KEMPENTINGAN PORTAL MAYA.doc

24
“PORTAL MAYA SEBAGAI PELENGKAP KEPADA PROSES PEMGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG MERUPAKAN TREND PENDIDIKAN TERKINI DAN SEHARUSNYA DIMANFAATKAN OLEH SEMUA PIHAK”. BINCANGKAN KEPENTINGAN PORTAL MAYA DALAM PERKEMBANGAN ORGANISASI ANDA. PENGGUNAAN PORTAL MAYA SEBAGAI PELENGKAP KEPADA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) 1.0 PENDAHULUAN Pada zaman teknologi maklumat kini perkembangan pendidikan bergerak pantas seiring dengan era globalisasi. Ledakan dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menyebabkan wujudnya pelbagai portal yang dihasilkan oleh banyak pihak yang dapat dimanfaatkan oleh warga pendidikan dan pelajar. Kertas kerja ini akan membincangkan tentang kepentingan Portal Maya dalam memperkembangkan organisasi sekolah untuk membantu meningkatkan prestasi para pelajar, meningkatkan keprofesionalan guru serta meningkatkan pengurusan serta pentadbiran sekolah. Portal Maya dapat memberi manfaat kepada semua pihak sama ada para pelajar, guru, ibu bapa atau pentadbir sekolah. 1

Transcript of KEMPENTINGAN PORTAL MAYA.doc

Page 1: KEMPENTINGAN PORTAL MAYA.doc

“PORTAL MAYA SEBAGAI PELENGKAP KEPADA PROSES PEMGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG MERUPAKAN TREND PENDIDIKAN TERKINI DAN

SEHARUSNYA DIMANFAATKAN OLEH SEMUA PIHAK”. BINCANGKAN KEPENTINGAN PORTAL MAYA DALAM PERKEMBANGAN

ORGANISASI ANDA.

PENGGUNAAN PORTAL MAYA SEBAGAI PELENGKAP KEPADA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)

1.0 PENDAHULUAN

Pada zaman teknologi maklumat kini perkembangan pendidikan bergerak pantas seiring

dengan era globalisasi. Ledakan dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi

menyebabkan wujudnya pelbagai portal yang dihasilkan oleh banyak pihak yang dapat

dimanfaatkan oleh warga pendidikan dan pelajar. Kertas kerja ini akan membincangkan

tentang kepentingan Portal Maya dalam memperkembangkan organisasi sekolah untuk

membantu meningkatkan prestasi para pelajar, meningkatkan keprofesionalan guru serta

meningkatkan pengurusan serta pentadbiran sekolah.

Portal Maya dapat memberi manfaat kepada semua pihak sama ada para pelajar, guru, ibu

bapa atau pentadbir sekolah. Pengurusan sekolah seharusnya memainkan peranan untuk

menggalakkan penggunaan Portal Maya oleh semua warga sekolah supaya prestasi

sekolah dapat dikembangkan bagi memastikan sekolah berkembang menjadi sebuah

organisasi yang berkualiti. Portal atau gerbang pendidikan merupakan trend pendidikan

terkini yang seharusnya dimanfaatkan oleh semua pihak (Bahagian Teknologi

Pendidikan: 5-4).

1

Page 2: KEMPENTINGAN PORTAL MAYA.doc

Bahan-bahan yang disediakan dapat digunakan oleh para pelajar untuk menambah

maklumat serta memperkaya ilmu pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu pada semua

peringkat pengajian. Guru juga dapat manfaatkan Portal Maya dengan menjadikannya

sebagai bahan rujukan, latihan atau satu aktiviti pembelajaran kendiri. Manakala

pentadbir sekolah pula boleh mengakses laman-laman web tersebut bagi memantapkan

pengurusan sekolah agar tugasan yang dijalankan dapat dilaksanankan dengan lebih

berjaya dan berkesan.

