Kempen Kesedaran Kanser (3K) di Kg Gadong, Negeri Sembilan

8
LAPORAN INDEKS JISIM TUBUH (BMI) DAN PERATUSAN LEMAK PENDUDUK KAMPUNG GODONG SEMPENA KEMPEN KESEDARAN KANSER (3K) Nama program: Program Kembara Kesedaran Kanser (3K) anjuran KanWork dan Peti Undi Gadong, Rembau, Negeri Sembilan. Tarikh: 23 November 2014 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi 4.00 petang Tempat : Balairaya Kampung Gadong, Kota, Negeri Sembilan. Pengenalan Satu kempen kesedaran kanser telah dijalankan di Kg Gadong, Kota, Negeri Sembilan oleh KanWork dengan kerjasama bersama LPPKN, Kementerian Kesihatan Malaysia kawasan Rembau dan Peti Undi Gadong, Negeri Sembilan. Kempen kesedaran ini merangkumi pencerahan kepada penduduk kampung tentang kanser; Apa itu kanser? Bagaimana kanser boleh berlaku? Apakah langkah untuk pengegahan dan pengesanan awal kanser?. Ceramah ini telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi KanWork dan Dr Siti Rokiah bt Kamarudin, Pakar Perubatan Keluarga, KK Rembau. Respon yang baik diterima oleh penduduk apabila mereka mula bertanya pelbagai soalan tentang amalan seharian mereka yang boleh mendorong kepada berlakunya kanser. Selain itu, perkongsian pengalaman kanser survivor turut dilaksanakan bersama oleh Puan Asmah dan Puan Rokiah Abdullah dengan memberikan tip-tips pentingnya untuk pengesanan awal dan bagaimana pengalaman mereka menghadapi rawatan serta meneruskan kehidupan kepada sebagai kanser survivor. Majl is penutup telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr Hj Awaludin Said, ADUN Kota. Kempen ini dimeriahkan lagi dengan pelbagai booth dari PKD Rembau dengan pemeriksaan kesihatan ( ujian glukosa, ujian tekanan darah, dan BMI), publisiti mamogram oleh LPPKN, Negeri Sembilan dan booth KanWork. Di booth KanWork terdapat pengedaran risalah, jualan buku berkaitan kanser, sesi perkongsian bersama kanser survivor, penerangan pemeriksaan sendiri payudara serta pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh (BMI) dan peratusan lemak di dalam tubuh. Pemeriksaan ini telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada pengunjung yang hadir. Aktiviti kempen seperti ini perlulah diadakan lebih kerap untuk memberikan penerangan yang tepat kepada orang awam berkaitan kanser dan membolehkan mereka mendapatkan pemeriksaan awal serta melaksanakan langkah-langkah pencegahan kanser.

Transcript of Kempen Kesedaran Kanser (3K) di Kg Gadong, Negeri Sembilan

Page 1: Kempen Kesedaran Kanser (3K) di Kg Gadong, Negeri Sembilan

LAPORAN INDEKS JISIM TUBUH (BMI) DAN PERATUSAN LEMAK PENDUDUK

KAMPUNG GODONG SEMPENA KEMPEN KESEDARAN KANSER (3K)

Nama program: Program Kembara Kesedaran Kanser (3K) anjuran KanWork dan Peti

Undi Gadong, Rembau, Negeri Sembilan.

Tarikh: 23 November 2014 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang

Tempat : Balairaya Kampung Gadong, Kota, Negeri Sembilan.

Pengenalan

Satu kempen kesedaran kanser telah dijalankan di Kg Gadong, Kota, Negeri Sembilan oleh

KanWork dengan kerjasama bersama LPPKN, Kementerian Kesihatan Malaysia kawasan

Rembau dan Peti Undi Gadong, Negeri Sembilan.

Kempen kesedaran ini merangkumi pencerahan kepada penduduk kampung tentang

kanser; Apa itu kanser? Bagaimana kanser boleh berlaku? Apakah langkah untuk pengegahan

dan pengesanan awal kanser?. Ceramah ini telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi

KanWork dan Dr Siti Rokiah bt Kamarudin, Pakar Perubatan Keluarga, KK Rembau. Respon

yang baik diterima oleh penduduk apabila mereka mula bertanya pelbagai soalan tentang amalan

seharian mereka yang boleh mendorong kepada berlakunya kanser. Selain itu, perkongsian

pengalaman kanser survivor turut dilaksanakan bersama oleh Puan Asmah dan Puan Rokiah

Abdullah dengan memberikan tip-tips pentingnya untuk pengesanan awal dan bagaimana

pengalaman mereka menghadapi rawatan serta meneruskan kehidupan kepada sebagai kanser

survivor. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr Hj Awaludin Said,

ADUN Kota.

