). Soal selidik ini dibina dan diubahsuai
berdasarkan kajian Baharuddin Aris (1999). Nilai pekali kebolehpercayaan untuk
keempat-empat aspek yang diperoleh dalam kajian Baharuddin Aris masing-masing
ialah 0.77 (kegusaran), 0.96 (keyakinan), 0.88 (kesukaan) dan 0.86 (persepsi terhadap
faedah). Aspek-aspek ini menggunakan soalan aneka pilihan Likert iaitu 1 = paling
rendah, 2 = rendah, 3 = sederhana, 4 = tinggi dan 5 = paling tinggi. Satu soalan
sumbangan jenis terbuka telah ditanya untuk mendapatkan pandangan pelajar sebenar
terhadap sebab mereka seronok atau tidak apabila menggunakan e-pembelajaran
UTM. Jadual berikut merupakan pembahagian item soal selidik mengikut bahagian.
Jadual 3.2 Pembahagian item soal selidik mengikut bahagian
Bahagian Komponen Jumlah Item
A Data demografik pelajar 3
B (I) Kemahiran teknologi maklumat 15
B (II) Sikap terhadap e-pembelajaran
a Kegusaran terhadap e-pembelajaran 10
b Keyakinan terhadap e-pembelajaran 8
c Kesukaan terhadap e-pembelajaran 10
d Persepsi terhadap faedah e-pembelajaran 6
3.5 Kajian Rintis Untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik yang digunakan
dalam kajian ini, suatu kajian rintis telah dijalankan. Mengikut Mohd. Najib (2003),
jumlah responden seramai 15 hingga 20 orang sudah mencukupi untuk analisis
kesahan dan kebolehpercayaan. Jadi sebanyak 15 orang responden telah mengambil
bahagian dalam kajian rintis. Ujian statistik Alpha-Cronbach telah dijalankan atas
data soal selidik kemahiran teknologi maklumat dan soal selidik sikap terhadap e-
pembelajaran dengan menggunakan perisian analisis SPSS versi 12.
39 Untuk soal selidik kemahiran teknologi maklumat, item-item tersebut telah
disemak oleh seorang guru yang menguruskan IT di sekolah menengah untuk
menentukan kesesuaian isi item yang berkaitan dengan kemahiran teknologi. Setelah
menjalankan kajian rintis, nilai pekali Alpha-Cronbach bagi soal selidik kemahiran
teknologi maklumat adalah 0.923. Hal ini menunjukkan tahap kebolehpercayaan
item-item adalah tinggi.
Nilai pekali Alpha-Cronbach keempat-empat bahagian soal selidik sikap
terhadap e-pembelajaran juga menujukkan tahap kebolehpercayaan item-item yang
tinggi iaitu 0.898 (kegusaran), 0.914 (keyakinan), 0.826 (kesukaan) dan 0.961
(persepsi terhadap faedah).
3.6 Pengumpulan dan Analisis Data Selepas kajian rintis dijalankan, pengedaran soal selidik dilaksanakan kepada
pelajar mengikut bilangan yang dikira dalam Jadual 3.1. Data yang dikumpulkan
daripada respoden pelajar akan dianalisis melalui perisian SPSS.
3.6.1 Data demografik pelajar Dalam bahagian ini, item pertama adalah maklumat mengenai jantina pelajar.
Item kedua adalah aliran kursus yang diikuti oleh pelajar tersebut. Item ketiga pula
mengumpul kekerapan menggunakan e-pembelajaran UTM dalam seminggu. Untuk
item 3, skala ordinal telah digunakan iaitu ‘kurang daripada 1 kali’, ‘1 hingga 2 kali’,
‘3 hingga 4 kali’, ‘5 hingga 6 kali’ dan ‘7 atau lebih kali’. Peratus untuk setiap skala
diukur untuk melihat tahap penggunaan e-pembelajaran. Seterusnya frekuensi dan
peratusan kekerapan penggunaan e-pembelajaran seminggu berdasarkan aliran kursus
juga dikira.
403.6.2 Kemahiran teknologi maklumat
Terdapat 15 item diuji dalam soal selidik ini. Setiap item mempunyai nilai
tahap dengan 0 = tiada pengalaman dalam kemahiran tersebut, 1 = ada sedikit
pengalaman dalam kemahiran tersebut, 2 = ada pengalaman dan dapat menguruskan
kemahiran tersebut kebanyakan masa, 3 = sangat berpengalaman dalam kemahiran
tersebut dan dapat mengawalnya kebanyakan masa. Peratus setiap tahap untuk setiap
item dikira dan dianalisis. Min setiap item dan purata min untuk soal selidik
kemahiran teknologi maklumat dikira untuk menentukan tahap kemahiran teknologi
maklumat. Bahagian ini mengukur sembilan kriteria yang diperkenalkan oleh NRC
(sila rujuk Bab 1, bahagian definisi istilah).
3.6.3 Sikap terhadap e-pembelajaran Sikap terhadap e-pembelajaran diuji mengikut aspek kegusaran, keyakinan,
kesukaan dan persepsi faedah e-pembelajaran. Data setiap item dianalisis berdasarkan
skala Likert dengan 1= paling rendah, 2= rendah, 3= sederhana, 4= tinggi dan 5=
paling tinggi. Peratusan setiap tahap untuk setiap item dari setiap aspek telah dikira.
Dalam setiap aspek sikap e-pembelajaran, min setiap item dan purata min juga dikira.
Ujian analisis seterusnya dilaksanakan untuk menguji perhubungan kemahiran
teknologi maklumat dengan sikap pelajar terhadap e-pembelajaran, mengenalpasti
perbezaan sikap terhadap e-pembelajaran berdasarkan jantina dan juga berdasarkan
aliran kursus yang berlainan serta mengenalpasti perbezaan kekerapan penggunaan e-
pembelajaran dengan sikap terhadap e-pembelajaran.
3.6.4 Kemahiran teknologi dengan sikap terhadap e-pembelajaran Ujian korelasi telah dibuat untuk mencari hubungan antara tahap kemahiran
teknologi maklumat pelajar dengan sikap mereka terhadap e-pembelajaran. Jenis
41ujian korelasi Pearson dipilih kerana data kedua-dua pembolehubah adalah data
interval. Nilai pekali korelasi akan dibandingkan dengan jadual pekali korelasi yang
diinterpretasi oleh Guilford (1956) seperti berikut:
Jadual 3.3: Jadual perbandingan nilai pekali korelasi
Nilai Pekali Korelasi Interpretasi
Kurang daripada 0.20 Hubungan yang sangat lemah
0.20 – 0.40 Korelasi rendah
0.40 – 0.70 Korelasi sederhana
0.70 – 0.90 Korelasi tinggi
0.90 – 1.00 Korelasi yang sangat tinggi
3.6.5 Sikap terhadap e-pembelajaran antara jantina Ujian-t digunakan untuk membanding perbezaan min data sikap antara pelajar
lelaki dan pelajar perempuan. Oleh sebab dua kumpulan sampel pembolehubah
jantina adalah tidak berkait, ujian-t jenis dua sampel bebas (Independent-Samples T-
Test) dalam SPSS telah dipilih. Nilai kiraan seterusnya dibanding dengan nilai dalam
jadual sifir ujian-t.
3.6.6 Sikap pelajar aliran kursus berlainan terhadap e-pembelajaran Data sikap terhadap e-pembelajaran dikutip daripada pelajar dari 4 jenis aliran
kursus. Jadi analisis ANOVA satu hala dijalankan untuk menguji perbezaan min.
Ujian lanjutan dengan menggunakan kaedah Tukey dijalankan jika terdapat perbezaan
signifikan sikap terhadap e-pembelajaran antara aliran kursus.
423.6.7 Kekerapan penggunaan e-pembelajaran dengan sikap terhadap e-
pembelajaran
Ujian korelasi Spearman digunakan untuk menguji hubungan antara
kekerapan penggunaan e-pembelajaran dengan sikap terhadap e-pembelajaran. Hal
ini kerana data pembolehubah kekerapan penggunaan bukan data interval. Nilai
pekali juga dibandingkan dengan nilai pekali korelasi dalam Jadual 3.3.
3.7 Penutup Bab ini telah menerangkan reka bentuk kajian, populasi dan persampelan,
instrumen, pengumpulan dan cara analisis data. Bab 4 seterusnya ialah penjelasan
mengenai analisis data.
BAB 4
ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan Bab ini memberi tumpuan terhadap analisis data-data bagi kajian yang telah
dijalankan. Data-data untuk kajian ini telah diperoleh melalui soal-selidik yang terdiri
daripada dua bahagian. Bahagian A adalah mengenai data demografik pelajar
termasuk jantina dan aliran kursus yang diikuti, serta bilangan kali menggunakan e-
pembelajaran UTM dalam seminggu. Bahagian B mengandungi soal selidik
mengenai kemahiran tentang teknologi maklumat, sikap terhadap e-pembelajaran dan
satu soalan terbuka. Maklum balas yang dikumpul dianalisis untuk meninjau
kemahiran pelajar UTM terhadap teknologi maklumat, sikap pelajar terhadap e-
pembelajaran dari segi kegusaran, keyakinan, kesukaan dan persepsi terhadap faedah
e-pembelajaran, hubungan kemahiran teknologi maklumat dengan sikap pelajar
terhadap e-pembelajaran, perbezaan sikap terhadap e-pembelajaran di antara pelajar
lelaki dan pelajar perempuan, perbezaan sikap pelajar terhadap e-pembelajaran di
antara jenis aliran kursus yang berlainan, kekerapan penggunaan e-pembelajaran di
kalangan pelajar UTM dan hubungan kekerapan penggunaan e-pembelajaran dengan
sikap pelajar terhadap e-pembelajaran.
Analisis ini dibahagi kepada 7 bahagian. Bahagian 4.2 ialah latar belakang
pelajar dari segi jantina dan aliran kursus yang diikuti. Bahagian 4.3 ialah frekuensi
dan peratus tentang bilangan kali penggunaa e-pembelajaran UTM dalam seminggu.
Bahagian 4.4 ialah peratusan tahap kemahiran teknologi maklumat pelajar. Bahagian
4.5 ialah peratus tahap sikap terhadap e-pembelajaran dari segi kegusaran, keyakinan,
44kesukaan dan persepsi terhadap faedah e-pembelajaran. Bahagian 4.6 ialah korelasi
antara kemahiran teknologi maklumat dengan sikap terhadap e-pembelajaran.
Bahagian 4.7 ialah perbezaan sikap pelajar terhadap e-pembelajaran di antara lelaki
dan perempuan. Bahagian 4.8 ialah perbezaan sikap pelajar terhadap e-pembelajaran
di antara jenis aliran kursus yang berlainan. Bahagian 4.9 ialah korelasi antara
bilangan kali penggunaan e-pembelajaran seminggu dengan sikap terhadap e-
pembelajaran. Bahagian 4.10 akan menganalisis keseronokan responden
menggunakan e-pembelajaran berdasarkan penjelasan mereka.
4.2 Latar Belakang Responden
Terdapat 2 maklumat latar belakang responden yang dikaji iaitu jantina dan
aliran kursus yang diikuti. Maklumat latar belakang responden yang terlibat dalam
kajian ini adalah tercatat dalam Jadual 4.1. Dari 327 orang responden, 30% adalah
pelajar lelaki dan 70% adalah pelajar perempuan. Dari segi aliran kursus, pelajar
aliran Sains dan Komputer terdiri daripada 18.7% , pelajar aliran Sains terdiri
daripada 29.1%, pelajar aliran Sastera terdiri daripada 15.3% dan pelajar aliran
Kejuruteraan terdiri daripada 37.0%.
Jadual 4.1: Latar belakang responden
Frekuensi Jantina Lelaki Perempuan
Jumlah (peratus)
Sains dan Komputer 18 43 61
(18.7%) Sains
29 66 95 (29.1%)
Sastera 15 35 50
(15.3%)
Aliran
Kejuruteraan 36 85 121
(37.0%) Jumlah
(peratus) 98
(30.0%)229
(70.0%) 327
(100.0%)
454.3 Frekuensi dan Peratus Kekerapan Penggunaan E-pembelajaran dalam
Seminggu
Jadual 4.2 berikut menunjukkan bilangan kali responden mengguna e-
pembelajaran dalam seminggu. Jadual 4.3 pula menunjukkan penggunaan e-
pembelajaran dalam seminggu berdasarkan aliran kursus responden.
