Kemas Negeri Pulau Pinang

download Kemas Negeri Pulau Pinang

of 26

Transcript of Kemas Negeri Pulau Pinang

Kemas Negeri Pulau PinangJABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) PULAU PINANG Aras 2, Anjung A, Wisma Persekutuan Seberang Perai Utara Jalan Bertam 13200 Kepala Batas Pulau Pinang Tel : 04 575 5781 / 575 5762 Faks : 04 - 397 3020 Email:[email protected]

Info

JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) DAERAH SEBERANG PRAI TENGAHPEJABAT KEMAS KAWASAN BUKIT MERTAJAM, NO.1336 JALAN TAN SAI GIN 14000 BUKIT MERTAJAM SEBERANG PERAI TENGAH PULAU PINANG

Objektif 1. Melahirkan masyarakat yang berilmu, berdaya tahan dan memilki nilai-nilai murni sehingga mampu menghadapi saingan dan cabaran bagi menjadikan kawasan luar Bandar maju, menarik dan menguntungkan. 2. Meningkatkan perkembangan sosio-emosi, fizikal, intelek dan rohani serta memeberi kemahiran 3M kepada kanak-kanak (berumur 4-6tahun) melalui pendidikan prasekolah (TABIKA). 3. Menentukan perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti melibatkan penyertaan menyeluruh ahli masyarakat (peserta, ibubapa dan pimpinan tempatan). 4. Meningkatkan kualiti dan produktiviti kakitangan melalui kursus dan latihan dengan menggalakkan perubahan sikap dan pemakaian kaedah baru didalam semua program dan aktiviti KEMAS Negeri. 5. Membantu masyarakat miskin meningkatkan kualiti hidup melalui Program Membantu Golongan Miskin.

Misi 1. Memberi perkhidmatan yamg cemerlang melalui penggunaan dan pengurusan sumber secara optima. 2. Memperkukuhkan sikap positif dan mengamalkan nilai-nilai murni dikalangan anggota KEMAS dan masyarakat desa ke arah pembanguna yang seimbang. 3. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta penguasaan teknologi terkini supaya masyarakat desa bijak menguruskan sumber ke tahap yang optima.

Piagam Pelanggan 1. Memberi khidmat, kerjasama dan layanan yang mesra, cekap dan tepat mengikut kehendak dan keperluan pelanggan berasaskan kepada keupayaan yang sedia ada. 2. Menjawab semua surat permohonan program, perjawatan serta aduan dalam tempoh dua minggu selepas diterima. 3. Menentukan semua bil yang diterima disiapkan baucer dan dihantar ke Akauntan Negara dalam masa enam hari bekerja. 4. Membuat bayaran bagi semua tuntutan-tuntutan yang teratur dalam tempoh dua minggu dari tarikh diterima. 5. Menjelaskan elaun bulanan Penyelia, Pemaju Masyarakat, Pembantu Pemaju Masyarakat sebelum akhir tiap-tiap bulan. 6. Meningkatkan kualiti dan prestasi kerjaya kakitangan melalui kursus dan latihan dari masa ke semasa.

SEJARAH KEMAS

KEMAS, Jabatan Kemajuan Masyarakat dikenali dengan nama (KEMAS) yang merupakan singkatan daripada Kemajuan Masyarakat. KEMAS pada asalnya dikenali dengan nama Bahagian Pelajaran Dewasa. Ia ditubuhkan secara rasmi oleh YAB Tun Abdul Razak Bin Hussien pada tahun 1961 melalui satu majlis yang diadakan di Rumah Persekutuan. Rasional penubuhan Bahagian Pelajaran Dewasa pada waktu tersebut diwujudkan setelah negara mencapai Kemerdekaan pada 1957 di mana satu bancian yang telah dilakukan pada tahun yang sama dan didapati seramai 1,868,948 orang dewasa dan 2,379,213 orang kanak-kanak yang berumur antara 10 hingga 14 tahun tidak tahu membaca dan menulis.