2.0 PORTAL MAYA

Pelbagai definisi diberikan oleh para ilmuan kepada `portal’. Portal yang terdapat dalam

internet diberi definisi sebagai ‘pintu gerbang’ (Ismail Zain; 130). Manakala Dr. Tan

Chey Chee dalam bukunya Teaching and Learning with Technology mengatakan portal

sebagai; ‘Portals are special web sites intended to be a `first stop` for internet surfers.

(The word ‘portal’ means door or gate.)’(Tan Chey Chee:220)

Portal adalah pusat sehenti ‘one stop center’, di mana seseorang pelajar laman web boleh

mendapatkan maklumat khusus, contohnya tentang ekonomi, alam sekitar, pendidikan

dan perkhidmatan seperti e-mail, forum, sembang-sembang, berita, bulletin dan

sebagainya (Bahagian Teknologi Pendidikan: 5-4). Ini bermaksud apabila pengguna

internet tidak tahu di mana hendak melayari internet mereka akan memulakan ‘di

gerbang’ tersebut.

2

Page 3: KEMPENTINGAN PORTAL MAYA.doc

Portal Maya biasanya dirujuk kepada aplikasi ‘E-Pembelajaran’ dan pengajaran atau

dikenali juga dengan ‘Pembelajaran Elektronik’ yang berasaskan web. E-Pembelajaran

merupakan satu perkembangan baru dalam dunia pendidikan hasil daripada

perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Portal pendidikan atau ‘E-

Pembelajaran’ dapat membawa satu senario pembelajaran yang lebih efisyen dengan

pelbagai aspek;

i. Keluwesan pengguna : Ini bermaksud pengguna dapat mengakses

serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa

dan teknik juga dalam keadaan yang tidak formal.

ii. Kos Efektif : Bahan yang begitu banyak yang terdapat pada

pelbagai laman mampu diakses oleh pengguna tanpa menggunakan

kos yang mahal.

iii. Kandungan Terkini: bahan yang terdapat dalam internet mudah

dikemaskini dan maklumatnya adalah terkini.

iv. Perkongsian Maklumat: Setiap pengguna akan mendapat maklumat

yang sama di serata dunia.

v. Penyebaran Serentak: Penyebaran maklumat dapat dijalankan

secara serentak, Ini bermakna pengguna tidak perlu menunggu

giliran untuk mendapat maklumat atau meminjam sesuatu bahan

sepertimana yang berlaku pada kaedah tradisional.

vi. Intraktif: Bahan yang bersifat intraktif mampu memberi maklumat

serta memudahkan mendapat maklum balas. (Ismail Zain: 129)

3

Page 4: KEMPENTINGAN PORTAL MAYA.doc

Portal pendidikan menyediakan pelbagai bentuk kandungan di alam maya seperti bahan

pengajaran, latihan, rancangan mengajar, berita terkini, masej, forum dan e-mail. Laman

tersebut boleh diakses oleh palajar, guru dan ibu bapa. Laman-laman portal pendidikan

dibangunakan oleh agensi kerajaan atau pihak swasta, universiti atau laman

persendiarian. Antara laman portal pendidikan tempatan ialah portal pendidikan Utusan

(www.tutor.com.my), CikguNet (www.cikgu.net.my) dan MySchoolNet

(http://myschoolnet.ppk.kpm.my). Portal MySchoolNet misalnya berfokus kepada

pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan web. Bahan yang disediakan merangkumi bahan

yang bersifat intraktif dan juga tidak intraktif seperti tutoran, maklumat pendidikan, ICT,

perkongsian pintar, berita, ruangan sembang, forum dan lain-lain lagi. (Bahagian

Teknologi Pendidikan: 5-11). Di samping portal pendidikan itu terdapat juga portal

pendidikan (Educational Web Portal) dan E-pembelajaran (E-Learning). Bahan-bahan

portal Pengurusan Pengetahuan (Knowladge Management) juga berfaedah kepada para

pengguna terutama guru. Portal ini mempunyai objektif ke arah memberi kemudahan

kepada pengguna mendapat maklumat yang dapat di akses melalui enjin pencari yang

sedia ada. Maklumat tersebut juga dipautkan ke lain–lain laman yang memuatkan

pelbagai maklumat. Antara enjin pencari yang sering digunakan ialah;

