Kempen Tanpa Plastik Beg

10
MEMETIK artikel bertajuk 'Hari tanpa beg plastik' daripada laman sesawang pmr.penerangan. gov.my, Kempen Hari Tanpa Beg Plastik yang dijalankan Kerajaan Selangor, bertujuan menyemai semangat sayangkan bumi ini mampu dijadikan tabiat harian yang tidak hanya berlaku pada setiap Sabtu bagi penduduk di Selangor. Kempen ini memberi impak kepada alam sekitar bukan sahaja untuk masa sekarang, malah untuk masa depan buat generasi akan datang. Hari Tanpa Beg Plastik setakat ini hanya disertai dan disokong organisasi dan pasar raya besar seperti Giant, Tesco, SpeedMart, dan 7-Eleven. Lebih kurang 500 bilion ke 1 trilion beg plastik digunakan serata dunia. Ini bermaksud lebih sejuta beg plastik dalam seminit. Dan berbilion-bilion beg ini akan menjadi sampah. Apa yang membimbangkan tentang plastik? Plastik diperbuat daripada sumber bahan yang amat berharga iaitu minyak. Lebih banyak plastik digunakan hari ini, berkuranglah bekalan minyak pada masa hadapan. Ketika beg plastik dihasilkan, satu bahan karsinogen, benzen, dihasilkan. Beg plastik tidak dapat lupus daripada muka bumi. Jika berlaku pengurangan beg plastik hari ini, masih terdapat banyak lagi beg plastik yang sudah sedia terkumpul. Beg plastik sukar dihapuskan. Sekiranya dibakar, ia membebaskan karsinogen, satu bahan penyebab kanser. Sekiranya ditanam, bahan toksin di dalamnya boleh memasuki sumber air minum kita. Binatang yang menyangka beg plastik makanan boleh mati apabila termakan beg plastik tersebut. Selain itu beg plastik juga menyebabkan, berlaku peresapan air yang menyebabkan banjir, dan merosakkan kesuburan tanah. Beg plastik tergolong 'barang sekali pakai' sehingga memperbanyak sampah. Kalau berbelanja bulanan di pusat membeli-belah, sekali belanja kebiasaannya akan memakai paling tidak empat beg plastik dalam berbagai ukuran. Jakarta menghasilkan sekitar 6,000 tan sampah setiap hari, yang lebih dari setengahnya adalah sampah non-organik terutama plastik dan kertas. Untuk menghasilkan beg plastik, setiap tahun diperlukan 12 juta tong minyak. Jika menggunakan beg yang boleh digunakan semula, sebanyak enam beg plastik dapat dijimatkan. Jika seorang daripada lima orang di Malaysia mengamalkan tabiat ini, dapat mengurangkan sebanyak 110,822,400,000 beg sepanjang umur. Beberapa buah negara telah mengharamkan penggunaan beg plastik. Contohnya negara China telah mengharamkan pemberian beg plastik percuma. Ekoran daripada itu, China akan menjimatkan 37 juta tong minyak Apa kata pengguna Guna beg plastik tidak elok untuk alam sekitar, tetapi melihat kepada corak pengguna Malaysia kini masih ramai yang guna beg plastik ketika membeli belah. Malah, ada menganggap tidak mengapa bayar 20 sen untuk sekeping beg plastik. Ada yang kata tidak kisah, ada yang kata bagus sebab mendidik cinta alam sekitar, ada pula yang tidak berapa berkenan. Melihatkan hal ini, adakah kempen Hari Tanpa Plastik menyusahkan atau sebaliknya? Apa kata pengguna... "Saya rasa kempen sebegini amat tepat untuk mengurangkan pencemaran. Setiap Sabtu memang saya bawa beg kitar semula, kerana pasar raya akan mengenakan caj untuk beg plastik. Kebiasaannya saya mengingatkan ahli keluarga agar membawa beg kanvas, jika mahu membeli belah barangan keperluan harian." - Nur Nazirah Khairudin, 19, pelajar Saya sering membeli barang basah untuk berniaga, kadang kala ia menyukarkan kerana barang seperti ikan, udang, ayam dan kerang berbau. Terpaksa saya membayar caj plastik jika membeli pada Sabtu. Tetapi mengenai kempen ini saya berpendapat ia dapat

description

kempen

Transcript of Kempen Tanpa Plastik Beg

Page 1: Kempen Tanpa Plastik Beg

MEMETIK artikel bertajuk 'Hari tanpa beg plastik' daripada laman sesawang pmr.penerangan. gov.my, Kempen Hari Tanpa Beg Plastik yang dijalankan Kerajaan Selangor, bertujuan menyemai semangat sayangkan bumi ini mampu dijadikan tabiat harian yang tidak hanya berlaku pada setiap Sabtu bagi penduduk di Selangor.

