KEMPEN PERADUAN IMPIAN MUKTAMAD CIMB … ASB, Pinjaman/Pembiayaan Peribadi atau Pinjaman/Pembiayaan...

18
1 Terma-terma dan Syarat-syarat Terpinda KEMPEN PERADUAN IMPIAN MUKTAMADCIMB BANK/CIMB ISLAMIC BANK (Kempen”) (Pindaan pada 24 Disember 2014) Terma-terma dan Syarat-syarat untuk Kempen ‘Peraduan Impian Muktamad’ CIMB Bank/CIMB Islamic Bank yang terpinda ini (“Terma-terma dan Syarat-syarat”) akan menggantikan terma-terma dan syarat-syarat yang sedia ada berkuatkuasa dari 24 Disember 2014 1. Setiap penyebutan CIMBmerujuk kepada sama ada CIMB Bank Berhad (13491-P) (“CIMB Bank”) atau CIMB Islamic Bank Berhad (67138-H) (“CIMB Islamic Bank”) di mana berkenaan. Tempoh Kempen 2. Kempen Peraduan Impian Muktamad” CIMB Bank/CIMB Islamic Bank (“Kempen”) ini akan berlangsung dari 20hb November 2014 hingga 28hb Februari 2015, termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Kempen”). 3. CIMB menyimpan hak apabila memberikan notis yang mencukupi untuk menukar tempoh dan/atau permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen. Kelayakan 4. Kempen ini adalah terbuka secara eksklusif kepada: a) semua pemegang kad utama Kad Kredit CIMB dan Direct Access yang baru dan sedia ada (secara kolektif dirujuk sebagai "Pemegang Kad Kredit CIMB") yang memegang kad(kad-kad) kredit yang dikeluarkan oleh CIMB di Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai "CIMB Malaysia") sahaja; dan b) and semua pemegang kad Debit CIMB yang baru dan sedia ada yang memegang kad(kad-kad) yang dikeluarkan oleh CIMB Malaysia sahaja; dan c) semua pemegang akaun Akaun Semasa dan/atau Akaun Simpanan CIMB kecuali Akaun Semasa Flexi dan Akaun Semasa Istimewa Mudharabah-i ("Akaun Penyertaan") yang baru atau sedia ada; dan d) semua pemohon yang berjaya memohon Pembiayaan Hartanah CIMB; e) semua pemohon yang berjaya memohon Pembiayaan ASB CIMB Bank dan/atau Pembiayaan Bertempoh-i Dijamin oleh Sijil ASB CIMB Islamic Bank; f) semua pemohon yang berjaya memohon Pinjaman Peribadi CIMB Bank dan/atau Pembiayaan Peribadi CIMB Islamic Bank; g) semua pemohon yang berjaya memohon Pinjaman Sewa Beli CIMB Bank dan/atau Pembiayaan Sewa Beli CIMB Islamic Bank; dan h) semua warganegara Malaysia yang melabur dalam produk pelaburan CIMB berikut: Pelaburan Berstruktur (tidak termasuk Pelaburan Dwi Mata Wang, Gold Convertible Investment& Pelaburan Semula Pelaburan Berstruktur; dan/atau Unit Amanah (Dana Unit Amanah Ekuiti Terlibat sahaja); dan/atau Skim Persaraan Swasta; dan/atau ASNB-Pelbagai Dana (ASN2, ASN3, ASG) (selepas ini dirujuk sebagai "Produk Pelaburan"); semasa Tempoh Kempen KECUALI orang/entiti berikut yang TIDAK layak untuk menyertai Kempen ini:

Transcript of KEMPEN PERADUAN IMPIAN MUKTAMAD CIMB … ASB, Pinjaman/Pembiayaan Peribadi atau Pinjaman/Pembiayaan...

1

Terma-terma dan Syarat-syarat Terpinda KEMPEN ‘PERADUAN IMPIAN MUKTAMAD’ CIMB BANK/CIMB ISLAMIC BANK (“Kempen”)

(Pindaan pada 24 Disember 2014) Terma-terma dan Syarat-syarat untuk Kempen ‘Peraduan Impian Muktamad’ CIMB Bank/CIMB Islamic Bank yang terpinda ini (“Terma-terma dan Syarat-syarat”) akan menggantikan terma-terma dan syarat-syarat yang sedia ada berkuatkuasa dari 24 Disember 2014 1. Setiap penyebutan “CIMB” merujuk kepada sama ada CIMB Bank Berhad (13491-P)

(“CIMB Bank”) atau CIMB Islamic Bank Berhad (67138-H) (“CIMB Islamic Bank”) di mana berkenaan.

Tempoh Kempen

2. Kempen “Peraduan Impian Muktamad” CIMB Bank/CIMB Islamic Bank (“Kempen”) ini akan berlangsung dari 20hb November 2014 hingga 28hb Februari 2015, termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Kempen”).

3. CIMB menyimpan hak apabila memberikan notis yang mencukupi untuk menukar tempoh dan/atau permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen.

Kelayakan

4. Kempen ini adalah terbuka secara eksklusif kepada:

a) semua pemegang kad utama Kad Kredit CIMB dan Direct Access yang baru dan sedia ada (secara kolektif dirujuk sebagai "Pemegang Kad Kredit CIMB") yang memegang kad(kad-kad) kredit yang dikeluarkan oleh CIMB di Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai "CIMB Malaysia") sahaja; dan

b) and semua pemegang kad Debit CIMB yang baru dan sedia ada yang memegang kad(kad-kad) yang dikeluarkan oleh CIMB Malaysia sahaja; dan

c) semua pemegang akaun Akaun Semasa dan/atau Akaun Simpanan CIMB kecuali Akaun Semasa Flexi dan Akaun Semasa Istimewa Mudharabah-i ("Akaun Penyertaan") yang baru atau sedia ada; dan

d) semua pemohon yang berjaya memohon Pembiayaan Hartanah CIMB; e) semua pemohon yang berjaya memohon Pembiayaan ASB CIMB Bank dan/atau

Pembiayaan Bertempoh-i Dijamin oleh Sijil ASB CIMB Islamic Bank; f) semua pemohon yang berjaya memohon Pinjaman Peribadi CIMB Bank

dan/atau Pembiayaan Peribadi CIMB Islamic Bank; g) semua pemohon yang berjaya memohon Pinjaman Sewa Beli CIMB Bank

dan/atau Pembiayaan Sewa Beli CIMB Islamic Bank; dan h) semua warganegara Malaysia yang melabur dalam produk pelaburan CIMB

berikut:

Pelaburan Berstruktur (tidak termasuk Pelaburan Dwi Mata Wang, “Gold Convertible Investment” & Pelaburan Semula Pelaburan Berstruktur; dan/atau

Unit Amanah (Dana Unit Amanah Ekuiti Terlibat sahaja); dan/atau

Skim Persaraan Swasta; dan/atau

ASNB-Pelbagai Dana (ASN2, ASN3, ASG) (selepas ini dirujuk sebagai "Produk Pelaburan");

semasa Tempoh Kempen KECUALI orang/entiti berikut yang TIDAK layak untuk menyertai Kempen ini:

2

(i) Kakitangan atau pekerja-pekerja tetap dan/atau sambilan CIMB (termasuk

subsidiarinya dan syarikat-syarikat berkenaan) dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka (iaitu pasangan, anak, ibubapa, abang dan kakak); dan/atau

