k.emosi Di Kalangan Pelajar

90
BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN 1.1 PENDAHULUAN Bidang pendidikan amat penting dalam dunia yang semakin mencabar kini. Pendidikan merupakan proses untuk mengubah seseorang individu itu bagi membolehkannya menyesuaikan diri dari segi fizikal, mental, emosi, moral dan kerohanian mengikut situasi semasa. Dengan pendidikan seseorang individu itu dapat menghadapi cabaran dalam pelbagai bidang kehidupan seperti sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Menurut Omardin Ashaari (1996), dalam proses kehidupan pendidikan terikat kepada tekanan masyarakat dan ini dapat disesuaikan dengan keadaan semasa, selain daripada tekanan dan keperluan sejagat. Segala yang diperlukan ini dapat diperoleh melalui pendidikan secara formal mahu pun tidak formal. Selaras dengan itu, soal pendidikan formal diberi keutamaan. Menurut Omardin lagi sekolah adalah sebagai sebuah institusi yang memberi pendidikan secara formal. Dalam masyarakat moden, pendidikan dan sekolah merupakan sebuah kilang yang memerlukan ramai orang yang berkemahiran dalam pelbagai jurusan. Ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam masyarakat sekarang memerlukan pelajar menghabiskan masa yang lama di institusi pendidikan seperti sekolah rendah, sekolah menengah, maktab dan universiti. Ini kerana apabila pelajar berada di sekolah, kecerdasan mental serta emosi akan terbentuk sedikit demi sedikit

description

esei

Transcript of k.emosi Di Kalangan Pelajar

Page 1: k.emosi Di Kalangan Pelajar

BAB 1

LATAR BELAKANG KAJIAN

1.1 PENDAHULUAN

Bidang pendidikan amat penting dalam dunia yang semakin mencabar kini.

Pendidikan merupakan proses untuk mengubah seseorang individu itu bagi

membolehkannya menyesuaikan diri dari segi fizikal, mental, emosi, moral dan

kerohanian mengikut situasi semasa. Dengan pendidikan seseorang individu itu dapat

menghadapi cabaran dalam pelbagai bidang kehidupan seperti sosial, ekonomi, politik

dan sebagainya. Menurut Omardin Ashaari (1996), dalam proses kehidupan

pendidikan terikat kepada tekanan masyarakat dan ini dapat disesuaikan dengan

keadaan semasa, selain daripada tekanan dan keperluan sejagat. Segala yang

diperlukan ini dapat diperoleh melalui pendidikan secara formal mahu pun tidak

formal. Selaras dengan itu, soal pendidikan formal diberi keutamaan.

Menurut Omardin lagi sekolah adalah sebagai sebuah institusi yang memberi

pendidikan secara formal. Dalam masyarakat moden, pendidikan dan sekolah

merupakan sebuah ‘kilang’ yang memerlukan ramai orang yang berkemahiran dalam

pelbagai jurusan. Ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam masyarakat sekarang

memerlukan pelajar menghabiskan masa yang lama di institusi pendidikan seperti

sekolah rendah, sekolah menengah, maktab dan universiti. Ini kerana apabila pelajar

berada di sekolah, kecerdasan mental serta emosi akan terbentuk sedikit demi sedikit

sehinggalah ke peringkat di mana pelajar boleh berfikir secara matang.

Page 2: k.emosi Di Kalangan Pelajar

Proses pendidikan sebenarnya telah berlangsung sejak manusia itu dilahirkan

hinggalah ke akhir hayat mereka (Tajul Ariffin dan Nor’ Aini 2002). Tujuan

pendidikan sebenarnya adalah untuk melahirkan masyarakat yang terdidik dalam

pelbagai jurusan kehidupan. Dengan itu, masyarakat yang bakal dilahirkan akan

menjadikan mereka matang berfikir secara logik. Berlandaskan tujuan itu, matlamat

pendidikan negara tertumpu kepada aspek seperti individu, sosial, ekonomi, politik,

pemodenan dan kefahaman antarabangsa. Menurut Atan Long (1984), pendidikan

adalah sebagai satu aset dan juga pengantara ke atas pembaharuan sosial,

perkembangan manusia, alat pembangunan dan kemajuan negara, pemupuk perpaduan

dan integrasi nasional. Pendidikan berlangsung seumur hidup yang mana ia adalah

proses yang berterusan bagi mengembangkan personaliti seseorang individu secara

menyeluruh serta memupuk bakat-bakatnya.

Bagi aspek individu, pendidikan adalah untuk membentuk individu yang

terdidik dari segi intelek, emosi, jasmani, dan rohani. Ini bertepatan dengan apa yang

terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan adalah berpusatkan

kepada pelajar dan bersifat lebih menuruti prinsip perkembangan psikologi manusia.

Dalam usaha untuk mencapai hasrat ini, para pelajar diwajibkan ke sekolah untuk

mendapatkan ilmu, menguasai kemahiran, mendapatkan latihan dan juga menyertai

pelbagai kegiatan ko-kurikulum sekolah dan kegiatan kemasyarakatan. Melalui

pelbagai kegiatan itu, para pelajar dapat memperkembangkan ilmu pengetahuan dan

mencurahkan bakti serta memainkan peranan mereka dengan cergas kepada

masyarakat. Menurut Bredemier, 1978 yang dipetik oleh Mohd Salleh Lebar dalam

Perubahan dan Kemajuan Pendidikan di Malaysia (1992) mengatakan bahawa

peranan sekolah terhadap pelajar mempunyai kesan yang sahih.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai beberapa fungsi, antaranya

melahirkan insan kamil. Ini banyak bergantung kepada kebijaksanaan pihak sekolah.

Dengan asuhan dan pendidikan yang diperoleh dari sekolah akan membolehkan para

pelajar menyesuaikan diri dengan perubahan yang akan dihadapi dalam kehidupan

bermasyarakat. Sekolah juga dapat memupuk para pelajar agar berakhlak, berlemah

lembut, berbudi pekerti dan berhemah tinggi dan mulia. Dasar pendidikan negara amat

menekankan soal berakhlak mulia kerana tanpa akhlak yang mulia akan pincang

2

Page 3: k.emosi Di Kalangan Pelajar

sistem masyarakat. Akhlak yang sempurna akan dapat menangkis kejadian jenayah

berat daripada berleluasa (Omardin 1996).

Namun begitu sejak kebelakangan ini, segelintir pelajar tidak menunjukkan

akhlak yang diinginkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagaimana yang

akan disebutkan di bawah, terdapat beberapa kejadian yang membabitkan pelajar

terlibat dalam kegiatan jenayah, jelas memperlihatkan kepada kita kegiatan mereka

tidak berlandaskan kestabilan emosi dan mental. Dalam memastikan proses membina

perkembangan kestabilan dan kecerdasan emosi, ia memerlukan kombinasi beberapa

komponen kecerdasan emosi. Annamalay (2000) telah menggariskan beberapa

komponen utama kecerdasan emosi yang dapat dilihat dari pelbagai segi :

a. Kemampuan mengenal pasti dan melahirkan perasaan.

b. Kesedaran tentang perhubungan antara pemikiran, perasaan dan reaksi.

c. Kemampuan membuat keputusan, bertanggungjawab terhadap reaksi sendiri

dan berhati-hati terhadap akibat yang mungkin terjadi.

d. Kemampuan mengenal pasti apabila hati dikuasai oleh minda.

e. Kemampuan memimpin perkataan sendiri dan mengenal pasti aspek negatif,

memperkecil mesej apabila dizahirkan.

f. Kemampuan menguruskan rasa takut, kebimbangan, marah dan kesedihan.

g. Bersedia terhadap perhubungan dan tahu bila perhubungan tersebut selamat

untuk dimulakan dengan pendekatan perasaan sendiri.

h. Kemampuan empati kepada orang lain.

i. Mengetahui teknik menangani tekanan dan meningkatkan latihaan mental,

kaedah memandu arah khayalan dan ketenangan.

j. Kemampuan membezakan antara apa yang seseorang itu perkatakan dengan

apa yang anda tunjukkan serta nilai terhadap sesuatu isu.

k. Kemampuan menegaskan apa yang lebih penting.

l. Kemampuan menangani konflik tanpa bertindak secara agresif.

m. Kemampuan menerima diri sendiri seadanya, berbangga dengan kekuatan

sendiri dan mengenal pasti kelemahan diri.

n. Kemampuan berperanan dalam komuniti atau kumpulan.

3

Page 4: k.emosi Di Kalangan Pelajar

Semua komponen di atas menjelaskan bahawa individu yang mempunyai

kecerdasan emosi yang stabil adalah individu yang berupaya mengawal perasaan dan

tindakan sendiri, memiliki ketahanan diri bagi merealisasikan matlamat hidup, dapat

menguruskan perasaan negatif dengan bijak serta menjalinkan hubungan dengan

individu lain (Liew 2001). Menurut Annamalay lagi, kecerdasan emosi merupakan

resepi atau menu utama bagi membina kejayaan dalam hidup. Ia sebenarnya telah

terbentuk sejak dari awal kanak-kanak sehinggalah berkembang secara beransur-ansur

melalui alam persekolahan yang mana pada peringkat ini pelajar berada di peringkat

remaja.

Menurut Goleman (1998), kecerdasan emosi berkembang seiring dengan

proses pembelajaran dan ia akan berterusan sepanjang hayat. Namun begitu ia akan

dipengaruhi oleh pengalaman dan penampilan yang jika diabaikan akan memberi

kesan yang tidak baik kepada pelajar. Justeru itu pelajar yang berada di peringkat

remaja khususnya perlu mengambil berat akan kecerdasan emosi mereka kerana jika

diabaikan akan membawa ke arah kerugian sama ada pada diri sendiri, masa depan

mahu pun keluarga. Kajian yang akan dijalankan ini adalah tertumpu kepada pelajar di

peringkat sekolah menengah yang mana pada tahap ini mereka masih mencari identiti

sendiri.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Pelajar sebenarnya keliru dengan apa yang dilakukan. Konflik peribadi yang dikenali

sebagai krisis identiti sering dihubungkaitkan dengan perkembangan para remaja

terutama golongan pelajar di peringkat menengah. Tambahan pula dalam usia

meningkat remaja, pelajar masih mencari identiti hidup. Erikson, 1963 (dalam

Mahmood Nazar 2001) menyatakan bahawa para pelajar sering mengalami konflik

sosial di antara pengertian identiti diri dengan kekeliruan terhadap peranan yang ada

padanya. Inilah masanya mereka bertanyakan soalan-soalan seperti “Siapakah saya”,

“Apakah tujuan hidup ini”, “Ke mana arah hidup” dan pelbagai soalan lain yang amat

mengelirukan dirinya sendiri dan ibu bapanya. Persoalan-persoalan seperti inilah

menyebabkan pelajar menghadapi pelbagai jenis kerumitan dan masalah hidup bagi

mencari jawapan yang sesuai. Banyak yang memperoleh jawapan yang sesuai dengan

konsep diri tetapi ada segelintir yang akan tersesat.

4

Page 5: k.emosi Di Kalangan Pelajar

Pada masa kini apa yang kita lihat adalah ramai pelajar terutama pelajar

sekolah menengah terlibat dalam kegiatan yang tidak sihat seperti menagih dadah,

merogol, gengsterisme, vandalisme, pembunuhan dan sebagainya sedangkan apa yang

dikehendaki adalah kecemerlangan mereka dalam pelajaran serta ketinggian akhlak

dan budi pekerti. Kegawatan sosial ini sedang melanda negara kita dan masalah ini

semakin berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi negara (Sohaimi Abdul

Aziz 1998).

Sejak kebelakangan ini, media massa mahu pun media elektronik banyak

menyiarkan masalah yang berkaitan dengan pelajar. Kalau disebut pelajar sudah tentu

berkaitan dengan bidang pendidikan. Dalam satu kejadian enam pelajar lelaki dari

sebuah sekolah menengah di Petra Jaya, Kuching telah ponteng sekolah dan sekaligus

merogol seorang pelajar tingkatan satu dari sekolah yang sama (Utusan Malaysia 3

Ogos 2002). Ini berkemungkinan pelajar tersebut mengalami tekanan dari segi mental

dan emosi serta desakan hati. Pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan.

Menurut Hairunnaja (2003), remaja suka meniru apa yang dilakukan oleh orang lain.

Selain itu ada lagi kes iaitu lima orang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah

di Bukit Rangin, Kuantan dipercayai telah memukul seorang pelajar sekolah yang

sama selepas waktu persekolahan. Akibatnya pelajar tersebut mengalami kecederaan

di kepala, lutut, tangan, dan kaki. Puncanya dikatakan sikap tidak puas hati tertuduh

terhadap mangsa yang dikatakan telah melanggar bahu salah seorang pelajar

berkenaan di sekolah (Utusan Malaysia 10 Ogos 2002). Hal ini mungkin disebabkan

oleh kurangnya sifat empati dalam diri masing-masing serta adanya sifat yang suka

memberontak.

Apabila diperhatikan contoh-contoh kelakuan pelajar yang tidak

mencerminkan emosi yang stabil ini banyak disiarkan di media massa seperti Berita

Harian, Utusan Malaysia, New Straits Times, The Stars dan lain-lain ataupun media

elektronik seperti televisyen, radio, dan juga internet. Peristiwa-peristiwa ini bukan

lagi menjadi sesuatu yang luar biasa dalam masyarakat masa kini. Ini menimbulkan

pelbagai tanda tanya di kalangan masyarakat kerana bagi mereka pelajar sudah dididik

oleh guru di sekolah dan tidak mungkin perkara sedemikian akan berlaku. Bagi para

5

Page 6: k.emosi Di Kalangan Pelajar

guru pula ini adalah satu cabaran yang besar bagi mereka kerana pihak yang

disalahkan sudah tentulah warga pendidik. Gejala sosial yang semakin serius ini

menandakan keruntuhan moral dan memang benar bukan semua pelajar terlibat dalam

hal seperti ini dan masih ramai lagi yang berada di landasan yang betul (Sohaimi

1998).

Ekoran daripada masalah-masalah berkaitan dengan pelajar tadi, timbul

persoalan apakah sebenarnya yang berlaku kepada pelajar-pelajar zaman sekarang.

Menurut Noraini (2003), pengaruh emosi dikatakan memainkan peranan yang penting

bagi menangani masalah ini. Ini kerana kebanyakan daripada tingkah laku pelajar

lebih dikuasai dan dipengaruhi oleh emosinya. Maka dalam hal ini kecerdasan emosi

lebih penting dan diperlukan bagi membentuk individu yang berjaya. Ini selari dengan

apa yang disarankan oleh Goleman (1998) bahawa 80% kejayaan seseorang adalah

bergantung kepada kecerdasan emosi (EQ) bukannya kecerdasan intelektual (IQ). Ia

juga menjadi penentu bagi menangani sesuatu permasalahan dengan lebih bijak dan

berkesan.

Kecerdasan emosi menjadi semakin penting ekoran dari ketidakstabilan emosi

yang melanda diri para pelajar dalam era globalisasi sekarang. Menurut Salovey dan

Mayer (1993) kecerdasan emosi adalah keupayaan seseorang mengendalikan

emosinya bagi mengatasi sesuatu masalah. Konsep ini menjelaskan bahawa seseorang

yang berupaya menjelaskan atau menyedari emosinya, memahami dan mengawal

emosinya dengan bijak dianggap mempunyai kecerdasan emosi.

Berdasarkan kes-kes salah laku pelajar yang tidak menunjukkan kecerdasan

emosi, pengkaji merasa terpanggil untuk mengkaji tentang domain-domain kecerdasan

emosi dan melihat sama ada terdapat perbezaan persepsi kecerdasan emosi para

pelajar dilihat dari segi jantina, aliran pengajian, pencapaian akademik serta status

sosioekonomi (SSE) keluarga. Ini kerana pada masa sekarang pengkaji melihat

bahawa para pelajar tidak menitik beratkan aspek-aspek dalaman yang berkaitan

dengan rohani dan emosi. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana zaman remaja hanya

berlaku sekali dalam hidup dan haruslah dimanfaatkan supaya tidak menyesal di

kemudian hari. Pelajar juga seharusnya lebih peka terhadap aspek berkaitan

kecerdasan dan kesedaran emosi.

6

Page 7: k.emosi Di Kalangan Pelajar

1.3 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat pandangan atau persepsi pelajar

terhadap kecerdasan emosi. Berdasarkan tujuan tersebut, berikut adalah objektif-

objektif kajian :

1.3.1 Objektif Kajian

1. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi mengikut lima domain

berdasarkan jantina.

2. Mengkaji perbezaan persepsi kecerdasan emosi berdasarkan aliran pengajian,

pencapaian akademik dan SSE keluarga.

3. Melihat sama ada terdapat kesan interaksi antara persepsi pelajar terhadap

kecerdasan emosi berdasarkan pencapaian akademik dan SSE keluarga.

1.3.2 Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana persepsi pelajar tingkatan empat

terhadap kecerdasan emosi. Berdasarkan tujuan-tujuan kajian di atas, berikut adalah

persoalan-persoalan yang dibina untuk kajian ini :

1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap lima

domain kecerdasan emosi berdasarkan jantina?

2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap

kecerdasan emosi berdasarkan aliran pengajian?

3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap

kecerdasan emosi berdasarkan pencapaian akademik?

4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap

kecerdasan emosi berdasarkan SSE keluarga?

7

Page 8: k.emosi Di Kalangan Pelajar

5. Adakah terdapat kesan interaksi antara persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi

berdasarkan pencapaian akademik dengan SSE keluarga.

1.4 HIPOTESIS NULL KAJIAN

1. Ho 1 : tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar

terhadap mengenali emosi sendiri berdasarkan jantina.

2. Ho 2 : tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar

terhadap kecerdasan emosi berdasarkan aliran pengajian.

3. Ho 3 : tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar

terhadap kecerdasan emosi berdasarkan pencapaian akademik.

4. Ho 4 : tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar

terhadap kecerdasan emosi berdasarkan SSE keluarga.

5. Ho 5 : tidak terdapat kesan interaksi antara persepsi pelajar terhadap

kecerdasan emosi berdasarkan pencapaian akademik dan SSE

keluarga.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian tentang kecerdasan emosi adalah penting kerana ia dapat memberi maklumat

dan pengetahuan mengenai komponen kecerdasan emosi yang perlu ada pada

seseorang. Kajian ini boleh bertindak sebagai pemangkin untuk memberi kesedaran

kepada pelajar terutamanya supaya mereka boleh berfikir dengan lebih rasional

tentang apa yang harus dilakukan pada usia yang dikategorikan sebagai remaja yang

mana pada tahap ini beberapa perubahan akan berlaku sama ada dari segi fizikal,

mental, kognitif mahu pun emosi.

