Kenegaraan

29

Click here to load reader

Transcript of Kenegaraan

Page 1: Kenegaraan

Pengenalan

Esei ini menghuraikan konsep Demokrasi dan tahap Hak Asasi Manusia yang diamalkan di Malaysia

serta perkembangan amalan tersebut. Esei ini mencerminkan kebergantungan tahap hak asasi manusia

kepada Demokrasi di Malaysia, pandangan masyarakat tempatan dan masyarakat luar terhadap konsep

demokrasi yang diamalkan dan tahap kebebasan asasi, serta kestabilan konsep tersebut.

Isi kandungan esei

1. Takrif Demokrasi

1.1 Demokrasi berparlimen Malaysia

1.1.1 Pilihanraya Umum

1.1.2 Parti-parti Politik

1.1.3 Doktrin Pengasingan Kuasa

1.2 Sejarah Malaysia

1.3 Amalan Demokrasi Berparlimen Di Malaysia

1.4 Isu-isu Pelaksanaan

2. Hak Asasi Manusia

2.1 Perkembangan Kebebasan Asasi Malaysia

2.2 Akta-Akta yang Bertentangan Dengan Kebebasan Asasi

2.3 Perjuangan Mempertahankan Hak Asasi Manusia

2.4 Tindakan Luar Negara Terhadap Tahap Kebebasan Asasi Tempatan

2.5 Pembentukan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia

2.6 Batasan-Batasan Perkembangan Hak Asasi Manusia

2.7 Kebebasan Media

3. Rumusan Dan Kesimpulan

1. Takrif Demokrasi

Perkataan ‘demokrasi’ berpunca daripada dua perkataan Greek iaitu demos (rakyat) dan kratos

(perintah). Pada asasnya demokrasi merujuk kepada pemerintahan rakyat. Barangkali demokrasi

jugalah dimaksudkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln, dalam ucapannya di

Gettysberg selepas tamatnya Perang Saudara di Amerika pada abad ke-19, apabila beliau

menyebutkan ungkapan ‘pemerintahan atas rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat’ (government of the

people, by the people and for the people).

1.1 Demokrasi berparlimen Malaysia

Semenjak mencapai kemerdekaan, Malaysia telah memilih pemerintahan berlandaskan demokrasi

berparlimen dengan raja berperlembagaan. Demokrasi berparlimen ialan satu sistem kerajaan yang

Page 2: Kenegaraan

dipilih secara bebas oleh rakyat melalui pilihanraya dan bertanggungjawab kepada rakyat.

Pembentukan kerajaan berasaskan persentujuan ramai.Sistem demokrasi di Malaysia berasakan

amalan Westminister, England yang berbeza dengan demokrasi yang diamalkan di Amerika Syarikat.

Yang di-Pertuan Agong ialah ketua negara Malaysia di mana bidang kuasa baginda ditetapkan oleh

perlembagaan dan undang-undang. Perdana Menteri dan kabinetnya menjalankan kuasa politik atas

nama Yang di-Pertuan Agong. Rakyat pula memilih ahli dewan perwakilan melalui pilihanraya dan

kemenangan majoriti dalam kerusi Dewan Rakyat oleh parti politik akan menentukan jawatan Perdana

Menteri. Perlembagaan Persekutuan menjadi garis panduan cara pemerintahan, sistem politik dan

proses pentadbiran.

Sejak merdeka pada 1957, Malaysia (ketika itu Malaya) mempunyai sebuah Parlimen, terdiri daripada

Dewan Rakyat (Parlimen) dan Dewan Negara (Senat). Anggota-anggota Parlimen dipilih melalui

pilihan raya umum untuk mewakili kawasan pilihanraya masing-masing. Hampir kesemua mereka

mewakili parti-parti tertentu, walaupun ada sebilangan kecil yang tidak terikat kepada mana-mana

parti, disebut ‘wakil Parti Bebas’. Parlimen ini berfungsi membuat undang-undang atau akta, dan juga

mengawasi dan mengawal perbelanjaan awam atau kerajaan. Bagi kebanyakan sistem parlimen, ahli

Parlimen juga ialah ahli-ahli eksekutif atau menteri.

Anggota-anggota Senat dilantik untuk mewakili negeri-negeri serta parti-parti yang berkuasa di sana,

golongan kepentingan (seperti ahli professional, pedagang dan pemimpin masyarakat dan

kebudayaan) dan golongan minoriti tertentu. Pada umumnya Dewan Negara berperanan lebih kurang

sebagai dewan penasihat untuk meluluskan sahaja keputusan-keputusan yang dibuat oleh Dewan

Rakyat.

Pada peringkat negeri di seluruh Malaysia pula terdapat Dewan Undangan Negeri (DUN) yang

berbeza-beza bilangan anggotanya berdasarkan bilangan kawasan dan pengundi. Setiap anggota

Dewan Undangan Negeri dipilih dalam Pilihanraya Negeri yang biasanya diadakan serentak dengan

Pilihanraya Parlimen. Sebilangan besar daripada mereka juga mewakili parti politik masing-masing.

Di peringkat bawah sekali ialah Majlis Tempatan, iaitu pihak berkuasa bagi kawasan Bandar. Pada

mulanya (sebelum merdeka) anggota-anggota Majlis Tempatan ini dipilih mengikut proses pilihan

raya juga, tetapi pada masa ini pilihan raya tidak lagi diadakan. Sebaliknya, anggota-anggotanya

dilantik oleh pemerintah yang kebanyakannya terdiri daripada anggota atau penyokong parti politik

yang menguasai pentadbiran juga.

Page 3: Kenegaraan

1.1.1 Pilihanraya Umum

Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad (1996) menyatakan: “Dalam sistem demokrasi,

yang penting dan utama ialah rakyat berhak memilih siapa menerajui kerajaan. Jikalau rakyat sudah

tidak suka, cara menukar kerajaan atau pemimpin tidak melibatkan perang saudara atau revolusi atau

keganasan. Hanya dengan mengundi segala pertukaran boleh dibuat.”

Seperti telah dinyatakan, untuk melantik wakil rakyat ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri

maka pilihan raya diadakan. Secara tradisinya ia diadakan antara empat hingga lima tahun sekali.

Setakat ini pilihan raya diselenggarakan dengan agak tetap dan tersusun. Wakil rakyat dipilih atas

dasar kawasan pilihan raya, iaitu mengikut cara yang diamalkan di Britain dan bukannya atas dasar

‘proportional’, iaitu mengikut kadar undian yang diperolehi seperti di Perancis. Seorang wakil rakyat

akan terpilih apabila dia mendapat undi majoriti di kawasan pilihan raya yang ditandingnya, walaupun

bilangan undi yang diperolehnya itu kurang daripada separuh jumlah undi di kawasan tersebut. Lagi

pula, daripada keputusan semua pilihan raya yang lalu, sejak merdeka, didapati peratus wakil rakyat

dari parti politik yang menerajui pentadbiran terpilih jauh lebih tinggi daripada jumlah peratus undi

yang diperoleh daripada seluruh kawasan pilihan raya. Umpamanya, pada 1990 dan 1995 part-parti

politik yang bergabung di bawah Barisan Nasional hanya mempeoleh kira-kira 52 dan 65 peratus undi,

tetapi ia tetap dianggap ‘menguasai majoriti’ melebihi dua pertiga kerusi (bukannya diasaskan kepada

bilangan pengundi). Dengan ini, rakyat diberi hak dan kebebasan memilih wakil-wakil untuk

memerintah sama ada di peringkat pusat atau negeri. Rakyat boleh memperjuangkan hak mereka ke

arah pemerintahan sebuah negara yang makmur melalui wakil rakyat.

