Ken Egara An

14
KENEGARAAN (HNS 2013) NAMA NUR FASIHAH BINTI KAMIL NO.MATRIK D20141066462 TAJUK PENCEMARAN ALAM ADALAH FAKTOR UTAMA YANG MENYEBABKAN TERJADINYA BENCANA ALAM DAN BERKEMBANGNYA PENYAKIT KRONIK DALAM KEHIDUPAN MANUSIA DAN MASYARAKAT DI MALAYSIA LECTURER PROFESOR MADYA DR. KHAZIN BIN MOHD TAMRIN KUMPULAN

description

ok

Transcript of Ken Egara An

Page 1: Ken Egara An

KENEGARAAN (HNS 2013)

NAMA

NUR FASIHAH BINTI KAMIL

NO.MATRIK

D20141066462

TAJUK

PENCEMARAN ALAM ADALAH FAKTOR UTAMA YANG MENYEBABKAN TERJADINYA BENCANA ALAM DAN BERKEMBANGNYA PENYAKIT KRONIK

DALAM KEHIDUPAN MANUSIA DAN MASYARAKAT DI MALAYSIA

LECTURER

PROFESOR MADYA DR. KHAZIN BIN MOHD TAMRIN

KUMPULAN

A

Page 2: Ken Egara An

1.0 Pengenalan

Alam bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi sekitar

bermaksud di tempat atau di sekeliling. Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa

Inggeris disebut “environment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh

itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar”

adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara

khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau

abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena

yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002).

Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman

“environmentalisme“. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin

falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan

iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia. (A. Bullock & O.Stallybrass, 1997).

Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam

sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan

sesuatu organisma. Definisi ini adalah definisi yang diterima dalam pengajian Sains Alam

Sekitar yang hanya terbatas kepada fenomena fizikal sesuai dengan pandangan semesta

moden yang berteraskan kepada metode emperikal. (Mohd Nur Hakimi Razana, 2004).

Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti

bahan kimia, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan

yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber

alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kenggunaan halal alam sekitar.

Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam

Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada

secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran

mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan

buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu

keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau

kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.

1.1 Bentuk Pencemaran Alam Sekitar

Page 3: Ken Egara An

a) Pencemaran Udara

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang

mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta

benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas (Karbon

Monoksida, Nitrogen Oksida, Hidrokarbon, Ozon, Sulfur Oksida, bau-bauan) ataupun apa-

apa campuran bahan-bahan ini.

b) Pencemaran Air

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan

warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila

digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan

pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran

air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan

pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.

c) Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi (atau bunyi persekitaran) merupakan bunyi hasilan mesin haiwan atau

manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan.

2.0 Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh dikatakan antara pencemaran yang memberi impak yang

paling besar kepada alam sekitar. Disebabkan oleh pencemaran udara terjadinya fenomena

pemanasan global yang mengakibatkan berlakunya bencana alam yang mengancam bumi

kita. Pencemaran udara ini menjadi tumpuan sedunia bagi menangani dan mengambil

langkah pengawalan supaya tahap pencemaran dapat dikawal. Negara maju seperti negara

China yang bertumpukan industri perkilangan secara langsung menjejaskan kualiti udara di

negara tersebut. Isu pencemaran udara ini dititikberatkan oleh Pertubuhan Kesihatan

Sedunia (WHO) yang telah mengambil pelbagai langkah bagi menangani masalah ini.

Pencemaran udara boleh diklasifikasi kepada dua bahagian iaitu pencemaran primer

dan pencemaran sekunder. Pencemaran primer merujuk kepada pencemaran yang

dihasilkan sulfur monoksida dan karbon monoksida hasil dari pembakaran tidak lengkap

yang menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara. Kebanyakan pencemaran ini

dilepaskan melalui eksos kenderaan , industry yang melepaskan asap atau bahan pencemar

dan pembakaran arang batu yang tidak terkawal, manakala pencemaran sekunder pula

adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas–gas yang

tidak di perlukan oleh benda hidup seperti gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan

wap air akan menghasilkanasid sulfurik.

Page 4: Ken Egara An

2.1 Punca-punca pencemaran Udara

Punca-punca kepada pencemaran udara termasuk perlepasan asap dari eksos

kenderaan, asap dari industry kilang, penggunaan arang batu yang tidak terkawal, dan

pembakaran di tempat pelupusan . selain dari punca-punca di atas fenomena semulajadi

juga menyumbang kepada pencemaran ini seperti kebakaran  hutan akibat kepanasan dari

matahari dan juga kejadian letusan gunung berapi yang mampu mengeluarkan partikel,

asap, debu dengan kadar yang banyak yang menjejaskan penglihatan di sekitar tempat

kejadian berlaku.

