KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB...

86
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Transcript of KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB...

Page 1: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Page 2: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan
Page 3: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

2016

Page 4: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

ii

Terbitan 2017 © Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana

bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang

bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik,

fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat

kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan

Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,

Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 Putrajaya, MALAYSIA.

Terbitan: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya

Page 5: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL v

SENARAI RAJAH vi

RUKUN NEGARA vii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN viii

KURIKULUM KEBANGSAAN ix

PENDIDIKAN PRASEKOLAH x

KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

xi

KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

xii

BAB 1 TRANSFORMASI KURIKULUM

1.1 Latar Belakang 3

1.2 Teras Pembangunan Kurikulum 7

1.3 Prinsip Kurikulum Prasekolah 8

BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM

2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13

2.2 Kurikulum Berasaskan Standard 16

2.3 Fokus Kurikulum 17

2.4 Organisasi Kurikulum 17

BAB 3 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI 25

BAB 4 ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 33

Page 6: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

iv

BAB 5

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

5.1 Prinsip Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

41

5.2 Pelbagai Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

42

BAB 6

PENTAKSIRAN SEKOLAH

6.1 Tujuan Pentaksiran 55

6.2 Prinsip Pelaksanaan Pentaksiran 56

6.3 Kepentingan Pentaksiran 57

6.4 Merekod Dan Melapor Pentaksiran 58

BAB 7

PENGURUSAN KURIKULUM

7.1 Perancangan 61

7.2 Pelaksanaan 62

7.3 Pemantauan Pelaksanaan Kurikulum 66

PENUTUP 68

RUJUKAN 70

Page 7: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

SENARAI JADUAL

Bil Tajuk

1. Jadual 1: Perbandingan KSPK dengan KSPK Semakan 2017

2. Jadual 2: Definisi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi

3. Jadual 3: Peruntukan Waktu di Prasekolah

4. Jadual 4: Komponen Pembelajaran Bersepadu di Kelas Prasekolah Pendidikan Khas

5. Jadual 5: Tahap Pemikiran

6. Jadual 6: Profil Murid

7. Jadual 7: Pernyataan Tahap Penguasaan Umum

v

Page 8: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

vi

SENARAI RAJAH

Bil Tajuk

1. Rajah 1: ABP yang Perlu Dipertimbangkan Guru untuk Pelaksanaan PdP

2. Rajah 2: Reka Bentuk KSPK

3. Rajah 3: Struktur Pengurusan Kurikulum Prasekolah

4. Rajah 4: Peranan Pengarah/Pengetua/Guru Besar/Pengelola

5. Rajah 5: Peranan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum

6. Rajah 6: Peranan dan Tanggungjawab Guru Prasekolah

7. Rajah 7: Peranan dan Tanggungjawab Pembantu Pengurusan Murid

8. Rajah 8: Struktur Jawatankuasa Kurikulum Prasekolah

Page 9: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran negara akan dapat

dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang

kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan

teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan

atas prinsip-prinsip berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

vii

Page 10: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

viii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian

dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]

Page 11: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

KURIKULUM KEBANGSAAN

3. Kurikulum Kebangsaan

(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang

termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi

semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan

dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang

murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan

emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral

yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997

[PU(A)531/97]

ix

Page 12: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

x

PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Tafsiran

Seksyen 2.

“pendidikan prasekolah” ertinya program pendidikan bagi murid yang

berumur empat hingga enam tahun;

“tadika“ ertinya mana-mana tempat di mana pendidikan prasekolah

disediakan untuk sepuluh orang murid atau lebih;

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh

semua tadika.

Seksyen 22.

(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum, yang dikenali

sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan

oleh semua tadika dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

(2) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan di bawah

Subseksyen (1) hendaklah menyatakan pengetahuan, kemahiran dan

nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid pada akhir tempoh

pendidikan prasekolah masing-masing.

(3) Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa-apa

kurikulum sebagai tambahan kepada Kurikulum Prasekolah

Kebangsaan hendaklah, sebelum melaksanakan kurikulum tambahan

sedemikian, mendapatkan kelulusan bertulis Ketua Pendaftar tentang

maksud itu mengikut cara yang ditetapkan.

Sumber: Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]

Page 13: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

KATA ALU-ALUAN

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Salam sejahtera dan salam sehati sejiwa.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 mengupayakan pelaksanaan transformasi sistem pendidikan kebangsaan secara menyeluruh. Pelan pembangunan ini akan terus menterjemahkan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang merencanakan pendidikan seimbang sebagai asas untuk mencapai aspirasi murid. Terdapat 6 aspirasi murid yang ditekankan dalam PPPM 2013-2025 iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Dalam usaha melengkapi PPPM 2013-2025 ini Kementerian Pendidikan Malaysia mencadangkan penggubalan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) (Semakan 2017) untuk pelaksanaan mulai tahun 2017. KSPK (Semakan 2017) untuk pelaksanaan mulai tahun 2017 telah memasukkan perkara baharu seperti penambahbaikan kandungan mengikut trend global dan tanda aras antarabangsa, pendekatan pembelajaran mendalam, kontekstual dan berkesan serta perkembangan pembelajaran murid ditaksir secara berterusan.

Perancangan dan pelaksanaan yang sistematik dan bersepadu dapat menjamin kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan KSPK (Semakan 2017). Pemantauan dan penilaian secara berterusan menuntut semua pihak berkaitan dalam sektor pendidikan menggembleng usaha dan peranan bagi mencapai matlamat yang dihasratkan. Justeru, semua pihak yang berkepentingan dalam pendidikan dituntut memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan retorik yang terkandung dalam KSPK (Semakan 2017) mencapai outcome yang ditetapkan.

Wassalam.

YBhg. TAN SRI Dr. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF

xi

Page 14: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

xii

KATA ALU-ALUAN

Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

Salam sejahtera dan salam sehati sejiwa.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) pada tahun 2010. Dalam tempoh pelaksanaan KSPK, terdapat beberapa penambahbaikan dan pengukuhan yang perlu diselarikan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 serta untuk memastikan kesinambungan dengan pendidikan di sekolah rendah.

Sehubungan dengan itu, KSPK (Semakan 2017) digubal bagi memastikan murid prasekolah dibekalkan dengan ilmu yang relevan dengan kehendak semasa dan akan datang supaya mereka bersedia untuk mengikuti pembelajaran seterusnya. KSPK (Semakan 2017) digubal dalam bentuk pernyataan standard iaitu pernyataan yang menetapkan kompetensi tertentu yang murid perlu kuasai pada suatu tempoh persekolahan. Tiga standard yang perlu dicapai oleh murid ialah standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi yang disediakan bagi setiap peringkat.

Dokumen ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkaitan KSPK (Semakan 2017). Kandungan dokumen ini merangkumi kerangka kurikulum, bidang pembelajaran, elemen merentas kurikulum dan pelaksanaan kurikulum bagi membantu guru-guru khasnya, dan masyarakat amnya untuk memahami KSPK (Semakan 2017).

Akhirnya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menyumbangkan buah fikiran dan tenaga sehingga dokumen ini dapat diterbitkan. Semoga dokumen ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan dalam melaksanakan KSPK (Semakan 2017) secara berkesan dan menepati aspirasi pendidikan negara.

Wassalam.

Dr. SARIAH BINTI ABD JALIL

Page 15: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

TRANSFORMASI KURIKULUM

Page 16: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

2

Page 17: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

3

TRANSFORMASI KURIKULUM

1.1 Latar Belakang

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengkonsepsikan

kurikulum persekolahan peringkat prasekolah dan rendah berdasarkan

syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri

Bil. 6/2008 pada 23 Mei 2008. Konsep kurikulum ini telah mendapat

kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil. 3/2009 pada

2 Oktober 2009 dan dinamakan Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan (KSPK). KSPK disediakan untuk semua prasekolah dalam

sistem pendidikan di Malaysia.

KSPK yang dilaksanakan pada tahun 2010 telah disemak semula bagi

memenuhi tuntutan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan keperluan semasa.

Penyemakan ini dilakukan bagi memastikan kualiti kurikulum yang

dilaksanakan di prasekolah setanding dengan standard antarabangsa.

KSPK (Semakan 2017) telah mendapat kelulusan Mesyuarat

Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan Bil. 2/2015 pada 9 Jun 2015 dan

Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan kali ke-208 pada

21 September 2015 untuk pelaksanaan pada 2017.

Transformasi kurikulum dilaksanakan untuk menambah baik program

pembelajaran bagi meningkatkan keberhasilan murid seperti yang

disyorkan dalam PPPM 2013-2025. Enam aspirasi murid yang

dihasratkan dalam PPPM 2013-2025 iaitu pengetahuan, kemahiran

1 BAB

Page 18: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

4

berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan

kerohanian serta identiti nasional. Kurikulum Kebangsaan perlu

menggabungkan amalan terbaik antarabangsa dan mencapai standard

bagi membentuk murid yang mampu membuat keputusan dan

menyelesai masalah serta bersedia untuk menghadapi cabaran.