1.1.2 Parti-parti Politik

Pada prinsipnya parti politik yang kuat, berwibawa dan berkesan boleh memainkan peranan mengawal

dan mengimbang supaya pemimpin pemerintah tidak menjadi terlalu berkuasa atau authoritarian. Di

Malaysia, sejarah selepas merdeka menunjukkan terdapat banyak parti politik. Tetapi boleh dikatakan

semua parti adalah berasaskan kaum dengan erti kata anggota pimpinan dan juga dasar perjuangannya

mewakili satu-satu kaum. Atas tekanan daripada pihak penjajah tiga buah parti politik yang mewakili

tiga kaum terbesar di negara ini- iaitu UMNO, MCA dan MIC – telah ditubuhkan. Mereka bergabung

di dalam PERIKATAN pada 1955. Kepada gabungan inilah kemerdekaan Malaysia diserahkan oleh

British dua tahun kemudiannya iaitu pada 1957. Pada tahun 2008, Pakatan Rakyat diumum pada 1

April 2008 merupakan satu perikatan baru parti-parti politik Malaysia yang terdiri daripada Parti

Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia serta Parti Tindakan Demokratik. Dalam Pilihan Raya

Umum Malaysia 2008, gabungan tidak formal Parti Keadilan Rakyat-Parti Islam Se-Malaysia-Parti

Page 4: Kenegaraan

Tindakan Demokratik berjaya memenangi 82 daripada 222 kerusi dalam Parlimen, dan berjaya

menafikan majoriti dua per tiga kerusi yang dipegang Barisan Nasional sejak kemerdekaan. Dengan

itu, sistem pemerintahan menjadi lebih bertanggungjawab serta telus dengan adanya persaingan politik

yang sihat.

1.1.3 Doktrin Pengasingan Kuasa

Doktrin pengasingan kuasa telah diamalkan dalam proses pemerintahan negara Malaysia. Doktrin

tersebut dikemukakan oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah Perancis yang mengutarakan

pembahagian kuasa kepada tiga badan bebas, iaitu Badan Perundangan (legislature), Badan

Kehakiman (judiciary) dan Badan Pengurusan atau Eksekutif (executive). Biasanya ketiga-tiga badan

ini berhubung rapat antara satu sama lain dan mempunyai peranan mengawal dan mengimbang (check

and balance) dalam pemerintahan. Pada prinsipnya dalam keadaan demokrasi yang unggul tidak ada

satu badan pun yang boleh mengatasi atau menguasai badan yang lain, tetapi harus bergantung dan

mempengaruhi di antara satu sama lain. Doktrin pengasingan kuasa yang diamalkan di Malaysia

berbeza dengan doktrin asal kerana ia menekankan kuasa secara relative antara ketiga-tiga badan yang

bebas.

Badan Kehakiman terdiri daripada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi,

dan Mahkamah-mahkamah Rendah. Badan tersebut berfungsi untuk mengadil tindakan-tindakan sivil.

mengadili pendakwaan jenayah, mendengar rayuan dari Mahkamah bawahan, membuat dikri hal

ehwal keluarga (perceraian, nafkah dll), pengurusan pusaka, mengeluar waran tangkap, mentafsir

undang-undang dan sebagainya mengikut Perkara 121-131A Perlembagaan Persekutuan.

Badan Perundangan iaitu Parlimen Malaysia diperuntukkan kuasa membuat undang-undang mengikut

Perkara 44-68, Perlembagaan Persekutuan. Kuasa tersebut terletak kepada Yang di-Pertuan Agong

dan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang membentuk Parlimen..

Badan Eksekutif iaitu Jemaah Menteri membuat keputusan mengenai polisi, pemeriksaan,

penyiasatan, pengeluaran lessen, membuat instrumen perundangan dan undang-undang kecil, serta

membuat pembangunan, dan sebagainya mengikut Perkara 39 – 43C Perlembagaan Persekutuan. Bagi

Kerajaan Persekutuan, kuasa pemerintahan negara adalah di tangan Yang di-Pertuan Agong. Baginda

bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau seseorang Menteri.

Bagi Kerajaan Negeri pula, kuasa memerintah Negeri terletak kepada Raja (atau Yang di-Pertuan

Negeri) dan Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) yang diketuai oleh Menteri Besar/Ketua Menteri.

Page 5: Kenegaraan

Terdapat ciri-ciri saling kebergantungan secara relatif antara ketiga-tiga badan iaitu yang

pertamaYang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara yang berkuasa dalam Badan Perundangan, Badan

Eksekutif, dan Badan Kehakiman. Kedua, Perdana Menteri dan kabinetnya melaksanakan fungsi

eksekutif di samping menjadi ahli Parlimen yang terlibat dalam membuat dan menggubal undang-

undang. Ciri yang ketiga, Peguam Negara turut diberi kuasa istimewa oleh parlimen dalam hal-ehwal

pemerintahan dan perundangan. Di peringkat negeri pula, Sultan atau Yang Dipertua Negeri menjadi

ketua dalam tiga badan berkenaan. Menteri Besar atau Ketua Menteri serta Majlis Mesyuarat Kerajaan

merupakan ahli Dewan Undangan Negeri.

1.2 Sejarah Malaysia

Galakan daripada penjajah British menjadi faktor utama Malaysia mengamalkan Demokrasi

Berparlimen. Pada era kolonial British memperkenalkan pemerintahan berasaskan undang-undang

atau 'rule of law', sistem kehakiman dan prinsip hak kebebasan individu, yang mengembangkan idea-

idea demokrasi. Mengikut sejarah Malaysia, sistem pemerintahan yang terawal diamalkan di Tanah

Melayu ialah sistem feudal seperti sistem feudal yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu

Melaka. Pada zaman tersebut, raja mempunyai kekuatan tenaga manusia yang banyak dan juga

keluasan kawasan yang besar menunjukkan kuasa raja. Terdapat dua golongan sosial yang penting

iaitu bangsawan dan rakyat. Sumber kuasa serta harta bertumpu pada golongan bangsawan, terutama

sekali raja. Di samping itu, terdapat perbezaan darjat yang diperkuatkan oleh konsep’tidak boleh

derhaka’ serta taat setia yang menyuburkan sikap ‘jiwa hamba’ dalam kalangan rakyat. Sistem feudal

pada zaman tersebut adalah berbentuk institusi. Raja mempunyai kuasa yang mutlak dalam hampir

segala bentuk kehidupan kerana kekuasaan adalah berpusat padanya (Abdul Rahman 1985)(First

book). Baginda dibantu oleh beberapa orang pembesar, iaitu Bendahara, Temenggung, Laksamana

dan syahbandar.