Jadual 4.2: Frekuensi dan peratusan kekerapan penggunaan e-pembelajaran dalam seminggu
Bilang kali Frekuensi Peratus (%) Kurang daripada 1 kali 6 1.8 1-2 kali 87 26.6 3-4 kali 130 39.8 5-6 kali 48 14.7 7 kali atau lebih 56 17.1 Jumlah 327 100.0
Jadual 4.3 Frekuensi dan peratusan kekerapan penggunaan e-pembembelajaran seminggu berdasarkan aliran
Frekuensi kekerapan penggunaan (peratus)
Aliran
Kurang daripada
1 kali 1-2 kali 3-4 kali 5-6 kali 7 atau lebih
Jumlah (peratus)
Sains dan Komputer
2 (3.3%)
8 (13.1%)
31 (50.8%)
11 (18.0%)
9 (14.8%)
61 (100.0%)
Sains
2 (2.1%)
30 (31.6%)
33 (34.7%)
13 (13.7%)
17 (17.9%)
95 (100.0%)
Sastera
0 (0%)
14 (28.0%)
22 (44.0%)
8 (16.0%)
6 (12.0%)
50 (100.0%)
Kejuruteraan 2
(1.7%) 35
(28.9%) 44
(36.4%) 16
(13.2%) 24
(19.8%) 121
(100.0%)
Berdasarkan Jadual 4.2, didapati paling ramai responden (39.8%)
menggunakan e-pembelajaran UTM sebanyak tiga hingga empat kali dalam
seminggu. Penggunaan e-pembelajaran sebanyak tiga hingga empat kali seminggu
46juga merupakan tahap penggunaan e-pembelajaran kebanyakan responden untuk
setiap aliran iaitu 50.8% untuk aliran Sains dan Komputer, 34.7% untuk aliran Sains,
44.0% untuk aliran Sastera dan 36.4% untuk aliran Kejuruteraan (rujuk Jadual 4.3).
Terdapat segelintir pelajar selain aliran sastera menggunakan e-pembelajaran kurang
daripada sekali dalam seminggu. Graf 4.1 menunjukkan perbezaan peratusan
penggunaan e-pembelajaran dalam seminggu mengikut empat jenis aliran.
kurang drpd 1 kali
1-2 kali 3-4 kali 5-6 kali 7 atau lebih
Penggunaan e-pembelajaran seminggu
0
10
20
30
40
50
60
Pera
tus
AliranSains & KomputerSains
SasteraKejuruteraan
Graf 4.1: Perbezaan peratusan e-pembelajaran dalam seminggu mengikut empat jenis aliran kursus
474.4 Peratusan Kemahiran Teknologi Maklumat Pelajar Jadual 4.4 di bawah menunjukkan peratusan kemahiran teknologi maklumat
pelajar semasa menggunakan e-pembelajaran UTM.
Jadual 4.4: Peratusan kemahiran teknologi maklumat pelajar
Tahap (%) Min
Item Perkara 0 1 2 3
1 Memasang komputer dengan perkakasan seperti sistem paparan (monitor), pencetak (printer), pengimbas grafik (scanner), pembesar suara (speaker) dan lain-lain.
3.7 17.4 35.5 43.4 2.19
2
Memasang perisian (install software) dan menanggalkan perisian (uninstall software).
6.7 15.9 32.7 44.6 2.15
3
Mencipta laman web. 11.3 43.4 33.6 11.6 1.46
4
Mempunyai kemahiran memilih jenis perkataan (font), menetapkan saiz perkataan (font size), membuat nombor muka surat dan mengedit dokumen seperti menggunting (cut), menampal (paste), menyalin (copy),penjajaran (alignment) dan lain-lain.
0.0 3.1 15.3 81.7 2.79
5
Menambah clipart ke dalam sesuatu dokumen.
3.4 6.7 30.0 59.9 2.46
6
Menggunakan pakej grafik dalam pembentangan persembahan elektronik.
3.1 14.1 38.8 44.0 2.24
7
Menggunakan perisian persembahan seperti PowerPoint, Authorware dan lain-lain untuk membuat persembahan atau pembentangan.
0.3 6.1 35.2 58.4 2.52
8
Memasang komputer dengan peralatan yang diperlukan (seperti Moderm, wayar yang menyambungkan Moderm dengan komputer) untuk kemudahan Internet.
11.0 37.9 28.4 22.6 1.63
48Tahap (%)
Item Perkara 0 1 2 3 Min
9
Mencari maklumat di World Wide Web dengan menggunakan pelayar web seperti Netscape atau Internet Explorer.
1.2 5.2 26.3 67.3 2.60
10
Mengorganisasikan engin pencarian seperti mendirikan penanda buku (bookmark).
9.5 23.9 35.2 31.5 1.89
11
Piawaikan penggunaan e-mail seperti Hantar (send), Terima (received), Penghantaran Hadapan (forword), Balas (reply) dan Bahan Tambahan (attachment).
2.1 8.3 28.4 61.2 2.49
12
Menggunakan ruangan seperti Chatroom untuk bertukar fikiran dengan orang lain.
8.3 17.1 32.7 41.9 2.08
13
Menyertai forum di Internet. 5.8 17.4 32.1 44.6 2.16
14
Menggunakan pangkalan data (database) untuk mencari maklumat seperti pangkalan data jurnal.
7.0 20.8 36.4 35.8 2.01
15
Menggunakan kemudahan seperti Help untuk menyelesaikan masalah dan Tutotrial untuk mendapat model atau idea keseluruhan sesuatu sistem.
8.3 27.2 36.1 28.4 1.85
Purata min 2.17 Catatan: 0 = Saya tiada pengalaman dalam kemahiran ini. 1 = Saya ada sedikit pengalaman dalam kemahiran ini dengan bantuan. 2 = Saya ada pengalaman dalam kemahiran ini dan dapat menguruskannya
kebanyakan masa. 3 = Saya sangat berpengalaman dalam kemahiran ini dan dapat mengawal perkakasan
dan perisian.
Daripada Jadual 4.4, didapati purata min kemahiran responden terhadap
teknologi maklumat adalah 2.17. Hal ini bermaksud responden secara puratanya
mempunyai kemahiran dalam semua item kemahiran teknologi maklumat yang dikaji
dan dapat menguruskannya kebanyakan masa. Lebih daripada separuh bilangan
responden sangat berpengalaman dalam kemahiran mengedit perkataan dan dokumen
49(81.7%), kemahiran menggunakan Pelayar Web untuk mencari maklumat (67.3%),
kemahiran mempiawaikan penggunaan e-mail (61.2%), kemahiran menambah clipart
dalam dokumen (59.9%) dan kemahiran menggunakan perisian persembahan (58.4%).
Responden kurang berpengalaman dalam membina laman web (min = 1.46). Selain
kemahiran mengedit perkataan dan dokumen, masih terdapat kurang daripada 12.0%
responden yang tidak ada pengalaman dalam sebelas kemahiran teknologi maklumat
yang dikaji.
4.5 Sikap Pelajar Terhadap E-pembelajaran Empat faktor sikap pelajar terhadap e-pembelajaran telah dikaji dalam kajian
ini iaitu kegusaran terhadap e-pembelajaran, keyakinan terhadap e-pembelajaran,
kesukaan terhadap e-pembelajaran dan persepsi terhadap faedah e-pembelajaran.
Bahagian 4.5.1, bahagian 4.5.2, bahagian 4.5.3 dan bahagian 4.5.4 masing-masing
merupakan dapatan keempat-empat faktor.
4.5.1 Peratusan kegusaran terhadap e-pembelajaran
Jadual 4.5: Peratusan kegusaran terhadap e-pembelajaran
Tahap (%) Item Perkara
1 2 3 4 5 Min
1.*
Saya berani menggunakan e-pembelajaran.
53.2 32.1 13.5 1.2 0.0 1.63
2.
Saya berasa gelisah jika terpaksa menggunakan e-Pembelajaran.
58.7 23.9 15.6 0.9 0.9 1.61
3.
Saya berasa takut apabila terbayang hendak menyertai e-pembelajaran.
64.5 23.2 10.7 0.9 0.6 1.50
50
Tahap (%) Item Perkara
1 2 3 4 5 Min
4.
Perkara yang berkait dengan e-pembelajaran mengelirukan saya.
53.5 26.3 18.3 1.2 0.6 1.69
5. Saya tidak dapat memahami isi pelajaran dalam kursus yang menggunakan e-pembelajaran.
54.4 30.0 14.4 0.9 0.3 1.63
6.*
Mengikut kursus melalui e-pembelajaran tidak merisaukan saya.
47.1 33.0 16.5 2.8 0.6 1.77
7.*
Saya berasa selesa apabila melibatkan diri dalam e-pembelajaran.
39.4 37.9 20.2 1.5 0.9 1.87
8.
Saya berasa gentar apabila rakan saya bercerita tentang e-Pembelajaran.
63.9 25.4 9.8 0.6 0.3 1.48
9.
Saya berasa gelisah apabila hendak menyertai e-pembelajaran
64.5 23.9 10.4 0.9 0.3 1.49
10.
E-pembelajaran membuatkan saya berasa tidak selesa.
66.1 22.9 10.4 0.3 0.3 1.46
Purata min 1.61
Catatan: * pernyataan negatif Tahap 1= paling rendah, 2= rendah, 3= sederhana, 4= tinggi, 5= paling tinggi Daripada Jadual 4.5, didapati pelajar mempunyai kegusaran di antara tahap
paling rendah dengan tahap rendah terhadap e-pembelajaran (purata min = 1.61).
Daripada 10 item yang dikaji, terdapat 8 item memperolehi lebih daripada 50%
pelajar berada pada tahap paling rendah, iaitu paling tidak gusar terhadap e-
pembelajaran.
514.5.2 Peratusan keyakinan terhadap e-pembelajaran
Jadual 4.6 Peratusan keyakinan terhadap e-pembelajaran
Catatan:
Tahap (%) Item Perkara
1 2 3 4 5 Min
1.
Saya mahir menguasai kemudahan dalam e-pembelajaran.
0.3 3.1 23.9 42.2 30.6 4.00
2.
Saya yakin mengendalikan e-pembelajaran.
0.3 2.8 21.1 43.1 32.7 4.05
3.
Saya pasti saya boleh menguruskan e-pembelajaran.
0.3 2.4 22.3 41.9 33.0 4.05
4.
Saya yakin saya boleh buat dengan baik dalam e-pembelajaran.
0.3 3.1 20.8 42.5 33.3 4.06
5.*
Saya bukan seorang yang mahir menggunakan e-pembelajaran.
0.9 4.6 20.8 29.1 44.6 4.12
6.
Melibatkan diri dalam e-pembelajaran tidak sukar bagi saya.
0.0 3.7 19.9 41.6 34.9 4.08
7.
Saya mempunyai keyakinan diri apabila menyempurnakan tugasan melalui e-pembelajaran.
0.3 3.1 26.3 35.8 34.6 4.01
8.*
Saya berasa sukar melibatkan diri dalam e-pembelajaran.
0.6 1.8 18.0 30.6 48.9 4.25
Purata Min 4.08
* pernyataan negatif Tahap 1= paling rendah, 2= rendah, 3= sederhana, 4= tinggi, 5= paling tinggi Kanyakinan responden terhadap e-pembelajaran juga tinggi iaitu pada purata
4.08. Lebih daripada 50% responden mempunyai tahap kenyakinan yang tinggi pada
semua item yang diuji.
524.5.3 Peratus kesukaan terhadap e-pembelajaran
Jadual 4.7: Peratusan kesukaan terhadap e-pembelajaran
Tahap (%) Item Perkara
1 2 3 4 5 Min
1.
Saya suka belajar melalui e-pembelajaran. 1.2 3.4 27.8 40.1 27.5 3.89
2.*
Belajar melalui e-pembelajaran membuang masa saya sahaja.
1.5 1.8 12.2 30.3 54.1 4.34
3.
Belajar melalui e-pembelajaran memang menyeronokan.
0.9 2.4 24.8 41.3 30.6 3.98
4.*
Saya berasa benci terhadap e-pembelajaran.
0.9 1.5 10.1 21.7 65.7 4.50
5.
Jika saya ada masalah dalam pengendalian e-pembelajaran, saya akan cuba sehingga dapat menyelesaikan masalah tersebut.
1.5 4.0 32.1 37.0 25.4 3.81
6.*
Saya tidak faham mengapakah sesetengah orang dapat menghabiskan masa yang panjang untuk mengikuti e-pembelajaran dengan seronoknya.
2.4 7.0 25.4 26.9 38.2 3.91
7.
Apabila mula menyertai e-pembelajaran, sukar baga saya untuk berhenti.
5.8 18.0 39.8 20.5 15.9 3.23
8.
Saya suka berbincang tentang e-pembelajaran dengan sesiapa pun.
4.0 11.9 37.9 22.0 24.2 3.50
9.*
Saya rela memilih persekitaran pembelajaran selain e-pembelajaran.
1.5 5.5 33.0 33.0 26.0 3.77
10.
Saya akan menggalakkan orang persekitaran saya menggunakan e-pembelajaran
2.1 5.2 32.7 35.5 24.5 3.75
Purata Min 3.87
53Catatan: * pernyataan negatif Tahap 1= paling rendah, 2= rendah, 3= sederhana, 4= tinggi, 5= paling tinggi Daripada Jadual 4.7, tahap kesukaan secara puratanya adalah di antara tahap
sederhana dengan tahap tinggi iaitu 3.87. Didapati hanya item 2 dan item 4
memperoleh 50% ke atas pelajar yang mempunyai kesukaan pada tahap paling tinggi.