Dapatan kajian ini dilihat menjadi penghalang utama untuk kerajaan melaksanakan agenda pembangunan negara. Pada tahun 1958, Persidangan Pembangunan Masyarakat Kedua telah diadakan di Kuala Lumpur dan ia merupakan lanjutan dari Persidangan Pembangunan Masyarakat Pertama yang telah diadakan pada tahun 1953 di Taiping. Hasil daripada persidangan tersebut, satu perakuan oleh Jawatankuasa Khas Pelajaran Dewasa yang

bermesyuarat pada 3hb Ogos 1960 telah dibincangkan di peringkat kabinet pada tahun yang sama melalui Kertas Kabinet Bil. 385/25/60. Fokus perbincangan kertas kabinet tersebut adalah memberi keutamaan terhadap pelajaran asas kepada rakyat yang buta huruf melalui Rancangan Pelajaran Dewasa sehinggalah satu kelulusan telah dikeluarkan untuk menubuhkan Bahagian Pelajaran Dewasa dan diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.

Kaedah pelaksanaan program KEMAS ialah melalui pendekatan konsep 3K sebagai panduan pelaksanaan iaitu Kehendak, Keperluan dan Keupayaan. Pada tahun 1980, selaras dengan perubahan kehidupan masyarakat pada masa itu, sektor ekonomi telah diberi penekanan. Perubahan ini telah menyebabkan KEMAS mengubah strategi serta pendekatan dengan menggalakkan masyarakat luar bandar menceburkan diri dalam aktiviti penambahan pendapatan. Antara program yang dijalankan ialah aktiviti Budaya Niaga, Budaya Membaca, Projek Penambahan Pendapatan, Pendekatan Bersepadu Aktiviti KEMAS, Projek Gotong-Royong serta Halacara Baru Pembangunan Kampung dan Luar Bandar. Seiring dengan pelaksanaan program ini, pusat masakan, pusat-pusat pengeluaran dalam bidang jahitan, kraftangan dan sulaman telah diwujudkan. Perpustakaan Masyarakat dan Pusat Sumber juga diwujudkan di kawasan di luar bandar sebagai pusat rujukan dan pembelajaran masyarakat desa. Pada masa yang sama, Program Kecemerlangan Kanak-Kanak (PEKA) diperkenalkan untuk memberi kesedaran kepada ibubapa tentang kepentingan pendidikan awal kanak-kanak.

KEMAS juga berusaha ke arah melahirkan pemimpin tempatan dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan agar mereka berupaya merancang, melaksana dan mengurus program-program pembangunan yang dijalankan di kampung-kampung serta dapat membawa perubahan dari segi sikap dan kehidupan sosio-ekonomi masyarakat luar bandar agar bertambah lebih baik. Pada awal tahun 1990, komitmen KEMAS memberi tumpuan kepada usaha pembangunan sumber manusia yang lebih menyeluruh telah dilaksanakan melalui pendekatan pendidikan non-formal dan pendidikan seumur hidup. Antara program yang diwujudkan adalah Pendidikan Literasi Fungsian (PLF), Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika), Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska), Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK), Pendidikan Kecemerlangan Kanak-Kanak (PEKA), Kelas Bina Insan, Gerakan Desa Wawasan (GDW), Kelas Literasi Komputer dan Perpustakaan Masyarakat.

Pada tahun 2000, KEMAS telah menumpukan perhatiannya terhadap bidang pembangunan teknologi maklumat (ICT), pembangunan insan serta peningkatan pengupayaan dalam aktiviti yang dijalankan. Pada masa yang sama, KEMAS masih meneruskan aktivitiaktiviti sedia ada. Pada tahun 2003, Gerakan Desa Wawasan telah ditukarkan kepada Gerakan Daya Wawasan. Memandangkan keperluan serta penglibatan KEMAS semakin meningkat, mulai 1 April 2002, kerajaan telah memutuskan penyusunan semula struktur KEMAS melalui waran perjawatan Bil. E8/2002 di mana fungsi dan peranan KEMAS telah dirombak. Sepanjang tahun 2001 hingga 2009, fungsi dan peranan KEMAS adalah meliputi tiga daripada lima teras Misi Nasional iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama dan menangani masalah ketidaksamaan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif di bawah Gerakan Daya Wawasan; Pendidikan Literasi Komputer, Pendidikan Kesejahteraan Keluarga, Pendidikan Kemahiran, Pendidikan Literasi Fungsian dan Pusat Sumber, konsep pendidikan berterusan selaras dengan pembangunan modal insan di bawah Bahagian Bina Insan; Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika dan Taska) serta Program Makanan Tambahan untuk kanak-kanak.

