KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm...

63
i KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MODUL PENDIDIKAN ISLAM PIMKD2053 PENGAJIAN TAJWID DAN RASM UTHMANI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA Berkuat Kuasa Mulai November 2018 PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM) MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)

Transcript of KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm...

Page 1: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

i

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MODUL PENDIDIKAN ISLAM

PIMKD2053 PENGAJIAN TAJWID DAN RASM UTHMANI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA Berkuat Kuasa Mulai November 2018

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)

MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)

Page 2: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

ii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Hak Cipta

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cetakan November 2018 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Page 3: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

iii

Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Notis Hak Pengarang

i

Kandungan ii

Panduan Pelajar ii

Pengenalan v

Agihan Tajuk dan Unit vi

UNIT 1 PENGENALAN TILAWAH DAN TARTIL AL-QURAN 1

UNIT 2 TAJWID AL-QURAN 9

UNIT 3 AMALI TAJWID 22

UNIT 4 RASM UTHMANI DAN DHABT AL-QURAN 26

UNIT 5 TAJWID, RASM DAN DHABT DALAM KAEDAH IQRA’ 42

Bibliografi 53

Panel 54

Simbol 55

KANDUNGAN MUKA SURAT

Page 4: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

iv

PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini. SASARAN KURSUS Pelajar Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan pelajar membuat keputusan tentang pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri. JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dilaksanakan secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di mana interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu. Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran. PEMBELAJARAN DALAM TALIAN Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai. Pensyarah dan pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara langsung dalam talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil daripada Maklumat Kursus (MK) mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.

PANDUAN PELAJAR

Page 5: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

v

SUSUNAN UNIT MODUL Modul pembelajaran ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima elemen asas yang konsisten: 1. Hasil Pembelajaran Unit 2. Sinopsis 3. Kandungan Unit 4. Penulisan berkaitan kandungan unit 5. Refleksi/ Latihan Panduan pelaksanaan interaksi bersemuka secara dalam talian bagi tajuk yang berkaitan disediakan juga. Walau bagaimanapun, pensyarah mengajar perlu menyediakan bahan bacaan atau nota tajuk tersebut untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran. Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. IKON Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat. PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus seperti yang dinyatakan dalam MK. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila pelajar mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam Maklumat Kursus (MK) yang pelajar pelajari secara interaksi bersemuka, modul pembelajaran dan dalam talian.

Page 6: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

vi

PENGENALAN Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan kurikulum dalam Pendidikan Islam untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah . HASIL PEMBELAJARAN

1. Menghuraikan konsep tilawah, tartil, tajwid dan Rasm Uthmani.

2. Memperdengarkan bacaan Al-Quran secara bertajwid mengikut Rasm Uthmani menurut Riwayat Hafs pada surah yang dibaca.

3. Menganalisis hukum tajwid, rasm, dan dhabt dalam kaedah Iqra’

Page 7: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

vii

AGIHAN TAJUK Panduan Kepada Pengguna

Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.

TAJUK/ TOPIK

JUMLAH JAM

KESELU-

RUHAN

DALAM MK

44 JAM

INTERAKSI BERSEMUKA

60%

26 JAM

MODUL

40%

18 JAM

KULIAH

40%

18 JAM

DALAM

TALIAN

20%

8 JAM

1. Pengenalan Tilawah dan Tartil Al-Quran

Konsep Tilawah dan Tartil Al-Quran. (K)

Rukun tilawah (M)

Maratib dan Kesalahan Tilawah (DT)

Tahqiq, Tartil, Tadwir, dan Hadar

Bentuk Tilawah yang dilarang (DT)

Kesalahan-kesalahan dalam bacaan al-Quran (M)

7 2 3 2

2. Tajwid Al-Quran

Ilmu Tajwid

Makhraj dan Sifat Huruf (K)

Hukum Nun dan Mim Sakinah (K)

Hukum Tarqiq, Tafkhim dan Taghliz (K)

Al-Mudgham (M)

Al-Mudud (M)

Kaedah Waqaf dan Ibtida’ (M)

10 4 - 6

Page 8: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

viii

Nota: K - Kuliah, T - Tutorial, A - Amali, M - Modul, DT - Dalam Talian

3. Amali Tajwid (A)

Surah Al-Fatihah (DT)

Surah Al-Zalzalah (DT)

Surah Al-Baiyinah (DT)

Surah Al-Qadr (DT)

Surah Al-‘Alaq (DT)

Surah Al-Tin (DT)

Surah Al-Insyirah (DT)

Surah Al-Dhuha (DT)

9

5 4

4. Rasm Uthmani dan Dhabt Al-Quran

Ilmu Rasm Uthmani dan Dhabt

Pengenalan Rasm Uthmani dan sejarah ringkas penulisan Al-Quran (M)

Kaedah dan Kelebihan Rasm Uthmani (M)

Dhabt al-Quran Rasm Uthmani (K)

10 4 - 6

5. Tajwid, Rasm dan Dhabt dalam Kaedah Iqra’

Pengenalan dan prinsip Kaedah Iqra’ (K dan M)

Kemahiran Tajwid, Rasm dan Dhabt dalam Kaedah Iqra’ (DT)

8 3 1 4

JUMLAH 44 JAM 18 JAM 8 JAM 18 JAM

Page 9: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

1

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai konsep tilawah,

tartil, tajwid dan Rasm Uthmani.

HASIL PEMBELAJARAN

KERANGKA TAJUK

1.1 Konsep Tilawah dan Tartil Al-Quran.

1.2 Rukun tilawah

1.3 Maratib dan Kesalahan Tilawah

- Tahqiq, Tartil, Tadwir, dan Hadar

1.4 Bentuk Tilawah yang dilarang

1.5 Kesalahan-kesalahan dalam bacaan al-Quran

1.6 Latihan

1.1 Konsep Tilawah dan Tartil Al-Quran.

Terdapat beberapa faktor yang telah digariskan oleh para al-Qurra’ yang bersumberkan

al-Quran dan al-Sunnah dalam menilai tilawah al-Quran berdasarkan konsep yang betul.

Antaranya ialah:

UNIT 1

PENGENALAN TILAWAH DAN TARTIL AL-QURAN

Di akhir topik ini, pelajar dapat :

i Menghuraikan konsep Tilawah dan Tartil al-Quran

ii Menghuraikan rukun tilawah al-Quran berdasarkan pandangan ulama’

iii Menjelaskan bentuk-bentuk tilawah yang dilarang serta kesalahan-

kesalahan dalam bacaan al-Quran

i. Menghuraikan konsep, definisi, falsafah dan matlamat Pendidikan Islam.

ii. Menghuraikan matlamat Pendidikan Islam dari perspektif Sarjana Islam.

iii. Menjelaskan falsafah dan hasrat penggubalan Kurikulum Pendidikan Islam.

Page 10: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

2

i. Membaca dengan tartil (iaitu bacaan tenang tanpa tergopoh-gapah dan

memenuhi kehendak tajwid).

Firman Allah SWT:

نامنوكم لك قرونأه وكفىبرٱل دنوح ابصيراۦب كبذنوبعبادهمنبع ١٧خبير

(Surah al-Isra’ 17: 106)

Maksudnya:

Dan al-Quran itu telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian.

Firman-Nya lagi:

هورت ل علي زد ءانأو قر ٱل تيلا ٤تر

(Surah al-Muzammil 73: 4)

Maksudnya:

Dan bacalah al-Quran dengan “tartil”. Tartil di sini bermaksud membaca dengan tenang tanpa tergopoh-gapah dan bertajwid. ii. Pengambilan melalui talaqqi dan musyafahah. Ulamak Tajwid ada menyusun

beberapa rangkap syairyang bermaksud:

Sesiapa yang menerima ilmu daripada guru secara musyafahah, Dia akan terselamat dari terpesong dan diseleweng Dan sesiapa yang menerima ilmu daripada buku Ilmunya di sisi orang yang berilmu seperti orang yang jahil. iii. Membaca al-Quran secara tadabbur. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Sesiapa yang ingin bercakap dengan Allah SWT hendaklah dia membaca al-Quran.

iv. Memperelokkan suara semasa membaca al-Quran.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan olehan-Nasai dan Abu Daud dari al-Barra’

yang bermaksud:

Perhiaskanlah al-Quran dengan suara kamu.

v. Bacaan dengan lahjah Arab. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud

yang bermaksud:

Bacalah al-Quran dengan gaya pertuturan Arab dan suaranya.

Page 11: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

3

vi. Tidak mengalunkan suara dengan berlebihan sebagaimana sabda Rasulullah SAW

yang diriwayatkan oleh Jabir yang bermaksud:

Seseorang yang paling baik suaranya ialah mereka yang apabila membaca al-Quran, engkau melihatnya takut kepada Allah.

1.2 Rukun tilawah

Setiap ibadat mempunyai rukun-rukun yang tersendiri, begitu juga dengan bacaan Al-

Quran. Rukun bacaan Al-Quran ada tiga. Ringkasannya seperti dalam grafik di bawah

Sah sanad.

Sanad secara mudah bermakna sandaran, sijil tauliah atau syahadah. Secara

lebih khusus Iaitu sesaorang membaca Al-Quran sehingga khatam daripada

bimbingan guru-guru yang muttaqin lagi bijaksana dan bersambung sanad-

sanad bacaannya sehingga kepada bacaan Rasulullah. Pemeliharaan rukun ini sangat

penting kerana bacaan al-Quran merupakan sebahagian daripada sunnah Nabi s.a.w.

Definasi sebenar cara penerimaan sanad untuk meyakinkan bahawa bacaan tersebut

adalah datangnya daripada Rasululah s.a.w ialah dengan membaca al-Quran di hadapan

guru yang thiqoh (dipercayai), serta keilmuan guru tersebut dalam bidang al-Quran

diketahui umum dan guru kepadanya juga terkenal di dalam masyarakat. Inilah

dimaksudkan sanad atau sijil ketika menuntut ilmu bacaan al-Quran.

RUKUN TILAWAH

AL-QURAN

SAH SANAD BACAAN

BERTEPATAN DENGAN

NAHU BAHASA ARAB

BERTEPATAN DENGAN

RASM UTHMANI

Page 12: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

4

Sanad yang dikenali umum dalam bentuk sehelai kertas yang dinamakan sijil atau tauliah

merupakan suatu perkara yang baru. Kewujudannya kerana terhakisnya ilmu daripada

hati manusia dan pembohongan serta penipuan berleluasa. Jika diimbas kepada sirah

rasulullah kita dapati orang yang menanggung al-Quran ketika itu adalah mereka yang

sangat amanah (sahabat-sahabat). Penerimaan mereka terhadap ilmu yang dipelajari

daripada Rasulullah tidak diragui kesahihannya walaupun ketika itu tidak terdapat sijil dan

bentuk-bentuk perakuan bertulis yang lain.

Oleh itu untuk mengelakkan keraguan dalam bacaan al-Quran, setiap individu muslim

hendaklah mencari kepastian terhadap diri sendiri tentang pembelajaran dan penerimaan

di dalam ilmu al-Quran yang dibaca sekarang. Adakah bacaannya menepati sepenuhnya

sebagaimana bacaan Rasulullah mengajar para sahabatnya iaitu membaca mengikut

kaedah-kaedah tajwid yang ditentukan. Adakah kita membuat kepastian terhadap guru

yang mengajar al-Quran kepada kita. Adakah guru tersebut mengambil dan menerima

sanad daripada pembacaan al-Quran beliau sebelum ini.

Bertepatan dengan mushaf rasm Uthmani

Iaitu bacaan-bacaan mesti bertepatan dengan salah satu daripada mushaf-

mushaf Rasm Uthmani. Mushaf kufi adalah salah satu mushaf Rasm

Uthmani dan digunakan secara meluas di Malaysia dan di dunia.

Penggunaan mushaf ini selari dengan riwayat bacaan yang tersebar luas di Malaysia dan

di dunia iaitu bacaan Imam Asim, Riwayat Hafs Thoriq (aliran bacaan) Syatibi. Penulisan

Rasm Uthmani merupakan sesuatu yang tauqifi (ketentuan Allah) dan bukan daripada

ijtihad (buah fikiran) mana-mana pihak.

Pengabaian terhadap penggunaan mushaf Rasm Uthmani akan menyebabkan bacaan

kurang tepat seperti menambah bacaan huruf-huruf tambahan di dalam penulisan al-

Quran, penghentian (waqaf) bacaan kurang tepat.

Bertepatan dengan nahu Bahasa Arab.

Iaitu bacaan-bacaan mesti bertepatan dengan salah satu wajah (bentuk)

kaedah nahu Bahasa Arab samada ia fasih atau lebih fasih, yang disepakati

atau yang tidak disepakati selama mana sanad bacaan tersebut tetap sahih.

Page 13: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

5

Berapa banyak bacaan-bacaan al-Quran yang diingkari oleh ahli-ahli nahu bahasa arab

tetapi keingkaran mereka tidak diterima kerana ulama-ulama salaf berijmak

menerimanya. Ini kerana jika sesuatu riwayat diakui kesahannya ahli-ahli nahu tidak boleh

menolaknya dan dikira sebagai satu kesalahan bahasa kerana bacaan al-Quran adalah

sunnah muttabaah yang mesti diterima.

Jika kekurangan salah satu daripada rukun tersebut bacaan itu dikira Syaz (yang meragukan). 1.3 Maratib dan Kesalahan Tilawah

- Tahqiq, Tartil, Tadwir, dan Hadar

Untuk memuliakan dan menjaga al-Quran yang berstatus mukjizat Islam menentukan 4

maratib atau kelajuan bacaan al-Quran. Empat bentuk tersebut diharuskan dan

dirumuskan dalam rajah di bawah.

Tahqiq

Iaitu kelajuan bacaan seperti tartil cuma ia lebih lambat dan perlahan. Kelajuan ini

biasanya dilaksanakan bagi mereka yang baru belajar membaca al-Quran

Tartil

Ialah bacaan perlahan-lahan , tenang ketika melafazkan huruf-huruf daripada makhrajnya

dan dengan memberikan haq (sifat semula jadi huruf) dan mustahaqnya (sifat-sifat yang

mendatang) serta bertadabbur dengan maknanya.

TAHQIQ

TARTIL

TADWIR

HADAR

Page 14: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

6

Hadar

Iaitu bacaan cepat serta tetap menjaga kesemua hukum tajwid dan biasanya diamalkan

oleh orang yang mentasmik hafazan di depan gurunya.

Tadwir

Iaitu kelajuan bacaan pertengahan di antara kelajuan bacaan tartil dan hadar.

1.4 Bentuk Tilawah yang dilarang

Akibat daripada terdedah dengan berbagai bentuk irama dan alunan bentuk bacaan al-

Quran juga semakin berubah dan untuk mengawal keadaan itu Islam sudah lama

menentukan cara-cara bacaan yang ditegah. Di sini dinyatakan beberapa keadaan

tersebut.