Kempen ini memberi impak kepada alam sekitar bukan sahaja untuk masa sekarang, malah untuk masa depan buat generasi akan datang. Hari Tanpa Beg Plastik setakat ini hanya disertai dan disokong organisasi dan pasar raya besar seperti Giant, Tesco, SpeedMart, dan 7-Eleven.

Lebih kurang 500 bilion ke 1 trilion beg plastik digunakan serata dunia. Ini bermaksud lebih sejuta beg plastik dalam seminit. Dan berbilion-bilion beg ini akan menjadi sampah.

Apa yang membimbangkan tentang plastik? Plastik diperbuat daripada sumber bahan yang amat berharga iaitu minyak.

Lebih banyak plastik digunakan hari ini, berkuranglah bekalan minyak pada masa hadapan.

Ketika beg plastik dihasilkan, satu bahan karsinogen, benzen, dihasilkan. Beg plastik tidak dapat lupus daripada muka bumi. Jika berlaku pengurangan beg plastik hari ini, masih terdapat banyak lagi beg plastik yang sudah sedia terkumpul.

Beg plastik sukar dihapuskan. Sekiranya dibakar, ia membebaskan karsinogen, satu bahan penyebab kanser. Sekiranya ditanam, bahan toksin di dalamnya boleh memasuki sumber air minum kita. Binatang yang menyangka beg plastik makanan boleh mati apabila termakan beg plastik tersebut.

Selain itu beg plastik juga menyebabkan, berlaku peresapan air yang menyebabkan banjir, dan merosakkan kesuburan tanah.

Beg plastik tergolong 'barang sekali pakai' sehingga memperbanyak sampah. Kalau berbelanja bulanan di pusat membeli-belah, sekali belanja kebiasaannya akan memakai paling tidak empat beg plastik dalam berbagai ukuran.

Jakarta menghasilkan sekitar 6,000 tan sampah setiap hari, yang lebih dari setengahnya adalah sampah non-organik terutama plastik dan kertas.

Untuk menghasilkan beg plastik, setiap tahun diperlukan 12 juta tong minyak. Jika menggunakan beg yang boleh digunakan semula, sebanyak enam beg plastik dapat dijimatkan.

Jika seorang daripada lima orang di Malaysia mengamalkan tabiat ini, dapat mengurangkan sebanyak 110,822,400,000 beg sepanjang umur.

Beberapa buah negara telah mengharamkan penggunaan beg plastik. Contohnya negara China telah mengharamkan pemberian beg plastik percuma. Ekoran daripada itu, China akan menjimatkan 37 juta tong minyak 

Apa kata pengguna

Guna beg plastik tidak elok untuk alam sekitar, tetapi melihat kepada corak pengguna Malaysia kini masih ramai yang guna beg plastik ketika membeli belah. Malah, ada menganggap tidak mengapa bayar 20 sen untuk sekeping beg plastik. Ada yang kata tidak kisah, ada yang kata bagus sebab mendidik cinta alam sekitar, ada pula yang tidak berapa berkenan. Melihatkan hal ini, adakah kempen Hari Tanpa Plastik menyusahkan atau sebaliknya? Apa kata pengguna...

"Saya rasa kempen sebegini amat tepat untuk mengurangkan pencemaran. Setiap Sabtu memang saya bawa beg kitar semula, kerana pasar raya akan mengenakan caj untuk beg plastik. Kebiasaannya saya mengingatkan ahli keluarga agar membawa beg kanvas, jika mahu membeli belah barangan keperluan harian." - Nur Nazirah Khairudin, 19, pelajar

“Saya sering membeli barang basah untuk berniaga, kadang kala ia menyukarkan kerana barang

Page 2: Kempen Tanpa Plastik Beg

seperti ikan, udang, ayam dan kerang berbau. Terpaksa saya membayar caj plastik jika membeli pada Sabtu. Tetapi mengenai kempen ini saya berpendapat ia dapat mengurangkan penggunaan plastik."  - Zalina Hashim, 40, peniaga.