Aktiviti KEMAS Bidang keusahawanan IKS menjana ekonomi setempat Bidang keusahawanan kini bukan lagi perkara asing dalam masyarakat Melayu khususnya masyarakat luar bandar. Natijah itu, selaras dengan agenda pembangunan masyarakat berteraskan pembangunan modal insan, Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Pulau Pinang menerusi unit Latihan dan Korporat yang di ketua oleh Encik Shahrulnizam bin Jantan telah mengambil inisiatif turun padang bagi melihat dan menadakan temuramah dengan 2 Pengusaha KEMAS yang telah berjaya mengubah hidup mereka dari susah sehingga ke tahap yang boleh dibanggakan. Pengusaha pertama adalah seorang wanita yang pada asalnya merupakan salah seorang peserta kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) yang kemudiannya menanam azam bagi mengubah kehidupannya. Berbekalkan dari galakan dan sokongan moral dan kewangan

serba sedikit dari suami tercinta, Puan Hajjah Noraini Bt Jusoh atau panggilan mesranya kak ani telah memulakan perusahan membuat pelbagai jenis kek yang kemudiannya dipelbagaikan dengan jenis kek, muffin, biskut,kerepek, bahulu dan kuih tradisional selepas merasakan dirinya sudah mampu memulakan perniagaan sendiri. Memulakan perniagaan sejak tahun 1995, Kak Ani menanam iltizam yang tinggi dan berpegang kepada matlamat hidup bahawa dalam hidup ini tanpa membuat sesuatu yang bermanafaat pada diri sendiri dan menyumbang pada masyarakat adalah suatu kerugian yang besar dan ia merupakan satu tragedi. Lantaran itu, hasil pengorbanannya dan kegigihannya, beliau telah berjaya membuka kedai kek pada tahun 2006 di Bukit Mertajam.Kebetulan juga rezeki datang mencurah pada tahun yang sama, Jabatan Kemajuan Masyrakat negeri Pulau Pinang telah mengenal pasti bakat dan kesungguhan kak ani dan telah memberikan geran bantuan yang dinamakan Bantuan Ekonomi Kampung (BEK) pada tahun 2006. Bantuan berbentu barangan seperti peti sejuk berkuasa tinggi (Chiller dan freezer), pembancuh (Mixer) berkapasiti 30 Liter dan pemotong roti telah diberikan kepada kak Ani. Menerusi bantuan yang diberikan oleh Jabatan ini, sesungguhnya meninggalkan impak yang besar kepada saiz perniagaan Kak Ani ini. Sehingga kini, beliau telah mampu menghasilkan pelbagai jenis kek untuk jualan (100 jenis kek). Disamping itu juga beliau sering mendapat tempahan untuk majlis pensendirian (hari jadi, perkahwinan dan ulang tahun agensi) disamping majlis rasmi. Antara kenangan manis beliau adalah diberi peluang untuk membuat kek untuk persidangan UMNO bahagian Seberang Jaya yang dirasmikan oleh Mantan Timbalan Presiden Umno pada tahun 2007 iaitu Datuk Seri Ali Rustam. Selain itu, beliau juga sering menghadirkan diri untuk mempromosikan dan menjual produknya menerusi karnival/pesta jualan anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat sama ada di peringkat kebangsaan mahupun peringkat negeri. Antaranya adalah Karnival Usahawan Desa 2004 dan 2008. MAHA 2008 dan MINHAS 2008 (mewakili usahawan KEMAS). Disebalik pengiktirafan dan kenangan manis, kak ani ini juga pernah kecewa disebabkan produknya rosak. Bak kata pepatah, bumi mana yang tidak di timpa hujan. Pada tahun 2007 beliau pernah menghantar 150 kotak kek lapis (setiap satu kilogram) ke KLIA untuk dipasarkan disana.Malangnya sangkanya panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahhari.

