Kemandirian Spesies Haiwan

9
KEMANDIRIAN SPESIES HAIWAN Spesies ialah hidupan yang sama jenis dan boleh membiak di antara satu sama lain. Kemandirian spesies bermaksud keupayaan hidupan untuk meneruskan hidup dalam keadaan susah dan merbahaya. Setiap haiwan mempunyai cara yang berbeza untuk memastikan kemandirian spesiesnya. Haiwan memastikan kemandirian spesiesnya dengan cara: 1. Menjaga dan melindungi telur dan anaknya 2. Bertelur dengan banyak MENJAGA DAN MELINDUNGI TELUR DAN ANAKNYA Setiap haiwan mempunyai cara yang berbeza untuk menjaga telur dan anaknya. Cara-cara haiwan menjaga telur dan anaknya adalah seperti berikut: MENJAGA TELUR DAN MELINDUNGI TELUR SETIAP MASA Terdapat juga haiwan yang menyerang musuhnya untuk melindungi telurnya atau anaknya apabila diganggu. Contohnya ayam, singa, harimau dan ular.

description

nota

Transcript of Kemandirian Spesies Haiwan

Kemandirian Spesies HaiwanSpesies ialah hidupan yang sama jenis dan boleh membiak di antara satu sama lain. Kemandirian spesies bermaksud keupayaan hidupan untuk meneruskan hidup dalam keadaan susah dan merbahaya. Setiap haiwan mempunyai cara yang berbeza untuk memastikan kemandirian spesiesnya. Haiwan memastikan kemandirian spesiesnya dengan cara:1. Menjaga dan melindungi telur dan anaknya 2. Bertelur dengan banyak

Menjaga dan melindungi telur dan anaknyaSetiap haiwan mempunyai cara yang berbeza untuk menjaga telur dan anaknya. Cara-cara haiwan menjaga telur dan anaknya adalah seperti berikut:

Menjaga telur dan melindungi telur setiap masaTerdapat juga haiwan yang menyerang musuhnya untuk melindungi telurnya atau anaknya apabila diganggu.Contohnya ayam, singa, harimau dan ular.

Menyembunyikan telurnyaHaiwan seperti penyu akan ke pantai untuk bertelur. Penyu akan menggali lubang dan bertelur terus kedalam lubang tersebut. Ini bertujuan untuk menyembunyikan telurnya di dalam pasir. Apabila telur tersebutmenetas, anak- anak penyu tersebut akan kembali semula ke laut. Buaya pula menimbus telur-telurnya dalam pasir di tepi sungai dan sentiasa menjaga telur-telurnya daripada ancaman musuh. Apabila telur-telurnya menetas, buaya membawa anak-anaknya di dalam mulut ke tempat yang lebih selamat.

Contoh lain pula ialah haiwan seperti belalang yang bertelur di dalam tanah, siput babi yang bertelur di celah batu dan rama-rama yang bertelur di permukaan daun.

Bertelur di dalam sarangUntuk menjaga telur dan mengelak gangguan musuh, ada juga haiwan yang bertelur di dalam sarang atas pokok. Burung bertelur tinggi di atas pokok bagi mengelakkan telurnya diganggu musuh. Burung mengeramkan telur-telurnya sehingga menetas dan anak-anak burung yang baru menetas dilindungi dan diberi makanan sehingga boleh berdikari.

Membawa TelurTerdapat haiwan yang membawa telurnya. Haiwan yang membawa telurnya ialah seperti udang, kala jenking dan labah-labah. Labah-labah membawa telurnya di dalam uncang/kantung dibawah badannya. Uncang ini sentiasa dibawa oleh labah-labah bagi memastikan telur-telurnya selamat. Ini sama seperti kala jenking yang membawa telur-telurnya dan anak yang baru menetas di atas badannya selama beberapa hari.

Telur dengan ciri-ciri khasTerdapat juga haiwan yang haiwan yang menghasilkan telur dengan ciri-ciri khas. Contohnya: Telur yang mempunyai cengkerang yang keras. Contoh: Telur burung kasawari, ayam dan itik. Telur yang diselaputi jeli yang berlendir. Contoh: Telur katak dan siput babi. Telur yang disimpan dalam kampit telur atau ucang di badan. Contoh: Telur lipas . Telur yang disimpan dalam ucang di badan. Contoh: Telur labah-labah. Telur yang melekat kuat pada permukaan daun. Contoh: Telur rama-rama. Telur yang dilindungi oleh sarung: Contoh: Telur belalang.

BERTELUR DENGAN BANYAKHaiwan juga memastikan kemandirian spesiesnya dengan cara bertelur dengan banyak. Haiwan-haiwan seperti penyu, katak, rama-rama dan ikan adalah contoh haiwan yang bertelur dengan banyak.PenyuPenyu bertelur banyak dengan banyak. Setelah bertelur, penyu akan menyembunyikan dengan cara menimbus telur dengan pasir. Telur penyu dilindungi oleh cengkerang yang nipis.

KatakKatak bertelur banyak di dalam air. Telurnya diselaputi lendir yang berbau busuk. Ini untuk menghalang daripada musuh untuk mendekatinya dan memakan telur tersebut. Rama-ramaRama-rama pula bertelur banyak pada permukaan daun. Telur ini melekat kuat pada daun untuk melindungi telur daripada musuh. IkanIkan bertelur banyak di celah-celah rumpai air/ batu karang.Ini dapat melindungi telur daripada musuh. Sesetengah ikan memasukkan telur/ anak dalam mulutnya. PENGHARGAANAlhamdulillah, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan kepada saya. Saya amat berterima kasih kepada ibu saya, Puan Zuhaira binti Zainordin yang banyak membantu saya mencari maklumat dalam menyiapkan tugasan ini.Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru pembimbing saya iaitu Puan Norhashimah binti Ahmad atas segala tunjuk ajar yang diberikan.

HAIWAN YANG BERTELUR