Yahoo (http://www.yahoo.com)

Msn (http://www.msn.com)

Altavista ( http://altavista.com)

Excite (http://www.excite.com)

Infoseek (http://www.infoseek.com)

4

Page 5: KEMPENTINGAN PORTAL MAYA.doc

Portal pendidikan yang dibangunkan mempunyai objektif tersendiri. MyschooNet

misalnya mempunyai objektif seperti berikut:

1. Menyediakan kemudahan pembelajaran secara atas talian.

2. Meningkatkan kemahiran menggunakan internet di kalangan pelajar, guru dan

pentadbir sekolah di Malaysia; dan

3. Memperluas akses kepada maklumat dan sumber npendidikan dim kalangan

pelajar, guru dan pentadbir sekolah di Malaysia. (Bahagian Teknologi

Pendidikan;5-10)

Berdasarkan objektif di atas, para pelajar, guru dan pentadbir sememangnya boleh

memanfaatkan portal tersebut bagi meningkatkasn bidang masing-masing. Biasanya

portal pendidikan dibahagi kepada tiga kategori mengikut kumpulan sasaran; pelajar,

guru dan pentadbir.

3.0 PORTAL PEMBELAJARAN UNTUK PELAJAR

Terdapat pelbagai laman atau portal pendidikan yang boleh digunakan oleh para pelajar

untuk menambaah maklumat dan pengetahuan bagi memperkaya ilmu melalui internet.

MySchoolNet yang merupakan satu projek yang berkonsepkan pendidikan melalui

internet yang menyediakan pelbagai maklumat berkaitan pendidikan, ICT dan

pengetahuan am. Oleh itu portal pendidikan MySchoolNet yang telah dibangunkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia seharusnya dimanfaatkan oleh para pelajar.

5

Page 6: KEMPENTINGAN PORTAL MAYA.doc

Terdapat pelbagai bahan yang tersedia dalam Portal Maya khusus untuk para pelajar.

Para pelajar boleh memperkaya ilmu dan meningkatkan kefahaman pelbagai subjek

sebagai tambahan kepada apa-apa bidang yang mereka pelajari di sekolah. Pelbagai

sumber rujukan yang disediakan khusus untuk para pelajar seperti berikut;

i. Tutoran ; Mengadungi modul berintraktif yang merangkumi 3 tahap

pembalajaran, iaitu peringkat rendah, menengah rendah dan menengah

atas untuk 4 mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,

Matematik dan Sains.

ii. Belajar IT: Tutoran tentang perisian aplikasi pejabat seperti pemprosesan

perkataan dan hamparan kerja, penyunting HTML, penyunting grafik,

glosori IT, pemasagan komputer, rangkaian dan pautan kepada beberapa

tutoran pilihan dan perisian percuma di internet.

iii. Tahukah Anda: Maklumat tentang pelbagai keajaiban dan fakta berkaitan

sains, geografi, manusia dan Seni Bina.

iv. Perkongsian Pintar: Panduan dan petua dari guru siber untuk pelajar

menyiapkan sesuatu projek termasuk perkongsian maklumat antara

pelajar.

v. Forum: Ruangan untuk pelajar berkongsi dan bertukar-tukar pendapat dan

pengalaman secara atas talian sahaja.

vi. Bahan-bahan Laian: Berita, artikel, petua kemahiran belajar, bicara IT,

pautan e-pembelajaran tempatan, e-mail, akhbar dan majalah. (Bahagian

Teknologi Pendidikan: 5-11)