(ii) Wakil dan/atau ejen-ejen (termasuk ejen-ejen pengiklanan dan promosi) CIMB, VISA Worldwide Pte. Limited, sebuah syarikat yang didaftarkan di Singapura, mempunyai pejabat di 30, Raffles Place, #10-00, Chevron House, Singapore 048622 (“VISA”) dan MasterCard Worldwide, sebuah syarikat diperbadankan di bawah Negeri Delaware, mempunyai pejabat dan tempat perniagaan utama di 2000 Purchase Street, Purchase, New York, NY 10577-2509, United States of America (“MasterCard”) (termasuk subsidiarinya dan syarikat-syarikat berkenaan kedua-duanya); dan/atau

(iii) Wakil dan/atau ejen-ejen (termasuk ejen-ejen pengiklanan dan kempen, vendor

pihak ketiga dan pembekal perkhidmatan) CIMB (termasuk subsidiarinya dan syarikat-syarikat berkenaan) dan pekerja-pekerja tetap dan/atau kontrak dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu pasangan, anak-anak, ibu bapa dan adik-beradik); dan/atau

(iv) Bukan individu termasuk tetapi tidak terhad kepada Pemilik tunggal,

Perkongsian, Organisasi/Persatuan Kebajikan/Bukan Untung, Pelanggan Korporat dan Komersial, syarikat tersenarai awam, syarikat sendirian berhad, kelab, persatuan dan koperasi; dan/atau

(v) Individu di bawah umur 18 tahun; (vi) Individu di bawah umur 21 tahun bagi pemohon produk CIMB selain daripada

Akaun Semasa dan/atau Akaun Simpanan CIMB, Pinjaman Sewa Beli CIMB Bank atau Pembiayaan Sewa Beli CIMB Islamic Bank dan dana ASG; dan/atau

(vii) Bukan warganegara Malaysia. (Selepas ini secara kolektif dirujuk sebagai "Peserta Layak").

5. Berhubung dengan akaun bersama/pemohon bersama, hanya pemegang

akaun/pemohon yang pertama dinamakan iaitu pemegang akaun utama/pemohon utama layak untuk menyertai Kempen ini. Penjamin Pembiayaan Hartanah, Pembiayaan ASB, Pinjaman/Pembiayaan Peribadi atau Pinjaman/Pembiayaan Sewa Beli tidak layak untuk menyertai Kempen ini.

6. Bagi kad kredit, hanya pemegang kad utama layak untuk menyertai Kempen ini,

pemegang kad tambahan adalah tidak layak.

7. CIMB menyimpan hak untuk meluluskan atau menolak mana-mana permohonan kad kredit, kad debit atau permohonan pinjaman/pembiayaan, dan/atau meminta apa-apa dokumen sokongan yang lebih lanjut seperti yang dianggap sesuai olehnya. Untuk mengelakkan waswas, CIMB mempunyai budi bicara tunggal dan mutlak untuk menentukan sama ada dokumen-dokumen sokongan adalah cukup jelas untuk tujuan memproses permohonan yang diserahkan kepada CIMB.

3

Hadiah

8. Hadiah-hadiah berikut akan disediakan kepada pemenang yang terpilih dalam Kempen ini:

Kategori Hadiah Bilangan Hadiah

Hadiah Utama

(i) Untuk Bulan Penyertaan 1 untuk Hadiah Utama (seperti yang dinyatakan dalam Klausa 9(a) di bawah), satu (1) unit kondominium di Inwood Residences, Pantai Sentral Park yang terletak di Bukit Kerinchi bernilai lebih kurang RM769,800.00* (“Hadiah Utama 1”);

(ii) untuk Bulan Penyertaan 2 untuk Hadiah Utama (seperti yang dinyatakan dalam Klausa 9(a) di bawah), satu (1) unit kondominium di Inwood Residences, Pantai Sentral Park yang terletak di Bukit Kerinchi bernilai lebih kurang RM750,800.00* (“Hadiah Utama 2”); dan

(iii) untuk Bulan Penyertaan 3 untuk Hadiah Utama (seperti yang dinyatakan dalam Klausa 9(a) di bawah), satu (1) unit kondominium di Inwood Residences, Pantai Sentral Park yang terletak di Bukit Kerinchi bernilai lebih kurang RM731,800.00* (“Hadiah Utama 3”)

yang akan dipilih oleh CIMB mengikut budi bicara mutlaknya. * Nilai-nilai yang dinyatakan di atas adalah sebelum apa-apa diskaun yang diberikan oleh Pemaju dan tidak berdasarkan apa-apa penilaian rasmi yang dilakukan oleh CIMB. Spesifikasi Hadiah-hadiah Utama di atas adalah seperti berikut:

Keluasan: Lebih kurang 1,125 kaki persegi

2 bilik tidur + 2 bilik air + 2 tempat letak kereta

Pemaju: IJM Land Berhad – Amona Development Sdn. Bhd. Usaha Sama

3

Hadiah Saguhati Satu (1) unit iPhone 6 16GB 103

(hadiah-hadiah yang dinyatakan di atas selepas ini dirujuk sebagai “Hadiah”).

4

9. Tempoh Kempen untuk memenangi Hadiah telah dibahagikan kepada tempoh bulanan berikut: a) Bagi Hadiah Utama:

Bulan Penyertaan

Tempoh Jumlah

Pemenang Hadiah Utama

Bulan Penyertaan 1

20 November 2014 – 31 Disember 2014 1

Bulan Penyertaan 2

1 Januari 2015 – 31 Januari 2015 1

Bulan Penyertaan 3

1 Februari 2015 – 28 Februari 2015 1

b) Bagi Hadiah Saguhati:

Bulan Penyertaan

Tempoh Jumlah

Pemenang Hadiah Saguhati

Bulan Penyertaan 1

20 November 2014 - 30 November 2014 13

Bulan Penyertaan 2

1 Disember 2014 – 31 Disember 2014 31

Bulan Penyertaan 3

1 Januari 2015 – 31 Januari 2015 31

Bulan Penyertaan 4

1 Februari 2015 – 28 Februari 2015 28

10. Hadiah yang dimenangi:

(a) adalah disediakan atas dasar "sedia ada”; (b) tidak boleh dipindahmilik atau ditukar untuk wang tunai atau kredit; dan (c) tidak termasuk sebarang aksesori atau barangan yang dipaparkan dalam

risalah atau laman web, kerana ia adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. 11. Hadiah boleh mempunyai terma-terma dan syarat-syarat sendiri dan terma-terma

dan syarat-syarat tersebut hendaklah terpakai sebagai tambahan kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di sini.