1. Tatrib iaitu bacaan dengan merengek-rengek suara dan memanjangkan bukan

pada tempatnya

2. Tamtit iaitu bacaan dengan melebihkan-lebihkan harakat pada hokum mad.

3. Tarkis iaitu bacaan dengan melenggok-lenggok nada suara sehingga

melebihkan pada harakat huruf mad bertujuan menyesuaikan rentak

4. Tahzin bacaan dengan nada yang amat sedih yang menjejaskan tajwid dan

membawa sifat riyak

5. Tar’id iaitu bacaan yang menggentarkan suaru keterlaluan seperti orang

kesejukan atau ditimpa sakit.

6. Tahrif iaitu bacaan al-Quran secara serentak dan berhenti secara serentak

7. Membaca bersama alat muzik.

1.5 Kesalahan-kesalahan dalam bacaan al-Quran

Kesalahan dalam bacaan al-Quran dinamakan al-Lahn. Perkara ini amat jarang

berlaku dalam generasi sahabat kerana mereka adalah golongan Arab yang fasih

berbicara. Kebesaran al-Quran dan keagungannya mesti diraikan oleh setiap Muslim

meliputi makna-makna Al Quran, ajaran dan petunjuknya. Di samping itu keagungan al-

Quran juga mesti diserlahkan dalam bacaannya dengan tidak melakukan kesalahan.

Daripada Ummu Darda’ r.a berkata: “Sesungguhnya aku sangat suka membaca al-Quran

sebagaimana diturunkan”. Ungkapan Ummu Darda’ ini menunjukkan tentang ketelitiannya

dalam membaca al-Quran dengan bacaan yang tepat. Ulama membahagikan al-Lahn

atau kesalahan bacaan al-Quran i ini kepada dua bahagian iaitu al-Lajn al-Jaliyy dan al-

Lahn al-Khofiyy.

Page 15: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

7

Al-Lajn al-Jaliyy

al-Lajn al-Jaliyy ditakrifkan oleh Ibnu al-Jazari dengan katanya: Kesalahan yang berlaku

pada lafaz yang membawa kepada kerosakan makna dan uruf bacaan. Atau kesalahan

yang berlaku pada lafaz-lafaz yang membawa kepada kerosakan uruf bacaan tanpa

merosakkan makna. Seorang ulama mutaakhirin Dr Abdul Aziz Abdul Fattah al-Qadhi

telah mengemukakan takrifannya dengan berkata: Kesalahan yang berlaku pada lafaz-

lafaz dan menyebabkan kerosakan makna kalimah secara jelas dan perkara tersebut

diketahui ulama dan juga orang awam sama ada ia merosakkan makna atau sebaliknya.

Al-Lahn al-Khofiyy

Al-Lahn al-Khofiyy ditakrifkan sebagai kesalahan yang berlaku pada lafaz dan

merosakkan uruf bacaan tanpa merosakkan makna. Al-Sakhowi telah menghuraikan

masalah ini dengan menyatakan pembaca tidak menyempurnakan sebutan huruf dan

haknya, mengurangkan atau menambah sifat-sifat huruf yang patut dibaca. Dalam

menjelaskan lagi al-Lahn al-Khofiyy ini beliau mengatakan iaitu kesalahan yang

merosakkan huruf seperti meninggalkan ikhfa’, iqlab, ghunnah tetapi tidak merosakkan

makna dan i’rab.

1.6 Latihan

Catatkan pendapat-pendapat qurra’ berkenaan hukum al-Lahn al-Jaliyy

dan al-Lahn al-Khofiyy

Gunakan pita rakaman audio atau radio dan bandingkan kelajuan

bacaan al-Quran bagi setiap maratib bacaan al-Quran

Kemudian bincangkan bersama tutor bentuk-bentuk kesalahan dalam

bacaan al-Quran.

Page 16: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

8

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan

i. Aplikasi Whatssap

ii. Masa 3 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi

satu sesi.

B. Tajuk Pembelajaran: Pengenalan Tilawah dan Tartil Al-Quran

i. Maratib dan Kesalahan Tilawah (DT) ii. Bentuk Tilawah yang dilarang (DT)

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:

i. Tahqiq

ii. Tartil

iii. Tadwir

iv. Hadar

D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Semakan kehadiran

ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk

iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian

Page 17: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

9

SINOPSIS

Kursus ini juga membincangkan pengenalan ilmu tajwid dan hukum-hukum yang terdapat

di dalam bacaan al-Quran berkisar tentang Makhraj dan Sifat Huruf, Hukum Nun dan Mim

Sakinah, Hukum Tarqiq, Tafkhim dan Taghliz, al-Mudgham, al-Mudud dan kaedah Waqaf

dan Ibtida’.

HASIL PEMBELAJARAN

KERANGKA TAJUK

2.1 Ilmu Tajwid

2.2 Makhraj dan Sifat Huruf

2.3 Hukum Nun dan Mim Sakinah

2.4 Hukum Tarqiq, Tafkhim dan Taghliz

2.5 Al-Mudgham

2.6 Al-Mudud

2.7 Kaedah Waqaf dan Ibtida’

2.8 Latihan

UNIT 2 TAJWID AL-QURAN

Di akhir topik ini, pelajar dapat: i Menghuraikan maksud ilmu tajwid berdasarkan asas-asasnya dan

kepentingan ilmu tajwid

ii Mengupas persoalan hukum-hukum tajwid berkaitan makhraj dan sifat

huruf, hukum nun dan mim sakinah, hukum tarqiq, tafkhim dan taghliz, al

Mudgham dan al-Mudud.

iii Menjelaskan kaedah waqaf dan ibtida’ yang terdapat di dalam al-Quran.

Page 18: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

10

2.1 ILMU TAJWID

Ulamak Islam mengatakan bahawa setiap ilmu mempunyai asas yang menjadi

teras perbincangan. Sepuluh asas ilmu tajwid ialah ;

1. Pengertian :

Pada bahasa bererti memperelokkan sesuatu

Pada Istilah : mengeluarkan huruf hijaiyah daripada makhrajnya dan

diberikan hak (sifat asli) dan mustahaknya (sifat-sifat mendatang)

2. Hukum mempelajarinya:

Mendalami hukum-hukumnya secara ilmiah fardhu kifayah tetapi beramal

dengannya ketika bacaan fadhu ain bagi setiap muslimin dan muslimat.

3. Dalil-dalil kewajipan beramal dengannya.

Surah alMuzammil ayat 4.

Sabda Rasulullah s.a.w

Ijmak ulamak sejak zaman sahabat hinggalah hari ini.

4. Nama ilmunya.

Ilmu tajwid

5. Tumpuan perbincangan.

Kalimah-kalimah al-Quran

6. Kelebihannya.

Antara ilmu termulia kerana ia berkaitan terus dengan kalam Allah

7. Penyusunnya.

Secara amali Nabi Shallallahu alaihi Wasallam

8. Masalah dalam perbincangannya.

Kaedah-kaedah umum yang menjuruskan kepada kaedah-kaedah yang

lebih khusus.

9. Matlamatnya.

Memelihara lidah daripada melakukan kesalahan dalam bacaan.

10. Faedah umum.

Mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta mendapat rahmat daripada

Allah di dunia dan akhirat.

2.2 MAKHRAJ DAN SIFAT HURUF

2.2.1 Makhraj

Pada bahasa tempat keluar. Pada istilah tempat keluar huruf-huruf hijaiyah yang

membezakan antara satu huruf dengan huruf yang lain.

Page 19: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

11

Mengikut pendapat terpilih makhraj huruf am terbahagi kepada lima bahagian iaitu

makhraj jauf, makhraj halk, makhraj lisan, makhraj dua bibir dan makhraj rongga hidung.

Bagi makhraj am jauf hanya terdapat satu makhraj khas dan huruf-huruf yang terlibat ialah

ketiga-tiga huruf mad. Bagi makhraj am halk terdapat tiga makhraj khas iaitu

pangkal,tengah dan hujung halkum dan huruf-hurufnya pula ialah hamzah dan ha keluar

daripada pangkal halkum, ain dan ha kecil keluar daripada tengah halkum dan khain dank

ho terbit daripada hujung halkum.

Makhraj am lidah pula mengandungi sepuluh makhraj khas yang meliputi pangkal, tengah,

tepi dan hujung lidah. Huruf-huruf yang terlibat ialah Tak,Tho,Jim,Dal,Dzal,Ra

Zai,Sin,Syin,Shad,Dhad,Tok, Zha’,Qaf,Kaf,Lam,Nun dan ya.

Makhraj am dua bibir mempunyai dua makhraj khas dan huruf yang terlibat ialah

ba,wau,mim dan fa. Makhraj am jauf pula mengandungi satu makhraj khas dan keluar

daripadanya ghunnah.

2.2.2 Sifat huruf.

Pada bahasa bermaksud sesuatu yang wujud pada sesuatu benda seperti hitam, putih,

kuat, lemah dan sebagainya. Pada istilah bermaksud cara mengawal dan menekan udara

ketika huruf-huruf dilafazkan samada tinggi, nyaring, kuat dan sebagainya. Sifat-sifat

huruf ketara kedengaran ialah ketika ia mati berbanding ketika ia berbaris.

Mengikut pendapat yang mashur huruf-huruf hijaiyah mempunyai tujuh belas sifat lazim.

Ia merangkumi sifat-sifat tunggal dan sifat-sifat yang mempunyai lawan. Sifat-sifat tunggal

ialah sofir bermakna siulan/berdesir dan huruf-hurufnya ialah zai sin sod ,lin bermaksud

lembut , takrir bermaksud berulang/ulang dan hurufnya ialah ro , istitolah bermaksud

memanjang dan hurufnya ialah dod, Qolqolah bermaksud berdetak dan huruf-hurufnya

digabung dalam ungkapan “qutubun jaddun” , Inhiraf bererti melencong dan huruf-

hurufnya ialah lam dan ro dan tafassi bererti menghembur dan hurufnya ialah syin. Sifat

yang mempunyai lawan ialah jahar (nyaring) lawannya hamas (berbisik) , syiddah (kuat)

lawannya rokhowah (lembut) dan di antaranya tawassut/bayyinah, isti’la (meninggi)

lawannya istifal (merendah), itbaq (melekap) lawannya infitah (terbuka), ismat (tersekat)

lawannya izlaq (tergelincir/lancar).

Page 20: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

12

2.3 HUKUM-HUKUM NUN DAN MIM SAKINAH

Nun Sakinah iaitu nun yang tidak berbaris dan ia akan menerima baris jika bertemu

dengan huruf sukun. Tanwin pada bahasa bermakna suara dan pada istilah lafaz (suara)

nun sakinah yang terdapat (tersirat) di akhir kata nama isim.

Apabila nun sakinah atau tanwin bertemu dengan huruf-huruf hijaiyyah hukumnya

terbahagi kepada empat iaitu Izhar, idgham, Ikhfa’ dan iqlab.

Izhar

Izhar bererti nyata dan terang dan pada istilah ialah mengeluarkan setiap huruf daripada

makhrajnya dengan terang tanpa dengung. Terdapat enam huruf izhar yang digabungkan

dalam ungkapan “ ”. Kejauhan nun sakinah atau tanwin dengan huruf-huruf halkum

menyebabkan bacaannya diizharkan.

Idgham

Pada bahasa bererti memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu dan pada istilah bermaksud

memasukkan huruf yang sukun ke dalam huruf berbaris seolah-olah menjadi satu huruf

bertasydid. Huruf-hurufnya digabungkan ke dalam ungkapan “yarmaluna”. Sebab-sebab

bacaan diidgamkan kerana pertama nun sakinah dan tanwin adalah dua huruf mislain/

mutamasilain, kedua nun sakinah dan tanwin dengan mim adalah dua huruf yang

bersekutu pada segala sifat dan ketiga nun sakinah dan tanwin dengan huruf-huruf

lam,ra,wau dan ya adalah dua huruf mutaqaribain.Idgham terbahagi dua iaitu idgham

tanpa dengung dan idgham dengan dengung. Idgham tanpa dengung mempunyai dua

huruf yang digabungkan dalam ungkapan “ralla” dan huruf-huruf idgham maal ghunnah

digabungkan dalam ungkapan “yumin”.

Martabat idgham juga terbahagi dua iaitu idgham kamil dan naqis. Ulama bersepakat

mengatakan idgham kamil nun sakinah dan tanwin berlaku pada dua huruf iaitu lam dan

ro dan kebanyakan ulama juga mengatakan idgham kamil juga berlaku pada huruf-huruf

nun dan mim.

Iqlab

Iqlab bererti memalingkan sesuatu dan pada istilah bermaksud menukarkan lafaz sesuatu

huruf kepada yang lain dengan mengekalkan dengung serta Ikhfa’.(Diikhfa’kan mim

kepada ba). Sebab-sebab ditukarkan nun sakinah dan tanwin kepada mim kerana kedua-

Page 21: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

13

dua huruf itu mempunyai persamaan iaitu; persamaan pada makhraj dan sifat-sifat kedua-

duanya.

Ikhfa’

Pada bahasa Ikhfa’ bererti tersembunyi dan pada istilah mennyembunyikan huruf sukun

dengan satu sifat antara izhar dan idgham tanpa tasdid serta kekal ghunnah pada huruf

pertama. Huruf-hurufnya digabungkan dalam rangkaikata “ستجز صدك فثق ضطظ شذ”. Sebab-

sebab diIkhfa’kan kerana makhraj nun sakinah atau tanwin tidak berjauhan dan tidak

berhampiran dengan makhraj huruf-huruf Ikhfa’. Jadi ia berada di pertengahan di antara

izhar dan idgham.

Ikhfa’ mempunyai tiga martabat.

1. Martabat tertinggi iaitu Ikhfa’ kepada huruf to dan ta.

2. Martabat terendah iaitu Ikhfa’ terhadap huruf-huruf “kof” dan “kaf”

3. Martabat pertengahan iaitu Ikhfa’ terhadap huruf-huruf selain daripada

huruf-huruf di atas.

2.4 HUKUM TARQIQ, TAFKHIM DAN TAGHLIZ

Makna tafkhim ialah menebalkan sebutan huruf dengan mengangkat lidah ke lelangit

manakala tarqiq ialah menipiskan sebutan huruf dengan membuka ruang antara lidah

dengan lelangit.

Tebal nipis huruf-huruf hijaiyyah terbahagi tiga;

1. huruf yang tebal selama-lamanya iaitu huruf-huruf istila’

2. huruf yang sentiasa tipis ialah huruf-huruf istifal kecuali huruf-huruf alif ro dan lam.

3. huruf-huruf yang boleh nipis dan tebal (bergantung kepada keadaannya) iaitu

huruf-huruf alif lam dan ro.

