Kembara Amira

21
MUAZZAH RAIHANA WAHEEDA NUR IZZAH FARZANA AFIQAH AMANINA WATAK & PERWATAKAN KEMBARA AMIRA

description

nota kembara amira

Transcript of Kembara Amira

MUAZZAH RAIHANA WAHEEDANUR IZZAH FARZANAAFIQAHAMANINA

WATAK & PERWATAKAN

KEMBARA AMIRA

AMIRAWATAK» Anak kepada Profesor Zaidah, pensyarah

arkeologi di sebuah universiti.» Bapanya seorang jurutera komputer di

sebuah syarikat multinasional.» Mudah mesra dengan sesiapa sahaja, tegas

dalam segala hal, lasak, pintar, dan manja.

PERWATAKAN» Seorang yang berani. Contohnya Amira berani

mengikut Itai untuk mendaki Gunung Gua Gajah walaupun berbahaya.

» Seorang yang penyayang. Contohnya Amira amat menyayangi Jacinta dan dia menangis apabila Jacinta tidak sedarkan diri kerana sesat di hutan.

» Seorang yang mudah mesra. Contohnya Amira cepat menyesuaikan diri bersama pelajar-pelajar ibunya.

» Seorang yang penyabar. Contohnya Amira sabar dalam usaha menjalankan kerja lapangan yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

JACINTA

WATAKo Berkulit cerah.o Berbangsa Cina.o Rakan sebilik Amira di sekolah swasta.o Anak seorang jutawan.o Telah kematian ibunya empat tahun lalu.

PERWATAKANo Seorang yang memendam rasa. Contohnya

Jacinta tidak berpuas hati dengan ayahnya yang berkahwin lain tetapi Jacinta tidak cuba untuk berterus terang.

o Seorang yang sensitif. Contohnya Jacinta cepat merajuk apabila isu keluarganya diungkit.

o Seorang sahabat yang setia. Contohnya Jacinta sentiasa bersama-sama dan menemani Amira dalam apa-apa jua keadaan.

PROFESSOR

ZAIDAHWATAKWanita pertengahan usiaIbu kepada AmiraPensyarah universitiMeminati bidang arkeologi

PERWATAKANSeorang yang penyayang contohnya, sebagai ibu, Prof.

Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.

Seorang yang tegas. Contohnya sebagai pengarah projek di Desa Karpus, Prof Zaidah tegas dalam memberi arahan kepada setiap gerak kerja yang akan dilakukan.

Seorang yang tidak mudah berputus asa. Contohnya, Walaupun Prof Zaidah dihujani dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti keretanya pernah disabotaj sehingga terbabas, namun beliau bertegas untuk meneruskan projek cari gali tersebut.

ITAIWATAK Berkulit gelap. Berbadan tegap. Anak orang asli yang bersekolah di bandar. Anak kepada Tau. Bakal ketua kampung.

PERWATAKAN Seorang yang tahu selok- belok hutan. Contohnya setelah

belajar daripada Tau, akhirnya Itai berjaya mengenal selok -belok hutan. Sebagai contoh, dia berjaya menyelamatkan Amira daripada dihanyutkan oleh arus deras.

Seorang yang prihatin. Contohnya apabila mengetahui Jacinta mahu memiliki batu Kuartza seperti Amira, Itai berusaha memujuk Jacinta dengan mendapatkan emas untuk dijadikan loket.

Seorang yang berani. Contohnya, Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli.

Seorang yang mempunyai keistimewaan deria keenam. Contohnya Itai dianugerahkan kelebihan deria keenam iaitu dapat mengenali tapak kaki, meneka jantina berdasarkan tapak kaki dan boleh menghidu bau yang dibawa oleh angin.

TAUWATAKSeorang yang tinggi lampai.Berbadan tegap.Bapa kepada Malique dan Itai.Bekas suami kepada Ipah (Jennifer).Adik kepada Ludin.

PERWATAKANSeorang yang bersifat prejudis. Contohnya,

Tau tidak menyenangi kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya walaupun tanpa mengetahui tujuan mereka.

Seorang yang sanggup berkorban. Contohnya Tau sanggup menggantikan abangnya Ludin untuk berkahwin dengan Ipah agar abangnya dapat menjadi ketua kampung.

MALIQUE/SABI

WATAKBerkulit gelap.Berambut kasar.Anak Tau dengan Ipah.Abang kepada Itai.

PERWATAKAN• Seorang yang mahir dalam bidang IT. Contohnya,

O’hara menyuruh Malique menyiapkan laporan menggunakan kemahiran IT yang dimilikinya.

• Seorang yang mencintai alam sekitar. Contohnya, Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.

• Seorang yang bersopan-santun. Contohnya, semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang beradap telah menambat hati Prof. Zaidah.

JENNIFER

WATAK• Jennifer/ Ipah/ Samantha(bayi)• Ibu kandung kepada Malique(Sabi) dan Itai• Bekas isteri kepada Tau• Berambut perang dan bermata biru

PERWATAKAN• Seorang yang penyayang. Jennifer amat

menyayangi anaknya. Beliau sanggup pulang ke Bukit Mat Raya setelah mendapat berita tentang kehilagan anaknya, Malique(Sabi), walaupun tempat tersebut banyak menyimpan sejarah silam yang menyakitkan buat dirinya

LUDIN

WATAK Ketua kampung orang Asli Abang kepada Tau

PERWATAKANMahir dalam rawatan herba.Merawat tangan kiri Profesor Zaidah yang cedera akibat kemalangan pacuan empat roda yang terjunam ke sungai

JOHN O’ HARA

WATAK, PERWATAKAN• Abang ipar kepada Ipah atau Jennifer, iaitu adik

kepada Johnny• Penilai kandungan emas sebuah syarikat di Pulau

Pinang• Pernah bekerja sebagai buruh di lombong opal,

Australia• Gigih berusaha sehingga berjaya mencari pelabur

untuk membuka lombong emas.

DR ZAWAWI

PERWATAKAN• Pendiam / kelakar / suka bercandaDr Zawawi yang pendiam tiba-tiba memulakan usik-mengusik tentang aroma dan keenakan daging rusa panggang yang dihidangkan kepada warga Desa Karpus. Dr Zawawi hendak menyakat Amira dan JC, tetapi akhirnya dia sendiri yang terkena.• Bijak / panjang akalDr Zawawi cuba menenangkan kegelisahan peserta perkhemahan tentang bunyi pelik dan bau keretek semasa berkawal pada waktu malam. Dr Zawawi membuat andaian Pak Lias yang menghisap keretek itu (walhal perbuatan Tau - bab kemudian).

PAK ALIAS

• Merupakan pemandu kakitangan universiti yang sudah 15 tahun bekerja dengan Professor Zaidah.

ROSLAN

Pemandu pacuan empat roda O'Hara. Roslan, bekas pemandu lori balak yang sangat berpengalaman melepasi laluan curam dan licin. Roslan penyayang (tidak sanggup berjauhan dengan ibunya). Roslan suka menolong.

AH CHIN

Ketua cari gali emas yang paling dipercayai John O’ Hara. Ah Chin sangat tegas mengawal pekerja yang berkelakuan kasar dan suka mengambil kesempatan ketika ketiadaannya.