Kempen ini dimeriahkan lagi dengan pelbagai booth dari PKD Rembau dengan

pemeriksaan kesihatan ( ujian glukosa, ujian tekanan darah, dan BMI), publisiti mamogram oleh

LPPKN, Negeri Sembilan dan booth KanWork. Di booth KanWork terdapat pengedaran risalah,

jualan buku berkaitan kanser, sesi perkongsian bersama kanser survivor, penerangan

pemeriksaan sendiri payudara serta pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh (BMI) dan peratusan lemak

di dalam tubuh. Pemeriksaan ini telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada pengunjung

yang hadir.

Aktiviti kempen seperti ini perlulah diadakan lebih kerap untuk memberikan penerangan

yang tepat kepada orang awam berkaitan kanser dan membolehkan mereka mendapatkan

pemeriksaan awal serta melaksanakan langkah-langkah pencegahan kanser.

Page 2: Kempen Kesedaran Kanser (3K) di Kg Gadong, Negeri Sembilan

Keadah pengukuran BMI dan peratusan lemak.

BMI merupakan petunjuk (indikator) yang mudah untuk menentukan status berat badan individu

(Lembaga Promosi Kesihatan, 2011). BMI subjek dikira daripada ketinggian dan berat badan

berdasarkan formula berikut :

BMI = Berat (kg)

Tinggi²(m²)

Status BMI pemandiri dikategorikan kepada kurang berat badan, normal, lebih berat badan dan

obes berdasarkan klasifikasi daripada WHO 2004.

Jadual 1.1 Klasifikasi Indeks Jisim Tubuh (BMI)

Kategori BMI (kg/m²)

Kurang berat badan < 18.5

Normal 18.5 – 24.9

Lebih berat badan 25.0 – 29.9

Obes kelas I 30.0 – 34.9

Obes kelas II 35.0 – 39.9

Obes kelas III ≥ 40.0

Sumber :WHO (2004)

Pengkelasan obesiti mengikut BMI mempunyai tidak boleh digunakan kepada individu yang

berikut:

i) Atlet, ahli angkat berat dan ahli bina badan kerana mereka mempunyai jisim otot

yang terlalu tinggi.

ii) Warga tua kerana telah kehilangan jisim otot dan kesukaran untuk menentukan

ketinggian.

iii) Individu dewasa yang terlalu rendah atau terlalu tinggi.

iv) Mereka yang mengalami edema.

v) Wanita mengandung.

Peratusan lemak dalam badan adalah lemak yang terdapat dalam badan. Lemak yang terdapat

dalam badan membantu dalam mengekalkan suhu badan, melindungi organ dan tempat

pengumpulan tenaga. Walaubagaimanapun kandungan lemak yang berlebihan boleh

menyumbang kepada penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kolesterol yang tinggi,

Page 3: Kempen Kesedaran Kanser (3K) di Kg Gadong, Negeri Sembilan

penyakit jantung, diabetes and kanser. Individu boleh dikategorikan dalam obes sekiranya

peratusa lemak dalam badan melebihi 25 % (lelaki) and 35 % (perempuan).

Dapatan data

Dapatan data ini merupakan hasil yang diperolehi daripada penduduk Kampung Gadong yang

menghadiri kempen kesedaran kanser. Data meragkumi jantina, umur, BMI dan peratusan lemak.

1) Jantina

Jantina Bilangan (n) Peratusan (%)

Lelaki 17 29.8

Perempuan 40 70.2

Jumlah 57 100

Page 4: Kempen Kesedaran Kanser (3K) di Kg Gadong, Negeri Sembilan

2) Umur

Umur Bilangan (n) Peratusan (%)

< 19 tahun 3 5.3

29- 39 tahun 16 28.1

40-59 tahun 26 45.6

60-79 tahun 11 19.3

Data tidak lengkap 1 1.8

Jumlah 57 100

Page 5: Kempen Kesedaran Kanser (3K) di Kg Gadong, Negeri Sembilan

3) BMI

Kategori BMI (kg/m²) Bilangan (n) Peratusan (%)