Transformasi yang dilakukan merangkumi aspek kurikulum iaitu

kandungan, pedagogi dan pentaksiran seperti berikut:

Kandungan ditambah baik mengikut trend global dan tanda aras

antarabangsa bagi memastikan murid dibekalkan dengan

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan

semasa untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Sehubungan

dengan itu, melalui pendidikan prasekolah, Kemahiran Berfikir

Aras Tinggi (KBAT) diterapkan dalam penulisan kurikulum. Selain

itu, aktiviti di luar bilik darjah dan Pendidikan Kewarganegaraan

Global turut ditekankan dalam kurikulum prasekolah.

Pedagogi menekankan kepada pendekatan pembelajaran

mendalam, kontekstual dan berkesan. Fokus diberikan kepada

strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang

menyeronokkan, berpusatkan kanak-kanak dan aktiviti PdP yang

memerlukan mereka menyelesaikan masalah dan membuat

keputusan termasuk penggunaan pusat pembelajaran.

Page 19: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

5

Pentaksiran dilaksanakan secara sistematik dan berterusan untuk

mendapatkan maklumat tentang tahap perkembangan murid.

Penulisan standard prestasi dalam dokumen kurikulum adalah

bagi memastikan guru melaksanakan pentaksiran dengan merujuk

kepada satu dokumen kurikulum. Perkembangan murid direkod

dan dilaporkan secara deskriptif kepada murid dan ibu bapa.

Penambahbaikan dibuat terhadap kurikulum prasekolah sedia ada dan

perbandingan KSPK dengan KSPK (Semakan 2017) ini diperjelaskan

dalam Jadual 1.

Page 20: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

Jadual 1: Perbandingan KSPK dengan KSPK (Semakan 2017)

ASPEK KSPK KSPK (Semakan 2017)

Reka Bentuk Kurikulum

Berasaskan standard:

Kandungan

Pembelajaran

Berasaskan standard:

Kandungan

Pembelajaran

Prestasi

Dokumen Kurikulum

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017)

Peruntukan Masa

Mengikut minit seminggu

Peruntukan masa seminggu:

- BM, BI, BC dan BT : 90 minit

- Aktiviti luar: 80 minit

- Modul bertema: 430 minit (SK) dan

340 minit (SJK)

Mengikut minit seminggu

Peruntukan masa seminggu:

- BM, BI, BC dan BT: 60 minit

- Aktiviti luar: 120 minit

- Pembelajaran bersepadu: 800 minit (SK)

dan 740 minit (SJK)

Penekanan Strategi PdP

Pendekatan bertema Pendekatan bertema

Pendekatan berasaskan projek

PdP di pusat pembelajaran

Page 21: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

7

1.2 Teras Pembangunan Kurikulum

Model Baru Ekonomi (MBE), Program Transformasi Ekonomi dan

Program Transformasi Kerajaan menjadi asas perkembangan ekonomi

dan pembangunan negara. Dalam usaha memastikan sistem

pendidikan negara berfungsi secara berkesan untuk menjayakan misi

negara, PPPM 2013 – 2025 telah dirangka dan dilancarkan pada

6 September 2013. Pelan ini memberi tumpuan kepada pembelajaran

dan keberhasilan murid dengan menyasarkan pembangunan murid yang

memiliki enam ciri iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran

memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti

nasional untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global. Ciri-

ciri ini sangat penting dalam memastikan kemenjadian murid bagi

menghadapi cabaran abad ke-21, selain membolehkan mereka memberi

sumbangan yang bermakna kepada keluarga, masyarakat dan negara.

KSPK (Semakan 2017) mengambil kira aspirasi murid yang dihasratkan

dalam PPPM 2013 – 2025 bagi memenuhi keperluan negara.

Pelaksanaan KSPK (Semakan 2017) memastikan setiap murid mampu

menghadapi cabaran, menyelesaikan masalah, berkeinginan untuk

belajar dan bersedia untuk pembelajaran seterusnya. Selain daripada

itu, murid dibentuk menjadi rakyat yang cintakan negara dan berbangga

sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau status

sosioekonomi. Murid juga dipupuk dengan semangat patriotisme serta

diajar memahami, menerima dan menghayati kepelbagaian.

Kurikulum prasekolah digubal dengan hasrat untuk melahirkan insan

yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Perkara ini

Page 22: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

8

direalisasikan melalui enam tunjang iaitu Tunjang Komunikasi, Tunjang

Sains dan Teknologi, Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika,

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai, Tunjang Keterampilan Diri dan

Tunjang Kemanusiaan.

1.3 Prinsip Kurikulum Prasekolah

KSPK (Semakan 2017) digubal berdasarkan empat prinsip seperti yang

berikut:

a) Perkembangan Secara Menyeluruh, Seimbang Dan Bersepadu

Kurikulum digubal untuk memastikan semua disiplin ilmu

berperanan untuk memenuhi keperluan jasmani, emosi, rohani,

intelek, dan sosial seorang murid. Semua keperluan ini penting

untuk perkembangan potensi murid secara menyeluruh. Misalnya,

perkembangan potensi intelek, rohani dan jasmani dalam

permainan perlu disepadukan supaya murid memperoleh

pengetahuan dan kemahiran untuk bermain dengan cara yang

betul, cekap dan tangkas serta mempunyai semangat kerjasama

dan kekitaan.

b) Amalan Bersesuaian Dengan Perkembangan Kanak-Kanak

Amalan Bersesuaian Dengan Perkembangan Kanak-Kanak (ABP)

menekankan kepada penggunaan kaedah PdP yang bersesuaian

dengan umur, individu serta sosial dan budaya murid seperti yang

ditunjukkan dalam Rajah 1.

Page 23: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

9

Rajah 1: ABP yang Perlu Dipertimbangkan Guru untuk Pelaksanaan PdP

ABP dalam PdP dapat membantu meningkatkan perkembangan

murid dari aspek berikut:

(i) Kecekapan berbahasa dan berkomunikasi

(ii) Kemahiran berfikir

(iii) Akhlak mulia dan beretika

(iv) Keyakinan dan berdisiplin

(v) Tubuh badan sihat dan cergas

(vi) Pemikiran imaginatif, kreatif dan ekspresif

c) Pembelajaran Yang Menyeronokkan Dan Bermakna

Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi

kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu melalui

persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta

aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Pembelajaran

yang menyeronokkan dan bermakna memberi penekanan kepada

pengalaman sedia ada murid, pelibatan secara aktif, persekitaran

yang menyuburkan dan pelbagai strategi PdP.

ABP

KESESUAIAN INDIVIDU

Berdasarkan kepada pemahaman, pola pertumbuhan, kekuatan, minat

dan pengalaman murid

KESESUAIAN SOSIAL & BUDAYA

Berdasarkan pengalaman pembelajaran yang sesuai,

relevan dan bermakna

KESESUAIAN UMUR

Berdasarkan pengetahuan dan perkembangan murid

Page 24: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

10

d) Pendidikan Sepanjang Hayat

Pendidikan merupakan suatu usaha yang berterusan bermula sejak

seseorang individu dilahirkan. Seseorang individu perlu dirangsang

untuk mengikuti pendidikan sejak awal lagi. Di Malaysia, pendidikan

prasekolah disediakan untuk kanak-kanak mendapat pendidikan

awal sebelum mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah.

Pendidikan prasekolah menyediakan murid bagi memperolehi

konsep dan kemahiran asas. Murid yang mengikuti pendidikan di

prasekolah mampu menghadapi cabaran, menyelesaikan masalah,

berkeinginan untuk belajar dan bersedia untuk pembelajaran

seterusnya.

Page 25: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

11

REKA BENTUK KURIKULUM

Page 26: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

12

Page 27: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

13

REKA BENTUK KURIKULUM

REKA BENTUK

KURIKULUM

2.1 Reka Bentuk Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

(Semakan 2017)

Reka bentuk KSPK yang disemak semula masih berasaskan

kesepaduan enam tunjang bagi membentuk murid yang berfikiran kritis

dan kreatif, serta inovatif yang akhirnya akan melahirkan insan yang

seimbang dalam semua aspek. Enam tunjang dizahirkan untuk mewakili

bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada

pembangunan modal insan.

Kesepaduan antara tunjang diambil kira di peringkat penggubalan

kurikulum dan perlu dijelmakan semasa pelaksanaan kurikulum.

Tunjang-tunjang tersebut ialah komunikasi, perkembangan fizikal dan

estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta

kerohanian, sikap dan nilai seperti dalam Rajah 2.