Selepas kejatuhan Melaka berikutan serangan Portugis pada tahun 1511, sistem pemerintahan Melayu

menjadi berpecah-pecah. Dengan itu, muncul ramai raja yang masing-masing mempunyai kawasan

dan pengikut yang lebih kecil. Ekoran daripada itu, kedudukan ekonomi mereka tidak begitu kukuh.

Akan tetapi susun lapisan masyarakat yang membezakan kedudukan darjat, kekayaan dan kekuasaan

mereka dengan rakyat masih begitu jelas.

Penjajahan Inggeris mula bertapak di Pulau Pinang pada 1786. Kuasa raja dikurangkan dan

peranannya dibataskan apabila Inggeris meletakkan Residen atau Penasihatnya di setiap negeri yang

mengambil alih kuasa ke atas urusan pentadbiran negeri-negeri Melayu. Di samping itu, jabatan-

jabatan dan pegawai-pegawai baharu berbentuk kebaratan diadakan untuk menjalankan urusan

pentadbiran, memungut cukai serta mentadbir belanjawan, menjaga keselamatan serta keamanan,

Page 6: Kenegaraan

melaksanakan keadilan serta kehakiman dan seterusnya. Sistem feudal mula terhakis oleh

perkembangan dan pemodenan sistem ekonomi, perlombongan, perladangan dan perdagangan yang

bercorak kapitalis. Beberapa asas dan ciri penting system feudal menjadi luput. Institusi diraja

merupakan salah satu ciri yang masih tinggal.

Kesan daripada pemerintahan kolonial telah membawa kepada bentuk pemerintahan raja

berperlembagaan yang mengamalkan sistem pemerintahan bercorak demokrasi berparlimen masa kini.

Sistem kehakiman yang lebih sistematik berdasarkan sistem kehakiman British di United Kingdom

telah dibawa ke Tanah Melayu dan berkembang ke arah pengenalan Perlembagaan Persekutuan 1948

dan kemudiannya Perlembagaan Persekutuan 1957.

1.3 Amalan Demokrasi Berparlimen Di Malaysia

Ramai pengkaji politik Malaysia berbelah-bahagi apabila menjelaskan bentuk pemerintahan yang

dijalankan di Malaysia masa kini. Ada yang beranggapan Malaysia mengubahsuai bentuk demokrasi

(Means 1976, Milne dan Mauzy 1977, Von Vorys 1975). Sesetengah penganalisa politik menganggap

Malaysia hanya mengamalkan separuh demokrasi (Zakaria Haji Ahmad 1989) dan ada juga

menganggap Malaysia mengamalkan autoritarianisme. (Crouch 1996)

Pada luarannya, Malsyaia masih mengamalkan struktur perlembagaan demokrasi dan pemerintahan

yang bercorak demokrasi berparlimen, namun beberapa proses terpenting demokrasi seperti 'rule of

law', kebebasan bersuara, kebebasan akhbar, keadilan sosial dan sebagainya dibatasi oleh pihak

pemerintah demi menjaga kestabilan politik Malaysia dan kemakmuran negara. Penafian proses

demokrasi tadi adalah berlawanan dengan Artikel18 hingga 21 Deklarasi Sejagat yang menjaminkan

hak-hak tersebut.

Dalam suatu temubual, Musa Hitam (2001) selaku Pengerusi SUHAKAM menjelaskan walaupun

Malaysia bukanlah sebuah negara demokrasi sebagaimana demokrasi liberal di Amerika Syarikat,

namum ciri-ciri demokratiknya masih ada, seperti pilihan raya. Pilihan Raya Umum tahun 1999

memperlihatkan adanya ciri kebebasan pilihanraya kerana kerajaan waktu itu tertewas di negeri

Terengganu. Namum daripada segi kebebasan yang lain, seperti kebebasan bersuara, ia masih lagi

dihalang.

Dalam temuramah bekas Perdana Menteri Tun Mahathir bin Mohamad dengan Cable News Network

(CNN) pada 2 September 1997,(1997:7) beliau banyak menjelaskan proses demokrasi yang diamalkan

Page 7: Kenegaraan

oleh Malaysia hanya berkait rapat dengan proses pilihanraya yang dipratikkan 5 tahun sekali, "Prinsip

demokrasi diamalkan di Malaysia. Ini kerana rakyat yang memilih kerajaan dan kehadiran kami

adalah kerana sokongan rakyat. Jika rakyat tidak menyukai kami, mereka boleh mengetepikan kami.

Namun rakyat telah menunjukkan sokongan kepada kami dalam pelbagai cara dan kami rasakan ini

(sokongan rakyat) adalah bukti demokrasi. Yang nyata ialah sesetengah rakyat tidak bersentuju (satu

ketidakpersetujuan yang minoriti) tidak menunjukkan bahawa kami tidak demokratik. Kami percaya

kepada demokrasi dan kami mengamalkan demokrasi." Maka jelaslah beliau mempunyai

tanggapannya sendiri berkenaan demokrasi yang harus diamalkan di Malaysia. Bagi beliau Malaysia

tidak harus mengamalkan demokrasi seperti mana yang diamalkan di negara-negara Barat kerana

pegangan nilai masyarakat Malaysia yang berlainan mengenai pentingnya setiap majoriti rakyat

mendapat haknya yang terbaik dan seterusnya menjamin berlakunya kestabilan politik.

Bagi beliau, apabila demokrasi rakyat berpecah-belah bukan sahaja suara ramai atau majoriti yang

menentukan siapa yang memerintah tetapi yang menentukan siapa yang sebenarnya berkuasa dan

keadaan ini adalah kehendakan sebilangan minoriti supaya kepentingan mereka diutamakan.

Akibatnya, rakyat tidak dapat hidup aman, stabil, dan tenteram kerana demokrasi melumpuhkan siapa

sahaja yang dipilih untuk memerintah.

1.4 Isu-isu Pelaksanaan

Salah satu tujuan utama demokrasi ialah untuk menegakkan ‘keadilan’. Walau bagaimanapun, oleh

kerana dalam demokrasi perwakilan golongan majoriti yang berkuasa maka ada bahayanya.

Kemungkinan hanya kepentingan majoriti yang diutamakan. Untuk menghindarkan keadaan yang

mana kepentingan golongan minoriti diabai atau peraturan-peraturan untuk melindungi kepentingan

atau memberi keistimewaan kepada golongan minoriti itu. Selain itu, golongan minoriti tersebut

mungkin juga diberikan tempat untuk mempunyai wakil yang boleh meyuarakan hak serta

kepentingan mereka melalui parlimen atau institusi pemerintahan lain. Semua ini tidak dianggap

menjejaskan sistem demokrasi itu, bahkan boleh menjadikannya lebih adil dan kuat.

