KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan...
Transcript of KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan...
DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAHUN EMPAT
DRAF
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS
(MASALAH PEMBELAJARAN)
PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAHUN EMPAT
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Cetakan Pertama 2013 © Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi
kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif
yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
SENARAI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
PENDAHULUAN 1
MATLAMAT 1
OBJEKTIF 1
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 3
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI 3
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4
FOKUS MATA PELAJARAN 6
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 6
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 7
PENTAKSIRAN 7
PERLAKSANAAN PdP DAN PENAKSIRAN SEKOLAH 10
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PRESTASI 12
DRAF
1
PENDAHULUAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu,
perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan
dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan
pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran adalah bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan
tidak membebankan murid, ini selaras dengan teras kedua Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan.
Bagi memenuhi keperluan individu proses pengajaran dan
pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah
Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang
menyatakan “ guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik
pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan
aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai
tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.
KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina supaya
pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat
diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga
menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid
bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang
seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.
MATLAMAT
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
Masalah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk
mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan
bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid.
Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan
berakhlak mulia.
OBJEKTIF
KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran membolehkan
murid:
i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam
menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna
serta menjadi warganegara yang berguna
ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat
berdikari dalam kehidupan seharian
DRAF
2
iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah
kehidupan berkerjaya
iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri
dengan sempurna
v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,
berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila
masyarakat majmuk
vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian
bagi yang beragama Islam
vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah
ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya
x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi seiring dengan perkembangan semasa
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi
membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang
saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Domain bagi setiap tunjang adalah:
i. Komunikasi
ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai
iii. Kemanusiaan
iv. Sains dan Teknologi
v. Perkembangan Fizikal dan Estetika
vi. Keterampilan Diri
Bentuk Kurikulum Transformasi
DRAF
3
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas
Masalah Pembelajaran digubal dalam bentuk pernyataan Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh
murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen
pengetahuan, kemahiran dan nilai.
5.1 Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut
ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran
dan nilai.
5.2 Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran
dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard
Kandungan.
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang
seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,
bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,
berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad
ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid
untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid
akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran
berfikir.
Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun
1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif
Tinggi (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran
dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011,
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi
penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 1.
DRAF
4
Mengaplikasi
Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan
nilai dalam situasi berlainan untuk
melaksanakan sesuatu perkara
Menganalisis
Mencerakinkan maklumat kepada bahagian
kecil untuk memahami dengan lebih
mendalam serta hubung kait antara
bahagian berkenaan
Menilai
Membuat pertimbangan dan keputusan
menggunakan pengetahuan, pengalaman,
kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi
Mencipta
menghasilkan idea atau produk atau
kaedah yang kreatif dan inovatif
Jadual 1: Penerangan KBAT
Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap kurikulum
mata pelajaran.
KBAT boleh diaplikasikan di dalam bililik darjah melalui aktiviti
berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah
dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti
peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats
serta penyoalan
aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan
murid berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas pembelajaran
mereka.
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah
diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar,
Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif
dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan
Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR
dikekalkan dan ditambah dengan memperkenalkan elemen
Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi.
Kreativiti dan Inovasi
Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara
umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea,
pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana
idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu.
Elemen kreativiti dan inovasi merupakan salah satu elemen yang
d
iberi penekanan dalam KSSR untuk menyediakan murid dalam
menangani cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi murid perlu
dipupuk dan dibangunkan ke tahap optimum supaya mereka
berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan
KBAT Penerangan
DRAF
5
seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan
warganegara Malaysia pada masa hadapan. Bagi mencapai
matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata pelajaran
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Suaian) yang berkaitan
dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara
tersurat. Walau bagaimanapun guru juga digalakkan menerapkan
elemen kreativiti dan inovasi di mana-mana topik yang difikirkan
sesuai jika elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru
haruslah menyediakan aktiviti yang meningkatkan minat dan
kreativiti. Murid pula perlu dibekalkan dengan pengetahuan,
kemahiran dan alat yang membolehkan mereka membangunkan
kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti individu kreatif.