“Kita kena fikir generasi akan datang supaya bumi tidak dipenuhi sampah sarap. Penggunaan plastik di negara kita sangat membimbangkan kerana di setiap kawasan dipenuhi bahan buangan ini. Bagi menyokong kempen hijau, saya akan memastikan beg hijau sentiasa dibawa jika ke pasar raya." - Mohd Khairi Othman, 30, pekerja swasta. 

"Bila membeli-belah tanpa beg plastik tidak susah jika telah jadi amalan. Saya selalu membawa beg kitar semula sendiri apabila membeli belah, Tidak kira pada Sabtu atau tidak, saya memang siap sedia membawanya. Lagipun ia untuk menjaga alam sekitar juga." - Lim Sok Ha, 62, suri rumah. 

"Agak menyusahkan pengguna, kerana bukan semua pengguna ingat yang setiap Sabtu adalah Hari Tanpa Plastik. Seperti saya, saya ada beg kitar semula tetapi tertinggal di dalam kereta kerana tidak ingat. Nak tak nak, saya bayar 20 sen untuk beg plastik. Saya rasa caj tu agak patut, walaupun nilainya kecil. Beg plastik tidak cemar alam sekitar jika buang di tempat betul." -  K Saras, 40, pekerja swasta.

"Caj 20 sen bagi saya tiada masalah. Apa yang penting usaha ini dapat bantu menjaga alam sekitar. Mula-mula memanglah sukar, tapi bila dah jadi amalan tidak jadi masalah. bawalah beg sendiri bila membeli belah setiap Sabtu." - Ruyani Bidon, 55, peniaga.

"Ramai pengguna lupa bawa beg sendiri bila membeli-belah setiap Sabtu. Agaknya kerana kempen ini hanya sekali dalam seminggu. Saya berpendapat jika dijadikan amalan seharian pengguna Malaysia ia bukan lagi pelik. Jika pakai beg kertas pun apa salahnya, dahulu sebelum ada beg plastik, membeli barang pun bungkus dalam kertas sahaja." - Faridah Salleh, 56, suri rumah.

"Jangan fikirkan tentang caj yang dikenakan, tetapi skop lebih besar adalah mendidik pengguna supaya kurangkan penggunaan beg plastik. Bagi saya kempen Hari Tanpa Plastik adalah permulaan yang baik untuk mendidik warga Malaysia cintai alam sekitar." - Adlin Samsudin, 33, kakitangan semi-kerajaan.

"Agak menyusahkan pengguna, kerana jika membeli barang banyak nak tak nak, nak pakai beg plastik dan caj yang dikenakan bayar sahajalah. Memanglah tiada beban caj 20 sen tetapi menyusahkan jugalah." - Mohd Fayyaz Farouk, 40, kakitangan kerajaan 

Page 3: Kempen Tanpa Plastik Beg

Hari Tanpa Beg Plastik adalah satu kempen yang telah dimulakan oleh kerajaan Selangor bermula awal tahun ini dan perlaksanaannya mula dapat dilihat. Kempen Hari Tanpa Beg Plastik yang bertujuan menyemai semangat sayangkan bumi ini mampu dijadikan sebagai tabiat harian dan bukan sahaja untuk hari Sabtu bagi penduduk di Selangor.

Kempen ini memberi impak kepada alam sekitar bukan sahaja untuk masa sekarang, malah untuk masa depan buat anak cucu kita. Kalau kita ke  Speed Mart 99 atau mana-mana, walaupun hari itu bukan hari Sabtu, satu notis di kaunter pembayaran mengenai kempen ini. Di sini  kita boleh lihat betapa kerajaan sedar dan peka terhadap permasalahan ini dan mula mengambil tindakan sewajarnya.