Mengikut pendapat beliau, jika demokrasi bermakna pemerintahan oleh majoriti, maka orang Melayu

yang menjadi majoriti rakyat Malaysia boleh menggunakan sentimen perkauman bagi mendirikan

pemerintahan Melayu sahaja dengan menindas kaum-kaum lain, menukarkan sempadan pilihan raya

dan mengambil semua kekayaan negara. Akan tetapi, masyarakat Melayu memilih untuk bekerjasama

dengan kaum-kaum lain dan tidak mengetepikan hak minoriti sebagai mengutamakan keadilan untuk

semua. Sistem politik menjadi lebih stabil dan sistem demokrasi termasuklah pilihanraya dapat

diamalkan secara berterusan. (Mahathir 1998:40)

Page 8: Kenegaraan

Kerajaan yang sedemikian ini telah mewujudkan satu pemerintahan yang stabil, mengekalkan

keamanan dan kemakmuran negara. Namum begitu, perjalanan demokrasi berparlimen ini agak

lambat dan membebankan keraaan dan rakyat. Hal ini kerana kerajaan terpaksa berunding dan

mempertimbangkan pendapat daripada setiap lapisan masyarakat. Sesebuah kerajaan demokrasi

berparlimen cenderung untuk membuat keputusan yang popular daripada keputusan yang tepat kerana

ia terpaksa memikirkan tentang pilihan raya yang akan datang.

Persoalan selanjutnya timbul apabila bentuk sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia dilihat

memberikan kuasa dominan kepada Badan Eksekutif.. International Bar Association (IBA), Centre for

the Independence of Fudges and Lawyers of the International Commission of Furists (CIFL), the

Commonwealth Lawyers' Association (CLA), dan Union Internationale des Avocats (UIA)

menghantar suatu misi pada 17 hingga 27 April 1999 yang diketuai oleh Lord Abernethy menyiasat

mengenai kedudukan kebebasan kehakiman di Malaysia.

Keputusan yang diperoleh ialah Perlembagaan Persekutuan membatasi hak-hak yang penting dan

menafikan kajian semula kehakiman tindakan badan eksekutif. Namum masalah utama yang dihadapi

ialah tindakan badan eksekutif yang tidak mengikut elemen-elemen masyarakat demokratik dan bebas

yang mengikut undang-undang serta menggugat konsep pengasingan kuasa yang diamalkan. (IBA

2000:74&77)

Selain itu, Analisis Crouch (1996) telah memberikan perhatian kepada peranan badan eksekutif yang

semakin luas dan munculnya kecenderungan-kecenderungan ke arah pemusatan kuasa di tangan

segelintir elit politik dan ekonomi.

Amalan demokrasi di Malaysia pada pandangan mereka mementingkan proses pilihanraya sehingga

penghayatan pada nilai-nilai demokrasi yang lain seperti prinsip hak asasi manusia, pemerintahan

berasaskan undang-undang dan kebebasan sivil termasuklah kebebasan bersuara terbatas.

2. Hak Asasi Manusia

Dalam konteks hak asasi manusia, negara yang mengamalkan Demokrasi akan berpegang kepada

enam Falsafah Demokrasi, iaitu rasional, bermoral, kesamarataan, kebolehan mencapai kemajuan,

berkerajaan sendiri-kerajaan dengan kehendak rakyat, dan kebebasan. Oleh itu, undang-undang di

semua negara demokratik akan menyelitkan peruntukan mengenai hak asasi manusia bagi rakyatnya.

Maka kewujudan hak asasi manusia ini bersesuaian dengan tujuannya yang utama (Kamal Halili

Hassan 1990:3) iaitu memberikan dan mengiktirafkan hak seseorang dan menjamin ketenteraman dan

keharmonian masyarakat.

Page 9: Kenegaraan

Secara umumnya hak asasi manusia bermaksud cara atau tindakan seseorang manusia memperlakukan

seseorang manusia yang lain mengikut dasar kemanusiaan yang sebenar. Selepas Malaysia

mempeoleh kemerdekaan maka terbentuknya Perlembagaan Persekutuan 1957 memperlihatkan

beberapa ciri pemerintahan dan perlembagaan sebuah negara demokrasi. Salah satu prinsip yang

ditekankan oleh Perlembagaan Persekutuan 1957 ialah prinsip pemerintahan berasaskan undang-

undang yang antara lain menjamin kebebasan rakyat yang disebut Kebebasan Asasi dalam Bahagian II

Perlembagaan Persekutuan (1999) termasuklah Kebebasan diri dan nyawa (Perkara 5), Larangan

Kerja paksa dan pengabdian (Perkara 6), Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat

kuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang (Perkara 7), Kesamarataan di sisi undang-undang

(Perkara 8), Larangan dibuang negeri dan kebebasan bergerak dalam Persekutuan (Perkara 9),

Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan (Perkara 10), Kebebasan beragama

(Perkara 11), Hak yang sama dalam pelajaran (Perkara 12), dan Hak ke atas harta (Perkara 13).

Selain itu, Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan hak-hak istimewa kepada warganegara

Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak mengikut Perkara 153. Antara keistimewaan yang

diberikan ialah peluang untuk memegang jawatan dalam perkhidmatan awam, Pemberian biasisiwa

untuk melanjutkan pelajaran, Pemberian lessen dan permit dalam perniagaan dan sebagainya.

Keistimewaan warganegara Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak serta hak-hak rakyat bukan

bumiputera dilindungi oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat kabinet.

2.1 Perkembangan Kebebasan Asasi Malaysia

Dalam konteks Malaysia, hak asasi manusia bermula dengan suatu bentuk aspirasi rakyat yang

menentang penjajahan asing sehinggalah menjadi suatu bentuk hak-hak mengisi era pasca penjajahan.

Dari era pra-Kesultanan Melayu Melaka, segala kehidupan masyarakat ketika itu tertumpu kepada

raja-raja dan Sultan-Sulatn dan mengetepi sama sekali sebarang bentuk kebebasan rakyat. Segala yang

dimiliki oleh rakyat seperti harta persendirian dikuasai sepenuhnya oleh pihak pemerintah jika

diperlukan.

Akan tetapi, apabila Islam mula bertapak pada era Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511) maka

Islam membawa beberapa perubahan nilai dan amalan yang bercorak keislaman yang dilihat mampu

mempertingkatkan tahap hak asasi manusia ketika itu. Islam menekankan setiap manusia itu adalah

khalifah di bumi. Umat Islam diberi kebebasan dalam membuat keputusan (ijtihad) dan kesamarataan

sebagai manusia dengan tanpa mengira kaum, jantina dan kedudukan. Konflik berlaku kerana nilai

yang dibawa oleh Islam telah bercanggah dengan budaya pemerintah pada masa tersebut yang lebih

Page 10: Kenegaraan

berstrata. (Farish A. Noor 1999:153) Bagi melindungi kerajaan beraja, Islam diterima dan

diasimilasikan dengan amalan dan nilai praIslam di Tanah Melayu. Hak asasi rakyat terus dinafikan.