Maklumat yang akan diperolehi daripada kajian ini diharap dapat membantu

para pelajar menyedari tentang kepentingan kecerdasan emosi ke atas diri mereka

sendiri terutama dari segi emosi. Memandangkan isu pelajar semakin diberi perhatian

8

Page 9: k.emosi Di Kalangan Pelajar

gara-gara pengaruh yang tidak sihat melanda, jadi kecerdasan emosi amat

dititikberatkan supaya mereka memiliki sahsiah yang seimbang dari segi jasmani,

emosi, rohani dan intelektual.

Kajian ini adalah untuk meneliti persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi.

Hasil dari kajian ini diharap akan dapat memberi sumbangan yang amat bermakna dari

segi pemahaman tentang bagaimana mengurus dan mengendalikan emosi dalam diri

setiap pelajar. Dunia sekarang memerlukan insan yang berkualiti terutama dari segi

akademik dan sahsiah. Guru juga perlu memantau setiap pelajar agar mereka tidak

terlibat dalam gejala yang tidak sihat. Pengaruh guru di samping penglibatan ibu bapa

dalam hal ini amat penting dalam pembentukan sahsiah pelajar.

1.6 DEFINISI ISTILAH

Dalam kajian ini terdapat beberapa istilah yang digunakan iaitu :

1.6.1 Kecerdasan Emosi

Menurut Salovey dan Mayer (1990), kecerdasan emosi adalah kemampuan atau

keupayaan seseorang mengendalikan perasaannya sendiri serta dapat memahami

perasaan orang lain bagi membuat penilaian dan perbandingan dan menggunakan

pengetahuan ini yang ada ke arah pemikiran dan tindakan yang betul. Istilah-istilah

seterusnya adalah berdasarkan lima domain yang akan digunakan dalam kajian ini

iaitu berdasarkan penjelasan Salovey dan Mayer (1990) :

a) Mengenali emosi sendiri : Menyedari dan memahami

emosinya ketika emosi itu menguasai dirinya.

b) Mengurus emosi sendiri : Mengenal pasti rangsangan yang

mencetuskan emosi negatif dan cara mengatasinya.

c) Memotivasikan emosi negatif : Percaya diri sendiri

mempunyai keupayaan untuk melaksanakan tugas yang telah ditetapkan serta

boleh mencabar fikiran yang mencetuskan emosi negatif serta menjadikan emosi

9

Page 10: k.emosi Di Kalangan Pelajar

sebagai alat untuk meningkatkan keupayaan diri untuk berfikir, merancang dan

menyelesaikan. Orang-orang yang memiliki sifat ini cenderung lebih produktif dan

efektif dalam segala hal yang mereka lakukan.

d) Mengenali emosi orang lain : Atau dengan kata lain empati,

boleh mengesan perasaan orang lain, boleh melihat atau memahami sudut

pandangan orang lain dan boleh mencetus serta menyuburkan kemesraan dan

keserasian dengan individu dari pelbagai latar belakang.

e) Mengendali perhubungan : Mengenali emosi orang lain

dapat dilakukan apabila seseorang itu memiliki keupayaan pengurusan kendiri dan

empati. Dua keupayaan ini akan membentuk kuasa interpersonal yang

mengizinkan seseorang itu mencorak dan membentuk pertemuan yang berlaku

menjadi sesuatu yang positif, memberi ilham kepada orang lain, menghasilkan

perhubungan yang akrab, mempengaruhi orang lain dan membantu orang lain

mendapatkan kebahagiaan atupun ketenangan.

Beberapa istilah yang telah dijelaskan tadi, kelima-lima domain kecerdasan

emosi akan digunakan dalam kajian ini bagi melihat perbezaan antara pembolehubah-

pembolehubah yang telah ditetapkan.

1.7 BATASAN KAJIAN

Antara batasan kajian adalah :

1. Sampel kajian terdiri daripada 100 orang pelajar tingkatan empat di sebuah

sekolah menengah di daerah Kota Bharu Kelantan. Dua aliran telah dipilih

iaitu aliran Sains dan Sastera. Pelajar lelaki terdiri dari 49 orang dan 51 orang

adalah pelajar perempuan. Oleh itu kajian ini hanya merujuk kepada populasi

pelajar di sebuah sekolah sahaja.

2. Kajian terhad kepada pelajar tingkatan empat sahaja kerana pengkaji tidak

bercadang untuk melihat faktor umur sebagai faktor yang mempengaruhi

kecerdasan emosi.

10

Page 11: k.emosi Di Kalangan Pelajar

1.8 KERANGKA KONSEPTUAL

Dalam kajian ini, kerangka konseptual kajian akan berdasarkan teori kecerdasan

emosi oleh Salovey dan Mayer (1990). Kecerdasan emosi adalah pembolehubah

bersandar, manakala faktor latar belakang responden seperti jantina, aliran pengajian,

pencapaian akademik dan SSE keluarga adalah pembolehubah bebas dan menjadi

faktor yang ingin dikaji berdasarkan persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi. Lima

domain yang disarankan oleh Salovey dan Mayer yang akan digunakan ialah

mengenali emosi sendiri iaitu keupayaan untuk menyedari emosinya ketika emosi

menguasai diri; mengurus emosi sendiri iaitu keupayaan seseorang mengendalikan

emosi; memotivasikan emosi negatif iaitu meningkatkan keupayaan diri untuk berfikir

dan menyelesaikan masalah; mengenali emosi orang lain pula adalah kebolehan untuk

membaca makna-makna bukan verbal manakala mengendali perhubungan adalah

kebolehan pengurusan kendiri.

Sehubungan dengan itu, kerangka konseptual ini dapatlah digambarkan seperti

rajah 1.1. Berdasarkan kerangka konseptual berikut, faktor demografi seperti jantina

akan dikaji sama ada terdapat perbezaan atau tidak menurut persepsi pelajar lelaki dan

pelajar perempuan terhadap domain-domain kecerdasan emosi. Seterusnya faktor

aliran pengajian pelajar yang terdiri dari aliran Sains dan Sastera. Kebiasaan para

pelajar yang berlainan aliran akan menunjukkan reaksi yang berbeza terhadap sesuatu

hal maka dalam kajian ini akan dikaji bagaimana persepsi mereka terhadap kecerdasan

emosi secara keseluruhan sama ada menunjukkan perbezaan atau tidak. Selain itu,

faktor pencapaian akademik pelajar diambil kira dalam menentukan persepsi mereka

terhadap kecerdasan emosi. Dalam kajian ini akan dikaji tentang bagaimana persepsi

pelajar yang berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah terhadap kecerdasan emosi.

Terakhir adalah faktor SSE keluarga yang juga dibahagikan kepada tiga kategori iaitu

SSE tinggi, sederhana dan rendah. Kajian ini juga ingin melihat bagaimana persepsi

pelajar dalam tiga kategori tersebut melihat kecerdasan emosi sama ada menunjukkan

perbezaan atau sebaliknya. Simbol anak panah yang ditunjukkan adalah untuk

menggambarkan bagaimana berlakunya satu proses transisi antara faktor-faktor

demografi yang mewujudkan impak terhadap kecerdasan emosi.

11

Page 12: k.emosi Di Kalangan Pelajar

Latar belakang Kecerdasan Emosi

- Jantina - Mengenali emosi sendiri

- Aliran pengajian - Mengurus emosi sendiri

- Pencapaian akademik - Memotivasikan emosi negatif

- SSE keluarga - Mengenali emosi orang lain

- Mengendali perhubungan

RAJAH 1.1 : Kerangka konseptual kajian

1.9 RUMUSAN

Secara keseluruhannya kajian ini ingin melihat persepsi pelajar terhadap kecerdasan

emosi berdasarkan pembolehubah-pembolehubah yang telah ditentukan dalam

persoalan-persoalan kajian yang telah dijelaskan. Kajian ini bertujuan untuk melihat

betapa pentingnya kecerdasan emosi dikaji kerana ia semakin mendapat tempat di

dalam bidang pendidikan. Lantaran itu ramai yang mengatakan IQ tidak lagi menjadi

penyumbang kepada kecerdasan emosi yang tinggi kerana tidak semestinya orang

yang mempunyai IQ yang tinggi itu mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi.

Dalam kajian ini kajian tentang kecerdasan emosi dijalankan ke atas pelajar sekolah

menengah sebagai batasan kajian.

12

Page 13: k.emosi Di Kalangan Pelajar

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN

Bahagian dalam bab ini akan membincangkan tentang tinjauan literatur yang

mengutarakan aspek remaja iaitu pelajar dan perkembangan emosi di kalangan mereka

serta kajian berkaitan kecerdasan emosi. Selain itu akan dijelaskan kecerdasan emosi

menurut pakar. Kajian tentang kecerdasan emosi lebih banyak dijalankan di luar

negara. Ini kerana hampir semua bahan rujukan adalah daripada luar negara.

2.2 REMAJA DAN KONSEP KECERDASAN EMOSI

Dalam kajian ini, pelajar yang terlibat berumur 16 tahun iaitu mereka berada di

tingkatan empat. Ini bermakna mereka berada di peringkat remaja. Di sini pengkaji

ingin menjelaskan sedikit tentang siapa remaja kerana pada peringkat inilah emosi

mereka menjadi bertambah matang seiring dengan peningkatan umur mereka. Secara

umumnya remaja ialah seorang anak muda yang beransur-ansur berkembang menjadi

orang dewasa, mulai matang berfikir dalam menilai perkara baik atau buruk, betul

ataupun salah. Remaja juga sering dikaitkan dengan istilah Arab iaitu ‘akil baligh’,

yang bererti cukup umur. Menurut Maznah dan Siti Noor (2002), permulaan baligh

diiringi peningkatan dalam pertumbuhan dan perkembangan saiz badan, bentuk badan,

komposisi badan, organ reproduktif, ciri sekunder jantina, dan sistem respiratori. Pada

masa inilah mereka akan mengalami proses pemantapan fizikal, intelek, rohani dan

emosi. Biasanya umur mereka sekitar 12 hingga 21 tahun.

Waktu remaja juga sering dikatakan satu masa yang amat kompleks. Ini kerana

semua perubahan fizikal, emosi dan personaliti harus mereka fahami dengan teliti

supaya masalah tersebut dapat diatasi (Mahmood Nazar 2001). Konsep emosi harus

diberi penekanan kerana pada masa inilah mereka lebih cenderung bertindak mengikut

kata hati. Emosi adalah satu perasaan seperti tangisan, gelak ketawa, kesedihan dan

13

Page 14: k.emosi Di Kalangan Pelajar

ketakutan akan mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta

menggerakkan arah hidup manusia. Perkataan emosi berasal dari perkataan Greek

emovere yang membawa maksud ‘untuk keluar’. Lantaran itu emosi akan ditonjolkan

keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang. Emosi boleh

ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan

beberapa perubahan proses fisiologi diri dan psikologi (Mahmood Nazar 2001).

Emosi bagi Mayer, Caruso dan Salovey (1999) adalah peristiwa dalaman yang

menyelaraskan subsistem psikologi termasuk tindak balas fisiologi dan kesedaran

minda. Menurut Corsini (1994) ada dua sifat emosi sama ada positif atau negatif yang

mana nilai positif atau negatif itu bergantung kepada diri seseorang individu. Emosi

juga merupakan integrasi di antara fisiologi dan psikologi serta gabungan antara

tindakan fisiologi dan rasional terhadap situasi. Emosi juga dikatakan sebagai

perasaan atau pengalaman perasaan yang bersifat subjektif, namun emosi dilihat dan

dapat dikawal oleh otak.

Pada peringkat ini remaja sering dikaitkan dengan emosi sama ada emosi

mereka dalam bersifat membina atau merosakkan sahsiah. Dalam kehidupan mereka,

emosi atau perasaan memainkan peranan yang sangat besar, kadang-kadang perasaan

itu lebih berpengaruh daripada fikiran kerana mereka inginkan kebebasan. Ini kerana

mereka mengalami perubahan yang mendadak dalam beberapa aspek kehidupan

terutamanya pertumbuhan fizikal yang memerlukan penyesuaian diri. Maka dalam hal

inilah remaja perlukan kecerdasan emosi supaya jati diri mereka akan terbentuk.

Kecerdasan emosi dalam konteks ini adalah kemampuan atau kebolehan seseorang

mengenal pasti, memproses dan mengurus emosi sendiri dan orang lain (Mayer,

Caruso & Salovey 2000).

Menurut Rohaty (1998) keremajaan merupakan masa di mana remaja

bertambah sosial atau berpeluang membina dan melaksanakan kemahiran-kemahiran

sosial mereka. Tetapi di sebalik menjadi individu yang cekap bersosial dan

mempunyai ramai rakan sebaya, keremajaan menandakan satu ketika hidup remaja itu

kerap mengalami kesunyian. Pada masa yang sama, daya pemikiran mereka belum

cukup matang untuk berfikir secara rasional, logik dan objektif. Jadi, kebanyakan

daripada tingkah laku remaja lebih dikuasai dan dipengaruhi oleh emosi. Kecerdasan

14

Page 15: k.emosi Di Kalangan Pelajar

emosi amat diperlukan kerana ia dikatakan ada hubung kaitnya dengan aspirasi remaja

kerana kecerdasan mempunyai pelbagai tafsiran dan pengertian.

Menurut Binet (dalam Rohaty 1998), kecerdasan merupakan pemikiran,

kebolehan menyesuaikan diri kepada persekitaran khususnya persekitaran baru.

Remaja yang lebih cerdas dikatakan akan lebih menyedari keupayaan dirinya serta

lebih peka kepada tahap aspirasi mereka dan sedar akan halangan-halangan yang

boleh menjerumuskan mereka ke lembah kegagalan. Dalam hal ini kecerdasan tidak

semestinya membawa kepada pencapaian akademik yang tinggi atau prestasi

akademik yang cemerlang tetapi kecerdasan emosi haruslah ditekankan kerana remaja

yang cerdas intelektualnya tidak semestinya mempunyai tahap kecerdasan emosi yang

tinggi juga. Kedua-duanya haruslah seimbang kerana ia akan mempengaruhi

kecekapan seseorang.

2.3 KONSEP KECERDASAN EMOSI

Dalam mendefinisikan kecerdasan, ia adalah istilah yang sering diperkatakan tetapi

tidak pula menepati pengertian yang sebenarnya. Bagi masyarakat umum, kecerdasan

dihubungkan dengan keupayaan mental seperti pencapaian akademik, status dalam

hierarki pekerjaan, berjaya di dalam bidang-bidang yang diceburi dan kecerdasan

minda melakukan proses kognitif seperti mengira dan menyelesaikan masalah

(Sohaimi 1998).

Manakala aspek emosi pula tidak memerlukan seseorang itu berpangkat tinggi

atau berpelajaran tinggi untuk mencapainya. Ianya dapat dicapai melalui perhubungan

yang mesra, bertindak tidak mengikut perasaan, menghormati orang lain, serta

menyedari bahawa setiap insan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Selain itu kecerdasan didefinisikan sebagai kebolehan atau kemampuan untuk belajar,

mengingati, memanipulasikan simbol, yang kesemuanya adalah kaedah tradisional

(Sternberg & Ruzgis 1994). Mengikut Kamus Oxford Fajar (2001), kecerdasan

diertikan sebagai kuasa belajar, faham dan taakul serta kebolehan mental.

Dalam kajian ini kecerdasan emosi didefinisikan sebagai sejenis kecerdasan

sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat perbandingan di

15

Page 16: k.emosi Di Kalangan Pelajar

antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya memanfaatkan maklumat

ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu (Young 1996). Maka di bawah

akan dijelaskan pengertian dan konsep kecerdasan emosi menurut para pakar.

2.4 KECERDASAN EMOSI MENURUT PAKAR

2.4.1 Kecerdasan Emosi Menurut Salovey Dan Mayer

Kecerdasan emosi menurut Salovey dan Mayer (1990), adalah kemampuan atau

keupayaan seseorang mengendalikan perasaannya sendiri dan memahami perasaan

orang lain bagi membuat penilaian dan perbandingan lalu menggunakan

pengetahuan ini ke arah pemikiran dan tindakan yang betul. Walaubagaimanapun, ia

bukan hanya kemampuan seseorang mengendalikan perasaannya sendiri tetapi ia

adalah berhubung dengan kemampuan mengawal perasaan orang lain.

Konsep kecerdasan emosi pertama kali dikemukakan oleh ahli psikologi Peter

Salovey dari Universiti Harvard dan John Mayer dari Universiti New Hampshire,

Amerika Syarikat pada tahun 1990 bagi menerangkan tentang kualiti memahami

perasaan sendiri, empati terhadap perasaan orang lain dan menyalurkan emosi

bertepatan dengan kehidupan. Manakala Goleman pula menjadi orang pertama

menjadikan penyelidikan sains tingkah laku untuk melihat hubungan antara emosi dan

mental iaitu membincangkan emosi sebagai satu bentuk kecerdasan berorientasikan

biologikal (Lim 1997).

Sebenarnya kecerdasan emosi bukan konsep baru kerana sejak dari tahun 1920

lagi seorang ahli psikologi terkemuka Thorndike telah mencadangkan supaya

kebolehan untuk memahami orang lain dan bertindak dengan bijak dalam hubungan

antara manusia perlu dititikberatkan dalam pendidikan. Cadangan ini adalah konsep

kecerdasan emosi. Pada mulanya cadangan ini disambut baik tetapi pada tahun 1960,

konsep itu mula diabaikan dan dianggap sebagai konsep yang tidak praktikal kerana

dipengaruhi oleh teori-teori IQ dan buku-buku tentang darjah kecerdasan (Goleman

1995). Akhirnya pendidikan kognitif lebih dititikberatkan berbanding dengan

pendidikan afektif. Implikasinya kecenderungan ini kurang berjaya untuk

menghasilkan generasi yang berakhlak mulia dan yang bersepadu dari segi jasmani,

16

Page 17: k.emosi Di Kalangan Pelajar

emosi, rohani, intelek dan sosial. Lantaran itu wujudlah pelbagai gejala sosial di

kalangan remaja dan dewasa.

Menurut Mayer dan Salovey (1993) dan Goleman (1995), kecerdasan emosi

dilabelkan menerusi penampilan emosional. Kecerdasan emosi adalah berbeza

daripada kecerdasan umum di mana kecerdasan emosi lebih menggambarkan

kecerdasan sosial yang meliputi kemampuan memahami dan menguruskan diri

sendiri. Kecerdasan emosi sebenarnya berkait dengan kecerdasan umum yang

membentuk keupayaan, tetapi ia agak berbeza dari segi mekanisme dan manifestasi.

Mekanisme didasari oleh emosionaliti, pengurusan emosi dan sebahagian daripada

neurologikal. Manakala, manifestasi termasuklah kekuatan pengaruh verbal yang

mempengaruhi emosional dan lebih kepada transmisi maklumat keseluruhannya

melalui pengaruh emosional.