6

Page 7: KEMPENTINGAN PORTAL MAYA.doc

Melalui portal tersebut para pelajar dapat mengikuti laman-laman yang berkaitan subjek-

subjek sama ada peringkat UPSR, PMR atau SPM. Dalam portal pendidikan yang

dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia , para pelajar boleh mendapat

maklumat tentang dunia pendidikan melalui laman berita. Pelajar-pelajar yang lemah

dalam subjek Etems (Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) dapat mengakses

laman tersebut dan dapat pula mengulang kaji pelajaran dengan menjawab soalan-soalan

latihan yang disediakan. (Lampiran I: Portal Pendidikan Utusan) Pelajar yang lemah

dalam bahasa Inggeris dapat menggunakan laman ini bagi meningkatkan penguasaan

bahasa mereka. Pelajar-pelajar juga boleh melayari Smart Net yang dibangunkan untuk

pelajar. Bahan yang disediakan untuk pelajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua

dalam Smart Net terbukti sebagai sebuah laman web yang amat berguna bukan sahaja

sebagai alat untuk mempelajari strategi untuk berjaya dalam penulisan bahasa Inggeris

tetapi juga sebagai sumber bacaan dan aktiviti berasaskan internet. (Mohd Amin Embi:

161).

Laman komputer dan ICT juga terdapat dalam portal pendidikan. Pelajar yang belum

mahir komputer atau yang ingin mendapat maklumat lebih mendalam tentang pendidikan

komputer atau teknologi maklumat bolehlah mengakses laman ini. Pelajar-pelajar yang

mengambil Mata Pelajaran Vokasional (MPV) pula dapat memahirkan pelajaran mereka

melalui laman Mata Pelajaran Vokasional. Bagi meningkatkan semangat dan minat

pelajar terhadap pelajaran atau pembelajaran pelajar dapat mengikuti laman Motivasi

Diri. Dalam laman ini terdapat artikel yang membicarakan tentang motivasi seperti petua-

7

Page 8: KEMPENTINGAN PORTAL MAYA.doc

petua untuk mencapai kejayaan atau kecemerlangan. Laman Strategi dan Kemahiran

Belajar pula menyediakan pelbagai artikel yang dapat membantu pelajar mengatasi

pelbagai masalah pembelajaran seperti, membaca secara berkesan atau suasaan belajar

yang berkesan. Portal ini juga menyediakan Laman Web Pilihan yang merupakan laman

persendirian untuk memberi panduan kepada para pelajar mengakses laman web yang

berfaedah berkaitan dengan tajuk-tajuk atau subjek tertentu.

4.0 PORTAL PENGAJARAN UNTUK GURU

Para guru yang dikatakan kini mempunyai bebanan kerja yang banyak oleh itu mereka

perlu mendapat panduan dan bimbingan bagi memastikan mereka dapat menjalankan

tugas dengan berkesan. Guru juga perlu bijak berdepan dengan tekanan atau ‘stress’

semasa menjalankan tugas. Portal maya dapat digunakan oleh para guru untuk mendapat

maklumat tentang perkara-perkara yang berkaitan. Terdapat portal yang menyediakan

bahan yang dapat digunakan oleh guru untuk menambah idea serta pengetahuan agar

mereka dapat menjalanmakan tugas dengan cekap. Memang sudah tidak dapat dinafikan

lagi bahawa internet mempunyai potensi bertindak sabagai satu alat yang boleh

digunakan oleh guru untuk merealisasikan cara pengajaran dan pembelajaran di bilik

darjah. Sesungguhnya portal pendidikan banyak membantu para guru.

‘The internet can offers tachers a lot of resources, communication, capabalitity,

instructional activities and a wealth of ideas fo how to improve your lessons.’ Tan Chye

Chee: 211)

8

Page 9: KEMPENTINGAN PORTAL MAYA.doc

Terdapat portal Pendidikan yang diwujudkan khusus untuk kaum guru. MyschoolNet

menyediakan sumber rujukan yang dikhaskan untuk guru seperti berikut;

i. Pengajaran dan Pembelajaran: Menyediakan panduan tentang model

pengajaran dan pembelajaran seperti Kepintaran Pelbagai (Multiple

Inteligences), Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir (KBSB),

Pembelajaran Masteri (Mastery Learning, dan Kajian Tindakan.

ii. Pentaksiran: Maklumat tentang format dan contoh amalan penilaian dan

pentaksiran.