Kesemua 150 kotak kek tersebut telah di tolak oleh pengusaha di KLIA kerana dikatakan tidak menepati kualti pembungkusan yang diiktiraf oleh peringkat antarabangsa. Kesannya hampir keseluruhan kek tersebut rosak begitu sahaja dan tidak boleh dijual. Kesedihan dan kekecewa jelas terpancar di muka kak ani ketika itu kerana sudahlah modal yang dikeluarkan hangus begitu sahaja, ditambah lagi pula dengan masa, tenaga yang diberikan bagi menyiapkan kek lapis tersebut. Pengalaman pahit yang turut meninggalkan kenangan atau parut di hati Kak Ani apabila pasaraya hypermarket terkemuka dan terbesar di Malaysia menawarkan peluang untuk memasarkan produk produknya di pasarraya mereka. Walau bagaimanapun harga yang ditawarkan oleh pihak pasarraya tersebut adalah sangat rendah dan mendatangkan kerugian yang berlipat ganda kepada Kak Ani. Sekali lagi kak Ani begitu kecewa dengan tindakan pengurusan Pasaraya yang kononnya ingin membantu usahawan IKS tetapi sebaliknya memberi impak yang negatif kepada pengusaha. Sesungguhnya pengalaman pahit itu merupakan guru yang terbaik dalam meniti kejayaan yang lebih gemilang untuk hari esok. Sehubungan dengan itu, Kak Ani, telah menanam harapan agar suatu hari kelak dapat membuka sebuah pusat setempat (one stop center) untuk memasarkan kek dan anika produk lain.Disamping mengimpikan sebuah mini institut untuk melaksanakan kursus membuat kek dan makanan ringan amnya. Kini Kak Ani juga boleh tersenyum dengan pencapaiannya yang memberi pendapatan yang agak lumayan setiap minggu iaitu sebanyak RM 800 (bersih). Berbeza dengan perniagaan lain, tatkala masalah kegawatan ekonomi dunia yang kian meruncing, kak Ani tidak begitu merasai kesannya kerana sudah agak lama bertapak dan kos pengeluaran hanya meningkat kurang dari 10% berbanding dengan permintaannya setiap minggu yang kian bertambah. Dengan pengenalan produk kek lapis yang terbaharu seperti kek Lapis Asam Manis, Kek Lapis Prune dan Kek Lapis Gulung telah berjaya mendapat tempat di hati pelanggan.

Nama Jabatan : Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Alamat Jabatan : Wisma Hock Teik, 1778, Jalan Ciku, 14000 Bukit Mertajam

Latar Belakang

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) ditubuhkan sebagai pelengkap bagi menjayakan Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Secara amnya, Dasar ini bertujuan untuk mewujudkan sistem pengurusan sisa pepejal yang menyeluruh, bersepadu, kos efektif dan lestari yang dikehendaki oleh masyarakat yang mementingkan pemuliharaan alam sekitar dan kesejahteraan awam.

Perbadanan ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 673). Perbadanan secara rasminya telah ditubuhkan pada 1 Jun 2008 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ia mempunyai kuasa untuk mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Peranan Perbadanan adalah untuk memberi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lebih efisien, bersepadu di samping memberikan kepuasan yang lebih baik kepada pengguna dari segi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Visi

Menjadikan Malaysia sebuah negara bersih dan sejahtera.

Misi

1. Melaksanakan dasar-dasar dan strategi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam secara bersepadu dan efektif melalui

2. Peningkatan kesedaran awam, penggunaan teknologi terkini serta penguatkuasaan undang-undang bagi memastikan

3. Persekitaran yang bersih, sihat dan mapan

Komitmen Kami

1. Perbadanan berkomited untuk menjaga kebersihan negara dengan memberikan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan

2. Pembersihan awam yang cekap, kos efektif dan bersepadu disamping mengutamakan kepuasan pelanggan.

SLOGAN BERSIH . SIHAT . SELAMAT

COGANKATA WASTE IS OUR CONCERN

LOGO RASMI PPSPPA

Kod Etika

Budaya Anggota PPSPPA Objektif Pengwujudan Kod Etika Nilai-Nilai Teras Nilai-Nilai Kembangan Penghayatan Disiplin Penggunaan Harta Awam Pematuhan Muafakat Peraturan Bercuti Peraturan Berpakaian Peraturan Umum

