Kemasukan Benda

7
KEMASUKAN BENDA-BENDA ASING Kemasukan benda-benda asing merupakan suatu keadaan yang boleh memberikan kesan yang amat buruk pada kesihatan badan.Kebiasaannya kemasukan benda asing ini serin berlaku pada tangan atau kaki, Mata, Telinga, Hidung, Tertelan objek dan sebagainya.Jika perkara ini berlaku pada diri seseorang, pesakit akan merasakan ketidakselesaan dan seterusnya akan berasa sakit pada tempat yang dimasuki oleh objek atau benda-benda asing.Bagi merawat pesakit yang terkena kemasukan objek atau benda-benda asing, beberapa perkara perlu diambil tindakan untuk memastikan pesakit menerima rawatan awal yang berkesan. Selumbar Selumbar adalah satu keadaan yang berlaku akibat daripada kemasukan benda-benda asing yang halus dan tajam pada jari tangan atau kaki.Kemasukan selumbar ini menyebabkan pesakit berasa sakit dan adakalanya ia menyebabkan nanah.Berikut adalah rawatan selumbar:- Rawatannya:- Cuci kawasan yang terkena selumbar itu denan air sabun dan air suam.

description

u

Transcript of Kemasukan Benda

Page 1: Kemasukan Benda

KEMASUKAN BENDA-BENDA ASING

Kemasukan benda-benda asing merupakan suatu keadaan yang

boleh memberikan kesan yang amat buruk pada kesihatan

badan.Kebiasaannya kemasukan benda asing ini serin berlaku pada

tangan atau kaki, Mata, Telinga, Hidung, Tertelan objek dan

sebagainya.Jika perkara ini berlaku pada diri seseorang, pesakit akan

merasakan ketidakselesaan dan seterusnya akan berasa sakit pada

tempat yang dimasuki oleh objek atau benda-benda asing.Bagi

merawat pesakit yang terkena kemasukan objek atau benda-benda

asing, beberapa perkara perlu diambil tindakan untuk memastikan

pesakit menerima rawatan awal yang berkesan.

Selumbar

Selumbar adalah satu keadaan yang berlaku akibat daripada

kemasukan benda-benda asing yang halus dan tajam pada jari tangan

atau kaki.Kemasukan selumbar ini menyebabkan pesakit berasa sakit

dan adakalanya ia menyebabkan nanah.Berikut adalah rawatan

selumbar:-

Rawatannya:-

Cuci kawasan yang terkena selumbar itu denan air sabun

dan air suam.

Ambil penyepit kecil dan sterilkan dengan nyalaan

api.Kemudian sejukkan penyepit itu.Jangan cuba sesekali

sentuh atau lap hujung penyepit itu dengan sebarang

benda.

Page 2: Kemasukan Benda

Kepit selumbar tersebut sehampir yang mungkin pada

kulit.Tarik keluar selumbar tersebut mengikut arah masuk

selumbar pada kulit.

Apabila selumbar tersebut sudah dikeluarkan, picit luka

untuk mengeluarkan sedikit darah.Cara ini dapat mencuci

keluar kotoran di dalamnya.Cuci kawasan selumbar tadi

sekali lagi dan lapkan serta balutkan dengan plaster.

Jika selumbar itu sukar dikeluar atau selumbar tersebut

patah, segera bawa pesakit ke Hospital.

Mata

Mata merupakan salah satu daripada pancaindera yang amat

berharga dan penting dalam kehidupan.Namun mata juga merupakan

organ yang amat sensitive dan mudah cedera atau rosak jika ia tidak

di jaga dengan sebaik yang mungkin.Terutamanya apabila organ mata

dimasuki oleh objek atau benda-benda asing sama ada habuk,

serangga kecil, dan lain-lain lagi.Jika berlaku situasi begini, rawatan

yang boleh dilakukan ialah:-

Rawatannya:-

Jangan cuba sesekali menyentuh atau mengeluarkan

sebarang bendasing yang masuk ke dalam mata.

Suruh pesakit duduk menghadap lampu atau cahaya dan

bukakan kelopak matanya.

Minta pesakit menggerakkan matanya ke arah kanan,

kiri, atas dan bawah.Periksa semua bahagian mata.