Hukum huruf alif

Ditebalkan jika sebelumnya huruf istiklak dan ditarkikkan jika sebelumnya huruf-huruf

istifal contohnya قال dan فتاب

Page 22: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

14

Hukum lam lafaz jalalah

Dibaca taghliz atau tebal apabila didahului huruf berbaris fathah atau dhommah dan

dibaca tarqiq jika didahului huruf berbaris kasrah atau baris dua di atas atau baris dua di

hadapan seperti قومن هللا،احدن هللا

Hukum huruf Ra’

Berdasarkan tafkhim dan tarqiq ro dibahagikan kepada empat bahagian iaitu;

1. yang mesti dibaca tebal dan ia berlaku dalam 10 keadaan berikut;

a. berbaris fathah

b. berbaris dhommah

c. ro mati dan sebelumnya berbaris fathah

d. ro mati dan sebelumnya berbaris dhommah

e. ro mati huruf sebelumnya berbaris kasrah dan selepasnya huruf istiklak

f. ro mati dan huruf sebelumnya berbaris kasrah yang mendatang samada

dalam satu kalimah atau kalimah berasingan

g. ro mati kerana waqaf dan huruf sebelumnya berbaris fathah

h. ro mati kerana waqaf dan huruf sebelumnya berbaris dhommah

i. ro mati kerana waqaf, huruf sebelumnya juga sukun (selain ya) dan huruf

sebelumnya berbaris fathah.

j. Ro mati kerana waqaf huruf sebelumnya sukun (selain ya) dan huruf

sebelumnya berbaris dhommah.

2. yang mesti dibaca nipis dan ia berlaku 9 keadaan berikut;

a. berbaris kasrah

b. berbaris kasrah arid (mendatang)

c. ro mati dan huruf sebelumnya berbaris kasrah

d. ro mati huruf sebelumnya berbaris kasrah dan selepasnya huruf istiklak

dalam kalimah berasingan

e. ro mati kerana waqaf dan huruf sebelumnya mati serta huruf sebelumnya

berbaris kasrah

f. ro mati kerana waqaf dan sebelumnya ya Mad

g. ro mati kerana waqaf dan sebelumnya ya Lin

h. ro yang dimalahkan

i. ro yang diqaqaf secara raum

Page 23: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

15

3. ro yang harus tipis atau tebal tetapi tebal lebih utama dan hanya berlaku pada kata

.di dalam surah-surah Yusuf, Yunus dan Zukhruf مصر

4. ro yang harus tebal atau tipis tetapi nipis lebih utama dan berlaku dalam keadaan

berikut;

a. ro mati dan huruf sebelumnya berbaris kasrah serta selepasnya huruf

isti’lak yang juga berbaris kasrah contoh فرق

b. ro sukun kerana waqaf (asalnya berbaris kasrah) dan huruf sebelumnya

huruf isti’la’ yang juga berbaris sukun القطر

c. ro mati kerana waqaf (asalnya berbaris kasrah) dan selepasnya ya

mahzufah iaitu pada kalimah االسر دان نذر

2.5 AL-MUDGHAM

Idgham mutamasilain.

Iaitu idgham yang berlaku antara dua huruf yang bersamaan sifat dan makhraj. Idgham

ini terbahagi dua iaitu dengan ghunnah dan tanpa ghunnah. Idgham mutamasilain tanpa

dengung berlaku pada beberapa huruf sahaja iaitu huruf ba, ta, dal, dzal, ro, ain, fa, kaf,

lam, wau dan ha. Idgham mutamasilain dengan ghunnah berlaku pada antara huruf-huruf

mim sakinah pada mim dan nun sakinah pada Nun.

Idgham mutaqaribain.

Ialah idgham yang berlaku pada dua huruf yang berhampiran sifat dan makhraj. Ia juga

terbahagi dua tanpa dengung dan dengan dengung. Idgham mutaqaribain tanpa dengung

berlaku antara huruf-huruf qaf sakinah pada kaf, nun sakinah pada ra, dan nun sakinah

pada lam. Idgham mutaqaribain dengan dengung berlaku pada antara huruf-huruf nun

sakinah pada wau dan nun sakinah pada ya.

Idgham mutajanasian.

Iaitu idgham yang berlaku pada dua huruf yang bersamaan makhraj tetapi berlainan sifat.

Ia juga terbahagi dua tanpa dengung dan dengan dengung. Ia berlaku pertemuan antara

huruf-huruf ta’ sakinah dan dal, ta’ sakinah dan to, ta’ sakinah pada dzal, dal sakinah pada

ta’, dzal sakinah pada zho dan tho sakinah pada tak. Idgham mutajanisain dengan

ghunnah pula hanya berlaku pada antara huruf-huruf ba sakinah dan mim.

Page 24: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

16

2.6 AL-MUDUD

Mad

Mad pada bahasa bererti pertambahan. Pada istilah mad diertikan memanjang suara

melalui salah satu huruf mad atau huruf-huruf lin. Dalil bacaan mad terdapat melalui hadith

nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud di mana seorang lelaki membaca ayat 60 surah

taubah tanpa bacaan mad.

Huruf mad ada tiga iaitu alif wau dan ya tetapi dengan syarat-syarat berikut; pertama alif

yang didahului oleh baris fathah, kedua wau sakinah yang didahului baris dommah dan

ketiga ya sakinah yang didahului baris kasrah. Contoh bagi keadaan-keadaan mad

tersebut terdapat pada kalimah "نوحيها" , manakala huruf lin terdapat dua iaitu wau dan ya

yang berkehendakkan syarat-syarat ; wau sakinah didahului baris fathah dan ya sakinah

yang didahului baris fathah seperti contoh-contoh س دان سوف""لي .

Pembahagian mad

Mad terbahagi dua mad asli dan mad farei. Mad asli iaitu mad yang terjadi dengan sebab

utama mad iaitu kewujudan huruf mad. Ia juga dikenali mad tabie dan mad zati. Mad asli

terbahagi kepada dua pula iaitu mad asli harfi atau mad asli thunai. Ia hanya terdapat di

huruf-huruf tertentu pembukaan surah yang dikumpulkan dalam ungkapan "حي طهر". Mad

asli kedua ialah mad asli kalimi atau mad asli mutlaq seperti contoh sebelum ini.

Mad Far’ie pula terhasil daripada sebab kewujudan hamzah atau sukun yang mengiringi

huruf-huruf mad atau lin. Ia juga dikenali dengan nama mad mazidi. Terdapat tiga jenis

yang terhasil dengan sebab kewujudan hamzah. Mad-mad itu ialah mad wajib muttasil,

mad jaiz munfasil dan mad badal. Mad arid lissukun, mad lin dan mad lazim pula terhasil

daripada kewujudan sukun.

Jenis mad akibat kewujudan hamzah.

Page 25: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

17

Mad wajib muttasil.

Ia terhasil apabila mana-mana huruf mad bertemu hamzah dalam satu kalimah sama ada

ketika bacaan wasal atau ketika waqaf. Mengikut imam asim riwayat hafs thoriq Syatibi

wajib dibaca 4 atau 5 harakat ketika bacaan wasal dan harus dibaca 6 harakat ketika

waqaf. Ketiga contoh bagi hukumnya terdapat pada kalimah-kalimah "ساء، سوء دان سيء" .

Mad jaiz munfasil.

Ia terhasil apabila mana-mana huruf mad bertemu hamzah dalam dua kalimah iaitu

ketika bacaan wasal sahaja. Hukumnya mengikut imam asim riwayat torik syatibi harus

dibaca 4 atau 5 harakat ketika wasal dan hanya dibaca dua harakat ketika waqaf.

Contohnya terdapat pada kalimah "ومآانزل، قالو إنا معكم، وفى أنفسكم" .

Mad badal.

Ia terjadi apabila hamzah mendahului huruf mad dengan syarat tiada hamzah atau sukun

selepas huruf mad tersebut. Ia juga digelar mad badal asli. Mengikut riwayat hafs Torik

Syatibi ia dibaca dua harakat. Contoh-contohnya terdapat pada kalimah-kalimah

،أوتي دان إيمنا""ءامن . jika huruf mad terdapat selepas huruf hamzah asli ia dinamakan mad

syabih bil badal. Contohnya ialah:

.

MAD DISEBABKAN HAMZAH

Mad wajib muttasil

Mad jaiz munfasil

Mad badal

Page 26: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

18

Mad arid lilsukun.

Ia terjadi apabila huruf mad bertemu sukun yang mendatang iaitu ketika waqaf sahaja.

Bacaannya harus 2, 4 dan 6 harakat.

Mad lin.

Ia terjadi apabila huruf lin bertemu dengan sukun yang mendatang iaitu ketika waqaf

sahaja. Ia harus dibaca 2, 4 atau 6 harakat.

Mad lazim.

Secara am mad lazim terbahagi kepada dua kategori kalimi dan harfi. Mad lazim kalimi

apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli dalam kalimah-kalimah al-Quran dan mad

lazim harfi berlaku apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli pada huruf-huruf

pembukaan (fawatih) al-Quran. Setiap mad lazim harfi dan kalimi terbahagi kepada dua

bahagian pula iaitu muthaqqal dan mukhaffaf. Maksud muthaqqal ialah huruf sukun

selepas huruf mad diidghamkan ke dalam huruf selepasnya manakala mukhaffaf ialah

huruf sukun selepas huruf mad tidak diidghamkan ke dalam huruf selepasnya.

Mad-mad farie yang lain.

Mad silah.

Terjadi ketika membaca wasal pada hak domir yang berada di antara dua huruf berbaris

dan ia terbahagi dua iaitu qosirah dan towilah. Mad silah qosirah ialah apabila ha’ dhomir

mendahului huruf hijaiyyah selain daripada hamzah. Ia dibaca 2 harakat ketika wasal dan

ketika waqaf dimatikan hak domir tersebut. Mad silah towilah pula ialah apabila ha’ dhomir

mendahului hamzah. Mengikut riwayat hafs thoriq Syatibi ia dibaca 4 atau 5 harakat ketika

wasal dan apabila waqaf ia dimatikan.

MAD DISEBABKAN SUKUN

Mad arid lilsukun

Mad lin

Mad lazim

Page 27: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

19

Mad tamkin.

Apabila berhimpun dua huruf ya dengan syarat ya yang pertama bertasdid dan berbaris

kasrah dan ya kedua sukun.

Mad iwadh.

Ia terjadi apabila waqaf pada huruf bertanwin mansub kecuali ta marbutoh. Bacaannya 2

harakat kerana ia mad tabie yang terjadi ketika waqaf.

Mad faraq.

Ia terjadi apabila hamzah wasal yang berada sebelum lam takrif dimasuki hamzah

istifham. Ia sebahagian daripada mad lazim kalimi sama ada muthaqqal dan mukhaffah.

Mad takzim

Terjadi apabila huruf mad pada kalimah la nafiah bertemu hamzah pada kalimah "إله".

Hukumnya harus dibaca 4 atau 5 harakat kerana ia sebahagian daripada mad jaiz

munfasil.

Mad tabriah.

Terjadi apabila huruf mad pada kalimah la nafiah bertemu dengan huruf hijaiyyah selain

daripada hamzah. Hukumnya wajib dibaca 2 harakat kerana ia sebahagian daripada mad

asli.

2.7 HUKUM WAQAF DAN IBTIDA’

Waqaf

Waqaf pada bahasa : menahan.

Waqaf pada istilah : memutuskan suara bacaan di akhir perkataan pada kadar masa

boleh bernafas mengikut adatnya serta berniat untuk menyambung semula bacaan.

Hukum Belajar : Wajib pada pandangan setengah ulama’

Bahagian Waqaf

Waqaf boleh di bahagikan kepada empat bahagian;

Page 28: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

20

1. Waqaf Ikhtiari iaitu waqaf pilihan yang dilakukan oleh pembaca tanpa sebarang

sebab yang tertentu.

2. Waqaf Idhtirari iaitu waqaf terpaksa ( darurat) yang dilakukan pembaca kerana

kehabisan nafas, terbersin, menguap dan sebagainya.

3. Waqaf Intizhari iaitu waqaf tangguh yang dilakukan oleh pembaca kerana

membaca wajah ( qiraat) yang lain daripada wajah bacaan yang diterima.

4. Waqaf Ikhtibari iaitu waqaf pengetahuan yang dilakukan oleh pembaca bertujuan

untuk menerangkan perbezaan antara maqtu’ dan maushul. Ithbat dan mahdzuf,

menyoal dalam peperiksaan atau mengajar.

Waqaf Ikhtiari dibahagikan kepada jenis;

1. Waqaf Tam ( berhenti dengan sempurna) iaitu waqaf pada kalimah yang tidak

mempunyai hubungan dengan kalimah selepasnya dari segi lafaz dan makna.

2. Waqaf Kafi ( berhenti memadai ) iaitu waqaf pada kalimah yang tidak mempunyai

hubungan dengan kalimah selepasnya dari segi lafaz tapi mempunyai hubungan

dari segi makna.

3. waqaf Hasan(berhenti yang baik ) iaitu waqaf pada kalimah yang boleh memberi

faham akan maknanya yang jelas tetapi mempunyai hubungan dengan kalimah

atau ayat selepasnya dari segi lafaznya.

4. Waqaf Qabih ( berhenti yang tidak baik) iaitu waqaf pada kalimah yang tidak

memberi faham akan maknya kerana berhubung kuat deengan kalimah

selepasnya kecuali darurat dan ( jika berlaku) wajib memulakan dengan kalimah

sebelumnya.

Ibtida’

Makna Ibtida’ pada bahasa : permulaan.

Pada istilah : Memulakan bacaan al-Quran sama ada selepas waqaf atau qata’

Hukum Ibtida’ terbahagi dua jenis;

1. Ibtida’ Jaiz ( permulaan yang harus) iaitu memulakan bacaan pada kalimah yang

dapat memberi faham akan maknnya serta tidak bersalahan dengan apa yang

dikehendaki Allah Ta’ala

Page 29: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

21

2. Ibtida’ Tidak Jaiz ( permulaan yang tidak harus) iaitu memulakan bacaan pada

kalimah yang tidak menyampaikan maksud yang sebenar atau boleh mengubah

makna yang dikehendaki.

2.8 Latihan

Gunakan CD holy Quran versi 6.5 dan amat-amati bagaimana makhraj

dan sifat huruf-huruf hijaiyyah diamalikan.

Rujuk kepada guru al-Quran tertentu dan praktikkan bacaan Ikhfa’ yang

nun sakinah atau tanwin bertemu dengan huruf-huruf isti’lak.

Tatbiqkan bacaan idgham kamil dan naqis dalam bacaan surah al-insan

Sediakan penjelasan istilah-istilah yang berkaitan dengan hukum mad

berikut : mad wajib, mad lazim , mad jaiz , mad farq , mad tamkin dan

mad takzim

Dapatkan seberapa banyak maklumat berkaitan hikmah hukum ro yang

boleh di baca dua wajah di perpustakaan atau pusat sumber yang

berdekatan.

Catatkan pendapat-pendapat ahli tafsir ketika mentafsirkan perkataan

tartil ketika mentafsirkan ayat 4 surah muzzammil.

Senaraikan waqaf-waqaf jibril yang disepakati yang terdapat di dalam al-

Quran dan kenapakah di tempat-tempat tersebut kita disunnahkan

Waqaf.

Page 30: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

22

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, pelajar akan menganalisis hukum-hukum tajwid dan memperdengarkan

bacaan Al-Quran secara bertajwid mengikut Rasm Uthmani menurut Riwayat Hafs pada

surah-surah yang ditetapkan.

