kenapa kitar semula.txt

download kenapa kitar semula.txt

If you can't read please download the document

description

kenapa kitar semula.txt kenapa kitar semula.txt kenapa kitar semula.txt kenapa kitar semula.txt

Transcript of kenapa kitar semula.txt

Kenapa Kitar Semula?- Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihatdan lebih bersihSampah boleh menjejaskan kesihatan dankeselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akanmenjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit sepertitikus dan gagak. Melalui kitar semula, kita dapatmengurangkan sampah yang dibuang danseterusnya mengawal penyakit daripada merebak.- Kitar semula untuk mengurangkan pencemaranLonggokan bahan buangan di dalam tong sampah,lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salahsatu punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalanmengitar semula dapat mengurangkan ancamanalam sekitar seperti pencemaran air bawah tanahdan udara.- Kitar semula untuk menjimatkan kosDalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebihmenjimatkan berbanding dengan usahamenyelenggara tapak pelupusan sampah atausistem yang lain. Apabila program kitar semulabertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akansemakin berkurangan. Ini seterusnya akanmemanfaatkan anda kerana caj untuk pelupusansampah akan dikurangkan.- Kitar semula untuk menjimatkan sumber kitaRamai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnyamembuang sumber yang amat bernilai. Tahukahanda Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tankertas buangan setiap bulan untuk menghasilkanproduk kertas bagi menampung permintaantempatan? Kita juga mengimport bahan baungan lainuntuk industri pengeluaran yang lain.- Kitar semula untuk menjimatkan tenagaTenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitarsemula satu tin aluminium adalah bersamaandengan tenaga yang digunakan untuk memasang TVselama 3 jam. Mengitar semula kaca menurunkansuhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkansehingga 32% tenaga yang diperlukan untukpengeluaran kaca.- Kitar semula untuk menyelamatkan hutanUntuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17pohon pokok terpaksa ditebang. Mengitar semulakertas akan mengurangkan bilangan pokok yangperlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan keranaia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigendan udara bersih.