Kenali Permainan Congkak

19
Kenali Permainan Congkak Congkak ialah permainan yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu. Congkak merupakan sejenis permainan tradisional yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Congkak adalah permainan rakyat yang sudah berkembang cukup lama di kawasan Melayu dengan sebutan yang berbeza-beza. Di Malaysia dan beberapa daerah di Kepulauan Riau dikenal dengan Congkak, di Filipina disebut sungka, di Srilanka dikenal dengan cangka, di Thailand tungkayon dan di beberapa daerah lain di Indonesia seperti di Sulawesi disebut mokaotan, maggaleceng, aggalacang and nogarata. Ada juga yang menyebutnya congklak, seperti daerah-daerah yang ada di pulau Jawa.

Transcript of Kenali Permainan Congkak

Page 1: Kenali Permainan Congkak

Kenali Permainan Congkak

 

Congkak ialah permainan yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu. Congkak

merupakan sejenis permainan tradisional yang sering dimainkan sebagai aktiviti

dalaman atau sebagai pertandingan. Congkak adalah permainan rakyat yang sudah

berkembang cukup lama di kawasan Melayu dengan  sebutan yang berbeza-beza. Di

Malaysia dan beberapa daerah di Kepulauan Riau dikenal dengan Congkak, di Filipina

disebut sungka, di Srilanka dikenal dengan cangka, di Thailand tungkayon dan di

beberapa daerah lain di Indonesia seperti di Sulawesi disebut mokaotan, maggaleceng,

aggalacang and nogarata. Ada juga yang menyebutnya congklak, seperti daerah-

daerah yang ada di pulau Jawa.

Permainan ini mudah dan dapat melatih pemain-pemainnya

membuat keputusan dengan pantas. Kecekapan mengira dan membuat andaian

Page 2: Kenali Permainan Congkak

menjadi ciri utama permainan congkak. Permainan ini dimainkan oleh kaum wanita

khasnya gadis-gadis. Alat utama permainan ini ialah papan congkak. Papan ini

diperbuat daripada kayu keras kira-kira 90 sm panjangnya. Dua baris lubang berukuran

7.0 sm panjang dan 7.0 sm dalam ditebuk di papan itu.Lubang-lubang itu dipanggil

rumah dan barisan-barisan lubang itu dipanggil kampung. Setiap baris terdiri daripada

lima, tujuh atau sembilan rumah. Setiap pemain memiliki rumah yang besar di sebelah

kirinya.Papan congkak ini diukir dengan cantik menggunakan motif-motif ukiran Melayu

tradisional.

Antara motif yang digunakan ialah awan larat dan motif daun.Permainan ini bukan

sahaja menjadi permainan untuk mengisi masa lapang tetapi dapat melatih pemain-

pemain berfikir dan mencongak dengan pantas. Pendidik-pendidik pada hari ini

menganggapnya sangat berguna untuk membantu perkembangan pemikiran kanak-

kanak. Permaianan ini digalakkan untuk digunakan sebagai alat bantuan mengajar

dalam pelajaran Matematik.

Sejarah

Congkak berasal dari  Timur Tengah, yan g  menyebar di Asia

Tenggara, terutama di kerajaan Malaka melalui dunia perdagangan. Congkak berasal

dari perkataan congak iaitu mengira dan  wujud  sejak zaman Kesultanan   Melayu

Melaka. Ini kerana kerajaan Melaka pada zaman  keagungannya terkenal  sebagai

pusat  perdagangan  utama  di rantau Asia Tengara. Permainan congkak ini terkenal

Page 3: Kenali Permainan Congkak

dan hanya dimainkan di istana dan seterusnya berkembang kepada rakyat jelata. Reka

bentuk papan congkak seperti sampan.

Melalui reka bentuk tersebut kita dapat menentukan asal usul permainan congkak.

Menurut sumber permainan congkak ini direka oleh seorang nelayan yang tidak dapat

turun ke laut pada musim tengkujuh. Ini menyebabkan dia kehilangan rezeki dan bagi

memenuhi masa lapang, beliau telah mendapat ilham membentuk papan congkak

berdasarkan sampannya. Permainan ini berkembang pada masa kesultanan Malaka

pada abad ke-15, yang dimainkan oleh keluarga istana, seperti putri-putri raja.

Dalam perkembangannya, congkak sudah mulai dikenal di daerah Tanjung Pinang

pada awal abad ke-17 sampai 18 M. Pada masa itu, congkak hanya dimainkan oleh

keluarga istana, terutama puteri-puteri raja dan bangsawan di sekitar Istana Penyengat.

Selain kerabat istana, congkak dimainkan juga oleh rakyat biasa, tetapi terbatas pada

kelompok sosial tertentu, misalnya kelompok nelayan atau kelompok petani saja.