Hari Tanpa Beg Plastik untuk setakat ini hanyalah disertai dan disokong oleh organisasi-organisasi dan pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Tesco, SpeedMart, 7-Eleven dan sebagainya.

Lebih kurang 500 billion ke 1 trilion beg plastik digunakan serata dunia. Ini bermaksud lebih dari sejuta beg plastik dalam seminit. Dan berbilion-billion beg ini akan menjadi sampah.

Apakah yang membimbangkan tentang plastik? Plastik merupakan bahan yang diperbuat dan sebuah sumber yang amat berharga - minyak. Lebih banyak plastik kita gunakan hari ini, berkuranglah bekalan minyak kita pada masa hadapan.

Sewaktu beg plastik dihasilkan, satu bahan karsinogen, benzen, dihasilkan. Beg plastik tidak dapat lupus dari muka bumi. Kalau pun kita mengurangkan penggunaan beg-beg plastik dan sekarang, masih terdapat banyak lagi beg plastik yang sudah sedia terkumpul.

Beg plastik sukar dihapuskan. Sekiranya dibakar, ia membebaskan karsinogen, satu bahan penyebab kanser. Sekiranya ditanam, bahan toksin di dalamnya boleh memasuki sumber air minum kita. Binatang yang menyangka beg plastik makanan boleh mati apabila makan beg plastik tersebut. Selain itu beg plastik juga menyebabkan, berlaku peresapan air yang  menyebabkan banjir, dan merosakkan  kesuburan tanah.

Beg plastik tergolong “barang sekali pakai” sehingga memperbanyak sampah. Kalau kita belanja bulanan di pusat membeli-belah, sekali belanja kita akan memakai paling tidak 4 beg plastik dalam berbagai ukuran. Jakarta menghasilkan sekitar 6 000 ton sampah setiap hari, yang lebih dari setengahnya adalah sampah non-organik terutama plastik dan kertas.

Dari segi ekonomi, mengitar semula beg plastik tidak mendatangkan untung, kos mengitar semula satu tan beg plastik adalah $4000 dan hasilnya hanya boleh mendapat $32 dalam pasaran komoditi.

Untuk menghasilkan beg  plastik, setiap tahun diperlukan 12 juta barrel minyak ditambah lagi sekarang terjadi krisis minyak yang mengakibatkan melambung nya harga BBM.

Page 4: Kempen Tanpa Plastik Beg

Pengurangan beg plastik akan mengurangkan pergantungan terhadap minyak dari negara asing. Jika kita menggunakan beg yang boleh digunakan semula, sebaknya 6 beg plastik dapat dijimatkan.

Jika hanya 1 daripada 5 orang di Malaysia mengamalkan tabiat ini, kita dapat mengurangkan sebanyak 110,822,400,000 beg sepanjang umur.

Beberapa buah negara telah mengharamkan penggunaan beg plastik. Contohnya negara China  telah mengharamkan pemberian beg plastik percuma. Ekoran daripada itu, negara China akan menjimatkan 37 juta tong minyak.Sumber Maklumat:  Kerajaan Negeri Selangor

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah melancarkan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” di peringkat kebangsaan.Semua pasar raya besar, pasar raya dan stesen minyak  tidak akan memberi beg plastik secara percuma pada setiap hari Sabtu.

Dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan kegunaan beg plastik, orang ramai perlu membayar 20 sen bagi setiap beg plastik apabila mereka membeli belah pada hari Sabtu di pasar raya besar, pasar raya dan stesen minyak Petronas.

Jumlah wang yang dikutip daripada penjualan beg plastik ini akan disalur kepada dana untuk kebaikan alam sekitar dan komuniti.Walau bagaimanapun, penduduk di Pulau Pinang perlu membayar 20 sen untuk setiap beg plastik setiap hari apabila dasar“Hari Tanpa Beg Plastik” Kerajaan Pulau Pinang dilaksanakan bermula pada 1 Januari 2011

Semua pasar raya besar, pasar raya, farmasi, restoran makanan segera, restoran nasi kandar serta stesen minyak perlu melaksanakan kempen “Tiap-tiap Hari Mengurangkan Beg Plastik”. 

Dasar hari tanpa beg plastik percuma dapat mendorong orang ramai memikir tentang alam sekitar apabila mereka membeli belah.