12. Pemenang Hadiah Utama juga perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut: (a) pemenang mesti menandatangani dan mengembalikan kepada pemaju

perjanjian jual beli, surat ikatan perjanjian bersama (deed of mutual covenant) dalam format biasa pemaju dan semua dokumen yang berkenaan sebagaimana yang dikehendaki oleh pemaju sebelum 31 Julai 2015 atau tarikh lain yang boleh ditentukan oleh CIMB dan dimaklumkan oleh CIMB kepada pemenang dan mematuhi syarat-syarat dokumen itu;

(b) pemenang Hadiah Utama mesti mempunyai kapasiti penuh di sisi undang-undang untuk memiliki Hadiah Utama dan tidak dilarang oleh mana-mana undang-undang atau peraturan untuk memiliki Hadiah Utama;

(c) Hadiah Utama hendaklah tertakluk kepada semua syarat dan kategori kegunaan tanah nyata atau tersirat atau yang dikenakan ke atas Hadiah Utama. Pemenang hendaklah bertanggungjawab, atas kos dan perbelanjaannya sendiri, untuk mendapatkan semua kelulusan yang diperlukan (jika berkenaan) daripada pihak berkuasa yang berkenaan atas

5

kos dan perbelanjaannya sendiri untuk membolehkan pemindahan Hadiah Utama kepada pemenang. CIMB tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang tidak dapat mendapatkan kelulusan yang diperlukan untuk memindahkan Hadiah Utama kepada mereka atau Hadiah Utama tidak boleh dipindahmilik kepada pemenang untuk apa jua sebab;

(d) keluasan Hadiah Utama yang dinyatakan di atas hanya anggaran dan tidak dijamin betul. CIMB tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa perbezaan dalam keluasan Hadiah Utama;

(e) kecuali harga pembelian Hadiah Utama yang akan ditanggung oleh CIMB, semua duti setem, yuran guaman, fi pengeluaran, fi pemprosesan, fi pendaftaran, caj perkhidmatan, caj penyelenggaraan dan semua kos dan caj sampingan lain dan caj yang dikenakan untuk mendapatkan Hadiah Utama atau untuk penyediaan apa-apa dokumen sampingan lain yang berkenaan, hendaklah ditanggung oleh pemenang. Kelayakan untuk mendapatkan Hadiah Utama akan dibatalkan sekiranya pemenang gagal membayar fi dan caj tersebut dalam masa yang ditetapkan atau gagal mematuhi terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan ke atas Hadiah Utama (termasuk tetapi tidak terhad kepada terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pemaju);

(f) semua cukai hartanah semasa dan masa depan (seperti cukai tanah dan cukai pintu), insurans, dan semua cukai lain, kos pengubahsuaian, utiliti, perbelanjaan wang yang dikeluarkan, kos, fi dan perbelanjaan yang berkaitan dengan penyelenggaraan Hadiah Utama adalah tanggungjawab pemenang bermula dari tarikh pemenang menerima Hadiah Utama daripada CIMB;

(g) sekiranya nilai pasaran Hadiah Utama adalah untuk apa-apa sebab lebih rendah daripada harga pembelian/nilai yang dinyatakan dalam Klausa 8 di atas, CIMB tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa perbezaan antara nilai pasaran dan harga pembelian/nilai dan pemenang tidak boleh membuat apa-apa tuntutan berkenaan dengan perbezaan tersebut; dan

(h) Hadiah Utama adalah di bawah pembinaan dan akan siap dibina dalam tempoh yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli;

(i) pemenang Hadiah Utama tidak dibenarkan untuk melantik orang/entiti lain untuk menerima Hadiah Utama.

Sekiranya pemenang Hadiah Utama gagal untuk mematuhi terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di sini dengan ketat, CIMB berhak untuk menarikbalik Hadiah Utama daripada pemenang tersebut dan memilih pemenang Hadiah Utama yang lain. Dalam situasi tersebut, CIMB tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kos pemulangan atau kerugian yang ditanggung oleh pemenang.

13. Semua Hadiah, nilai dan maklumat yang dinyatakan di sini adalah betul pada masa

percetakan terma-terma dan syarat-syarat Kempen di dalam ini. Gambar Hadiah yang ditunjukkan dalam apa-apa pemasaran dan pengiklanan kolateral adalah untuk tujuan visual sahaja dan warna mungkin berbeza daripada Hadiah sebenar yang diterima.

14. Sebarang Hadiah yang tidak dituntut dalam temploh tiga (3) bulan selepas

pemberitahuan pemenang telah dibuat akan ditarikbalik. 15. Kepada tahap sepenuhnya yang dibenarkan di sisi undang-undang, CIMB, VISA dan

MasterCard secara ekspres mengecualikan dan menolak sebarang representasi,

6

jaminan atau endorsan, tersirat atau ekspres, bertulis atau lisan, kepada semua hadiah yang ditawarkan di bawah Kempen ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan kualiti, kebolehdagangan, kesesuaian untuk sebarang tujuan, kesihatan dan keselamatan. Semua risiko, kerugian, kerosakkan dan/atau kecederaan berkenaan dengan penggunaan hadiah akan diambil alih oleh pemenang.

Kriteria Kelayakan

A) Kad Kredit 16. Peserta Layak boleh memperolehi bilangan penyertaan (“Penyertaan”) untuk

memenangi Hadiah yang dinyatakan dalam Klausa 8 di atas dengan cara yang berikut: (i) Setiap kumulatif RM50 perbelanjaan runcit yang dicajkan kepada mana-

mana Kad Kredit CIMB yang mengambil bahagian semasa Tempoh Kempen dan diposkan ke akaun Peserta Layak sebelum hari ke-5 selepas setiap Bulan Penyertaan melayakkan Peserta Layak utama kepada satu (1) Penyertaan;

(ii) Setiap permohonan mana-mana Kad Kredit CIMB utama atau tambahan

yang diluluskan oleh CIMB Malaysia semasa Tempoh Kempen melayakkan Peserta Layak utama kepada sepuluh (10) Penyertaan;

(iii) Setiap pengambilan baru Pelan Bayaran Mudah 0% semasa Tempoh Kempen

melayakkan Peserta Layak utama kepada sepuluh (10) Penyertaan; (iv) Setiap pendaftaran baru untuk servis pembayaran auto semasa Tempoh

Kempen melayakkan Peserta Layak utama kepada sepuluh (10) Penyertaan; (v) Setiap CashLite atau Pemindahan Baki semasa Tempoh Kempen melayakkan

Peserta Layak utama kepada sepuluh (10) Penyertaan. 17. Perbelanjaan runcit untuk kad kredit bermakna transaksi pembelian untuk barangan

dan servis tertanggung untuk penggunaan peribadi dan bukan untuk tujuan perniagaan dan tidak termasuk transaksi pertaruhan atau perjudian. Bagi mengelakkan waswas, transaksi-transaksi berikut adalah secara ekspres dikecualikan dan tidak akan dianggap sebagai transaksi runcit atau transaksi perbelanjaan yang layak:-

i) Transaksi yang dibuat pada CIMB Platinum BusinessCard dan CIMB Partner

Card; ii) Transaksi Tunai Kuasi – (contohnya: transaksi pertaruhan dan/atau

perjudian); iii) Ansuran bulanan di bawah mana-mana kemudahan pembayaran ansuran

yang disediakan oleh CIMB atau mana-mana bank lain; iv) Arahan tetap; v) servis pembayaran auto yang didaftarkan sebelum Tempoh Kempen atau

Pelan Bayaran Mudah 0% yang diambil sebelum Tempoh Kempen; vi) Bayaran yuran tahunan atau caj perkhidmatan, caj penghantaran, bayaran

tunai, fi penggantian kad, cukai perkhidmatan kerajaan, caj pertikaian, caj

7

penipuan atau fi, caj atau penalti lain-lain yang dikenakan oleh CIMB atau selainnya;

vii) Transaksi untuk bayaran yang dibuat untuk premium insuran dan/atau apa-apa jenis sumbangan takaful;

viii) Transaksi pendahuluan/pengeluaran/deposit tunai; ix) Transaksi yang dibuat oleh Peserta Layak dengan mana-mana pedagang

berkenaan dengan atau dikawal oleh mereka atau ahli keluarga mereka (samada sebagai pekerja, majikan, pemegang syer atau pengarah) iaitu transaksi oleh Peserta Layak dengan mana-mana perbadanan atau entiti perniagaan di mana dia atau mana-mana ahli keluarganya adalah pekerja atau majikan atau bekerja dengan atau mempunyai syer atau kepentingan di dalam atau adalah seorang pengarah; dan

x) transaksi pembelian layak yang kemudiannya dibatalkan atau dibayar balik, dipertikaikan, tanpa kebenaran atau transaksi penipuan.