2.2 Kesan-kesan Pencemaran Udara

Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia adalah seperti menjejaskan sistem

pernafasan manusia. Manusia sukar untuk bernafas dalam keadaan udara yang tercemar

kerana udara telah diracuni oleh bahan tercemar dan gas-gas yang tidak diperlukan. Gas-

gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah

akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk,

penyakit lelah dan fungsi paru-paru terjejas. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia

(WHO) menyatakan sebanyak 3 juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh

pencemaran udara. Ia adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah kematian yang

disebabkan kemalangan. Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan

seperti nekrosis (keguguran daun) dan pertumbuhan terbantut. Begitu juga haiwan akan

terancam akibat pencemaran udara dimana udara yang tercemar disedut dan mengambil

makanan dari tumbuhan yang tercemar.

2.3 Langkah-langkah mengatasi pencemaran udara

 Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengawal pencemaran adalah

pengasing elektrostatik. Alat ini digunakan untuk menarik dan mengasingkan partikel dari

Page 5: Ken Egara An

udara dan melekat pada dinding cerobong asap kilang. Penggunaan alat ini dapat

mengelakkan bahan tercemar daripada terbebas ke udara. Tambahan pula, wet scrubber

sejenis alat yang digunakan berdasarkan prinsip dimana satu saliran gas dihubungkan

dengan cecair supaya bahan tercemar dapat larut dalam cecair. Langkah akhir adalah

penampalan ozon dimana bahagian zon yang berlubang boleh ditampal dengan

mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, menembak

peluru zon dengan menggunakan kapal terbang mampu menampal ozon.

3.0 Pencemaran air

Air merupakan salah satu keperluan asas manusia. Namun begitu,pada masa ini,di

negara-negara membangun atau negara sedang membangun, masalah pencemaran air

masih berlaku. Masalah ini amat membimbangkan. Pencemaran air bermaksud perubahan

yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan

memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada

dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk

iaitu gas, cecair dan pepejal. Pencemaran air bukan sahaja berlaku di sungai sahaja tetapi

juga di laut , pantai dan lain-lain tempat berair.

3.1 Punca-punca pencemaran airAntara punca berlaku pencemaran air ialah kilang-kilang yang tidak

bermoral. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan

buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia

yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang

mencemarkan air sungai dan laut. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke

dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar seperti Sungai Juru yang terletak di

Seberang Perai, Pulau Pinang menunjukkan warna air di Sungai Juru berwarna hitam pekat

apabila sampai di laut.

Di samping itu, industri perlombongan juga mengakibatkan pencemaran air. Cari gali

petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian

perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila

minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, ia akan mengakibatkan air tercemar. Ini

memberi kesan negatif kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik

dan seterusnya menjejaskan sumber protein manusia. Bahan-bahan buangan radioaktif dan

ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang kepada pencemaran air. Bahan-

bahan buangan radioaktif yang terhasil dari makmal-makmal yang mengandungi sisa-sisa

toksik larut dalam air telah mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga

Page 6: Ken Egara An

menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar.

Pencemaran air boleh berlaku disebabkan pembuangan bahan sisa radioaktif seperti di Laut

Kaspian dan di perairan Hemisfera Utara.

3.2 Kesan-kesan pencemaran airKesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap

hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan yang

dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air. Hidupan laut

akan mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini.

Manusia akan mendapat penyakit kronik jika mengambil sumber protein beracun dan

meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang

dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi

masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.

 Kesan lain ialah sistem air bawah tanah tercemar . Sesetengah kilang akan

memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Apabila berlaku hujan lebat

atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah. Masalah

pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam

sistem saliran terutamanya parit dan sungai. Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini

mengalir ke dalam sistem bawah tanah, sisa-sisa ini akan menyebabkan sistem air bawah

tanah tercemar. Kedua-dua masalah tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan

dan keadaan air itu sendiri.