2 BAB

Page 28: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

14

Rajah 2: Reka Bentuk KSPK

a) Tunjang Komunikasi

Memberi penekanan kepada kemahiran berbahasa dalam bentuk

lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini

mengandungi disiplin ilmu bahasa yang wajib dipelajari oleh semua

murid prasekolah iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bagi

murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil, mereka wajib

mempelajari Bahasa Cina/Bahasa Tamil.

b) Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika

Memberi penekanan kepada perkembangan jasmani dan penjagaan

kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi,

kreativiti, bakat dan apresiasi terhadap karya seni. Tunjang ini

Page 29: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

15

melibatkan komponen Perkembangan Fizikal dan Penjagaan

Kesihatan; serta Kreativiti dan Estetika.

c) Tunjang Kemanusiaan

Tunjang Kemanusiaan menekankan kepada penguasaan ilmu dan

amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara

dan global serta penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan.

d) Tunjang Keterampilan Diri

Tunjang Keterampilan Diri memberi penekanan kepada

perkembangan sosioemosi dan pembinaan kemahiran berinteraksi

serta kemahiran sosial dalam kalangan murid. Pemupukan

kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan

kokurikulum juga ditekankan dalam tunjang ini.

e) Tunjang Sains dan Teknologi

Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada

pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik; serta

pengetahuan dan kemahiran matematik. Disiplin ilmu yang

terkandung dalam tunjang ini ialah Sains Awal dan Matematik Awal.

f) Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada

bidang pembelajaran yang berfokus kepada penghayatan amalan

agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Disiplin ilmu dalam tunjang ini

merangkumi Pendidikan Islam bagi murid Islam dan Pendidikan

Moral bagi murid bukan beragama Islam.

Page 30: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

16

2.2 Kurikulum Berasaskan Standard

KSPK digubal dalam bentuk pernyataan standard bagi membolehkan

semua murid memperoleh pendidikan yang sama dan berkualiti.

Akauntabiliti pentadbir dan guru dapat memastikan semua murid

melepasi piawaian standard yang ditetapkan bagi setiap tunjang.

Pernyataan standard terdiri daripada Standard Kandungan dan

Standard Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu

tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan, Standard

Pembelajaran dan Standard Prestasi didefinisikan seperti di Jadual 2.

Jadual 2: Definisi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Standard Prestasi

Penyataan spesifik

tentang perkara yang

murid patut ketahui

dan boleh lakukan

dalam suatu tempoh

persekolahan

merangkumi aspek

pengetahuan,

kemahiran dan nilai.

Satu penetapan

kriteria atau

petunjuk (indicator)

kualiti

pembelajaran dan

pencapaian yang

boleh diukur bagi

setiap standard

kandungan.

Satu set kriteria

yang menunjukkan

tahap-tahap

penguasaan murid

sebagai petunjuk

bahawa sesuatu

perkara itu telah

dikuasai.

Page 31: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

17

2.3 Fokus Kurikulum

KSPK (Semakan 2017) memastikan murid mencapai Standard

Pembelajaran yang ditetapkan. Ia memberi fokus kepada penyuburan

potensi individu yang menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek,

rohani, emosi dan jasmani. Potensi individu ini adalah untuk melahirkan

murid yang mempunyai kebolehan berkomunikasi dan bersosialisasi

dengan yakin. Di samping itu, kurikulum ini juga menghasratkan murid

yang mampu menghadapi cabaran, menyelesaikan masalah,

berkeinginan untuk belajar dan bersedia untuk pembelajaran

seterusnya.

2.4 Organisasi Kurikulum

KSPK (Semakan 2017) diorganisasikan dalam bentuk bidang

pembelajaran yang mempunyai peruntukan waktu khas dan

Pembelajaran Bersepadu. Bidang pembelajaran yang mempunyai

peruntukan waktu khas ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa

Cina, Bahasa Tamil, Matematik Awal, Aktiviti Luar dan Pendidikan

Islam/Pendidikan Moral. Manakala, Pembelajaran Bersepadu terdiri

daripada aktiviti rutin (Perbualan Awal, Rehat dan Aktiviti Penutup) dan

Aktiviti Pembelajaran.

Peruntukan waktu khas bagi komponen bahasa dan matematik

bertujuan untuk murid menguasai kemahiran asas bahasa dan

matematik. Manakala peruntukan masa khas bagi Aktiviti Luar adalah

untuk membina kecergasan dan merangsang kecerdasan murid selain

memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meneroka

Page 32: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

18

persekitaran. Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral juga diberi

peruntukan waktu khas selaras dengan peruntukkan dalam Seksyen 50

Akta Pendidikan 1996 [Akta 550].

Peruntukan masa PdP di kelas prasekolah hendaklah dipatuhi dan

dilaksanakan seperti yang berikut:

(i) Tadika termasuk kelas prasekolah pendidikan khas hendaklah

dijalankan sekurang-kurangnya 240 minit sehari (termasuk masa

rehat), iaitu sejumlah 1,200 minit seminggu untuk murid-murid yang

berumur 5+ tahun.

(ii) Tadika termasuk kelas prasekolah pendidikan khas hendaklah

dijalankan sekurang-kurangnya 210 minit sehari (termasuk masa

rehat), iaitu sejumlah 1,050 minit seminggu untuk murid-murid yang

berumur 4+ tahun.

(iii) Tadika yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar hendaklah melaksanakan 50 peratus (600 minit) PdP

dalam bahasa Melayu dan 50 peratus (600 minit) PdP dalam

bahasa Inggeris seminggu.

(iv) Tadika yang menggunakan selain bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar hendaklah melaksanakan 33.33 peratus (400 minit) PdP

dalam bahasa Melayu, 33.33 peratus (400 minit) PdP dalam

bahasa Inggeris dan 33.33 peratus (400 minit) PdP dalam bahasa

pengantar seminggu.

(v) Jika terdapat lima orang murid atau lebih yang beragama Islam

dalam sesebuah tadika, maka murid-murid itu hendaklah diberikan

pengajaran Pendidikan Islam oleh guru yang bertauliah, sekurang-

kurangnya 120 minit seminggu.

Page 33: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

19

(vi) Jika terdapat lima orang murid atau lebih yang bukan beragama

Islam dalam sesebuah tadika, maka murid-murid itu hendaklah

diberikan pengajaran Pendidikan Moral sekurang-kurangnya 120

minit seminggu.

Peruntukan Masa Pengajaran dan Pembelajaran

Peruntukan masa minimum PdP mengikut minit seminggu adalah seperti

di Jadual 3. Guru diberi keluwesan dalam menyusun jadual waktu PdP

mengikut keperluan murid.

Jadual 3: Peruntukan Waktu di Prasekolah

Bil. Bidang Pembelajaran

Peruntukan masa seminggu (minit)

Bahasa Pengantar

Bahasa Melayu

Bahasa Pengantar

Selain Bahasa Melayu

1. Bahasa Melayu 60 60

2. Bahasa Inggeris 60 60

3. Bahasa Cina/ Bahasa Tamil

- 60

4. Aktiviti Luar 120 120

5. Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral

120 120

6. Matematik Awal 40 40

7. Pembelajaran Bersepadu

800 740

Jumlah 1,200 1,200

Page 34: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

20

(i) Aktiviti luar merangkumi aktiviti fizikal dan main bebas. Aktiviti

luar hendaklah dijalankan di luar kelas dan perlu dilaksanakan

setiap hari. Aktiviti fizikal dijalankan 30 minit, dua kali seminggu

dan main bebas dijalankan 20 minit, tiga kali seminggu.

a) Aktiviti fizikal ialah aktiviti yang melibatkan pergerakan

tubuh badan dan memerlukan tenaga untuk meningkatkan

kecergasan fizikal dan kesihatan diri.

b) Main bebas pula merupakan aktiviti yang memberi peluang

kepada murid untuk membuat pilihan secara bebas untuk

bermain.

(ii) Pembelajaran bersepadu terdiri daripada aktiviti rutin

(Perbualan Awal, Rehat dan Aktiviti Penutup) dan Aktiviti

Pembelajaran.

a) Aktiviti rutin

Perbualan Awal

Perbualan Awal bertujuan untuk menyediakan murid dari

aspek mental dan emosi untuk mengikuti pembelajaran

pada hari tersebut dengan lebih berfokus.

Rehat

Rehat merupakan sebahagian daripada PdP. Waktu

rehat diperuntukan untuk murid makan dan minum serta

merehatkan minda dan fizikal mereka.

Aktiviti Penutup

Aktiviti Penutup memberi peluang kepada guru dan murid

membuat refleksi terhadap pembelajaran dan perkara

yang telah berlaku pada hari tersebut serta pembelajaran

seterusnya.

Page 35: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

21

b) Aktiviti Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran memberi peluang kepada guru

untuk memilih strategi PdP yang sesuai bagi memberi

peluang kepada murid menjalankan penerokaan dan

eksperimen, menyelesaikan masalah serta menggalakkan

pemikiran kritis.

Walau bagaimanapun, Pembelajaran Bersepadu di kelas

prasekolah Pendidikan Khas adalah seperti Jadual 4.

Jadual 4: Komponen Pembelajaran Bersepadu di Kelas Prasekolah Pendidikan Khas

Bil.