Selepas Perjanjian Pangkor tahun 1874, British telah memperkenalkan pemerintahan berasaskan

undang-undang atau 'rule of law', sistem kehakiman dan prinsip hak kebebasan individu, yang

mengembangkan idea-idea demokrasi. Sistem kehakiman yang lebih sistematik telah diamalkan pada

zaman tersebut berdasarkan sistem kehakiman British di United Kingdom. Misalnya Perlembagaan

Johor 1908 (Pindaan) memperkenalkan beberapa elemen hak asasi manusia seperti hak mendapatkan

perbicaraan (Artikel 1), Kebebasan kehakiman (Artikel 2), rayuan perbicaraan semula (Artikel 3),

pemerintahan Sultan secara adil dan berasaskan undang-undang (Artikel 4) dan hak mendapat gaji

yang disahkan oleh mahkamah undamg-undamg (Artikel 5). (Cheah Boon Kheng 2001:62).

Pada tahun 1957 selepas merdeka, Malaysia menjadi anggota PBB ke-92. Selepas menjadi anggota

PBB, maka Malaysia perlu mematuhi perkara-perkara yang terkandung dalam Piagam PBB

terutamanya melalui Artikel I(3) yang menjelaskan berkenaan hak asasi manusia. Artikel I(3)

menjelaskan, “Untuk mencapai kerjasama antarabangsa dalam menyelesaikan masalah antarabangsa

dari segi ekonomi, sosial, budaya, dan kemanusiaan dalam mempromosikan dan menggalakkan rasa

hormat terhadap hak asasi manusia dan kebebasan asas bagi semua tanpa membezakan ras, jantina,

bahasa, ataupun agama." (Martin et al 1997:2) Meskipun begitu, Malaysia masih belum menerima

pakai resolusi Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 walaupun telah menjadi anggota PBB

semenjak merdeka.(Rais Yatim 1999:103)

Namun Malaysia mengiktiraf undang-undang antarabangsa berkenaan hak asasi manusia iaitu

Supplementary Convention on the Abolition of Slavery, the Slave Trade, and Institutions and

Practices Similar to Slavery pada 18 November 1957 dan Convention on the Nationality of Married

Women pada 24 Februari 1959 (SUHAKAM 2001b:40). Ini menjelaskan Malaysia menerima

kesejagatan hak asasi manusia pada peringkat awalnya hanya di atas dasar kepentingan sebuah negara

baru yang memerlukan pengiktirafan dunia.

Budaya politik yang terhasil daripada amalan pemerintahan feudal ini banyak mempengaruhi

hubungan rakyat dengan pemerintahan hingga ke masa kini. Ini kerana psikologi feudal yang ada pada

masyarakat Melayu ditanam selama lebih kurang enam ratus tahun semenjak zaman Kesultanan

Melayu Melaka lagi yang menyebabkan nilai dan pemikiran feudal seperti taat setia kepada

pemerintah kekal dalam pemikiran masyarakat Melayu.

2.2 Akta-Akta yang Bertentangan Dengan Kebebasan Asasi

Page 11: Kenegaraan

Pada era kolonial, British memperkenalkan beberapa undang-undang atas alasan pemberontakan

komunis tahun 1948 iaitu 'Emergency Regulations' yang kemudiannya diambil beberapa

peruntukannya menjadi ISA pada 1960. Manakala 'Sedition Acts', 'Official Secrets Acts' dan 'Printing

Presses and Publications Ordinances' dipinda selepas merdeka lalu membentuk akta yang sedia ada

sekarang iaitu Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi (Official Secret Act -OSA) 1972, dan Akta

Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP)1984. Selain daripada akta-akta tersebut, satu akta yang dikira

membatasi hak asasi manusia telah dicipta selepas merdeka, iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti

(AUKU) pada 1971.

Walaupun pengisytiharan Darurat kesan daripada pemberontakan komunis berakhir pada tahun 1960,

golongan elit pemerintah yang berada dalam kerajaan Perikatan iaitu United Malay National

Organisation(UMNO), Malayan Chinese Associations (MCA), dan Malayan Indian Congress (MIC)

merasakan peruntukan undang-undang kolonial tadi perlu diteruskan dan cuba dipinda mengikut

keperluan semasa hinggalah pada masa kini. (Cheah Boon Kheng 2001).

Rakyat Malaysia pada masa tersebut kurang mengambil tahu perkembangan hak asasi manusia kecuali

hak asasi dan kepentingan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia seperti kaum Melayu, Cina, India,

dan sebagainya walaupun pelbagai isu-isu yang dikatakan menyangkut hak asasi manusia seperti

rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 dan Operasi Lalang 1987, iaitu tangkapan Akta Keselamatan Dalam

Negeri (Internal Security Act - ISA) ke atas aktivis politik dan badan-badan bukan kerajaan.

2.3 Perjuangan Mempertahankan Hak Asasi Manusia

Pada tahun 1997 dan 1998, masyarakat Cina lebih menumpukan kepada hak mereka menjalankan

kegiatan ekonomi serta mempertahankan sistem pendidikan dan kebudayaan Cina. Masyarakat India

pula lebih tertumpu kepada pembangunan ekonominya yang mana kebanyakan masyarakat India

masih ramai berada di estet-estet di luar bandar dan hidup dalam serba kekurangan. Manakala

masyarakat Melayu masih berpegang kepada agenda serampang dua mata pada ketika Dasar Ekonomi

Baru tahun 1970 iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.

Walaupun hak-hak tadi terus dipertahankan sehingga kini, namum sesetengah golongan masyarakat-

masyarakat, terutamanya yang menetap di bandar-bandar telah mula menuntut hak yang lebih

daripada segi hak sivil dan hak politik. Sebelum ini perbincangan dan perdebatan terhadap hak-hak

sivil dan politik hanya lantang dibuat oleh golongan badan-badan bukan kerajaan seperti Suara Rakyat

Malaysia(Suaram), Persatuan Hak Asasi Manusia Malaysia(Hakam), dan Aliran Kesedaran

Negara(Aliran) yang tidak bercorak gerakan massa dan parti-parti pembangkang seperti DAP dan

PRM.

Page 12: Kenegaraan

Banyak peristiwa yang melibatkan hak asasi manusia berlaku pada waktu pasca kegawatan ekonomi

pada 2 Julai 1997 dan peristiwa pemecatan mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar

Ibrahim pada 3 September 1998. Timbalan Perdana Menteri ketika itu membangkitkan soal perlunya

reformasi ke atas sistem politik, ekonomi, sosial, dan budaya tempatan ke arah suatu sistem yang lebih

adil dan seimbang terhadap rakyat pada Konvensyen UMNO Johor di Pulau Sibu, Mersing pada 8 Jun

1998 (Berita Harian 1998:2). Pemecatan beliau juga dilihat berpunca daripada peristiwa tersebut dan

berlakunya perebutan kuasa di antara beliau dengan pucuk pimpinan waktu tersebut. Selepas

pemecatan beliau timbulah Gerakan Reformasi yang bercorak gerakan masyarakat sivil yang

dianggotai oleh pelbagai kaum menyuarakan sentimen-sentimen ke arah penerimaan nilai-nilai hak

asasi manusia sejagat seperti kebebasan bersuara, media, dan berhimpun secara aman.