4.5.4 Peratusan persepsi terhadap faedah e-pembelajaran
Jadual 4.8: Peratusan persepsi terhadap faedah e-pembelajaran
Tahap (%) Item Perkara
1 2 3 4 5 Min
1.
E-pembelajaran membantu saya menyempurnakan tugasan saya dengan cepat.
1.5 8.3 25.7 39.4 25.1 3.78
2.
E-pembelajaran dapat memajukan persembahan tugasan saya.
1.8 8.0 28.1 36.7 25.4 3.76
3.
E-pembelajaran dapat meningkatkan produktiviti tugasan saya.
1.8 6.4 28.4 37.9 25.4 3.79
4.
E-pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan saya dalam penyiapan kerja kursus.
2.4 6.4 26.0 38.5 26.6 3.80
5.
E-pembelajaran dapat menyenangkan saya dalam penyiapan kerja kursus.
2.8 7.3 26.9 36.7 26.3 3.86
6.
Saya dapati e-pembelajaran berfaedah dalam kursus saya.
0.9 4.3 23.2 37.9 33.6 3.99
Purata min 3.81 Catatan: Tahap 1= paling rendah, 2= rendah, 3= sederhana, 4= tinggi, 5= paling tinggi
54 Secara amnya, persepsi responden adalah di antara tahap sederhana dengan
tahap tinggi ( Purata min = 3.81). Hampir 40% orang responden mempunyai persepsi
yang tinggi terhadap semua item faedah penggunaan e-pembelajaran yang diuji.
4.6 Korelasi Antara Kemahiran Teknologi Maklumat dengan Sikap
Terhadap E-pembelajaran
Jadual berikut merupakan hasil dapatan kiraan untuk korelasi antara
kemahiran teknologi dengan sikap terhadap e-pembelajaran.
Jadual 4.9: Korelasi antara kemahiran teknologi maklumat dengan sikap terhadap e-pembelajaran
Sikap terhadap e-pembelajaran
Pekali korelasi Pearson
GUSAR -0.447* YAKIN 0.601* SUKA 0.498*
PERSEPSI 0.467* Catatan : * menunjukkan signifikan pada aras keertian α =0.01. KTM = Kemahiran teknologi maklumat GUSAR = Kegusaran terhadap e-pembelajaran YAKIN = Keyakinan terhadap e-pembelajaran SUKA = Kesukaan terhadap e-pembelajaran PERSIPSI = Persepsi terhadap faedah e-pembelajaran
Keputusan analisis korelasi ini menunjukkan bahawa pelajar berkemahiran
teknologi maklumat yang tinggi juga mempunyai sikap yang baik terhadap e-
pembelajaran dan sebaliknya. Korelasi antara kemahiran teknologi maklumat dengan
kegusaran responden terhadap e-pembelajaran, keyakinan responden terhadap e-
pembelajaran, kesukaan responden terhadap e-pembelajaran dan persepsi responden
terhadap faedah e-pembelajaran adalah sederhana dengan nilai korelasi masing-
masing ialah -0.447, 0.601, 0.498 dan 0.467. Graf 4.2, Graf 4.3, Graf 4.4 dan Graf 4.5
55merupakan plot serakan antara kemahiran teknologi maklumat dengan kegusaran,
keyakinan, kesukaan dan persepsi terhadap faedah e-pembelajaran.
KTM3.002.502.001.501.000.500.00
GU
SAR
5.00
4.00
3.00
2.00
1.00
Graf 4.2 Plot serakan kemahiran teknologi maklumat dengan kegusaran terhadap
0.00 0.50 1.00 1.50 2.00 2.50 3.00KTM
2.00
3.00
4.00
5.00
YA
KIN
e-pembelajaran
Graf 4.3 Plot serakan kemahiran teknologi maklumat dengan keyakinan terhadap
e-pembelajaran
56
0.00 0.50 1.00 1.50 2.00 2.50 3.00KTM
1.00
2.00
3.00
4.00
5.00
SUK
A
Graf 4.4 Plot serakan kemahiran teknologi maklumat dengan kesukaan terhadap
e-pembelajaran
0.00 0.50 1.00 1.50 2.00 2.50 3.00KTM
1.00
2.00
3.00
4.00
5.00
PER
SEPS
I
Graf 4.5 Plot serakan kemahiran teknologi maklumat dengan persepsi terhadap
faedah e-pembelajaran
57
4.7 Perbezaan Sikap Pelajar Terhadap E-pembelajaran di Antara Lelaki dan
Perempuan
Jadual 4.10: Hasil ujian-t perbezaan sikap terhadap e-pembelajaran di antara lelaki
dan perempuan
Ujian-t tentang kesamaan antara min purata
t df Sig. (2-hujung) Perbezaan antara min
Ralat piawai bagi perbezaan antara min
GUSAR -0.165 325 0.869 -0.01222 0.07386 YAKIN 0.732 325 0.464 0.06331 0.08646 SUKA 0.143 325 0.887 0.01147 0.08029 PERSEPSI 0.433 325 0.666 0.04636 0.10713
Catatan: df = darjah kebebasan, aras keertian α = 0.05 GUSAR = Kegusaran terhadap e-pembelajaran YAKIN = Keyakinan terhadap e-pembelajaran SUKA = Kesukaan terhadap e-pembelajaran PERSIPSI = Persepsi terhadap faedah e-pembelajaran
Ujian-t telah digunakan untuk membuat perbandingan sikap menggunakan e-
pembelajaran di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan berdasarkan faktor
kegusaran terhadap e-pembelajaran, keyakinan terhadap e-pembelajaran, kesukaan
terhadap e-pembelajaran dan persepsi terhadap faedah e-pembelajaran. Dalam ujian
ini, ujian dua hujung telah dipilih, aras keertian ditetapkan pada 0.05 dan darjah
kebebasan ialah 325. Didapati nilai t yang diperoleh daripada SPSS untuk keempat-
empat faktor sikap masing-masing ialah 0.165, 0.732, 0.143 dan 0.433. Oleh kerana
nilai-nilai kiraan ini adalah lebih kecil daripada nilai 1.960, iaitu nilai t berdasarkan
jadual taburan t, maka min populasi bagi kedua-dua kumpulan adalah sama. Dengan
kata lain, tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap terhadap e-pembelajaran
antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.
58
4.8 Perbezaan Sikap Pelajar Terhadap E-pembelajaran di Antara Jenis
Aliran Kursus yang Berlainan
Jadual 4.11: Hasil ujian ANOVA sikap pelajar terhadap e-pembelajaran di antara jenis aliran kursus yang berlainan.
jumlah kuasa
dua df purata
kuasa dua F Sig. antara kumpulan 1.156 3 0.385 dalam kumpulan 120.54 323 0.373
GUSAR
jumlah 121.696 326
1.033 0.378
antara kumpulan 4.317 3 1.439 dalam kumpulan 162.675 323 0.504
YAKIN
jumlah 166.991 326
2.857 0.037
antara kumpulan 1.075 3 0.358 dalam kumpulan 142.731 323 0.442
SUKA
Jumlah 143.806 326
0.811 0.489
antara kumpulan 6.94 3 2.313 dalam kumpulan 249.193 323 0.771
PERSEPSI
jumlah 256.134 326
2.999 0.031
Catatan: Aras keertian α =0.05 GUSAR = Kegusaran terhadap e-pembelajaran YAKIN = Keyakinan terhadap e-pembelajaran SUKA = Kesukaan terhadap e-pembelajaran PERSIPSI = Persepsi terhadap faedah e-pembelajaran
Daripada jadual 4.11, didapati nilai signifikan untuk faktor kegusaran
terhadap e-pembelajaran (0.378) dan faktor kesukaan terhadap e-pembelajaran (0.489)
adalah melebihi 0.05 (aras keertian yang ditetapkan). Jadi, tiada perbezaan signifikan
pada kedua-dua faktor di antara jenis aliran kursus. Seterusnya, didapati nilai
signifikan untuk faktor keyakinan terhadap e-pembelajaran (0.037) dan faktor
59
persepsi terhadap faedah e-pembelajaran (0.031) pula adalah kurang daripada 0.05.
Jadi, kita membuat keputusan bahawa terdapat perbezaan signifikan dari segi faktor
keyakinan terhadap e-pembelajaran dan persepsi terhadap faedah e-pembelajaran di
antara aliran. Untuk menentukan aliran mana satu yang paling signifikan, ujian Tukey
telah dijalankan. Berikut merupakan hasilnya.
Jadual 4.12: Hasil ujian Turkey keyakinan terhadap e-pembelajaran dan persepsi terhadap faedah e-pembelajaran di antara aliran kursus.
Pembolehubah bersandar (I) Aliran (J) Aliran
Perbezaan min (I-J)
Nilai signifikan
Sains -0.08764 0.875 Sastera -0.18988 0.499
Sains dan Komputer
Kejuruteraan 0.12238 0.691
Sains dan Komputer 0.08764 0.875
Sastera -0.10224 0.843
Sains
Kejuruteraan 0.21002 0.137
Sains dan Komputer 0.18988 0.499
Sains 0.10224 0.843
Sastera
Kejuruteraan 0.31225* 0.046 Sains dan Komputer -0.12238 0.691
Sains -0.21002 0.137
YAKIN Kejuruteraan
Sastera -0.31225* 0.046 Sains -0.02350 0.998 Sastera -0.41350 0.067
Sains dan Komputer
Kejuruteraan -0.00339 1.000
Sains dan Komputer 0.02350 0.998
Sastera -0.39000 0.056
Sains
Kejuruteraan 0.02011 0.998 Sains dan Komputer 0.41350 0.067
Sains 0.39000 0.056
Sastera
Kejuruteraan 0.41011* 0.029 Sains dan Komputer 0.00339 1.000
Sains -0.02011 0.998
PERSEPSI
Kejuruteraan
Sastera -0.41011* 0.029 * perbezaan min adalah signifikan pada aras keertian α = 0.05
60
Untuk faktor keyakinan terhadap e-pembelajaran, jelas didapati perbezaan
min adalah signifikan antara aliran sastera dengan aliran kejuruteraan (ditanda dengan
*). Min keyakinan pelajar aliran sastera lebih tinggi daripada pelajar aliran
kejuruteraan. Manakala untuk faktor persepsi terhadap faedah e-pembelajaran,
perbezaan min secara signifikan wajud di antara aliran kejuruteraan dan aliran sastera.
Pelajar aliran sastera juga mempunyai pandangan yang lebih positif daripada pelajar
aliran kejuruteraan dari segi persepsi terhadap faedah e-pembelajaran.
4.9 Korelasi Antara Kekerapan Penggunaan E-pembelajaran Seminggu
dengan Sikap Terhadap E-pembelajaran
Jadual 4.13: Korelasi antara kekerapan penggunaan e-pembelajaran dengan sikap terhadap e-pembelajaran
Sikap terhadap e-pembelajaran
Pekali korelasi Spearman
GUSAR -0.231*
YAKIN 0.238*
SUKA 0.309*
PERSEPSI 0.264*
Catatan : * menunjukkan signifikan pada aras keertian α =0.01. GUSAR = Kegusaran terhadap e-pembelajaran YAKIN = Keyakinan terhadap e-pembelajaran SUKA = Kesukaan terhadap e-pembelajaran PERSIPSI = Persepsi terhadap faedah e-pembelajaran Daripada Jadual 4.13, pekali korelasi antara penggunaan e-pembelajaran
seminggu dengan setiap faktor sikap terhadap e-pembelajaran adalah bernilai positif.
Hal ini menunjukkan terdapat hubungan positif yang rendah secara signifikan antara
penggunaan e-pembelajaran seminggu dengan kegusaran, keyakinan, kesukaan dan
persepsi faedah terhadap e-pembelajaran pada aras keertian, α = 0.01. Graf 4.6, Graf
61
4.7, Graf 4.8 dan Graf 4.9 berikut menujukkan plot serakan penggunaan e-
pembelajaran seminggu dengan keempat-empat faktor sikap terhadap e-pembelajaran.