Kategori Prasekolah Pendidikan

Khas

Pembelajaran Bersepadu

1. Masalah Pembelajaran

Aktiviti rutin (Perbualan Awal, Rehat dan Aktiviti Penutup)

Aktiviti Pembelajaran

Pengurusan Diri

2. Ketidakupayaan Penglihatan

Aktiviti rutin (Perbualan Awal, Rehat dan Aktiviti Penutup)

Aktiviti Pembelajaran

Kemahiran Braille

Pengurusan Diri

Orientasi dan Mobiliti

3. Ketidakupayaan Pendengaran

Aktiviti rutin (Perbualan Awal, Rehat dan Aktiviti Penutup)

Aktiviti Pembelajaran

Bahasa Isyarat Komunikasi

Page 36: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

22

Page 37: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

23

KEMAHIRAN BERFIKIR

ARAS TINGGI

Page 38: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

24

Page 39: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

25

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk

mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat

penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat

keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Tahap pemikiran dalam Taksonomi Bloom semakan Anderson

menunjukkan tahap pemikiran mengingat dan memahami dikelaskan

sebagai Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR). Manakala tahap

pemikiran yang dikategorikan sebagai KBAT merujuk kepada kemahiran

mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 5.

Jadual 5: Tahap Pemikiran

Tahap Pemikiran Penerangan

KB

AT

Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau

kaedah yang kreatif dan inovatif.

Menilai

Membuat pertimbangan dan keputusan

menggunakan pengetahuan, pengalaman,

kemahiran, dan nilai serta memberi

justifikasi.

Menganalisis

Mencerakinkan maklumat kepada

bahagian kecil untuk memahami dengan

lebih mendalam serta hubung kait antara

bahagian berkenaan.

Mengaplikasi

Menggunakan pengetahuan, kemahiran,

dan nilai dalam situasi berlainan untuk

melaksanakan sesuatu perkara.

3 BAB

Page 40: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

26

Tahap Pemikiran Penerangan

KB

AR

Memahami Mengingat semula maklumat dan boleh

menjelaskan idea dan konsep.

Mengingat Mengingat semula maklumat, fakta, atau

konsep

KBAT boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk

penaakulan, penyelesaian masalah, pembelajaran inkuiri, pembelajaran

berasaskan projek dan sebagainya. Melalui perancangan aktiviti

sebegini, bimbingan daripada guru mampu menggalakkan murid

meningkatkan amalan berfikir menggunakan alat berfikir seperti peta

pemikiran serta penyoalan aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah.

Melalui penerapan KBAT, murid akan lebih bertanggungjawab atas

pembelajaran mereka sendiri.

Peningkatan Keupayaan Murid Melalui Pelaksanaan KBAT

Inisiatif KBAT adalah satu usaha berterusan KPM untuk melahirkan

insan yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap kemakmuran

negara. Pemupukan dan pembudayaan KBAT dapat membantu murid

melakukan operasi pemikiran seperti membuat analisis dan inferens

yang seterusnya dapat meningkatkan kefahaman serta meningkatkan

prestasi pencapaian mereka. Selaras dengan itu, setiap murid yang

dihasilkan diharap dapat memperbaiki kelemahan diri serta

mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai secara terurus dalam

kehidupan.

Page 41: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

27

Murid yang menguasai KBAT juga mampu menghadapi cabaran dan

berani mengambil risiko untuk mencuba penyelesaian masalah yang

baharu. Pemupukan KBAT mendorong murid untuk membuat

kesimpulan berdasarkan logic dan mempunyai bukti berasaskan bacaan

serta penyelidikan yang dibuat. Murid juga dapat membuat ramalan

berdasarkan sebab dan akibat serta memberikan cadangan

penyelesaian dengan ciptaan idea yang rasional.

Selaras dengan itu, KPM telah menggariskan Profil Murid yang perlu

ada untuk murid berupaya bersaing pada peringkat global seperti di

Jadual 6

Jadual 6: Profil Murid

Bil Profil Murid Penerangan

1. Berdaya Tahan

Murid mampu menghadapi dan mengatasi kesukaran, mengatasi cabaran dengan kebijaksanaan, keyakinan, toleransi dan empati.

2. Pemikir

Murid berfikir secara kritikal, kreatif dan inovatif; mampu untuk menangani masalah yang kompleks dan membuat keputusan yang beretika. Murid berfikir tentang pembelajaran dan diri mereka sebagai murid. Murid menjana soalan dan bersifat terbuka kepada perspektif, nilai dan tradisi individu dan masyarakat lain. Murid berkeyakinan dan kreatif dalam menangani bidang pembelajaran yang baru.

3. Mahir Berkomunikasi

Murid menyuarakan dan meluahkan fikiran, idea dan maklumat dengan yakin dan kreatif secara lisan dan bertulis, menggunakan pelbagai media dan teknologi.

Page 42: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

28

Bil Profil Murid Penerangan

4. Kerja Sepasukan

Murid boleh bekerjasama secara berkesan dan harmoni dengan orang lain. Murid menggalas tanggungjawab bersama-sama serta menghormati dan menghargai sumbangan yang diberikan oleh setiap ahli pasukan. Murid memperoleh kemahiran interpersonal melalui aktiviti kolaboratif. Ini menjadikan murid pemimpin dan ahli pasukan yang lebih baik.

5. Bersifat Ingin Tahu

Murid membangunkan rasa ingin tahu semula jadi untuk meneroka strategi dan idea baru. Murid mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan inkuiri dan penyelidikan, serta menunjukkan sifat berdikari dalam pembelajaran. Murid menikmati pengalaman pembelajaran sepanjang hayat secara berterusan.

6. Berprinsip

Murid berintegriti dan jujur, kesamarataan, adil dan menghormati maruah individu, kumpulan dan komuniti. Murid bertanggungjawab atas tindakan, akibat tindakan serta keputusan murid.

7. Bermaklumat

Murid mendapatkan pengetahuan dan membentuk pemahaman yang luas dan seimbang merentasi pelbagai disiplin pengetahuan. Murid meneroka pengetahuan dengan cekap dan berkesan dalam konteks isu tempatan dan global. Murid memahami isu-isu etika / undang-undang berkaitan maklumat yang diperoleh.

8. Prihatin

Murid menunjukkan empati, belas kasihan dan rasa hormat terhadap keperluan dan perasaan orang lain. Murid komited untuk berkhidmat kepada masyarakat dan memastikan kelestarian alam sekitar.

9. Patriotik

Murid mempamerkan kasih sayang, sokongan dan rasa hormat terhadap negara.

Page 43: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

29

KPM berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi diri

sepenuhnya seperti yang telah diterjemahkan dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Penerapan KBAT di sekolah diharapkan dapat

melahirkan generasi yang pantas menerima perubahan, mampu

berkomunikasi serta bekerja secara sepasukan serta dapat membuat

refleksi berdasarkan penaakulan sekaligus berupaya untuk berinovasi

serta mencipta sesuatu yang baharu.

Page 44: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

30

Page 45: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

31

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Page 46: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

32

Page 47: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

33

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang

diterapkan dalam proses PdP selain yang ditetapkan dalam kandungan

kurikulum. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan

kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat

menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Antara elemen

merentas kurikulum seperti berikut:

1. Bahasa

(i) Penggunaan bahasa yang betul perlu dititikberatkan dalam

semua tunjang.

(ii) Semasa PdP aspek sebutan, struktur ayat, tatabahasa, istilah

dan laras bahasa perlu diberi penekanan bagi membantu murid

menyusun idea dan berkomunikasi secara berkesan.

2. Sains Dan Teknologi

(i) Memupuk minat terhadap sains dan dapat meningkatkan literasi

sains serta teknologi dalam kalangan murid.

(ii) Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat membantu

serta menyumbang kepada pembelajaran yang lebih cekap dan

berkesan.

(iii) Pengintegrasian Sains dan Teknologi dalam PdP mengandungi

empat perkara iaitu:

4 BAB

Page 48: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

34

a) Pengetahuan sains dan teknologi (fakta, prinsip, konsep

yang berkaitan dengan sains dan teknologi).

b) Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan kemahiran

manipulatif tertentu).

c) Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran dan

keselamatan).

d) Penggunaan teknologi dalam aktiviti PdP.

3. Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

(i) Penerapan elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(TMK) dalam PdP memastikan murid dapat mengaplikasi dan

mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang

dipelajari.

(ii) Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid menjadi

kreatif malah menjadikan PdP lebih menarik dan

menyeronokkan serta meningkatkan kualiti pembelajaran.

(iii) TMK diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang hendak

diajar dan sebagai pengupaya bagi meningkatkan lagi

kefahaman murid terhadap kandungan mata pelajaran.

4. Nilai Murni

(i) Nilai murni diberi penekanan dalam semua tunjang supaya

murid sedar akan kepentingan dan mengamalkannya.

(ii) Nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan

kewarganegaraan akan menjadi amalan dalam kehidupan

harian.

Page 49: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

35

5. Patriotisme

(i) Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua tunjang,

aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat.

(ii) Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang mempunyai

semangat cintakan negara dan berbangga sebagai rakyat

Malaysia.