3.3 Langkah-langkah mengatasi pencemaran airDalam usaha mengekalkan tahap pencemaran semasa supaya tidak menjadi lebih

teruk maka langkah-langkah yang wajar perlu diambil supaya pencemaran air dapat

dikurangkan. Antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah menyediakan tangki

Page 7: Ken Egara An

takungan bawah tanah yang dirawat. Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan

domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu

menyediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi.Malah,

pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang untuk sistem perparitan di

kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan

supaya dapat dibina saluran paip khas dan air buangan dapat dikumpulkan di kolam

takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.

Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah di kawasan

perumahan dan tempat tinggal perbandaran telah menyebabkan sampah- sarap bertaburan

merata tempat. Oleh itu,tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat

pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.Pertambahn tong sampah juga

membolehkan penduduk mempunyai tempat pembuangan sampah-sarap yang cukup.

Selain itu, langkah lain yang perlu diambil ialah kempen kesedaran melalui iklan

televisyen. Iklan-iklan yang ditanyangi dalam televisyen dan disebarkan dalam radio akan

memberi konsep dan gambaran yang lebih terus dan orang ramai akan lebih mudah

memahami peranan mereka dan mula menanam sikap bertanggungjawab dalam diri

sendiri. Orang ramai juga digalakkan menyertai kempen-kempen kesedaran. Antara

kempen-kempen yang melindungi sungai dan laut ialah kempen Cintailah Sungai Kita.

Kempen Cintai Sungai Kita telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan

sungai. Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga

sungai dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya dapat mengurangkan tahap

pencemaran air ke tahap yang paling minimum.

4.0 Pencemaran BunyiPencemaran bunyi sering menjadi isu tetapi ia kurang diberi perhatian. Akhir-akhir

ini, aspek ini dibincangkan secara bersungguh-sungguh apabila paras bunyi semakin

meningkat dari hari ke hari. Pembangunan negara yang pesat menuju status negara industri

yang menyebabkan bilangan kenderaan di jalan raya meningkat merupakan antara sumber

bunyi utama di negara kita. Projek-projek pembinaan yang menggunakan banyak jentera

dan pembinaan lebih banyak lapangan terbang juga merupakan antara penyumbang lain

pencemaran bunyi. Dalam sektor pekerjaan, paras bunyi yang selamat harus dipastikan bagi

mengelak pekerja mengalami masalah pendengaran. Buat masa ini, kebanyakan sektor

industri di negara ini lebih berorientasikan buruh berbanding di negara-negara maju.

Sehubungan ini pengoperasian jentera dalam bangunan mungkin mendedahkan pekerja

Page 8: Ken Egara An

kepada risiko kerosakan pendengaran. Pengukuran bunyi juga amat penting bagi menilai

sumber, kesan dan teknologi kawalan yang sesuai. Pencemaran bunyi didefiniskan sebagai

bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya

melebihi 80 dB(A)[desibel] dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-

masing. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan

selenjar,kebisingan fluktuasi dan hentakan impuls, dan kebisingan selang-seli. Kebisingan

selenjar adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku

apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih

perlahan. Kebisingan fluktasi pula merupakan kebisingan yang terlatak antara puncak

gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar

dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB

sahaja. Contohnya kebisingan fluktasi berlaku apabila seseorang sedang berbual-bual , dan

bunyi enjin yang tidak dimatikan. Hentakan impuls merupakan bunyi yang lebih intensiti

dalam tempoh yang lebih singkat. Contohnya tembakan, ketukan atau lagaan daripada

benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan

menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian

gelombang bunyi  akan menurun dengan cepat. Akan tetapi intensiti masih menunjukkan 

tahap yang tinggi kerana bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran.

Kebisingan selang seli  berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising 

menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contohnya, ketika seseorang

sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran

tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik

intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak

disorongkan.

4.1 Punca-punca pencemaran bunyiPunca-punca berlakunya pencemaran bunyi adalah seperti pembangunan dalam

kawasan industri dimana bunyi yang bising akan dikeluarkan melalui pemprosesan material,

jentera,dan kenderaan.Aktiviti pembuatan ini secara tidak langsung akan menjejaskan

ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran

dan lain-lain atas pencemaran bunyi yang  dikeluarkan. Di kawasan petempatan pula, punca

berlakunya pencemaran bunyi  adalah proses pembinaan  yang menanamkan cerucuk-

cerucuk besi  di dalam tanah demi membinakan bangunan-bangunan yang tinggi. Selain itu

kenderaan - kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi bising yang memekakkan telinga di

kawasan penempatan dan sekitar sekolah juga punca utama yang menyumbangkan kepada

pencemaran bunyi . Contohnya pemandu kereta yang suka `hon` sesuka hati dan tidak

mematikan enjin sementara menunggu anak di sekitar sekolah .