Apa-apa penentuan oleh CIMB tentang apa yang merupakan perbelanjaan runcit adalah konklusif dan tidak boleh dicabar dalam mana-mana cara sekalipun.

18. Perbelanjaan runcit adalah berdasarkan jumlah perbelanjaan kredit pemegang kad

utama dan tambahan yang disatukan. Jika pemegang kad kredit mempunyai beberapa akaun kad kredit, perbelanjaan runcit yang dibuat ke atas semua kad kredit oleh pemegang kad kredit utama dan pemegang kad kredit tambahannya akan disatukan dan tidak akan dilihat secara individu untuk memenuhi perbelanjaan runcit Transaksi Layak dan kriteria penyertaan dalam Tempoh Kempen.

B) Kad Debit, Akaun Semasa dan Akaun Simpanan 19. Peserta Layak boleh memperolehi Penyertaan untuk memenangi Hadiah yang

dinyatakan dalam Klausa 8 di atas dengan cara yang berikut:

(i) Setiap kumulatif RM50 perbelanjaan runcit yang dicajkan kepada mana-mana Kad Debit CIMB yang mengambil bahagian semasa Tempoh Kempen dan diposkan ke akaun Peserta Layak sebelum hari ke-5 selepas setiap Bulan Penyertaan melayakkan Peserta Layak utama kepada satu (1) Penyertaan;

(ii) Setiap pendaftaran baru mana-mana Kad Debit CIMB dengan CIMB Malaysia

semasa Tempoh Kempen melayakkan Peserta Layak utama kepada sepuluh (10) Penyertaan;

(iii) Setiap pendaftaran baru Akaun Penyertaan (seperti yang ditakrifkan dalam

Klausa 4(c) di atas) dengan deposit permulaan minimum melayakkan Peserta Layak utama kepada sepuluh (10) Penyertaan;

(iv) Setiap Peningkatan Deposit dalam gandaan RM1,000 dalam Akaun Penyertaan melayakkan Peserta Layak utama kepada satu (1) Penyertaan;

20. Perbelanjaan runcit untuk kad debit bermakna transaksi pembelian untuk barangan

dan servis tertanggung untuk penggunaan peribadi dan bukan untuk tujuan perniagaan dan tidak termasuk transaksi pertaruhan atau perjudian. Bagi mengelakkan waswas, transaksi-transaksi berikut adalah secara ekspres dikecualikan dan tidak akan dianggap sebagai transaksi runcit atau transaksi perbelanjaan yang layak:-

8

i) Transaksi Tunai Kuasi – (contohnya: transaksi pertaruhan dan/atau perjudian);

ii) Ansuran bulanan di bawah mana-mana kemudahan pembayaran ansuran yang disediakan oleh CIMB atau mana-mana bank lain;

iii) Arahan tetap / perkhidmatan pembayaran automatik; iv) Transaksi MEPS e-Debit untuk Kad Debit; v) Bayaran yuran tahunan atau caj perkhidmatan, caj penghantaran, bayaran

tunai, fi penggantian kad, cukai perkhidmatan kerajaan, caj pertikaian, caj penipuan atau fi, caj atau penalti lain-lain yang dikenakan oleh CIMB atau selainnya;

vi) Transaksi untuk bayaran yang dibuat untuk premium insuran dan/atau apa-apa jenis sumbangan takaful;

vii) Transaksi pendahuluan/pengeluaran/deposit tunai; viii) Transaksi yang dibuat oleh Peserta Layak dengan mana-mana pedagang

berkenaan dengan atau dikawal oleh mereka atau ahli keluarga mereka (samada sebagai pekerja, majikan, pemegang syer atau pengarah) iaitu transaksi oleh Peserta Layak dengan mana-mana perbadanan atau entiti perniagaan di mana dia atau mana-mana ahli keluarganya adalah pekerja atau majikan atau bekerja dengan atau mempunyai syer atau kepentingan di dalam atau adalah seorang pengarah; dan

ix) transaksi pembelian layak yang kemudiannya dibatalkan atau dibayar balik, dipertikaikan, tanpa kebenaran atau transaksi penipuan.

21. “Peningkatan Deposit” ditakrifkan sebagai Peningkatan Baki Purata ("IAB") Akaun

Penyertaan Peserta Layak sepanjang Tempoh Kempen dikira atas baki purata bulanan ("MAB") berbanding dengan "Asas" seperti yang dinyatakan dalam Jadual I di bawah:

Jadual I

Pengiraan

Asas Jumlah keseluruhan baki harian dari 1hb hingga 19hb November 2014

Bilangan hari layak dari 1hb hingga 19hb November 2014

Baki Purata Bulanan (“MAB”)

Jumlah keseluruhan baki harian untuk Bulan Penyertaan Bilangan hari dalam Bulan Penyertaan

Peningkatan Baki Purata

(“IAB”) MAB – Asas

22. Bagi akaun baru yang dibuka dari 20hb November 2014 hingga 28hb Februari 2015,

Asas adalah kosong.

23. Untuk rujukan, jadual di bawah menunjukkan contoh pengiraan Penyertaan yang

diperolehi:

a. Pemegang Akaun sedia ada

Asas (RM) MAB pada 28th Februari 2015

(RM)

IAB (RM) Bilangan Penyertaan

500 600 100 Tidak Layak

500 1,500 1,000 1

1,500 9,800 8,300 8

9

b. Pemegang Akaun Baru (untuk akaun baru yang dibuka dari 20hb November 2014 – 28hb Februari 2015)

Asas (RM)

MAB pada 28th

Februari 2015 (RM)

IAB (RM)

Bilangan Penyertaan

Penyertaan untuk Akaun

Baru

Jumlah Bilangan Peluang

0 300 300 Tidak Layak 10 10

0 1,000 1,000 1 10 11

0 4,550 4,550 4 10 14

24. Deposit dibuat bagi tujuan pengiraan IAB hanya terpakai untuk dana baru yang

diletakkan ke dalam Akaun Penyertaan semasa Tempoh Kempen. Dana baru

bermaksud dana yang tidak berasal daripada akaun yang sedia ada dengan CIMB

Bank Berhad, CIMB Islamic Bank Berhad dan/atau CIMB Investment Bank Berhad.

C) Pembiayaan Hartanah 25. Peserta Layak boleh memperolehi Penyertaan untuk memenangi Hadiah yang

dinyatakan dalam Klausa 8 di atas dengan cara yang berikut: (i) Setiap pinjaman/pembiayaan perumahan atau pinjaman/pembiayaan

premis perniagaan CIMB (Hartanah di bawah Pembinaan / Hartanah yang telah siap dibina / Pembiayaan Semula / Rumah Tambahan) yang dimohon di bawah nama(nama-nama) individu semasa Tempoh Kempen melayakkan Peserta Layak utama kepada sepuluh (10) Penyertaan;

(ii) Setiap amaun pinjaman/pembiayaan RM1,000 mana-mana pinjaman/pembiayaan perumahan atau pinjaman/pembiayaan premis perniagaan (Hartanah di bawah Pembinaan / Hartanah yang telah siap dibina / Pembiayaan Semula / Rumah Tambahan) yang dimohon di bawah nama(nama-nama) individu semasa Tempoh Kempen melayakkan Peserta Layak utama kepada satu (1) Penyertaan;

tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(i) Penerimaan Surat Tawaran dan pelaksanaan semua dokumen

pinjaman/pembiayaan mesti disempurnakan sebelum 31hb Mac 2015; 26. Permohonan Peserta Layak untuk pembiayaan hartanah adalah tertakluk kepada

semakan kredit standard CIMB dan penerimaan terma-terma dan syarat-syarat CIMB yang mengawal pembiayaan hartanah yang berasingan daripada terma-terma dan syarat-syarat ini oleh Peserta Layak. Fi dan caj akan dikenakan untuk pembayaran awal dan/atau penyelesaian awal.