Pada keseluruhannya, perjuangan Gerakan Reformasi adalah bermotifkan dua perkara iaitu pertama,

menuntut keadilan buat tokoh reformasi itu sendiri iaitu bekas timbalan perdana menteri waktu itu

selepas beliau dipecat daripada kerajaan. Kedua, perjuangan Gerakan Reformasi yang lebih luas iaitu

memperjuangkan keadilan, kedaulatan kuasa rakyat, mempertahankan keadilan ekonomi,

membanteras rasuah, memperkukuhkan jati diri, dan semangat keterbukaan di samping berazam

menggerakkan reformasi ini secara aman dan bernafaskan prinsip pemerintahan berasaskan undang-

undang.(Aisan Fadhli 1998:85)

Oleh itu, krisis ekonomi dan politik tersebut menyumbang kepada perubahan sikap rakyat Malaysia

terhadap hak asasi manusia. Rakyat Malaysia yang sebelum ini dipisahkan mengikut kaum dalam

menyuarakan tuntutan hak-hak ekonomi, sosial, dan kebudayaan, bersatu suara menyuarakan tuntutan

hak-hak sivil dan politik yang selari dengan nilai-nilai hak asasi manusia sejagat.

2.4 Tindakan Luar Negara Terhadap Tahap Kebebasan Asasi Tempatan

Kedudukan Amerika Syarikat jelas mengkritik amalan hak asasi manusia di Malaysia apabila bekas

Naib Presidennya Al Gore secara terbuka menyokong'Gerakan Reformasi' yang dianggapnya sebagai

suatu gerakan demokrasi yang menuntut hak rakyat ketika sidang kemuncak Asia Pacific Economic

Cooperation (APEC) yang berlangsung di Kuala Lumpur pada akhir tahun 1998. PBB juga

menghantar Pelapor Khasnya (Special Rapporteur) ke Malaysia menyiasat tuduhan pencabulan hak

kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat pada 20 hingga 24 Oktober 1998.

Hasil laporan tersebut mendapati hak kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat adalah terbatas

daripada segi kewujudan akta-akta ISA, Akta Hasutan, dan AMCP; kawalan pemilikan media arus

Page 13: Kenegaraan

perdana dan memperoleh maklumat mengenai parti pembangkang di media elektronik oleh parti

pemerintah, menghukum wartawan asing dan menghalang pengedaran media elektronik asing;

menghalang rakyat memperoleh maklumat yang berupa pandangan dan pendapat kritikal kepada

kerajaan; serta memperlihatkan usaha campur tangan kerajaan ke atas badan kehakiman. (Commission

on Human Rights 1998:7-8)

Batasan tadi juga tidak selari dengan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa berasaskan

Artikel 19 Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia. Oleh itu, Pelapor Khas ini mencadangkan kepada

kerajaan Malaysia," Kerajaan digalakkan untuk mengambil langkah lebih lanjut untuk menjamin

perlindungan terhadap hak kebebasan berpendapat sepenuhnya. Langkah-langkah ini harus

merangkumi penyingkiran ISA ... pindaan daripada AMCP, Akta Hasutan dan OSA ... meninjau kes-

kes orang-orang yang ditahan atas sebab mereka telah melaksanakan hak mereka untuk kebebasan

berpendapat dan berpendapat ... penyingkiran undang-undang lesen tahunan akhbar ... menjamin

kemerdekaan media, termasuk perlindungan terhadap setiap campur tangan kepentingan politik ...

mendesak Kerajaan untuk menghormati hak orang Malaysia untuk mengadakan demonstrasi damai

dan majlis-majlis ... lebih eksplisit memperkenalkan perundangan kebangsaan untuk memudahkan

mencapai keseimbangan yang memadai dalam kuasa penghakiman untuk melindungi hak asasi

manusia ... mengambil semua langkah yang diperlukan untuk menandatangani dan meratifikasi

kovenan Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik..."(Commission on Human Rights 1998:8-9)

2.5 Pembentukan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia

Hasilnya Kerajaan telah merangka Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang telah diluluskan oleh

Parlimen pada 9 September 1999. Walau bagaimanapun, akta ini hanya berkuatkuasa pada 20 April

2000. Penubuhan Suruhanjaya ini dilihat sebagai satu perkembangan positif yang membuka satu

lembaran baru dalam sejarah perjuangan dan perlindungan hak asasi di negara ini. Kewujudannya

diharap akan menyuntik satu kesedaran yang luas dalam kalangan rakyat mengenai hak asasi yang

dijamin di sisi undang-undang.

Tujuan penggubalan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Mauusia 1999 adalah untuk mengadakan

peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia atau ringkasannya

SUHAKAM. Akta ini memperuntuk dan menjelaskan kuasa dan fungsi SUHAKAM sebagai sebuah

suruhanjaya bebas, untuk menberi pendidikan dan perlindungan di samping memajukan hak asasi

manusia di Malaysia.

Fungsi SUHAKAM adalah untuk menangani salah laku dan pencabulan terhadap hak asasi di samping

menyediakan pendidikan bagi memupuk kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan untuk

Page 14: Kenegaraan

memahami dan menghormati hak tersebut. SUHAKAM juga berfungsi untuk menasihati dan

membantu Kerajaan dalam merangka dan merumuskan perundangan, arahan dan tatacara pentadbiran

berhubung dengan hak asasi manusia di samping mengesyorkan sebarang Iangkah-langkah yang perlu

diambil. Dalam menjalankan fungsi dan kuasa yang diberikan oleh Akta, Suruhanjaya turut diminta

mengemukakan laporan tahunan kepada Parlimen mengenai aktiviti sepanjang tahun termasuk aduan

yang diterirna, saranan dan cadangan yang dibuat serta tindakan yang telah diambil.

2.6 Batasan-Batasan Perkembangan Hak Asasi Manusia

Sebagai sebuah negara yang mempunyai Masyarakat majmuk , Malaysia memberi penekanan

terhadap prinsip melindungi hak umum berbanding dengan hak individu. Harlida Abdul Wahab dan

Asiah Bidin, pensyarah Universiti Utara Malaysia berpendapat bahawa SUHAKAM hanya mampu

berfungsi dengan berkesan sekiranya kuasa yang komprehensif diberikan, kuasa yang diperuntukkan

kepada SUHAKAM sementara ini adalah terhad.

