Kembalilah

2
Kembalilah “Kiamat sudah dekat…” Ianya belum berlaku sedangkan ia pasti akan berlaku. Sebenarnya tanda kiamat terbesar sudah lama berlaku sejak kira- kira 1400 tahun dahulu lagi. Tanda itu ialah pengutusan Muhammad bin Abdullah sebagai nabi terakhir. Sabda Baginda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Aku diutus dan hari kiamat seperti jari ini dan ini.” Baginda berkata sambil mendekatkan jari telunjik dengan jari tengahnya. (Riwayat al- Bukhari dan Muslim). Jelaslah disini bahawa kiamat sudah tidak lama lagi akan berlaku tambahan pula tanda-tanda kecilnya juga sudah hampir lengkap. Muhasabah Kita sudah tahu bahawa tanda- tanda kecil kiamat juga sudah hampir lengkap, namun apakah langkah persediaan bagi menghadapinya? Tidak perlulah ditujukan kepada orang lain. Lihat pada diri kita sendiri. Sudahkah kita telah

Transcript of Kembalilah

Page 1: Kembalilah

Kembalilah

“Kiamat sudah dekat…” Ianya belum berlaku sedangkan ia pasti akan berlaku. Sebenarnya tanda kiamat terbesar sudah lama berlaku sejak kira-kira 1400 tahun dahulu lagi. Tanda itu ialah pengutusan Muhammad bin Abdullah sebagai nabi terakhir. Sabda Baginda

Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Aku diutus dan hari kiamat seperti jari ini dan ini.” Baginda berkata sambil mendekatkan jari telunjik dengan jari tengahnya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Jelaslah disini bahawa kiamat sudah tidak lama lagi akan berlaku tambahan pula tanda-tanda kecilnya juga sudah hampir lengkap.

Muhasabah

Kita sudah tahu bahawa tanda-tanda kecil kiamat juga sudah hampir lengkap, namun apakah langkah persediaan bagi menghadapinya? Tidak perlulah ditujukan kepada orang lain. Lihat pada diri kita sendiri. Sudahkah kita telah menunaikan segala amalan fardu seperti Solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan (iaitu menahan nafsu perut, mata, mulut dan sewaktu dengannya), berzakat dan berniat serta berusaha untuk menunaikan Ibadah Haji.Bagaimana dengan yang lain? Bagaimana pula dengan ilmu akhirat yang merangkumi akidah dan fiqh? Sudahkah kita menguasainya sedangkan ia

Wajib. Cukupkah sahaja sekadar dengan ilmu dunia?

Page 2: Kembalilah

Tidak. Dunia ini sementara sahaja. Jika dibandingkan dengan akhirat yang kekal, maka akhiratlah yang lebih penting.

Juteru, marilah kita kembali sebelum pintu taubat tertutup, ilmu diangkat dan nyawa kita diambil oleh Allah SWT.

Kembalilah semula ke jalan Allah sebelum segala-galanya terlambat. Ambillah peluang terakhir ini untuk bertaubat, berdamping dengan ulama-ulama dan memperbanyakkan amal soleh. Tinggalkanlah segala dosa kerana dosa ini boleh menyebabkan hati menjadi keras dan sukar untuk menerima kebenaran. Mudahlah ia terpesong daripda jalan Allah.Di saat dunia yang semakin huru-hara ini teringat pula pada satu hadis ini, daripada Ma’qil bin Yasar ra. Berkata: Rasulullah saw bersabda: “

Beribadat di saat-saat huru-hara (dunia kacau bilau) adalah seperti berhijrah kepadaku”. Mudah-mudahan kita termasuk dalam kalangan mereka yang disebutkan oleh Rasulullah ini. Amin…