Jadi, pada masa ini permainan congkak hanya dimainkan oleh orang-orang yang

memiliki status sosial yang sama. Setelah kekuasaan Kesultanan Riau runtuh, dan

kemudian diganti oleh kekuasaan penjajahan Belanda, secara perlahan suasana mulai

berubah. Status sosial antara keluarga istana dengan rakyat biasa mulai mencair.

Rakyat biasa mulai bermain dengan keluarga istana, terutama dengan putri-putri raja.

Salah satu permainan yang dimainkan pada waktu itu adalah congkak, sehingga

permainan ini bukan hanya milik keluarga istana atau rakyat biasa saja, tetapi juga milik

masyarakat Melayu, yang kemudian menjadi salah satu permainan rakyat Melayu.

Page 4: Kenali Permainan Congkak

       

Terdapat juga sumber yang mengatakan congkak yang dipercayai berasal daripada

dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai.

Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh

Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua

liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan. Dari Timur

Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-

pedagang Arab.

Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri

ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.Kanak-kanak di Kepulauan

Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui

perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia,

congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka.Pada zaman dahulu,

golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir

mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek

lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Congkak

begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman

web di internet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang

Page 5: Kenali Permainan Congkak

congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Terdapat juga permainan congkak

dalam talian.

Asas Permainan

Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai

kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.permainan

congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak

boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang

sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang

ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya

sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. Bermain congkak mudah sahaja.

1. Dua orang pemain akan bermain congkak dan  mereka duduk berhadapan di sisi

papan congkak.  Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak.

Pemain hanya perlu mengisi lubang-lubang rumah masing-masing di "kampung"

Page 6: Kenali Permainan Congkak

mereka dengan "buah." "Buah-buah" yang digunakan mungkin terdiri daripada kulit-kulit

siput, guli, biji-biji asam jawa ataupun getah yang telah dibersihkan.

2. Pada awal permainan kesemua lubang itu, kecuali dua lubang di hujungnya diisikan

jumlah buah yang sama banyak. Kedua-dua pemain akan memulakan permainan atau

'berjalan' serentak. Dia menjatuhkan sebiji buah ke dalam setiap rumah. Sebiji buah

diisikan ke dalam rumah besar di hujung papan congkak.Permain-pemain akan terus

"berjalan" ke kawasan lawannya. Rumah  lawannya di hujung papan congkak tidak

perlu diisikan. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain.

Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang

kosong.

3. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati.  Setiap

pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain

akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak

cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran

sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang

pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau

apabila kedua-dua pemain sudah bosan.

4. Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan

kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang

bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai

"tembak". Pemain terpaksa berhenti ketika buah terakhirnya masuk ke dalam  rumah

Page 7: Kenali Permainan Congkak

yang kosong. Lawannya akan terus "berjalan" sehingga dia juga mengalami keadaan

yang sama.

5. Pemain tadi boleh terus berjalan setelah lawannya "mati" atau buah terakhir sampai

ke lubang kosong. Sekiranya pemain berhenti di kampung sendiri dan terdapat buah di

rumah lawannya dia dikatakan melakukan "tembak' atau "tikam". Buah-buah di dalam

rumah lawannya itu boleh dirampas.

6. Dalam pusingan berikutnya pemain-pemain mungkin kehilangan rumah kerana tidak

cukup buah untuk diisikan. Lubang itu dikatakan "terbakar" dan ditutup untuk sementara

waktu. Permainan ini akan berterusan sehingga semua rumah di dalam kapung salah

seorang pemain terbakar. Kedudukan ini dinamakan jadi "abu".

7. Pemain-pemain yang cekap akan mengambil masa yang lama untuk mengalahkan

antara satu dengan yang lain. Pemain-pemain berkemampuan memulihkan rumah-

rumahnya yang "terbakar" dalam pusingan-pusingan seterusnya. Pemain-pemain boleh

mengambil buah-buah dari mana-mana rumah di dalam kampungnya. Pemain

"berjalan" mengikut putaran jam. 

Permainan Dan Peralatan

Page 8: Kenali Permainan Congkak

Congkak dimainkan oleh dua orang perempuan, berumur antara 9-35 tahun. Ada juga

anak lelaki yang memainkan permainan ini hanya sekadar suka-suka sahaja. Peralatan

yang dIperlukan dalam permainan ini adalah papan (disebut juga rumah congkak) dan

buah congkak. Papan congkak dibuat dari bahan dasar kayu, diukir sedemikian rupa

sehingga berbentuk perahu. Ukuran panjang dan lebarnya 50 x 20 cm dengan

ketebalan 8 cm.