Keadaan tersebut boleh dilihat pada 20 Ogos 2001, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia

(SUHAKAM) mengeluarkan laporan rasminya mengenai perhimpunan 100,000 rakyat yang

dianjurkan oleh pihak pembangkang di Lebuh Raya Kesas dan Jalan Kebun pada 5 November 2000.

Hasil laporan SUHAKAM merumuskan pihak polis bertanggungjawab pada beberapa pencabulan hak

asasi manusia ketika perhimpunan tersebut yang melibatkan cara penafian permit dn cara

pengendalian kepada pihak yang berdemokrasi di Lebuh Raya Kesas tersebut sehingga melibatkan

kecederaan dan kerosakan harta benda (SUHAKAM 2001a). Pada keesokan harinya iaitu 21 Ogos

2001, Perdana Menteri Malaysia pada waktu tersebut mengkritik SUHAKAM dan menganggap

laporan tersebut berat sebelah dan dipengaruhi pemikiran barat tetapi bukan kepentingan negara.

(Berita Harian 2001a:1)

Penubuhan SUHAKAM waktu itu  menyatakan penubuhan SUHAKAM adalah berlandaskan

Bahagian II Perlembagaan Persekutuan dan juga Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia terutamanya

dalam usaha menjamin manusia berhak mendapat maklumat yang tepat, benar, dan lengkap mengenai

hak asasi manusia (Memo 2001:26). Ini menunjukkan SUHAKAM wajip mengamal nilai dan hak

sejagat yang terkandung dalam deklarasi tersebut tetapi telah dikatakan menampilkan nilai-nilai Barat

oleh kerajaan Malaysia.

SUHAKAM mengesyorkan kepada kerajaan supaya mengiktiraf undang-undang hak asasi manusia

antarabangsa yang utama seperti Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Sosial, dan

Kebudayaan. Cadangan tersebut memberikan kelebihan kepada kesejagatan hak asasi manusia

Page 15: Kenegaraan

berdasarkan aliran antarabangsa dan keadaan tersebut akan menggugat pengamalan nilai timuran di

Malaysia.

Sebenarnya sukar hendak mengimplimentasikan tahap antarabangsa mengenai hak asasi manusia di

Malaysia. Dalam suatu temubual dengan Saliha Haji Hassan (2001), beliau memberitahu walaupun

Piagam Hak Asasi Manusia Malaysia mengiktirafkan kesejagatan hak asasi manusia namum ketika

perbincagan bagi menentukan pelaksanaan ke atas hak-hak yang tersenarai dalam Piagam tersebut,

tiada pihak yang sanggup bertanggungjawab merealisasikannya.

Menurut beliau lagi, daripada sudut makro, pendekatan hak asasi manusia sejagat dapat dipraktikkan.

Namum apabila melibatkan soal sesebuah negara, maka hak asasi manusia perlu berhadapan dengan

konteks tempatan dan keperluan yang berbeza dalam mengimplementasi hak asasi manusia. Ini jelas

kerana sekiranya Malaysia menandatangani dan mengiktiraf undang-undang antarabangsa dan

menerima hak asasi manusia sejagat maka beberapa perkara-perkara sensitif perlu diselesaikan

terlebih dahulu seperti hak istimewa orang Melayu dan kebebasan beragama.

Sudah dijelaskan sebelum ini hak istimewa orang Melayu yang terkandung dalam Perkara 153

Perlembagaan Persekutuan bercanggah dengan Artikel 1, 2, dan 7 Deklarasi Sejagat Hak Asasi

Manusia. Begitu juga dengan kebebasan beragama di mana Perkara II(I) menjelaskan tidak dibenarkan

menyebarkan agama-agama lain kepada umat Islam. Ini juga berlawanan dengan Artikel 18 Deklarasi

Sejagat mengenai hak menukar agama ataupun kepercayaan melalui pengajaran, amalan, pemujaan

dan pematuhan. Malah Artikel 16 Deklarasi Sejagat membenarkanperkhawinan antara agama -

contohnya perkhawinan di antara penganut Islam dan bukan Islam - yang jelas bercnaggah dengan

agama Islam yang mensyaratkan perkhawinan mestilah di antara sesama umat Islam. Masalah-

masalah inilah yang dilihat sebagai kunci kesukaran Malaysia menerima hak asasi sejagat.

Sekiranya Malaysia ingin menerima hak asasi manusia yang bersifat sejagat, beberapa isu sensitif

seperti hak istimewa orang Melayu, kebebasan beragama dan sentimen perkauman perlu diatasi.

Namum isu-isu ini dilihat agak sukar dan mustahil diselesaikan pada masa terdekat ini. Ianya

memerlukan suatu tempoh masa yang lama dan memerlukan sikap toleransi yang tinggi di antara

kaum dan agama bagi menghapuskan isu-isu sensitif ini. Oleh kerana kedudukan sebeginilah yang

menyebabkan hak asasi manusia yang bersesuaian dengan norma tempatan menjadi pilihan Malaysia.

Sekurang-kurangnya ia menjamin kemakmuran ekonomi dan pembangunan yang berterusan di

Malaysia.

Page 16: Kenegaraan

2.7 Kebebasan Media

Salah satu elemen demokrasi ialah kebebasan media. Musa Hitam (2001) iaitu pengerusi SUHAKAM

berpendapat tidak wujud apa yang dikenali sebagai kebebasan media yang mutlak. Beliau menyentujui

kebebasan media harus diikat dengan tanggungjawab dalam menyampaikan laporannya. Penolong

Pengarah Berita Utusan Malaysia waktu itu, (Marzuki Yusoff 2001) juga menyokong pandangan

Musa Hitam dan beliau menjelaskan, "Walaupun hampir semua wartawan mungkin gembira apabila

dapat menulis sebebas-bebasnya tetapidalam sistem dan nilai-nilai masyarakat di Malaysia, media

massa (cetak dan elektronik) perlu ada tanggungjawab sosial dan penapisan dalaman. Malaysia sendiri

tidak akan aman jika akhbar saling melaga-lagakan penduduk berlainan kaum. Rakyat juga akan

terlalu keliru dan hidup dalam kebencian jika sentimen anti kerajaan dipaparkan setiap hari.

Kewibawaan Malaysia sebagai sebuah negara Islam berdaulat akan menjadi ejekan dunia jika kerajaan

negara kerap dipermalukan."

Selain itu, dalam ucapan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir bin Mohamad (1994:16-17) juga

menjelaskan,"Malaysia percaya kepada kebebasan akhbar. Tetapi kebebasan itu, sebagaimana juga

kebebasan dan hak-hak lain, mesti seiring dengan tanggungjawab. Kami akan terus mengharapkan

media Malaysia bertanggungjawab, tetapi kami tidak akan mengetepikan perlunya penguatkuasaan

tanggungjawab ini. Tetapi kepada akhbar antarabangsa, kita hanya boleh berharap dan berdoa bahawa

mereka menyedari kerosakan yang mereka lakukan." Bagi beliau demi majoriti rakyat dan kestabilan

politik di Malaysia, kebebasan akhabar mahupun kebebasan-kebebasan yang lain seperti kebebasan

akhbar mahupun kebebasan-kebebasan yang lain seperti kebebasan bersuara dan debat terbuka boleh

dibataskan penggunaannya.