Keusahawanan
Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020
adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen
keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan
keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan
murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:
Mengamalkan sikap keusahawanan;
Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
pengurusan perniagaan;
Memformulasikan konsep, proses atau produk
keusahawanan; dan
Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam
keusahawanan.
Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap
kebolehan murid sekolah rendah.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk
memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran.
Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet,
perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan
berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam
mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh
dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web.
Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan
dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK
iaitu:
Belajar mengenai TMK
Belajar melalui TMK
Belajar dengan TMK
DRAF
6
FOKUS MATA PELAJARAN
6.1 Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual
Matlamat
Pendidikan Seni Visual memberi fokus kepada usaha mencungkil
dan mengembangkan bakat juga potensi murid supaya dapat
mengamalkan kemahiran yang dipelajari seterusnya melahirkan
murid-murid yang berkeyakinan, berkemahiran, berketerampilan
serta bersikap positif dalam kehidupan.
Aspek yang diberi penekanan adalah perkembangan motor halus
dan motor kasar. Kemahiran menggambar, mencorak, membentuk
dan membina serta penghargaan kepada hasil kraf tradisional
boleh dimasukkan ke.dalam perkembangan motor halus dan motor
kasar Proses ini memberi keutamaan kepada aktiviti-aktiviti bagi
memenuhi kehendak tajuk berdasarkan kebolehan, kreativiti dan
inovasi.
Objektif
i. Pendidikan Seni Visual membolehkan murid
ii. menunjukkan kemahiran kognitif, psikomotor dan sosial
iii. mengembangkan bakat, kreativiti dan inovasi.
iv. menghayati keindahan alam dan warisan budaya
v. menghasilkan karya seni yang kreatif
vi. menimba ilmu sebagai persediaan ke arah kerjaya masa
depan
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pendidikan Seni Visual boleh menjadikan pengajaran dan
pembelajaran lebih seronok serta membentukdan guru dan murid
menjadi lebih kreatif dan inovatif. Dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, guru boleh
mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah:
Pembelajaran kendiri
Kolaboratif
Pembelajaran berasaskan projek
Inkuiri-penemuan
Penyelesaian masalah
Pembelajaran masteri
Konstruktivisme
Pembelajaran Penerokaan
DRAF
7
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
Definisi Rancangan Pendidikan Individu:
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen
bertulis yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang
dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan
panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid.
(Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI) Individu Murid-Murid
Berkeperluan Khas, 2000)
RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai
disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan murid
pendidikan khas. RPI dirancang khusus bagi individu murid, dan
dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan
penerapan ke atas program pembelajaran dan perkhidmatan yang
disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah
tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan
tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut,
perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa,
dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan
peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat
sokongan lain.
RPI memperincikan antara lain:
i. Tahap prestasi sedia ada murid
ii. Perancangan akademik dan bukan akademik
iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid
iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur
v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi
mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian
vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid
vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu
perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan
viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan
membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran
mereka.
PENTAKSIRAN SEKOLAH
Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama
dalam PdP kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran
murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan mampu
memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan
atau dicapai dalam PdP. PS dilaksanakan oleh guru dan pihak
sekolah sepenuhnya bermula dengan perancangan, pembinaan
item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau
DRAF
8
penskoran, perekodan hingga pelaporan. PS penting untuk
menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha
menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan
aktiviti berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi, dan hala
tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk
memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. PS
mempunyai ciri-ciri berikut:
Holistik iaitu mampu memberi maklumat
menyeluruh tentang penguasaan, pengetahuan,
kemahiran, dan pengamalan nilai murni;
Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring
dengan PdP;
Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai
mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan
Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan
standard kurikulum.
PS boleh dilaksanakan secara:
Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP.
Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit
pembelajaran, semester atau tahun.