1. Berpegang teguh kepada ajaran agama dan menghormati tatasusila kaum lain.

2. Sentiasa memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan merangkumi aspek-aspek sepert pengurusan masa, tahap layanan dan kualiti perkhidmatan. 3. Memaparkan akhlak mulia dan motivasi yang tinggi dan boleh dijadikan panduan kepada warga kerja 4. Mengutamakan kepentingan negara dan masyarakat umum berbanding kepentingan diri sendiri.

5. Menghindarkan diri daripada sebarang gejala yang tidak bermoral seperti rasuah, salah guna kuasa dan perkara-perkara yang boleh menjejaskan imej Perbadanan.

FUNGSI

1. Mengesyorkan dasar, perancangan dan strategi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam kepada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

2. Melaksana, menggalakkan penyertaan dan mempertingkatkan kesedaran orang awam mengenai program kesedaran dan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

3. Menerapkan amalan kitar semula dan pengasingan sisa disumber secara sistematik disamping menekankan ciri-ciri pembangunan yang mampan meliputi aspek ekonomi, politik dansosial.

4. Memproses permohonan baru, pembaharuan dan pembatalan/penggantungan lesen pembekal perkhidmatan pengurusan sisa pepejal sehingga pengesyoran kepada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

5. Mengawalselia prestasi syarikat-syarikat yang membekalkan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

6. Mengenalpasti teknologi yang mesra alam, selamat dan kos efektif serta menjalankan penyelidikan berhubung dengan pembangunan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

7. Melaksana dan menguatkuasakan undang-undang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

PIAGAM PELANGGAN

1. Memastikan akuan penerimaan aduan atau tindakan yang telah diambil dimaklumkan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.

2. Memastikan kerja-kerja pembersihan jalan dilakukan setiap hari di jalan protokol, jejantas, jejambat dan terowong, enam (6) kali seminggu bagi jalan utama dan komersial, satu (1) kali dalam sebulan bagi jalan industri.

3. Semua longkang dibersihkan dalam masa 30 hari satu pusingan kecuali longkang tanah.

4. Memastikan pemotongan rumput dilakukan dua (2) kali dalam sebulan.

5. Memastikan sisa domestik diangkat sekurang-kurangnya dua (2) kali dalam seminggu dan sisa pukal barangan kitar semula dikutip dalam seminggu sekali.

6. Memastikan semua pasar awam, pusat penjaja, tandas awam, pantai awam dan tempat awam dibersihkan setiap hari.

CARTA ORGANISASI

Nama Jabatan : KPJ Penang Specialist Hospital Alamat Jabatan : KPJ PENANG SPECIALIST HOSPITAL No 570 Jalan Perda Utama, Bandar Perda 14000 Bukit Mertajam. Pulau Pinang.

LATAR BELAKANG

Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang adalah multi-disiplin hospital baru Perdana di Bukit Mertajam, Seberang Perai, menawarkan rangkaian penuh kepakaran perubatan serta perkhidmatan diagnostik.

KPJ Penang Specialist Hospital, tambahan terbaru kepada kumpulan KPJ Healthcare Berhad hospital, mudah diakses dari Lebuhraya Utara-Selatan dan lebih kurang sebatu jauh dari Interchange Juru dan Jambatan Pulau Pinang.

Sebagai sebuah hospital sehenti, pesakit boleh memilih dari pelbagai jenis perkhidmatan pakar pesakit luar dan pesakit dalam serta pakej pemeriksaan kesihatan yang direka khas untuk memenuhi keperluan pelanggan kami.

Hospital ini dilengkapi dengan kemudahan terkini seperti 1,5 Tesla Magnetic Resonance Imaging dan 64-keping CT Scanner, Sistem Mamografi, Ultrasound, Operasi Teatres yang dilengkapi dengan Lampu LED, dan lain lain.

KPJ Pulau Pinang dijadual untuk membuka biik baru pada suku ketiga tahun ini, dengan 82 katil di bawah fasa pertama pembangunannya. Apabila siap sepenuhnya, hospital akan mempunyai jumlah kapasiti 236 katil.