iii. Pengurusan Bilik Darjah: Memuatkan pelbagai artikel berkaitan

pengurusan bilik darjah.

vii. Belajar IT: Tutoran tentang perisian aplikasi pejabat seperti pemprosesan

perkataan dan hamparan kerja, penyunting HTML, penyunting grafik,

glosori IT, pemasagan komputer, rangkaian dan pautan kepada beberapa

tutoran pilihan dan perisian percuma di internet.

iv. Perkongsian Pintar; Memauatkan senarai pemenang Anugerah Inovasi

Kementerian Pelajaran Malaysia berserta kertas kerja projek, foto, alamat

rujukan pemenang dan sebagianya. Program kerjasama pendidikan

bertaraf antarabangsa seperti ‘Malaysian-British School Link Program’

yang melibatkan kerjasama antara sekolah di Malaysia dengan sekolah di

United Kingdom, dan projek semasa yang seumpamanya.

9

Page 10: KEMPENTINGAN PORTAL MAYA.doc

v. Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran: Sukatan Pelajaran dan

Huraian Sukatan Pelajaran semua mata pelajaran peringkat KBSR dan

KBSM.

vi. Forum: Ruangan untuk guru berkongsi dan bertukar-tukar pendapat dan

pengalaman secara atas talian sahaja.

viii. Bahan-bahan Lain: Berita, artikel, petua kemahiran belajar, bicara IT,

pautan e-pembelajaran tempatan, e-mail, akhbar dan majalah. (Bahagian

Teknologi Pendidikan: 5-11)

Portal Pendidikan Utusan (www.tutor.gov.my) mempunyai objektif untuk membantu

guru dengan menyediakan rancangan mengajar, aktiviti pembelajaran, latihan sumber

serta bank soalan bagi setiap waktu pembelajaran mengikut bulanan. (Ismail Zain:137)

Hal ini jelas menunjukan bahawa jika para guru menggunakan laman portal yang

disediakan maka tentunya mereka akan dapat melakasanakan tugas dengan lebih baik dan

berkesan. Rancangan mengajar yang disediakan memberi panduan kepada guru baru

untuk menyediakan rancangan yang mempunyai objektif pengajaran yang lebih jelas dan

dapat dicapai dalam jangka waktu tertentu. Bagi guru-guru lama mungkin dapat

menjadilan laman ini sebagai panduan untuk mewujudkan rancangan mengajar yang

terkini.

Bahan pengajaran yang terdapat dalam portal pendidikan ini pula boleh digunakan oleh

guru yang kesuntukan masa untuk menyediakan bahan pengajaran yang berkualiti. Guru-

guru Etems misalnya, dapat menggunakan bahan yang telah disediakan dalam bahasa

10

Page 11: KEMPENTINGAN PORTAL MAYA.doc

Inggeris sama ada untuk mata pelajaran Sains atau Matematik. Ini tentunya dapat

membantu guru-guru yang belum mahir menguasai bahasa Inggeris. Latihan-latihan yang

terdapat dalam laman tersebut dapat dipindah turun (download) supaya latihan intraktif

dapat digunakan dalam bilik darjah.

Para guru juga boleh memanfaatkan portal yang dibangunkan oleh Jaring iaitu CikguNet

(www.cikgu.net.my). (Lampiran: II: CikguNet) Banyak bahan dan sumber maklumat

yang dapat diperoleh untuk menambah maklumat dan pengetahuan para guru. Antara

sumber rujukan yang disediakan dalam CikguNet adalah seperti berikut:

i. Cikgu Ibank: Terdapat soalan-soalan peperiksaan untuk UPSR dan SPM

yang disediakan dan dapat diakses secara percuma.

ii. Komuniti Cikgu Net: Rungangn ini merupakan ruangan forum dan chat.