6. Kreativiti Dan Inovasi

(i) Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi untuk

mengumpul, mencerna dan menjana idea atau mencipta

sesuatu yang baharu atau asli melalui ilham atau gabungan

idea yang ada.

(ii) Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui ubah

suaian, membaiki dan mempraktikkan idea.

(iii) Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu untuk

memastikan pembangunan modal insan yang mampu

menghadapi cabaran abad 21.

(iv) Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam PdP

bagi membangun dan mengembangkan potensi kreativiti

mengikut keupayaan murid.

Page 50: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

36

7. Keusahawanan

(i) Penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciri-

ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya

dalam kalangan murid.

(ii) Ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam PdP melalui aktiviti

yang mampu memupuk sikap seperti rajin, jujur, amanah dan

bertanggungjawab serta membangunkan minda kreatif dan

inovatif untuk memacu idea ke pasaran.

8. Pendidikan Kewangan

(i) Penerapan elemen pendidikan kewangan bertujuan membentuk

dan memastikan semua murid di Malaysia dilengkapi dengan

Pendidikan Kewangan yang komprehensif.

(ii) Pendidikan Kewangan merupakan satu proses yang

membolehkan pengguna kewangan meningkatkan pemahaman

mereka mengenai produk, konsep dan risiko kewangan dan

melalui maklumat, panduan dan atau nasihat yang betul, dapat

membangunkan kemahiran dan keyakinan untuk menjadi lebih

arif mengenai risiko dan peluang serta dapat membuat pilihan

yang bijak, mengetahui saluran bagi mendapatkan bantuan,

dan mengambil tindakan yang berkesan untuk meningkatkan

kesejahteraan kewangan mereka.

(iii) Antara elemen kewangan berhemat yang diterapkan adalah

seperti peranan wang, sumber pendapatan dan kerjaya,

pengurusan dan perancangan kewangan, simpanan dan

pelaburan, pengurusan kredit dan hutang serta perlindungan

insuran.

Page 51: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

37

9. Keselamatan Jalanraya

(i) Melahirkan generasi pengguna jalan raya yang mengamalkan

budaya selamat, beradab, berhemah dan berhati-hati di jalan

raya.

(ii) Membentuk generasi pengguna jalan raya yang berhemah boleh

menyumbang kepada keharmonian, kemakmuran dan

pembangunan negara.

(iii) Menambah pengetahuan untuk mengamalkan kemahiran

keselamatan jalan raya dari seawal prasekolah hingga

ke sekolah menengah sebagai proses pendidikan

sepanjang hayat.

(iv) Memupuk sikap menyayangi dan memelihara keselamatan diri

serta menghormati hak pengguna jalan raya yang lain.

10. Kelestarian Global

(i) Kelestarian Global merangkumi tiga elemen iaitu:

a) Penggunaan dan Pengeluaran Lestari.

b) Kewarganegaraan Global.

c) Perpaduan.

(ii) Kelestarian Global diterapkan dalam PdP secara langsung dan

sisipan.

(iii) Kelestarian Global bertujuan untuk mendedahkan murid kepada

isu-isu semasa yang mencabar di peringkat tempatan, negara

dan global.

(iv) Kesedaran tentang perkembangan dunia perlu didedahkan

kepada murid agar murid dapat mengaplikasikan pengetahuan,

Page 52: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

38

kemahiran dan nilai untuk menghadapi dunia global dan

menjadi global player secara lebih berkesan dalam aspek-

aspek berikut:

a) Alam sekitar

b) Ekonomi

c) Keselamatan

d) Perpaduan

e) Kesihatan

f) Penghayatan nilai (patriotik, integriti, empati,

bertanggungjawab dan menghormati hak orang lain)

(v) Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa

murid perlu dipupuk melalui PdP bagi membentuk etika murid

untuk menghargai alam.

Page 53: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

39

STRATEGI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

Page 54: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

40

Page 55: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

41

KSPK (Semakan 2017) menyarankan pelbagai strategi PdP untuk

menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, berkesan dan sesuai

dengan keperluan murid yang pelbagai latar belakang dan kebolehan.

Strategi PdP merujuk kepada pengaplikasian pelbagai pendekatan,

kaedah dan teknik. Kepelbagaian strategi PdP ini membolehkan guru

menyalurkan pengetahuan, meningkatkan kemahiran dan menerapkan

nilai yang dihasratkan dalam kurikulum. Tujuannya adalah untuk

melahirkan murid yang seimbang, kritis, kreatif dan inovatif.

Perancangan strategi PdP perlu mengambil kira kepelbagaian gaya

pembelajaran murid, kaedah pentaksiran, kesesuaian bahan serta

fleksibiliti persekitaran pembelajaran.

5.1 Prinsip Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Penekanan kepada prinsip dalam proses PdP seperti berikut membantu

guru merangka pengajaran yang membolehkan murid memperoleh ilmu

pengetahuan, mengembangkan daya kreativiti, mengaplikasi pelbagai

kemahiran dan mengamalkan nilai murni.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

5 BAB

Page 56: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

42

5.2 Pelbagai Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

Strategi PdP yang disarankan dalam KSPK

(Semakan 2017) adalah berpusatkan murid,

bersepadu, menyeronokkan dan menekankan

perkembangan kemahiran berfikir dan kemahiran

insaniah. Beberapa contoh strategi PdP ini

diterangkan secara ringkas dalam bab ini.

Strategi PdP

Berpusatkan murid

Bersepadu

Menyeronokkan

Kemahiran berfikir

Kemahiran insaniah

1. Memilih strategi pengajaran yang dapat meningkatkan

pemahaman murid.

2. Memahami cara murid belajar untuk membantu memilih

strategi yang sesuai.

3. Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif

dan relevan.

4. Menggalakkan pelibatan murid secara aktif.

5. Memberi peluang kepada murid untuk meneroka potensi

diri.

6. Melatih murid menguasai kemahiran belajar dan

kemahiran berfikir.

7. Membantu murid mencapai standard yang ditetapkan.

8. Membimbing murid mengakses maklumat daripada

pelbagai sumber.

9. Membimbing murid meneroka pelbagai cara untuk

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

10. Membuat penilaian berterusan.

11. Menggalakkan amalan nilai murni.

Prinsip Dalam

Proses PdP

Page 57: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

43

Antara kaedah dan teknik yang disarankan untuk PdP di bilik darjah adalah seperti yang berikut:

Apakah Faedahnya?

Memberi peluang untuk meneroka dan

mencuba sesuatu yang baharu.

Meningkatkan tumpuan dan perhatian.

Memberi peluang melahirkan perasaan.

Memupuk pemikiran yang inovatif, kritis

dan kreatif.

Membantu menyelesaikan masalah.

Membina kemahiran sosial.

Membina kemahiran fizikal.

Membina kemahiran berkomunikasi.

Membina kemahiran kendiri yang positif.

Memupuk sikap bertanggungjawab.

Apakah Yang Dikatakan

Belajar Melalui Bermain?

Satu strategi yang terancang

dan berstruktur bagi memberi

peluang kepada murid belajar

dalam suasana yang bebas,

selamat, menggembirakan

dan bermakna.

Belajar Melalui Bermain

Pembelajaran Berpusatkan Murid

Apakah yang dikatakan Pembelajaran Berpusatkan

Murid?

Pelibatan murid secara aktif dalam sesuatu

aktiviti pembelajaran dan mereka diberi

tanggungjawab atas pembelajaran mereka

sendiri.

Murid memainkan peranan yang penting dalam

proses pembelajaran kerana pembelajaran

digerakkan atas minat, dorongan dan keperluan

murid. Mereka memilih apa yang mereka ingin

belajar, bagaimana mereka hendak belajar dan

bagaimana mereka menilai pembelajaran mereka

sendiri.

Apakah Peranan Guru?

Guru merupakan

pemudahcara atau

pembimbing yang

memandu murid

menjalankan aktiviti

pembelajaran secara

kumpulan atau individu.

43

Page 58: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

44

Apakah faedahnya?

Tema yang dipilih dijadikan medium

untuk membantu murid menguasai

sesuatu kemahiran seperti kemahiran

bertutur, membaca, menulis, berfikir,

asas matematik serta sosial dan emosi.

Pembelajaran murid lebih luas,

menyeluruh dan mendalam.

Membantu guru merancang, mengurus

aktiviti dan menyediakan bahan-bahan

PdP secara lebih berfokus dan

menyeluruh.

Membantu guru mencetus idea yang

lebih menarik untuk aktiviti yang

dirancang.

Bagaimanakah melaksanakan Pendekatan Bertema?

Mengenal pasti tema yang sesuai berdasarkan minat, pengalaman dan

tahap perkembangan murid.

Menjana idea berkaitan dengan tema.

Mencipta web tema.

Membuat sumbangsaran berdasarkan tema.

Merangsang pemikiran murid melalui penyoalan.

Mengenal pasti aktiviti berdasarkan tunjang.