Pentaksiran Rujukan Standard
Standard Prestasi diguna untuk melihat kemajuan dan
pertumbuhan (growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang
murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses
mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham
dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari
berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan.
Pentaksiran sedemikian tidak membandingkan pencapaian
seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan
dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid
dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama
sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan,
kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan
dengan orang lain. Pihak sekolah berupaya mendapatkan maklum
balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif.
Maklumat yang diperolehi membolehkan pihak yang
bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf
dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting
dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan
negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-
masing.
DRAF
9
Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu
yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan.
Jadual 1 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap
TP. Jadual 2 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna
pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran TMK
(Suaian)
Tafsiran Umum
TAHAP
PENGUASAAN MAKSUD TAFSIRAN UMUM
1 Tahu Murid tahu perkara asas,
atau boleh melakukan
kemahiran asas atau
memberi respons terhadap
perkara yang asas.
2 Tahu dan
Faham
Murid menunjukkan
kefahaman untuk menukar
bentuk komunikasi atau
menterjemah serta
menjelaskan apa yang telah
dipelajari.
TAHAP
PENGUASAAN MAKSUD TAFSIRAN UMUM
3 Tahu, Faham
dan Boleh Buat
Murid menggunakan
pengetahuan untuk
melaksanakan sesuatu
kemahiran pada suatu
situasi.
4 Tahu, Faham
dan Boleh Buat
dengan
Beradab
Murid melaksanakan
sesuatu kemahiran dengan
beradab, iaitu mengikut
prosedur atau secara
sistematik.
5 Tahu, Faham
dan Boleh Buat
dengan
Beradab Terpuji
Murid melaksanakan
sesuatu kemahiran pada
situasi baharu, dengan
mengikut prosedur atau
secara sistematik, serta
tekal, dan bersikap positif.
6 Tahu, Faham
dan Boleh Buat
dengan
Beradab Mithali
Murid berupaya
menggunakan pengetahuan
dan kemahiran sedia ada
untuk digunakan pada
situasi baharu secara
DRAF
10
TAHAP
PENGUASAAN MAKSUD TAFSIRAN UMUM
sistematik, bersikap positif,
kreatif dan inovatif, serta
boleh dicontohi.
Jadual 1: Maksud dan tafsiran umum tentang Tahap Penguasaan
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
1 Mengenal dan mengetahui bahasa seni visual,
media serta proses dan teknik pada karya.
2 Menyatakan dan memahami bahasa seni visual,
media serta proses dan teknik pada karya.
3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman
bahasa seni visual, media serta proses dan
teknik dalam penghasilan karya.
4 Menzahirkan idea, pengetahuan, kefahaman
dan kemahiran bahasa seni visual, media serta
proses dan teknik dalam penghasilan karya.
5 Menzahirkan idea, pengetahuan, kefahaman
dan kemahiran bahasa seni visual, proses dan
teknik serta menggunakan media yang betul
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
dalam penghasilan karya yang kreatif.
6 Menzahirkan idea kreatif berpandukan
kemahiran bahasa seni visual, media ,proses
dan teknik yang betul dalam penghasilan karya
serta berhujah terhadap hasil karya sendiri dan
rakan secara lisan dengan menghubungkaitkan
sejarah seni, tokoh seni dan warisan seni
negara.
Jadual 2: Tafsiran Tahap Penguasaan bagi mata pelajaran
TMK(Suaian)
PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH
Setiap guru perlu melaksanakan proses PdP dalam bilik darjah
dengan merujuk kepada Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran. Kebijaksanaan guru adalah perlu dalam merancang
dan melaksanakan PdP secara berkesan dan bersesuaian. Pada
waktu yang sama, guru perlu mentaksir dan menentukan tahap
keupayaan murid berdasarkan Standard Prestasi yang telah
disusun mengikut kelompok standard kandungan dan standard
pembelajaran. Guru seharusnya memberi peluang kepada setiap
DRAF
11
muridnya untuk mencapai tahap keupayaan yang lebih baik
dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan.
Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari
dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi
panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan
seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran mengintegrasikan standard kurikulum dan
pentaksiran sekolah dalam satu dokumen.
Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh
dijalankan adalah:
Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek
kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah
pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid,
bukan hasil akhir yang diperoleh.
Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau
lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan
objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.
Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah
penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan
pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.
Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu
tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains
adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai
murni.
Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara
individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan
folio.
Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk
menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik.
DRAF
12
TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
1.1 Melakar secara spontan
untuk menghasilkan imej.
1.1.1 Menghasilkan lakaran
dengan teknik
gosokan.
i. pensel
ii. pensel warna
1
Mengecam pensel dan pensel warna untuk membuat
gosokan.
2
Memilih dua bahan yang boleh menghasilkan corak
dengan teknik gosokan.
3
Menghasilkan gosokan bebas menggunakan :
pensel
pensel warna
4
Menghasilkan lakaran corak dengan teknik gosokan
menggunakan :
pensel
pensel warna
5
Menghasilkan imej bercorak dengan teknik gosokan
menggunakan gabungan pensel dan pensel warna.
6
Menghasilkan gabungan corak dengan teknik gosokan
menggunakan pelbagai media secara kreatif.
DRAF
13
TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
1.1 Melakar secara spontan
untuk menghasilkan imej.
1.1.2 Menghasilkan lakaran
teknik gurisan pada doh
dengan menggunakan.
i. pensel
ii. pembaris
iii. ranting kayu
1 Mengecam doh, pensel, pembaris dan ranting kayu.
2
Menyatakan dua alatan dan kegunaannya dalam
teknik gurisan.
pensel
pembaris
ranting kayu
3
Membuat lakaran pada sebarang permukaan
menggunakan teknik gurisan. (contohnya : tanah liat,
polisterin) dengan menggunakan :
pensel
pembaris
ranting kayu
4
Menghasilkan lakaran imej secara spontan dengan
teknik gurisan pada doh dengan menggunakan :
pensel
pembaris
ranting kayu
DRAF
14
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
5
Menggunakan gabungan dua alatan bagi
menghasilkan imej dengan teknik gurisan pada doh.
6
Menghasilkan lakaran atau corak menggunakan
teknik gurisan dengan pelbagai alat dan bahan
secara kreatif.
DRAF
15
TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
1.2 Menghasilkan gambar.
1.2.1 Menghasilkan gambar
dengan teknik kolaj
menggunakan.
i. kertas warna
ii. kertas surat khabar
iii. kertas majalah
1
Mengecam bahan dan alatan bagi menghasilkan kolaj.
2
Menghasilkan lakaran gambar bebas menggunakan
pensel.
3
Membentuk cebisan kertas dengan teknik :
memotong
mengoyak
menggunting
4
Menghasilkan gambar dengan teknik kolaj
menggunakan :
kertas warna,
kertas surat khabar
kertas majalah
5
Menghasilkan gambar dengan teknik kolaj
menggunakan gabungan ketiga-tiga bahan.
kertas warna,
kertas surat khabar
kertas majalah
DRAF
16
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
6
Menghasilkan gambar menggunakan teknik kolaj
dengan bahan kitar semula secara kreatif.
DRAF
17
TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
1.2 Menghasilkan gambar.
1.2.2 Menghasilkan gambar
dengan menggunakan
teknik montaj.
i. menggunting, menyusun
dan menampal
1
Mengecam alatan dan media untuk menghasilkan
gambar menggunakan teknik montaj.
2
Menyatakan kegunaan alatan dan media bagi
menghasilkan gambar menggunakan teknik montaj.
3
Menghasilkan gambar dengan teknik montaj.
i. menggunting, menyusun dan menampal
4
Menghasilkan gambar bertema menggunakan teknik
montaj.
5
Menghasilkan gambar dengan teknik montaj mengikut
tema dengan gabungan pelbagai media dan alatan.
6
Menghasilkan gambar dengan teknik montaj dengan
menggunakan gabungan pelbagai bahan kitar semula
secara kreatif.