Guru-guru boleh bertukar-tukar fikiran dan idea tentang dunia keguruan

dan isu-isu yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Ruangan ini juga

menyediakan pautan ke Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian

Pendidiklan Guru dan Pusat Perkembngan Kurikulum.

iii. Berita dan Isu Pendidikan: Laman ini menyediakan berita dan isu-isu

pendidikan semasa. Para guru boleh mendapat pengetahuan terkini tentang

hal-hal pendidikan sama ada dalam negeri atau luar negera.

iv. Kementerian: Laman ini merupakan maklumat tentang Kementerian

Pelajaran Malaysia atas talian. Guru boleh mendapat maklumat tentang

status kemasukan pelajar ke IPTA, jadual waktu persekolahan dan

sebagainya.

11

Page 12: KEMPENTINGAN PORTAL MAYA.doc

Portal pendidikan yang dihuraikan di atas jika dimanfaatkan oleh para guru untuk

mendapat maklumat-maklumat penting dan terkini. Ini akan membantu guru menjalankan

tugasnya dengan lebih baik dan berkesan. Dalam kajian didapati bahawa ‘memang sudah

tidak dapat dinafikan lagi bahawa internet mempunyai potensi sebagai alat yang boleh

digunakan oleh guru untuk merealisasikan cara pengajaran dan pembelajaran dalam bilik

darjah. (Mohamad Amin Embi: 179)

5.0 PORTAL PENTADBIRAN UNTUK PEMIMPIN SEKOLAH

Pentadbiran sekolah kini semakin mencabar berikutan perubahan persekitaran sosial dan

sahasiah para pelajar. Pelajar yang dipengaruhi oleh ledakan teknologi maklumat dalam

era globalisasi ini menyebabkan tingkahlaku mereka sukar diramal. Para pelajar yang

tiada kekuatan dalaman akan mudah terpengaruh dan sering melakukan kesalahan

disiplin atau kadang-kadang terlibat dengan kes-kes jenayah. Keadaan ini memaksa

pihak pentadbir sekolah menggunakan kebijaksanaan untuk berdepan dengan masalah

tersebut. Pihak pentadbir sekolah perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan ilmu

pengurusan yang berkualiti.

Para pengetua juga dihambat oleh harapan ibu bapa dan kehendak pihak kementerian

agar dapat membentuk anak-anak didik mereka menjadi insan kamil dan berjaya.

Tanggungjawab yang semakin mencabar ini memerlukan pemimpin sekolah yang cekap

dan komited. Oleh itu pengetua atau pemimpin sekolah harus melengkapkan diri dengan

12

Page 13: KEMPENTINGAN PORTAL MAYA.doc

pengetahuan dan kemahiran kepimpinan yang tinggi. Di samping kursus-kursus dan

pengalaman yang ada, para pengetua boleh juga memanfaatkan Portal Maya untuk tujuan

tersebut. Portal pendidikan yang terdapat dalam internet seperti MySchoolNet, Portal

Pendidikan Utusan atau CikguNet mempunyai bahan-bahan yang boleh membantu para

pentadbir dan peminpin sekolah.

MyschoolNet mengandungi sumber-sumber rujukan yang dikhususkan untuk para

pentadbir sekolah iaitu:

i. Pengurusan Sekolah: Memuatkan artikel tentang pengurusan sekolah

sebagai panduan kepada pentadbir sekolah.

ii. Profesyen: Etika Perkhidmatan Pendidikan Guru, Garis Panduan,

Pekeliling Kementerian dan maklumat semasa.

iii. Pendidikn dan Teknologi: Artikel dan panduan tentang pengintergrasian

teknologi dalam pendidikan.

vii. Perkongsian Pintar: Memuatkan senarai pemenang Anugerah Inovasi

Kementerian Pelajaran Malaysia berserta kertas kerja projek, foto, alamat

rujukan pemenang dan sebagainya. Program kerjasama pendidikan

bertaraf antarabangsa seperti ‘Malaysian-British School Link Program’

yang melibatkan kerjasama antara sekolah di Malaysia dengan sekolah di

United Kingdom, dan projek semasa yang seumpamanya.

viii. Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran: Sukatan Pelajaran dan

Huraian Sukatan Pelajaran semua mata pelajaran peringkat KBSR dan

KBSM.