Salovey dan Mayer mengasaskan konsep kecerdasan emosi daripada gagasan

Thorndike yang merujuk kecerdasan sosial sebagai keupayaan mempengaruhi diri

sendiri dan orang lain secara dalaman, menggerakkan tingkah laku dan tindakan yang

sepatutnya berdasarkan maklumat asas. Bagaimanapun, Patton (dalam Lim 1997)

menegaskan bahawa kecerdasan emosi tidak terbentuk dengan mudah tetapi melalui

proses pembelajaran dalam kehidupan. Dengan mengambil kira pelbagai perspektif,

Mayer dan Salovey (1997) telah meluaskan definisi kecerdasan emosi berasaskan

lima kategori atau domain utama, iaitu :

1. Mengenali emosi sendiri

Mengenali emosi sendiri adalah amat penting dalam kehidupan seharian. Antara

kemahiran-kemahiran yang diperlukan adalah sebagaimana dijelaskan oleh

Sohaimi (1998) :

a. Mengenal pasti jenis-jenis emosi dan ciri-cirinya melalui ekspresi

wajah.

b. Melabelkan emosi dan rangsangannya.

c. Mengenal pasti emosi yang positif dan negatif.

d. Memahami kepentingan emosi serta memberi peluang kepada diri

supaya mengalaminya.

17

Page 18: k.emosi Di Kalangan Pelajar

e. Memberi perhatian dan penilaian kepada tindakan, iaitu membezakan

di antara tindakan yang berasaskan fikiran dengan emosi.

f. Ikhlas kepada diri sendiri.

2. Mengurus emosi sendiri

Antara kemahiran-kemahirannya yang diperlukan adalah :

a. Mengawal keinginan atau kemahuan.

b. Mengenal pasti rangsangan yang mencetuskan emosi negatif dan cara

mengatasinya.

c. Bertanggungjawab terhadap tindakan yang dilakukan.

d. Memahami kekuatan dan kelemahan diri dan bila perlu menukar strategi.

e. Membuat pertimbangan, berupaya mengambil kira baik dan buruknya sesuatu

kemahuan sebelum bertindak.

f. Toleransi, sanggup bertolak ansur, sabar serta dapat mengawal diri bagi

mengelak berlakunya pertelingkahan.

g. Meditasi.

3. Memotivasikan emosi negatif

Kemahiran-kemahiran yang diperlukan bagi memotivasikan emosi negatif adalah

seperti berikut :

a. Proaktif, iaitu boleh mencabar fikiran yang yang menimbulkan emosi negatif.

b. Keyakinan, iaitu percaya kepada diri sendiri serta mempunyai keupayaan

untuk melaksanakan tugas.

c. Optimis, iaitu menaruh harapan terhadap usaha-usaha yang dilakukan.

d. Ketahanan mental.

e. Berani mencuba.

4. Mengenali emosi orang lain

Kemahiran-kemahiran yang diperlukan bagi mengenali emosi orang lain adalah :

a. Empati, iaitu dapat merasai dan mengetahui apa yang dirasai oleh orang lain.

b. Bertolak ansur.

c. Menghormati pandangan orang lain.

d. Sensitif.

e. Memberi perhatian kepada orang lain secara jujur dan ikhlas.

18

Page 19: k.emosi Di Kalangan Pelajar

f. Jangan mengkritik dan menghukum tanpa bukti.

g. Menguasai komunikasi bukan verbal (bahasa tubuh atau badan).

h. Tahu menjangka emosi orang lain.

5. Mengendali perhubungan

Berikut adalah kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam mengendali

perhubungan secara terkawal :

a. Lebih prososial, iaitu mudah menyesuaikan diri di khalayak ramai.

b. Berkomunikasi dengan cara yang betul, iaitu banyak mendengar daripada

bercakap.

c. Lebih demokratik dalam berurusan dengan orang lain.

d. Hindari daripada dijangkiti emosi orang lain.

e. Elakkan individualisme kerana ia adalah bahaya.

f. Menghormati ibu bapa, ahli keluarga, jiran, guru, pemimpin dan institusi sosial.

g. Berhemah tinggi, iaitu berbudi bahasa dan beradab di dalam pergaulan.

Namun begitu menurut Schutte et al. (1998), model asal Salovey dan Mayer

(1990) didapati merangkumi pelbagai dimensi perkembangan emosi semasa.

Tambahan pula kebanyakan dimensi model kecerdasan yang lain boleh diintegrasikan

ke dalam model ini. Kecerdasan emosi mengandungi 3 kategori kebolehan yang

paling utama iaitu mentafsir emosi, mengawal emosi dan menggunakan emosi dalam

menyelesaikan masalah. Berdasarkan 3 kategori tersebut, kelima-lima domain sudah

merangkumi apa yang dimaksudkan didalamnya. Sehubungan itu, kemahiran-

kemahiran yang telah disebutkan di atas, menunjukkan ia adalah amat penting dalam

pembentukan kecerdasan emosi. Kemahiran-kemahiran ini sebenarnya tidak mudah

diperolehi kerana ia tidak wujud secara semula jadi, sebaliknya ia perlu dipelajari dari

kecil lagi.

2.4.2 Kecerdasan Emosi Menurut Goleman

Goleman merupakan orang yang mempopularkan konsep kecerdasan emosi. Beliau

melihat kecerdasan emosi sebagai kemampuan untuk mengenal pasti perasaan sendiri

dan perasaan orang lain, memotivasi diri sendiri dan kemampuan menguruskan emosi

dengan cara yang terbaik serta membentuk perhubungan (Goleman 1998).

19

Page 20: k.emosi Di Kalangan Pelajar

Model kecerdasan emosi yang diketengahkan oleh Goleman adalah bertitik

tolak daripada model kebolehan yang dipelopori oleh Mayer dan Salovey. Goleman

membahagikan kecerdasan emosi kepada lima domain yang telah dikenal pasti iaitu

kesedaran kendiri, kawalan kendiri dan motivasi kendiri adalah termasuk dalam

kemampuan peribadi atau personal manakala empati dan menangani hubungan

diterangkan sebagi kecekapan sosial (Goleman 2001). Antara domain-domain

tersebut :

1. Kesedaran kendiri

Merupakan salah satu kemahiran emosional yang melibatkan perasaan serta

mengetahui perasaan dalam satu-satu situasi. Ia juga penting dalam satu-satu

perhubungan antara pemikiran, perasaan dan tindakan (McCluskey 2000).

2. Kawalan kendiri

Kebolehan menangani perasaan marah, takut, kesedihan, dan kebimbangan yang

melampau mengikut cara yang bersesuaian dan seimbang. Individu yang sentiasa

riang akan lebih berkeyakinan terhadap kebolehan yang ada pada mereka

(Kavanagh & Bower 1985; Salovey & Birnbaum 1989).

3. Motivasi kendiri

Menurut Goleman (1998), motivasi kendiri adalah menggunakan kehendak utama

hati dalam menggerakkan dan memandu seseorang untuk mencapai tujuan dan

matlamat, membantu dalam mengambil inisiatif serta bersungguh-sungguh dalam

memperbaiki diri; dan tetap tabah apabila menghadapi masalah dan kekecewaan.

4. Empati

Boleh mengesan perasaan orang lain, melihat atau memahami sudut pandangan

orang lain dan boleh mencetus, menyuburkan kemesraan serta keserasian dengan

individu dari latar belakang yang berbeza (Goleman 1998).

5. Menangani hubungan

Merupakan kemahiran sosial yang membantu seseorang itu berinteraksi secara

berkesan dengan orang lain.

20

Page 21: k.emosi Di Kalangan Pelajar

2.4.3 Kecerdasan Emosi Menurut Reuven Bar-On

Menurut Bar-On, Emotional Quotient Inventory (EQ-i) adalah instrumen yang telah

dibina dan digunakan untuk menyelidik konsep kepada fungsi emosi dan sosial.

Antara faktor-faktor yang dikaji oleh EQ-i dan didapati menyumbang kepada

keberkesanan fungsi emosi dan sosial adalah :

a. Mengesan faktor yang berkaitan dengan fungsi emosi dan sosial.

b. Mentakrifkan faktor-faktor tersebut sejelas mungkin.

c. Membina instrumen psikometrik yang menyelidik faktor-faktor yang terlibat.

d. Membiasakan dan menghadkan instrumen yang terlibat berdasarkan budaya.

Berikut adalah komponen utama kecerdasan emosi dan sosial menurut Bar-On

(2000) :

a. Penilaian diri (Self-Regard)

Pokok utama kesedaran emosi dan kesefahaman.

b. Kesedaran emosi (Emotional Self-Awareness)

Merupakan batu asas terhadap model konseptual kecerdasan emosi dan sosial.

c. Ketegasan dan kesungguhan (Assertiveness)

Mendapati mereka yang mengalami tekanan jiwa sukar untuk mempamerkan

perasaan mereka lantaran rasa malu atau takut dengan reaksi yang bakal diterima.

d. Kesefahaman (Empathy)

Kajian mendapati menurunkan kesefahaman boleh menjadi faktor penting kepada

tingkah laku anti sosial dan agresif yang memerlukan tindakan pemulihan.

e. Hubungan interpersonal (Interpersonal Relationship)

Mengemukakan hubungan antara kemampuan mengambil berat emosi dengan

membina serta mengekalkan hubungan interpersonal. Keinginan memberi dan

menerima hubungan perasaan bukan saja bergantung kepada sikap mengambil

berat tetapi kemampuan memahami hati dan perasaan.

21

Page 22: k.emosi Di Kalangan Pelajar

f. Pengurusan stress atau tekanan (Stress Tolerance)

Pengurusan stress yang lemah akan memberikan tekanan. Simptom-simptomnya

adalah sukar membuat pilihan dan gangguan fizikal.

g. Kawalan kehendak (Impulse Control)

Penemuan menunjukkan tentang penerimaan sikap agresif seseorang serta

kemampuan dan mengawal tingkah laku tidak bertanggungjawab serta

bermusuhan.

h. Ujian realiti (Reality Testing)

Kebolehan mengesan dengan tepat dan memahami perasaan adalah bergantung

kepada ketepatan ujian.

i. Kebolehan penyesuaian (Flexibility)

Dapatan kajian menyatakan individu dengan skor yang rendah gemar bersikap

tegas dalam pemikiran dan tingkah laku. Ini menunjukkan individu ini tidak

fleksibel dalam hal tertentu.

j. Penyelesaian masalah (Problem Solving)

Adalah penting untuk memahami emosi dalam usaha menyelesaikan masalah yang

lebih bersifat semula jadi.

k. Optimis

Optimistik memainkan peranan sebagai terapi psikologi kerana individu yang

optimis sentiasa berfikiran positif.

l. Kesedaran diri (Self-Actualization)

Faktor ini dianggap sebagai ‘pemandu kejayaan’ kerana ia adalah satu cara

meningkatkan tingkah laku bijak dengan memberikan motivasi bagi melakukan

yang terbaik.

m. Kegembiraan dan keceriaan (Happiness)

22

Page 23: k.emosi Di Kalangan Pelajar

Dianggap sebagai ‘barometric’ semula jadi. Dengan adanya kegembiraan ia

memandu kita ke arah perkara yang sepatutnya dilakukan.

n. Berdikari (Independence)

Keupayaan berdikari berkait rapat dengan tingkah laku kecerdasan emosi dan

sosial. Ia juga bergantung kepada faktor persefahaman, pengurusan stress, ujian

realiti dan penyelesaian masalah.

o. Tanggungjawab sosial (Social Responsibility)

Berdasarkan kajian lepas, tanggungjawab sosial adalah faktor penggalak kepada

keberkesanan kerja. Faktor ini termasuklah menghormati orang lain, kesetiaan

kepada organisasi dan matlamatnya.

Berdasarkan 15 komponen Bar-On tersebut, kecerdasan emosi dan sosial

merupakan gabungan keseimbangan emosi, personaliti serta sosialisasi. Ini sedikit

sebanyak mempengaruhi keupayaan dan keberkesanan dalam menghadapi kehendak

dan tekanan semasa. Berdasarkan pendapat-pendapat pakar yang telah dijelaskan,

pengkaji akan mengambil satu konsep kecerdasan emosi iaitu berdasarkan pendapat

Salovey dan Mayer (1990) untuk dijadikan sumber dalam kajian ini. Ia akan meliputi

kelima-lima domain yang telah dijelaskan sebelumnya.

2.5 KEPENTINGAN KECERDASAN EMOSI

Manusia yang dilahirkan mungkin cerdas dan cerdik, bertuah dan mengetahui

bermacam-macam perkara tetapi tidak selalunya berakhlak mulia (Hasan 1983).

Sehubungan dengan itu, emosi sangat bermakna dalam kehidupan mereka ketika

mengambil keputusan untuk membuat sesuatu perkara. Biasanya, tidak ada sama

sekali keputusan yang diambil oleh manusia selaras dengan pemikiran rasionalnya. Ini

kerana seluruh keputusan manusia itu dipengaruhi emosi mereka. Jika diperhatikan

keputusan-keputusan dalam kehidupan manusia, ternyata keputusannya lebih banyak

ditentukan oleh emosi daripada kepintaran akal.

Dalam huraian yang mudah, orang-orang yang memiliki kecerdasan emosi

yang tinggi ini mempunyai perwatakan yang positif dan daya kepimpinan yang tinggi.

23

Page 24: k.emosi Di Kalangan Pelajar

Mereka boleh mengawal emosi supaya tunduk kepada akal. Hasilnya akan lahirlah

kebijaksanaan, satu perwatakan positif yang tidak boleh diukur dengan kertas ijazah

(Mingguan Malaysia 4 Januari 2004). Oleh itu kecerdasan tidak akan bererti apa-apa

apabila emosi berkuasa.

Masyarakat sering memandang seseorang yang mempunyai IQ yang tinggi

sudah pasti berjaya dalam kehidupan dan kerjaya. Tetapi hakikatnya tidak sedemikian.

Ini kerana IQ yang tinggi tidak semestinya dapat menjamin kejayaan apabila

seseorang itu mudah dikuasai oleh emosi. Dengan IQ sahaja belum tentu menjanjikan

kebahagiaan. Sebaliknya orang yang IQ sederhana mampu pula mengurus emosinya

dengan baik dan lebih berjaya daripada orang yang mempunyai IQ yang tinggi tetapi

gagal membendung desakan emosinya (Sohaimi 1998).

Menurut Dow (1999) IQ pada dasarnya tidak dapat diubah selepas peringkat

kanak-kanak, manakala EQ pula dapat diajar dan dipelajari. Oleh sebab itulah

kecerdasan emosi ataupun EQ semakin mendapat perhatian sekarang terutama sekali

di dalam bidang pendidikan. Menurut Goleman (dalam Elias et al. 1997) terdapat

keutamaan saling perkaitan antara emosi, pemikiran dan tindakan yang menjelaskan

kepentingan kecerdasan emosi bagi mencapai kejayaan dalam pendidikan,

kekeluargaan, persahabatan, kerjaya, komuniti dan warganegara yang menekankan

keperluan pelajar memiliki sepenuhnya kemahiran sosial, emosional dan akademik

yang mendorong pembentukan nilai keikhlasan, kesetiaan dan tanggungjawab.

2.6 KAJIAN BERKAITAN

Dalam sub topik kajian, pengkaji akan mengaitkan dengan faktor-faktor yang ingin

dikaji terhadap kecerdasan emosi serta pendapat dari kajian orang lain berkaitan

kecerdasan emosi.

2.6.1 Faktor Jantina

Jantina memainkan peranan penting dalam segala hal. Sehubungan itu perbandingan

antara lelaki dengan perempuan dalam mengekspresikan emosi dianggap berbeza.

Masalah disiplin pelajar mengundang pelbagai perspektif di kalangan guru, ibu bapa,

24

Page 25: k.emosi Di Kalangan Pelajar

masyarakat, dan sebagainya. Ini menimbulkan tanda tanya kenapa hal ini harus terjadi.

Kadang-kadang hal ini timbul disebabkan cara dan gaya seorang guru sewaktu

mengajar yang boleh menimbulkan impak kepada pelajar tersebut sama ada dia

menyukai gurunya atau tidak. Dalam kajian ini faktor jantina akan dikaji untuk

melihat sama ada terdapat perbezaan antara persepsi kecerdasan emosi pelajar

berdasarkan lima domain iaitu mengenali emosi sendiri, mengurus emosi sendiri,

memotivasikan emosi negatif, mengenali emosi orang lain dan mengendali

perhubungan.

Mc Ewen dan Stellar (1993) menyatakan bahawa jantina boleh mempengaruhi

kecerdasan emosi. Menurutnya lagi, remaja lelaki lebih melibatkan diri dalam

kegiatan gejala sosial jika dibandingkan dengan remaja perempuan. Seterusnya Block

(1995) mengatakan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara lelaki dan

perempuan dalam aspek EQ dan IQ. Hasil dapatan beliau menunjukkan bahawa lelaki

yang mempunyai tahap IQ yang tinggi memiliki tahap intelektual yang luas dari segi

keupayaan. Perempuan yang mempunyai tahap IQ yang tinggi walaupun berkeyakinan

tinggi terhadap keintelektualan diri dan berani mencuba dengan gigih dalam bidang

yang diceburi namun cenderung mengalami kebimbangan, rasa bersalah dan teragak-

agak untuk menunjukkan kemarahan mereka secara terus terang apabila berlaku

percanggahan pendapat.

Begitu juga dengan kajian oleh Bar-On (dalam Goleman 1998) terhadap 1000

individu lelaki dan perempuan. Secara puratanya responden perempuan lebih sedar

tentang emosi mereka di mana ia menunjukkan lebih empati dan lebih cenderung

dalam interpersonal. Manakala responden lelaki lebih berkeyakinan, optimis, lebih

mudah menyesuaikan diri dan dapat menguruskan tekanan dengan lebih baik.

Sementara itu kajian oleh Liew et al. (1999) mendapati 79.1% murid perempuan

mempunyai kecerdasan emosi yang memuaskan apabila dibandingkan dengan murid-

murid lelaki (65.6%). Kajian ini dilakukan ke atas murid-murid sekolah rendah.

Walaupun mereka berada di sekolah rendah tetapi sudah menampakkan beberapa

perbezaan dari segi jantina. Menurut Liew lagi, mereka yang mempunyai kecerdasan

emosi yang memuaskan ini kerana dapat mengawal perasaan dan tindakan sendiri,

mempunyai daya ketahanan yang tinggi serta mudah menjalin persahabatan dengan

orang lain.

