Kemahiransumberpengajarandanpembelajaran 120925125559-phpapp02

6
KEMAHIRAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh diklasifikasikan kepada dua kategori, iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, graf, peta, spesimen, model, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor. Bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti buku teks, kad kerja, bahan bercetak, radas, alat- alat ujikaji dan komputer. Di bawah srategi pemusatan bahan pelajaran, bahan pembelajaran memainkan peranan penting dalam proses pengajaran & pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini, guru menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih berkesan, manakala murid- murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru. Di antara kaedah- kaedah yang berkaitan dengan strategi pemusatan bahan pelajaran ialah kaedah audio-visual dengan penggunaan televisyen, perakam pita, projektor dan video, pengajaran terancang melalui mesin- mesin mengajar seperti komputer dan modul yang melibatkan penggunaan bahan- bahan bercetak. Sesetengah-setengah strategi pengajaran pemusatan bahan pelajaran berkait rapat dengan strategi pemusatan guru. Misalnya, strategi penggunaan kaedah demonstrasi atau teknik bersyarah kadangkala melibatkan penggunaan alat bantu mengajar seperti transparensi dan projektor. Sesetengah strategi pengajaran pemusatan bahan pelajaran pula berkait rapat dengan strategi pemusatan murid. Misalnya, strategi penggunaan kaedah inkuiri- penemuan, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah projek perlu melibatkan penggunaan radas dan bahan- bahan pembelajaran yang lain.

Transcript of Kemahiransumberpengajarandanpembelajaran 120925125559-phpapp02

Page 1: Kemahiransumberpengajarandanpembelajaran 120925125559-phpapp02

KEMAHIRAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya

boleh diklasifikasikan kepada dua kategori, iaitu bahan pengajaran dan bahan

pembelajaran. Bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti

carta, graf, peta, spesimen, model, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen

dan projektor. Bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh murid dalam

aktiviti pembelajaran seperti buku teks, kad kerja, bahan bercetak, radas, alat- alat

ujikaji dan komputer.

Di bawah srategi pemusatan bahan pelajaran, bahan pembelajaran memainkan

peranan penting dalam proses pengajaran & pembelajaran. Dengan menggunakan

strategi ini, guru menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, lebih menarik serta

lebih berkesan, manakala murid- murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih

bermakna serta menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara

kumpulan tanpa kehadiran guru. Di antara kaedah- kaedah yang berkaitan dengan

strategi pemusatan bahan pelajaran ialah kaedah audio-visual dengan penggunaan

televisyen, perakam pita, projektor dan video, pengajaran terancang melalui mesin-

mesin mengajar seperti komputer dan modul yang melibatkan penggunaan bahan-

bahan bercetak.

Sesetengah-setengah strategi pengajaran pemusatan bahan pelajaran berkait

rapat dengan strategi pemusatan guru. Misalnya, strategi penggunaan kaedah

demonstrasi atau teknik bersyarah kadangkala melibatkan penggunaan alat bantu

mengajar seperti transparensi dan projektor. Sesetengah strategi

pengajaran pemusatan bahan pelajaran pula berkait rapat dengan strategi pemusatan

murid. Misalnya, strategi penggunaan kaedah inkuiri- penemuan, kaedah penyelesaian

masalah dan kaedah projek perlu melibatkan penggunaan radas dan bahan- bahan

pembelajaran yang lain.

Page 2: Kemahiransumberpengajarandanpembelajaran 120925125559-phpapp02

KRITERIA- KRITERIA DALAM PEMILIHAN SUMBER PENGAJARAN &

PEMBELAJARAN

Untuk memilih alat bantu mengajar yang baik dan berkesan, guru haruslah

mematuhi kriteria- kriteria berikut seperti alat bantu mengajar haruslah bersesuaian

dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Isi kandungannya haruslah tepat dan

berkait rapat dengan topik yang hendak diajarkan. Alat bantu mengajar harus

mengandungi idea- idea dan reka bentuk yang asli dan tersendiri. Alat bantu mengajar

boleh membantu guru dalam aktiviti pengajaran atau boleh juga digunakan oleh murid-

murid dalam aktiviti pembelajaran mereka. Dengan perkataan lain, guru boleh

menyampaikan konsep dengan lebih mudah, tepat dan cepat lagi dengan adanya alat

bantu mengajar .

Murid- murid pula dapat mempelajari konsep itu dengan tepat, penuh minat dan

lebih kekal dalam ingatan.Reka bentuk alat bantu mengajar hendaklah menarik dan

berkesan. Untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat murid- murid, alat ini harus

disediakan dengan menggunakan gambar yang berwarna. Alat bantu mengajar harus

disediaka dengan kos yang rendah dan dalam masa yang berpatutan. Tiada gunanya

membuat alat bantu mengajar dengan perbelanjaan yang terlalu tinggi dan

menggunakan masa yang lama untuk menyediakannya. Alat bantu mengajar harus

disediakan dalam saiz yang berat yang sesuai supaya ia mudah dibawa, diguna dan

disimpan.

Alat bantu mengajar yang terlalu berat dan besar akan mengganggu kelancaran

pencapaian guru atau penggunaan murid. Sumber pengajaran & pembelajaran

haruslah mengandungi nilai- nilai murni yang tinggi. Guru tidak harus menggunakan

bahan- bahan seperti gambar yang tidak sopan, misalnya memakai baju yang menjolok

mata, atau menggunakan bahan- bahan yang mengandungi unsur negatif seperti

berjudi dan merokok.

