Kempen Akaun Mata Wang Asing Maybank - · PDF filenilai ambang minimum dalam fasal 9. ... Jika...

3
Kempen Akaun Mata Wang Asing Maybank Terma dan Syarat 1. Kempen Akaun Mata Wang Asing Maybank (“Kempen”) bermula pada 7 Februari 2011 dan berakhir pada 7 Mac 2011. 2. Kempen ini terbuka kepada semua mereka yang dibenarkan, Kategori Individu Pemegang Akaun Individu Maybank, Pemegang akaun utama bagi akaun bersama Maybank, Pemegang akaun pemilik tunggal Maybank Pekerja Maybank Kategori Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Perbankan Perniagaan (BB) Pelanggan pemegang akaun pertubuhan Maybank dan Pemegang akaun Perbankan Perniagaan (BB) Maybank di bawah Skim Konvensional Pemegang akaun Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Maybank di bawah Skim Konvensional (kemudian dari ini disebut sebagai “Peserta yang Layak”) 3. Pekerja Pendanaan & Deposit Maybank dan pekerja agensi pengiklanan dan promosi dan juga keluarga terdekat yang terlibat secara langsung dalam Kempen ini tidak layak menyertai Kempen ini. 4. Bagi membolehkan Peserta yang Layak menyertai Kempen ini, mereka dikehendaki memasukkan deposit minimum dalam Dolar Australia (AUD) yang bersamaan dengan RM30,000, untuk Kategori Individu, manakala untuk kategori Pertubuhan, PKS dan BB, AUD yang bersamaan dengan RM100,000 dalam tempoh Kempen ke dalam Akaun Mata Wang Asing (FCA) yang dibuka di kaunter cawangan Maybank. Bagi mengelakkan keraguan, Peserta yang Layak dikehendaki menukar RM minimum yang ditetapkan di atas kepada AUD yang setara di kaunter Maybank berdasarkan kadar tukaran semasa Maybank untuk menyertai Kempen ini. 5. Tertakluk pada pematuhan terma dan syarat yang terkandung di sini, Kadar Promosi khas untuk Dolar Australia (AUD) yang dimasukkan ke dalam FCA untuk 3 bulan berturut-turut adalah seperti yang berikut: 6. Kadar Promosi yang dinyatakan tertakluk pada perubahan dari semasa ke semasa oleh Maybank melalui pemberitahuan. 7. Pada akhir tempoh matang dan pada akhir Kempen ini, kadar promosi tidak boleh digunakan lagi dan kadar papan semasa Maybank hendaklah digunakan untuk mana-mana AUD dalam FCA. Terma dan syarat yang mengawal FCA di Maybank hendaklah terus digunakan. Kadar Promosi (% setahun) Mata Wang Bagi AUD yang dimasukkan ke dalam FCA untuk 3 bulan berturut- turut. (“tempoh matang”) Dolar Australia (AUD) 6.00%

Transcript of Kempen Akaun Mata Wang Asing Maybank - · PDF filenilai ambang minimum dalam fasal 9. ... Jika...

Page 1: Kempen Akaun Mata Wang Asing Maybank - · PDF filenilai ambang minimum dalam fasal 9. ... Jika berlaku apa-apa perbezaan atau konflik antara bahasa Inggeris dengan bahasa lain bagi

Kempen Akaun Mata Wang Asing MaybankTerma dan Syarat

1. Kempen Akaun Mata Wang Asing Maybank (“Kempen”) bermula pada 7 Februari 2011 dan berakhir pada 7 Mac 2011.

2. Kempen ini terbuka kepada semua mereka yang dibenarkan,

Kategori Individu

• Pemegang Akaun Individu Maybank, • Pemegang akaun utama bagi akaun bersama Maybank, • Pemegang akaun pemilik tunggal Maybank • Pekerja Maybank

Kategori Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Perbankan Perniagaan (BB)

• Pelanggan pemegang akaun pertubuhan Maybank dan • Pemegang akaun Perbankan Perniagaan (BB) Maybank di bawah Skim Konvensional • Pemegang akaun Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Maybank di bawah Skim Konvensional (kemudian dari ini disebut sebagai “Peserta yang Layak”) 3. Pekerja Pendanaan & Deposit Maybank dan pekerja agensi pengiklanan dan promosi dan juga keluarga terdekat yang terlibat secara langsung dalam Kempen ini tidak layak menyertai Kempen ini.