D) Pembiayaan ASB/Pembiayaan Bertempoh-i Dijamin oleh Sijil ASB

27. Peserta Layak boleh memperolehi Penyertaan untuk memenangi Hadiah yang

dinyatakan dalam Klausa 8 di atas dengan cara yang berikut: (i) Setiap pembiayaan ASB/Pembiayaan Bertempoh-i Dijamin oleh Sijil ASB yang

dimohon dan diluluskan semasa Tempoh Kempen melayakkan Peserta Layak utama kepada sepuluh (10) Penyertaan; dan

10

(ii) Setiap amaun Pembiayaan ASB/ Pembiayaan Bertempoh-i Dijamin oleh Sijil ASB RM1,000 yang diluluskan semasa semasa Tempoh Kempen melayakkan Peserta Layak utama kepada satu (1) Penyertaan;

tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(i) Pembiayaan ASB/Pembiayaan Bertempoh-i Dijamin oleh Sijil ASB mesti dikeluarkan sebelum 10hb Mac 2015 jika tidak Peserta Layak tidak akan layak untuk mendapat Penyertaan di bawah Klausa 27 ini.

E) Pinjaman/Pembiayaan Peribadi

28. Peserta Layak boleh mendapat sepuluh (10) Penyertaan untuk memenangi Hadiah

yang dinyatakan dalam Klausa 8 di atas dengan setiap Pinjaman/Pembiayaan Peribadi yang dipohon dan diluluskan dalam Tempoh Kempen dengan syarat Pinjaman/Pembiayaan Peribadi itu dikeluarkan sebelum 10hb Mac 2015 jika tidak Peserta Layak tidak akan layak untuk mendapat Penyertaan di bawah Klausa 28 ini

F) Pinjaman/Pembiayaan Sewa Beli

29. Peserta Layak boleh memperolehi Penyertaan untuk memenangi Hadiah yang

dinyatakan dalam Klausa 8 di atas dengan cara yang berikut: (i) Setiap pinjaman/pembiayaan Sewa Beli CIMB yang dimohon dan diluluskan

semasa Tempoh Kempen melayakkan Peserta Layak utama kepada sepuluh (10) Penyertaan; dan

(ii) Setiap pinjaman/pembiayaan Sewa Beli RM1,000 yang diluluskan semasa semasa Tempoh Kempen melayakkan Peserta Layak utama kepada satu (1) Penyertaan;

tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(i) Pinjaman/pembiayaan Sewa Beli mesti dikeluarkan sebelum 10hb Mac 2015

jika tidak Peserta Layak tidak akan layak untuk mendapat Penyertaan di bawah Klausa 29 ini.

G) Produk Pelaburan

30. Peserta Layak boleh memperolehi Penyertaan untuk memenangi Hadiah yang dinyatakan dalam Klausa 8 di atas dengan cara yang berikut:

(i) Setiap pelaburan baru dalam Produk Pelaburan semasa Tempoh Kempen

oleh pelabur baru yang tidak mempunyai apa-apa Produk Pelaburan dengan CIMB melayakkan Peserta Layak utama kepada sepuluh (10) Penyertaan;

(ii) Setiap amaun pelaburan RM1,000 dalam mana-mana Produk Pelaburan oleh pelabur baru atau sedia ada semasa Tempoh Kempen melayakkan Peserta Layak utama kepada satu (1) Penyertaan;

tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

11

(i) Bagi pelabur baru ke Unit Amanah (Dana Unit Amanah Ekuiti Terlibat), ia hanya terpakai kepada Pelanggan Prime Banking/Pelanggan Preferred tanpa akaun unit amanah dan/atau akaun unit amanah nama bersama dengan CIMB.

(ii) Peserta Layak yang melabur dalam Produk Pelaburan adalah tertakluk kepada amaun pelaburan minimum seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah ("Amaun Pelaburan Minimum") dan Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam ini.

Produk Pelaburan Amaun Pelaburan Minimum

Pelaburan Berstruktur RM100,000

FRNID/NID/NID-i/INI RM65,000

Bon Runcit RM250,000

Bon Denominasi USD USD 200,000

Bon Denominasi AUD AUD 100,000

Bon Denominasi SGD SGD 250,000

Bon Denominasi GBP GBP50,000

Dana Unit Amanah Ekuiti Terlibat

Amaun Pelaburan minimum sebanyak RM1,000 dalam transaksi

tunggal Skim Persaraan Swasta

ASNB-Pelbagai Dana (ASN2, ASN3, ASG)

(iii) Bagi pelaburan dalam mata wang asing, Penyertaan akan diberikan

berdasarkan amaun pelaburan dalam mata wang tempatan yang bersamaan.

31. Syarat-syarat tambahan seperti berikut hendaklah juga terpakai kepada Peserta Layak untuk Produk Pelaburan: (a) Sekiranya Peserta Layak menggunakan hak bertenang mereka, atau

pelaburan tersebut ditolak atau dibatalkan oleh mana-mana pihak untuk apa jua sebab dalam Tempoh Kempen, Peserta Layak tidak layak untuk mendapatkan Penyertaan di bawah Kempen ini. “Bertenang” adalah tempoh enam (6) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan Unit Amanah oleh CIMB;

(b) Peserta Layak dikehendaki untuk menandatangani semua dokumen standard yang berkenaan dan mematuhi semua terma-terma dan syarat-syarat yang berkenaan dengan pelaburannya dalam produk yang berkaitan di bawah Kempen ini, yang berasingan daripada terma-terma dan syarat-syarat ini;

(c) Pelaburan dalam Dana Unit Amanah bukanlah kewajipan, deposit dalam, dijamin atau diinsuranskan oleh CIMB dan tertakluk kepada risiko pelaburan, termasuk kemungkinan kerugian amaun pokok yang dilaburkan. Peserta Layak adalah dinasihatkan membaca Prospektus Dana yang berkaitan sebelum melabur. Peserta Layak juga harus mempertimbangkan semua fi dan caj yang terlibat sebelum melabur. Prestasi lepas bagi Dana yang berkaitan tidak merupakan satu petunjuk prestasi masa depan dan pengagihan pendapatan adalah tidak dijamin. Peserta Layak harus bergantung kepada penilaian mereka sendiri untuk menilai merit dan risiko apa-apa pelaburan. Peserta Layak yang mempunyai keraguan tentang

12

tindakan yang perlu diambil harus mendapatkan nasihat penasihat profesional mereka dengan serta-merta;