Page 9: Ken Egara An

Aktiviti masyarakat seperti mendengar radio dan menonton program televisyen

dengan suara yang kuat juga merupakan punca berlakunya pencemaran bunyi .  Pada

sesetengah masa aktiviti masyarakat seperti mengadakan konsert semasa musim perayaan

dan tidak merendahkan bunyi pembesar suara walaupun selepas pukul 12 malam juga

merupakan pencemaran bunyi yang sering berlaku . Pencemaran bunyi dalam kehidupan moden ini sememangnya banyak membawa

kesan yang negatif  ke atas kesihatan manusia. Pencemaran bunyi yang negatif selalu

menstimulasikan mekanisme pertahanan badan manusia yang mengakibatkan rembesan

adrenalina(hormon) dan respons-respons fisiologi lain walhal ketiadaan keadaan yang

membahayakan.

4.2 Kesan-kesan pencemaran bunyiKesan pencemaran bunyi ke atas manusia dapat dibahagikan kepada  kesan fisiologi

dan kesan psikologi  . kesan fisiologi melibatkan kehilangan pendengaran dan respons

kepada keadaan cemas manakala kesan psikologi berlaku akibat pencemaran bunyi yang

mengganggu komunikasi antara manusia., mengganggu tidur dan seterusnya menjejaskan

kestabilan mental dan mengganggu proses mental, iaitu pemikiran dan pemusatan perhatian

susah dilakukan.

Kesan kesan negatif yang tersebut diatas biasanya berlaku kepada orang-orang

yang selalu terdedah kepada bunyi bising yang kuat di tempat kerja atau sekitar tempat

perumahan mereka. Contohnya pekerja-pekerja kilang dan penduduk-penduduk di sekitar

lapangan terbang yang mungkin menghadapi risiko kehilangan pendengaran mereka

dimana kehilangan pendengaran biasanya berlaku secara beransur-ansur dan tanpa

disedari oleh mereka. Di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, had maksimum yang

dibenarkan bagi kawasan Bandar yang mempunyai jumlah kepadatan penduduk yang tinggi

adalah 65 desibel (dBA) untuk waktu siang dan 60 dBA untuk waktu malam. Sesiapa yang

tidak mematuhi undang undang dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling boleh dikenakan

tindakan undang-undang sekiranya tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan .

Page 10: Ken Egara An

4.3 Langkah-langkah mengatasi pencemaran bunyiDalam pandangan saya , masalah pencemaran bunyi adalah masalah yang serius

dan tidak harus diabaikan mahupun dipandang ringan . Jabatan kerajaan yang

bertanggungjawab seperti Jabatan Alam Sekitar dan pihak sekolah harus berusaha

mengadakan kempen dan memberi imformasi kepada orang awam serta pelajar pelajar

tentang betapa seriusnya pencemaran bunyi yang sedang berlaku di Negara kita. Pihak

berkaitan juga harus berusaha meyemaikan perasaan cinta kepada alam sekitar dalam

kalangan ahli masyarakat untuk mewujudkan masyarakat yang tanpa pencemaran .

5.0 PenutupKesimpulannya, pencemaran udara yang berterusan mampu memusnahkan alam

sekitar dimana ia boleh menyebabkan bencana yang besar. Manusia kini hanya tahu untuk

mengejar keselesaan hidup akan tetapi kita bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar

supaya sumber alam boleh diwarisi untuk generasi akan datang. pencemaran air merupakan

masalah yang sangat serius dan memerlukan kerjasama semua pihak untuk menangani

masalah ini supaya kita mendapat sumber air yang bersih dan dapat hidup dalam

persekitaran yang tiada pencemaran air. Langkah-langkah yang tertentu perlu dijalankan

sepanjang tahun supaya dapat mencapai tahap yang lebih efektif. Oleh itu,semua pihak

termasuk pihak individu ataupun pihak kerajaan,kita semua perlu berusaha mengatasi

masalah ini bersama dan seterunya mencapai Wawasan 2020.Akhir kata, hargailah alam

sekitar yang memberi sumber untuk kita tidak patut kita memusnahkannya. Akhirnya ,

undang- undang yang lebih lengkap , jelas, dan tegas haruslah diwujudkan bagi megawal

masalah pencemaran alam di negara kita .

Page 11: Ken Egara An