4. Bagi membolehkan Peserta yang Layak menyertai Kempen ini, mereka dikehendaki memasukkan deposit minimum dalam Dolar Australia (AUD) yang bersamaan dengan RM30,000, untuk Kategori Individu, manakala untuk kategori Pertubuhan, PKS dan BB, AUD yang bersamaan dengan RM100,000 dalam tempoh Kempen ke dalam Akaun Mata Wang Asing (FCA) yang dibuka di kaunter cawangan Maybank. Bagi mengelakkan keraguan, Peserta yang Layak dikehendaki menukar RM minimum yang ditetapkan di atas kepada AUD yang setara di kaunter Maybank berdasarkan kadar tukaran semasa Maybank untuk menyertai Kempen ini.

5. Tertakluk pada pematuhan terma dan syarat yang terkandung di sini, Kadar Promosi khas untuk Dolar Australia (AUD) yang dimasukkan ke dalam FCA untuk 3 bulan berturut-turut adalah seperti yang berikut:

6. Kadar Promosi yang dinyatakan tertakluk pada perubahan dari semasa ke semasa oleh Maybank melalui pemberitahuan.

7. Pada akhir tempoh matang dan pada akhir Kempen ini, kadar promosi tidak boleh digunakan lagi dan kadar papan semasa Maybank hendaklah digunakan untuk mana-mana AUD dalam FCA. Terma dan syarat yang mengawal FCA di Maybank hendaklah terus digunakan.

Kadar Promosi (% setahun) Mata Wang Bagi AUD yang dimasukkan ke dalam FCA untuk 3 bulan berturut-turut. (“tempoh matang”)

Dolar Australia (AUD) 6.00%

Page 2: Kempen Akaun Mata Wang Asing Maybank - · PDF filenilai ambang minimum dalam fasal 9. ... Jika berlaku apa-apa perbezaan atau konflik antara bahasa Inggeris dengan bahasa lain bagi

Terma dan Syarat Hadiah

8. Selain menerima kadar Promosi khas, Peserta yang Layak yang terus menyertai kempen ini juga boleh memenangi Hadiah yang berikut. Hadiah untuk 3 Peserta yang Layak yang Teratas dengan deposit AUD tertinggi dalam FCA untuk tempoh matang dalam tempoh Kempen disenaraikan dalam jadual di bawah. Kategori Individu

9. Peserta yang Layak untuk setiap kategori mesti memenuhi nilai ambang bagi

• penyimpanan terkumpul minimum AUD yang bersamaan dengan RM50,000 untuk “Kategori Individu” dan • penyimpanan terkumpul minimum AUD yang bersamaan dengan RM200,000 untuk “Kategori PKS & BB”.

dalam tempoh Kempen untuk melayakkannya memenangi Hadiah yang ditetapkan.

10. Pemilihan pemenang akan dibuat berdasarkan deposit tertinggi mata wang AUD dalam FCA untuk tempoh matang dalam tempoh Kempen.

11. Peserta yang Layak yang mengeluarkan AUDnya daripada FCA sebelum tempoh matang dan/atau gagal mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan di sini akan menyebabkan penyertaannya terbatal dan tidak layak mendapat manfaat Kempen ini.

12. Tiada pemenang dan tiada Hadiah akan diberikan jika tiada Peserta yang Layak yang memenuhi nilai ambang minimum dalam fasal 9.

13. Untuk pemenang Kategori Individu, hadiah tunai akan diberikan dalam Ringgit Malaysia (MYR) dan dimasukkan ke dalam akaun simpanan atau semasa Maybank bagi pemenang tersebut.