(d) Peserta Layak tidak dilindungi oleh tabung pampasan di bawah seksyen 152 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA). Tabung pampasan tidak meliputi kepada Peserta Layak yang telah menanggung kerugian kewangan akibat daripada penggelapan atau penyalahgunaan wang atau harta lain, oleh seorang pengarah, pegawai, pekerja atau wakil CIMB. Di mana Peserta Layak menanggung kerugian kewangan dalam keadaan di atas berkaitan dengan tindakan pekerja CIMB, Peserta Layak boleh membuat aduan kepada Unit Resolusi Pelanggan CIMB ("CRU") seperti yang dinyatakan dalam klausa 58. Peserta Layak yang tidak berpuas hati dengan keputusan CRU CIMB boleh merujuk kes itu kepada Biro Pengantaraan Kewangan atau Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh penerimaan keputusan akhir daripada CRU. Peserta Layak harus ambil perhatian bahawa aduannya hanya akan diuruskan oleh salah satu daripada saluran di atas yang Peserta Layak pilih untuk merujuk kesnya;

(e) Senarai Dana Unit Amanah Ekuiti Terlibat akan disediakan atas permintaan dan tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa oleh CIMB berdasarkan budi bicara mutlaknya setelah memberi notis yang mencukupi;

(f) Prospektus Induk bagi tabung unit amanah ASNB bertarikh 30 Jun 2014, telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, dan boleh diperolehi di pejabat ASNB dan ejennya. Unit akan diterbitkan setelah penerimaan borang pendaftaran seperti yang terdapat di dalam prospektus tersebut. Sebelum melabur, sila baca dan fahami kandungan prospektus tersebut. Jumlah keseluruhan pulangan pelaburan mungkin turun atau naik. Pelaburan dalam unit amanah adalah tertakluk kepada risiko pengurusan dana, risiko inflasi dan risiko kuasabeli. Prestasi masa lalu dana unit amanah ASNB bukanlah jaminan prestasi masa hadapan. Sebelum melabur, sila pertimbangkan yuran dan bayaran yang dikenakan; dan

(g) Peserta Layak yang ingin mengetahui ciri-ciri utama sesuatu dana unit amanah ASNB tertentu boleh meminta Halaman Serlahan Produk yang dikeluarkan oleh ASNB di mana-mana pejabat ASNB dan ejen-ejennya.

Untuk rujukan, jadual di bawah menyediakan ringkasan Penyertaan yang boleh diperolehi:

Bil. Kriteria Penyertaan Bil. Penyertaan yang

diperolehi

Kad Kredit

1 Setiap kumulatif RM50 perbelanjaan runcit dengan Kad Kredit CIMB

1X

2 Setiap permohonan Kad Kredit utama atau tambahan CIMB yang diluluskan

10X

3 Setiap pengambilan baru Pelan Bayaran Mudah 0% 10X

4 Setiap pendaftaran baru untuk servis Pembayaran Auto 10X

5 Setiap CashLite atau Pemindahan Baki yang diluluskan 10X

Kad Debit, Akaun Semasa dan Akaun Simpanan

6 Setiap kumulatif RM50 perbelanjaan runcit dengan Kad Debit CIMB

1X

7 Setiap pendaftaran baru untuk Kad Debit CIMB 10X

8 Setiap pendaftaran baru untuk Akaun Penyertaan 10X

13

9 Setiap peningkatan deposit dalam gandaan RM1,000 dalam Akaun Semasa atau Akaun Penyertaan

1X

Pembiayaan Hartanah

10

Setiap Pembiayaan Hartanah baru yang dimohon dengan semua dokumen pinjaman/pembiayaan dilaksanakan (Hartanah di bawah Pembinaan / Hartanah yang telah siap dibina / Pembiayaan Semula / Rumah Tambahan) yang dimohon

10X

11

Setiap amaun pinjaman/pembiayaan RM1,000 yang dimohon dengan semua dokumen pinjaman/pembiayaan dilaksanakan (Hartanah di bawah Pembinaan / Hartanah yang telah siap dibina / Pembiayaan Semula / Rumah Tambahan)

1X

Pembiayaan ASB/Pembiayaan Bertempoh-i Dijamin oleh Sijil ASB

12 Setiap permohonan pembiayaan ASB/pembiayaan Bertempoh-i Dijamin oleh Sijil ASB baru yang dimohon, diluluskan dan dikeluarkan

10X

13 Setiap amaun pembiayaan ASB/pembiayaan Bertempoh-i Dijamin oleh Sijil ASB RM1,000 yang dimohon, diluluskan dan dikeluarkan

1X

Pinjaman/Pembiayaan Peribadi

14 Setiap Pinjaman/Pembiayaan Peribadi baru yang dimohon, diluluskan dan dikeluarkan

10X

Pinjaman/Pembiayaan Sewa Beli

15 Setiap Pinjaman/Pembiayaan Sewa Beli baru yang dimohon, diluluskan dan dikeluarkan

10X

16 Setiap amaun Pinjaman/Pembiayaan Sewa Beli RM1,000 yang dimohon, diluluskan dan dikeluarkan

1X

Produk Pelaburan

17 Setiap pelaburan baru oleh pelabur baru dengan amaun pelaburan minimum

10X

18 Setiap amaun pelaburan RM1,000 1X

Kriteria Pemilihan Pemenang dalam Kempen ini

Secara Kolektif untuk Peserta Layak untuk memenangi Hadiah di bawah Klausa 8 di atas 32. Pada akhir Tempoh Kempen, Peserta Layak yang telah memperolehi Penyertaan

mengikuti Klausa 16 hingga 31 di atas semasa Bulan Penyertaan untuk Hadiah Utama akan disenarai pendek secara rawak oleh sistem pemilihan automatik daripada jumlah Penyertaan yang diperolehi di bawah Klausa 16 hingga 31 dalam Bulan Penyertaan tersebut (“Peserta Disenarai Pendek Untuk Hadiah Utama”) dan Peserta Layak yang telah memperolehi Penyertaan mengikuti Klausa 16 hingga 31 di atas semasa Bulan Penyertaan untuk Hadiah Saguhati akan disenarai pendek secara rawak oleh sistem pemilihan automatik daripada jumlah Penyertaan yang diperolehi di bawah Klausa 16 hingga 31 dalam Bulan Penyertaan tersebut (“Peserta Disenarai Pendek Untuk Hadiah Saguhati”) iaitu semakin banyak Peluang yang diperolehi oleh Peserta Layak mengikuti Klausa 16 hingga 31, Peserta Layak mempunyai peluang yang lebih baik untuk dipilih sebagai Peserta Disenarai Pendek. Peserta Disenarai

14

Pendek Untuk Hadiah Utama dan Peserta Disenarai Pendek Untuk Hadiah Saguhati adalah selepas ini dirujuk sebagai “Peserta Disenarai Pendek”.

33. Untuk setiap Bulan Penyertaan untuk Hadiah Utama, seorang Peserta Disenarai Pendek Untuk Hadiah Utama akan dihubungi melalui telefon oleh wakil CIMB berdasarkan nombor telefon bimbit mereka dalam rekod CIMB dan akan dikehendaki menjawab dua (2) soalan dengan betul sebelum diisytiharkan sebagai pemenang Hadiah Utama (“Pemenang Hadiah Utama”). Pemenang Hadiah Utama untuk Bulan Penyertaan 1, Bulan Penyertaan 2 dan Bulan Penyertaan 3 untuk Hadiah Utama akan layak untuk mendapat Hadiah Utama 1, Hadiah Utama 2 dan Hadiah Utama 3 masing-masingnya.