Secara purata, setiap orang menggunakan 8 beg plastik setiap minggu. Kebanyakan beg plastik ini tidak digunakan semula. Jika beg plastik dibuang, ia memerlukan 500 tahun untuk diuraikan. Ini merupakan satu beban kepada bumi.

Menurut kajian, penduduk Malaysia memboroskan sebanyak 163 bilion bahan yang dapat dikitar semula dalam masa dua tahun. Jika semua bahan ini diguna atau dikitar semula, ia membawa manfaat yang besar kepada penduduk dan alam sekitar di Malaysia.

Di samping itu, kerajaan Pulau Pinang juga melaksanakan kempen tanpa polistrena di semua pusat penjaja kerajaan tempatan. 

Plastik dan polistrena merupakan bahan yang tidak dapat berurai secara semula jadi. Jadi pengurangan kegunaan polistrena merupakan satu cara yang dapat menjaga alam sekitar.

Page 5: Kempen Tanpa Plastik Beg

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, beg plastik ialah suatu keperluan semasa membeli belah.

Justeru itu permintaan beg plastik memang tinggi dalam kalangan pengguna dengan purata penggunaan lapan beg plastik seminggu seorang individu, namun apa yang membimbangkan ialah kegunaan beg plastik yang terlampau akan memberi kesan buruk terhadap alam sekitar.

Menurut pakar, beg plastik memerlukan 100 hingga 500 tahun untuk dilupuskan sepenuhnya dan sekiranya ditanam atau dibakar pula akan mengeluarkan gas karbon dioksida yang boleh meningkatkan kadar pemanasan suhu bumi.

Dianggarkan setiap rakyat Malaysia menghasilkan 19,000 tan sisa pepejal setiap tahun dan 24 peratus daripada jumlah itu ialah plastik.

GALAKKAN TEKNOLOGI HIJAU

Pelbagai usaha dilakukan kerajaan dalam memelihara alam sekitar, yang antaranya membangunkan teknologi hijau seperti yang dinyatakan dalam pembentangan bajet 2010.

Aktiviti kesedaran seperti menghijaukan persekitaran dan amalan hidup mesra alam menjadi aktiviti utama di samping menjadikan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai Bandar Teknologi Hijau.

Atas kesedaran akan pentingnya menjaga alam sekitar, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melancarkan Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik dan Hari Tanpa Beg Plastik.

Bermula 1 Jan lepas, beg plastik tidak lagi dibekalkan secara percuma kepada pengguna di semua pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka dan premis perniagaan terpilih di seluruh negara pada setiap Sabtu.

Untuk mereka yang masih mahukan beg plastik, akan dikenakan bayaran 20 sen setiap satu.

SEJARAH HARI TANPA BEG PLASTIK

Kempen "tanpa beg plastik" walaupun masih baru di Malaysia, bukanlah sesuatu yang asing, malah sudah dijalankan sejak tahun 2002.

Contohnya, Ireland mengenakan cukai terhadap penggunaan beg plastik sejak tahun 2002 dan ia menunjukkan kesan yang baik apabila berjaya mengurangkan penggunaan plastik sebanyak 90 peratus.

Di Amerika Syarikat, San Francisco juga mengambil langkah yang sama manakala Los Angeles pada 1 Julai lepas mengharamkan penggunaan beg plastik dan mengenakan bayaran 25 sen untuk beg kertas bagi menggalakkan pengguna membawa beg sendiri ketika membeli-belah.

Di Malaysia, Pulau Pinang ialah negeri pertama yang melaksanakan kempen Hari Tanpa Beg Plastik pada 6 Julai 2009 di pasar raya hingga dapat menjimatkan lebih 1 juta beg plastik dalam masa empat bulan.

Page 6: Kempen Tanpa Plastik Beg

Program ini kemudian dilanjutkan ke tiga hari seminggu iaitu setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu mulai 1 Jan 2010 dan pada tahun ini, Pulau Pinang mengorak langkah dengan memperkenal kempen 'Setiap Hari Tanpa Beg Plastik Percuma'.