Penggunaan e-pembelajaran seminggu54321
GU
SAR
5.00
4.00
3.00
2.00
1.00
Graf 4.6: Plot serakan kekerapan penggunaan e-pembelajaran seminggu dengan
kegusaran terhadap e-pembelajaran
Catatan: 1 = kurang daripada 1 kali, 2 = 1 hingga 2 kali, 3 = 3 hingga 4 kali, 4 = 5 hingga 6 kali, 5 = 7 kali atau lebih
62
1 2 3 4Penggunaan e-pembelajaran seminggu
5
2.00
3.00
4.00
5.00
YA
KIN
Graf 4.7: Plot serakan kekerapan penggunaan e-pembelajaran seminggu dengan
keyakinan terhadap e-pembelajaran
1 2 3 4Penggunaan e-pembelajaran seminggu
5
1.00
2.00
3.00
4.00
5.00
SUK
A
Graf 4.8: Plot serakan kekerapan penggunaan e-pembelajaran seminggu dengan
kesukaan terhadap e-pembelajaran
Catatan: 1 = kurang daripada 1 kali, 2 = 1 hingga 2 kali, 3 = 3 hingga 4 kali, 4 = 5 hingga 6 kali, 5 = 7 kali atau lebih
63
1 2 3 4Penggunaan e-pembelajaran seminggu
5
1.00
2.00
3.00
4.00
5.00
PERS
EPSI
Graf 4.9: Plot serakan kekerapan penggunaan e-pembelajaran seminggu dengan
persepsi terhadap faedah e-pembelajaran
Catatan: 1 = kurang daripada 1 kali, 2 = 1 hingga 2 kali, 3 = 3 hingga 4 kali, 4 = 5 hingga 6 kali, 5 = 7 kali atau lebih 4.10 Analisis Soalan Terbuka
Satu soalan sumbangan terbuka telah ditanya untuk menentukan faktor
sebenar keseronokan pelajar menggunakan e-pembelajaran UTM. Daripada 327
orang responden, seramai 265 orang responden telah memberikan pandangan mereka
tentang keseronokan menggunakan e-pembelajaran UTM. Berikut merupakan
frekuensi responden yang menjawab soalan ini mengikut jenis jawapan.
Jadual 4.14: Frekuensi responden yang menjawab soalan terbuka mengikut jenis jawapan
Jenis jawapan Frekuensi Peratus (%) Tidak menjawab 62 19.0 Seronok 220 67.3 Tidak seronok 26 8.0 Jawapan yang memberikan pandangan sahaja
19 5.8
Jumlah 327 100.0
64
Daripada Jadual 4.14, didapati majoriti responden (67.3%) seronok
menggunakan e-pembelajaran di UTM. Walau bagaimanapun masih terdapat 8.0%
responden yang berpendapat sebaliknya iaitu tidak seronok menggunakan e-
pembelajaran UTM. Terdapat 5.8% responden tidak menjawab setuju atau tidak
tetapi memberikan jawapan berdasarkan pandangan mereka tentang kebaikan dan
kelemahan e-pembelajaran UTM. Begitu juga terdapat sesetengah responden yang
seronok dengan e-pembelajaran UTM juga menunjukkan beberapa kelemahan e-
pembelajaran. Penjelasan-penjelasan responden yang telah menjawab soalan ini
dikumpulkan dan dikategorikan dalam dua kumpulan iaitu penjelasan positif dalam
Jadual 4.12 dan penjelasan negatif dalam jadual 4.13 mengikut beberapa tema.
Jadual 4.15: Penjelasan positif responden terhadap keseronokan menggunakan e-pembelajaran UTM
Bil Tema Contoh penjelasan Frekuensi
responden yang menjawab
Peratus (%)
suka menukar fikiran dengan kawan selain daripada rakan sekelas dapat berbincang dengan pensyarah yang susah dijumpai
1
Ada aktiviti perbincangan
Boleh kongsi maklumat melalui aplikasi Forum dan Chat
62
23.4
dapat melibatkan aktiviti e-pembelajaran pada bila-bila masa dan mana-mana tempat dapat menanya soalan dan mendapat jawapan daripada pensyarah pada bila-bila masa Jimat masa, mudah, cepat
2
Fleksibel
Interaktif
53
20.0
65
Bil Tema Contoh penjelasan Frekuensi responden yang menjawab
Peratus (%)
nota lengkap dapat menerima nota terkini walaupun pensyarah telah membatalkan kelas
3
Membantu pembelajaran
maklumat yang diterima memudahkan tugasan
45
17.0
dapat menambah ilmu perkomputeran
4
Dapat belajar kemahiran teknologi maklumat
meningkatkan kemahiran e-pembelajaran
10
3.8
ada aplikasi Internet suka menggunakan komputer
5
Suka menggunakan teknologi maklumat
dapat menggendali komputer
4
1.5
Jumlah frekuensi responden yang menjawab = 265 orang Jadual 4.12 menunjukkan responden seronok menggunakan e-pembelajaran
berdasarkan 5 tema iaitu terdapat aplikasi untuk pelajar menjalankan perbincangan
(23.4%), e-pembelajaran agak fleksibel (20.0%), e-pembelajaran dapat membantu
pembelajaran (17.0%), e-pembelajaran memberikan peluang untuk mempelajari
kemahiran teknologi maklumat (3.8%) dan pelajar dapat menggunakan teknologi
maklumat dalam e-pembelajaran (1.5%).
66
Jadual 4.16: Penjelasan negatif responden terhadap keseronokan menggunakan e-pembelajaran UTM Bil Tema Contoh penjelasan frekuensi
responden yang menjawab
Peratus (%)
server down gangguan jaringan net
1
Masalah teknikal
penghantaran dan penerimaan maklumat perlahan
35
13.2
hanya menggunakannya di perpustakaan UTM, PSZ perlu pergi Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi, CICT, UTM terhad pada kolej tertentu sahaja kolej tiada kemudahan sistem Wireless
2
Tempat mengguna e-pembelajaran terhad
bilangan komputer untuk setiap pelajar dalam kelas tidak mengcukupi
11
4.2
pensyarah jarang mengemaskini maklumat maklum balas pensyarah agak lambat hanya digunakan dalam subjek yang mengenai teknologi maklumat
3
Ketidakgalakan pensyarah atau tidak diperlukan dalam kursus tertentu
kursus tidak perlu menggunakan e-pembelajaran, contohnya sains sukan
11
4.2
paksaan pensyarah menghantar tugasan melalui e-pembelajaran
4
Terpaksa mengguna perlu menjawab quiz, markah quiz
diambil kira
5
1.9
67
Bil Tema Contoh penjelasan frekuensi responden yang menjawab
Peratus (%)
hanya digunakan untuk memuat turun nota pensyarah forum digunakan untuk bercakap kosong
5
Tidak nampak kebaikan
satu media untuk memuat turun maklumat sahaja
5
1.9
tidak pandai menggunakan computer
6
Kurang kemahiran teknologi maklumat
tiada kemahiran menggunakan sistem dalam talian (online)
4
1.5
7
Kekangan masa
Tiada masa untuk menjawab kuiz kerana sibuk
3
1.1
tidak biasa dengan susunan aplikasi dalam e-pembelajaran
8
Tidak biasa dengan antara muka
semasa menggunakan Forum, agak mengelirukan siapa yang memberikan pandangan
2
0.8
9
Gaya pembelajaran
Lebih suka membuat perbincangan dalam kelas sebenar
1
0.4
Frekuensi responden yang menjawab = 265 orang Daripada jadual 4.2, didapati 13.2% responden tidak seronok menggunakan e-
pembelajaran kerana wujudnya masalah teknikal seperti server down, kelajuan
menerima dan menghantar maklumat perlahan dan talian net terganggu. Responden
juga berasa tempat untuk mencapai e-pembelajaran adalah terhad (4.2%).
Ketidakaktifan pensyarah menggunakan e-pembelajaran juga menyebabkan 4.2%
responden tidak seronok menggunakan e-pembelajaran. 1.9% responden berasa
mereka dipaksa oleh pensyarah untuk menyertai aktiviti seperti kuiz yang dikira
markah dalam e-pembelajaran. 1.9% repsonden juga memberikan pandangan bahawa
e-pembelajaran merupakan satu alat untuk memuat turun maklumat seperti nota
sahaja dan aplikasi forum digunakan untuk bercakap kosong dengan rakan sahaja.
68
1.5% responden memberikan penjelasan kemahiran teknologi maklumat mereka
lemah dan mereka tidak seronok melibatkan diri dalam e-pembelajaran. Penjelasan
lain responden tidak seronok dengan e-pembelajaran termasuk responden kekurangan
masa untuk guna (1.1%), responden tidak biasa dengan antara muka e-pembelajaran
UTM (0.8%) dan responden lebih suka berbincangan bersemuka dengan rakan dalam
kelas sebenar (0.4%).
4.11 Penutup Bab ini telah membincangkan hasil analisis kajian yang merangkumi tahap
kemahiran teknologi maklumat pelajar, sikap pelajar terhadap e-pembelajaran,
hubungan di antara kemahiran teknologi maklumat dengan sikap terhadap e-
pembelajaran, perbezaan di antara sikap pelajar terhadap e-pembelajaran berdasarkan
jantina, perbezaan di antara sikap pelajar terhadap e-pembelajaran berdasarkan aliran
kursus yang berlainan, kekerapan mengguna e-pembelajaran dalam seminggu dan
perkaitan antara kekerapan menggunakan e-pembelajaran dengan sikap pelajar
terhadap e-pembelajaran.
Hasil analisis menunjukkan penggunaan e-pembalajaran oleh pelajar adalah
pada tahap sederhana. Kebanyakan pelajar mempunyai kemahiran dalam teknologi
maklumat dan dapat menguruskannya dalam kebanyakan masa. Kekerapan pelajar
menggunakan e-pembelajaran adalah pada tahap sederhana. Sikap pelajar terhadap e-
pembelajaran secara keseluruhan adalah positif. Terdapat hubungan positif antara
kemahiran teknologi maklumat dengan sikap terhadap e-pembelajaran. Tiada
perbezaan sikap terhadap e-pembelajaran antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
Didapati terdapat perbezaan signifikan dari segi sikap terhadap e-pembelajaran antara
jenis aliran kursus yang berlainan. Terdapat hubungan positif antara kekerapan
menggunakan e-pembelajaran dengan sikap terhadap e-pembelajaran.
Daripada hasil dapatan soalan terbuka, pelajar seronok menggunakan e-
pembelajaran dengan penjelasan e-pembelajaran membenarkan mereka bertukar
69
fikiran, e-pembelajaran adalah fleksibel, e-pembelajaran membantu pembelajaran, e-
pembelajaran meningkatkan kemahiran teknologi maklumat dan mereka suka
menggunakan bahan teknologi maklumat. Penjelasan negatif daripada responden pula
menunjukkan mereka menghadapi masalah teknikal semasa di e-pembelajaran,
tempat untuk menggunakan e-pembelajaran adalah terhad dan pensyarah juga tidak
menunjukkan komitmen dalam penggunaan e-pembelaran. Selain itu, sesetengah
responden tidak melihat kebaikan e-pembelajaran, berkekangan masa untuk
mengguna, kurang kemahiran teknologi makluamat, tidak biasa dengan antara muka
sistem dan lebih suka bersemuka dengan pensyarah dan rakan sekelas. Bab 5
seterusnya akan membincangkan dengan lebih teliti mengenai dapatan-dapatan kajian
ini.
BAB 5
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kemahiran teknologi
maklumat di kalangan pelajar UTM, sikap pelajar UTM terhadap e-pembelajaran dari
segi 4 faktor iaitu kegusaran terhadap e-pembelajaran, keyakinan terhadap e-
pembelajaran, kesukaan terhadap e-pembelajaran dan persepsi terhadap faedah e-
pembelajaran, hubungan kemahiran kemahiran teknologi maklumat dengan sikap
pelajar terhadap e-pembelajaran, perbezaan sikap terhadap e-pembelajaran di antara
pelajar lelaki dan pelajar perempuan, perbezaan sikap pelajar terhadap e-
pembelajaran di antara jenis aliaran kursus yang berlainan, kekerapan penggunaan e-
pembelajaran di kalangan pelajar UTM, dan hubungan kekerapan penggunaan e-
pembelajaran dengan sikap pelajar terhadap e-pembelajaran. Kajian ini melibatkan
327 orang pelajar mahasiswa mahasiswi sarjana muda dari Fakulti Pendidikan, UTM,
Sesi II, Semester 2006/2007.
Kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A merupakan data
demografik pelajar mengenai jantina, aliran kursus yang diikuti dan bilangan kali
pelajar menggunakan e-pembelajaran dalam seminggu. Bahagian B pula terdiri
daripada soal selidik mengenai kemahiran tentang teknologi maklumat, sikap
terhadap e-pembelajaran, dan juga satu soalan terbuka. 15 item mengenai kemahiran
tentang teknologi maklumat telah dikaji. Dalam soal selidik sikap terhadap e-
pembelajaran, 10 item kegusaran terhadap e-pembelajaran, 8 item keyakinan terhadap
e-pembelajaran, 10 item kesukaan terhadap e-pembelajaran dan 6 item persepsi
71terhadap faedah e-pembelajaran telah dianalisis menggunakan sistem perisian SPSS
versi 12.0. Data-data yang diperolehi dihurai dan dibincang mengikut lapan bahagian
utama.
Bahagian 5.2 membincangkan dapatan kajian yang diperoleh bagi menjawab
kepada objektif dan persoalan kajian, bahagian 5.3 ialah kesimpulan, bahagian 5.4
merupakan implikasi kajian dalam pengajaran menggunakan e-pembelajaran,
bahagian 5.5 membincangkan cadangan untuk meningkatkan sikap pelajar terhadap
e-pembelajaran dan bahagian 5.6 mencadangkan kajian lanjutan yang boleh
dilakukan. Bab ini diakhiri dengan penutup pada bahagian 5.7.