25

Page 26: k.emosi Di Kalangan Pelajar

Kajian oleh Su Mee Nguk (2000) ke atas 38 pelajar perempuan dan 32 pelajar

lelaki tingkatan empat menunjukkan terdapat perbezaan kecerdasan emosi. Ini

menunjukkan emosi seseorang memang berubah dan mengikut jantina. Bagi Teh

(2001), kajiannya menunjukkan min kecerdasan emosi di kalangan pelajar perempuan

(121.88) lebih tinggi berbanding pelajar lelaki (117.59). Apabila dilihat hasil-hasil

yang telah didapati dari penyelidik lain menunjukkan terdapat perbezaan kecerdasan

emosi antara lelaki dan perempuan. Bertepatan dengan kajian Multi-Health Systems

(1997) ke atas 4,500 lelaki dan 3,200 perempuan di Kanada dan Amerika

menunjukkan bahawa perempuan mempunyai hubungan interpersonal yang tinggi

berbanding lelaki. Bagi lelaki pula mereka berkebolehan dalam mengendalikan

tekanan emosi dengan lebih baik.

2.6.2 Faktor Aliran Pengajian

Dalam bidang pendidikan, pelajar boleh memilih sama ada mereka ingin memasuki

aliran Sains, Sastera, Perdagangan dan sebagainya. Ini bergantung kepada keputusan

mereka di dalam peperiksaan. Dalam kajian ini pengkaji ingin melihat bagaimana

persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi apabila dibandingkan dengan pelajar

aliran Sains dan Sastera. Adakah terdapat perbezaan persepsi bagi pelajar dua aliran

ini kerana dari pemerhatian pengkaji pelajar dari aliran yang berbeza biasanya

mempunyai tanggapan yang berbeza juga tentang sesuatu perkara. Begitu juga dengan

manusia yang mempunyai aliran pemikiran yang berbeza, mereka akan bertentangan

pendapat apabila membincangkan tentang sesuatu perkara.

Satu kajian yang menunjukkan perbezaan antara aliran pengajian adalah kajian

oleh Su (2000) ke atas 36 pelajar aliran Sains dan 34 pelajar aliran Sastera di Sekolah

Menengah Bantuan St. Anthony, Sarikei Sarawak mendapati bahawa terdapat

perbezaan yang signifikan dalam kecerdasan emosi mengikut aliran pengajian. Ini

menunjukkan aliran pengajian memberi impak kepada kecerdasan emosi.

Kajian Teh (2001) juga mendapati kecerdasan emosi pelajar adalah bergantung

kepada aliran pengajian. Pelajar dari aliran yang berlainan mempunyai skor

26

Page 27: k.emosi Di Kalangan Pelajar

kecerdasan emosi yang berlainan juga. Ini menunjukkan aliran pengajian memberi

kesan kepada pelajar.

2.6.3 Faktor Pencapaian Akademik

Kajian kecerdasan emosi dan prestasi yang dijalankan oleh Noriah et al. (2001) ke atas

60 pelajar remaja berumur 14 hingga 16 tahun menunjukkan hubungan yang positif

antara kecerdasan emosi dan prestasi. Ini bermakna semakin meningkat umur

seseorang semakin meningkat kestabilan emosi mereka, maka semakin baik

pencapaiannya. Hal ini diperlukan bagi menjamin kejayaan dalam bidang akademik

terutamanya. Sehubungan dengan itu, pengkaji ingin melihat persepsi kecerdasan

emosi di kalangan pelajar mengikut pencapaian akademik. Walau bagaimanapun

pengkaji hanya ingin mengkaji remaja berumur 16 tahun saja kerana tidak bercadang

membandingkan antara umur. Menurut Asmah Bee dan Iran Herman (1995) pada

tahap ini keseluruhan pemikiran mereka telah hampir terbentuk kerana struktur

kognitifnya telah matang dan jarang berubah. Pada masa inilah interaksi remaja

dengan agen sosialisasi terbina bagi menunjuk ke arah pembelajaran, kejayaan dan

kecemerlangan dalam semua bidang kehidupan.

Banyak kajian yang menunjukkan bahawa seseorang yang mempunyai

kecerdasan emosi yang tinggi adalah orang yang lebih baik dalam kerjaya, akademik

dan keluarga (Elisabeth & Lennart 2003). Kecerdasan emosi juga dapat meningkatkan

gred atau pencapaian pelajar (Living 1997). Pelajar yang mempunyai kecerdasan yang

tinggi lebih mempunyai keyakinan diri kerana tekanan ujian dan peperiksaan tidak

memberi kesan yang banyak kepada mereka. Mereka dapat melakukan ujian dengan

baik dan dapat mengendalikan kejadian yang berlaku dalam kehidupan mereka.

Menurut Funderstanding (1998) yang telah membincangkan tentang kajian

yang dilakukan oleh pakar-pakar kecerdasan emosi mengatakan bahawa kesihatan

emosi adalah dasar bagi pembelajaran yang lebih efektif. Menurut laporan “National

Center for Clinical Infant Programs” , elemen yang paling penting untuk kejayaan

pelajar di sekolah adalah pengetahuan bagaimana pelajar itu belajar (understanding

how to learn). Kandungan utama bagi pengetahuan ini adalah seperti berikut :

1. Keyakinan.

27

Page 28: k.emosi Di Kalangan Pelajar

2. Keinginan untuk mengetahui.

3. Kawal diri.

4. Keupayaan menggabung.

5. Keupayaan berkomunikasi.

6. Keupayaan bekerjasama.

Semua sifat di atas adalah aspek penting dalam kecerdasan emosi. Ini

menunjukkan bahawa kecerdasan emosi dapat meramalkan kejayaan seseorang pada

masa hadapan. Selain itu mereka yang selalu ceria dapat menerima lebih banyak

maklumat dan lebih efektif berbanding dengan mereka yang sering tidak berpuas hati

dalam melakukan sesuatu kerja (Funderstanding 1998).

Kajian oleh Su (2000) mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara

kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar. Skor kecerdasan emosi

pelajar mempunyai hubungan positif yang lemah dengan pencapaian akademik tetapi

masih mempunyai kebarangkalian yang signifikan, iaitu dengan aras 0.037 (p< 0.51).

Dalam hal ini, boleh dikatakan bahawa pelajar yang memperoleh pencapaian

akademik yang tinggi tidak semestinya mempunyai tahap kecerdasan emosi yang

tinggi.

2.6.4 Faktor SSE Keluarga

Dalam hal ini, pengkaji ingin melihat sama ada SSE keluarga mempengaruhi

kecerdasan emosi atau sebaliknya. Goleman (1995) melaporkan hasil tingkahlaku

positif di kalangan pelajar berstatus sosio rendah dan pertengahan yang telah

menyertai program pembelajaran sosial dan emosi (SEL) di Amerika Syarikat.

Hasilnya terdapat perbezaan antara pelajar yang menyertai program SEL berbanding

pelajar di sekolah kawalan iaitu mereka lebih bertanggungjawab, lebih asertif, lebih

sedia membantu, lebih mudah memahami orang lain, lebih prihatin dan mempunyai

kemahiran resolusi yang tinggi.

Seterusnya kajian Teh (2001), menunjukkan hasil ujian korelasi tidak

menunjukkan perkaitan yang signifikan antara SSE dengan kecerdasan emosi remaja

(r=0.02, p>0.05). Ini memberi pengertian bahawa SSE tidak mempengaruhi

28

Page 29: k.emosi Di Kalangan Pelajar

perkembangan kecerdasan emosi remaja. Sebaliknya kajian Lempers et al. 1997

(dalam Teh) menyatakan bahawa tekanan ekonomi menyebabkan ibu kurang memberi

tumpuan serta sokongan terhadap anak dan secara tidak langsung emosi anak akan

tertekan. Ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara tekanan ekonomi dan

kecerdasan emosi.

2.7 RUMUSAN

Kecerdasan emosi perlu diberi perhatian yang sewajarnya memandangkan ia semakin

mendapat tempat di kalangan penyelidik dan masyarakat. Ini kerana kecerdasan emosi

dapat diajar dan dipelajari, tetapi tidak pada IQ. Hal ini disebabkan seseorang yang

mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi akan dapat mengawal dan

mengendalikan sebarang urusan dengan lebih teratur dan hidup mereka akan lebih

bermakna walaupun IQ-nya hanya sederhana. Dalam bab ini telah dijelaskan tentang

kajian-kajian kecerdasan emosi yang telah dijalankan sama ada di dalam atau luar

negara. Dalam bab ini juga telah dijelaskan dari faktor apakah kecerdasan emosi ingin

dikaji. Ini kerana bidang pendidikan perlu diberi perhatian yang sewajarnya kerana ia

berkaitan dengan perkembangan remaja terutama di peringkat menengah.

29

Page 30: k.emosi Di Kalangan Pelajar

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENDAHULUAN

Penyelidikan yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti kecerdasan emosi di

kalangan pelajar berdasarkan jantina, aliran pengajian, pencapaian akademik dan SSE

keluarga. Dalam bab ini, pengkaji akan menghuraikan tentang reka bentuk kajian,

responden kajian, instrumen yang digunakan, pembolehubah kajian, kajian rintis,

tatacara kajian dan tatacara penganalisisan data.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini adalah kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik. Pengkaji

menggunakan soal selidik sepenuhnya untuk menguji hipotesis-hipotesis yang

dikemukakan. Soal selidik ini ditadbirkan sekali sahaja. Pengkaji memilih pendekatan

kuantitatif kerana data lebih mudah diperolehi melalui soal selidik kajian. Menurut

Singgih (2002) pendekatan kuantitatif merupakan data yang dinyatakan dalam bentuk

angka. Ini kerana statistik hanya boleh memproses data yang berbentuk angka.

Borang soal selidik pula adalah satu alat penyelidikan yang sering digunakan

dalam kajian tinjauan. Tujuan utama borang ini ialah bagi mendapatkan maklumat

tentang latar belakang responden (T. Subahan et al. t.th). Dalam penyelidikan ini, soal

selidik digunakan oleh pengkaji untuk mengukur kecerdasan emosi pelajar tingkatan

empat di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu Kelantan.

3.3 RESPONDEN KAJIAN

30

Page 31: k.emosi Di Kalangan Pelajar

Responden kajian dipilih secara rawak daripada pelajar tingkatan empat dari dua

aliran iaitu aliran Sains dan Sastera di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu

Kelantan. Bilangan responden adalah 100 orang, yang mana seramai 50 orang dari

aliran Sains dan 50 orang dari aliran Sastera.

Rasional pengkaji memilih pelajar tingkatan empat sahaja adalah kerana

pengkaji tidak bertujuan untuk membuat perbandingan mengikut umur dan pada

peringkat ini (16 tahun ke atas) mereka lebih matang dan sistematik dalam

menghadapi masalah. Pengkaji hanya ingin melihat persepsi kecerdasan emosi serta

perbezaannya berdasarkan jantina, aliran pengajian, pencapaian akademik serta SSE

keluarga pelajar.

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Dalam kajian ini akan digunakan instrumen kajian berupa soal selidik kecerdasan

emosi pelajar.

3.4.1 Soal Selidik Kajian

Soal selidik kajian mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan B.

Bahagian A :

Terdiri dari 4 item tentang biodata atau latar belakang pelajar iaitu :

a. Jantina

b. Aliran pengajian

c. Pencapaian akademik (PMR)

d. SSE keluarga

Dalam kajian ini, pencapaian akademik seorang pelajar dirujuk kepada

keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebelumnya. Pencapaian

dalam konteks ini membawa maksud kemampuan pelajar untuk mendapat skor yang

baik dalam peperiksaan yang didudukinya. Secara keseluruhannya, pemberian gred

yang diskor dalam PMR iaitu : A=5, B=4, C=3, D=2, dan E=1. Purata dikira dengan

31

Page 32: k.emosi Di Kalangan Pelajar

mencampurkan jumlah markah yang dapat dan dibahagikan dengan bilangan subjek

yang diambil. Min skor menjulat dari 1.0 hingga 5.0, kemudian min skor telah

dikategorikan kepada tiga tahap iaitu Tinggi (3.31 hingga 5.0), Sederhana (1.71

hingga 3.30) manakala Rendah (1.00 hingga 1.70). Berikut ditunjukkan pencapaian

akademik pelajar dalam bentuk jadual.

JADUAL 3.1 : Pencapaian akademik pelajar berdasarkan skor min

Min skor Interpretasi

1.00 hingga 1.70

1.71 hingga 3.30

3.31 hingga 5.00

Rendah

Sederhana

Tinggi

Sumber : Ubah suai daripada Teh (2001)

SSE keluarga pula telah dibahagikan kepada tiga kategori pendapatan iaitu :

1) Rendah (Kurang dari RM 1000 )

2) Sederhana (RM 1000 hingga RM 2500)

3) Tinggi (RM 2500 ke atas)

Menurut Marimuthu (1983), status sosioekonomi atau kelas sosial sebagai

indeks secara keseluruhan tentang latar belakang sosial, sama ada merujuk kepada

pekerjaan sahaja atau gabungan antara pekerjaan, pendapatan dan taraf pendidikan

bapa atau ketua keluarga. Maka dalam kajian ini pengkaji cuma mengklasifikasikan

purata pendapatan keluarga sahaja sebagaimana pembahagian di atas.

Bahagian B :

Bahagian ini adalah soal selidik kecerdasan emosi diubahsuai daripada Teh (2001).

Menurut Teh, soal selidik yang digunakan tersebut berdasarkan kepada Model

Konseptual EQ Salovey dan Mayer (1990) yang meliputi domain mengenali emosi

sendiri, mengurus emosi sendiri, memotivasikan emosi negatif, mengenali emosi

32

Page 33: k.emosi Di Kalangan Pelajar

orang lain dan mengendalikan perhubungan. Dalam kajiannya tentang ‘Pengaruh

kecerdasan emosi (EQ) dan amalan keibubapaan ibu terhadap EQ remaja’, Teh telah

menjalankan kajian terhadap pelajar tingkatan empat iaitu yang berumur 16 tahun

yang telah disesuaikan dengan soal selidik kecerdasan emosi Schutte et al. Ujian

kecerdasan emosi mempunyai 33 item yang terdiri daripada domain berikut :

1. Mengenali emosi sendiri (item B1.1 hingga B1.7)

2. Mengurus emosi sendiri (item B2.1 hingga B2.8)

3. Memotivasikan emosi negatif (item B3.1 hingga B3.5)

4. Mengenali emosi orang lain (item B4.1 hingga B4.7)

5. Mengendali perhubungan (item B5.1 hingga B5.6)

Pelajar dikehendaki menjawab setiap item berdasarkan lima kategori berdasarkan lima

Skala Likert iaitu :

1. Sangat Tidak Setuju (STS)

2. Tidak Setuju (TS)

3. Tidak Pasti (TP)

4. Setuju (S)

5. Sangat Setuju (SS)

Skor kecerdasan emosi dihitung dengan menjumlahkan skor-skor item bagi

kesemua 33 item tersebut pada skala. Oleh itu, skor maksimum bagi kecerdasan emosi

adalah sebanyak 165, manakala skor minimum pula ialah 33. Item yang bernombor

B3.5, B4.1 dan B4.7 adalah item negatif yang perlu dikod semula iaitu 1=5, 2=4, 3=3,

4=2, dan 5=1. Skor untuk item negatif ini akan diterbalikkan seperti berikut :

1. Sangat Setuju (SS)

2. Setuju (S)

3. Tidak Pasti (TP)

4. Tidak Setuju (TS)

5. Sangat Tidak Setuju (STS)

Antara contoh item-item negatif adalah seperti berikut :

a) Apabila menghadapi sesuatu masalah, saya

berputus asa kerana saya percaya bahawa saya akan gagal (item B3.5).

33

Page 34: k.emosi Di Kalangan Pelajar

b) Saya berasa sukar untuk memahami mesej bukan lisan (non-verbal) orang lain

(B4.1).

c) Adalah sukar bagi diri saya untuk memahami perasaan orang lain (B4.7).

3.4.2 Pembolehubah Kajian

Dalam kajian ini terdapat dua pembolehubah iaitu pembolehubah bebas (tidak

bersandar) dan pembolehubah bersandar. Pembolehubah bebas dalam kajian ini ialah

jantina, aliran pengajian, pencapaian akademik berdasarkan keputusan PMR serta SSE

keluarga. Pembolehubah bersandar pula ialah kecerdasan emosi pelajar yang diperoleh

melalui instrumen yang digunakan oleh Teh (2001).

3.5 KAJIAN RINTIS

Satu kajian rintis telah dijalankan ke atas 30 orang pelajar tingkatan empat di salah

sebuah sekolah di negeri Selangor. Ia bertujuan untuk menentukan soalan dalam

borang soal selidik ini mudah difahami serta sesuai atau tidak bagi pelajar. Selain itu

bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Para pelajar tidak

mengalami sebarang masalah ketika menjawab soalan kerana ia telah disesuaikan dan

diubahsuai ayat mengikut kesesuaian bahasa. Wiersma (2000) berpendapat bahawa

item-item dalam soal selidik ini perlu dicuba terlebih dahulu ke atas sekumpulan kecil

dalam kajian rintis sebelum digunakan untuk kajian sebenar.

Kajian rintis dijalankan bertujuan untuk menguji kesahan dan

kebolehpercayaan alat kajian. Nilai kebolehpercayaan keseluruhan instrumen

kecerdasan emosi ini iaitu 0.7868, menunjukkan kebolehpercayaan yang sederhana

tinggi dan menunjukkan bahawa item-item yang dikemukakan itu boleh diterima dan

dipercayai. Menurut Zaidatun dan Mohd Salleh (2003), nilai maksimum bagi pekali

kebolehpercayaan ialah 1. Sekiranya nilai tersebut kurang dari 0.6, maka bolehlah

dianggap instrumen yang digunakan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang rendah.

3.6 TATACARA KAJIAN

Langkah-langkah berikut telah diambil bagi melancarkan proses kajian ini :

34

Page 35: k.emosi Di Kalangan Pelajar

1. Menyediakan proposal kajian dengan soal selidik.

2. Pengkaji memohon kebenaran membuat penyelidikan daripada Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

setelah mendapat kelulusan dari penyelia.

3. Setelah mendapat kelulusan tersebut, pengkaji memohon kebenaran daripada

Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

4. Surat rasmi dikeluarkan untuk mendapat kebenaran kajian di sekolah berkaitan

melalui kebenaran pengetua sekolah.

5. Membuat temu janji dengan pihak sekolah untuk mentadbir soal selidik.

6. Soal selidik ditadbir dengan bantuan seorang guru kepada para pelajar. Mereka

diberitahu terlebih dahulu tatacara menjawab soal selidik serta segala maklumat

yang diberikan adalah rahsia, hanya untuk kajian sahaja.

7. Segala data dari soal selidik dikumpul dan diproses dengan menggunakan kaedah

SPSS iaitu ‘Statistical Package for the Social Science’ versi 11.5.

8. Analisis data dan laporan akhir penyelidikan dibuat.

3.7 TATACARA PENGANALISISAN DATA

Dalam kajian ini, data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 11.5.

Statistik yang digunakan adalah statistik deskriptif dan statistik inferensi.