Di sekitar Lembah Klang dan Selangor kebanyakan pasar raya besar seperti Tesco, Carrefour, Giant dan pasar mini seperti Speedmart, Seven Eleven dan beberapa premis perniagaan lain menyokong kempen ini dengan tidak menyediakan beg plastik kepada pengguna pada hari Sabtu.

Sekiranya pengguna masih mahu menggunakan beg plastik, mereka akan dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik yang digunakan dan wang itu akan disalurkan kepada badan kebajikan atau untuk program kepenggunaan dan pemuliharaan alam sekitar.

ALTERNATIF BEG PLASTIK

Usaha dan komitmen yang diberikan semua pihak dalam menjayakan kempen ini perlu diambil kira sebagai permulaan yang baik ke arah memartabatkan kepentingan alam.

Justeru, penggunaan beg yang mesra alam atau alternatif lain perlu dilaksanakan dalam usaha mengurangkan penggunaan beg plastik.

Setiausaha Agung Persatuan Penyelidikan dan Pengurusan Alam Sekitar Malaysia (ENSEARCH), Geetha P. Kumaran berkata dalam usaha mengurangkan penggunaan beg plastik, peruncit atau peniaga perlu beralih kepada penggunaan plastik yang mudah diurai.

"Langkah menukarkan penggunaan beg plastik kepada beg kertas tidak sesuai kerana kosnya yang tinggi. Beg kain adalah penyelesaiannya", katanya melalui e-mel kepada Bernama.

Menurut Geetha, penyelesaian yang lebih baik mungkin boleh dilakukan melalui inovasi dan teknologi hijau.

INISIATIF YANG BAIK

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, seramai 128 daripada 170 responden bersetuju dan menyokong kempen berkenaan kerana dianggap langkah bijak dalam memelihara alam sekitar.

"Sebagai pengguna kita seharusnya sedar tentang pentingnya menjaga kesejahteraan alam sekitar dan biasakan diri dengan membawa beg mesra alam dan hanya gunakan beg plastik jika betul-betul memerlukan. Pengguna juga tidak perlu meminta beg plastik jika hanya membeli barang dalam kuantiti yang sedikit", kata Nurul Aini Abdullah, seorang pengguna yang ditemui baru-baru ini.

Seorang jurujual, Jojo, berpendapat pengguna perlu dididik tentang amalan kitar semula kerana ia dapat menyelamatkan alam daripada pencemaran.

Mengenai langkah kerajaan mengenakan bayaran 20 sen untuk setiap beg plastik, kebanyakan pengguna yang ditemui bersetuju dengan langkah itu kerana sekurang-kurangnya sebagai peringatan agar membawa beg sendiri semasa membeli-belah.

Page 7: Kempen Tanpa Plastik Beg

Geetha juga berpendapat bayaran 20 sen untuk setiap beg plastik perlu dikekalkan kerana kenaikan harga makanan dan beberapa barang keperluan.

Namun tidak semua pengguna bersetuju dengan langkah yang diambil oleh kerajaan kerana berpendapat ia menyusahkan pengguna.

Megat, seorang peniaga, berkata dia tidak menyokong langkah ini kerana pengguna bakal mengalami kesulitan sekiranya beg plastik tidak dibenarkan terutama ketika pengguna membeli makanan.

"Beg kertas boleh digunakan namun kurang sesuai kerana sifatnya yang tidak tahan lasak berbanding beg plastik. Lagipun kos beg kertas yang mahal menjadi faktor peniaga lebih suka menggunakan beg plastik", katanya.

"Faktor lain yang menyebabkan kempen ini kurang dipersetujui ialah peraturan sesetengah pasar raya yang tidak membenarkan beg dibawa masuk untuk mencegah kecurian dan ini punca segelintir pengguna malas membawa beg sendiri," kata seorang pengguna yang hanya mahu dikenali sebagai Kamaruddin.

TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Pengguna yang ditemui, rata-rata berpendapat bagi memastikan keberkesanan kempen ini, kerajaan harus memastikan ia dijalankan secara berterusan.

Selain publisiti media, pihak yang bertanggungjawab perlu berganding bahu dengan badan-badan NGO untuk menyebarkan maklumat mengenai kempen ini secara meluas terutama di kawasan luar bandar.

Selain itu, pihak pengurusan di gedung membeli-belah juga perlu lebih tegas dan memberi sokongan padu terhadap kempen ini.