5.2 Perbincangan Perbincangan keseluruhannya dibuat berdasarkan dapatan kajian . Ia
dibahagikan kepada sembilan bahagian, iaitu latar belakang pelajar, kekerapan
menggunakan e-pembelajaran, tahap kemahiran teknologi maklumat, sikap tehadap e-
pembelajaran, korelasi antara kemahiran teknologi maklumat dengan sikap terhadap
e-pembelajaran, perbezaan sikap terhadap e-pembelajaran berdasarkan jantina dan
perbezaan sikap terhadap e-pembelajaran berdasarkan jenis aliran kursus, kolerasi
antara kekerapan menggunakan e-pembelajaran seminggu dan sikap terhadap e-
pembelajaran serta perbincangan pandangan keseronokan pelajar terhadap e-
pembelajaran.
5.2.1 Latar belakang pelajar Dapatan kajian menunjukkan pelajar perempuan adalah melebihi pelajar lelaki
iaitu sejumlah 70% adalah pelajar perempuan dan 30% adalah pelajar lelaki. Nisbah
peratusan ini dipilih berdasarkan nisbah jantina kemasukan pelajar di Fakulti
Pendidikan pada tahun kajian ini dijalankan. Dari segi aliran kursus pelajar, pelajar
dari aliran kejuruteraan adalah majoriti iaitu 37% dan diikuti oleh pelajar aliran sains
72yang terdiri daripada 29.1%. Sejumlah 18.7% pelajar adalah pelajar aliran sains dan
komputer dan 15.3% daripada keseluruhannya merupakan pelajar aliran sastera.
5.2.2 Kekerapan penggunaan e-pembelajaran Daripada dapatan kajian, majoriti pelajar menggunakan e-pembelajaran UTM
sebanyak 3 hingga 4 kali seminggu. Kekerapan penggunaan ini adalah pada tahap
sederhana. Setelah kita menyemak penggunaan e-pembelajaran berdasarkan aliran
kursus yang berbeza, didapati tahap penggunaan sederhana ini merupakan tahap
penggunaan bagi setiap aliran juga. Keadaan sedemikian boleh dianggap tidak jauh
berbeza dengan kekerapan penggunaan e-pembelajaran oleh responden kajian
Haywood et al.(2004) iaitu majoriti daripada mereka menggunakan e-pembelajaran
lebih daripada 2 kali.
Masih terdapat 1.7% pelajar menggunakan e-pembelajaran kurang daripada 1
kali dalam seminggu. Dengan kata lain, mereka pernah tidak menggunakan e-
pembelajaran dalam seminggu. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat faktor tertentu
yang menyebabkan mereka tidak menggunakan e-pembelajaran. Jun (2005) memberi
pandangan bahawa walaupun e-pembelajaran mempunyai kelebihannya dalam
penyampaian maklumat, masalah terbesar dalam isu e-pembelajaran ialah keciciran
penglibatan.
5.2.3 Tahap kemahiran teknologi maklumat Secara keseluruhan, pelajar berpengalaman dalam 15 item yang diuji dan
dapat menguruskan kemahiran tersebut kebanyakan masa (min= 2.17). Antara item-
item yang diuji, didapati pelajar paling berkemahiran menyelaras jenis dan saiz
perkataan serta mengedit dokumen (min= 2.79). Item-item lain yang memperoleh min
lebih daripada 2.50 ialah item 9 dan item 7. Hal ini bermaksud pelajar agak mahir
mencari maklumat di World Wide Web dengan menggunakan pelayar web (min= 2.60)
73dan membuat pembentangan dengan menggunakan perisian persembahan (min=
2.52). Item 11 memperoleh min= 2.49 juga menunjukkan pelajar pandai
mempiawaikan e-mail untuk dihantar. Pelajar kurang berkemahiran dan perlu bantuan
untuk mencipta laman web (min < 1.5). Selain daripada item 4, item-item lain
memperoleh pelajar yang tiada pengalaman dalam kemahiran tersebut. Antaranya,
item 3 (mencipta laman web ) dan item 8 (memasang komputer untuk kemudahan
internet) merupakan dua item yang memperoleh peratusan 11.0 pada tahap tiada
pengalaman.
≥
Pelajar patut mempunyai kemahiran komputer yang tinggi dalam
mengendalikan e-pembelajaran untuk menjayakan e-pembelajaran (Selim, 2003).
Mengikut Selim (2003), kemahiran-kemahiran tersebut termasuk penghantaran e-mel,
membuat perbentangan dan kemahiran yang berkaitan dengan perisian. Daripada
perbincangan hasil dapatan item kajian ini, jelas dilihat kebanyakan pelajar telah
menguasai kemahiran tersebut.
5.2.4 Sikap pelajar terhadap e-pembelajaran Sikap pelajar terhadap e-pembelajaran diuji berdasarkan empat bahagian iaitu
kegusaran terhadap e-pembelajaran, keyakinan terhadap e-pembelajaran, kesukaan
terhadap e-pembelajaran dan persepsi terhadap faedah e-pembelajaran. Perbincangan
kempat-empat bahagian sikap ditunjukkan dalam bahagian 5.2.4.1, bahagian 5.2.4.2,
bahagian 5.2.4.3 dan bahagian 5.2.4.4.
5.2.4.1 Kegusaran terhadap e-pembelajaran Kegusaran pelajar terhadap e-pembelajaran UTM agak rendah. Purata min=
1.61 menunjukkan pelajar tidak gusar menggunakan e-pembelajaran. Semua item
yang diuji di bawah bahagian ini mencapai min yang kurang daripada 1.80.
74Keputusan ini menunjukkan pelajar selesa melibatkan diri dalam aktiviti e-
pembelajaran.
5.2.4.2 Keyakinan terhadap e-pembelajaran Menurut Paris (2004), pelajar secara umum mempunyai keyakinan terhadap e-
pembelajaran. Hal ini telah dibukti dalam kajian ini. Keyakinan pelajar terhadap e-
pembelajaran adalah tinggi (purata min= 4.08 ). Setiap item bahagian ini juga
memperoleh min yang melebihi tahap 4. Jadi pelajar mempunyai keyakinan tinggi
apabila menguruskan kerja dalam e-pembelajaran.
5.2.4.3 Kesukaan terhadap e-pembelajaran Purata min kesukaan pelajar terhadap e-pembelajaran ialah 3.87. Nilai ini
adalah di antara tahap sederhana dan tahap tinggi. Hanya item 2 dan item 4 yang
memperoleh min melebihi 4. Untuk item 1, item 2, item 3, item 4, item 5, item 6 dan
item 10, majoriti pelajar mempunyai tahap kesukaan yang tinggi atau sangat tinggi.
Hal ini menujukkan mereka suka menggunakan e-pembelajaran. Merujuk kepada
item 7, item 8, didapati majoriti tahap kesukaran pelajar terhadap e-pembelajaran
adalah pada tahap sederhana. 18% pelajar dan 11.9% pelajar memilih tahap rendah
untuk item 7 dan item 8 masing-masing.
5.2.4.4 Persepsi terhadap faedah e-pembelajaran Semua item yang diuji di bawah bahagian ini menunjukkan pelajar
mempunyai persepsi yang tinggi mengenai faedah e-pembelajaran. Hal ini dapat
dilihat dengan purata minnya sama dengan 3.81. Keputusan ini juga disokong dengan
fakta hampir 40% pelajar telah memilih tahap tinggi dalam semua item. Dapatan
lajian ini juga disokong oleh dapatan kajian Haywood et al. (2004) dimana 78.9%
75pelajar universiti yang diuji memberi pandangan e-pembelajaran memperoleh banyak
faedah. Dapatan ini tidak sama dengan dapatan kajian yang dibuat pada pelajar
universiti di Sweden oleh Keller dan Cernerud (2002) di mana pelajar di situ
memandangkan e-pembelajaran tidak membantu mereka dalam pembelajaran.
5.2.4.5 Kesimpulan
Daripada keputusan purata min keempat-empat bahagian sikap pelajar
terhadap e-pembelajaran dalam lingkungan 3.81 hingga 4.39, kita boleh membuat
kesimpulan bahawa sikap pelajar terhadap e-pembelajaran UTM adalah
menggalakkan. Keputusan ini telah menyokong hasil kajian Hanafi (2004) dan kajian
Paris (2004) yang mendapat keputusan bahawa pelajar sebenarnya mempunyai sikap
yang positif terhadap pembelajaran dalam talian.
5.2.5 Korelasi antara kemahiran teknologi maklumat dengan sikap terhadap
e-pembelajaran
Nilai pekali korelasi antara kemahiran teknologi maklumat dengan empat
bahagian sikap terhadap e-pembelajaran masing-masing ialah 0.447 (kegusaran
terhadap e-pembelajaran), 0.601 (keyakinan terhadap e-pembelajaran), 0.498
(kesukaan terhadap e-pembelajaran) dan 0.467 (persepsi terhadap faedah e-
pembelajaran). Nilai-nilai positif pekali korelasi ini bermakna terdapat hubungan
sederhana antara kemahiran teknologi maklumat dengan sikap terhadap e-
pembelajaran. Dapatan ini menyokong hasil kajian Baharuddin (1999, 2005) yang
mengutarakan mereka yang berkemahiran menggunakan ICT akan bersikap positif
terhadap e-pembelajaran. Drennean, Kennedy dan Pisarski (2005) berpendapat pelajar
akan bertindak berlainan apabila menghadapi e-pembelajaran, bergantung kepada
tahap kemahiran e-pembelajaran. Gomez (2002) dan Selwyn (2003) pula menyatakan
kegusaran pelajar terhadap internet akan wujud apabila pelajar kurang berkemahiran
komputer.
76 Akan tetapi keputusan ini tidak sama dengan keputusan Ndubisi (2004) di
mana kemahiran teknologi maklumat tiada kaitan dengan sikap. Tandy dan Cousin
(2005) menerima pandangan daripada pelajar dalam kursus teknologi komputer
bahawa walaupun dia dapat memperoleh banyak kemahiran komputer daripada
kursus, keyakinnya terhadap komputer sebenarnya tidak ditingkatkan. Hal ini
menunjukkan penguasaan kemahiran teknologi maklumat tidak dapat meramalkan
keyakinan kerana pelajar berasa kebolehan mereka tidak mewakili kebolehan sebenar
mereka (Tandy dan Cousin, 2005).
5.2.6 Sikap pelajar terhadap e-pembelajaran di antara lelaki dan perempuan Hasil analisis keputusan kajian ini telah menunjukkan tidak terdapat
perbezaan signifikan antara sikap pelajar lelaki terhadap e-pembelajaran dengan sikap
pelajar perempuan pada paras signifikan 0.05. Dapatan ini selari dengan hasil kajian
Paris (2004), Ladyshewsky (2004) dan Haywood et al. (2004). Dapatan kajian ini
bertentangan dengan dapatan kajian Gunn (2003) yang menyatakan pelajar
perempuan lebih berasa gelisah daripada pelajar lelaki dalam persekitaran
pembelajaran alam talian. Palloff dan Pratt (2003) dalam bukunya membuat
penjelasan bahawa walaupun kajian-kajian berkaitan perbezaan sikap terhadap
teknologi mengikut jatina yang sebelumnya telah menunjukkan perempuan lebih
gusar daripada lelaki, kajian-kajian pada abad 21-an telah menunjukkan kegusaran
perempuan semakin berkurang berbanding dengan zaman dahulu. Holmes dan
Gardner (2007) memberikan pandangan bahawa memang terdapat perbezaan
signifikan sikap pelajar terhadap e-pembelajaran di antara pelajar lelaki dan
perempuan, tetapi jika e-pembelajaran dijalankan di tempat selain bilik kelas,
keyakinan mereka tidak kira lelaki atau perempuan akan menjadi lebih tinggi.
775.2.7 Jenis aliran kursus dengan sikap terhadap e-pembelajaran Hasil ujian Anova menunjukkan tiada perbezaan kegusaran dan kesukaan
secara signifikan pada paras signifikan 0.05 di antara pelajar dari 4 jenis aliran kursus.
Setelah menjalankan ujian Tukey, didapati pelajar sastera mempunyai keyakinan
yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar kejuruteraan (p<0.05). Begitu juga dalam
aspek persepsi, didapati pelajar sastera juga mempunyai persepsi terhadap faedah e-
pembelajaran yang lebih tinggi daripada pelajar kejuruteraan. Keadaan ini dapat
dibanding dengan kajian Li dan Lindner. Dalam kajian Li dan Lindner (2007) yang
membuat kajian pada pengajar universiti terhadap pandangan e-pembelajaran di
negeri China, didapati pengajar dari aliran sains sosial dan kemanusiaan mempunyai
pandangan yang lebih tinggi terhadap potensi e-pembelajaran. Mereka mengakui
faedah e-pembelajaran dalam pendidikan jarak jauh dan ingin mencuba
menggunakannya dalam pengajaran sendiri manakala pengajar kejuruteraan juga
melihat faedah e-pembelajaran tetapi tidak sampai tahap untuk mencuba.