HASIL PEMBELAJARAN

KERANGKA TAJUK

3.1 Surah Al-Fatihah

3.2 Surah Al-Zalzalah

3.3 Surah Al-Baiyinah

3.4 Surah Al-Qadr

3.5 Surah Al-‘Alaq

3.6 Surah Al-Tin

3.7 Surah Al-Insyirah

3.8 Surah Al-Dhuha

3.9 Latihan

UNIT 3

AMALI TAJWID

Di akhir topik ini, pelajar dapat: I Menganalisis hukum-hukum tajwid yang telah dipelajari yang terdapat di

dalam surah-surah yang ditetapkan.

ii Memperdengarkan bacaan Al-Quran secara bertajwid mengikut Rasm

Uthmani menurut Riwayat Hafs pada surah-surah yang ditetapkan.

Page 31: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

23

3.1 Surah Al-Fatihah

م نٱللبس م د١ٱلرحيمٱلرح حم ٱل رب لمينلل ع ن٢ٱل م م٣ٱلرحيمٱلرح لكيو ينم بدوإياكإياك٤ٱلد نع

تعين دنا٥نس طٱه ر تقيمٱلص مس ط٦ٱل رٱلذينصر غي هم تعلي عم ضوبأن مغ ولٱل هم ٧ٱلضال ينعلي

3.2 Surah Al-Zalzalah

زلتإذا ضزل ر زالهاٱل رجت١زل ضوأخ ر قالهاٱل نوقال٢أث نس بارها٣مالهاٱل ثأخ تحد مئذ يو

حىلهابأن٤ در٥ربكأو يص مئذ ٱلناسيو لهم م أع ا تاتال يرو رايرهفمن٦أش خي قالذرة مث مل ٧ۥيع

ايره شر قالذرة مث مل ٨ۥومنيع

3.3 Surah Al-Baiyinah

زلتإذا ضزل ر زالهاٱل رجت١زل ضوأخ ر قالهاٱل نوقال٢أث نس بارها٣مالهاٱل ثأخ تحد مئذ يو

حىلهابأن٤ در٥ربكأو يص مئذ ٱلناسيو لهم م أع ا تاتال يرو رايرهفمن٦أش خي قالذرة مث مل ٧ۥيع

ايره شر قالذرة مث مل ٨ۥومنيع

3.4 Surah Al-Qadr

لةإنا هفيلي ن رأنزل قد لة١ٱل رىكمالي روماأد قد رلةلي ٢ٱل قد ٱل ر فشه أل ن رم ئكةتنزل٣خي

مل وحوٱل ٱلر

ر أم نكل نرب همم لع٤فيهابإذ مهيحتىمط رسل فج ٥ٱل

3.5 Surah Al-‘Alaq

رأ مبٱق نخلق١خلقٱلذيرب كٱس نس رأ ٢علقمن ٱل رموربكٱق ك قلمعلمبٱلذي٣ٱل نعلم٤ٱل نس ٱل

لم يع نكلإن٥مالم نس ٱل غى نىرءاهأن٦ليط تغ عىإنإلىرب ك٧ٱس ج ت٨ٱلر هىٱلذيأرءي ٩ين

داا عب تإنكانعلى١٠إذاصلى هدىأرءي أمرب١١ٱل وىأو ت١٢ٱلتق أرءي ١٣إنكذبوتولى ألم

لمبأن ابكل١٤يرىٱلليع فع ينتهلنس ذب١٥ٱلناصيةلئنلم ك ناصية عناديه١٦ةخاطئة يد ع١٧ۥفل سند

هو١٨ٱلزبانية جد كللتطع تربوٱس ١٩۩ٱق

3.6 Surah Al-Tin

تونووٱلت ين ذا٢وطورسينين١ٱلزي بلدوه مينٱل نا٣ٱل خلق نلقد نس سٱل فيأح ويم هثم٤نتق ن ردد

فلين فلس تءامنواوعملواٱلذينإل٥أس لح ٱلص نون رمم رغي أج دبفما٦فلهم بكبع ينيكذ س٧ٱلد ألي

كمٱلل كمينبأح ح ٨ٱل

Page 32: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

24

3.7 Surah Al-Insyirah

ركألم لكصد رح رك١نش ناعنكوز ركٱلذي٢ووضع رك٣أنقضظه نالكذك فإنمع٤ورفع

ر عس اٱل را رمعإن٥يس عس راٱل تف٦يس غبوإلىرب كف٧ٱنصب فإذافرغ ٨ٱر

3.8 Surah Al-Dhuha

حى لو١وٱلض رلكمن٣ماودعكربكوماقلى٢إذاسجىٱلي خرةخي ولىولل ف٤ٱل طيكولسو يع

ضى كيتيماف٥ربكفتر يجد فهدىووجدك٦اوى ألم نىووجد٧ضال ٨كعائلفأغ

3.9 Latihan

Gunakan pita rakaman audio atau radio syeikh-syeikh qurra’ yang

muktabar serta analisis bacaan al-Quran mereka berdasarkan hukum-

hukum tajwid yang telah dipelajari

Pratikkan kesemua surah-surah di atas secara talaqqi dan musyafahah

bersama tutor masing-masing.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan

i. Aplikasi Whatssap

ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 30 minit bagi satu

sesi.

B. Tajuk Pembelajaran: Tajwid, Rasm dan Dhabt dalam Kaedah Iqra’

i. Kemahiran Tajwid, Rasm dan Dhabt dalam Kaedah Iqra’ (DT)

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:

i. Surah Al-Fatihah (DT)

ii. Surah Al-Zalzalah (DT)

iii. Surah Al-Baiyinah (DT)

iv. Surah Al-Qadr (DT)

v. Surah Al-‘Alaq (DT)

vi. Surah Al-Tin (DT)

vii. Surah Al-Insyirah (DT)

Page 33: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

25

viii. Surah Al-Dhuha (DT)

D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Semakan kehadiran

ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk

iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian

Page 34: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

26

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah konsep-konsep bidang penulisan

dan pengumpulan al-Quran dari zaman Rasulullah hinggalah ke zaman Saiyidina Abu Bakar

al-Siddiq R.A. dan zaman Saidina Uthman bin Affan R.A. Seterusnya, kaedah-kaedah

penulisan Rasm Uthmani termasuk kaedah al-Hazf, al-Ziyadah, ibdal, al-Wasl dan al-Fasl,

kaedah penulisan al-Hamzah dan kaedah ma fiihi qiraataini di samping mengetahui kelebihan

dan keistimewaan Rasm Uthmani. Akhir sekali, perbincangan tentang kaedah al-Dabt dan

nuqat dalam rasm Uthmani serta maksud tanda-tandanya. .

HASIL PEMBELAJARAN

KERANGKA TAJUK

4.1 Pengenalan Rasm Uthmani dan sejarah ringkas penulisan Al-Quran

4.2 Kaedah dan Kelebihan Rasm Uthamani

4.3 Dhabt al-Quran Rasm Uthmani

4.4 Latihan

4.1 Pengenalan Rasm Uthmani dan sejarah ringkas penulisan Al-Quran

UNIT 4

RASM UTHMANI DAN DHABT AL-QURAN

Di akhir topik ini, pelajar dapat: i Menghuraikan Pengenalan Rasm Uthmani dan sejarah ringkas penulisan Al-

Quran

ii Menjelaskan Kaedah dan Kelebihan Rasm Uthmani

iii Menjelaskan Dhabt al-Quran di dalam mushaf Rasm Uthmani

Page 35: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

27

Rasm Uthmani ialah tulisan mashaf-mashaf Al Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh

Saidina Uthman r.a untuk menulis kalimah-kalimah Al Quran dan huruf-hurufnya. Ia juga

ditakrifkan sebagai satu ilmu untuk mengetahui perbezaan antara mashaf-mashaf Rasm

Uthmani dengan mashaf-mashaf Rasm Qiyasi. Sebahagian ulama mendefinisikannya

sebagai sebarang penulisan yang menyalahi cara penulisan lafaz-lafaz disebabkan ziyadah,

hadhf, ibdal dan sebagainya.

Dr. Syaaban Muhammad Ismail pula mendefinisikannya dengan lebih terperinci sebagai satu

keterangan yang membicarakan mengenai mashaf-mashaf yang ditulis pada zaman Saidina

Uthman r.a dan diutus ke kota-kota Islam ketika itu. Kaedah penulisannya pula merangkumi

tujuh huruf Al Quran, ditulis tanpa mempunyai titik dan baris serta terdapat dalam semakan

terakhir dan tidak dimansuhkan bacaannya.

Rasm Uthmani ini juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada para

sahabat yang bertanggungjawab untuk menulis mashaf-mashaf dengan menggunakan rasm

tersebut. Di samping itu, ia juga dinamakan sebagai Rasm Taufiqi kerana kebanyakan ulama

berpendapat bahawa rasm tersebut merupakan kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w

dan bagindalah yang memerintahkan supaya ianya digunakan dalam penulisan al Quran pada

ketika itu.

Daripada definisi-definisi yang dikemukakan oleh para ulama, dapat disimpulkan bahawa

Rasm Uthmani itu ialah tulisan asal Al Quran yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada

Rasulullah s.a.w dan rasm inilah yang digunakan oleh para sahabat untuk menulis ayat-ayat

Al Quran dan dinisbahkan kepada Saidina Uthman r.a kerana beliaulah yang mengarahkan

supaya Al Quran disalin semula kepada beberapa buah mashaf dengan menggunakan rasm

tersebut.

Pengertian rasm

Rasm ialah pembentukan lafaz atau perkataan melalui penggabungan huruf-huruf hijaiyah

atau gambaran-gambaran kalimah yang seterusnya dapat dituturkan. Ia juga boleh diertikan

sebagai apa sahaja yang berkaitan dengan apa-apa jenis khat.

Ilmu Rasm pula ialah satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-lafaz atau ucapan

untuk memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu yang

membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan

huruf penulisan (rasm) Al Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w yang diikuti secara

Page 36: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

28

ijma’ (sepakat) oleh seluruh ulama’ mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk taufiqiyah

dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi Muhammad s.a.w.

Pembahagian Rasm

Rasm Al Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu: 1. Rasm Qiyasi / Imla’ie • Penulisan

menurut ucapan atau pertuturan.

2. Rasm Istilahi / Uthmani • Penulisan menurut kaedah tertentu yang mana ia tidak sama

dengan penulisan biasa dari segi sebutan disebabkan ia menggunakan beberapa keadah

seperti membuang, menambah, mengganti, menyambung, atau memisahkan huruf dan

penulisan hamzah. Kebanyakan mashaf ditulis mengikut kaedah ini. Oleh itu, penulisan

mashaf Uthmani ini diakui sebagai penulisan yang bersifat taufiqiyah. Maka, penggunaan

tulisan Imla’ie tau Qiyasi tidaklah diharuskan.

Perbezaan Rasm Uthmani Dengan Rasm Imla’i

Terdapat perbezaan antara Rasm Uthmani dengan Rasm Imla’iy. Perbezaan ini hanyalah

pada kedudukan sesuatu huruf, hazaf dan ziadah. Konsep ini berkait rapat dengan kaedah

bahasa Arab.

Perbezaan ini mempunyai implikasi besar dalam ilmu bahasa dan ilmu Qiraat. Dua perkara

ini tidak dapat dibincangkan di dalam tulisan yang pendek ini. Ia memerlukan pengetahuan

bahasa yang baik dan ilmu Qiraat yang dipelajari daripada guru yang mursyid secara Talaqqi

dan Mushafahah. Walau bagaimanapun dibawakan dua contoh mudah untuk menerangkan

betapa perlu dikekalkan Rasm Uthmani dalam penulisan Al-Quran. Ia mempunyai hubungan

yang sangat rapat dan penting dengan kaedah bacaan Al-Quran mengikut Qiraat Tujuh.

Sejarah Ringkas Penulisan al-Quran

AL-QURAN yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw melalui beberapa cara iaitu:

a) Jibril memasukkan ke dalam hati Baginda dalam keadaan Baginda tidak melihat apa-

apa, hanya Baginda berasa bahawa wahyu itu berada dalam hatinya.

b) Malaikat memperlihatkan dirinya sebagai seorang lelaki dengan mengucapkan ayat

kepada Baginda sehingga Baginda benar-benar dapat menghafaz ayat yang

diturunkan itu.

Page 37: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

29

c) Wahyu datang kepadanya berserta bunyi loceng. Ini adalah cara yang paling berat

dihadapi oleh Baginda sehingga keadaan baginda sangat panas walaupun ketika itu

cuaca sangat sejuk.

d) Jibril memperlihatkan dirinya yang sebenar sepertimana yang dialami oleh Baginda

sewaktu turunnya ayat surah al-Muzammil.

Sejarah penurunan al-Quran pula terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:

Allah menurunkan al-Quran ke Luh Mahfuz secara sekali gus bukannya secara

beransur-ansur. Firman Allah dalam surah al-Buruj ayat 21 - 22 yang bermaksud:

“Bahkan apa yang didustakan mereka itu ialah al-Quran yang mulia, yang tersimpan dalam Luh Mahfuz.”

Dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia juga diturunkan sekali gus. Firman Allah

SWT dalam surah ad-Dukhan ayat 3 maksudnya:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran di malam yang penuh keberkatan.”

Firman-Nya lagi dalam surah al-Qadar ayat 1 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr.”

Firman-Nya lagi dalam surah al-Baqarah ayat 185 maksudnya:

“Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran.”

Turun dari langit dunia kepada Nabi saw melalui perantaraan Jibril bermula tanggal 17

Ramadan. Firman Allah dalam surah as-Syura ayat 192-195 maksudnya:

“Dan sesungguhnya al-Quran itu benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam,

dibawa turun oleh Ar-Ruhul Amin (Jibril) ke dalam hatimu (Muhammad saw) supaya

kamu menjadi salah seorang di antara orang yang memberi peringatan dengan

bahasa Arab yang jelas.”

Setiap ayat yang dibawa oleh Jibril dihafaz oleh Nabi SAW kemudian baru dibacakan kepada

sahabat. Nabi saw menghafaznya betul-betul bimbang jika tertinggal perkataan tertentu atau

huruf tertentu. Baginda mengulangi bacaan ketika Qiamullail (bangun malam) dan solat.

Setiap tahun sekali Nabi SAW ditasmi (mendengar dan membetulkan) bacaannya oleh Jibril

Page 38: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

30

(Angel Gabriel) dalam bulan Ramadan secara bertadarus. Pada akhir hayat Baginda, Jibril

mentasmi’nya sebanyak dua kali.