14. Untuk pemenang PKS & BB pula, mereka akan menerima baucar makanan daripada hotel/restoran yang akan dimaklumkan oleh Maybank apabila pemenang PKS & BB diumumkan.

15. Maybank mempunyai budi bicara mutlak untuk menggantikan apa-apa Hadiah dengan hadiah lain yang serupa atau sama nilainya.

16. Nama Pemenang akan diumumkan dalam www.maybank2u.com

17. Pemilihan Pemenang oleh Maybank adalah muktamad dan terikat. Rayuan tidak akan dilayan.

SME & BB

3 Pendeposit Tertinggi yang Teratas

Jumlah (RM) (Hadiah Tunai)

Penyimpanan Terkumpul Minimum

dalam tempoh Kempen (RM)

1 5,000 2 3,000 3 2,000

AUD yang bersamaan

dengan RM 50,000

3 Pendeposit Tertinggi yang Teratas

Jumlah (RM) (baucar makanan)

Penyimpanan Terkumpul Minimum

dalam tempoh Kempen (RM)

1 5,000 2 3,000 3 2,000

AUD yang bersamaan dengan RM 200,000

Page 3: Kempen Akaun Mata Wang Asing Maybank - · PDF filenilai ambang minimum dalam fasal 9. ... Jika berlaku apa-apa perbezaan atau konflik antara bahasa Inggeris dengan bahasa lain bagi

TERMA AM

18. Maybank berhak mengubah, menambah, menghapuskan, meminda atau mengubah suai apa-apa Terma dan Syarat ini dari semasa ke semasa dengan memberikan notis awal sekurang-kurangnya 14 hari. Notis akan menyatakan perubahan, tambahan, penghapusan, pindaan atau pengubahsuaian, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada Terma dan Syarat ini dan Terma dan Syarat yang diubah, dipinda, ditambah dan diubah suai sewajarnya akan disiarkan melalui laman web Maybank2u di www.maybank2u.com atau melalui apa-apa cara komunikasi lain yang sesuai.

19. Peserta yang Layak dianggap sebagai menerima dan seterusnya bersetuju mematuhi Terma dan Syarat Kempen ini seperti yang diubah suai atau yang diubah pada bila-bila masa atau dari semasa ke semasa.

20. Terma dan Syarat ini hendaklah menjadi tambahan bagi terma dan syarat sedia ada yang mengawal Akaun Perbankan. Terma dan Syarat ini hendaklah mengatasi mana-mana peruntukan atau representasi yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi (termasuk tetapi tidak terhad kepada poster atau risalah bercetak) dan iklan untuk Kempen ini. Jika berlaku percanggahan antara terma dan syarat yang terkandung di sini dengan Terma dan Syarat yang mengawal akaun Perbankan, maka terma dan syarat yang terkandung di sini hendaklah digunakan untuk tujuan Kempen ini.

21. Maybank tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungan dengan apa-apa cara, apa-apa sahaja dan walau bagaimana sekalipun yang timbul dan/atau yang dialami oleh Peserta yang Layak secara langsung atau tidak langsung kerana penyertaannya dalam Kempen ini atau sebaliknya. Selanjutnya, Maybank tidak bertanggungan terhadap apa-apa keingkaran berhubung dengan Kempen yang disebabkan oleh apa-apa bencana, perang, rusuhan, mogok, sekat masuk, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, kemarau, ribut atau apa-apa kejadian yang di luar kawalan Maybank sewajarnya.

22. Jika berlaku apa-apa perbezaan atau konflik antara bahasa Inggeris dengan bahasa lain bagi Terma dan Syarat ini, maka versi bahasa Inggeris hendaklah digunakan.

23. Maybank boleh membatalkan, menggantung atau menamatkan Kempen ini bagi tempoh yang tidak pasti melalui pemberitahuan awal 7 hari.

24. Terma dan Syarat Kempen ini dikawal oleh Undang-undang Malaysia dan tertakluk pada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.