Page 3: Kemahiransumberpengajarandanpembelajaran 120925125559-phpapp02

CARA- CARA MENGGUNAKAN SUMBER DENGAN BERKESAN

Tujuan utama menggunakan alat bantu mengajar dalam aktivitipengajaran dan

pembelajaran adalah untuk membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah,

tepat, cepat serta menarik. Untuk mencapai tujuan ini, guru haruslah memahami teknik

penggunaan alat bantu mengajar dan menggunakannya dengan cekap. Berikut ialah

beberapa garis panduan menggunakan alat bantu mengajar untuk aktiviti pengajaran

dan pembelajaran. Alat bantu mengajar seperti carta haruslah digantung di suatu

tempat yang sesuai supaya semau murid oleh melihatnya dengan mudah.

Semasa menggunakannya guru haruslah membimbing murid- murid meneliti

perkara yang penting supaya tidak membazirkan masa murid- murid serta boleh

mencapai hasil pembelajaran yang di kehendaki. Jika carta itu mengandungi beberapa

bahagian, guru boleh menutupnya terlebih dahulu, kemudian menunjukkan kepada

murid- murid bahagian demi bahagian mengikut urutan penerangan guru. Cara ini boleh

menarik minat murid serta membangkitkan daya pemikiran mereka. Sebelum alat bantu

mengajar diedarkan kepada murid- murid untuk menjalankan kerja praktik, guru harus

memberi arahan yang tegas dan jelas supaya aktiviti pembelajaran itu dapat dijalankan

dengan tepat, berdisplin dan mengikut masa yang ditetapkan.

Tunjukkan alat bantu mengajar kepada murid- murid hanya pada ketika yang

perlu. Jika sesuatu alat bantu mengajar ditunjukkan lebih awal, murid- murid akan asyik

tumpukan perhatian mereka kepada alat itu dan kurang memberi perhatian kepada

aktiviti pengajaran guru. Guru harus membimbing murid- murid membincang fakta-

fakta penting yang terkandung dalam alat bantu mengajar. Selepas itu, harus diadakan

pula aktiviti penilaian terhadap tindak balas murid- murid berdasarkan hasil penggunaan

alat bantu mengajar itu denagn tujuan untuk mengetahui pencapaian objektif

pembelajaran. Alat bantu mengajar yang telah selesai digunakan haruslah dikumpul

balik dan disimpan dengan baik di tempat yang sesuai.

Page 4: Kemahiransumberpengajarandanpembelajaran 120925125559-phpapp02

Alat bantu mengajar hanya digunakan untuk membantu guru dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dan ia tidak boleh menggantikan tempat guru.

penggunaan alat bantu mengajar haruslah sesuai dengan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran supaya mencapai objektif pelajaran yang ditentukan. Pada amnya, cara

menggunakan alat bantu mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap,

supaya murid- murid dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta dalam

ingatan mereka. Nilai sesuatu alat bantu mengajar yang baik akan dihapuskan

sekiranya alat itu tidak disediakan mengikut kriteria- kriteria yang telah dihuraikan atau

penggunaanya kurang cekap ataupun kurang berkesan.

PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERDASARKAN BAHAN

Untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran berasaskan bahan, guru harus memahami dan mematuhi prinsip-prinsip

berikut seperti bahan-bahan hendaklah dipilih berdasarkan kepada objektif yang

ditentukan terlebih dahulu. Kandungannya hendaklah mengandungi fakta tepat serta

sesuai digunakan mengikut kebolehan pelajar. Sekiranya buku teks digunakan sebagai

bahan pelajaran, kandungan hendaklah di baca oleh guru terlebih dahulu supaya

mengenal pasti kelemahan dalam kandungannya, kemudian mengubahsuai bahan

mengikut objektif dan topik pelajaran yang akan diajarkan.

Proses penggunaan bahan pelajaran dalam bilik darjah hendaklah dirancang

mengikut langkah-langkah pelajaran yang akan disampaikan. Ianya termasuk set

induksi seperti menerangkan cara dan tujuan penggunaan bahan pelajaran hendaklah

dirancang. Aktiviti menilai keberkesanan pengunaan bahan-bahan pelajaran hendaklah

diadakan. Aktiviti ini mengandungi aktiviti memerhati, soal jawab atau ujian. Ia bertujuan

untuk mengukuhkan pelajaran yang baru disampaikan serta membolehkan guru

mengenal pasti kebaikan dan kelemahan penggunaan bahan pelajaran.

Page 5: Kemahiransumberpengajarandanpembelajaran 120925125559-phpapp02

BORANG BIMBINGAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN SUMBER PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

Langkah dan Kemahiran

Penggunaan

sumber Pengajaran dan

Pembelajaran

Tandakan √

Ya Tidak Tidak

Kelihatan

Langkah i : Pemilihan bahan

1. Sesuai dengan objektif

pelajaran

2. Menarik dan mengekalkan

perhatian pelajar

3. Bahan jelas, ringkas dan

tepat

4. Sesuai untuk murid-murid

5. Bahan pembelajaran

mencukupi

Langkah ii : Pengurusan bahan

1. Bahan pelajaran diuruskan

secara sistematik dan mengikut

langkah penyampaian

2. Bahan pelajaran digunakan

dengan cara berkesan

3. Bahan pelajaran dikaitkan

dengan kaedah mengajar yang

sesuai

Langkah iii : Penilaian dan

Pengukuhan

1. Ada aktiviti penilaian murid

yang menggunakan bahan

pelajaran

2. Ada bahan pelajaran

digunakan untuk aktiviti

pengukuhan dengan berkesan.

Page 6: Kemahiransumberpengajarandanpembelajaran 120925125559-phpapp02