Kurang berat badan < 18.5 1 1.8

Normal 18.5 – 24.9 28 49.1

Lebih berat badan 25.0 – 29.9 16 28.1

Obes kelas I 30.0 – 34.9 10 17.5

Obes kelas II 35.0 – 39.9 2 3.5

Jumlah 57 100

Page 6: Kempen Kesedaran Kanser (3K) di Kg Gadong, Negeri Sembilan

d) Peratusan lemak

Kumpulan Peratusan Lemak

Jantina Bilangan (n) Jumlah

Normal Lelaki 6 23

Perempuan 17

Obese Lelaki 9 29

Perempuan 20

Jumlah 52 52

Purata umur = 31.51 (± 6.92) tahun

Page 7: Kempen Kesedaran Kanser (3K) di Kg Gadong, Negeri Sembilan

Perbincangan dan kesimpulan

Pengambilan pengukuran BMI dan peratusan lemak dalam badan merupakan indikator yang baik

dalam menentukan tahap kesihatan individu. Majoriti daripada subjek adalah terdiri daripada

perempuan (70.2%) dan berusia 45.12 ( ± 14.65) tahun. Separuh daripada bilangan subjek

(49.1%) adalah berada dalam kumpulan BMI normal, seorang (1.8 %) kurang berat badan dan

selebihnya (49.1%) mempunyai tahap BMI lebih 25 iaitu berlebihan berat badan dan obes.

Manakala bagi peratusan lemak bilangan subjek obese adalah lebih ramai berbanding subjek

normal bagi kedua-dua jantina dengan min 31.51 (± 6.92)

Dapatan ini menunjukkan penduduk di Kampung Gadong mengalami masalah berlebihan

berat badan peratusan lemak yang tinggi. Keadaan ini membawa kepada masalah obesiti yang

boleh mendorang kepada penyakit kronik seperti diabetes jenis 2, penyakit jantung, tekanan

darah tinggi dan penyakit lain seperti yang ditunjukkan di Jadual 1.4

America Cancer Institute menyatakan obesiti ini berkait dengan peningkatan risiko kanser

esophagus, pankreas, kolon dan rectum, payudara (selepas menopause), endometrium, ginjal,

tyroid dan pundi hempedu. Lemak tisu yang terdapat dalam badan menghasilkan estrogen yang

berlebihan yang boleh meningkatkan risiko kanser. Mereka yang obese meningkatan tahap

insulin dan insulin like growth factor -1 (IGF-1) didalam darah dan meningkatkan pertumbuhan

tumor. Manakala hormon adipokines yang dihasilkan oleh lemak meningkatkan atau menghalang

pertumbunan sel. Keadaan ini mempunyai kesan secara langsung dan tidak langsung terhadap

pertumbunan tumor lain dan boleh membentuk kanser.

Masalah obesiti ini boleh dicegah mengambilan makanan secara sihat dan

mempertingkatkan aktiviti fizikal melalui kesimbangan tenaga yang positif seperti ditunjukkan

dalam rajah 1.

Page 8: Kempen Kesedaran Kanser (3K) di Kg Gadong, Negeri Sembilan

Rajah 1: Imbangan tenaga

Terdapat beberapa limitasi dan penambahbaikan pada masa akan datang;

1. Penerangan lebih jelas perlu diberikan kepada subjek bagaimana untuk mengukur BMI

dan mendapatkan berat yang ideal. Ini bagi membolehkan subjek untuk mengukur sendiri

BMI mereka sewaktu di rumah dan menetapkan matlamat berat yang boleh dicapai.

2. Selain daripada BMI dan peratusan lemak, kaedah pengukuran lain yang boleh digunakan

adalah dengan mengambil ukuran lilitan pinggang dan pinggul. Keadah ini lebih mudah

dan lebih praktikal untuk diamalkan oleh subjek.

3. Data diperolehi yang terhadap tidak dapat menggambarkan tahap kesihatan subjek secara

menyeluruh seperti diabetes, darah tinggi dan penyakit jantung.

Secara kesimpulannya, tahap kesihatan penduduk kurang memuaskan mengikut kategori

BMI dan peratusan lemak dalam badan. Walaubagaimanpun aktiviti ini mampu untuk

memberikan cetusan kepada penduduk tentang pentingnya dalam mengekalkan kesihatan yang

baik.

Rujukan:

Lembaga Promosi Kesihatan. (2011). Modul Program Promosi Kesihatan Pencegahan Obesiti.

Putrajaya: Kementerian Kesihatan Malaysia.

http://www.cancer.gov/cancertopics/factsheet/Risk/obesity