5.2.8 Korelasi antara kekerapan penggunaan e-pembelajaran seminggu
dengan sikap terhadap e-pembelajaran
Nilai pekali korelasi -0.231 menunjukkan hubungan negatif yang rendah
secara signifikan wujud antara kekerapan penggunaan e-pembelajaran UTM
seminggu dengan kegusaran. Hal ini bermaksud pelajar yang tidak menggunakan e-
pembelajaran mempunyai sedikit perasaan kegusaran. Selain itu, nilai pekali korelasi
bagi aspek keyakinan (0.253), kesukaan (0.299) dan persepsi terhadap faedah e-
pembelajaran (0.237) menunjukkan hubungan signifikan yang rendah dengan
kekerapan penggunaan. Pelajar yang yakin, suka dan mempunyai persepsi positif
terhadap e-pembelajaran akan menggunakan e-pembelajaran UTM. PÄIVI
TYNJÄLÄ (1997) telah membuat kesimpulan daripada sorotan kajiannya. Beliau
dapati kajian-kajian pada pembelajaran pelajar sebelum ini telah menunjukkan
bahawa pandangan pelajar terhadap persekitaran pembelajaran mempunyai pengaruh
yang kuat terhadap keinginan melibatkan diri dalam pembelajaran. Akan tetapi
78dapatan kajian ini tidak menyokong hasil kajian oleh Research Institute of Bangkok
University pada tahun 2002 yang menjelaskan tiada kaitan antara masa penggunaan
seminggu dengan penerimaan e-pembelajaran.
5.2.9 Perbincangan soalan terbuka Daripada analisis dapatan soalan terbuka, terdapat 5 faktor yang menjelaskan
mengapa pelajar Fakulti Pendidikan UTM seronok menggunakan e-pembelajaran
iaitu e-pemebelajaran membenarkan aktiviti perbincangan dijalankan , e-
pembelajaran agak fleksibel, e-pembelajaran membantu pembelajaran, kemahiran
teknologi maklumat dapat dibelajari melalui e-pembelajaran dan pelajar memang
suka menggunakan teknologi maklumat. Hasil dapatan daripada kajian yang terkini
juga menyokong bahawa pelajar memang seronok menggunakan e-pembelajaran
disebabkan 3 faktor pertama (sila lihat Arbean (2006), Wong (2006), Janarthini
(2007), Mohd Yusri (2007), Mazlan (2007)). Selain itu, 2 faktor terakhir
menunjukkan bahawa kemahiran teknologi maklumat ada kaitan dengan keseronokan
penggunaan e-pembelajaran. Pelajar yang mempunyai kemahiran teknologi maklumat
seronok menggunakan e-pembelajaran dan ini menyokong hasil dapatan kajian ini.
Dari segi penjelasan negatif pelajar pula, faktor masalah teknikal, tempat
penggunaan e-pembelajaran terhad, ketidakgalakan pensyarah atau tidak diperlukan
dalam kursus tertentu merupakan faktor luaran pelajar. Faktor- faktor tersebut
sebenarnya telah dikenalpasti dalam kajian Arbean (2006), Wong (2006), Janarthini
(2007), Mohd Yusri (2007) dan Mazlan (2007). Jamalludin (2006) dalam buletin e-
Pembelajaran @ UTM telah menerangkan bahawa pensyarah perlu mengambil
inisiatif dan berusaha mendekatkan cara pengajaran mereka dengan cara
pembelajaran seorang pelajar yang sudah biasa dengan penggunaan teknologi
maklumat. Beliau juga menyatakan bahawa pihak universiti dan pihak CICT akan
terus berusaha memastikan perkhidmatan Internet bersesuaian dengan keperluan
UTM. Baharuddin Aris selaku Ketua Jabatan Multimedia Pendidikan Fakulti
Pendidikan UTM dalam temu bual dengan Tan (2006) telah menyatakan bahawa
masalah penggunaan e-pembelajaran UTM adalah terletak pada pengguna. Daripada
79dapatan soalan terbuka ini, beberapa faktor dalaman pelajar dapat dikenalpasti
termasuk kurang kemahiran teknologi makluamat, kekangan masa, tidak biasa
dengan antara muka dan lebih suka berbincang dengan berhadapan orang. Kita perlu
membuat kajian mengenai faktor dalaman pelajar terhadap e-pembelajaran supaya
semua pelajar mendapat manfaat daripada e-pembelajaran.
5.3 Kesimpulan Secara keseluruhan, terdapat beberapa kesimpulan mengenai sikap pelajar
terhadap e-pembelajaran dan juga pengaruhnya daripada dapatan kajian. Kesimpulan
tersebut adalah seperti berikut:
(i) Kekerapan penggunaan pelajar dalam e-pembelajaran UTM adalah pada
tahap sederhana iaitu sebanyak 3 – 4 kali dalam seminggu. Masih terdapat
pelajar yang memberi sambutan dingin kepada e-pembelajaran iaitu
penggunaan kurang daripada sekali dalam seminggu. Peratusan
penggunaan e-pembelajaran menunjukkan majoriti pelajar dari setiap
aliran kursus menggunakan e-pembelajaran pada tahap sederhana.
(ii) Tahap kemahiran teknologi maklumat pelajar secara amnya memuaskan.
Didapati pelajar perlu bantuan dalam mengendalikan kemahiran mencipta
laman web dan juga memasang komputer dengan peralatan yang
diperlukan untuk mencapai kemudahan internet.
(iii) Sikap pelajar terhadap e-pembelajaran UTM agak menggalakkan. Tiga
aspek sikap iaitu keyakinan, kesukaan dan persepsi faedah mencapai
purata min yang lebih kurang sama dengan nilai 4 (tinggi). Min untuk
aspek kegusaran juga rendah iaitu 1.61.
(iv) Terdapat korelasi positif yang sederhana antara kemahiran teknologi
maklumat dengan sikap terhadap e-pembelajaran.
(v) Tiada perbezaan signifikan sikap pelajar terhadap e-pembelajaran di
antara lelaki dan perempuan.
(vi) Dalam aspek kegusaran dan kesukaan terhadap e-pembelajaran, tiada
perbezaan signifikan di antara empat jenis aliran kursus. Dalam aspek
80keyakinan terhadap e-pembelajaran dan persepsi faedah e-pembelajaran,
didapati pelajar aliran sastera mempunyai pandangan yang lebih positif
daripada pelajar aliran kejuruteraan.
(vii) Terdapat korelasi positif yang rendah di antara kekerapan penggunaan e-
pembelajaran seminggu dengan sikap terhadap e-pembelajaran.
5.4 Implikasi Kajian Kajian ini diharapkan dapat memberi sesuatu yang bermakna kepada pihak-
pihak tertentu seperti pelajar dan guru yang melibatkan diri dalam pengajaran dan
pembelajaran melalui e-pembelajran. Pihak pengurusan UTM terutamanya boleh
mengambil perhatian terhadap dapatan kajian ini semasa menggendalikan
pelaksanaan e-pembelajaran.
E-pembelajaran telah didedahkan kepada semua pelajar oleh semua fakulti di
UTM. Tahap penggunaan e-pembelajaran sederhana ini mengingatkan pihak
pengurusan e-pembelajaran bahawa masih ada faktor tertentu yang menghalang
pelajar daripada giat menggunakan e-pembelajaran. Pihak tersebut juga perlu
memastikan bahawa tiada pelajar yang tertinggal dalam e-pembelajaran. Jadi mencari
faktor dan penyelesaiannya adalah tugas utama.
Pelajar pula perlu menyesuaikan diri semasa melibatkan diri dalam e-
pembelajaran. Pelajar perlu memahami bahawa penguasaan kemahiran teknologi
maklumat yang baik dapat membantu mereka belajar dengan seronok dalam e-
pembelajaran.
Satu dapatan yang menarik ialah pelajar dari aliran sastera mempunyai
keyakinan dan persepsi faedah e-pembelajaran yang tinggi berbanding dengan pelajar
dari aliran kejuruteraan. Hal ini mungkin membawa implikasi bahawa pembelajaran
pelajar aliran kejuruteraan kurang dikaitkan dengan e-pembelajaran.
81 Tiada perbezaan sikap terhadap e-pembelajaran antara pelajar lelaki dan
pelajar perempuan. Pendedahan e-pembelajaran kepada semua pelajar melalui semua
kursus perlu terus dilaksanakan supaya semua pelajar berpeluang mengenainya.
5.5 Cadangan Penulis ingin mencadangkan beberapa perkara hasil daripada implikasi kajian
ini iaitu
(i) Kursus kemahiran teknologi maklumat dan latihan pengendalian e-
pembelajaran perlu sentiasa didedahkan kepada pelajar secara mantap dan
sepanjang semester pembelajaran supaya pelajar dapat menerima
maklumat terkini secara sistematik. Link dan Marz (2006) menerangkan
bahawa kekurangan penggunaan e-pembelajaran akan mempengaruhi
sikap terhadap e-pembelajaran.
(ii) Pelajar tidak kira lelaki atau perempuan perlu sentiasa diberikan
bimbingan dan galakan supaya mereka tidak benci terhadap e-
pembelajaran lalu tinggalkannya. Paris (2004) memberi huraian bahawa
kesukaan menggunakan web akan memberi kesan pelajar terhadap
keinginan berhadapan dengan web.
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan Cadangan-cadangan kajian lanjutan adalah seperti berikut:
(i) Kajian lanjutan boleh dijalankan pada beberapa fakulti lain seperti Fakulti
Sains (aliran sains), Falkuti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (aliran
sains dan komputer), Pusat Pangajian Islam dan Pembangunan Sosial
(aliran sastera) dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik (aliran kejuruteraan)
untuk mendapat gambaran hubungan aliran kursus dengan sikap terhadap
e-pembelajaran yang lebih jelas.
82(ii) Data tahun pembelajaran responden boleh dimasukkan dalam kajian yang
sama untuk mengkaji faktor dengan lebih menyeluruh.
(iii) Kajian berbentuk kualitatif boleh dijalankan untuk mengetahui pandangan
sebenar pelajar terhadap e-pembelajaran.
(iv) Kajian ini boleh dilaksanakan di fakulti universiti tempatan lain untuk
menguji sama ada dapat memperoleh keputusan yang sama.
5.7 Penutup Kajian yang dijalankan memberi gambaran dan maklumat tentang sikap
terhadap e-pembelajaran di UTM serta faktor pengaruh yang berkaitan dengan sikap
terhadap e-pembelajaran dari segi kemahiran teknologi maklumat, jantina, jenis aliran
kursus, dan kekerapan penggunaan e-pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan sikap
pelajar terhadap e-pembelajaran adalah baik. Tahap kemahiran teknologi maklumat
yang tinggi akan mempengaruhi sikap pelajar terhadp e-pembelajaran.
Pelajar aliran sastera menunjukkan keyakinan dan persepsi baik terhadap e-
pembelajaran. Pelajar mungkin menghadapi masalah semasa menggunakan e-
pembelajaran. Jadi kita perlu mencari faktornya lalu memnolog mereka mengekalkan
sikan positif terhadap e-pembelajaran.
83
RUJUKAN
Aldrich, C. (2003). Global Learning, 2008. AMA Handbook of E-learning. USA:
AMACOM American Management Association, 420-422.
Alexander, S. (2005). Do not go pass.
http://www.onlinelearningmag.com/onlinelearning/magazine/article_display.jsp?v
nu_content_id=1355614
Arbean Hj Mohd Hanaffi (2007). Tahap Penerimaan Pelajar Tahun Akhir Kursus
SPT, SPP, SPK Terhadap Penggunaan Sistem Pengurusan E-pembelajaran
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor: Satu Kajian. Tesis Sarjana Muda.
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Ashby, R dan Broughan, C. (2002). Factor Affecting Students' Usage of Virtual Learning
Environments. Psychology Learning and Teaching. 2(2): 140-141.
http://Itsnpsy.vork.ac.uk/LTSNPsych/plat22files/22ashbv.pdf
Asia e-Learning Network (AEN) (2002). What is e-Learning?
http://www.asia-elearning.net/aboutaen/whatisl.htm
Asirvatham, D., Azizah, Ewe, H. T., Woods, P. Tengku Putri dan Rohani (2005).
Country Report: Development of E-learning in Malaysia.
http://www.asia-elearning.net/content/conference/2004/file/S2_Malaysia.pdf
Asirvatham, D. & Abtar Kaur Zoraini Wati Abas (2006), Country Report: E-learning
in Malaysia,
http://www.asiaelearning.net/content/conference/2005/file/Malaysia_Country%20
Report%20v5.2.pdf
84Azjen, I. (2001). Nature and Operation of Attitudes. Annu. Rev. Psychol. 52:27-58.
http://www.uic.edu/classes/psych/Health/Readings/Ajzen,%20Attitude%20theory,
%20AnnRevPsy,%202001.pdf
Baharuddin Aris (1999). The Use of Information Technology in Education: Using
Interactive Multimedia Courseware Package to Upgrade Teachers Knowledge
and Change theie Attitude. Dissertasi PhD yang tidak diterbitkan.