Sahabat berusaha dan bersungguh-sungguh menghafaz dan mempelajari serta

memahaminya dengan menjauhi kenikmatan tidur dan rehat. Sebagaimana Rasulullah saw,

sahabat turut memanfaatkan masa malam mereka untuk memantapkan hafalan mereka. Di

antara huffaz (penghafaz / penghafal Al-Quran) terkenal daripada sahabat iaitu empat orang

Khulafa Ar-Rasyidin (Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan dan Ali bin Abi

Talib), Talhah, Ibnu Mas’ud, Huzaifah, Abu Hurairah, Ibnu Omar, Ibnu Abbas, Ai’syah dan

Hafsah (isteri Rasullullah). Selain itu, termasuk daripada orang-orang Ansar (penduduk asal

Kota Madinah) seperti Ubai bin Ka’ab, Muaz bin Jabal, Zaid bin Thabit, Abu Darda’ dan Anas

bin Malik.

Pada masa yang sama, Nabi SAW juga melantik beberapa sahabat sebagai penulis wahyu.

Mereka menulisnya sebagai salah satu teori pembelajaran berkesan setiap kali wahyu turun

sebagai tambahan dalam hafalan supaya tidak hilang begitu saja. Di antara penulis itu ialah

empat Khulafa’ Ar-Rasyidin, Muawiyah bin Abu Sufian, Khalid bin al-Walid, Ubai bin Kaab dan

Zaid bin Thabit. Penulisan pada waktu itu hanya dibuat diatas kulit kayu,batuan,kulit haiwan

dan kain-kain sahaja berikutan kertas belum diketemukan.

Pada masa itu iaitu sewaktu Rasulullah SAW masih hidup, ayat al-Quran tidak dihimpunkan

dalam satu mashaf (teks lengkap yang berbuku). Ini disebabkan kepada beberapa faktor iaitu:

• Tidak ada faktor yang membolehkan untuk dikumpul satu mashaf daripada

kemudahan penulisan, sedangkan sewaktu itu ada ramai huffaz(penghafal Al-Quran)

dan qurra’(pembaca Al-Quran).

• Ada di antara ayat yang diturunkan itu nasikh dan mansukh(hukum atau ayat yang

bertukar disebabkan perkara tertentu).

• Ayat al-Quran tidak diturunkan sekali gus, tetapi beransur-ansur.

• Setiap ayat yang turun adalah atas satu-satu faktor, sebab dan peristiwa.

Pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah ramai huffaz mati dalam peperangan

Yamamah iaitu hampir 70 orang. Lalu Saidina Umar mencadangkan kepada Saidina Abu

Bakar supaya dihimpunkan helaian ayat-ayat Al-Quran yang ditulis berasingan sebelumnya

kerana bimbang akan kehilangannya dengan sebab kematian huffaz dan qurra’.

Page 39: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

31

Pada mulanya beliau ragu-ragu kerana Nabi SAW tidak pernah melakukannya dan takut

seandainya berlaku perubahan ayat atau pertukaran ayat al-Quran. Selepas dibincang

dengan teliti, atas alasan maslahah dan menyedari bahawa ia adalah satu wasilah yang paling

agung untuk memudahkan menghafaznya serta mengelakkan daripada hilang dan luput,

maka Saidina Abu Bakar bersetuju untuk dikumpulkan ayat al-Quran itu.

Maka dipanggil beberapa huffaz dan penulis wahyu zaman Nabi saw yang masih hidup

antaranya Zaid bin Thabit bagi meneruskan usaha penulisan al-Quran. Al-Quran kemudian

ditulis oleh Zaid hasil pengumpulan daripada lembaran yang ada dan akhirnya diikat kemas,

tersusun turutan ayatnya sebagaimana yang ditetapkan oleh Rasulallah SAW. Mashaf ini

diserahkan kemudiannya kepada Saidina Abu Bakar. Selepas kewafatannya, diserahkan pula

kepada Saidina Umar al-Khattab. Selepas beliau wafat, mashaf itu dipindahkan ke rumah

Hafsah, isteri Rasulullah SAW yang juga anak Saidina Umar sehingga ke saat pengumpulan

dan penyusunan Al-Quran pada zaman Khalifah Uthman.

Apabila berlaku pertentangan dari sudut bacaan ayat Al-Quran (disebabkan kemunculan ilmu

Qiraat yang telah diizinkan Nabi Muhammad sebelumnya), ia akhirnya memaksa kepada

tindakan Khalifah Uthman untuk membukukan Al-Quran. Maka dibentuk satu jawatankuasa

penyelaras dalam usaha membukukannya. Pada peringkat awal, jawatan kuasa penyelaras

Al-Quran itu telah membukukan sebanyak 6 buah naskah Al-Quran iaitu untuk dipegang oleh

Khalifah Uthman bin Affan sendiri,naskah dihantar ke Kota Basrah, naskah kepada kota Kufah

dan kota Syam serta sebuah naskah ke kota Madinah Al-Munawwarah dan sebuah lagi ke

kota Makkah AlMukarramah. Manakala,kemudiannya diciptakan 2 buah naskah khas yang

disalin terus dari naskhah Khalifah Saidina Uthman bin Affan untuk pegangan Sheikh Umar

Dany dan Sheikh Abu Daud Sulaiman bin Najah.Dua salinan baharu itu hanya digunakan

tatkala timbulnya perselisihan berkenaan teks salinan sebenar Kitab suci Al-Quran, serta

membetulkan keraguan dalam mashaf Al-Quran enam buah seperti yang dinyatakan diatas,

akibat timbul dari perbezaan sebutan dan periwayatan imam-imam Qiraat.

Mashaf Uthmani yang asli yang dipegang oleh Khalifah Uthman sendiri serta 2 buah kitab

yang disalin darinya sebenarnya ditulis dan disalin mengikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy

yang tepat mengikut bacaan Nabi Muhammad selaku seorang yang berbangsa Arab

Quraisy.Ini dapat dibuktikan dengan penulisan dan pembarisan ayat-ayat Al-Quran mashaf

Uthmani itu sendiri yang diriwayatkan oleh Hafs bin Sulaiman ibn Mughairah Al-Asadi Al-Kufi

menurut bacaan Asim bin Abi Najud Al-Kufi At-Taabie daripada Abi AbdilRahman Abdillah bin

Habibi Sulami daripada Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Sabith dan Ubai bin

Kaab dan akhirnya daripada Muhammad bin Abdullah(Nabi SAW).

Page 40: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

32

Manakala cara membarisnya pula adalah diambil daripada apa yang telah diakui

kesahihannya oleh para Ulama seperti yang dibandingkan dalam Kitab “At-Tarazu Ala Dhabtil

Kharazi” karangan Imam At-Tanassi dengan mengambil tanda-tanda Al-Khalil bin Ahmad dan

Para pengikut daripada kalangan(Masyariqah) Masyarakat Al-Quran,gantian daripada

tandatanda yang disepakati oleh orang Andalusia(di Spanyol) dan orang-orang Maghribi.

Akhirnya terhasillah apa yang dinamakan Mashaf Uthmani hasil penggemblengan tenaga oleh

Zaid bin Thabit sebagai ketua, Abdullah bin Zubair, Said bin Ash dan Abdul Rahman bin Harith

bin Hisyam. Akhirnya mashaf Uthmani itu bertebaran ke seluruh dunia yang menjadi panduan

umat Islam yang paling utama hingga hari ini.

Nota: Walaupun Al-Quran yang telah distandardkan mengikut resam mashaf Uthmani

sekarang,namun masih ada lagi saki baki kitab-kitab Suci Al-Quran mengikut resam yang

berlainan seperti Al-Quran Muhammad(Quranul Majid),Mashaf Madinah dan lain-lain.Hal ini

disebabkan Al-Quran tersebut diselaraskan dengan bacaan sesuatu pegangan imam

Qiraat(Imamimam Syatibi) yang khusus,tidak mengikut standart bacaan Arab Quraisy yang

dipersetujui bersama.Namun begitu ayat-ayat Al-Quran dalam Teks resam yang lain dari

mashaf Uthmani tidak mengubah akan ayat-ayat dan maksud Al-Quran itu,Cuma mungkin

berlainan dari segi tanda baris akibat dari sebutan yang diriwayatkan oleh imam-imam Qiraat

yang berlainan.Namun diharapkan Al-Quran versi bukan mashaf Uthmani diminta untuk tidak

dibuat bacaan ataupun hafalan bagi mengelakkan kekeliruan.

Tahap Penulisan Al-Quran

Penulisan al-Quran Rasm Uthmani seperti yang terdapat sekarang ini melalui tahap-tahap

berikut:

i. Tahap Pertama: Belum diletakkan sebarang tanda.

ii. Tahap Kedua: Ditandakan titik (العراب yang dipelopori oleh/Abu al-Aswad alDuali ( نقطة

(meninggal dunia pada tahun 69 Hijrah pada zaman Khalifah Marwan bin alHakam).

iii. Tahap Ketiga: Mula ditandakan dengan titik (العجام yang dipelopori oleh Yahya bin (نقطة

Ya'mar dan Nasyr bin 'Asim al-Laisy dengan perintah Gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin Yusof

al-Thaqafi,

Page 41: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

33

iv. Tahap Keempat: Mula diletakkan dengan tanda-tanda baris (harakah) yang dipelopori oleh

al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi pada zaman pemerintahan Abbasiyah iaitu Khalifah Abdul

Malik bin Marwan.

v. Tahap Kelima: Ditambah dengan tanda-tanda waqaf dan lain-lain tanda lagi. Tulisan

alQuran dengan menggunakan Khat Nasakh mula dicetak buat pertama kalinya di Hamburg,

Jerman pada tahun 1694 Masihi (1113 Hijrah) dan seterusnya dicetak di negara-negara Islam

yang lain sehingga ke hari ini.

4.2 Kaedah dan Kelebihan Rasm Uthmani

4.3 Dhabt al-Quran Rasm Uthmani

Mushaf-mushaf yang disalin dari Suhuf Au Bakar r.a. pada masa khalifah Uthman bin Affan

r.a. tidak bertitik dan tidak berbaris. Tujuannya untuk dapat menampung berbagai qiraat.

Demikian pula Mushaf-mushaf yang disalin dari Mushaf Uthmani pada waktu itu tidak diberi

titik dan dan baris. Dengan demikian tulisan yang tidak bberbaris dan tidak bertitik itu dapat

menampung berbagai qiraat yang diturunkan oleh Allah kepada Rasul-Nya s.a.w. Ahmad

Syarsal mengatakan, pada mulanya yang menunjukkan baris huruf hanya alif. Maksudnya

huruf alif yang tercantum dalam tulisan Mushaf menunjukkan huruf sebelumnya dibaca fathah

(berbunyi a), seperti: ق ال . Menurut sebahagian ulama huruf-huruf yang menunjukkan

harakat itu ada tiga huruf, iaitu: alif, waw dan ya. Huruf alif menunjukkan haruf sebelumnya

berbunyi “a” (fathah). Huruf waw menunjukkan haruf sebelumnya berbunyi “”u” (dhommah).

Dan huruf ya menunjukkan haruf sebelumnya berbunyi “i” (kasrah). Mushaf yang tidak bertitik

dan tidak berbaris dipandang biasa dan tidak mendatangkan kemusykilan bagi pembacanya

pada masa pemerintahan khalifah Uthman r.a. dan beberapa tahun selepasnya. Orang-orang

Islam pada masa itu tidak menghadapi sebarang kesukaran dalam membaca al-Quran dan

memilah di antara kata-kata yang huruf-hurufnya serupa. Hal itu dikeranakan kemurnian naluri

ke’araban dalam diri orang-orang Islam dan juga kerana mereka mengambil al-Quran secara

langsung dari mulut Rasulullah s.a.w. atau daripada para sahabat yang mengambilnya

langsung dari Nabi s.a.w. Ditambah lagi orang-orang ‘Ajam (non Arab) pada masa itu masih

belum banyak yang memeluk agama Islam, sehingga bahasa Arab komunikasi pada masa itu

masih dapat dikawal dan belum banyak dipengaruhi oleh bahasa lain. Orang-orang Islam

masih bertutur dengan bahasa Arab yang faseh dan membaca al-Quran tanpa kesukaran.

Pemberian Baris (نقطةالعراب ) pada masa pemerintahan Mu’awiyah bin Abi sufyan ( 41 – 66

H.) Keadaan yang demikian telah berubah, dengan meluasnya wilayah Islam ke negeri-negeri

Page 42: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

34

‘Ajam (non ‘Arab). Banyak penduduk negeri yang ditaklukkan memeluk agama Islam. Mereka

mula berbaur dengan orang Arab dan belajar bahasa Arab. Pada masa itu bahasa Arab sudah

rusak disebabkan pengaruh bahasa orang non Arab yang masuk Islam itu. Kesalahan dalam

bertutur bahasa Arab telah nampak jelas dan lebih jelas lagi apabila sebahagian mereka

membaca al-Quran. Keadaan seperti ini perlu diatasi segera dengan meletakkan tanda-tanda

yang membantu pengucapan katakata al-Quran yang betul, tanpa menyentuh rasm uthmani.

Abu ‘Amrin al-Dani ( w. 444 H. ) meriwayatkan dari Muhammad al-Qasim al-Anbari dengan

mengatakan: Ayahku menceritakan kepadaku, ujarnya: Telah menceritakan kepada kami Abu

‘Ikrimah, ujarnya: Al-‘Utbi mengatakan: “Mu’awiyah r.a. mengirim sepucuk surat kepada Ziyad

(w.53 H.), meminta anaknya ‘Ubaidullah datang. Setelah Ubaidullah datang bertemu

Mu’awiyah, lalu Mu’awiyah bercakap dengannya. Dalam percakapan itu Mu’awiyah

mendapati kesalahan bahasa anaknya. Lalu Mu’awiyah memulangkan anaknya itu kepada

Ziyad, serta menulis sepucuk surat mencelanya dengan mengatakan: Pantaskah seperti

‘Ubaidullah ini disia-siakan?”. Setelah Ziyad membaca surat Mu’awiyah itu, maka ia

menghubungi Abu al-Aswad al-Duali (w.69 H.) seraya mengatakan: “Hai Abu al-Aswad,

sesungguhnya orang-orang yang berkulit putih (orang-orang non Arab) telah banyak yang

berbaur dengan orang Arab dan mereka sudah merusak bahasa Arab. Mahukah engkau

berbuat sesuatu yang dapat digunakan bagi membetulkan bahasa mereka dan bagi membaca

al-Quran tanpa kesalahan baris akhir? Permintaan Ziyad itu ditolak oleh Abu al-Aswad Al-

Duali. Penolakan Abu al-Aswad yang demikian tidak membuat Ziyad kehabisan akal. Dia

mengatur siasat dengan menyuruh seorang laki-laki duduk di tepi jalan yang biasa dilalui oleh

Abu al-Aswad. Ziyad berpesan kepada laki-laki itu: “Kalau kamu melihat Abu al-Aswad

melintas di hadapanmu bacalah ayat al-Quran secara salah”. Laki-laki itupun menurut apa

yang dikatakan oleh Ziyad, sehingga apabila Abu al-Aswad melintas di hadapannya, ia pun

membaca ayat ketiga dari surah al-Tawbah:

ن نوأذ ملناسٱإلىۦورسولهللٱم ٱيو حج برٱل ك نللٱأنل ركينٱبريءم مش رۥورسولهل فهوخي تم فإنتب

ف تم وإنتولي لمواٱلكم جزيع رمع غي رللٱأنكم ٣كفروابعذابأليملذينٱوبش

Dengan mengkasrahkan baris “lam” pada kata ورسوله yang membawa maksud: “Allah

memutuskan hubungan dengan orang-orang musyrik dan rasulNya”. Bacaan yang betul

adalah dengan mendhammahkan “lam” ورسول ه , yang membawa pengertian: Allah dan

RasulNya memutuskan hubungan dengan orang-orang musyrik. Mendengar bacaan itu Abu

al-Aswad berkata: Maha Suci Allah dari pemutusan hubungan dengan RasulNya). Setelah itu

Abu al-Aswad al-Duali segera datang menjumpai Ziyad dan menyatakan kesediaannya

meletakkan dasar-dasar i’rab al-Quran. Untuk keperluan itu Abu al-Aswad meminta kepada

Page 43: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

35

Ziyad agar diutus kepadanya tiga puluh orang ulama untuk dipilih di antara mereka satu orang

yang dapat membantunya memenuhi permintaan Ziyad. Ziyad segera mengirim sejumlah

ulama yang diminta oleh Abu al-Aswad. Dari jumlah tiga puluh orang itu Abu al-Aswad memilih

sepuluh orang. Kemudian dari sepuluh orang itu disaring lagi dengan amat teliti sehingga

terpilih satu orang yang bernama ‘Abd ibn al-Qais dari kabilah Basrah.