3.7.1 Analisis Deskriptif

Analisis secara deskriptif iaitu akan memberi gambaran awal terhadap bilangan

sampel, jantina, aliran pengajian, pencapaian akademik serta SSE keluarga. Selain itu

analisis deskriptif meliputi min dan peratusan persepsi pelajar terhadap kecerdasan

emosi secara berdasarkan yang diutarakan oleh Salovey dan Mayer (1990).

3.7.2 Menguji Hipotesis

Bagi menguji hipotesis-hipotesis yang telah dibina, analisis statistik inferensi

digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara

pembolehubah-pembolehubah yang dikaji. Dalam kajian ini akan dijelaskan tentang

ujian-ujian yang akan digunakan bagi menguji hipotesis-hipotesis tersebut.

35

Page 36: k.emosi Di Kalangan Pelajar

3.7.2.1 MANOVA

MANOVA adalah singkatan dari Multivariate analysis of variances yang merupakan

lanjutan dari ANOVA. MANOVA membolehkan kita menganalisis perbezaan antara

min berdasarkan pembolehubah bersandar yang lebih daripada satu (Zaidatun 2003).

Dalam kajian ini, ujian MANOVA digunakan bagi melihat perbezaan persepsi lima

domain kecerdasan emosi berdasarkan jantina.

3.7.2.2 Ujian-t

Ujian-t yang digunakan bertujuan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan

antara min dua kumpulan sampel yang tidak berkait (Zulkarnain Zakaria &

Hishamuddin 2001). Dalam kajian ini ujian-t digunakan bagi melihat perbezaan

persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi berdasarkan aliran pengajian pelajar.

3.7.2.3 ANOVA 2 Hala

ANOVA 2 Hala adalah kaedah Simple Factorial yang paling mudah dan melibatkan

proses menganalisis varians bagi satu pembolehubah bersandar berdasarkan dua

pembolehubah tidak bersandar (Zaidatun 2003). Dalam kajian ini ANOVA 2 Hala

digunakan bagi melihat perbezaan antara persepsi kecerdasan emosi berdasarkan

pencapaian akademik pelajar dengan SSE keluarga. Seterusnya akan dilihat sama ada

terdapat kesan interaksi antara kedua-dua pembolehubah tersebut.

3.8 RUMUSAN

Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan bertujuan untuk

melihat perbezaan antara persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi berasaskan lima

domain yang dilihat dari aspek jantina, aliran pengajian, pencapaian akademik dan

SSE keluarga di kalangan pelajar. Sampel kajian terdiri dari pelajar tingkatan empat

yang berumur 16 tahun. Dua aliran pengajian telah diambil iaitu aliran Sains dan

Sastera. Pencapaian akademik adalah berdasarkan keputusan PMR. Data dan

maklumat pelajar didapati dari maklumbalas terhadap soal selidik yang telah diedar

36

Page 37: k.emosi Di Kalangan Pelajar

dan ditadbir dengan bantuan seorang guru kaunseling. Tumpuan telah diberikan dalam

proses pengumpulan dan penganalisisan data. Alat kajian berupa soal selidik latar

belakang pelajar dan ujian kecerdasan emosi. Seterusnya analisis data telah dijalankan

secara statistik deskriptif dan statistik inferensi. Kemudian data diproses dengan

menggunakan pakej SPSS versi 11.5.

37

Page 38: k.emosi Di Kalangan Pelajar

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 PENDAHULUAN

Bab ini akan membentangkan hasil analisis data kajian dan deskripsinya meliputi

profil responden pelajar diikuti dengan analisis tentang perbezaan persepsi kecerdasan

emosi pelajar berdasarkan jantina, aliran pengajian, pencapaian akademik dan SSE

keluarga.

4.2 PROFIL RESPONDEN KAJIAN

Responden kajian terdiri daripada 100 orang pelajar tingkatan empat di sebuah

sekolah di daerah Kota Bharu Kelantan. Berdasarkan jadual 4.1, seramai 49 orang

(49.0%) adalah pelajar lelaki dan 51 orang (51.0%) adalah pelajar perempuan.

Majoriti responden seramai 68 orang (68.0%) adalah adalah dari SSE rendah, 26

orang (26.0%) dari SSE sederhana manakala 6 orang (6.0%) lagi dari SSE tinggi. Dari

segi pencapaian akademik pula, seramai 8 orang (8.0%) mendapat pencapaian rendah,

26 orang (26.0%) mendapat pencapaian sederhana manakala 66 orang (66.0%)

mendapat pencapaian tinggi. Responden kajian hanya terdiri dari pelajar dari satu

sekolah sahaja dan tidak boleh digeneralisasikan kepada pelajar dari sekolah lain.

38

Page 39: k.emosi Di Kalangan Pelajar

JADUAL 4.1 : Profil Responden Kajian

Latar belakang responden Frekuensi Peratus

Jantina Lelaki Perempuan

Aliran Sains Sastera

Pencapaian PMR Rendah Sederhana Tinggi

SSE keluarga Rendah Sederhana Tinggi

4951

5050

82666

68266

49.051.0

50.050.0

8.026.066.0

68.026.0 6.0

4.3 ANALISIS DESKRIPTIF

Sebelum membincangkan tentang hasil kajian berdasarkan statistik inferensi, pengkaji

ingin melihat secara deskriptif bagi lima domain setiap item kecerdasan emosi di

kalangan pelajar. Ini termasuk kekerapan yang menjawab sangat tidak setuju, tidak

setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju serta skor min yang diperolehi bagi setiap

item. Analisis ini juga akan mengukur min dan sisihan piawai bagi kelima-lima

domain kecerdasan emosi ini.

4.3.1 Skor Min Kecerdasan Emosi Berdasarkan Lima Domain

Berikut adalah jadual item yang dilihat secara deskriptif bagi aspek mengenali emosi

sendiri di kalangan pelajar. Dalam jadual 4.2 dan rajah 4.1, item yang mendapat skor

min tertinggi adalah item B1.3 (4.27). Ini menunjukkan bahawa para pelajar dapat

menilai peristiwa yang berlaku dalam diri mereka sama ada ia penting atau

sebaliknya. Seramai 45 orang mengatakan ‘sangat setuju’, 43 orang mengatakan

‘setuju’, 7 orang mengatakan ‘tidak pasti’, 4 orang mengatakan ‘tidak setuju’ dan 1

orang mengatakan ‘sangat tidak setuju’.

Manakala item yang mendapat skor min paling rendah adalah item B1.1

(3.26). Seramai 37 orang mengatakan ‘tidak pasti’, 35 orang mengatakan ‘setuju’, 15

39

Page 40: k.emosi Di Kalangan Pelajar

orang mengatakan ‘tidak setuju’, 8 orang mengatakan ‘sangat setuju’ dan 5 orang

mengatakan ‘sangat tidak setuju’.

JADUAL 4.2 : Skor Min Mengenali Emosi Sendiri.

No Item STS TS TP S SS MinB1.1

B1.2

B1.3

B1.4

B1.5

B1.6

B1.7

Saya dapat menceritakan masalah peribadi saya kepada orang lain pada masa yang sesuai.Apabila menghadapi masalah, saya teringat masalah yang hampir sama yang pernah saya hadapi dan mengatasinya.Sesetengah peristiwa dalam hidup saya telah membimbing saya menilai semula apa yang penting dan apa yang tidak penting.Emosi merupakan sesuatu yang menjadikan hidup saya bermakna.Saya menyedari emosi yang saya alami.Saya sedar kenapa emosi saya berubah.Saya mudah mengesan emosi yang saya alami.

5

2

1

5

2

2

6

15

4

4

12

1

6

12

37

37

7

35

35

38

43

35

47

43

31

49

39

24

8

10

45

17

13

15

15

3.26

3.59

4.27

3.43

3.70

3.59

3.30

RAJAH 4.1 : Graf Skor Min Mengenali Emosi Sendiri

Jadual 4.3 dan rajah 4.2 menunjukkan persepsi pelajar terhadap aspek mengurus

emosi sendiri. Skor min yang tertinggi adalah bagi item B2.4 (4.44). Hal ini

40

Page 41: k.emosi Di Kalangan Pelajar

menunjukkan bahawa para pelajar berupaya mengatasi setiap masalah apabila diri

mereka berada dalam keadaan yang baik. Manakala skor min terendah adalah bagi

item B2.2 (3.18). Bagi item B2.4, didapati tiada seorang responden pun yang

menjawab ‘tidak setuju’. Kebanyakannya mengatakan ‘sangat setuju’ iaitu seramai 56

orang, ‘setuju’ seramai 34 orang, ‘tidak pasti’ seramai 9 orang manakala ‘sangat tidak

setuju’ hanya 1 orang sahaja. Secara keseluruhannya, kekerapan yang paling tinggi

adalah bagi skala ‘tidak pasti’ manakala kekerapan yang paling rendah adalah skala

‘sangat tidak setuju’.

JADUAL 4.3 : Skor Min Mengurus Emosi Sendiri

No Item STS TS TP S SS Min

B2.1

B2.2

B2.3

B2.4

B2.5

B2.6B2.7

B2.8

Saya menyedari mesej bukan lisan yang saya hantar kepada orang lain.Apabila cara fikiran (mood) saya berubah, saya terjumpa peluang baru.Apabila mengalami emosi positif, saya tahu bagaimana untuk mengekalkannya.Apabila ‘mood’ baik, saya dapat mengatasi masalah dengan mudah.Apabila ‘mood’ baik, saya dapat menghasilkan idea baru dengan cepat.Saya dapat mengawal emosi saya.Saya menggunakan ‘mood’ yang baik untuk membantu diri saya dalam menghadapi cabaran hidup.Apabila berlaku perubahan emosi, saya cenderung mengeluarkan idea-idea baru.

4

5

1

1

1

22

6

12

14

6

0

1

86

6

40

51

41

9

17

4221

51

38

18

33

34

41

3539

28

6

12

19

56

40

1332

9

3.30

3.18

3.63

4.44

4.18

3.493.93

3.28

41

Page 42: k.emosi Di Kalangan Pelajar

RAJAH 4.2 : Graf Skor Min Mengurus Emosi Sendiri

Jadual 4.4 dan rajah 4.3 menunjukkan aspek memotivasikan emosi negatif. Dalam

aspek ini terdapat satu item negatif iaitu item B3.5. Skor yang ditunjukkan adalah

menunjukkan nilai yang sebaliknya. Terdapat dua item yang menunjukkan nilai min

yang sama iaitu item B3.1 dan item B3.4 (4.13). Tetapi apabila dilihat antara

keduanya menunjukkan item B3.4 menyatakan ‘sangat setuju’ seramai 40 orang, 35

orang mengatakan ‘setuju’, 24 orang mengatakan ‘tidak pasti’, hanya 1 orang

mengatakan ‘sangat tidak setuju’ manakala tiada seorang pun yang mengatakan ‘tidak

setuju’. Secara keseluruhannya kekerapan yang paling tinggi adalah bagi skala

‘setuju’ manakala kekerapan yang paling rendah adalah skala ‘tidak setuju’. Skor min

terendah adalah pada item B3.5 (1.84). Walaupun mendapati nilai min rendah tetapi

ini adalah item negatif yang mana nilainya adalah sebaliknya. Ini menunjukkan pelajar

memang dapat memotivasikan diri mereka kerana mereka tidak akan berputus asa

walaupun menghadapi sesuatu masalah dalam hidup.

JADUAL 4.4 : Skor Min Memotivasikan Emosi Negatif

42

Page 43: k.emosi Di Kalangan Pelajar

No Item STS TS TP S SS Min

B3.1

B3.2

B3.3

B3.4

B3.5

Saya jangka akan melakukan dengan baik ke atas setiap perkara yang saya cuba.Saya menjangkakan perkara yang baik akan berlaku.Saya mencari aktiviti-aktiviti yang dapat menggembirakan saya.Saya memberi motivasi kepada diri saya dengan membayangkan sesuatu yang baik akan terhasil daripada tugas yang saya lakukan.Apabila menghadapi sesuatu masalah, saya berputus asa kerana saya percaya bahawa saya akan gagal.

0

2

0

1

46

2

4

2

0

33

21

52

6

24

14

39

30

49

35

5

38

12

43

40

2

4.13

3.46

4.33

4.13

1.84

RAJAH 4.3 : Graf Skor Min Memotivasikan Emosi Negatif

Jadual 4.5 dan rajah 4.4 menunjukkan aspek mengenali emosi orang lain. Terdapat

dua item negatif bagi aspek ini iaitu item B4.1 dan item B4.7. Bagi item B4.1

43

Page 44: k.emosi Di Kalangan Pelajar

kebanyakan pelajar menjawab ‘tidak pasti’ iaitu seramai 48 orang, diikuti ‘tidak

setuju’ seramai 22 orang, ‘setuju’ seramai 21 orang, ‘sangat setuju’ 6 orang dan 3

orang menjawab ‘sangat tidak setuju’. Skor min bagi item ini menunjukkan nilai

terendah iaitu 2.95. Item yang menunjukkan skor min tertinggi adalah item B4.4

(3.60). Seramai 43 orang mengatakan ‘setuju’ diikuti 30 orang mengatakan ‘tidak

pasti’, 16 orang mengatakan ‘sangat setuju’, 7 orang mengatakan ‘tidak setuju’ dan 4

orang mengatakan ‘sangat tidak setuju’. Kesimpulannya, kekerapan yang paling

tinggi adalah bagi skala ‘tidak pasti’. Skor min terendah pada item B4.1 (2.95).

Berdasarkan item tersebut para pelajar nampaknya tidak pasti tentang tahap

pemahaman isyarat dari orang lain. Dengan kata lain mereka kurang menunjukkan

sikap peka terhadap apa yang ingin orang lain sampaikan kepada mereka. Kekerapan

yang paling rendah adalah bagi skala ‘sangat tidak setuju’.

JADUAL 4.5 : Skor Min Mengenali Emosi Orang Lain.

No Item STS TS TP S SS MinB4.1

B4.2

B4.3

B4.4

B4.5

B4.6

B4.7

Saya berasa sukar untuk memahami mesej bukan lisan (non-verbal) orang lain.Sekali pandang mimik muka orang, saya dapat mengecam emosi yang sedang dialaminya.Saya sedar akan mesej tanpa lisan yang orang lain hantar kepada saya.Apabila seseorang memberitahu saya tentang sesuatu peristiwa yang berlaku dalam hidupnya, saya rasakan seolah-olah diri saya pernah mengalami peristiwa itu.Saya dapat mengetahui perasaan orang lain dengan sekali pandang pada muka mereka.Saya dapat mengetahui perasaan seseorang dengan berpandukan intonasi suara orang itu.Adalah sukar bagi diri saya untuk memahami perasaan orang lain.

3

1

4

4

6

7

6

22

11

13

7

9

9

34

48

42

44

30

54

33

24

21

35

31

43

25

43

28

6

11

8

16

6

8

8

2.95

3.44

3.26

3.60

3.16

3.36

3.02

44

Page 45: k.emosi Di Kalangan Pelajar

RAJAH 4.4 : Graf Skor Min Mengenali Emosi Orang Lain

Jadual 4.6 dan rajah 4.5 adalah aspek mengendali perhubungan. Item tertinggi skor

min adalah pada item B5.5 (4.14). Ini menunjukkan para pelajar dapat menghargai

orang lain dengan cara memuji mereka tetapi perlu diingat bahawa perkara ini

mestilah penuh dengan keikhlasan. Seramai 51 orang menjawab ‘setuju’, 36 orang

menjawab ‘sangat setuju’, 7 orang menjawab ‘tidak setuju’, 5 orang menjawab ‘tidak

pasti’ manakala selebihnya hanya 1 orang menjawab ‘sangat tidak setuju’. Item

terendah nilai min adalah item B5.3 (3.00). Seramai 40 orang mengatakan ‘tidak

pasti’, 25 orang mengatakan ‘setuju’, 21 orang mengatakan ‘tidak setuju’, 8 orang

mengatakan ‘sangat tidak setuju’ manakala 6 orang mengatakan ‘sangat setuju’.

Kesimpulannya kekerapan yang paling tinggi adalah pada skala ‘setuju’ manakala

kekerapan paling rendah adalah pada skala ‘sangat tidak setuju’.

JADUAL 4.6 : Skor Min Mengendali Perhubungan.

45

Page 46: k.emosi Di Kalangan Pelajar

No Item STS TS TP S SS Min

B5.1

B5.2

B5.3

B5.4

B5.5

B5.6

Orang lain berasa senang untuk meluahkan perasaan mereka kepada saya.Saya suka berkongsi emosi dengan orang lain.Saya mengatur rancangan / aktiviti untuk orang lain menikmatinya.Saya menonjolkan diri dalam gaya yang dapat menunjukkan gambaran yang baik kepada orang lain.Saya memuji orang lain sekiranya mereka melakukan sesuatu dengan baik.Saya membantu orang lain berasa lega sedikit apabila mereka tidak bersemangat.

3

8

8

3

1

1

3

22

21

6

7

7

38

31

40

30

5

22

38

32

25

37

51

43

18

7

6

24

36

27

3.65

3.08

3.00

3.73

4.14

3.88

RAJAH 4.5 : Graf Skor Min Mengendalikan Perhubungan

Dalam jadual 4.7 dan rajah 4.6 di bawah adalah min keseluruhan bagi setiap domain

kecerdasan emosi. Skor min mengurus emosi sendiri mencatatkan skor tertinggi di

antara kelima domain tersebut iaitu (m=29.43, sp=3.418). Ini menunjukkan bahawa

46

Page 47: k.emosi Di Kalangan Pelajar

semua responden yang terlibat dalam kajian ini mempunyai skor yang tinggi dalam

domain tersebut. Manakala domain memotivasikan emosi negatif menunjukkan skor

min yang agak rendah berbanding dengan domain lain, ini dibuktikan dengan catatan

skor nilai min terendah (m=17.89, sp= 2.269). Skor ini menunjukkan perbezaan yang

agak ketara berbanding dengan empat domain kecerdasan emosi yang lainnya.

JADUAL 4.7 : Skor min keseluruhan domain dan sisihan piawai

Domain EQ Min Sisihan Piawai

Mengenali emosi sendiri

Mengurus emosi sendiri

Memotivasikan emosi negatif

Mengenali emosi orang lain

Mengendali perhubungan

25.14

29.43

17.89

22.79

21.48

3.085

3.418

2.269

3.043

2.876

RAJAH 4.6 : Graf Skor Min Kelima-lima Domain Kecerdasan Emosi

Seterusnya akan dibincangkan hasil dapatan kajian berdasarkan statistik inferensi

yang terdiri daripada MANOVA, ANOVA 2 Hala dan Ujian-t.