DRAF
18
TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
1.3 Mewarna.
1.3.1 Mengenal warna asas.
i. biru
ii. kuning
iii. merah
1.3.2 Mewarna rupa organik
dengan menggunakan
warna asas.
1.3.3 Mewarna rupa geometri
dengan menggunakan
warna asas.
1
Mengecam warna asas: biru, kuning dan merah
mengikut rupa organik dan rupa geometri.
2
Melakar rupa organik dan rupa geometri
3
Mewarna rupa organik atau rupa geometri
menggunakan warna asas.
4
Menghasilkan gambar rupa organik dan rupa geometri
menggunakan warna asas.
5
Menghasilkan corak menggunakan rupa organik dan
rupa geometri menggunakan warna asas dengan
pelbagai teknik.
6
Menghasilkan perspektif rupa organik dan rupa
geometri menggunakan warna asas.
DRAF
19
TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
1.4 Meneroka unsur seni.
1.4.1 Mengenal jenis-jenis
garisan.
i. garisan titik-titik
ii. garisan putus-putus
iii. garisan berlingkar
iv. garisan beralun
v. garisan berbulu
vi. garisan zig-zag
1.4.2 Menghasilkan gambar
dengan menggunakan
gabungan jenis-jenis
garisan.
1
Mengecam 4 jenis garisan
2
Menghasilkan lakaran bebas menggunakan
i. garisan titik-titik
ii. garisan putus-putus
iii. garisan berlingkar
iv. garisan beralun
v. garisan berbulu
vi. garisan zig-zag
3
Menghasilkan gambar menggunakan gabungan tiga
jenis garisan.
4
Menghasilkan gambar tunggal menggunakan jenis-jenis
garisan
5
Menghasilkan corak bertema menggunakan gabungan
jenis-jenis garisan.
DRAF
20
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
6
Menghasilkan gambar atau corak menggunakan
gabungan jenis-jenis garisan dengan pelbagai teknik
dan media secara kreatif.
DRAF
21
TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
1. 4 Meneroka unsur seni.
1.4.3 Mengenal jenis-jenis
jalinan.
i. jalinan tampak
ii. jalinan sentuh
1.4.4 Mengenal sifat-sifat
jalinan.
i. kasar
ii. berbulu
iii. berduri
1.4.5 Menghasilkan sifat-sifat
jalinan menggunakan
pelbagai teknik dan
media.
1
Mengecam jenis-jenis jalinan tampak dan jalinan sentuh
2
Menyatakan sifat-sifat jalinan tampak dan jalinan sentuh
:
kasar
berbulu
berduri
3
Menghasilkan sifat-sifat jalinan tampak menggunakan
media kering
4
Menghasilkan sifat-sifat jalinan sentuh dengan
menggunakan unsur dua dimensi dan tiga dimensi.
5
Menghasilkan jalinan sentuh dan jalinan tampak
menggunakan pelbagai teknik dan media.
6
Menghasilkan model menggunakan gabungan sifat-sifat
jalinan sentuh dan jalinan tampak secara kreatif.
DRAF
22
TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
2.1 Mereka corak secara
tidak terancang.
2.1.1 Menghasilkan corak
dengan teknik capan
menggunakan.
i. buah-buahan
ii. sayur-sayuran
iii. keratan batang
iv. dedaun
v. bahan kitar semula
1
Mengecam bahan yang sesuai dengan teknik capan.
2
Menghasilkan capan bebas.
3
Menghasilkan capan corak buah-buahan, sayur-
sayuran, keratan batang dan dedaun.
4
Menghasilkan corak capan menggunakan pelbagai
bahan kitar semula.
5
Menghasilkan corak capan menggunakan gabungan
semua bahan.
6
Menghasilkan corak pada kotak hadiah menggunakan
gabungan corak capan dan kolaj secara kreatif.
DRAF
23
TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
2.2 Mereka corak secara
terancang.