Bekas pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia waktu itu iaitu Dato' Dr Ismail bin Haji Ibrahim

(Ismail Ibrahim: 2001) melihat cara pemerintahan di Malaysia menjamin hak beragama, hak bersuara,

bebas mengeluarkan akhbar, bertanding dalam pilihanraya, hak minoriti, dan hak wanita. Namum

begitu, bagi beliau hak-hak tadi haruslah ada kawalan kerana di Malaysia terdapatnya masyarakat

majmuk yang sensitif pada beberapa perkara. Kalau dibiarkan isu-isu agama, hak istimewa orang

Melayu dan sebagainya dibicarakan dalam perhimpunan ramai secara terbuka seperti dalam kempen

pilihanraya, maka hak ini mungkin akan mengancam keselamatan negara.

Inilah juga yang menyebabkan wujudnya akta-akta seperti Akta Hasutan. Jika diteliti, hak istimewa

orang Melayu berdasarkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan adalah bercanggah dengan Artikel

Page 17: Kenegaraan

1, 2, dan 7 Deklarasi Sejagat yang menuntut kepada kesamarataan daripada segi hak, politik dan

undang-undang tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan fahaman politik.

Case(1993) mengklasifikasikan politik Malaysia terutamanya pada era itu sebagai separuh demokrasi,

kerana pihak kerajaan menekankan organisasi sosial atau badan bukan kerajaan melalui ISA,

OSA,Akta Hasutan, AMCP dan AUKU. Jomo K.S. (1996:74-75) memperlihatkan dua cabaran

demokrasi Malaysia yang disebabkan pemusatan kuasa di tangan badan eksekutif memberi kesan

langsung kepada cara pemerintahan dan tahap kebebasan bersuara di Malaysia dan kedua, wujudnya

amalan 'penyewaan hak milik' oleh ahli-ahli politik yang mempunyai kepentingan perniagaan,

khususnya melalui media seperti akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian. Chandra Muzaffar

(1986) pula menghuraikan secara terperinci hak kebebasan bersuara yang disekat melalui akta-akta

kawalan dan manipulasi pengawasan ke atas media massa dan elektronik tempatan. Akta-akta tersebut

iaitu ISA, OSA, Akta Hasutan, AMCP dan AUKU menyebabkan tanggapan meluas, tiada saluran

yang jelas dalam mengemukakan pendapat alternatif pada arus utama apatah lagi kritikan ke atas dasar

dan tindakan pihak pemerintah. Tambahan pula, karya Robison (1996) dan Mauzy (1997)

menunjukkan ciri-ciri penduduk Malaysia yang pelbagai kaum menyebabkan sukarnya kebebasan

bersuara diamalkan kerana adanya kecenderungan berlakunya perselisihan antara kaum itu sekiranya

hak kebebasan disalahgunakan dengan mengugat ataupun menghina kaum-kaum yang lain secara

terbuka.

3. Rumusan Dan Kesimpulan

Malaysia telah memilih pemerintahan berlandaskan demokrasi berparlimen dengan raja

berperlembagaan. untuk melantik wakil rakyat ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri

melalui pilihan raya yang diadakan setiap lima tahun. Dengan itu, sistem pemerintahan menjadi lebih

bertanggungjawab serta telus dengan adanya persaingan politik yang sihat. Doktrin pengasingan kuasa

diamalkan untuk mengelakkan pemusatan kuasa.Kesan daripada pemerintahan kolonial telah

membawa kepada bentuk pemerintahan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen masa kini.

Terdapat kelemahan dalam amalan demokrasi di Malaysia iaitu kekurangan kecekapan semasa

membuat keputusan negara dan ketidakseimbangan pengasingan kuasa di antara ketiga-tiga badan

tersebut. Hak Asasi Manusia dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan 1957 yang disebut Kebebasan

Asasi dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan (1999). Agama Islam ialah faktor pertama yang

mempertingkatkan tahap hak asasi manusia semenjak zaman dahulu. Di samping itu, akta- akta seperti

ISA, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi (Official Secret Act -OSA) 1972, Akta Mesin Cetak dan

Penerbitan (AMCP)1984, dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada 1971 mengehadkan

kebebasan Asasi Malaysia. Rakyat Malaysia telah bersatu suara menyuarakan tuntutan hak-hak sivil

Page 18: Kenegaraan

dan politik yang selari dengan nilai-nilai hak asasi manusia sejagat pada masa kini. Kerajaan pula

digalakkan untuk mengambil langkah lebih lanjut untuk menjamin perlindungan terhadap hak

kebebasan berpendapat sepenuhnya. Penubuhan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dilihat sebagai satu

perkembangan positif yang membuka satu lembaran baru dalam sejarah perjuangan dan perlindungan

hak asasi di negara ini. Akhir sekali demi majoriti rakyat dan kestabilan politik di Malaysia,

kebebasan akhabar mahupun kebebasan-kebebasan yang lain seperti kebebasan akhbar mahupun

kebebasan-kebebasan yang lain seperti kebebasan bersuara dan debat terbuka boleh dibataskan

penggunaannya.

Negara Malaysia dilandasi oleh sejarah dan latar belakang yang unik. Pada luarannya, Malaysia

mengamalkan struktur perlembagaan demokrasi dan pemerintahan yang bercorak demokrasi

berparlimen namum beberapa proses terpenting demokrasi seperti pemerintahan berasaskan undang-

undang, kebebasan bersuara, kebebasan akhbar dan keadilan sosial dibatasi oleh pihak pemerintah

demi menjaga kestabilan demi menjaga kestabilan politik Malaysia. Berbeza dengan Demokrasi Barat,

Demokrasi Berparlimen dengan pemerintahan Raja berperlembagaan dapat mempertahankan

keharmonian dan keistimewaan identiti dan budaya bangsa Malaysia. Hanya Demokrasi ‘ala

Malaysia’ boleh menjaminkan kelangsungan pembangunan negara dengan keamanan negara yang

dinikmati sekarang.

Bibliografi

Mohd. Azizuddin Mohd. Sani. 2002. Hak Asasi & Hak Bersuara Menurut Pandangan Islam dan

Barat. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Mohamed Anwar Omar Din. 2004. Dinamika Bangsa Melayu – Menongkah Arus Globalisasi.

Syed Husin Ali. Demokrasi di Malaysia: Satu Pendidikan Asas Mengenainya.

Harlida Abdul Wahab dan Asiah Bidin. 2001. Akta 597: Satu perkembangan Hak Asasi

Manusia di Malaysia.

Wikipedia Bahasa Melayu. 2010. Hak Asasi Manusia. 5 Mac.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hak_asasi_manusia (3 Mac 2010).

Page 19: Kenegaraan