Bahagian atas pada sisi kiri dan kanannya dibuat 14 buah lubang, setiap sisi terdiri dari

7 lubang, kemudian di hujung dan pangkal papan congkak dibuat masing-masing

sebuah lubang. Lubang yang berada pada sisi kanan dan kiri papan disebut lubang

kampung, sementara lubang yang ada di ujung dan pangkal dikenal dengan lubang

rumah atau lubang induk. Selain itu, dalam permainan congkak diperlukan juga buah

congkak yang terdiri dari batu-batu kecil sebesar kelingking, kulit remis, kulit siput atau

kucing-kucing, iaitu sejenis siput kecil yang hidup di pantai pasir. Jumlah buah congkak

49 x 2 pemain.

  Papan Congkak Berbentuk Bangau Mengyudu

Page 9: Kenali Permainan Congkak

  Congkak yang digunakan oleh kaum bangsawan di Malaysia 

 Peraturan Permainan

Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:

1.      Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan

dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan

memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari

kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

 2.     Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam

kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti,

sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak

kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika

ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.

3.     Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.

Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan

Page 10: Kenali Permainan Congkak

permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung

sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka

permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan

seterusnya hingga mati.

4.     Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran

berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada

pihak lawan.

5.     Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan

buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar.

Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan

seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.  

Proses Permainan

Permainan ini diawali dengan sut untuk menentukan siapa pemain pertama yang

memasukkan buah congkak ke dalam lubang-lubang yang ada. Sut dilakukan dengan

Page 11: Kenali Permainan Congkak

mengadu salah satu dari tiga jari tangan, ibu jari, telunjuk dan kelingking. Jika ibu jari

diadu dengan jari kelingking, yang menang adalah jari kelingking; jika jari telunjuk diadu

dengan ibu jari, yang menang adalah ibu jari; dan jika jari telunjuk diadu dengan jari

kelingking, maka yang menang adalah jari telunjuk. Selain itu, jika jari-jari yang diadu itu

sama, seperti jari kelingking dengan jari kelingking, jari telunjuk dengan telunjuk, maka

sut harus diulang.

Setelah pengundian ini selesai dengan kemenangan salah satu dari dua pemain

tersebut, maka kedua pemain memasukkan buah congkak ke dalam masing-masing

lubang, untuk satu lubang dimasukkan 7 buah congkak. Setelah itu, pemain yang

memenangkan sut mengambil 7 buah congkak di salah satu lubang kampung miliknya,

dan kemudian memasukkannya satu persatu hingga ke lubang induk dengan mengikuti

arah jarum jam. Dari lubang induk, terus ke lubang kampung hingga ke lubang induk

milik lawan.

Ketika berada di dekat lubang induk milik lawan, pemain ini tidak boleh memasukkan

buah congkak ke dalamnya, tetapi harus melangkahi ke lubang kampung berikutnya.

Apabila buah congkak di tangan berakhir di salah satu lubang kampung milik sendiri

atau lawan, permainan dilanjutkan dengan cara mengambil semua buah congkak yang

ada di dalam lubang terakhir itu, dan permainan dilakukan seperti sebelumnya.

Permainan akan dilanjutkan oleh pemain lain, bila buah congkak terakhir masuk ke

lubang kosong yang di depannya juga terdapat lubang kosong.

Tetapi, jika di depan lubang kosong tersebut ada isinya, maka disebut tembak. Artinya,

buah congkak di dalam lubang itu diambil semua, dan kemudian permainan dilanjutkan

Page 12: Kenali Permainan Congkak

oleh pemain tersebut. Bila perjalanan permainan ini tidak sampai memutar penuh, maka

permainan dilanjutkan oleh pemain berikutnya. Permainan congkak berakhir bila 7 buah

lubang kampung salah satu pemain kosong dari buah congkak, pemain yang terlebih

dulu mengosongkannya dinyatakan sebagai pemenang.

Pembuatan Congkak

Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya.

Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya,

mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.

1. Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan papan

congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak.

2. Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja yang

diperlukan dalam membuat congkak.

3. Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak

terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut.

4. Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk

dalam dua baris dan dinamakan ‘kampung’ yang mempunyai jumlah bilangan

tertentu.

5. Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai ‘rumah’.

6. Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. Ini penting

supaya tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain.

Page 13: Kenali Permainan Congkak

7. Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk

tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya.

8. Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan, perang

kemerahan, perang atau hitam.

Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pendalaman.

Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah.Congkak zaman

moden kebanyakkannya diperbuat dengan plastik keras atau kayu mampat, dan

dengan pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubahsuai menjadi mudah alih (portable),

dan boleh dibimbit untuk dibawa ke mana-mana sahaja.Buah congkak lazimnya

menggunakan biji guli, biji plastik, batu kecil, dan biji getah. Namun demikian, buah

congkak tidak mempunyai bentuk yang tetap; apa-apa sahaja yang agak bulat dan

sesuai boleh digunakan. 

Galeri Congkak

    

Page 14: Kenali Permainan Congkak