Bilik juga dilengkapi dengan menarik dan persekitaran yang aman, menyediakan pesakit suasana dan ketenangan untuk pemulihan yang cepat.

Visi Penjagaan Hidup

Misi Pembekal penjagaan kesihatan yang dipilih

Pengurusan

Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang memberi sambutan yang hangat kepada anda dan keluarga anda. Di Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang, kita berasa bangga dalam memberikan penjagaan pesakit dan perhatian peribadi kita. Kami percaya kejujuran adalah satu daripada langkah penting kami dalam menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti. Pakar Perunding yang berpengalaman, Jururawat kami dan Kesihatan Bersekutu kakitangan di sini untuk menyediakan standard perkhidmatan yang cemerlang untuk membuat penginapan anda menyenangkan dan selesa.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada anda untuk memilih Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang sebagai pembekal penjagaan kesihatan pilihan anda.

CARTA ORGANISASI

Chairman Kamaruzzaman Abu Kassim

Managing Director Datin Paduka Siti Sa'diah Sheikh Bakir

Executive Director Amiruddin Abdul Satar

Board Members

Dr Yoong Fook Ngian Independent Non-Executive Director Datuk Azzat Kamaludin Independent Non-Executive Director Rozan Mohd Sa'at Non-Independent Non-Executive Director Zainah Mustafa Independent Non-Executive Director Ahamad Mohamad Non-Independent Non-Executive Director Dr Kok Chin Leong Independent Non-Executive Director Abd Razak Haron Non-Independent Non-Executive Director

Datuk Dr Hussein Awang Independent Non-Executive Director

Nama Jabatan : Sekolah Sinar Harapan Alamat Jabatan : Sekolah Sinar Harapan Bukit Mertajam No 38, Jalan Permatang Rawa 1, Jalan Permatang Rawa, 14000, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Latar belakang Sekolah Sinar Harapan

Sekolah Sinar Harapan adalah sebuah sekolah khusus untuk anak-anak terencat akal bagi daerah Seberang Perai Tengah dan kawasan yang berhampiran. Sekolah ini bermula pada 6 Januari 1968 di parkir kereta Pegawai Daerah Bukit Mertajam yang di ubahsuai untuk 10 murid dan seorang guru. Pusat ini telah berpindah sebanyak 3 kali di sekitar Bukit Mertajam sebelum bertapak di tempat sekarang pada 1 Jun 2000. Sekolah ini memberikan bimbingan , latihan, bantuan, dan perhatian khusus supaya kanak-kanak terencat akal ini dapat mencapai tahap sebaik mungkin mengikut keupayaan masing-masing dalam pelajaran asas, bantuan kendiri, dan pemasyarakatan. Sekolah ini di buka untuk pendaftaran bagi kanak-kanak bermasalah mental, kecelaruan perkembangan saraf, sindrom down, cerebral palsy, autisma, dan lembam. Pada masa kini, sekolah ini mempunyai 80 orang pelajar berdaftar dan dijangka akan akan bertambah sehingga 95 orang. Pelajar terdiri dari pelbagai kaum, lelaki, dan perempuan, berusia dari setahun sehingga 21 tahun.

Tujuan: 1. Membantu kanak-kanak kurang upaya di sekolah ini mencapai tahap sebaik mungkin, berupaya kendiri, dan Berjaya hidup aktif di kalangan masyarakat. 2. Menambahbaik perkembangan keupayaan kanak-kanak cacat akal. 3. Memberikan penjagaan khusus, bimbingan, latihan, dan bantu mereka mencapai tahap sebaik mungkin mengikut keupayaan masing-masing dalam pelajaran asas, bantuan kendiri, dan bermasyarakat.

4. Berkerja penuh dedikasi mengikut keupayaan murid dan kurangkan ketidakupayaan dan halangan yang membataskan pergaulan dalam masyarakat.