Baharuddin Aris (2001). Universiti Technologi Malaysia's Teacher Education Student
Learning About ICT Using ICT. Innotech Journal. 25(2), July-Dec, 112-121.
Baharuddin Aris (2005). Merealisasikan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu Berbantukan ICT, Penghasilan Kertas Kerja 2005, Fakulti Pendidikan,
UTM
Baharuddin Aris, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun, Zaidatun Tasir, Noor Azean
Atan & Norah Md. Noor (2006). E-learning Research and Development Experinces
Related to Learning Computer Science, Information Technology and Multimedia
Subjects. 3rd International Conference on University Learning and Teaching (InCULT
2006). 14-15 March 2006.
Bohner, G & Wänke, M (2002). Attitudes and Attitude Change. New York: Psychology
Press Ltd.
Chen, N. S. & Lin, K. M. (2002). Factor affecting e-learning for achievement.
http://lttf.ieee.org/icalt2002/proceedings/t502Jcaltl48 End.pdf
Cheng-Chang, S. P., Sivo, S. dan Brophy, J. (2003). Students' Attitude in a Web-
enhances Hybrid Course: A Structual Equation Modeling Inquiry. Journal of
Educational Media & Library Sciences. 41(2), December: 181 - 194.
85Clark, R. C. & Mayer, R. E. (2003). E-learning and the Science of Instruction. San
Francisco: Jossey-Bass/Pfeiffer.
Concannan, F et al. (2005). What Campus-based Student Think about the Quality and
Benefits of E-learning. British Journal of Educational Technology, Oxford:
Blackwell Publishing. 36(3):501-512.
Davis, M. H. dan Harden, R. M. (2001). E is for everything - elearning?. Medical
Teacher.23, 441-444.
Deddo Bernfried Leopold-Lüsmann (2000). Virtual Learning Environments and
Student Learning Styles. International Online Seminar: Teaching and Studying in
Virtual Learning Environments, 5th July, 2000
http://seminar.jura.uni-
sb.de/publ/ss00/seminar/ss2000/int/individualwork/uploads/238/IndividualAssign
mentHeatherWilliams.htm
Drennean, J. Kennedy, J. dan Pisarski, A. (2005). Factors Affecting Student Attitudes
Toward Flexible Online Learning in Management Education. Journal of Educational
Research. 98 (6), July/August: 331-338
http://web34.epnet.com/externalframe.asp
Dublin, L. (2003). If You Only Look Under the Street Lamps... Or Nine e-Learning
Myths. The e-learning Developers’ Journal , June 16, 2- 7.
http://www.elearningguild.com/pdf/2/061603MAN.pdf
Eklund, J., Kay, M. dan Lynch, H. M. (2003). e-learning: emerging issues and key
trends, A discussion paper. Australian National Training Authority. ISBN
1877057363
http://knowledgetree.flexiblelearning.net.au/edition04/pdf/elearning250903final.pdf
86Ertl, B., Winkler, K. dan Mandi, H. (2007). E-Learning: Trends and Future
Development, Advances in Computer-Supported Learning. USA: Information
Scienve Publishing.
Gan, S. L. (2000). IT & Education in Malaysia, Problem, Issues and Challenges.
Malaysia: Longman.
Gomez, S. (2002). Students with Attitude: Student attitudes to Learning with New
Technologies
http://www.uwe.ac.uk/library/nlsf/about/Stephen Gomez.pdf
Goodyear, P., Jones, C., Asensio, M., Hodgson, V. & Steeples, C. (2004).
Undergraduate Students’ Experiences of Networked Learning in UK Higher
Education: A Survey-based Study. Advances in Research on Networked Learning.
USA: Kluwer Academic Publishers.
Guilford, J. P. (1956). Fundamental Statistics in Psychology and Education.
McGraw-Hill.
Gunn, C. (2003). Dominant or Different? Gender Issues in Computer Supported Learning.
JALN. 7(1), February.
http://www.aln.org/publications/jaln/v7n1/pdf/v7n1_gunn.pdf
Hanafi Atan, Zuraidah A Rahman dan Rozhan M Idrus (2004). Characteristics of the
Web-Based Learning Environment in Distance Education: Students’ Perceptions
of Their Learning Needs. Educational Media International. 41 (2), Jun: 103-110.
http://www.tandf.co.uk/journals
Hanis Syazwani Kamaruddin, (2004). E-learning : A Study on the Interactivity Issues.
www.saeuk.com/downloads/research/Hanis_Kamarudin_research.pdf
87Hartley, D. (2003). Selling E-learning to Your Organization. AMA Handbook of E-
learning. USA: AMACOM American Management Association, 76-79.
Hasani Hassan (2004, Ogos 9). E-pembelajaran Atasi Kekurangan Pakar. Utusan
Malaysia.
Haywood, J., Macleod, H., Haywood, D., Mogey, N. dan Alexander, W (2004).
Student Views of E-Learning : A Survey of University of Edinburgh WebCT Users 2004
http://www.flp.ed.ac.uk/webct/surveyresults.pdf
Hazura Mohamed et al. (2005), Kesan Penggunaan E-pembelajaran, Konvensyen
Teknologi Pendidikan Ke-18. September 16-19. Hotel Grand Continental Kuala
Terengganu, Terengganu Darul Iman.
HELIOS, 2005. Is e-Learning Improving Access to Learning Opportunities?
http://www.education-
observatories.net/helios/reports/HELIOS%20thematic_report_Access-9-5.pdf
Holmes, B dan Gardner, J. (2007). E-Learning: Concepts and Practice. London:
SAGE Plications Ltd.
Hoskins, S. L. dan Hooff, J. C. (2005). Motivation and ability: which students use
online learning and what influence does it have on their achievement?. British
Journal of Educational Technology. Oxford: Blackwell Publishing, 36(2):177-192.
Jain, K. K dan Lee, B. N. (2003). Motivating Factors in E-learning : A Case Study of
UNITAR . Student Affairs Online. 4 (1), Winter 2003
http://www.studentaffairs.com/ejournal/Winter_2003/e-learning.htm
Jamalludin Harun (2006). Saya Tidak Berminat Menggunakan E-pembelajaran:
Tolong Jangan Paksa Saya. Buletin e-Pembelajaran@UTM, edisi 1, Disember
2006. Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL), UTM Skudai, 14-15.
88Janarthini Krishnan (2007). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penggunaan E-
pembelajaran di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPT
dan SPP) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda
Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik). Universiti Teknologi
Malaysia , Skudai.
Jun, J. (2005). Understanding E-dropout. International JI. On E-Learning. 4(2): 229-
240.
Johari bin Mat (2000). Technology in the Malaysia Education System, Malaysia
International Conference on Electronic Learning 2000 (e-learning 2000). 25-26 Mei
Kuala Lumpur: UTM, 1-10.
Keller, C.& Cernerud, L. (2002). Students' Perceptions of E-Learning in University
Education. Journal of Educational Media. 27
http://beat.doebe.li/bibliothek/t03555.html
Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research
Activities. Educational and Psychological Measurement. 30: 607-610.
Koskela, M., Kiltti, P., Vilpola, I. dan Tervonen, J. (2005). Suitability of a Virtual
Learning Environment for Higher Education. Electronic Journal of e-Learning,
3(1):21-30.
http://www.ejel.org/volume-3/v3-i1/v3-i1-art3-koskela.pdf
Ladyshewsky, R. K. (2004). E-learning compared with face to face: Differences in the
academic achievement of postgraduate business students. Australasian Journal of
Educational Technology. 20(3): 316-336.
Lewis, R. & Whitlock, Q. (2003). How to Plan and Manage an E-learning
Programme. England: Gower Publishing Limited.
89Li, Y. dan Lindner, J. R. (2007). Faculty Adoption Behaviour About Web-based
Distance Education: A Case Study From China Agricultural University. British
Journal of Educational Technology. 38 (1): 83-94
Link, T. M. & Marz, R. (2006). Computer Literacy and Attitudes Towards E-learning
Among First Year Medical Students. BioMed Central Ltd.
http://www.biomedcentral.com/1472-6920/6/34
Melis, E & Ullrich, C (2004). Gender-Biased Adaptations in Educational Adaptive
Hypermedia. Third International Conference on Adaptive Hypermedia and
AdaptiveWeb-Based Systems; Eindhoven, Netherlands.
http://www.ags.uni-sb.de/~cullrich/publications/Melisetal-Gender-TR-2004.pdf
Mazlan Mohd Zain (2007). Permasalah yang Dihadapi oleh Pelajar Tahun Tiga
Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan UTM dalam
Menimba Ilmu Melalui E-pembelajaran. Tesis Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup). Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
McDonald, B (2002). E-Learning at Cranbrook: Up Close and Personal
http://www.scholarsearchassoc.com/articles-
schools/MICRA/MICRA_040430.htm
Minges, M. dan Gray, V. (2002). Multimedia Malaysia :Internet Case Study. ITU
http://www.itu.int/ITU-D/ict/cs/malaysia/material/MYS CS.pdf.
Mohamed Noor Hassan, Rose Alinda Alias, Mohamad Bilal Ali dan Baharuddin Aris
(2000). Penyelidikan dan Pembangunan Elektronik (e-learning) di Universiti
Teknologi Malaysia. Pembelajaran Maya ke Arah Peningkatan kualiti Pengajaran
Pembelajarn di IPT. Konvensyen Pendidikan UTM 2000. 15 Nov. Dewan Sultan
Iskandar UTM.
90Mohd Nihra Haruzuan Mohamad Said, Mohd Fadli Ali, Rosni Zamuddin Shah Sidek,
Norah Md Noor (2005). The Application of E-learning in Supporting Teaching
and Learning: An Overview. 3rd International Seminar on Learning and
Motivation, “Enhancing Student Engagement” . 10-12 September 2005, City
Bayview Hotel, Langkawi, Kedah, Malaysia.
Mohd Koharuddin Mohd Balwi, Adnan Mat Junoh, Mohd Fauzi Othman, Mohd
Azhar Abdul Hamid, Shahril Bakti dan Durrishah Idrus (2003). The Readiness of
Malaysian University Students to Use E-learning as a Learning Tool: A Case Study at
University of Technology Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Advances in Technology
Based Education: Towards a Knowledge Based Society. Proceedings of the II
International Conference on Multimedia and Information & Communication
Technologies in Education. 3-6 Desember. Badajoz, Spain.
www.formatex.org/micte2003/micte2003.htm
Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003). Reka bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.
Johor Bahru:UMIDA INDUSTRIES Sdn. Bhd.
Mohd Yusri Yahya Ariff (2007). Kajian Penggunaan E-pembelajaran di Kalangan
Pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (KH) di Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Tesis Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Universiti Teknologi Malaysia.
Munoz, K. D. dan Duzer, J. V. (2005). Blackboard vs. Moodle: A Comparison of
Satisfaction with Online Teaching and Learning Tools
http://www.humboldt.edu/~jdv1/moodle/all.htm
National Research Council (1999). Being Fluent with Information Technology. USA,
0-309-06399-X
http://books.nap.edu/html/being fluent
91Ndubisi, N. O. (2004), Factors Influencing E-learning Adoption Intention: Examining
the Determinant Structure of the Decomposed Theory of Planned Behaviour
Constructs, HERDSA 2004 Conference Proceedings.
http://www.herdsa.org.au/conference2004/Contributions/RPapers/P057-jt.pdf
Orvis, K. A., Fisher, S. L. & Wasserman, M.E. (2003). Am I E-nabled for E-learning?
Individual Differences and E-learning Reactions. 18th Annual Conference of the
Society for Industrial and Prganizational Psychology, Orlando, Florida.
http://mason.gmu.edu/~korvis1/e-learning_SIOP2003.pdf
Palloff, R. M. dan Pratt, K. (2003). The Virtual Student: A Profile and Guide to
Working with Online Learners. San Francisco: Jossey-Bass.
Paris, P. G. (2004). E-Learning: A study on Secondary Students'Attitudes towards Online
Web Assisted Learning. International Education Journal. 5(1).
http://iej.cjb.net
PÄIVI TYNJÄLÄ (1997). Developing Education Students’ Conceptions of the
Learning Process in Different Learning Environments. Learning and InstructionI.
England: Elsevier Science Ltd. 7(1): 277-292.
Pirani, J. A. (2004). Supporting E-learning in Higher Education. Educause Center for
Applied Research, July 2004
http://www.educause.edu/ir/library/pdf/ERS0303/ecm0303.pdf
Piskurich, G. M. (2003). Editor’s Introduction: What is E-learning, AMA Handbook of E-
learning. USA: AMACOM American Management Association. 1-10.
Razmah Mahmod, Noornina Dahlan, T. Ramayah, Noorliza Karia, Muhammad Hasmi
Abu Hassan Asaari (2005). Attitudinal Belief on Adoption of E-MBA Progarm in
Malaysia, Turkish Online Journal of Distance Education-TOJDE. April 2005. ISSN
1302-6488, 6(2).