Menyediakan persekitaran kelas dan pusat pembelajaran yang bersesuaian

dengan tema.

Melaksanakan aktiviti.

Melibatkan ibu bapa.

Pendekatan Bertema

Apakah yang dikatakan

Pendekatan Bertema?

Satu strategi yang

menggunakan tema bagi

mewujudkan PdP yang aktif,

menarik dan bermakna.

Pembelajaran melalui satu

topik atau tema yang dipilih

bersesuaian dengan masa,

tempat, minat dan latar

belakang murid.

Page 59: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

45

Pembelajaran Berasaskan Projek

Bagaimanakah melaksanakan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek?

Fasa 1 : Permulaan

Sumbangsaran tentang topik projek.

Pengumpulan maklumat.

Berkongsi pengalaman dan maklumat yang diperolehi daripada

pelbagai sumber.

Melukis, menulis, membina, main peranan dan lain-lain aktiviti untuk

mengambarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

Mengemukakan soalan berdasarkan kepada pengetahuan yang

diperolehi.

Berkongsi pengalaman tentang topik.

Fasa 2 : Perkembangan

Membuat penyiasatan.

Menemu bual orang yang mahir tentang topik yang dipilih.

Melawat/mengunjungi tempat untuk mendapatkan maklumat.

Menjemput pakar untuk demonstrasi, tunjukcara atau perkongsian

topik berkaitan projek.

Membuat gambaran sebenar dengan melukis, mewarna, menulis,

mengira atau membuat peta.

Mengumpul maklumat projek dari pelbagai sumber.

Mendokumentasikan hasil projek dalam pelbagai bentuk.

Fasa 3 : Kesimpulan

Berkongsi maklumat mengenai projek.

Mengimbas kembali atau membuat refleksi.

Menilai projek melalui pemerhatian dan perbincangan.

Membuat rumusan tentang projek yang telah dilaksanakan.

Apa yang dikatakan Pembelajaran Berasaskan Projek?

Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara terancang dalam

jangka masa yang tertentu.

Melibatkan murid untuk mengkaji secara mendalam sesuatu isu/topik, menyiasat

isu/topik tersebut dan menghasilkan sesuatu produk. Produk tersebut boleh dalam

pelbagai bentuk seperti objek, laporan, persembahan, hasil kerja.

Penilaian dijalankan secara berterusan ke atas proses kerja, hasil kerja, sikap dan

nilai yang ditunjukkan oleh murid, perkembangan atau kualiti pembelajaran murid.

Dijalankan secara individu atau kumpulan.

45

Page 60: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

46

Pendekatan Bersepadu

Aspek-aspek kesepaduan:

Tunjang, kemahiran dan nilai.

Aktiviti dalam dan luar kelas.

Aktiviti berfokuskan guru dan

murid.

Pelbagai kaedah dan teknik.

Teori dan amali.

Pengalaman langsung dan tidak

langsung.

Apa yang dikatakan Pendekatan

Bersepadu?

Pendekatan yang

menggabungjalinkan dua atau

lebih tunjang, kemahiran, nilai,

aktiviti, kaedah atau teknik dalam

satu masa.

Pendekatan bersepadu memberi

peluang kepada murid mendalami

atau meneroka sesuatu topik

dengan lebih banyak pilihan dan

motivasi untuk belajar.

Page 61: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

47

Pendekatan Inkuiri

Apakah yang dikatakan pendekatan Inkuiri?

Kaedah yang memerlukan murid berdikari untuk mencari maklumat dan menemui

sesuatu melalui kaedah penyiasatan saintifik yang merangkumi aktiviti merancang,

menyiasat, menganalisis dan menemui.

Pendekatan ini tetapi sesuai untuk semua semua tunjang kerana ia melibatkan

kemahiran berfikir aras tinggi di mana murid membina sesuatu konsep itu sendiri.

Pendekatan tematik, koperatif dan luar bilik darjah boleh menggunakan pendekatan

inkuiri dalam pelaksanaannya.

Meningkatkan rasa ingin tahu dan memotivasikan murid untuk meneruskan tugasan

sehingga mendapat jawapan.

Bagaimanakah melaksanakan pendekatan Inkuiri?

Mengenal pasti topik kajian (Guru mewujudkan stimulusi yang dapat menarik

minat murid ke arah menimbulkan rasa ingin tahu)

Menerangkan tujuan kajian

Membimbing murid merancang dan melaksanakan kajian

Murid mengumpul maklumat yang berkaitan , mengkaji dan menganalisi maklumat

Berbincang dengan murid tentang dapatan kajian. Sekiranya murid tidak dapat menerangkan dapatan kajian, guru perlu membimbing dengan mengemukakan

soalan yang menjurus ke arah pembinaan konsep oleh murid itu sendiri.

Murid membuat generalisasi atau rumusan

Page 62: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

48

Pembelajaran Kontekstual

Apakah yang dikatakan kaedah Pembelajaran Kontekstual?

Kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan

pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan.

Proses Pembelajaran Kontekstual

Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut:

R Relating

(Menghubung kait)

Belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru

dengan pengalaman hidup

E Experiencing (Mengalami)

Belajar dalam konteks penerokaan, penemuan

dan reka cipta

A Applying

(Mengaplikasi)

Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan

atau informasi boleh digunakan dalam situasi

lain

T Transfering

(Memindahkan)

Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa

yang telah diketahui

C Cooperating

(Bekerjasama)

Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi

maklum balas dan berkomunikasi

Page 63: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

49

Apakah yang dikatakan kaedah Pembelajaran Masteri?

Pendekatan PdP bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran

yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke

pembelajaran berseterusnya.

Memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses PdP yang

berkualiti.

Pembelajaran Masteri

Bagaimanakah melaksanakan Pembelajaran Masteri?

UNIT PEMBELAJARAN 1

Pengajaran dan pembelajaran

Penilaian

Penentuan hasil pembelajaran

Tindakan Susulan Aktiviti

Pemulihan

Tindakan Susulan Aktiviti

Pengayaan

UNIT PEMBELAJARAN 2

Sudahkah murid

menguasai?

Tidak

Ya

Ya

Teruskan

Page 64: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

50

Pembelajaran Berdasarkan Kepelbagaian Kecergasan

Apakah Sembilan Kecerdasan Pelbagai menurut Howard Gardner?

1. Verbal-Linguistik Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam bentuk

lisan dan penulisan. Kecerdasan ini termasuklah kebolehan

mengingat maklumat, meyakini orang lain dan bercakap tentang

bahasa itu sendiri.

2. Logikal-Matematik Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan, mempunyai

keupayaan logik, menaakul dan bijak berhujah.

3. Visual-Ruang Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna

dan garisan termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual

dan ruang secara grafik.

4. Kinestetik Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan perasaan, idea

dan menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti

koordinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan.

5. Muzik kebolehan mengesan dan menghasilkan irama, nada, tempo,

melodi dan rentak lagu serta bunyi-bunyian serta menghargai

pelbagai bentuk ekspresi muzik.

6. Interpersonal Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang

lain. Ini termasuk kemahiran mengenal pasti persamaan atau

perbezaan diri dengan orang lain.

7. Intrapersonal Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan,

hasrat dan kehendak.

8. Naturalis Kebolehan mengenali dan mengklasifikasikan tumbuh-tumbuhan,

galian dan binatang termasuk rumput dan batu-batuan serta

pelbagai flora dan fauna.

9. Spiritual/

Eksistensialisme

Kebolehan memberikan respons terhadap persoalan kewujudan

dan kematian manusia dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia

dalam kehidupan. Kecerdasan ini telah diperkenal dan

dikembangkan oleh Gardner pada tahun 1999.

Apakah Pembelajaran Berdasarkan Kepelbagaian Kecergasan?

Pembelajaran Berdasarkan Kepelbagaian Kecerdasan memberi peluang kepada

semua murid untuk menonjolkan kecerdasan yang ada pada diri mereka.

Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan dan cara murid berfikir, bertindak dan

belajar adalah berlainan berbanding dengan murid yang lain. Oleh itu, jika murid di

beri peluang untuk belajar dengan kaedah yang sesuai dengan kecergasan mereka,

maka pembelajaran optimum akan berlaku.

50

Page 65: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

51

Apakah Pusat Pembelajaran?

Pusat Pembelajaran merupakan

ruang yang dilengkapi dengan

bahan dan peralatan

pembelajaran yang bersesuaian

dengan aktiviti pembelajaran.

Pusat pembelajaran memberi

peluang kepada murid untuk

meneroka, mencuba dan

berinteraksi dengan peralatan

dan persekitaran mengikut minat

dan kadar pembelajaran masing-

masing.

Pengajaran dan Pembelajaran di Pusat Pembelajaran

Apakah Fungsi Pusat Pembelajaran?

Pusat pembelajaran merupakan satu ruang yang kondusif untuk murid melaksanakan aktiviti sama ada secara berstruktur atau bebas.

Apakah Faedah Pusat Pembelajaran?

Sebagai pusat pembelajaran kendiri (self access learning).