13

Page 14: KEMPENTINGAN PORTAL MAYA.doc

iv. Forum: Ruangan untuk para pentadbir berkongsi dan bertukar pendapat

dan pengalaman secara atas talian sahaja.

ix. Bahan-bahan Lain: Berita, artikel, petua kemahiran belajar, bicara IT,

pautan e-pembelajaran tempatan, e-mail, akhbar dan majalah. (Bahagian

Teknologi Pendidikan: 5-16)

(Lampiran III: Pengurusan)

Selain itu terdapat juga laman-laman pautan yang dapat diakses melalui MYSchoolNet,

misalnya ‘EducationNet’ yang merupakan pautan ke Kementrian Pendidikan Malaysia.

Pengguna portal ini juga dapat akses ke web Pusat Perkembang Kurikulum (PPK). Dalam

laman Kementrian Pendidikan Malaysia pengguna boleh mendapatkan pelbagai

maklumat yang berkaitan dengan kementerian. Dalam ruangan informasi, pelbagai

bahan-bahan yang dapat diakses, antaranya ialah;

i. Ucapan Menteri

ii. Perkhidmatan.

iii. Ksalender sekolah.

iv. Pekeliling

v. Penyelidikan.

vi. Penerbitan.

Perkhidmatan Program Pelajaran juga terdapat dalam laman kementerian ini termasuklah

pelajaran Pra Sekolah, Pelajaran Rendah, Pelajaran Menengah, Pengajian Pra Universiti,

Pendidikan Khas dan Pendidikan swasta.

14

Page 15: KEMPENTINGAN PORTAL MAYA.doc

Maklumat yang terdapat dalam laman web yang tersebut jika dimanfaatkan tentunya akan

dapat membantu para pentadbir meningkatkan kecekapan mereka dalam hal pengurusan

sekolah.

6.0 RUMUSAN

Berdasarkan perbincangan di atas dapatlah dirumuskan bahawa Portal Maya sepatutnya

dimanfaatkan oleh semua pihak di sekolah. Pelajar, guru dan pihak pentadbir sekolah

dapat menggunakan bahan-bahan yang disediakan dalam laman berkenaan bagi

meningkatkan kefahaman dan pengetahuan dalam bidang-bidang ilmu yang berkaitan.

Dengan mengadakan latihan yang bertubi-tubi daripada laman-laman tertentu, pelajar

boleh memahirkan diri dalam mata pelajaran tersebut. Pelajar juga akan mempunyai

semangat yang lebih dengan melayari raungan Motivsasi Diri. Mereka akan mendapat

keyakinan yang tinggi dengan mengetahui kaedah dan teknik belajar yang betul yang

disediakan. Ini akan meningkatkan prestasi akademik mereka.

Para guru pula akan lebih berkeyakinan berhadapan dengan para pelajar jika mereka

mempunyai pengetahuan yang lebih dan terkini. Guru juga akan menjadi lebih cemerlang

sekiranya mereka dapat mengawal kelas dengan menggunakan pelbagai kaedah

pengajaran yang disarankan oleh Kementrian Pendidikan Malaysia dalam laman webnya.

Pihak pentadbir sekolah juga boleh memanfaatkan bahan daripada Portal Maya yang

tersedia dalam Internet. Ismail Zain mengatakan bahawa ‘ICT boleh menjadi

15

Page 16: KEMPENTINGAN PORTAL MAYA.doc

pemudahcara yang kuat bagi pengajaran dan pembelajaran dengan sebab kebijaksanaan

untuk berjaya . (Ismail Zain: xii) Para pentadbir sekolah akan mendapat maklumat

terkini dan kaedah serta cara pengurusan yang berkualiti daripada laman-laman yang

tersedia di internet. Ini akan memberi kekuatan kepada pentadbir sekolah untuk

melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih cekap dan berjaya. Oleh itu

ditegaskan bahawa Portal Maya sebenarnya mempunyai banyak manfaat untuk para

pelajar, guru dan juga pentadbir dalam hal untuk meningkatkan perkembangan dan

kemajuan sesebuah sekolah.

16