92Research Institute of Bangkok University (2002), Model of e-Learning Adoption :
Case Study in Bangkok University Undergraduate Students,
http://research.bu.ac.th/extra/article017.html
Rozlan Abdul Hamid (2000). Teaching and Learning System in Malaysia Smart
School, Malaysia International Conference on Electronic Learning 2000, Kuala
Lumpur.
Selim, H. M. (2003). E-learning Critical Success Factors: an Exploratory Investigation of
Student Perceptions. The Fourth Annual U.A.E. University Research Conference.
http://sra.uaeu.ac.ae/Conference_4/pdfFolder/Papers%20Abstracts/Business_PDF/CB
A_6.pdf.
Selwyn, N (2003). Why Students Do (and Do Not ) Make Use of ICT in University,
‘Finding Common Ground: IT Education, Dearing and Democracy in the
Information Society’ Conference. 9th July. University of Leeds Department of
Computing.
Stevens, G. R., Gatling, S. D. dan Murdock, T. (2004). Designing Culturally
DynamicTM Learning Environments Using MOODLE Imlementations. E-Learn
2004 Conference, AACE Proceedings Charlottesville, VA.
http://www.executiveperformance.com/Publications/aace2004.pdf
Suanpang, P., Petocz, P., & Kalceff, W. (2004). Student Attitudes to Learning
Business Statistics: Comparison of Online and Traditional Methods. Educational
Technology & Society. 7 (3): 9-20.
Suhaimi Mohd Arraji (2004). Tahap Persediaan Pelajar terhadap Pembelajaran
Elektronik (E-learning) dalam Proses Pembelajaran : Satu Kajian di Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai, Tesis Sarjana Muda, Fakulti Pengurusan dan
Pembangunan Sumber Manusia, UTM.
93Suraya Hamid (2005). A Framework for Strategic Future E-Learning Applications to
Support Sustainable Growth in the E-Learning Industry. Proceedings Book of the
3rd International Conference on Multimedia and Information and Communication
Technologies in Education, m-ICTE2005.
http://www.formatex.org/micte2005/261.pdf
Survey Research on e-Learning in Asian Countries :Fiscal Year 2002 (Overview)
http://www.asia-elearning.net/content/relatedInfo/report/elearning-trend-2002-
overview.pdf
Tan, P. H. (2006). Persepsi Pelajar Fakulti Pendidikan Terhadap E-learning di
Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai
Tandy, V. dan Cousin, G. (2005). Cutting Out Computer Anxiety (A Scissors-and-
cardboard Approach to Learning About Computer), Quality Issues in ICT-based
Higher Education. London: RoutledgeFalmer. 162-170
Vuorela, M & Nummenmaa, L (2004). How undergraduate students meet a new
learning environment?. Computers in Human Behavior. 20: 763-777.
www.elsevier.com/locate/comphumbeh
Wong, M.M. (2006). Kajian Mengenai Penggunaan E-learning UTM di Kalangan
Pelajar Tahun 5 Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan. Tesis
Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan. Universiti Teknologi
Malaysia , Skudai
Yusof Boon (2005). E-learning Mantapkan Pengajaran dan Pembelajaran. Buletin
Pendidikan, Edisi Januari. Falkuti Pendidikan UTM, 8.
94Zailan Arabee Abdul Salam & Azmi Mansur (2006). MyGfL: A Lifelong Learning
Platform for Malaysian Society. The Electronic Journal of e-Learning. 4 (1): 7-14.
www.ejel.org
95LAMPIRAN A : SOAL SELIDIK Saudara saudari sekalian, Saya sedang menjalankan satu kajian mengenai pengaruh kemahiran
teknologi maklumat, jenis kursus dan kekerapan penggunaan pada sikap terhadap e-
pembelajaran di UTM. Bersama ini, disertakan satu borang soal selidik mengenai
perkara tersebut. Saya amat berharap saudara dapat melibatkan diri dengan mengisi
borang dengan lengkap. Proses ini tidak akan mengambil lebih daripada 20 minit
masa saudara.
Segala maklumat peribada adalah RAHSIA dan hanya akan digunakan untuk
kajian sahaja. Kesudian saudara melibatkan diri dalam kajian ini, saya dahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.
Yang benar,
96BAHAGIAN A : DATA DEMOGRAFIK PELAJAR Sila bulatkan huruf pilihan yang menepati latar belakang anda.
1. Jantina
a. Lelaki b. Perempuan
2. Jenis aliran kursus yang diikuti
a. Aliran Sains dan Komputer
Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik) Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia) Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)
b. Aliran Sains dan Komputer
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia) Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
c. Aliran Sastera
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (TESL) Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
d. Aliran Kejuruteraan
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kej. Awam) Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kej. Elektrik) Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kej. Mekanikal) Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kem. Hidup)
3. Bilangan kali menggunakan e-pembelajaran UTM dalam seminggu
a. kurang daripada 1 kali
b. 1 hingga 2 kali
c. 3 hingga 4 kali
d. 5 hingga 6 kali
e. 7 kali atau lebih
97BAHAGIAN B : SOALAN KAJIAN Soal Selidik Kemahiran tentang Teknologi Maklumat. Panduan :
a. Tentukan tahap kemahiran anda tentang teknologi maklumat berpandukan catatan di bawah.
b. Bulatkan nombor pada tahap yang sesuai dengan diri anda.
c. 0 = Saya tiada pengalaman dalam kemahiran ini. 1 = Saya ada sedikit pengalaman dalam kemahiran ini dengan bantuan. 2 = Saya ada pengalaman dalam kemahiran ini dan dapat menguruskannya kebanyakkan masa. 3 = Saya sangat berpengalaman dalam kemahiran ini dan dapat mengawal perkakasan dan perisian.
Item Perkara Pilihan 1.
Memasang komputer dengan perkakasan seperti sistem paparan (monitor), pencetak (printer), pengimbas grafik (scanner), pembesar suara (speaker) dan lain-lain.
0 1 2 3
2.
Memasang perisian (install software) dan menanggalkan perisian (uninstall software).
0 1 2 3
3.
Membina laman web. 0 1 2 3
4.
Mempunyai kemahiran memilih jenis perkataan (font), menetapkan saiz perkataan (font size), membuat nombor muka surat dan mengedit dokumen seperti menggunting (cut), menampal (paste), menyalin (copy), penjajaran (alignment) dan lain-lain.
0 1 2 3
5.
Menambah clipart ke dalam sesuatu dokomen. 0 1 2 3
6.
Menggunakan pakej grafik dalam pembentangan persembahan elektronik.
0 1 2 3
7.
Menggunakan perisian persembahan seperti PowerPoint, Authorware dan lain-lain untuk membuat persembahan atau pembentangan.
0 1 2 3
98 8.
Memasang komputer dengan peralatan yang diperlukan (seperti Modem, wayar yang menyambungkan Modem dengan komputer) untuk kemudahan Internet.
0 1 2 3
9.
Mencari maklumat di World Wide Web dengan menggunakan pelayar web seperti Netscape atau Internet Explorer.
0 1 2 3
10.
Mengorganisasikan engin pencarian seperti mendirikan penanda buku (bookmark).
0 1 2 3
11.
Piawaikan penggunan e-mail seperti Hantar (send), Terima (received), Penghantaran Hadapan (forword), Balas (reply) dan Bahan Tambahan (attachment).
0 1 2 3
12.
Menggunakan ruangan seperti Chatroom untuk bertukar fikiran dengan orang lain.
0 1 2 3
13.
Menyertai forum di Internet. 0 1 2 3
14.
Menggunakan pangkalan data (database) untuk mencari maklumat seperti pangkalan data jurnal.
0 1 2 3
15.
Menggunakan kemudahan seperti Help untuk menyelesaikan masalah dan Tutotrial untuk mendapat model atau idea keseluruhan sesuatu sistem.
0 1 2 3
99Soal Selidik Sikap terhadap E-pembelajaran Panduan :
a. Tentukan tahap sikap anda terhadap e-Pembelajaran berpandukan catatan di bawah.
b. Definisi e-pembelajaran:
Pembelajaran melalui komputer yang dihubungkan ke rangkaian komputer
(Internet) atau Intranet. Dalam penyelidikan ini, e-pembelajaran terhad kepada
pembelajaran yang menggunakan SPP sumber terbuka (Learning
Manangement System Open Source) iaitu Moodle.
http://www.e-learning.utm.my
c. Bulatkan nombor pada tahap yang sesuai dengan diri anda.
d. 1 = paling rendah 2 = rendah 3 = sederhana 4 = tinggi 5 = paling tinggi Kegusaran terhadap e-pembelajaran
Item Perkara Pilihan 1.
Saya berani menggunakan e-pembelajaran. 1 2 3 4 5
2.
Saya berasa gelisah jika terpaksa menggunakan e-pembelajaran.
1 2 3 4 5
3.
Saya berasa takut apabila terbayang hendak menyertai e-pembelajaran.
1 2 3 4 5
4.
Perkara yang berkait dengan e-pembelajaran mengelirukan saya.
1 2 3 4 5
5.
Saya tidak dapat memahami isi pelajaran dalam kursus yang menggunakan e-pembelajaran.
1 2 3 4 5
6.
Mengikut kursus melalui e-pembelajaran tidak merisaukan saya.
1 2 3 4 5
100 7.
Saya berasa selesa apabila melibatkan diri dalam e-pembelajaran.
1 2 3 4 5
8.
Saya berasa gentar apabila rakan saya bercerita tentang e-pembelajaran.
1 2 3 4 5
9.
Saya berasa gelisah apabila hendak menyertai e-pembelajaran
1 2 3 4 5
10.
E-pembelajaran membuatkan saya berasa tidak selesa. 1 2 3 4 5
Keyakinan terhadap e-Pembelajaran
Item Perkara Pilihan 1.
Saya mahir menguasai kemudahan dalam e-pembelajaran. 1 2 3 4 5
2.
Saya yakin mengendalikan e-pembelajaran. 1 2 3 4 5
3.
Saya pasti saya boleh menguruskan e-pembelajaran. 1 2 3 4 5
4.
Saya yakin saya boleh buat dengan baik dalam e-pembelajaran.
1 2 3 4 5
5.
Saya bukan seorang yang mahir menggunakan e-pembelajaran.
1 2 3 4 5
6.
Melibatkan diri dalam e-pembelajaran tidak sukar bagi saya.
1 2 3 4 5
7.
Saya mempunyai keyakinan diri apabila menyempurnakan tugasan melalui e-pembelajaran.
1 2 3 4 5
8.
Saya berasa sukar melibatkan diri dalam e-pembelajaran. 1 2 3 4 5
Kesukaan terhadap e-pembelajaran Item Perkara Pilihan 1.
Saya suka belajar melalui e-pembelajaran. 1 2 3 4 5
2.
Belajar melalui e-pembelajaran membuang masa saya sahaja.
1 2 3 4 5
3.
Belajar melalui e-pembelajaran memang menyeronokan. 1 2 3 4 5
101 4.
Saya berasa benci terhadap e-pembelajaran.
1 2 3 4 5
5.
Jika saya ada masalah dalam pengendalian e-pembelajaran, saya akan cuba sehingga dapat menyelesaikan masalah tersebut.
1 2 3 4 5
6.
Saya tidak faham mengapakah sesetengah orang dapat menghabiskan masa yang panjang untuk mengikuti e-pembelajaran dengan seronoknya.
1 2 3 4 5
7.
Apabila mula menyertai e-pembelajaran, sukar bagi saya untuk berhenti.
1 2 3 4 5
8.
Saya suka berbincang tentang e-pembelajaran dengan sesiapa pun.
1 2 3 4 5
9.
Saya rela memilih persekitaran pembelajaran selain e-pembelajaran.
1 2 3 4 5
10.
Saya akan menggalakkan orang persekitaran saya menggunakan e-pembelajaran.
1 2 3 4 5
Persepsi terhadap faedah e-pembelajaran
Item Perkara Pilihan 1.
E-pembelajaran membantu saya menyempurnakan tugasan saya dengan cepat.
1 2 3 4 5
2.
E-pembelajaran dapat memajukan persembahan tugasan saya.
1 2 3 4 5
3.
E-pembelajaran dapat meningkatan produktiviti tugasan saya.
1 2 3 4 5
4.
E-pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan saya dalam penyiapan kerja kursus.
1 2 3 4 5
5.
E-pembelajaran dapat menyenangkan saya dalam penyiapan kerja kursus.
1 2 3 4 5
6.
Saya dapati e-pembelajaran berfaedah dalam kursus saya. 1 2 3 4 5
1027. Adakah kamu mengikuti e-pembelajaran UTM dengan seronok? Sila berikan
penjelasan terhadap jawapan anda.
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
RIBUAN TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA DALAM MENJAYAKAN PENYELIDIKAN INI
103
LAMPIRAN B: BORANG KESAHAN SOAL SELIDIK