Membina pengetahuan dan kemahiran melalui interaksi dengan bahan atau peralatan pembelajaran secara individu atau kumpulan.

Menyelesaikan masalah menggunakan bahan atau peralatan yang disediakan.

Meningkatkan kemahiran sosial semasa menjalankan aktiviti.

Menerapkan nilai murni semasa menjalankan aktiviti.

Pengetahuan yang dibina lebih bermakna melalui pengalaman hands on.

Dapat berfikir dan bertindak untuk menyelesaikan masalah.

Dapat berkomunikasi dengan berkesan dan bergaul dengan rakan sebaya serta orang dewasa.

Membina sikap positif dalam diri murid.

Belajar mengikut minat dan kecenderungan murid.

Bagaimanakah Penggunaan Pusat

Pembelajaran?

1. Secara terancang

Murid melaksanakan aktiviti di

pusat pembelajaran

berdasarkan tugasan.

2. Tidak terancang

Murid melaksanakan aktiviti

mengikut minat,

kecenderungan dan

kesesuaian masa.

*Pusat pembelajaran boleh

digunakan untuk menjalankan aktiviti

secara kumpulan besar, kecil atau

individu.

Page 66: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

52

Carta Panduan Pelaksanaan Pusat Pembelajaran

Sedia bahan/alatan berdasarkan objektif/Standard Pembelajaran di setiap pusat

pembelajaran

Merancang pusat pembelajaran

Susun atur yang sesuai berdasarkan ruang, keperluan dan keselamatan

Sedia bahan/alatan asas di setiap pusat pembelajaran

Menetapkan objektif / Standard Pembelajaran berasaskan KSPK untuk setiap pusat

pembelajaran

FASA 1 Pengenalan kepada pusat pembelajaran

FASA 2 Pelaksanaan aktiviti di pusat pembelajaran

FASA 3 Refleksi bersama murid

Refleksi Guru

Peran

cangan

P

engajaran

dan

Pem

belajaran

Pe

ntaksiran

P

enam

bah

bai

kan

Carta Panduan Pelaksanaan Pusat Pembelajaran

Sedia bahan/alatan berdasarkan objektif/Standard Pembelajaran di setiap pusat

pembelajaran

Merancang pusat pembelajaran

Susun atur yang sesuai berdasarkan ruang, keperluan dan keselamatan

Sedia bahan/alatan asas di setiap pusat pembelajaran

Menetapkan objektif / Standard Pembelajaran berasaskan KSPK untuk setiap pusat

pembelajaran

FASA 1 Pengenalan kepada pusat pembelajaran

FASA 2 Pelaksanaan aktiviti di pusat pembelajaran

FASA 3 Refleksi bersama murid

Refleksi Guru

Peran

cangan

P

engajaran

dan

Pem

belajaran

Pe

ntaksiran

P

enam

bah

bai

kan

Carta Panduan Pelaksanaan Pusat Pembelajaran

Sedia bahan/alatan berdasarkan objektif/Standard Pembelajaran di setiap pusat

pembelajaran

Merancang pusat pembelajaran

Susun atur yang sesuai berdasarkan ruang, keperluan dan keselamatan

Sedia bahan/alatan asas di setiap pusat pembelajaran

Menetapkan objektif / Standard Pembelajaran berasaskan KSPK untuk setiap pusat

pembelajaran

FASA 1 Pengenalan kepada pusat pembelajaran

FASA 2 Pelaksanaan aktiviti di pusat pembelajaran

FASA 3 Refleksi bersama murid

Refleksi Guru

Peran

cangan

P

engajaran

dan

Pem

belajaran

Pe

ntaksiran

P

enam

bah

bai

kan

Page 67: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

53

PENTAKSIRAN SEKOLAH

Page 68: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

54

Page 69: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

55

Pentaksiran Sekolah (PS) untuk prasekolah adalah satu proses yang

sistematik dan berterusan untuk mengumpul maklumat tentang

perkembangan murid bagi membantu guru membuat penilaian dengan

tujuan mengenal pasti tindakan susulan yang sesuai untuk membantu

murid mencapai objektif PdP di prasekolah. Proses pentaksiran

melibatkan aktiviti mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi

maklumat yang diperoleh. Pentaksiran yang dilaksanakan di prasekolah

adalah secara formatif dan tidak formal. Pentaksiran prasekolah perlu

dilaksanakan secara holistik berdasarkan prinsip inklusif, autentik dan

setempat (localised).

6.1 Tujuan Pentaksiran

(i) Mengesan pertumbuhan dan perkembangan murid bersesuaian

dengan peringkat umur.

(ii) Mengenal pasti kecerdasan dan potensi murid bagi

memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan secara

menyeluruh.

(iii) Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam

pembelajaran dari semasa ke semasa.

(iv) Memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa/penjaga dan

pentadbir sekolah tentang perkembangan dan pembelajaran

murid dalam semua aspek yang terkandung dalam kurikulum.

6 BAB

PENTAKSIRAN SEKOLAH

Page 70: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

56

(v) Mengesan keberkesanan pengajaran guru serta peluang

pembelajaran dan persekitaran yang disediakan.

(vi) Membantu guru untuk merancang tindakan susulan yang

berkesan untuk:

a) Mengembangkan potensi murid ke tahap optimum.

b) Membantu pembelajaran murid.

c) Memperbaiki pengajaran guru.

6.2 Prinsip Pelaksanaan Pentaksiran

(i) Pentaksiran dijalankan merangkumi aspek kognitif, afektif dan

psikomotor yang terdapat kurikulum.

(ii) Pentaksiran dilaksanakan selari dengan tujuan yang telah

ditetapkan.

(iii) Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan sepanjang tempoh

persekolahan.

(iv) Pentaksiran harus sah dan sahih; sesuai dengan

perkembangan murid; dan berasaskan kaedah saintifik.

a) Pentaksiran berasaskan kriteria dan bukan perbandingan

antara murid.

b) Kaedah pentaksiran adalah pemerhatian berterusan dan

penilaian hasil kerja murid. Ujian atau peperiksaan formal

tidak harus dilaksanakan.

c) Data yang dikumpulkan perlu dianalisis supaya pelaporan

yang dibuat adalah sah dan sahih.

d) Dokumentasi pentaksiran perlu disediakan secara

sistematik. Contoh rekod pentaksiran adalah seperti senarai

semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod berterusan,

persampelan masa dan persampelan peristiwa.

Page 71: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

57

(v) Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika dan

mengambil kira hak asasi kanak-kanak.

6.3 Kepentingan Pentaksiran

(i) Kepentingan kepada Murid

a) Mengetahui kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran.

b) Memperbaiki kelemahan dalam pembelajaran.

c) Mengukuhkan pembelajaran untuk mencapai tahap

penguasaan lebih tinggi.

(ii) Kepentingan kepada Ibu bapa

a) Mengetahui perkembangan anak secara menyeluruh.

b) Mengetahui potensi, kekuatan dan kelemahan anak.

c) Mengenal pasti pencapaian anak dalam pembelajaran dari

semasa ke semasa.

d) Membantu anak dalam pembelajaran berdasarkan

maklumat pentaksiran.

(iii) Kepentingan kepada Guru

a) Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.

b) Melaksanakan tindakan susulan.

c) Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam

pembelajaran dari semasa ke semasa.

d) Mengetahui keberkesanan pengajaran.

(iv) Kepentingan kepada Pentadbir Sekolah

a) Mengetahui perkembangan murid.

b) Mengetahui keberkesanan proses PdP guru.

c) Merancang program peningkatan perkembangan murid.

Page 72: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

58

6.4 Merekod dan Melapor Pentaksiran

Merekod adalah aktiviti mencatat hasil pentaksiran dan maklumat

berkaitan secara sistematik. Maklumat yang direkod ialah tahap

penguasaan, perkembangan, kemajuan, potensi, sikap dan nilai-

nilai yang murid pamerkan. Untuk membuat penilaian tentang

perkembangan pengetahuan, kemahiran dan nilai, Standard

Prestasi yang terdapat dalam KSPK (Semakan 2017) boleh dirujuk.

Tiga tahap penguasaan umum digunakan untuk melaporkan tahap

perkembangan murid sebagaimana yang dinyatakan di Jadual 6.

Jadual 7: Penyataan Tahap Penguasaan Umum

Standard Prestasi

Tahap Penguasaan

Tafsiran

1 Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi responds terhadap perkara yang asas.

2 Murid boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan sesuatu.

3

Murid boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan sesuatu dalam situasi baharu atau secara kreatif dan tertib atau beradab.

Maklumat perkembangan murid yang diperoleh digunakan untuk

tujuan pelaporan pentaksiran prasekolah. Format pelaporan tahap

perkembangan murid boleh disediakan mengikut kesesuaian pihak

sekolah.

Page 73: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

59

PENGURUSAN KURIKULUM

Page 74: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

60

Page 75: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

61

7.1 Perancangan

Guru prasekolah perlu menyediakan perancangan untuk memastikan

KSPK (Semakan 2017) dapat dilaksanakan dengan berkesan dan

mencapai matlamat pendidikan seperti yang dihasratkan.