Kemudian Abu al-Aswad al-Duali menyiapkan sebuah Mushaf dan tinta yang berlainan

warnanya dari warna tulisan Mushaf. Untuk pemberian baris (tanda baca) Abu al-Aswad

mengatakan kepada temannya: saya akan membaca al-Quran dan perhatikan gerak mulud

saya. Apabila bibir saya sewaktu membaca al-Quran terangkat ke atas, maka bubuhlah satu

titik di atas huruf akhir kosakata sebagai tanda fathah (bunyi a ). Apabila gerak bibir saya ke

bawah, maka bubuhlah satu titik di bawah huruf akhir kosakata sebagai tanda kasrah (bunyi i

). Apabila mulut saya membulat ketika membaca, maka bubuhlah satu titik di depan huruf

akhir kosakata sebagai tanda dhommah (bunyi u ). Apabila saya membaca bunyi ghunnah

(tanwin), maka tambahlah satu titik di atas titik huruf yang sudah ada sebagai tanda tanwin

(bunyi nun mati).

Selanjutnya tanda sukun (bunyi huruf mati) untuk tandanya tidak diberi titik oleh Abu alAswad

al-Duali. Jadi kalau huruf akhir kosakata itu tidak dibubuhi titik, maka huruf itu bunyinya mati.

Demikianlah pemberian tanda baca (baris) dari awal hingga akhir Mushaf yang dilakukan oleh

Abu al-Aswad al-Duali bersama temannya Abd bin al-Qais dari kabilah Basrah. Titik yang

dibubuhkan oleh teman Abu al-Aswad al-Duali itu bentuknya bulat, berbeda warna dengan

warna rasm Mushaf, diletakkan pada huruf akhir setiap kosa kata al-Quran sekarang dikenal

dengan harakat (baris).

Hasil kerja Abu al-Aswad al-Duali ini terus terpakai dan diterima baik oleh para ulama,

sehingga masa Abbasyyah. Pada masa itu telah lahir seorang ulama besar bernama Khalil

bin Ahmad al-Farahidi al-Basri (w. 170 H.). Dialah yang telah melakukan beberapa perbaikan

pada titik yang diletakkan oleh Abu al-Aswad. Digantinya titik di atas huruf dengan alif yang

melintang di atasnya sebagai tanda fathah. Titik di depan huruf sebagai tanda kasrash diganti

dengan waw kecil. Titik di bawah huruf sebagai tanda kasrah diganti dengan ya kecil. Bacaan

sabdu (syiddah) ditandai dengan kepala syin. Tanda sukun diletakkan kepala kha. Hamzah

diberi tanda dengan kepala ‘ain. Demikian juga diberi tanda bagi ikhtilas, isymam dan lain-

lain. Pemberian Titik Pembeda Huruf ( ) نقطةالعجام Pada masa Abdul Malik bin Marwan (

65-87 H.) banyak terjadi futuhat (pembukaan daerah baru) di luar Jazirah ‘Arabiyyah. Orang-

orang ‘Ajam bertambah banyak yang masuk Islam dan mereka berbaur dengan orang Arab,

serta merusak bahasaArab. Kerana itu timbul kekhawatiran kerusakan bahasa Arab akan

Page 44: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

36

berpengaruh terhadap al-Quran. Abdul Malik bin Marwan memandang perlu memelihara al-

Quran dari pengaruh bahasa Arab yang telah rusak itu. Maka ia memerintahkan Al-Hajjaj bin

Yusuf al-Tsaqafi ( w. 95 H.) penguasa Basrah untuk bekerja keras menjauhkan fenomena

yang tidak sehat ini dari tertular kepada al-Quran. Lalu al-Hajjaj memilih dua orang ulama

terkemuka pada masa itu, iaitu Yahya bin Ya’mar al-Adwani al-Basri (w. sebelum 90 H.) dan

Nasr bin ‘Asim al-Laisi al-Basri (w. 90 H.) untuk memberi titik huruf-huruf yang serupa

bentuknya, agar berbeza antara satu dengan lainnya. Kedua ulama ini terkenal tidak ada

bandingannya dalam memahami rahasia-rahasia bahasa Arab dan seni-seni qiraat.

Keduanya adalah anak murid dari Abu al-Aswad al-Duali. Sejak ditugaskan oleh al-Hajjaj

kedua ulama ini bekerja keras memberi titik huruf-huruf yang serupa bentuknya untuk

membedakan antara satu dengan lainnya. Titik yang mereka meletakkan pada huruf-huruf itu

menggunakan tinta yang warnanya sama dengan warna tinta penulisan Mushaf, sehingga

berbeda dengan titik yang dibubuhkan oleh Abu al-Aswad al-Duali. Titik yang dibubuhkan

kedua ulama ini dinamakan امجلعاةطقن (titik pembeda huruf).

Dengan demikian nyatalah bahawa titik baris akhir ( نقطةالعراب ) yang dibubuhkan oleh Abu

al-Aswad al-Duali adalah lebih awal dari titik pembeda huruf ( نقطةالعجام ) yang dibubuhkan

oleh Yahya bin Ya’mar dan Nasr bin ‘Asim. Dan perbaikan-perbaikan yang dibuat oleh Khalil

bin Ahmad al-Farahdi atas titi Abu al-Aswad terkemudian dari keduanya. Perlu diketahui

bahawa titik yang dibubuhkan oleh Abu al-Aswad al-Duali dan sahabatnya itu, warna penanya

berbeda (berlainan) dengan warna pena Mushaf dan diletakkan di atas atau di bawah atau

sebelah kiri huruf akhir kosa kata. Sedangkan titik yang dibubuhkan oleh Yahya bin Ya’mar

dan Nasr bin ‘Asim, warna tintanya sama dengan warna tinta Mushaf dan titik-titik itu

mencakup huruf-huruf awal, tengah dan akhir kosa kata seluruh al-Quran. Penambahbaikan

Tanda Baca oleh al-Khalil Sebagaimana telah disebut sebelumnya seorang ulama terkemuka

dari Basrah bernama Khalil bin Ahmad bin ‘Amrin bin Tamim al-Azdi al-Farahidi (100-170 H.)

telah melakukan penambah-baikan titik yang dibubuhi oleh Abu al-Aswad al-Duali. Hal itu

disebabkan orangorang ‘Ajam yang baru masuk Islam, bahkan orang Arab sendiri merasa

musykil dalam membaca al-Quran pada Mushaf yang telah bertaburan titik dan sudah

bercampur antara titik yang dibubuhi oleh Abu al-Aswad al-Duali yang warnanya berlainan

dengan warna tulisan Mushaf dengan titik yang diletakkan oleh Yahya bin Ya’mar dan Nasr

bin ‘Asim yang warnanya sama dengan warna tulisan Mushaf. Untuk memudahkan bacaan,

Khalil bin Ahmad menggantikan titik Abu al-Aswad dengan tanda baca baru yang diambilnya

dari huruf mad. Untuk tanda baris atas (fathah) Khalil mengantikan titik di atas huruf dengan

alif yang melintang. Tanda baris bawah digantikan dengan ya kecil di bawah huruf. Tanda

baris depan digantikan dengan waw yang diletakkan di sebelah kiri huruf. Al-Tanassi

Page 45: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

37

menyebutkan, bahawa tanda baca baru ciptaan Khali itu diambilnya dari tiga huruf ‘illat , iaitu:

alif, waw dan ya. Tanda baca baris atas diambilnya dari alif dan dilintangkan di atas huruf

yang diberi baris atas. Untuk tanda baca baris depan diambil dari waw yang ditulis kecil dan

diletakkan di sebelah kiri huruf atau di atasnya. Untuk tanda baca baris bawah diambil dari

huruf ya yang ditulis kecil dan diletakkan di bawah huruf. Kemudian oleh ulama sesudah Khalil

huruf ya tersebut di ambil kepalanya dan dibuang badannya. Al-Faramawi mengatakan:

penambah-baikan tanda baca Mushaf yang dilakukan oleh Khalil bin Ahmad al-Farahidi

mencakup seluruh huruf kosa kata dalam al-Quran, baik di awal, di tengah, maupun di akhir,

termasuk huruf yang telah diberi titik dan yang tidak diberi titik sebelumnya.

Bagi kosa kata yang bertanwin (berbunyi nun mati), Al-Farahidi menambahkan satu lagi tanda

baca seumpama tanda baca huruf yang sudah ada menjadi dua tanda baca, iatu: satu sebagai

tanda baca huruf dan satu lagi sebagai lambang untuk menunjukkan pada kosa kata itu ada

bunyi tanwin (bunyi nun mati). Adapun cara meletakkan baris tanwin itu, Abu ‘Amrin al-Dani

menjelaskan, bahawa kalau sesudah tanwin itu huruf al-halq (izdhar) iaitu: hamzah, ha, kha,

‘ain, ghain dan ha (runcing), maka baris dua di atas diletakkan bersusun sejajar ujung dan

pangkalnya; baris dua di depan berhdapan dan baris dua di bawah bersusun. Kalau sesudah

tanwin itu bukan huruf al-halq, maka bentuk baris duanya diletakkan beriring seperti jajaran

genjang, iaitu: ujung baris yang di bawah menonjol ke sebelah kiri dan ujung beris yang di

atas menonjol ke sebelah kanan.

Al-Syarisi juga dalam hal meeletakkan baris tanwin mengatakan seperti dijelaskan oleh al-

Dani di atas. Selain tanda baris satu dan tanwin Khalil bin Ahmad al-Farahidi juga

menciptakan tanda baca tasydid yang diambilnya dari kepala huruf syin tidak bertitik ( سـ )

yang diambil dari kata “شديد” yang ertinya keras. Maksudnya huruf ganda itu bunyinya

bacaannya keras ketika diucapkan. Tasydid dinamakan juga dengan sukun yang berat. Huruf

bertasydid itu ialah dua huruf yang berbunyi ganda, huruf yang pertama bunyinya mati dan

huruf kedua hidup. Kemudian huruf yang mati di idghamkan kepada huruf yang hidup dan dua

huruf yang ganda itu ditulis dengan satu huruf , tetapi dalam bacaan bunyinya ganda ( ن,أب

) asalnya ( أ 16ن,أنبب(.أ Selanjutnya tanda baca sukun (huruf mati) baik di tengah maupun

di akhir suatu kata seperti م ءن ام ن , maka untuk tandanya Khalil menciptakan tanda baru

yang diambilnya dari kepada huruf kha ( حـ ) yang tidak bertitik, diambilnya dari kata “ فيفخ

“ yang bererti “ringan”. Maksudnya ringan lidah orang Arab mengucapkan huruf yang bunyinya

mati itu.

Selain apa yang telah disebutkan, Khalil juga menciptakan huruf hamzah yang diambilnya dari

kepala a’in. Dalam masa sebelumnya huruf hamzah dalam Mushaf Utsmani yang ada hanya

Page 46: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

38

bunyi ketika diucapkan, tidak ada hurufnya yang khas. Hamzah itu kadang-kadang

dilambangkan dengan huruf waw seperti و نموين . Terkadang dilambangkan dengan alif

seperti س ل dan terkadang dilambangkan dengan huruf ya seperti يدبي . Maka Khalil

menciptakan lambang baru iaitu kepala huruf a’in ( ء ), baik terletak di awal, di tengah atau di

akhir. Terkadang diletakkan di atas huruf alif, di atas huruf waw, atau ya dan terkadang ditulis

tersendiri. Tanda baca hamzah itu diambil dari huruf a’in kerana hamzah dan a’in berdekatan

makhrajnya. Demikian pula Khalil membuat tanda baru bagi Hamzah wasal yang diambil dari

kepala huruf Shad ( صـ ) yang diletakkan di atas setiap huruf alif wasal di seluruh al-Quran,

seperti:

( لذينٱ ). Ini bermaksud, kalau kepala huruf shad itu diletakkan di atas huruf alif, maka huruf alif

itu dinamakan Hamzah wasal dan bunyi bacaannya gugur ketika disambung dengan kata

sebelumnya seperti:

ط رلذينٱصر غي هم تعلي عم ضوبٱأن مغ ولل هم ٧لضال ينٱعلي

Kalau tidak disambung dengan kata yang sebelumnya, seperti kalau ia terletak di awal

kalimah, maka alif wasal itu dibaca bunyi Hamzah, seperti:

٢لصمدٱللٱ Bagi menandakan mad wajib pula Khalil memberikan tanda baca mim kecil dan dal ( ) مـد yang

diletakkan di atas huruf yang dipanjangkan. Sekarang tanda itu tidak digunakan lagi dan

diganti dengan tanda panjang yang bergelombang ( ~ آ yang diletakkan di atas huruf ( آل

mad. Adapun ar-raum dan al-isymam, Khalil tidak memberinya tanda baca, kerana

menurutnya cara membacanya harus melalui guru. Al-Suyuti menyebutkan di dalam al-Itqan

bahawa Khalil adalah orang pertama yang meletakkan tanda baca Hamzah, syiddah, al-raum

dan al-isymam, tetapi al-Suyuti sendiri tidak menjelaskan bagaimana bentuk tanda baca a-

raum dan al-isymam itu.

Al-isymam dalam mushaf al-Madinah al-Munawwarah pada kata (نا م surah Yusuf (لتأ

(12:11)

أبانامالكلتقالوا ناعلىيوسفوإنالهي م صحونۥأ ١١لن

diberi lambang segi empat dan salah satu sudutnya menghadap ke atas, diletakkan di antara

huruf Mim dan huruf Nun. Abu ‘Amrin al-Dani menyebutkan: dahulu oleh para ulama tanda al-

isymam diberi titik bulat dan merah. Tetapi belakangan kerana sukar membuat tanda seperti

itu ketika dicetak, maka para ulama menggantinya dengan tanda segi empat.