47

Page 48: k.emosi Di Kalangan Pelajar

4.4 Analisis Inferensi

4.4.1 MANOVA

Berikut adalah analisis MANOVA bagi persepsi kecerdasan emosi dilihat dari lima

domain berdasarkan jantina. Berdasarkan hasil analisis tersebut, kesimpulan yang

dapat dibuat berdasarkan hipotesis null 1 akan dijelaskan mengikut sub-hipotesis

setiap domain :

1. Ho 1 : tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap

lima domain kecerdasan emosi berdasarkan jantina.

Ho 1(1) : tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar pelajar

terhadap mengurus emosi sendiri berdasarkan jantina.

Nilai p adalah 0.199 iaitu lebih besar dari nilai 0.05 (p > 0.05; sp=3.085). Ini

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara aspek mengenali emosi

sendiri di kalangan pelajar berdasarkan jantina. Hasil kajian menunjukkan apabila

nilai p lebih besar, menunjukkan bahawa hipotesis null 1(1) diterima.

Ho 1(2) : tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap

mengurus emosi sendiri berdasarkan jantina.

Nilai p adalah 0.089 iaitu lebih besar daripada nilai 0.05 (p > 0.05; sp=3.418). Ini

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi mengurus

emosi sendiri berdasarkan jantina. Oleh kerana nilai p lebih besar, maka hipotesis null

1(2) ini juga harus diterima.

Ho 1(3) : tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap

memotivasikan emosi negatif berdasarkan jantina.

Nilai p adalah 0.046 iaitu lebih kecil daripada nilai 0.05 (p < 0.05; sp = 2.269). Ini

menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi memotivasikan

emosi negatif berdasarkan jantina. Oleh kerana nilai p lebih kecil, maka hipotesis null

1(3) ini harus ditolak.

Ho 1(4) : tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap

mengenali emosi orang lain berdasarkan jantina.

48

Page 49: k.emosi Di Kalangan Pelajar

Nilai p adalah 0.043 iaitu lebih kecil daripada nilai 0.05 (p < 0.05; sp = 3.043). Ini

menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi mengenali emosi

orang lain berdasarkan jantina. Oleh kerana nilai p juga lebih kecil, maka hipotesis

null 1(4) ini juga harus ditolak.

Ho 1(5) : tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap

mengendali perhubungan berdasarkan jantina.

Nilai p adalah 0.088 iaitu lebih besar daripada nilai 0.05 (p > 0.05; sp = 2.876). Ini

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi mengendali

perhubungan berdasarkan jantina. Oleh kerana nilai p lebih besar, maka hipotesis null

1(5) ini harus diterima.

JADUAL 4.8 : Keputusan Analisis MANOVA Bagi Kecerdasan Emosi Mengikut Domain Berdasarkan Jantina.

.Pembolehubah bebas Min Nilai F Sisihan piawai p

Mengenali emosi sendiriMengurus emosi sendiriMemotivasikan emosi negatifMengenali emosi orang lainMengendali perhubungan

15.78333.81620.45737.73924.059

1.6702.9524.0974.2082.966

3.0853.4182.2693.0432.876

0.1990.0890.0460.0430.088

4.4.2 Ujian-t

Ho 2 : tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap

kecerdasan emosi berdasarkan aliran pengajian.

Dalam jadual 4.9 di bawah, min kecerdasan emosi bagi pelajar aliran Sains adalah

1.62 manakala min kecerdasan emosi bagi pelajar aliran Sastera adalah 1.42. Ini

menunjukkan min kecerdasan emosi bagi pelajar aliran Sains adalah lebih tinggi

daripada min kecerdasan emosi pelajar aliran Sastera. Nilai-t adalah 2.022 manakala

nilai p adalah 0.046 iaitu lebih kecil berbanding 0.05 (p < 0.05). Apabila nilai p lebih

kecil daripada 0.05 ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara

persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi di kalangan pelajar aliran Sains dengan

pelajar aliran Sastera. Oleh itu, hasil kajian ini menolak hipotesis null 2.

49

Page 50: k.emosi Di Kalangan Pelajar

JADUAL 4.9 : Ujian-t bagi persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi berdasarkan aliran pengajian.

Aliran Bilangan Min Sisihan piawai Nilai-t Nilai p

Sains

Sastera

50

50

1.62

1.42

.490

.4992.022 .046*

*p<0.05

4.4.3 ANOVA 2 Hala

Dalam hasil kajian ini akan berdasarkan hipotesis-hipotesis berikut :

Ho 3 : tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap

kecerdasan emosi berdasarkan pencapaian akademik.

Ho 4 : tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap

kecerdasan emosi berdasarkan SSE keluarga.

Ho 5 : tidak terdapat kesan interaksi antara persepsi pelajar terhadap kecerdasan

emosi berdasarkan pencapaian akademik dengan SSE keluarga.

Dalam jadual 4.10 di bawah, nilai p bagi pencapaian akademik iaitu 0.039 (p < 0.05).

Ini menunjukkan nilai p lebih kecil daripada nilai 0.05, menunjukkan terdapat

perbezaan yang signifikan antara persepsi kecerdasan emosi berdasarkan pencapaian

akademik. Oleh itu, hasil dapatan menolak hipotesis null 3. Sementara itu nilai p bagi

SSE keluarga iaitu 0.430 (p > 0.05). Nilai p adalah lebih besar daripada nilai 0.05. Ini

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi kecerdasan

emosi berdasarkan SSE keluarga. Oleh itu, hipotesis null 4 harus diterima. Manakala

tidak terdapat kesan interaksi antara persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi

berdasarkan pencapaian akademik dengan SSE keluarga kerana nilai p lebih besar

daripada nilai 0.05 iaitu 0.620 (p > 0.05). Oleh itu hipotesis 5 harus diterima.

JADUAL 4.10 : Analisis ANOVA 2 Hala Bagi Persepsi Pelajar Terhadap Kecerdasan Emosi Berdasarkan Pencapaian Akademik Dengan SSE Keluarga.

Sumber Pembolehubah bersandar

Df F P

50

Page 51: k.emosi Di Kalangan Pelajar

Pencapaian akademikSSE keluargaPencapaian akademik* SSE

Kecerdasan emosiKecerdasan emosiKecerdasan emosi

221

3.3530.8520.247

0.0390.4300.620

*kesan interaksi

Seterusnya akan dilakukan pula ujian Pos Hoc bagi pencapaian akademik. Ujian Pos

Hoc harus dijalankan ke atas pencapaian akademik kerana nilai p adalah lebih kecil

daripada nilai 0.05. Ujian ini ingin melihat pada bahagian manakah pencapaian

akademik berbeza. Hasil analisis ujian Tukey mendapati pasangan Rendah Tinggi dan

pasangan Tinggi Rendah mempunyai perbezaan yang signifikan terhadap persepsi

kecerdasan emosi iaitu 0.044 lebih kecil daripada 0.05 (p < 0.05).

Bagi hasil analisis ujian LSD pula, pasangan Rendah Tinggi, Sederhana

Tinggi, Tinggi Rendah dan Tinggi Sederhana mempunyai perbezaan yang signifikan

terhadap kecerdasan emosi. Pasangan Rendah Tinggi (p = 0.017 < 0.05), Sederhana

Tinggi (p = 0.027 < 0.05), Tinggi Rendah (p = 0.017 < 0.05) dan Tinggi Sederhana

(p = 0.27 < 0.05). Ini menunjukkan persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi

berbeza-beza mengikut pasangan pencapaian akademik pelajar.

JADUAL 4.11 : Ujian Pos Hoc Bagi Pencapaian Akademik Pelajar

Pencapaian akademik

(1)

Pencapaian akademik

(2)

Perbezaanmin

p

51

Page 52: k.emosi Di Kalangan Pelajar

Tukey HSD

LSD

Rendah

Sederhana

Tinggi

Rendah

Sederhana

Tinggi

SederhanaTinggi

RendahTinggi

RendahSederhana

SederhanaTinggi

RendahTinggi

RendahSederhana

-3.68 -8.56*

3.68-4.87

8.56*4.87

-3.68 -8.56*

3.68-4.87*

8.56*4.87*

0.5980.044

0.5980.070

0.0440.070

0.3350.017

0.3350.027

0.0170.027

* Perbezaan min signifikan pada aras 0.05.

4.5 RUMUSAN

Berdasarkan hasil dapatan kajian dalam bab 4 ini pengkaji menggunakan dua kaedah

statistik iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif digunakan

untuk melihat profil responden berdasarkan jantina, aliran pengajian, pencapaian

akademik dan SSE keluarga dari segi bilangan dan peratus. Sementara itu statistik

deskriptif juga digunakan untuk melihat bilangan responden yang menjawab mengikut

lima skala Likert serta skor min kecerdasan emosi berdasarkan setiap item yang telah

dibahagikan kepada lima domain. Dalam menganalisis data secara statistik inferensi

pula pengkaji menggunakan tiga ujian iaitu MANOVA, ANOVA 2 Hala dengan ujian

Pos Hoc, dan Ujian-t. Daripada hasil analisis data yang telah diperolehi, menunjukkan

bahawa jantina, aliran pengajian dan pencapaian akademik memang mempengaruhi

persepsi kecerdasan emosi pelajar. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan

antara persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi berdasarkan SSE keluarga.

BAB 5

52

Page 53: k.emosi Di Kalangan Pelajar

PENUTUP

5.1 PENDAHULUAN

Dalam bab ini akan dinyatakan semula secara ringkas tujuan kajian, kaedah kajian

yang meliputi reka bentuk kajian, sampel kajian, alat kajian, tatacara pengumpulan

data penganalisisan data. Bab ini akan membincangkan tentang dapatan kajian

berasaskan analisis data, membuat rumusan serta saranan atau cadangan kepada para

pelajar, guru-guru, pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan penyelidik-

penyelidik yang akan datang berhubung dengan kajian kecerdasan emosi di kalangan

pelajar.

5.2 RUMUSAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah untuk melihat persepsi pelajar terhadap

kecerdasan emosi berdasarkan jantina, aliran pengajian, pencapaian akademik serta

SSE keluarga bagi pelajar tingkatan empat sahaja di sebuah sekolah menengah di Kota

Bharu Kelantan. Kajian ini berbentuk kaedah tinjauan.

Alatan kajian yang digunakan adalah soal selidik kecerdasan emosi yang

diukur dengan Emotional Intelligence Scale oleh Schutte et al. 1998 yang telah

diadaptasi dan digunakan oleh Teh (2001). Instrumen ini adalah berdasarkan konsep-

konsep kecerdasan emosi oleh Salovey dan Mayer (1990). Ianya mengandungi

persepsi tentang penilaian atau pentaksiran emosi serta pengawalan emosi (Zeng &

Miller 2003). Soal selidik ini mengandungi 33 item yang mengandungi lima domain

tersebut iaitu mengenali emosi sendiri, mengurus emosi sendiri, memotivasikan emosi

negatif, mengenali emosi orang lain dan mengendali perhubungan.

Sampel kajian terdiri daripada 100 orang pelajar tingkatan empat dari dua

aliran dan dipilih secara rawak. Seramai 49 orang (49.0%) adalah pelajar lelaki dan

seramai 51 (51.0%) orang lagi adalah pelajar perempuan. Majoriti responden dalam

kajian ini iaitu seramai 68 orang (68.0%) adalah pelajar yang datangnya dari SSE

53

Page 54: k.emosi Di Kalangan Pelajar

keluarga yang rendah. Seramai 26 orang (26.0%) adalah dari SSE keluarga sederhana

manakala 6 orang (6.0%) adalah dari SSE keluarga yang tinggi.

Selain itu pencapaian akademik pelajar dilihat dari keputusan Penilaian

Menengah Rendah dan dikategorikan kepada tiga kategori iaitu tinggi 66.0% (66

orang), sederhana 26.0% (26 orang) dan rendah 8.0% (8 orang). Data yang

dikumpulkan dalam kajian ini diproses dengan komputer menggunakan SPSS versi

11.5. Statistik yang digunakan adalah statistik desktiptif dan statistik inferensi.

Seterusnya akan dibincangkan perbincangan dapatan kajian.

5.3 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Perbincangan dapatan kajian ini akan dijalankan mengikut persoalan kajian yang telah

dijelaskan sebelumnya. Dapatan kajian dibincangkan berasaskan kajian-kajian lepas,

teori-teori yang berkaitan dan juga penulisan-penulisan yang berkaitan kecerdasan

emosi. Menurut Salovey dan Mayer (1990), terdapat lima domain kecerdasan emosi

yang telah dikembangkan iaitu mengenali emosi sendiri, mengurus emosi sendiri,

memotivasikan emosi negatif, mengenali emosi orang lain serta mengendali

perhubungan

Berdasarkan dapatan kajian, secara keseluruhannya boleh dikatakan bahawa

semua pelajar yang terlibat dalam kajian ini mengambil kira kelima-lima domain

kecerdasan emosi yang telah disebutkan tadi. Walau bagaimanapun secara

keseluruhan responden mempunyai nilai yang tinggi dalam domain mengurus emosi

sendiri dan diikuti oleh domain mengenali emosi sendiri, mengenali emosi orang lain

dan mengendali perhubungan. Sedangkan skor yang paling rendah terdapat pada

domain memotivasikan emosi negatif. Namun demikian dapatan kajian ini boleh

disimpulkan bahawa kelima-lima domain ini sangat penting dalam meningkatkan

kecerdasan emosi di kalangan pelajar.

Kecerdasan emosi berdasarkan jantina dilihat dalam lima domain. Beberapa

siri ujian hipotesis telah dilakukan bagi melihat kesignifikanan perbezaan kecerdasan

emosi dari kelima-lima domain tersebut. Pengkaji ingin melihat dengan lebih teliti

54

Page 55: k.emosi Di Kalangan Pelajar

antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan bagaimana cara mereka menangani

kecerdasan emosi berdasarkan kelima-lima domain tersebut.

Hasil dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara

persepsi kecerdasan emosi di kalangan pelajar lelaki dan perempuan dengan nilai min

pelajar perempuan 1.67 dan min pelajar lelaki iaitu 1.37. Manakala nilai p adalah

0.002 (p < 0.05). Kajian ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh McEwen dan

Stellar (1993). Begitu juga dengan kajian Teh (2001) yang menunjukkan min skor

kecerdasan emosi yang tinggi di kalangan pelajar perempuan (121.88) berbanding

pelajar lelaki (117.59). Kajian oleh Bar-On dalam Goleman (1998) juga menunjukkan

kecerdasan emosi responden perempuan lebih tinggi. Mereka lebih menyedari tentang

emosi mereka berbanding responden lelaki. Dalam kajian ini pelajar perempuan

nampaknya lebih mempunyai kecenderungan minat dalam menjawab soalan. Didapati

mereka lebih peka terhadap apa yang berlaku di persekitaran mereka berbanding

pelajar lelaki yang lebih suka bersikap sambil lewa.

Domain mengenali emosi sendiri menunjukkan min sebanyak 25.14. Hasil

dapatan kajian menunjukkan min pelajar perempuan lebih tinggi berbanding min

pelajar lelaki walaupun tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi

mengenali emosi sendiri berdasarkan jantina. Pelajar perempuan nampaknya lebih

mengenali emosi mereka berbanding pelajar lelaki.

Dari segi mengurus emosi sendiri pula, hasil dapatan tidak menunjukkan

perbezaan yang signifikan tetapi min pelajar perempuan juga didapati lebih tinggi

berbanding min pelajar lelaki. Dapatan kajian ini disokong oleh dapatan kajian yang

ditunjukkan oleh Levenson dan Ruef (1992) yang mengkaji tentang orang dewasa

iaitu di mana wanita lebih mudah menangani emosi berbanding lelaki. Hasil kajiannya

menyimpulkan bahawa walaupun sepasang suami isteri telah berkahwin selama 35

tahun atau lebih, perbezaan antara lelaki dengan perempuan masih ketara dari segi

menangani masalah emosi dan merenung masalah yang timbul. Lazimnya adalah

benar kerana perempuan lebih tinggi empatinya dan lebih baik dalam mengenal pasti

mesej yang ketara dan menggambarkan individu lain serta lebih berkemahiran

menguruskan emosi secara efektif berbanding lelaki (Lim 1997).

55

Page 56: k.emosi Di Kalangan Pelajar

Bagi domain memotivasikan emosi negatif, hasil kajian mendapati terdapat

perbezaan yang signifikan antara aspek memotivasikan emosi negatif di antara pelajar

lelaki dengan pelajar perempuan. Min pelajar perempuan iaitu 18.33 mengatasi min

pelajar lelaki iaitu 17.43. Ini menunjukkan pelajar perempuan lebih berkemahiran

memotivasikan emosi negatif berbanding pelajar lelaki. Ini disokong oleh pendapat

Lim (1997), yang mengatakan kaum perempuan yang dikurniakan ciri-ciri seperti

keibuan, empati dan lebih beremosi berkecenderungan mempunyai tahap kecerdasan

emosi yang lebih tinggi berbanding kaum lelaki. Memotivasikan emosi negatif dalam

kajian ini bertujuan melihat bagaimana cara pelajar menangani masalah dalam diri

mereka. Jika mereka dapat mengharungi masalah yang timbul tanpa sebarang

kerumitan, mereka akan dapat mengatasinya tanpa sebarang kerumitan dan

menghadapinya dengan penuh kesabaran (Patton 1997)

Hasil dapatan bagi domain mengenali emosi orang lain menunjukkan bahawa

pelajar perempuan lebih mengenali dan menyedari tentang emosi orang lain

berbanding pelajar lelaki. Ini dibuktikan dengan nilai p iaitu 0.43 lebih kecil dari 0.05

(p < 0.05) menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara domain tersebut

berdasarkan jantina. Kajian ini disokong pendapat Shaffer (1996) yang mengatakan

dapatan-dapatan kajian lain juga menunjukkan bahawa kanak-kanak perempuan lebih

mahir dalam menjalinkan persahabatan. Walaupun Shaffer mengkaji tentang kanak-

kanak tetapi ia boleh juga dikaitkan dengan remaja kerana ini adalah sebagai peramal.

Kanak-kanak juga akan membesar menjadi seorang remaja maka apabila mereka

mengenali emosi orang lain, maka kehidupannya akan lebih terarah hinggalah mereka

menginjak remaja dan dewasa. Mereka juga mudah berkawan dan lebih senang

berkongsi perasaan dengan rakan sejantina berbanding dengan kanak-kanak lelaki. Ini

sesuai dengan pendapat Nirenberg (1988), yang mengatakan untuk memudahkan

perhubungan dengan orang lain, adalah perlu bagi seseorang itu untuk mengetahui

emosi orang lain. Dengan yang demikian akan mempermudahkan seseorang itu

mendapat kawan.

Seterusnya domain yang terakhir adalah mengendali perhubungan. Hasil

kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar

terhadap domain ini. Walau bagaimanapun didapati min pelajar perempuan lebih

tinggi daripada min pelajar lelaki. Dalam kajian terdahulu, Dawley (1980)

56

Page 57: k.emosi Di Kalangan Pelajar

mengatakan bahawa mereka yang dapat menangani perhubungan akan dapat

mempertingkatkan persahabatan dan hal ini akan mempertingkatkan kepuasan hidup

melalui ikatan sosial dan peningkatan taraf kesihatan serta kebahagiaan.