Pihak pentadbir dan guru prasekolah hendaklah merangka strategi

jangka pendek dan jangka panjang untuk mencapai hasrat keberhasilan

murid sebagaimana yang dihasratkan dalam KSPK (Semakan 2017).

Rancangan jangka pendek dan jangka panjang yang berkenaan wajar

menetapkan strategi pelaksanaan kurikulum termasuklah juga

penglibatan ibu bapa, komuniti dan swasta.

Fokus dalam perancangan pelaksanaan KSPK (Semakan 2017) adalah

seperti berikut:

(i) Melaksanakan PdP berdasarkan Standard Kandungan dan

Standard Pembelajaran untuk memastikan murid mendapat

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dihasratkan;

(ii) Melaksanakan pedagogi yang memberi penekanan kepada

pelbagai pendekatan PdP yang menyeronokkan, bermakna dan

berpusatkan kanak-kanak.

(iii) Melaksanakan pentaksiran supaya tahap perkembangan murid

dapat digunakan untuk merancang strategi bagi mempertingkatkan

dan memperkukuh perkembangan murid secara menyeluruh.

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM

BAB 7

Page 76: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

62

7.2 Pelaksanaan

Bagi memastikan kurikulum dilaksanakan secara berkesan, pentadbir

haruslah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan

kurikulum prasekolah. Pengurusan kurikulum melibatkan proses

merancang, mengorganisasi, memimpin, membimbing, memantau dan

menilai pelaksanaan KSPK (Semakan 2017) dengan menggunakan

segala sumber bagi mencapai hasrat kurikulum yang ditetapkan.

Pengurusan kurikulum di peringkat prasekolah diterajui oleh

Pengarah/Pengetua/Guru Besar/Pengelola dan dibantu oleh Guru

Penolong Kanan, guru prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid

(PPM). Permuafakatan semua pihak di institusi prasekolah adalah

penting untuk memastikan pengurusan kurikulum dilaksanakan dengan

lebih berkesan.

Struktur pengurusan kurikulum di prasekolah adalah seperti Rajah 3:

Rajah 3: Struktur Pengurusan Kurikulum Prasekolah

Peranan pengurus kurikulum dalam pelaksanaan KSPK (Semakan

2017) diterangkan seperti dalam Rajah 4, 5, 6, 7 dan 8.

Page 77: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

63

Peranan Pengarah/Pengetua/Guru Besar/Pengelola

Rajah 4: Peranan Pengarah/Pengetua/Guru Besar/Pengelola

Peranan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Hal Ehwal Murid dan

Kokurikulum

Rajah 5: Peranan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum

Membantu pengarah/pengetua/guru besar/pengelola dalam bidang pengurusan kurikulum.

Menyediakan khidmat bantu dalam pengurusan kurikulum.

Melaksanakan pemantauan/pencerapan PdP.

Menyelaras program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah(PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Guru Penolong Kanan

Pentadbiran, Hal Ehwal Murid dan

Kokurikulum

Bertanggungjawab kepada kelas prasekolah di bawah jagaannya secara menyeluruh meliputi bidang kurikulum.

Merancang pelaksanaan kurikulum.

Memastikan kurikulum prasekolah dilaksanakan sepenuhnya.

Melaksanakan pemantauan/pencerapan.

Memastikan amalan PdP relevan dengan kurikulum prasekolah.

Menilai keberkesanan amalan PdP.

Memastikan sumber PdP mencukupi.

Meningkatkan tahap profesionalisme keguruan.

Mewujudkan hubungan baik dengan komuniti setempat.

Pengarah/ Pengetua/

Guru Besar/ Pengelola

Page 78: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

64

Peranan dan Tanggungjawab Guru Prasekolah

Rajah 6: Peranan dan Tanggungjawab Guru Prasekolah

Peranan dan Tanggungjawab Pembantu Pengurusan Murid

Rajah 7: Peranan dan Tanggungjawab Pembantu Pengurusan Murid

Memastikan pelaksanaan kurikulum mencapai matlamat dan objektif KSPK (Semakan 2017).

Menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian berdasarkan DSKP.

Menyediakan bahan sokongan kurikulum yang sesuai dengan murid.

Melaksanakan aktiviti PdP menggunakan pelbagai strategi.

Melaksanakan pentaksiran.

Membuat tindakan susulan untuk meningkatkan dan mengukuhkan perkembangan murid.

Menyediakan, mengurus dan melaksanakan jadual waktu.

Menjalankan atau mengikuti program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, PPD, JPN dan KPM.

Guru

Prasekolah

Membantu guru melaksanakan aktiviti PdP di prasekolah.

Membantu guru dalam pelaksanaan pentaksiran di prasekolah.

Membantu guru menyediakan bahan sokongan kurikulum yang sesuai dengan murid.

Membantu guru menjalankan program kurikulum yang dianjurkan.

Pembantu

Pengurusan

Murid

Page 79: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

65

Jawatankuasa Kurikulum Prasekolah

Setiap prasekolah harus mempunyai jawatankuasa kurikulum untuk

menyelaraskan segala dasar kurikulum. Contoh struktur dan fungsi

jawatankuasa kurikulum prasekolah ditunjukkan di Rajah 8.

Rajah 8: Struktur Jawatankuasa Kurikulum Prasekolah

PENGERUSI (Guru Besar)

NAIB PENGERUSI I (Guru Penolong Kanan

Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI II (Guru Penolong Kanan

Hal Ehwal Murid)

NAIB PENGERUSI III (Guru Penolong Kanan

Kokurikulum

AHLI Guru Prasekolah

Guru Pendidikan Islam Pembantu Pengurusan Murid

SETIAUSAHA Guru Prasekolah

Page 80: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

66

Fungsi Jawatankuasa Kurikulum Prasekolah ialah:

(i) Merancang dan menyelaras pelaksanaan kurikulum prasekolah.

(ii) Menyediakan sumber tenaga, kewangan dan kemudahan bagi

pelaksanaan kurikulum prasekolah.

(iii) Menyelesaikan isu-isu berkaitan pelaksanaan kurikulum prasekolah.

7.3 Pemantauan Pelaksanaan Kurikulum

Pemantauan terhadap guru prasekolah perlu dilaksanakan untuk

mendapatkan input berkaitan pelaksanaan kurikulum dan keberkesanan

PdP bagi meningkatkan kualiti PdP. Pemantauan dilaksanakan dengan

menggunakan instrumen seperti soal selidik, temu bual, senarai semak

dan pemerhatian.

Page 81: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

67

PENUTUP

Page 82: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

68

PENUTUP

Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting

dalam dunia pendidikan. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran

yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan dapat membekalkan

murid dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif untuk

pembelajaran seterusnya.

KSPK (Semakan 2017) bertujuan memperkembangkan potensi murid

berumur 4 hingga 6 tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam

aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran

pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti

pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.

Perancangan dan pelaksanaan yang sistematik serta bersepadu dapat

menjamin kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan KSPK (Semakan

2017). Pemantauan dan penilaian secara berterusan menuntut semua

pihak menggembleng usaha dan peranan bagi mencapai matlamat yang

dihasratkan. Sehubungan dengan itu, semua pihak berkepentingan

dalam pendidikan perlu memberikan sokongan, kerjasama dan

komitmen sepenuhnya bagi merealisasikan hasrat yang terkandung

dalam KSPK (Semakan 2017).

Page 83: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

69

RUJUKAN

Page 84: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

70

RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (2012). Garis Panduan Pengurusan

Prasekolah. Putrajaya: Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2010). Modul Pentaksiran

Perkembangan Murid di Prasekolah. Putrajaya: Bahagian

Pembangunan Kurikulum Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). Kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan. Putrajaya: Bahagian Pembangunan

Kurikulum Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Pra Sekolah hingga

Lepas Menengah) (Bab 1 – 4). Putrajaya: Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2009). Surat Pekeliling Ikhtisas

Kementerian Pelajaran Malaysia 1969 -2009 Pentadbiran dan Hal

Ehwal Murid. Putrajaya: Majlis Buku Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2009). Surat Pekeliling Ikhtisas

Kementerian Pelajaran Malaysia 1969 – 2009 Kurikulum dan

Kokurikulum. Putrajaya: Majlis Buku Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Kemahiran Berfikir Aras

Tinggi Aplikasi Di Sekolah (ms.3-10). Putrajaya: Bahagian

Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Dasar Pembangunan

Kurikulum Kebangsaan (Bab 4-8). Putrajaya: Bahagian

Pembangunan Kurikulum.

Persatuan Penerbit Buku Malaysia (2013). Akta Pendidikan 1996 (Akta

550) (ms. 131-148). Selangor: International Law Book Services.

Page 85: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

71

Page 86: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN …ppdmukah.com/images/pdf/Buku-Penerangan-KSPK.pdf · BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13 2.2 Kurikulum Berasaskan

1