Tanda Baca Tambahan Setelah al-Khalil Selain tanda baca yang telah diciptakan oleh Khalil

Ahmad al-Farahidi, para ulama memberikan tanda baca mad ( اوى ) yang tidak tercantum

dalam rasm uthmani. Tanda-tanda baca ini adalah sebagai berikut:

Page 47: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

39

a. Tanda huruf mad ditulis kecil ( ). اوى

Al-Tanassi (w. 899 H.) menyebutkan di dalam kitabnya Syarh al-Tiraz bahwa dalam Mushaf

banyak terdapat bunyi bacaannya yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada para

sahabatnya, tetapi tidak tercantum dalam tulisan, oleh sebab itu perlu diberi tanda baca

supaya tidak disangka bunyi itu tidak ada. Huruf-huruf itu ditulis kecil berwarna merah dan

diletakkan pada tempat bunyinya diucapkan. Dibedakan warnanya dan kecil bentuknya agar

tidak serupa dengan tulisan Mushaf. Pada masa sekarang warnanya sudah disamakan

dengan warna tulisan Mushaf, namun bentuknya tetap kecil, kerana kemusykilan pada

percetakan. Huruf-huruf kecil itu diletakkan sesuai dengan tempat bunyi huruf-huruf itu

dituturkan dan sesuai dengan urutan bunyinya, bukan diletakkan di atas huruf berbaris

sebelum huruf mad.

b. Tanda panjang bergelombang ( ~ ) Tanda panjang seperti ini (~) diletakkan di atas salah

satu huruf mad yang tiga ( ) اوى

apabila sesudahnya ada Hamzah, seperti: ئك ,بماأنزل Dan huruf mad sesudahnya ,وأول

sukun seperti: لضال ينٱ , baik mad muttasil atau mad munfasil.

c. Tanda Mad silah Mad silah adalah waw sesudah ha dhamir mufrad ghaib yang berbaris

depan dan tidak tercantum tulisannya dalam Mushaf, tetapi bunyi itu diajarkan oleh Rasulullah

s.a.w. seperti :( تٱمافيۥله و لسم ) dan bunyi ya sesudah huruf ha dhamir mufrad ghaib yang

berbaris di bawah seperti:( مه عل ن ۦم ) . Al-Tanassi menyebutkan bahawa sesudah ha dhamir

itu hubungkan silah huruf waw atau ya sesudahnya. Pada contoh ( ماۥله ) di atas kalau tidak

diberi mad silah waw ketika disambung bunyinya akan serupa dengan لهما dhamir tasniyah.

d. Pemberian Tanda Alif Ziyadah (Alif Tambahan) Yang dimaksud dengan Alif ziyadah di sini

ialah alif yang tercantum dalam tulisan, tetapi tidak difungsikan dalam bacaan.

e. Pemberian nombor ayat Pada asalnya ayat-ayat Al-Quran tidak bernombor. Penomboran

ayat bermula ketika Mushaf mula dicetak. Ghanim Qadduri menyebutkan, Mushaf dicetak

pertama kali pada tahun 1694 M. / 1106 H. di Jerman di kota Hamburg oleh Abrahmi

Hinckelmanni. Pada mulanya Mushaf tidak ada nombor ayatnya; tetapi yang mencetaknyalah

yang memberi nombor ayat. Menurut Imam al-Alusi angka yang digunakan untuk pemberian

nombor ayat tersebut adalah angka yang biasa dipakai oleh ahli hisab dan dijadikan sebagai

tanda dalam hitungan. Belum adanya numbor ayat diperkuatkan lagi oleh Muhammad Tahir

Page 48: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

40

dalam kitabnya Tarikh Al-Quran, bahawa pada masa Imam Malik dia memperlihatkan Mushaf

di akhir setiap ayat adalah titik dari tinta untuk memisahkan antara ayat-ayat. Dalam

perkembangan selanjutnya numbor-numbor ayat di tulis di dalam bulatan yang

sebahagiannya diperindah dengan lukisan yang beragam.

4.4 Latihan

Aktiviti Tutorial: Berikan contoh-contoh kalimah dan huraikan perbezaan

di antara Rasm Uthmani dengan Rasm Imla’iy yang berkaitan dengan ilmu

qiraat.

Dalam Talian: Buat perbincangan dalam kumpulan berkenaan kaedah-

kaedah penulisan rasm uthmani dan hasilkan peta minda berkaitan

kelebihan-kelebihan penulisan rasm uthmani. Ikut arahan pensyarah

untuk mengupload bahan berdasarkan tajuk perbincangan.

Perbincangan:

1. Bezakan antara Hamzah Wasal dan Hamzah Qata`

2. Nyatakan cara penulisan huruf Hamzah ketika berada di tengah-tengah

kalimah.

3. Apakah hikmah perbezaan kedudukan Hamzah dalam kalimah-

kalimah al-Quran.

4. Kemukakan petikan-petikan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan

hazaf Wau dengan Ya`.

5. Hasilkan rajah yang menggambarkan perbezaan pengumpulan al-

Quran di zaman Nabi s.a.w., zaman Saiyyidina Abu Bakar dan zaman

Saiyyidina Uthman.

Page 49: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

41

SINOPSIS

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai pengenalan dan

prinsip Kaedah Iqra’ serta kemahiran Tajwid, Rasm dan Dhabt dalam Kaedah Iqra’ dalam

pengajaran al-Quran.

HASIL PEMBELAJARAN

KERANGKA TAJUK

5.1 Pengenalan dan prinsip Kaedah Iqra’

5.2 Kemahiran Tajwid, Rasm dan Dhabt dalam Kaedah Iqra

5.3 Latihan

5.1 PENGENALAN KAEDAH IQRA’

Model pengajaran kaedah Iqra’ diasaskan oleh Ustaz As’ad Humam )Pengarah Kumpulan

Tadarus Angkatan Muda Masjid dan Musalla Jogjakarta, Indonesia) pada tahun 1988

berdasarkan penyelidikan dan pengalaman luas beliau dalam pengajaran dan pembelajaran

tilawah al-Quran. Model pengajaran kaedah Iqra’ ini menggunakan buku khusus yang terdiri

daripada enam jilid berdasarkan tahap kesukaran bacaan.

UNIT 5

TAJWID, RASM DAN DHABT DALAM KAEDAH IQRA’

Di akhir topik ini, pelajar dapat: i Menghuraikan pengenalan dan prinsip Kaedah Iqra’ dalam pengajaran al-

Quran

ii Menjelaskan kemahiran Tajwid dalam Kaedah Iqra’ dalam pengajaran al-

Quran.

iii Menganalisis Rasm dan Dhabt dalam Kaedah Iqra’ dalam pengajaran al-

Quran.

Page 50: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

42

Melalui kaedah Iqra’ murid diperkenalkan dengan bunyi setiap huruf al-Quran yang bertanda

baris tanpa mengenalkan nama setiap huruf dalam al-Quran. Bagi meningkatkan keupayaan

murid untuk mengenali bunyi bagi setiap huruf, maka kaedah talqin ditekankan Melalui

kaedah Iqra’ juga, murid tidak diperkenalkan dengan istilah tajwid, namun amat menekankan

pembacaan yang mengaplikasikan hukum tajwid dalam bacaan sebenar. Sehubungan itu,

guru perlu memberikan bacaan contoh yang tepat kepada murid sesuai dengan hukum tajwid

yang terdapat dalam potongan ayat yang diajarkan.

5.2 PRINSIP ASAS KAEDAH IQRA’

Kaedah Iqra’ mempunyai beberapa ciri dan sifat khusus yang sesuai dijadikan model

pengajaran tilawah al-Quran sepertimana yang diharapkan oleh penyusunnya. Antaranya

seperti berikut:

1. Bacaan terus (bunyi) iaitu murid tidak diperkenalkan kepada nama-nama huruf hija’iyyah

dan tanda-tanda bacaan.

2. Bahan pengajaran khusus iaitu pengajaran dan pembelajaran menggunakan satu set

buku mengikut tahap kemampuan bermula dari buku satu hingga ke buku enam dengan kulit

buku berwarna sehingga mampu meningkatkan minat dan motivasi dalam kalangan murid.

3. Teknik pengajaran Cara Belajar Murid Aktif (CBMA) iaitu murid belajar secara aktif

dan guru hanya menerangkan kemahiran tertentu sahaja. Kaedah tikrar (latih tubi) amat

ditekankan sehingga murid betul-betul menguasai topik. Melalui teknik ini, yang belajar

adalah murid, jadi setelah guru menjelaskan asas pengajaran dan pelajar sudah jelas

mengulangi beberapa kali (Talaqqi Musyafahah), maka pelajar disuruh membaca sendiri

bahan berikutnya. Jika bacaan murid salah atau keliru, jangan sekali-kali mencela apalagi

mencaci dan menghina. Guru sebaliknya cuma memberi peringatan, contohnya : “Cuba ulang

sekali lagi bagaimana ? kenapa dibaca panjang ? dan sebagainya.

4. Pendekatan talaqqi dan musyafahah iaitu mempelajari bacaan al-Quran secara

langsung dengan guru. Faktor ini sangat ditekankan supaya pelajar betul-betul tahu makhraj

dan sifat-sifat huruf yang sebenarnya.

5. Tahap pengajaran berasaskan pencapaian individu. Tahap pencapaian dan kelajuan

pelajar dalam mengikuti pelajarannya adalah bergantung kepada kecekapan individu dan

Page 51: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

43

peranan guru dalam membimbingnya. Untuk penilaian dan pengesanan, rekod prestasi

perlulah disediakan dengan baik dan sistematik.

6. Pembahagian kumpulan kecil iaitu semasa pengajaran kaedah Iqra’ seorang guru

dicadangkan membimbing lima hingga enam orang murid dalam satu masa. Jika keadaan

memerlukan guru tambahan, maka dibolehkan mengambil murid pintar untuk dijadikan

pembantu.

7. Praktis -Tujuan Kaedah Iqra’ dibentuk adalah supaya pelajar dengan cepat dan mudah

membaca al-Quran. Soal teori dan ilmu tajwid akan diajar setelah pelajar berupaya dan

bertadarus al-Quran. Istilah tajwid tidak diajar tetapi dipraktiskan sebutannya.

8. Sistematik - Disusun secara lengkap, sempurna dan terancang dengan bentuk huruf dan

reka letak yang seimbang. Bermula daripada mengenal huruf tunggal, huruf-huruf sambung

dan berirama (Mad), huruf-huruf pelbagai baris peringkat demi peringkat sehingga ayat yang

bermakna.

9. Komunikatif - Lingkaran petunjuk dan pengenalan adalah akrab dengan pembaca

sehingga dapat menyeronokkan mereka yang mempelajarinya. Disusun dalam bahasa

Melayu yang mudah difahami, sehingga ianya lebih berkesan. Selain itu sejak awal-awal lagi

sudah diperkenalkan pelajaran secara berirama (mad = panjang dan tanpa mad = pendek)

sehingga terasa seronok dalam membacanya.

10. Kelenturan dan mudah - Buku Iqra’ ini boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja, bermula dari

kalangan kanak-kanak usia pra tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, bahkan orang

dewasa mahupun para ibu bapa yang belum mahir membaca al-Quran. Selain itu bagi sesiapa

yang mahir membaca al-Quran dapat pula mengajarkannya. Malah murid-murid yang baru

sahaja tamat jilid 2 atau 3 sudah boleh mengajar murid-murid yang di bawahnya (jilid1). Ianya

boleh menambahkan keseronokan dalam suasana belajar dan mengajar.

Manakala semasa pengajaran kaedah Iqra’ beberapa prinsip-prinsip lain yang juga boleh

dianggapkan sebagai teknik pengajaran kemahiran al-Quran boleh dilaksanakan,

antaranya :

1. Al-Tariqah bi al-tadarruj iaitu sistem bertahap dan berperingkat dari tahap mudah kepada

sukar atau daripada sesuatu yang diketahui kepada yang tidak diketahui.

Page 52: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

44

2. Al-Tariqah al-sautiah iaitu pengajaran secara langsung dengan bunyi bacaan bukan

dengan pengenalan huruf dan tanpa mengeja.

3. Al-Tariqah bi al-muqaranah iaitu dengan membuat perbandingan antara makhraj-makhraj

huruf yang mirip.

4. Al-Tariqah bi al-riyadhah lil-atfal iaitu sistem yang memberikan lebih banyak latihan kepada

murid.

5. Al-Tariqah bil al-mushafahah iaitu mengutamakan sistem talaqqi iaitu pertemuan

bersemuka antara guru dan murid.

6. Al-Tariqah bi al-kalam al-sarih iaitu memberikan pemantapan dengan perkataan yang jelas.

7. Al-Tariqah bi al-targhib wa al-tarhib iaitu pendekatan dengan banyak memberikan motivasi

dengan pujian dan peringatan.

6.3. KEMAHIRAN-KEMAHIRAN TAJWID DALAM KAEDAH IQRA’

Buku Kaedah Iqra’ mengandungi 41 kemahiran hukum tajwid. Kemahiran-kemahiran tersebut

adalah:

BIL

KEMAHIRAN

1 Menyebut Huruf Tunggal

2 Membaca Huruf Hampir Persamaan

3 Membaca Huruf Bersambung

4 Membaca Bacaan Panjang (Mad Asli )

5 Perbezaan Tanda Mad Asli

6 Huruf Berbaris Kasrah

7 Bacaan Panjang Huruf Mad ( ي )

8 Bacaan Panjang Mad Silah Ha’ Kasrah

9 Bacaan Dhommah

10 Bacaan Panjang Huruf Mad Wau

11 Alif dianggap tidak ada pada bacaan

12 Bacaan Panjang Pada Huruf Ha’ Dhamah

13 Berbaris Dua Di Atas (Tanwin)

14 Baris Dua Di Bawah

15 Baris Dua Di Hadapan

Page 53: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

45

16 Bunyi Min Sukun

17 Bunyi Nun Sukun (Mati) – Izhar Halqi

18 Bacaan Huruf Qalqalah

19 Perbezaan Bunyi Huruf Persamaan Sifat dan Makhraj

20 Alif Lam Qamariah

21 Mad ‘Arid Lissukun

22 Mad Iwad

23 Wakaf Pada Huruf Ta Marbuthah

24 Mad Jaiz

25 Nun dan Mim Wajib al-Ghunnah

26 Idgham Ma’al Ghunah

27 Alif Lam Syamsiah

28 Huruf Bertasydid

29 Ikhfa’ Syafawi

30 Kalimah Allah Dibaca Tebal dan Nipis

31 Idgham Bilaghunah

32 Mad Lazim Kalimi Muthaqqal

33 Idgham Maal al-Ghunah

34 Hukum Iqlab

35 Hukum Ikhfa

36 Tanda-tanda Wakaf

37 Wakaf Di Atas Nun Syaddah

38 Wakaf Huruf Hamzah Berbaris Dua

39 Wakaf Atas Dua Huruf Sakinah

40 Wakaf Atas Huruf Qalqalah.

41 Huruf Awal Surah

Page 54: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

46

Panduan mengajar Buku Iqra`

Buku Iqra` Panduan

Buku Iqra` 1

1. Kaedah mengajar: 1.1 Cara mengajar murid aktif, guru sebagai pemudah cara dan hanya memberikan contoh sahaja. 1.2 Guru menyemak seorang demi seorang 1.3 Murid yang cerdas membantu murid yang lemah. 2. Guru hanya memberi contoh bacaan, tidak memberi ulasan. 3. Sekiranya murid yang sudah boleh membaca dengan betul maka guru tidak perlu mengulangi lagi. 4. Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf yang pendek dengan bacaan yang panjang, guru perlu memperbetulkannya dengan segera dan jelas. 5. Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf-huruf tertentu, guru hendaklah membetulkannya dengan cara berikut:

5.1 Isyarat seperti kata-kata atau hati-hati ! dan sebagainya, jika murid-murid masih keliru juga guru perlu memberi peringatan seperti lupa membaca bunyi (ز ), guru mengingatkan sahaja, bila tiada titiknya dibaca (ر) dan sekiranya murid-murid masih lupa juga, guru perlu menunjukkan bacaannya yang sebenar.

