Kempen berbudi bahasa dan nilai murni

2
Adik-adik, kerajaan di negara kita telah melancarkan 'Kempen Berbudi Bahasa dan Nilai-nilai Murni'. Kempen ini dirasmikan dan dilancarkan Perdana Menteri di negara kita, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Ahmad Badawi. Kempen ini sangat penting untuk semua rakyat di negara kita. Itulah sebabnya kempen ini dirasmikan dan dilancarkan sendiri oleh Perdana Menteri di negara kita. Adik-adik sendiri tentulah sudah mengetahui tentang pentingnya budi bahasa dan nilai-nilai murni. Hal ini adalah berkaitan dengan akhlak atau budi pekerti. Berbudi bahasa dan nilai-nilai murni tergolong sebagai akhlak yang mulia. Oleh yang demikian, 'Kempen Berbudi Bahasa dan Nilai-nilai Murni' bertujuan meningkatkan kesedaran semua rakyat di negara kita supaya mengamalkan budi pekerti yang mulia. Adik-adik, sekiranya semua rakyat di negara kita mengamalkan sikap berbudi bahasa dan nilai-nilai murni, sudah tentulah negara kita akan menjadi sebuah negara yang harmonis. Hal ini sangat penting kerana masyarakat di negara kita ini terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa dan kaum. Tanpa amalan berbudi bahasa dan nilai-nilai murni, sudah tentulah negara kita akan menjadi porak-peranda. Adik-adik, negara yang harmonis dan aman damai akan dapat memberikan kesejahteraan hidup kepada rakyat. Suasana harmonis dan aman damai ini memang wujud di negara kita. Kita adalah rakyat yang bertuah kerana dilahirkan sebagai warganegara di Malaysia. Negara kita aman damai dan berkembang pesat mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang.

Transcript of Kempen berbudi bahasa dan nilai murni

Page 1: Kempen berbudi bahasa dan nilai murni

Adik-adik, kerajaan di negara kita telah melancarkan 'Kempen Berbudi Bahasa dan Nilai-nilai Murni'.

Kempen ini dirasmikan dan dilancarkan Perdana Menteri di negara kita, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Ahmad Badawi. Kempen ini sangat penting untuk semua rakyat di negara kita. Itulah sebabnya kempen ini dirasmikan dan dilancarkan sendiri oleh Perdana Menteri di negara kita.

Adik-adik sendiri tentulah sudah mengetahui tentang pentingnya budi bahasa dan nilai-nilai murni. Hal ini adalah berkaitan dengan akhlak atau budi pekerti. Berbudi bahasa dan nilai-nilai murni tergolong sebagai akhlak yang mulia.

Oleh yang demikian, 'Kempen Berbudi Bahasa dan Nilai-nilai Murni' bertujuan meningkatkan kesedaran semua rakyat di negara kita supaya mengamalkan budi pekerti yang mulia.

Adik-adik, sekiranya semua rakyat di negara kita mengamalkan sikap berbudi bahasa dan nilai-nilai murni, sudah tentulah negara kita akan menjadi sebuah negara yang harmonis. Hal ini sangat penting kerana masyarakat di negara kita ini terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa dan kaum.

Tanpa amalan berbudi bahasa dan nilai-nilai murni, sudah tentulah negara kita akan menjadi porak-peranda.

Adik-adik, negara yang harmonis dan aman damai akan dapat memberikan kesejahteraan hidup kepada rakyat.

Suasana harmonis dan aman damai ini memang wujud di negara kita. Kita adalah rakyat yang bertuah kerana dilahirkan sebagai warganegara di Malaysia. Negara kita aman damai dan berkembang pesat mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang.

Page 2: Kempen berbudi bahasa dan nilai murni

Kesimpulannya, adik-adik, itulah sebabnya kita harus menyahut seruan Perdana Menteri kita. Kita haruslah menjadi rakyat yang sentiasa mengamalkan sikap berbudi bahasa dan nilai-nilai murni. Dengan cara ini, negara kita akan dapat menjadi contoh sebuah negara yang harmonis di dunia.