Lokasi: Sekolah ini terletak di No 38, Jalan Permatang Rawa Satu, Jalan Permatang Rawa, 14000, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Kalendar Sekolah: Sekolah ini mengikut calendar sekolah kerajaan. Kanak-kanak ini akan hadir ke sekolah pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dan bercuti pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Sekolah ini bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga pukul 12.30 tengahari (Hari Jumaat sehingga 11.30 pagi) dan dari pukul 2.00 petang sehingga pukul 4.00 petang iaitu sesi fisioterapi bagi yang memerlukan.

Misi Berusaha ke arah mempertingkatkan hak hak dan peluang peluang sepanjang hayat kepada kanak kanak yang mengalami kecacatan mental bagi memenuhi keperluan mereka.

Visi Menjadikan insan insan yang mengalami kecacatan mental berkedudukan sama dan setaraf dengan insan insan yang normal.

KURIKULUM SEKOLAH

Intervansi Awal: Untuk bayi dan anak-anak kecil (EIPIC). EIPIC bertujuan membantu anakanak kecil berusia dari 2 bulan hingga ke 6 tahun dan dari kalangan Sindrom Down, Lembam, Cerebral Palsy, dan berbagai keupayaan satu bantuan permulaan membantu perkembangan kanak-kanak. Ada 3 peringkat EIPIC; stimulasi bayi, latihan motor, dan pendidikan khas. Bergantung kepada tahap kanak-kanak EIPIC bertujuan membantu perkembangan motor kasar, motor halus, tanggapan kognitif, bahasa, permasyarakatan, dan kemahiran kendiri. Pada masa ini, kita ada 20 kanak-kanak berdaftar dating 3 kali seminggu untuk latihan dan rawatan.

Pembelajaran Khas: Murid-murid berumur 7 tahun hingga 16 tahun dikumpulkan mengikut umur dan minda mereka dan di beri pelajaran asas, menulis, membaca, dan mengira melalui bahasa pengantar Melayu dan Inggeris. Mereka juga di latih berdikari, kemahiran bantu kendiri, dan pelakuan sehari-hari yang perlu. Mereka di bawa keluar melawat ke tempat-tempat seperti Supermarket, pasar basah, jemputan makan tengahari/malam, dan beberapa tempat yang menarik minat mereka untuk membina kesedaran persekitaran.

Pusat Outreach Sibral Palsy: Pusat ini di adakan kerana berkerjasama dengan Sibral Palsy Pulau Pinang (Spastik) mulai 1 Oktober 2002 dengan tujuan membantu adakan pendidikan khas dan bantuan fisioterapi kepada kanak-kanak Sibral Palsy. Pusat ini mempunyai 24 orang kanakkanak yang berdaftar dan hadir 2 kali seminggu untuk rawatan. Pusat ini sedang berkembang untuk ramai lagi pelajar.

Fisioterapi/Hidroterapi: Sekolah ini mempunyai bilik fisioterapi yang lengkap dan sentiasa dikemaskini. Program ini bertujuan menjana perkembangan kemahiran motor kasar dan motor halus pada kanak-kank Sindrom Down, lewat perkembangan, dan Sibral Palsy. Perkhidmatan adalah bermula dari Program Intervansi Awal (EIP) untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun, ke program latihan motor intensif yang melebihi 6 tahun. Program ini juga di lakukan dalam kolam hidroterapi sekolah yang di bina dengan bantuan kerajaan. Ada fisioterapist terlatih untuk mengelolakan program-program tersebut

PROGRAM PROGRAM

1. PROGRAM LATIHAN VOKASIONAL/BENGKEL TERLINDING.

Program latihan vokasional untuk kanak-kanak kurang upaya di pusat ini diberikan kepada mereka yang berumur 16 tahun ke atas. Mereka ini telah tamat program pendidikan khas. Mereka ini di latih dalam kemahiran vokasional bagi membantu/memudahkan mereka mendapatkan perkerjaan atau berkerja sendiri bergantung kepada keupayaan mereka mendapatkan kemahiran yang di latihkan. Bengkel Terlindung telah dirancangkan di pusat ini sebagaimana matlamat Golfaton Amal. Bengkel ini member peluang kepada mereka untuk mempelajari sesuatu kemahiran hidup dan memperolehi kebebasan berdikari dalam kehidupan mereka di kemudian hari. Di bawah Skim Bantuan Pekerja Kurang Upaya, kalau mereka dapat berkerja dan mendapat bayaran serendah RM 30.00 sebulan, mereka akan di berikan imbuhan sara hidup sebanyak RM 300.00 sebulan. Kami amat berharap agar dapat membantu mereka yang berumur lebih 18 tahun dari pusat ini seramai mungkin, mendapat faedah dari skim ini.