Kajian Landrey (1987) mengatakan bahawa individu yang dapat menangani

perhubungan melalui persahabatan secara umumnya akan memperlihatkan sikap

berpuas hati terhadap kehidupannya. Ini bertepatan dengan kemahiran menghormati

yang telah disebutkan di atas.

Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi

pelajar terhadap kecerdasan emosi berdasarkan aliran pengajian. Didapati min

kecerdasan emosi bagi pelajar aliran Sains adalah tinggi iaitu 1.62 manakala min

kecerdasan emosi pelajar aliran Sastera adalah 1.42. Hasil dapatan kajian ini

menyokong kajian Teh (2001) dan Su (2000) sebaliknya kajian Noriah et al. (2002)

tidak menunjukkan perbezaan antara aliran pengajian. Maka dalam kajian ini

menunjukkan bahawa skor kecerdasan emosi pelajar adalah bergantung kepada aliran

pengajian pelajar.

Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi

pelajar terhadap kecerdasan emosi berdasarkan pencapaian akademik. Sebagaimana

kajian Anderson (1992) yang mengatakan perkembangan sosial, emosi dan intelek

yang positif akan mempengaruhi pencapaian akademik yang tinggi. Pelajar yang tidak

dapat mengawal atau mengurus emosi dengan bijak semasa menghadapi tekanan

emosi atau kemarahan yang keterlaluan didapati tidak dapat menumpukan perhatian

dalam pembelajaran. Secara tidak langsung emosi akan mempengaruhi pencapaian

akademik.

Seterusnya hasil kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang

signifikan antara persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi mengikut SSE keluarga.

Sebaliknya bagi Goleman (1995), melaporkan bahawa terdapat perbezaan yang

signifikan antara pelajar berstatus sosioekonomi rendah dan pertengahan. Jadi, hasil

dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar dari SSE rendah, sederhana dan tinggi

mempunyai persepsi yang sama terhadap kecerdasan emosi.

57

Page 58: k.emosi Di Kalangan Pelajar

5.4 KESIMPULAN DAPATAN KAJIAN

Secara keseluruhannya hasil kajian ini menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap

domain kecerdasan emosi adalah berbeza berdasarkan jantina. Hasil kajian juga

menunjukkan bahawa pelajar perempuan lebih tinggi nilai min kecerdasan emosi

berbanding pelajar lelaki. Manakala dari segi aliran pengajian, pelajar dari aliran Sains

mempunyai skor min kecerdasan emosi yang agak tinggi berbanding pelajar aliran

Sastera. Dapatan kajian ini dapat dirumuskan seperti dalam jadual yang ditunjukkan,

pengkaji akan menunjukkan dalam bentuk jadual supaya lebih nampak hasil dapatan.

JADUAL 5.1 : Keputusan hipotesis-hipotesis hasil dapatan kajian.

58

Page 59: k.emosi Di Kalangan Pelajar

HIPOTESIS KAJIAN KEPUTUSAN

1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap lima domain kecerdasan berdasarkan jantina.

1(1) : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap domain mengenali emosi sendiri berdasarkan jantina. (MANOVA)

1(2) : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap domain mengurus emosi sendiri berdasarkan jantina. (MANOVA)

1(3) : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap domain memotivasikan emosi negatif berdasarkan jantina. (MANOVA)

1(4) : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap domain mengenali emosi orang lain berdasarkan jantina. (MANOVA)

1(5) : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap mengendali perhubungan berdasarkan jantina. (MANOVA)

2. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi berdasarkan aliran pengajian. (Ujian-t)

3. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi berdasarkan pencapaian akademik. (ANOVA 2 Hala)

4. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi berdasarkan SSE keluarga. (ANOVA 2 Hala)

5. Tidak terdapat kesan interaksi antara persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi berdasarkan pencapaian akademik dengan SSE keluarga.

Ho 1(1) diterima.(0.199, p>0.05)

Ho 1(2) diterima.(0.089, p>0.05)

Ho 1(3) ditolak.(0.046, p<0.05)

Ho 1(4) ditolak.(0.043, p<0.05)

Ho 1(5) diterima.(0.088, p>0.05)

Ho 2 ditolak.(0.046, p<0.05)

Ho 3 ditolak.(0.039, p<0.05)

Ho 4 diterima.(0.430, p>0.05)

Ho 5 diterima(0.620, p>0.05)

Secara keseluruhannya, tahap kecerdasan emosi di kalangan pelajar berbeza mengikut

pembolehubah-pembolehubah tertentu iaitu berdasarkan jantina, aliran pengajian dan

59

Page 60: k.emosi Di Kalangan Pelajar

pencapaian akademik. Manakala dalam dapatan kajian ini SSE keluarga tidak

menunjukkan perbezaan yang signifikan terhadap kecerdasan emosi.

5.5 IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini membawa kepada beberapa implikasi, di antaranya kepada para

guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan masyarakat

amnya.

5.5.1 Implikasi kepada para pelajar, guru, Kementerian Pendidikan dan

Jabatan Pendidikan Negeri.

1. Para pelajar perlu didedahkan tentang kepentingan kecerdasan emosi dan

kenapa kecerdasan emosi harus dipupuk ke dalam diri para pelajar.

Memandangkan dunia pendidikan sekarang memerlukan pelajar yang

berkualiti dari semua aspek maka kajian kecerdasan emosi ini diharap dapat

memberi sesuatu yang amat bermakna dan berkesan.

2. Kajian ini diharap dapat memberi kesan dan manfaat yang amat mendalam

kepada guru di mana sebelum memulakan tugas mendidik mereka menyedari

tentang kesedaran emosi dan kawalan kendiri bagi menghadapi cabaran-

cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran.

3. Selaras dengan konsep kecerdasan emosi yang semakin digembar-gemburkan

sekarang adalah diharapkan pihak Kementerian Pendidikan serta Jabatan

Pendidikan Negeri memberi perhatian yang sewajarnya dalam menangani

masalah yang berkaitan dengan para pelajar terutama yang melibatkan

jenayah.

4. Pihak-pihak yang berkenaan perlu memperbanyakkan kursus-kursus yang

menitikberatkan kestabilan emosi serta meningkatkan kecerdasan emosi di

kalangan guru supaya dapat meningkatkan taraf profesion perguruan di

Malaysia.

60

Page 61: k.emosi Di Kalangan Pelajar

5.5.2 Implikasi kepada masyarakat

Masyarakat pada masa kini boleh dikatakan amat bertuah jika dibandingkan dengan

masa sebelum merdeka dahulu. Sebahagian rahsia kejayaan Malaysia sekarang adalah

hasil daripada keutamaan yang diberikan dalam bidang pendidikan. Dengan

pendidikan dan ilmu sajalah masyarakat kita dapat meningkatkan taraf hidup mereka

dari segi kemahiran diri, keintelektualan dan kecerdasan emosi. Ini semua adalah aset

yang paling penting bagi membentuk masyarakat yang berkualiti.

Masyarakat terutama para pelajar merupakan sumber manusia, mereka juga

adalah pelaburan dan aset jangka panjang yang terpenting untuk menjadikan Malaysia

sebuah negara maju. Justeru itu masyarakat haruslah prihatin dan sedar bahawa

dengan kestabilan dan kecerdasan emosi yang seimbang dan baik akan melahirkan

suasana yang aman dan damai.

5.6 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kajian ini dijalankan kepada 100 orang pelajar dari dua aliran di sebuah sekolah

sahaja. Ia dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan satu set soal selidik.

Antara cadangan-cadangan adalah :

1. Bagi penyelidik yang akan datang, adalah diharapkan agar kajian ini akan

mencetuskan ilham serta idea yang bernas untuk mengembangkan lagi konsep

kecerdasan emosi terutama di kalangan pelajar. Pengkaji mencadangkan agar

kajian berkaitan konsep kecerdasan emosi ini dikembangkan lagi dengan

meluaskan lagi tentang latar belakang pelajar, sebagai contoh di kalangan

pelajar yatim dengan yang mempunyai ibubapa, di kalangan pelajar bandar

dan luar bandar, di antara sekolah biasa dengan berasrama dan sebagainya.

2. Bilangan sampel kajian yang lebih besar, disarankan supaya dapat

digeneralisasikan. Lokasi kajian hendaklah diperluaskan dan instrumen yang

digunakan harus dipelbagaikan, contohnya memasukkan temubual bagi

mendapatkan data sokongan.

61

Page 62: k.emosi Di Kalangan Pelajar

5.7 RUMUSAN

Hasil kajian ini berdasarkan lima domain konsep kecerdasan emosi Salovey dan

Mayer iaitu mengenali emosi sendiri, mengurus emosi sendiri, memotivasikan emosi

negatif, mengenali emosi orang lain dan mengendali perhubungan. Pengkaji hanya

mengkaji secara terperinci mengenai lima domain tersebut berdasarkan jantina sahaja

kerana ingin melihat sejauh mana peranan domain kecerdasan emosi tersebut

mempengaruhi jantina. Domain yang mempunyai perbezaan yang signifikan adalah

domain memotivasikan emosi negatif dan mengenali emosi orang lain. Ini

menunjukkan bahawa pelajar lelaki dan pelajar perempuan mempunyai persepsi yang

berbeza ke atas kedua-dua domain tersebut. Manakala dari segi aliran pengajian

memang pelajar aliran Sains mempunyai skor kecerdasan emosi yang tinggi

berbanding pelajar aliran Sastera. Ini mungkin kerana cara pemikiran pelajar sudah

berbeza mengikut aliran. Dari segi pencapaian akademik juga terdapat perbezaan

yang signifikan. Pelajar yang mempunyai pencapaian akademik tinggi, sederhana dan

rendah mempunyai persepsi yang berbeza terhadap kecerdasan emosi. Hasilnya adalah

persepsi kecerdasan emosi pelajar adalah mempengaruhi jantina, aliran pengajian

pelajar dan pencapaian akademik manakala SSE tidak memberikan perbezaan. Pelajar

yang mempunyai SSE tinggi, sederhana dan rendah mempunyai persepsi yang sama

terhadap kecerdasan emosi.

RUJUKAN

Asmah Bee & Iran Herman. 1995. Membina kesejahteraan remaja. Kajang : Tekno Edar.

62

Page 63: k.emosi Di Kalangan Pelajar

Anderson, B.E. 1992. Effects of daycare on cognitive and socio-emotional competence of thirteen-year old Swedish children. Child Development 63 : 520-536.

Annamalay, S.D. 2000. Maximise your child’s emotional intelligence. Singapura : Times Books International.

Antara IQ dan EQ. 2004. Mingguan Malaysia. 4 Januari : 6

Atan Long. 1984. Pendidik dan pendidikan. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti.

Bar-On, R., Parker, J.D.A. 2000. The handbook of emotional intelligence : Theory, development, assesment, and application at home, school, and in the workplace. San Francisco : Jossey-Bass.

Block, J. 1995. On the relation between IQ, impulsity and delinquency. Journal of

Abnormal Psychology 10(4): 121-138.

Corsini, J. 1994. Encyclopedia of psychology second edition. New York : John Willey & Sons Inc.

Dawley, Harold, H. 1980. Friendship. New Jersey : Prentice Hall.

Dow Jones & Company. 1999. Which intelligence is more important, cognitive or emotional? (atas talian) http://www.public.wsj.com/careers/resources/documents/19990629-astd.htm (18 Julai 2003).

Elias, M.J., Bruene-Butler, L., Blum, L. & Schuyler, T. 1997. Social and emotional learning program. Educational Leadership 54(8): 15-19.

Enam remaja disyaki rogol pelajar ditahan. 2002. Utusan Malaysia, 3 Ogos : 11

Engelberg, E., & Sjöberg, L. 2003. Emotional intelligence, affect intensity, and social adjustment. Personality and Individual Differences 30: 1-10

Funderstanding. 1998. Why do we need emotional intelligent? (atas talian) http://homearts.com/depts/relat/Oleqqaf1.html (18 Julai 2003).

Goleman, D. 1995. Emotional intelligence. New York : Bantam Books.

Goleman, D. 1998. Working with emotional intelligence. New York : Bantam Books.

Goleman, D. 2001. An EI-based theory of performance. In Cherniss, C. & Goleman, D. (Eds). The emotionally intelligent workplace : how to select for, measure,

63

Page 64: k.emosi Di Kalangan Pelajar

and improve emotional intelligence in individuals, groups, and organizations. San Francisco : Josse-Bass.

Hairunnaja Najmuddin. 2003. Memahami dan membimbing remaja nakal. Pahang : PTS Publications & Distributor Sdn Bhd.

Hornby, A.S. 2001. Oxford Fajar advanced learner’s English-Malay dictionary. Terj. Asmah Haji Omar. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Hasan Langgulung. 1983. Psikologi dan kesihatan mental di sekolah-sekolah. Edisi ke-2. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kavanagh, D.J. , & Bower, G.H. 1985. Mood and self-efficacy : impact of joy and sadness on perceived capabilities. Cognitive Therapy and Research 9: 507-525.

Landrey, Leslie Ellen. 1987. A study of friendship as it relates to job satisfaction. Master of Science Tesis, University of Lamar.

Levenson & Ruef. 1992. Empathy : A physiological substrate. Journal of Personality and Social Psychology 63(2): 103 - 108.

Liew, P.G.S., Gan, T.H., & Sia, P.W. 1999. Tahap kecerdasan emosi murid-murid Tahun Lima di kawasan Miri. (atas talian) http://www2.moe.gov.my/~mpsmiri/1eqnew.html (18 Julai 2003)

Liew, P.G.S. 2001. Keberkesanan program literasi emosi terhadap tahap kecerdasan emosi kanak-kanak prasekolah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan MPS 4(1): 1-13.

Lim, J. 1997.You are smarter than you think. Female, Januari : 30-34.

Lima pelajar pukul pelajar lain ditahan. 2002. Utusan Malaysia, 10 Ogos : 25

Living. 1997. (atas talian) http://www.nw.com.au/~thomas/EQSchool.html (19 Julai 2003).

Mahmood Nazar Mohamed. 2001. Pengantar psikologi : Satu pengenalan asas kepada jiwa dan tingkah laku manusia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marimuthu, T. 1983. Social class and other correlative of educability : a review of research Dlm. Khoo Phon Sai (pnyt.). Fikiran-fikiran mengenai pendidikan di Malaysia. Hlm. 65-67. Fakulti Pendidikan Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mayer, J.D. & Salovey, P. 1993. The intelligence of emotional intelligence. Intelligence 17(4): 433-442.

64

Page 65: k.emosi Di Kalangan Pelajar

Mayer, J.D. & Salovey, P. 1997. What is emotional intelligence? In Salovey, P. & Sluyter, D. (Eds). Emotional Development and Emotional Intelligence : Educational Implications. New York : Basic Books.

Mayer, J.D., Caruso, D.R. & Salovey, P. 1999. Emotional intelligence meets traditional standards for an intelligence. (atas talian) http://www.eqi.org/fulltxt1.htm (18 Julai 2002).

Mayer, J.D., Caruso, D.R. & Salovey, P. 2000. Selecting a measure of emotional intelligence : The case for ability scales. In R. Bar-On & J. D. A. Parker (Eds). The handbook of emotional intelligence (pp. 320-342). San Francisco, CA : Jossey-Bass.

Maznah Baba & Siti Nor Yaacob. 2002. Keibubapaan anak remaja. Dalam Jayaletchumi Mottan, et al. (Ed.), Keluarga dan keibubapaan. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.

McCluskey, A. 2000. Emotional intelligence in school. (atas talian) http://www.connected.org/learn/school_html (10 Julai 2003).

Mc Ewen & Stellar, E. 1993. Stress and the individual : Mechanism leading to disease. Archives of Internal Medicine 153.

Mohd Salleh Lebar. 2000. Pentadbiran Pendidikan Dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Addison Wesley Longman Malaysia Sdn Bhd.

Multi-health Systems Inc. 1997. (atas talian) http://www.pro-hiles.com/researchGender.htm (18 Julai 2003).

Nirenberg, J.S. 1988. Getting through to people. New Jersey : Prentice Hall.

Noraini Ahmad. 2000. Kaunseling remaja. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Noriah Mohd Ishak, Ramlee Mustapha & Nor Rihah Mohd Nadzir. 2002. Personality profiles of colledge students in technical and non-technical fields : Implications for workforce readiness. International Journal of Vocational Education and Training 10(2) : 61-72.

Noriah Mohd Ishak, Siti Rahayah Ariffin, Zuria Mahmud, Saemah Rahman & Manisah Mohd Ali. 2001. Performance and emotional intelligence : A correlational study among Malaysian adolescene. Paper presented in Learning – Conference 2001. Spetses, Greece, 10-12 Ogos

Omardin Ashaari. 1996. Pengurusan sekolah suatu panduan lengkap. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Patton, P. 1997. Emotional intelligence development from success to significance. Singapore : SNP Publishing.

65

Page 66: k.emosi Di Kalangan Pelajar

Rohaty Mohd Majzub. 1998. Memahami jiwa dan minda remaja. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Roshiza Abdul Wahab. 2002. Kecerdasan emosi kanak-kanak bermasalah pembelajaran mengikut persepsi guru. Tesis Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shaffer, D.R. 1996. Developmental psychology : Childhood and adolescence (4th ed). California : Brooks/Cole Publishing Company.

Salovey, P. , & Birnbaum, D. 1989. Influence of mood on health-relevant cognitions. Journal of Personality and Social Psychology 57: 539-551.

Salovey, P. & Mayer, J.D. 1990. Emotional intelligence, imagination, cognition & personality 9 : 185 - 211.

Schutte, N.S., Malouff, J.M., Hall, L.E., Haggerty, D.J., Cooper, J.T., Golden, C.J., Dornheim, L. 1998. Development and validation of a measure of emotional intelligence. Personality and Individual Differences 25 : 167 - 177 (atas talian) http://www.ergometrika.org/Volume3/Zeng-Miller.htm (10 Julai 2003).

Singgih Santoso. 2002. SPSS statistik parametrik. Jakarta : Penerbit PT Elex Media Komputindo.

Sohaimi Abdul Aziz. 1998. Membentuk kecerdasan emosi kanak-kanak melalui kesusasteraan kanak-kanak. Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Sternberg, R.J. & Ruzgis, P. 1994. Personality and intelligence. Cambridge : University Press.

Su Mee Nguk. 2000. Hubungan antara emotional intelligence / quotient (EQ) dengan pencapaian akademik, jantina dan aliran pengajian pelajar tingkatan 4. Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan Malaysia.