Pelbagai alternatif yang lebih berkesan juga perlu difikirkan agar kempen ini mencapai matlamat.

Jadi sekiranya anda ditawarkan beg plastik dengan harga 20 sen selepas ini, jangan ragu-ragu untuk menolak. Jadikan amalan membawa beg kitar semula jika anda pergi berbelanja.

Page 8: Kempen Tanpa Plastik Beg

AKTA YANG TIDAK INGIN DIKETAHUI MENGENAI BEG PLASTIK DARI KEDAI MEMBELI BELAH

Renungilah fakta yang mengejutkan mengenai  beg plastik dari kedai membeli belah:

    Beg Plastic diperbuat dari polietilena. Polietilena adalah produk hasil dari petroleum.

    Lebih kurang 60 - 100 juta tong petroleum digunakan untuk menghasilkan beg plastik setahun untuk seluruh

dunia.

    Penghasilan dan pengeluaran beg plastik menyumbang kepada pencemaran udara dan kadar pengunaan

tenaga.

    Pengeluar beg plastic menambahkan lagi pengeluaran karbon yang bertan-tan diudara setiap tahun.

    Di United Kingdom, pengharaman beg plastic adalah bersamaan dengan mengurangkan 18,000 kenderaan

di atas jalan.

    Sebanyak 500 juta ke 5 trilion beg plastic dihasilkan dan digunakan setiap tahun diseluruh dunia.

    Hanya 1%  dari trillion yang dihasilkan itu dikitar semula.

    Kebanyakan beg plastik polietilena mengambil selama 400 tahun untuk dibiodegradasikan.  Sesetengah dari

itu boleh mengambil masa selama 1000 tahun untuk diuraikan.

    Apabila polietilena diuraikan, bahan toksik akan larut dan resap ke dalam tanah dan seterusnya ke rantai

makanan kita.

     Beg plastik adalah penyumbat tanah timbunan kita.  Beg-beg ini menyekat jalanan pengairan, merosakkan landskap dan akan sentiasa mencemarkan tanah dan air kita.

    Beg plastic juga memberi kesan yang padah kepada burung – burung dan mamalia marin yang

menyangkakan beg tersebut adalah makanan. Setiap tahun, 100,000 penyu laut dan haiwan marin yang lain mati kerana beg plastik.

WIDGET MENGENAI ALTERNATIF KEPADA BEG PLASTIK

Beg Boleh Digunakan Semula

Banyak kedai-kedai runcit yang menjual beg boleh digunakan semula dengan harga yang murah. Jika ia disimpan rapi, ia jauh lebih tahan lama berbanding beg plastik.

Kotak Boleh Dilipat

Kotak-kotak seperti ini boleh dilipat rata apabila ia tidak digunakan

Kotak Kadbod

Sesetengah kedai sering memberi pelanggan kotak-kotak pakej pembelian barang.

Page 9: Kempen Tanpa Plastik Beg

Beg Membeli Belah Beroda

Ada yang diperbuat daripada nilon, logam atau bahan-bahan lain dan mempunyai roda di bahagian dasarnya. Faedah penggunaan beg seperti ini adalah ia boleh berdiri dengan sendirinya sambil anda membeli-belah, dan anda tidak perlu mengangkat beban yang berat kerana anda boleh menariknya.

Bakul

Suatu alternatif yang kelihatan menarik dan kreatif adalah penggunaan bakul rotan. Bakul rotan yang dibuat dengan baik cukup tegap untuk mengangkat beban yang berat.

Beg Galas

Sesetengah orang menggunakan beg galas sebagai satu alternatif beg plastik. Beg galas amat mudah digunakan, terutamanya jika anda menggunakan pengangkutan awam atau menunggang sebuah motosikal ke kedai.

Beg Organik

Ia sedikit mahal berbanding beg boleh diguna semula, ini kerana beg seperti ini dihasilkan daripada bahan-bahan organik seperti kapas, yang biodegradable.

Beg Dikitar Semula

Anda boleh membeli beg dikitar semula, yang sering kali diperbuat daripada beg-beg plastik lama. Ia boleh dilipat menjadi kantung kecil yang mudah dibawa ke mana-mana.