6. Buku satu memberi pengenalan sebutan bunyi huruf fathah, murid-murid yang menguasai buku satu sahaja yang layak dipindahkan ke buku dua, walaupun murid- murid kurang fasih menyebut bunyi huruf-huruf tertentu seperti:

شسضظزعذقاخ7. Murid-murid yang cepat menguasai bolehlah dipindahkan ke halaman berikutnya tanpa menghabiskan halaman berkenaan. 8. Penilaian – guru berkenaan sebagai penilainya.

Buku Iqra` 2

1. Panduan mengajar buku 1 digunakan juga dalam pengajaran buku 2. 2. Huruf-huruf yang diulang dalam buku 1, boleh diulangi semasa belajar buku 2 supaya lebih sempurna. 3. Guru tidak perlu menerangkan huruf-huruf yang disambung, contohnya: ب ، بصر diawal, بخطب di akhir ب صبر، di tengah kerana biasanya murid-murid sudah boleh memahami dan membacanya. 4. Mulai muka surat 14, guru memperkenalkan bacaan Mad supaya jelas perbezaan antara bacaan panjang pendek. 5. Huruf-huruf yang bersambung bolehlah dibaca secara putus-putus. 6. Mulai muka surat 14, sekiranya murid-murid masih keliru tentang bacaan panjang pendek, guru perlu menegur mengapa dibaca demikian.

Page 55: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

47

Buku Iqra` 3

1. Panduan mengajar buku Iqra` 1, nombor 1,2,3,4,7, dan 8 juga buku Iqra` 2, nombor 4 dan 6 boleh digunakan untuk buku Iqra` 3. 2. Apabila murid-murid selalu memanjangkan bacaan yang sepatutnya pendek kerana mengingatkan huruf berikutnya maka tegurlah dengan membacanya dengan putus-putus. Kalau perlu huruf berikutnya hendaklah ditutup sementara. 3. Guru tidak boleh memberi contoh-contoh yang sukar diikuti oleh murid-murid. 4. Sekiranya murid mengulang-ngulang bacaan kalimah yang sama maka tegurlah dengan perkataan seperti: وما ada berapa, kerana bacaan yang sudah betul tidak boleh diulang lagi.

Buku Iqra` 4

1. Panduan mengajar buku satu, nombor 1, 2, 8, dan buku 2, nombor 6 serta buku 3, nombor 3 dan 4 masih boleh digunakan untuk buku 4. 2. Mulai buku 4, bolehlah diperkenalkan nama-nama huruf (sila rujuk buku 1 ms 32) 3. Sekiranya berlaku kekeliruan bacaan samada ditengah atau di akhir kalimah, guru hanya perlu memperbetulkan yang keliru itu sahaja. 4. Untuk memudahkan ingatan, huruf-huruf Qolqolah bolehlah dengan singkatan : قطــبجــــــد 5. Halaman 1,7, 9,17 dan 21 bolehlah dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid. 6. Untuk menentukan bacaan yang betul pada halaman 21 (hamzah sukun dan sebagainya) murid-murid diajak membaca dengan baris fathah dahulu secara berulang- ulang kemudian baru diamati, contoh:

تــــكتـــــكتــــك

Buku Iqra` 5

1. Panduan mengajar buku 1, 2, 3, 8 dan buku 2 nombor 6, buku 3 nombor 3, 4 dan buku 4,nombor 3 semuanya boleh diikuti dalam buku 5. 2. Muka surat 21 (surah al-Mukminun ayat 1-11) seeloknya digalakkan murid-murid menghafaz dan memahami maksudnya. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya. 3. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya. 4. Murid-murid tidak perlu mengenal istilah-istilah tajwid seperti: Idgham, ikhfa`, mad dan sebagainya,yang penting murid- murid dapat menguasai bacaan dengan betul. 5. Halaman 14-17 boleh dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid- murid.

1. Panduan mengajar buku 1, nombor 1, 2, 8, dan buku 2, nombor 6, buku 3, nombor 3, 4, buku 4, nombor 3 dan buku 5, nombor 3, 4, semuanya boleh digunakan bagi buku 6. Bahan di halaman penilaian pada buku 6, hendaklah dihafaz dan difahami maksudnya.

Page 56: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

48

Buku Iqra` 6 2. Walaupun murid telah berpindah ke buku 6, namun panduan membaca lambat asalkan betul hendaklah dipatuhi kerana murid akan dapat menguasainya setelah mereka membaca bahagian seterusnya. 3. Gaya bacaan yang menyusahkan tidak digalakkan, walaupun dengan bacaan tartil. 4. Pengajaran buku 1-6 dari segi tajwid diajar secara tidak langsung berdasarkan praktik bacaan.

Aplikasi Iqra`

Buku Iqra` Aktiviti

Buku Iqra` 1

1. Baca terus huruf hijaiyyah berdasarkan muka surat dalam buku Iqra` tanpa perlu dieja terlebih dahulu. 2. Murid-murid yang cepat menguasai bolehlah dipindahkan ke halaman berikutnya tanpa menghabiskan halaman berkenaan.

Buku Iqra` 2

1. Baca terus huruf hijaiyyah berdasarkan muka surat dalam buku Iqra` tanpa perlu dieja terlebih dahulu. 2. Mulai muka surat 14, guru memperkenalkan bacaan Mad supaya jelas perbezaan antara bacaan panjang pendek. 3. Muka surat15 baris paling bawah guru disarankan menggunakan rentak nasyid/lagu agar lebih jelas perbezaan antara bacaan panjang dan pendek:

نـاننــاننــاننننــانننــاننــان

Buku Iqra` 3

1. Membezakan antara bunyi huruf hijaiyyah baris atas, bawah dan depan. 2. Mulai muka surat 6, membezakan bacaan panjang huruf mad ا dan huruf mad ي 3. Mulai muka surat 18, membezakan bacaan panjang huruf mad ي، ا dan huruf mad و .

Buku Iqra` 4

1. Membezakan antara bacaan baris dua di atas, bawah dan depan. 2. Membezakan antara bacaan yang mati sebelumnya berbaris di atas dengan ya mati sebelumnya berbaris dibawah. 3. Membezakan antara bacaan wau mati sebelumnya berbaris di depan dengan wau mati sebelumnya berbaris di atas. 4. Muka surat 11-13 cara membunyikan huruf mim mati sebelumnya berbaris di atas, di bawah dan di depan. 5. Muka surat 14-15 cara bacaan hukum Izhar Halqi. 6. Muka surat 16-17 cara bacaan qolqolah. 7. Halaman 1,7, 9,17 dan 21 bolehlah dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid. 8. Untuk menentukan bacaan yang betul pada halaman 21 (hamzah sukun dan sebagainya) murid-murid diajak membaca dengan baris fathah dahulu secara berulang- ulang kemudian baru diamati, contoh:

تــــكتـــــكتــــك

Page 57: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

49

Buku Iqra` 5

1. Cara bacaan hamzah wasal bersambung, huruf alif tidak dibunyikan ms 1-2: والـــــحمدمــااكتسبت 2. Cara bacaan ketika wakaf huruf akhir dibaca sukun, ms 3- ءاميننستعين :5 3. Cara bacaan ketika wakaf pada huruf tanwin di atas dihilangkan satu baris dan dibaca dengan panjang dua harakat ms 6 : أبـــــدااوزنـــــاا 4. Cara bacaan wakaf pada ta` marbutah ditukar menjadi ha Sakinah ms 7-8 : ءانيةحاميةا5. Tanda bacaan panjang (~ ) lebih dari dua harakat ms8 آلاعبـــد 6. Nun dan mim syaddah م ن dibaca dengung dua harakat ms 10 . 7. Tanwin bertemu dengan nun dan mim dibaca dengung dua harakat ms 11 :ن ســــــاء خيـــر8. Tanda sabdu pada huruf selepas alif lam bacaannya alif lam tidak dibaca ms 12-13 :والــــــــــناس 9. Setiap bacaan yang mengandungi tasydid hendaklah bacaannya ditekankan / diberatkan sedikit bacaannya ms كبـــربــدل :14-18 10. Mim sakinah bertemu dengan ba dibaca dengung dua harakat ms19-21 : ـــمعـــليــهمبــالس 11. Sabdu atas huruf lam sebelumnya berbaris atas, huruf lam dibaca tebal ms 22 : واللــــه 12. Sabdu atas huruf lam sebelumnya berbaris bawah, huruf lam dibaca nipis ms 23: ــــهللـ 13. Huruf nun atau tanwinbertemu ل dan ر bacaannya Tidakdidengungkan ms 24-25: يرلك منرءاىخ14. Tanda mad disusuli sabdu bacaannya hendaklah dipanjangkan hingga 6 harakat ms 27: وآلالــضــآل يــن 15. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya. 16. Boleh dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid- murid.

Buku Iqra` 6 1. Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan wau dan ya hendaklah dibaca dengung dua harakat ms 1-6 : خيروأبقى 2. Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan ba hendaklah dibaca dengung kadar dua harakat. Dengungnya ditukar kepada mim yang ringan ms 7-9: بــعضمن 3. Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf ikhfa` hendaklah dibaca dengan dengung kadar dua harakat ms11-18 : منجوع 4. Tanda-tanda wakaf ms 19-20 5. Huruf di permulaan surah dibaca panjang ms 27 . 6. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya. 7. Boleh dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid.

Page 58: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

50

Model pengajaran Kaedah Iqra’ turut menggambarkan proses pengajaran kemahiran al-

Quran berdasarkan beberapa komponen pengajaran seperti objektif, tahap murid, set

induksi, kaedah dan teknik, pujian, rumusan, penilaian dan sahsiah guru.

5.2 Latihan

1. Huraikan pendekatan terbaik pelaksanaan Kaedah Iqra’ di dalam kelas. 2. Bina satu grafik banding beza antara Kaedah Baghdadi(eja) dengan Kaedah Iqra’.

3. Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru al-Quran, bincangkan kekuatan dan kelemahan Kaedah Iqra’ yang telah dilaksanakan di dalam kelas.

Page 59: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

51

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan

i. Aplikasi Whatssap / Telegram

ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 30 minit bagi satu

sesi.

B. Tajuk Pembelajaran: Tajwid, Rasm dan Dhabt dalam Kaedah Iqra’

i. Kemahiran Tajwid, Rasm dan Dhabt dalam Kaedah Iqra’ (DT)

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:

i. Surah Al-Fatihah (DT)

ii. Surah Al-Zalzalah (DT)

iii. Surah Al-Baiyinah (DT)

iv. Surah Al-Qadr (DT)

v. Surah Al-‘Alaq (DT)

vi. Surah Al-Tin (DT)

vii. Surah Al-Insyirah (DT)

viii. Surah Al-Dhuha (DT)

D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Semakan kehadiran

ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk

iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian

Page 60: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

52

BIBLIOGRAFI

Abd. Rahman Abd. Ghani. (2009). Rasm Uthmani: Pelengkap Pembacaan Al-Quran. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Abdul Qadir Leong. (2011). Tajwid al-Quran Rasm Uthmani. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Abu Mardhiyah. (2007). Tajwid al-Quran ‘Aashim, Riwayat Hafsh Thoriq al-Al-Syatibi, Jilid

1& 2. Kuala Lumpur: Al-Jenderaki Enterprise Adel M. Abdul Aziz. (2006). Panduan dan Bimbingan Guru Al-Quran. Kuala Lumpur: Yadim Ahmad Asri Lubis Abu Samah. (2010). Etika belajar & mengajar al-Quran. Kuala Lumpur:

Yamani Angle Sdn. Bhd. Asad Humam, Haji. (2011). Iqra’ cara cepat belajar membaca al-Quran Rasm Uthmani.

Kuala Lumpur: Darul Fikir Sdn. Bhd. Imam Nawawi. (2010). Tata-tertib pengajian al-Quran. (Terjemahan Syed Ahmad Semait).

Singapore: Pustaka Nasional Pte Ltd. Kuala Lumpur: Anzagain Sdn. Bhd. Mohd Rahim Jusoh Bin Musa. (2008). Tarikh al-Quran & Rasm Uthmani. Selangor Darul

Ehsan: Pustaka Khodim al-Mushaf Nik Jaafar bin Nik Ismail. (2012). Ikhtilaf arriwayataini hasf dan shu’bbah .Kuala Lumpur:

Darul Fikir Sdn. Bhd.

Page 61: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

53

PENYELARAS MODUL PDPP

Bil. Nama Pegawai Akademik

1 Othman bin Loman Bidang Pendidikan Islam

PANEL PENGGUBAL PDPP

PIMKD2053 PENGAJIAN TAJWID DAN RASM UTHMANI

Bil. Nama Kelayakan Akademik

1 Farah Ilyani binti Zakaria

Sarjana Pendidikan Islam, UKM Sarjana Muda Syariah Fiqh dan Usul, UM Diploma Pendidikan, Pengajian Tarannum dan Qiraat, MPI Sijil Tinggi Tarannum al-Quran Darul Quran, JAKIM

2 Sarkiah binti Shaari

BA (Hons) Pengajian Islam- al-Quran dan al-Sunnah (1998) MA Usuluddin Sejarah dan Tamadun Islam (2006) Sijil Perguruan Asas Pendidikan Islam ( 1989)

Page 62: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

54

SIMBOL PEMBELAJARAN Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan/ maksud seperti yang dinyatakan

Gunakan pita rakaman audio atau radio.

Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.

Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).

Gunakan bahan-bahan multimedia.

Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.

Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.

Senarai semak.

Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.

Buatkan catatan atau nota-nota penting.

Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam modul.

Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.

Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.

Page 63: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm uthmani institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia aras 1-3,

55

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Rujukan surat khabar.

Panduan kepada pengguna.

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas.

Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.

Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual, lukisan).

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA. Bahan Pembelajaran Pembelajaran dalam talian

Media Sosial