34. Untuk setiap Bulan Penyertaan untuk Hadiah Saguhati, seorang Peserta Disenarai Pendek Untuk Hadiah Saguhati akan dihubungi melalui telefon oleh wakil CIMB berdasarkan nombor telefon bimbit mereka dalam rekod CIMB dan akan dikehendaki menjawab satu (1) soalan dengan betul sebelum diisytiharkan sebagai pemenang Hadiah Saguhati (“Pemenang Hadiah Saguhati”). Proses ini akan diulang sehingga pemenang untuk semua Hadiah Saguhati untuk setiap Bulan Penyertaan telah dipilih.

35. Mana-mana Peserta Disenarai Pendek yang gagal menjawab soalan dengan betul tidak akan mendapat Hadiah dan Peserta Disenarai Pendek yang seterusnya untuk Bulan Penyertaan tersebut akan dihubungi. Semua sesi soalan dan jawapan akan ditentukan dan diputuskan oleh panel hakim yang dipilih oleh CIMB dan keputusan panel hakim yang dipilih oleh CIMB adalah muktamad dan mengikat.

36. Jika Peserta Disenarai Pendek tidak dapat dihubungi melalui telefon pada percubaan pertama atas sebab-sebab termasuk tetapi tidak terhad kepada keadaan berikut: Tiada jawapan, Tidak berminat untuk menyertai, Mengakhiri panggilan semasa perbualan, Nombor tiada dalam perkhidmatan, Tiada sambungan, peti mel suara dicapai, dua (2) percubaan lain akan dibuat untuk menghubungi Peserta Disenarai Pendek. Di mana percubaan kali ketiga juga tidak berjaya disebabkan oleh keadaan yang dinyatakan di atas, CIMB berhak untuk membatalkan kelayakan Peserta Disenarai Pendek dan meneruskan untuk menghubungi Peserta Disenarai Pendek seterusnya dalam Bulan Penyertaan tersebut bagi setiap Hadiah Utama dan Hadiah Saguhati masing-masingnya sehingga tiga (3) Pemenang Hadiah Utama memenuhi kriteria seperti yang dinyatakan dalam Klausa 34 dan seratus tiga (103) Pemenang Hadiah Saguhati memenuhi kriteria seperti yang dinyatakan dalam Klausa 35.

37. Selanjutnya dan bagi mengelakkan waswas, semua caj telekomunikasi harus ditanggung oleh Peserta Disenarai Pendek (termasuk caj perayauan yang ditanggung oleh Peserta Disenarai Pendek di luar Malaysia) akibat daripada CIMB menghubungi Peserta Disenarai Pendek dan CIMB tidak akan bertanggungjawab untuk caj tersebut.

38. Pemenang Hadiah Utama dan Pemenang Hadiah Saguhati adalah selepas ini secara kolektif dirujuk sebagai “Pemenang Kempen”.

39. Peserta Disenarai Pendek mempunyai tanggungjawab untuk memastikan nombor

telefon dan alamat surat-menyurat yang diberikan adalah terkini dan dikemaskini dengan CIMB sekiranya terdapat perubahan. Pemberitahuan dan penyampaian hadiah oleh CIMB adalah berdasarkan kepada nombor telefon dan alamat surat-

15

menyurat Peserta Layak yang dikekalkan dalam rekod CIMB. CIMB tidak akan bertanggungjawab kepada Peserta Disenarai Pendek untuk apa-apa kerugian (termasuk kehilangan peluang dan kerugian yang diakibatkan) ditanggung sekiranya nombor telefon atau alamat surat-menyurat Peserta Disenarai Pendek dalam rekod CIMB adalah tidak terkini atau betul.

40. CIMB mempunyai budi bicara tunggal untuk menetapkan tarikh dan masa untuk menghubungi Peserta Disenarai Pendek.

41. Peserta Disenarai Pendek hanya layak untuk memenangi maksimun satu (1) Hadiah

Utama dan satu (1) Hadiah Saguhati. Untuk mengelakkan waswas, Pemegang Kad Tambahan tidak layak untuk memenangi sebarang hadiah di bawah Kempen ini.

42. Pemenang Kempen akan menerima surat notifikasi dalam tempoh 12 minggu

selepas Tempoh Kempen.

43. Pemenang bersetuju dan membenarkan CIMB untuk mendedahkan maklumat pemenang (termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat) kepada pengedar/ejen yang kemudiannya akan menghubungi pemenang mengenai penghantaran atau penebusan Hadiah. Pemenang adalah bertanggungjawab untuk membuat pengaturan yang diperlukan dengan CIMB dan/atau pengedar/agen untuk mengutip atau menebus hadiah mereka. CIMB tidak akan menanggung apa-apa kos penginapan dan/atau pengangkutan dan/atau kos lain yang pemenang mungkin menanggung atau perlu menanggung semasa menebuskan atau menggunakan Hadiah.

44. Pemenang dikehendaki untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah dan/atau program publisiti lain sebagaimana dan apabila dikehendaki pada kos dan perbelanjaan mereka. Jika pemenang gagal untuk menghadiri majlis dan/atau program publisiti lain tersebut, Bank berhak untuk menarik balik hadiah pemenang dan memilih pemenang yang lain.

Terma-terma dan Syarat-syarat Am

45. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak bersetuju untuk terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan keputusan CIMB, VISA dan MasterCard. Pada masa memilih Pemenang Kempen, akaun kad kredit, kad debit, akaun Semasa atau Simpanan CIMB, Pembiayaan Hartanah, ASB, Pinjaman/Pembiayaan Peribadi atau pinjaman/pembiayaan Sewa Beli Pemenang Kempen yang terpilih MESTI dalam keadaan baik dan TIDAK memungkiri mana-mana terma dan syarat yang terkandung di dalam perjanjian kad atau akaun CIMB atau delinkuen, dan/atau tidak sah atau dibatalkan dalam definisi CIMB, jika tidak, kelayakan mereka untuk menyertai atau menjadi Pemenang Kempen akan dibatalkan.

46. CIMB, VISA dan MasterCard berhak untuk menerbitkan dan/atau memaparkan

material dan/atau informasi, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama-nama dan gambar-gambar dan bandar kediaman Peserta Layak yang merupakan pemenang hadiah(hadiah-hadiah) di bawah Kempen ini untuk tujuan pemasaran, pengiklanan dan publisiti dalam apa-apa cara yang dianggap sesuai olehnya. Dengan mengambil bahagian dalam Kempen ini, Peserta Layak di sini memberi kuasa ekspres kepada CIMB, VISA dan MasterCard untuk menerbitkan dan/atau memaparkan nama, gambar dan Bandar kediaman Peserta Layak untuk tujuan pengiklanan dan publisiti. Ketidakpatuhan akan menyebabkan pemenang alternatif dipilih.

16

47. Keputusan CIMB dan/atau hakim CIMB berkenaan semua aspek Kempen ini adalah

muktamad, mengikat dan konklusif. Untuk semua pertanyaan lanjut berkenaan dengan Kempen, sila hubungi Pusat Panggilan CIMB Bank di +1300 880 900.

48. CIMB, VISA atau MasterCard tidak akan menanggung apa-apa tanggungjawab untuk hadiah-hadiah, produk-produk dan/atau servis yang ditawarkan di bawah Kempen ini. Hadiah-hadiah, produk-produk dan/atau servis adalah ditawarkan dan/atau disediakan secara tunggal oleh penjual-penjual dan pembekal-pembekal yang relevan, di bawah terma-terma dan syarat-syarat yang ditentukan oleh penjual-penjual dan pembekal-pembekal dan CIMB, VISA dan MasterCard tidak akan menerima apa-apa liabiliti (termasuk tanpa batasan, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, langsung atau tidak langsung, sampingan, akibat, teladan, punitif atau ganti rugi khas daripada mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) yang tertimbul samada secara kontrak, tort, kecuaian atau lain-lain yang berkaitan dengan Kempen, walaupun sekiranya CIMB, VISA dan MasterCard telah dinasihati atas kemungkinan kerugian tersebut terlebih dahulu, dan semua kerugian tersebut adalah dikecualikan secara ekspres.