2. PUSAT PROGRAM INTEGRASI DERIA.

Oleh kerana integrasi deria memainkan peranan penting dalam perkembangan pembelajaran seorang murid, maka pihak pengurusan Sekolah Sinar Harapan telah menubuhkan satu pusat program integrasi deria untuk memberikan kepelbagaian keperluan kanak-kanak kurang upaya dan mempergunakan sewajarnya keupayaan deria yang sedia ada. Matlamat program ini adalah:

1. Untuk menjana semua deria dan mengurangkan deria yang tidak upaya. 2. Memulihkan kebolehan untuk memberi perhatian dan mengekalkannya. 3. Mengurangkan perlakuan yang mencabar. 4. Untuk perkembangan emosi berkesan. 5. Untuk mengadakan suasana persekitaran yang suburkan perhubungan. 6. Untuk perkembangan keazaman diri.

7. Untuk menambah pergerakkan dengan memaksimakan ruang kegunaan sendi secara mengurangkan tone melalui urutan. 8. Untuk perkembangan kemahiran motor halus. 9. Untuk menambahbaikkan koordinasi daya tanggapan motor (koordinasi tangan dan mata).

3. PUSAT PERKEMBANGAN LISAN DAN BAHASA.

Sekolah ini sedang mencari dana untuk adakan pusat perkembangan lisan dan bahasa di bawah kelolaan seorang pakar terapi bahasa dan pengucapan lisan (Speech Therapist). Pusat ini akan memberi khidmat bukan sahaja kepada murid-murid sekolah ini malah kepada semua yang memerlukan di seluruh kawasan Seberang Perai. Kira-kira 25% hingga 30% OKU akan mendapat faedah dari program ini. Berbagai jenis masalah lisan dan bahasa mempengaruhi perkembangan perhubungan mereka. Pakar bahasa dan lisan yang dimiaksudkan akan berkerjasama dengan kanak-kanak sebegini untuk memperbaiki kemahiran mendengar, membaca, menulis, dan bahasa isyarat.

STAFF DAN PEKERJA

Sekolah ini mempunyai kakitangan yang berpengalaman, berdedikasi, dan terlatih, terdiri daripada seorang Pengetua, 10 orang guru khas, seorang fisioterapi, seorang kerani, seorang pemandu, seorang tukang masak, dan seorang pekerja khas.

Senarai nama staff Sekolah Sinar Harapan, Bukit Mertajam.

1. TN HJ ABDUL HALIM BIN HJ. OTHMAN - PENGETUA 2. MASWATI BINTI BAHARI - PEN. KANAN & GURU BAKERY 3. NOOR AZIRA BINTI HJ BAHARI - PEN. KANAN II & GURU VOKASIONAL 4. MAZLINA BT NAYAN - GURU BENGKEL BATIK 5. SHAMSHU SHUHAIDA BINTI MOHD. ALI - GURU KELAS EIP 6. MUNILAH BINTI MAT - GURU TAHAP 2 7. BISAHREN BINTI MANSOR - GURU TAHAP 2 8. NOOR SEHA BT. HJ RAIMI - GURU TAHAP 3 9. NORAINI BINTI HARUN - KERANI 10. SHOHIHANI BINTI SAAD - GURU TAHAP 1 11. UMMIQIS BINTI YUSOF - GURU TAHAP 1 12. ZAITON BINTI AHMAD - PEMBANTU AM 13. HALIM BIN JAAFAR - PEMANDU 14. MOHD. DESA BIN SAIDIN - PEMBANTU AM 15. SATHISH KUMAR A/L SADAGOBANE - FISIOTHERAPIST (INDIA) 16. EIDA HARTINI BT HARUN - JURUPULIH GERAKERJA

GAMBAR