2.2.1 Mengenal rupa positif.
2.2.2 Mengenal rupa negatif.
2.2.3 Menghasilkan rupa
positif.
2.2.4 Menghasilkan rupa
negatif.
1
Mengecam rupa positif dan rupa negatif.
2
Menghasilkan lakaran rupa
3
Mewarna rupa positif dengan warna cerah dan warna
gelap.
4
Mereka corak ulangan menggunakan rupa positif dan
rupa negatif.
5
Menghasilkan corak cerminan rupa positif dan rupa
negatif menggunakan teknik capan.
6
Menghasilkan corak rupa positif dan rupa negatif
dengan menggunakan pelbagai teknik dan media
secara kreatif.
DRAF
24
TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
2.3 Membuat projek.
2.3.1 Menghasilkan corak
menggunakan teknik
i. stensilan
ii. kolaj
1
Mengecam alatan dan bahan bagi menghasilkan projek.
2
Menyatakan kegunaan alatan dan bahan bagi menghasilkan projek:
3
Menghasilkan projek menggunakan corak stensilan.
4
Menghasilkan projek gabungan corak stensilan dan kolaj.
5
Menghasilkan pelbagai corak dengan menggunakan teknik :
stensilan
kolaj
6
Menghasilkan pelbagai corak dan media dengan gabungan
teknik stensilan dan teknik kolaj secara kreatif.
DRAF
25
TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
3.1 Membuat binaan mudah
3.1.1 Menghasilkan origami
i. bentuk kenderaan
ii. bentuk bunga
iii. bentuk haiwan
1
Mengecam origami:
bentuk kenderaan
bentuk bunga
bentuk haiwan
2
Menyatakan alatan dan bahan untuk menghasilkan
origami.
3
Menghasilkan origami mudah secara bebas.
4
Menghasilkan origami:
bentuk kenderaan
bentuk bunga
bentuk haiwan
5
Menghias origami dengan pelbagai bahan dan alat.
6
Menghasilkan model bentuk kenderaan, bentuk bunga
dan bentuk haiwan dengan teknik origami secara
kreatif.
DRAF
26
TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
3.1 Membuat binaan mudah.
3.1.2 Menghasilkan mobail.
1
Mengecam mobail.
2
Menyatakan alatan dan bahan untuk menghasilkan
mobail.
3
Menghasilkan mobail menggunakan hasil kerja sedia
ada.
4
Menghasilkan mobail menggunakan bahan kitar
semula:
5
Menghias mobail secara kreatif menggunakan pelbagai
bahan.
6
Menghasilkan mobail dan stabail menggunakan
pelbagai bahan dan alat secara kreatif.
DRAF
27
TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
3.2 Membuat projek.
3.2.1 Menghasilkan model
robot dengan teknik
asemblaj.
1
Mengecam model robot.
2
Menyatakan empat bahan yang digunakan untuk
menghasilkan model robot dengan teknik asemblaj.
3
Menghasilkan model robot dengan teknik asemblaj.
4
Menghias dan mempamerkan model robot.
5
Menghasilkan model robot dengan teknik asemblaj
menggunakan gabungan pelbagai teknik dan media
secara kreatif.
6 Menghasilkan asemblaj kreatif
DRAF
28
TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
4.1 Mengenal Kraf
Tradisional.
4.1.1 Mengenal jenis wau.
i. layang-layang
ii. wau bulan
iii. wau kucing
4.1.2 Menghias wau dengan
Motif.
i. flora
ii. fauna
1
Mengecam jenis wau :
layang-layang
wau bulan
wau kucing
2 Memilih motif flora dan motif fauna.
3
Menghias dan membuat kemasan akhir wau dengan :
motif flora
motif fauna
4
Menghias dan membuat kemasan akhir wau dengan gabungan motif flora dan motif fauna.
5
Menghasil dan menghias lain-lain jenis wau dengan pelbagai motif.
6
Mereka cipta wau secara kreatif.
TERBITAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ARAS 4-8 BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604
PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917
http//www.moe. gov.my/bpk