49. CIMB, VISA atau MasterCard tidak akan melayani sebarang aduan berkenaan hadiah-hadiah, produk-produk dan/atau servis. Hadiah-hadiah, produk-produk dan/atau servis tidak diperakui oleh MasterCard, VISA atau CIMB dan tiada dalam hal keadaan kemasukan hadiah-hadiah, produk-produk dan/atau servis dalam Kempen ini hendaklah diertikan sebagai endorsmen atau cadangan hadiah, produk dan/atau servis oleh MasterCard, VISA atau CIMB. Liabiliti CIMB berhubung dengan Hadiah Utama hanya untuk membayar harga pembelian untuk Hadiah Utama yang kena dibayar kepada pemaju dan CIMB tidak menjamin bahawa Hadiah Utama akan siap dibina atau Hadiah Utama akan siap dibina mengikut kepuasan Peserta Layak. CIMB tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kelewatan atau kegagalan pemaju dalam mematuhi atau melaksanakan mana-mana obligasi, perjanjian dan akujanjinya berhubung dengan Hadiah Utama atau sekiranya Hadiah Utama tidak dapat dipindahmilik kepada pemenang disebabkan oleh apa-apa sebab sekalipun. Sekiranya Peserta Layak tidak berpuas hati dengan mana-mana hadiah, Peserta Layak harus menuntut hak dengan penjual/pembekal yang berkenaan secara terus.

50. Dengan persetujuan atau penerimaan hadiah, pemenang hadiah bersetuju untuk membebaskan CIMB, VISA dan MasterCard dan anggota sekutu dan pengarah, pegawai, pekerja dan ejen masing-masing daripada dan terhadap apa-apa tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang ditanggung oleh CIMB, VISA dan MasterCard dan anggota sekutu dan pengarah, pegawai, pekerja dan agen masing-masingnya berkenaan dengan penyertaan pemenang hadiah dalam Kempen atau penerimaan, penebusan atau penggunaan hadiah.

51. CIMB, VISA dan MasterCard tidak menerima tanggungjawab untuk apa-apa implikasi

cukai, cukai barangan dan perkhidmatan, kos sampingan dan/atau caj lain dan/atau kerugian yang tertimbul dari hadiah dan/atau kegagalan mana-mana ejen/pengedarnya. Apa-apa obligasi pemfailan cukai atau apa-apa pembayaran cukai yang harus dibayar ke mana-mana autoriti atau kos sampingan dan/atau caj lain yang disebabkan oleh penerimaan hadiah akan menjadi tanggungjawab tunggal Peserta Layak. Setiap Peserta Layak harus bertanggungjawab untuk mendapatkan

17

nasihat bebas atas implikasi kemungkinan yang timbul terhadap situasi kewangan peribadi mereka.

52. CIMB tidak bertanggungjawab kepada Peserta Layak atau mana-mana pihak untuk

apa-apa kerugian atau kerosakan dalam apa jua jenis yang ditanggung oleh Peserta Layak atau mana-mana pihak (termasuk tetapi tidak terhad kepada, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, langsung atau tidak langsung, sampingan, akibat, teladan, punitif atau ganti rugi khas daripada mana-mana pihak) yang tertimbul dalam apa cara pun, berhubung dengan penyertaan atau tidak menyertai dalam Kempen ini.

53. CIMB berhak untuk meminda, mengubah, memotong, atau menambah (“Pindaan”) mana-mana Terma-terma dan Syarat-syarat ini atau mana-mana bahagiannya dan/atau menukar atau menggantikan hadiah yang ditawar di bawah Kempen ini dan/atau melanjutkan, memodifikasi, menggantung, memendekkan, memberhentikan, membatalkan atau menamatkan Kempen ini dengan memberikan notis yang mencukupi kepada Peserta Layak. Tiada pampasan dalam tunai atau dalam apa jenis jua akan diberikan kepada Peserta Layak unutuk sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Peserta Layak sebagai akibat langsung atau tidak langsung disebabkan oleh pengubahan, pemotongan, penambahan atau pemindaan Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan/atau pelanjutan, modifikasi, pemberhentian, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen ini.

54. Notifikasi kepada Peserta Layak berkenaan dengan Pindaan harus diberikan berdasarkan budi bicara mutlak CIMB melalui salah satu cara komunikasi, di antaranya, melalui mel biasa kepada alamat Peserta Layak yang terakhir diketahui atau dengan mengeposkan notis berkenaan dengan Pindaan di setiap cawangan CIMB yang peruntukan terperinci mengenai Pindaan akan terkandung dalam notis tersebut atau boleh diberikan kepada Peserta Layak jika diminta atau dengan mengiklankan Pindaan di satu suratkhabar pilihan CIMB, atau melalui laman web CIMB atau mel elektronik atau cara-cara notis lain yang boleh dipilih oleh CIMB dan Pindaan tersebut hendaklah dianggap sebagai mengikat pada Peserta Layak dari tarikh notifikasi Pindaan atau dari tarikh lain yang boleh dinyatakan oleh CIMB dalam notifikasi.

55. Terma-terma dan Syarat-syarat ini (seperti yang sama boleh diubah dari masa ke semasa berdasarkan kepada Klausa 55) harus dibaca bersama dengan Terma-terma dan Syarat-syarat dalam perjanjian kad dan/atau akaun CIMB dan/atau produk berkenaan yang sedia ada dan harus mengatasi apa-apa ketidaksejajaran terma-terma, syarat-syarat, peruntukan-peruntukan atau representasi-representasi di dalam mana-mana material promosi yang mengiklankan Kempen.

56. Tiada apa-apa dalam Terma dan Syarat ini hendaklah dianggap sebagai suatu representasi bahawa pengilang/pereka produk yang akan diberikan di dalam Kempen ini telah mengendors Terma-terma dan Syarat-syarat ini atau produk CIMB.

57. Sekiranya terdapat sebarang ketidaksejajaran, percanggahan, kesamaran atau kepincangan di antara versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris atau versi bahasa lain Terma-terma dan Syarat-syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai. Walau apa pun yang dinyatakan di atas, di mana permintaan dibuat oleh Peserta Layak dan dicatatkan dan diakui oleh CIMB dalam rekodnya bahawa versi Bahasa

18

Malaysia untuk terma-terma dan syarat-syarat ini harus mengawal operasi Kempen, versi Bahasa Malaysia untuk Terma-terma dan Syarat-syarat ini akan digunapakai.

58. Untuk maklum balas dan/atau aduan berkenaan Kempen, Peserta Layak boleh menghubungi Unit Resolusi Pelanggan CIMB Bank yang mempunyai alamat, nombor telefon dan faksimili berikut (atau mempunyai alamat, nombor telefon dan faksimili lain di mana CIMB Bank boleh menukar dengan memberikan notifikasi kepada Peserta Layak): Bahagian Resolusi Pelanggan, Tingkat 19, Menara Bumiputra-Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tel: 1 300 800 900 / Faks: 603 2691 3248/ [email protected].