T. Subahan Mohd Meerah, Mohamed Amin Embi, Alias Baba & Nor Azizah Mohd Salleh. Asas-asas penyelidikan tindakan (GB5212). Pusat Pengajian Jarak Jauh Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tajul Ariffin Noordin & Nor’ Aini Dan. 2002. Pendidikan dan pembangunan manusia pendekatan bersepadu. Selangor : As-Syabab Media.

Teh Fui Khim. 2001. Pengaruh kecerdasan emosi (EQ) dan amalan keibubapaan ibu terhadap EQ remaja. Tesis Sarjana Universiti Putra Malaysia.

Young, C.A. 1996. Emotions and emotional intelligence. (atas talian) http://trochim.human.cornel.edu (9 Julai 2003).

Zeng, X.F. & Miller, C.E. 2003. Examination of measurements of emotional intelligence. (atas talian)

66

Page 67: k.emosi Di Kalangan Pelajar

http://www.ergometrika.org/Volume3/Zeng-Miller.htm (20 April 2003)

Zaidatun Tasir & Mohd Salleh Abu. 2003. Analisis data berkomputer : SPSS 11.5 for windows. Kuala Lumpur : Venton Publishing (M) Sdn Bhd.

Zulkarnain Zakaria & Hishamuddin Md. Som. 2001. Analisis data menggunakan SPSS Windows. Skudai Johor : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

SOAL SELIDIK KECERDASAN EMOSI PELAJAR

67

Page 68: k.emosi Di Kalangan Pelajar

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN

Kepada para pelajar yang dikasihi sekalian.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas bantuan dan kerjasama para

pelajar dalam menjawab soal selidik ini. Borang soal selidik ini merupakan alat kajian

bagi memenuhi syarat Sarjana Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan

Malaysia 2003/2004.

Soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu A dan B. Jawapan yang

diberikan tidak mempunyai nilai betul atau salah. Semua pilihan jawapan adalah

diterima. Justeru itu perbincangan dengan rakan sebelah tidak perlu. Kejujuran dan

ketelitian para pelajar sekalian dalam menjawab soalan-soalan yang diberikan adalah

sangat diharapkan. Untuk pengetahuan para pelajar sekalian, semua jawapan yang

diberikan adalah dirahsiakan dan hanya untuk kegunaan penyelidik sahaja. Akhir

kata, penulis mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada para pelajar di atas

kerjasama yang diberikan. Semoga pembelajaran para pelajar diberkati dan dirahmati

Allah swt.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

_____________________

FEIZAH BINTI MOHD ZAIN

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BANGI

68

Page 69: k.emosi Di Kalangan Pelajar

No. responden :

BORANG SOALSELIDIK

BAHAGIAN A

SILA ISI DAN TANDAKAN ( ) MAKLUMAT DI BAWAH :

JANTINA : LELAKI ( ) PEREMPUAN ( )

TINGKATAN / ALIRAN

: ..........................................................................................

KEPUTUSAN PMR : A ( ) B ( ) C ( ) D ( ) E ( )

SSE KELUARGA

SEBULAN : 1) Kurang dari RM 1000

2) RM 1000 hingga RM 2500

3) RM 2500 ke atas

69

Page 70: k.emosi Di Kalangan Pelajar

BAHAGIAN B

Arahan :

Sila baca dengan teliti dan fahamkan ayat / kenyataan yang diberikan. Kemudian

bulatkan jawapan yang paling menepati diri anda. Sila jawab dengan jujur dan apa-apa

maklumat akan dirahsiakan, hanya untuk kegunaan penyelidik sahaja. Tolong

pastikan anda menjawab semua soalan.

Skala yang diberikan adalah seperti berikut :

1. Sangat Tidak Setuju

2. Tidak Setuju

3. Tidak Pasti

4. Setuju

5. Sangat Setuju

Bahagian B(1) – MENGENALI EMOSI SENDIRI

1) Saya dapat menceritakan masalah peribadi saya

kepada orang lain pada masa yang sesuai. 1 2 3 4 5

2) Apabila menghadapi masalah, saya teringat masalah yang hampir sama yang pernah

saya hadapi dan mengatasinya. 1 2 3 4 5

3) Sesetengah peristiwa dalam hidup saya telah membimbing saya menilai semula apa yang penting dan apa yang tidak penting. 1 2 3 4 5

4) Emosi merupakan sesuatu yang menjadikan hidup saya bermakna. 1 2 3 4 5

5) Saya menyedari emosi yang saya alami. 1 2 3 4 5

6) Saya sedar kenapa emosi saya berubah. 1 2 3 4 5

7) Saya mudah mengesan emosi yang saya alami. 1 2 3 4 5

Bahagian B(2) – MENGURUS EMOSI SENDIRI

70

Page 71: k.emosi Di Kalangan Pelajar

1) Saya menyedari mesej bukan lisan yang saya

hantar kepada orang lain. 1 2 3 4 5

2) Apabila cara fikiran (mood) saya berubah,

saya terjumpa peluang baru. 1 2 3 4 5

3) Apabila mengalami emosi positif, saya tahu bagaimana untuk mengekalkannya. 1 2 3 4 5

4) Apabila “mood” baik, saya dapat mengatasi masalah dengan mudah. 1 2 3 4. 5

5) Apabila mood baik, saya dapat menghasilkan idea baru dengan cepat. 1 2 3 4 5

6) Saya dapat mengawal emosi saya. 1 2 3 4 5

7) Saya menggunakan “mood” yang baik untuk membantu diri saya dalam menghadapi

cabaran hidup. 1 2 3 4 5

8) Apabila berlaku perubahan emosi, saya cenderung mengeluarkan idea-idea baru. 1 2 3 4 5

Bahagian B(3) – MEMOTIVASIKAN EMOSI NEGATIF

1) Saya jangka akan melakukan dengan baik ke atas setiap perkara yang saya cuba. 1 2 3 4 5 2) Saya menjangkakan perkara yang baik

akan berlaku. 1 2 3 4 5

3) Saya mencari aktiviti-aktiviti yang dapatmenggembirakan saya. 1 2 3 4 5

4) Saya memberi motivasi kepada diri sayadengan membayangkan sesuatu yang baik akan terhasil daripada tugas

yang saya lakukan. 1 2 3 4 5

5) Apabila menghadapi sesuatu masalah,saya berputus asa kerana saya percayabahawa saya akan gagal. 1 2 3 4 5

71

Page 72: k.emosi Di Kalangan Pelajar

Bahagian B(4) – MENGENALI EMOSI ORANG LAIN

1) Saya berasa sukar untuk memahami mesej bukan lisan (non-verbal) orang lain. 1 2 3 4 5

2) Sekali pandang mimik muka orang, saya dapat mengecam emosi yang sedang dialaminya. 1 2 3 4. 5

3) Saya sedar akan mesej tanpa lisan yangorang lain hantar kepada saya. 1 2 3 4 5

4) Apabila seseorang memberitahu saya tentang sesuatu peristiwa yang berlaku dalam

hidupnya, saya rasakan seolah-olah diri saya pernah mengalami peristiwa itu. 1 2 3 4 5

5) Saya dapat mengetahui perasaan orang lain dengan sekali pandang pada muka mereka. 1 2 3 4 5

6) Saya dapat mengetahui perasaan seseorang dengan berpandukan intonasi suara orang itu. 1 2 3 4 5

7) Adalah sukar bagi diri saya untuk memahami perasaan orang lain. 1 2 3 4 5

Bahagian B(5) – MENGENDALI PERHUBUNGAN

1) Orang lain berasa senang untuk meluahkan perasaan mereka kepada saya. 1 2 3 4 5

2) Saya suka berkongsi emosi dengan orang lain. 1 2 3 4 5

3) Saya mengatur rancangan / aktiviti untuk orang lain menikmatinya. 1 2 3 4 5

4) Saya menonjolkan diri dalam gaya yang dapat menunjukkan gambaran yang baik kepada orang lain. 1 2 3 4. 5

5) Saya memuji orang lain sekiranya mereka melakukan sesuatu dengan baik. 1 2 3 4 5

6) Saya membantu orang lain berasa lega sedikit apabila mereka tidak bersemangat. 1 2 3 4 5

SEKIAN, TERIMA KASIH.PENGAKUAN

72

Page 73: k.emosi Di Kalangan Pelajar

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan-nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

5 APRIL 2004 ________________________

FEIZAH BINTI MOHD ZAIN

P23908

73

Page 74: k.emosi Di Kalangan Pelajar

PENGHARGAAN

Pertama sekali, syukur ke hadhrat Ilahi kerana dengan rahmat dan keredhaan-Nya hasil penyelidikan ini dapat diselesaikan. Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada penyelia saya yang amat dikasihi iaitu Puan Khadijah Abdul Razak yang selalu bersabar di atas karenah saya dalam menyiapkan projek ini. Segala bimbingan serta tunjuk ajar yang diberikan begitu berharga sekali kerana daripada situlah ianya dapat mengajar saya betapa pentingnya teguran dan nasihat.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada para pensyarah Fakulti Pendidikan, kakitangan Pusat Sumber dan Makmal Multimedia Fakulti Pendidikan dan tidak lupa kepada warga kerja di pejabat Fakulti Pendidikan.

Seterusnya ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar (EPRD) Damansara, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Pengetua dan Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa (1) serta Cikgu Kamaruzaman (SMKPC 1) yang masih ingat penulis sebagai bekas pelajarnya di sekolah rendah, juga staf pejabat terutama Puan Noraini Ayub yang banyak membantu.

Penghargaan yang teristimewa untuk Ayahanda Hj. Mohd Zain bin Husin, pendorong semangat serta ibunda Hjh. Zaharah bt. Hasan, yang terlalu memahami. Pengorbanan dan jasa kalian amat bermakna sekali bagi anakanda. Tak lupa kepada Along & Abe Mad yang baik, Abe Lie & K. Shima, Julani & Noorul serta adik-adik tersayang Nor, Nina, Mayah, Faris, Aiman, Amirah dan Firdaus. Kalian telah menceriakan hidupku. Kejarlah ilmu walau nyawa kalian jadi taruhan. Semoga adik-adik semua berjaya di dunia yang fana dan di akhirat yang kekal.

Terakhir sekali penghargaan kepada seluruh rakan-rakan seperjuangan yang terlibat secara tidak langsung. Tidak lupa kepada Kak Noli yang setia membantu, Syafrimen yang banyak mengajar, Ani yang baik serta Roziah. Semoga penghasilan kertas projek ini menjadi satu himpunan ilmu yang bermakna.

74

Page 75: k.emosi Di Kalangan Pelajar

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan kecerdasan emosi berdasarkan jantina, aliran pengajian, pencapaian akademik serta status sosioekonomi (SSE) keluarga. Kajian ini melibatkan lima domain kecerdasan emosi berdasarkan konsep Salovey dan Mayer (1990) iaitu mengenali emosi sendiri, mengurus emosi sendiri, memotivasikan emosi negatif, mengenali emosi orang lain dan mengendali perhubungan. Sampel kajian masing-masing terbahagi kepada 50 orang pelajar dari aliran Sains dan Sastera di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu Kelantan. 49 orang adalah pelajar lelaki dan 51 orang pelajar perempuan. Satu set soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Data kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif iaitu min dan peratus bagi melihat kecerdasan emosi berdasarkan lima domain. Kaedah statistik inferensi iaitu ujian MANOVA, Ujian-t dan ANOVA Dua Hala juga digunakan dalam kajian ini. Ujian MANOVA digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara lima domain kecerdasan emosi berdasarkan jantina. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi domain memotivasikan emosi negatif dan mengenali emosi orang lain berdasarkan jantina. Hasil ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi berdasarkan aliran pengajian. Manakala keputusan ujian ANOVA Dua Hala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi berdasarkan pencapaian akademik. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi berdasarkan SSE keluarga. Hasil dapatan juga menunjukkan tidak terdapat kesan interaksi antara persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi berdasarkan pencapaian akademik dengan SSE keluarga. Implikasi kajian ini ialah para pelajar perlu didedahkan betapa pentingnya kecerdasan emosi dalam diri mereka bagi mempertingkatkan pembelajaran di sekolah serta kejayaan pada masa hadapan dalam pelbagai bidang kehidupan.

75

Page 76: k.emosi Di Kalangan Pelajar

EMOTIONAL INTELLIGENCE AMONG FORM FOUR STUDENTS : A SURVEY STUDY

ABSTRACT

The purpose of the study is to identify whether there is any emotional intelligence differences on gender, educational streams, academic performance and family socioeconomic status (SES). This study on emotional intelligence is based on the concept of Salovey and Mayer (1990). There are five domains involved in this concept such as knowing emotion, managing emotion, motivating negative emotion, knowing ones emotion and handling relationship. The sample comprised of two equal group of 50 secondary students from Science and Arts stream respectively. The students involved are from a secondary school in Kota Bharu Kelantan. In term of gender, there are 49 boys and 51 girls. A set of questionnaire is used in this study. The data is analyzed using the descriptive statistics method in term of mean and percentage. The data is also analyzed using the inferential statistics such as MANOVA test, t-test and 2-Way ANOVA. MANOVA test is used to find out whether there is any significant differences among the five domains of emotional intelligence. The results show that there is significant difference in term of knowing the emotion and motivating negative emotion based on gender. The t-test result show that there is a significant difference in emotional intelligence perception based on family SES. Results of this study reveal that there are no interaction effect between academic performance and family SSE. Implications from the study show that students should be exposed to be importance of emotional intelligence in improving the learning process in school as well as in various fields of life in future.

76

Page 77: k.emosi Di Kalangan Pelajar

KANDUNGAN

HALAMAN

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Permasalahan Kajian 4

1.3 Tujuan Kajian 71.3.1 Objektif Kajian 71.3.2 Persoalan Kajian 7

1.4 Hipotesis Null Kajian 8

1.5 Kepentingan Kajian 9

1.6 Definisi Istilah 9 1.6.1 Kecerdasan Emosi 9

1.7 Batasan Kajian 11

1.8 Kerangka Konseptual 11

1.9 Rumusan 12

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan 14

2.2 Remaja Dan Konsep Kecerdasan Emosi 14

2.3 Konsep Kecerdasan Emosi 16

2.4 Kecerdasan Emosi Menurut Pakar 172.4.1 Kecerdasan Emosi Menurut Salovey & Mayer 172.4.2 Kecerdasan Emosi Menurut Goleman 212.4.3 Kecerdasan Emosi Menurut Reuven Bar-On 22

2.5 Kepentingan Kecerdasan Emosi

2.6 Kajian Berkaitan 262.6.1 Faktor Jantina 262.6.2 Faktor Aliran Pengajian 272.6.3 Faktor Pencapaian Akademik 28

77

Page 78: k.emosi Di Kalangan Pelajar

2.6.4 Faktor SSE Keluarga 30

2.7 Rumusan 30

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pendahuluan 31

3.2 Reka bentuk Kajian 31

3.3 Responden Kajian 33

3.4 Instrumen Kajian 333.4.1 Soal Selidik Kajian 333.4.2 Pembolehubah Kajian 36

3.5 Kajian Rintis 36

3.6 Tatacara Kajian 37

3.7 Tatacara Penganalisisan Data 373.7.1 Analisis Deskriptif 373.7.2 Menguji Hipotesis 38

3.7.2.1 MANOVA 383.7.2.2 Ujian-t 383.7.2.3 ANOVA 2 Hala 38

3.8 Rumusan 39

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 40

4.2 Profil Responden 40

4.3 Analisis Deskriptif 414.3.1 Skor Min Kecerdasan Emosi Berdasarkan

Lima Domain 41

4.4 Analisis Inferensi 504.4.1 MANOVA 504.4.2 Ujian-t (Independent Samples T Test) 514.4.3 ANOVA 2 Hala 52

4.5 Rumusan 54

BAB 5 PENUTUP

5.1 Pendahuluan 55

5.2 Rumusan Kajian 55

78

Page 79: k.emosi Di Kalangan Pelajar

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 56

5.4 Kesimpulan Dapatan Kajian 60

5.5 Implikasi Dapatan Kajian 625.5.1 Implikasi Kepada Para Pelajar, Guru, Kementerian

Pendidikan Dan Jabatan Pendidikan Negeri 62 5.5.2 Implikasi Kepada Masyarakat 63

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 63

5.7 Rumusan 64

RUJUKAN 65

LAMPIRAN

A- Borang soal selidik serta instrumen yang digunakan

B- Surat kebenaran menjalankan kajian daripada Pengarah Bahagian

Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kuala Lumpur

C- Surat dari pengkaji memohon kebenaran daripada JabatanPendidikan

Negeri Kelantan

D- Surat kebenaran menjalankan kajian daripada Pengarah Jabatan

Pendidikan Negeri Kelantan

SENARAI SINGKATANEQ Kecerdasan Emosi (Emotional Quotient)

EQ-i Emotional Quotient Inventory

IQ Kecerdasan Intelek (Intelectual Quotient)

SSE Status Sosioekonomi (Socioeconomic Status)

SENARAI JADUAL

79

Page 80: k.emosi Di Kalangan Pelajar

NOMBOR HALAMAN

3.1 – Pencapaian akademik pelajar berdasar skor min 34

4.1 – Profil responden kajian 41

4.2 – Skor min mengenali emosi sendiri 42

4.3 – Skor min mengurus emosi sendiri 43

4.4 – Skor min memotivasikan emosi negatif 45

4.5 – Skor min mengenali emosi orang lain 46

4.6 – Skor min mengendali perhubungan 48

4.7 – Skor min keseluruhan domain dan sisihan piawai 49

4.8 – Keputusan Analisis MANOVA bagi kecerdasan emosi

mengikut domain berdasarkan jantina 51

4.9 – Ujian-t bagi persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi

berdasarkan aliran pengajian 52

4.10 – Analisis ANOVA 2 Hala bagi faktor pencapaian akademik

dengan SSE keluarga terhadap kecerdasan emosi 53

4.11 – Ujian Pos Hoc bagi pencapaian akademik pelajar 54

5.1 – Keputusan hipotesis-hipotesis berdasarkan hasil dapatan kajian 61

SENARAI RAJAH

80

Page 81: k.emosi Di Kalangan Pelajar

NOMBOR HALAMAN

1.1- Kerangka konseptual kajian 12

4.1- Graf skor min mengenali emosi sendiri 42

4.2 - Graf skor min mengurus emosi sendiri 44

4.3 - Graf skor min memotivasikan emosi negatif 45

4.4 - Graf skor min mengenali emosi orang lain 47

4.5- Graf skor min mengendali perhubungan 48

4.6 – Graf skor min kelima-lima domain kecerdasan emosi 49

KECERDASAN EMOSI DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN

EMPAT : SATU KAJIAN TINJAUAN

81

Page 82: k.emosi Di Kalangan Pelajar

FEIZAH BINTI MOHD ZAIN

PROJEK PENYELIDIKAN YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI

SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH

IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2004

82

Page 83: k.emosi Di Kalangan Pelajar

83