Jika terdapat bendasing, bersihkan ia dengan

menggunakan air yang banyak.Miringkan kepala pesakit

dan tuangkan air di sedut sebelah dalam mata.

Page 3: Kemasukan Benda

Boleh juga menggunakan kapas kesat atau sapu tangan

yang lembap untuk mengeluarkan bendasing tersebut.

Sekiranya bendasing itu berada di bawah kelopak mata,

minta pesakit sendiri mengeluarkan sendiri dengan

mengankat kelopak mata sebelah atas danmengejip-

ngejipkannya dengan kelopak mata sebelah bawah.

Jika bendasing tersebut tidak dikeluarkan, tutp mata

pesakit yang tercedera dengan pad atau pembalut

supaya terdapat tekanan lembut pada mata itu.

Kemudian balut kedua-dua belah mata untuk

mengelakkan pergerakan pada mata yang

tercedera.Tenangkan mangsa dan bawa pesakit ke

Hopital untuk rawatan yang lebih lanjut.

Telinga

Telinga merupakan satu alat pendengaran yang perlu dijagai dan

dipelihara dengan baik.Sebarang kecederaan pada telinga akan

mengakibatkan kecederaan yang kekal.Jika telinga dimasuki oleh

bendasing atau objek, pesakit perlu menerima rawatan seperti

berikut:-

Rawatan bagi Kemasukan objek:-

Jika terdapat objek keras yang tersangkut dalam telinga,

biasanya pesakit akan menjadi pekak sementara dan ia

juga boleh menyebabkan kerosakan pada gegendang

telinga.

Sekiranya telinga dimasuki objek, tenangkan pesakit dan

Tanya apakah objek yang telah memasuki telinga

pesakit.

Page 4: Kemasukan Benda

Jangan sesekali cuba mengeluarkan objek tersebut dan

bawa pesakit ke Hspital dengan segera.

Rawatan bagi kemasukan Serangga:-

Tenangkan pesakit supaya ia tidak berasa cemas

Minta pesakit duduk dan pegang kepala pesakit dengan

keadaan telinganya menghala ke atas.

Tuangkan air suam-suam kuku perlahan-lahan ke

adalam telinganya supaya serengga itu terapung keluar.

Jika serangga tersebut sukar dikeluarkan, bawa pesakit

ke hospital dengan segera

Hidung

Hidung juga merupakan satu dari pada pancaindera kurniaan

Tuhan.Hidung digunakan untuk menghidu namun jika ia tidak

dipelihara dengan baik maka ia mudah untuk tercedera atau dimasuki

sebarang objek.Bagi merawat hidung yang dimasuki bendasing

antaranya ialah:-

Rawatannya:-

Kenalpasti terlebih dahulu bendasing yang memasuki

hidung.

Jika bendasing memasuki hidung biasanya pesakit sukar

bernafas atau nefasnya akan berbunyi bising.Adakalnya

hidung akan bengkak.kadang-kala bau yang busuk dan

lelehan darah keluar menunjukkan objek itu telah

berada agak lama di dalam hidung.

Page 5: Kemasukan Benda

Jika situasi ini berlaku, cuba tenangkan pesakit dan bawa

pesakit ke hospital untuk rawatan yang lebih lanjut.

Tertelan Objek

Rawatannya:-

Cuba ketahui objek yang telah ditelan oleh pesakit.

Jika objek itu kecil dan licin seperti kerakal atau duit

syiling, maka ia tidaklah terlalu bahaya dan keluarkan

objek tersebut dengan perlahan-lahan.

Jika objek tersebut tajam dan besar, jangan berikan

pesakit minum atau makan.

Bawa pesakit ke hospital untuk mendapat rawatan yang

selanjutnya.

Tersedut Bendasing

Objek yang kecil dan licin boleh melungsur masuk ke dalam

saluran udara.Kacang tanah amat merbahaya pada pesaki kerana ia

boleh disedut ke dalam paru-paru.Biasanya pesakit akan batuk dengan

teruknya.

Rawatannya:-

Tiarapkan pesakit di atas reba dan tepuk belakangnya

dengan kuat sebanyak lima kali di antara tulang belikat.

Page 6: Kemasukan Benda

Jika pesakit masih tercekik dan sukar untuk bernafas,

bawa pesakit ke hospital.