Kenegaraan Malaysia : Negara Bangsa
Click here to load reader
-
Upload
ziela-abidin -
Category
Documents
-
view
303 -
download
30
description
Transcript of Kenegaraan Malaysia : Negara Bangsa
KENEGARAAN MALAYSIA
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN.................................................................................................................1
NEGARA BANGSA..........................................................................................................2
KONSEP NEGARA BANGSA..........................................................................................7
FAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN KEPADA PEMBINAAN NEGARA BANGSA.............10
PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA..................................................................14
MASALAH DALAM PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA............................................17
KESIMPULAN................................................................................................................20
BIBLIOGRAFI.................................................................................................................21
0
KENEGARAAN MALAYSIA
PENGENALAN
Pembinaan negara bangsa sering kali menjadi matlamat utama yang hendak dicapai
oleh sesebuah Negara terutamanya Negara yang didiami oleh masyarakat pelbagai
kaum. Keupayaan membina sebuah Negara bangsa dilihat sebagai kemuncak kejayaan
sesebuah Negara, pentadbiran dan penduduknya.
Usaha-usaha secara intensif bagi mencapai matlamat mula dilaksanakan
selepas peristiwa 13 Mei 1969 khususnya menerusi rancangan Dasar Ekonomi Baru
(DEB). Matlamat yang lebih jelas pula hanya muncul ekoran pengenalan Wawasan
2020 oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1991.
Wawasan yang menekankan terhadap keperluan wujudnya bangsa Malaysia yang
mantap mula diberikan perhatian yang lebih serius oleh pelbagai pihak.
Kenichi Ohmae, penulis buku “The End of the Nation State”, menyifatkan abad
ke 20 dan awal abad ke 21 sebagai era berakhirnya Negara bangsa. Beliau
menekankan kepada pembentukan dunia tanoa sempadan yang ditunjang oleh aliran
kecanggihan berasaskan teknologi maklumat. Bagi Ohmae, keunggulan negara bangsa
telah roboh dan tercabar akibat beberapa elemen kuasa baru iaitu industri, pelaburan,
pengguna dan maklumat. Sebagai ganti negara bangsa, Ohmae mengungkap
kepentingan negara wilayah (region state) yang berperanan sebagai pusat hubungan
dengan dunia global (Ohmae, 1995).
1
KENEGARAAN MALAYSIA
NEGARA BANGSA
Menurut Kamus Dewan (1994), negara bangsa didefinasikan sebagai negara berdaulat
yang didiami oleh satu bangsa. Pembinaan negara bangsa pula merupakan satu proses
mewujudkan semangat kenegaraan atau perasaan kekitaan dikalangan semua
penduduk sesebuah negara (INTAN, 1980).
Manakala, menurut Wikipedia, negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk
kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadii sebuah entiti
berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah wilayah berdaulat. Negara (atau
negeri) ialah entiti politik dan geopolitik, manakala bangsa ialah entiti budaya dan/atau
etnik. Istilah negara bangsa menandakan bahawa kedua-duanya (negara dan bangsa)
sebagai sama, dan ini membezakannya dengan bentuk kenegaraan yang lain, yang
telah wujud sebelumnya.
Dalam istilah pengajian politik, sains politik atau kerajaan, negara bangsa
merujuk kepada sebuah negara yang sudah mempunyai budaya sivik. Budaya sivik
adalah sama erti dengan budaya politik yang boleh ditafsirkan sebagai satu set
pengetahuan dan peraturan mengenai segala tingkah laku dalam politik (Asnarulkhadi
dan Jayum, 1997).
Bagi Rustam Sani (1993), negara bangsa merupakan sebuah komuniti politik
yang bersifat simbolik. Penduduknya adalah terangkum dalam sebuah wilayah yang
mempunyai simbol-simbol kewibawaannya yang simbolik. Simbol-simbol tersebut telah
dijadikan asa untuk memupukk nilai-nilai patriotisma, kebangsaan dan jatidiri negara
2
KENEGARAAN MALAYSIA
bangsa dikalangan warganya. Antara simbol-simbol tersebut adalah institusi
perlembagaan, idealogi negara, bahasa, agama, budaya dan unsur-unsur sosial lain
yang dapat membentuk kesepaduan dikalangan warganya.
Negara bangsa ialah negara berdaulat yang didiami oleh satu bangsa. Negara
bangsa membentuk sebuah negara dengan rakyatnya hidup bersatu padu,
berkeyakinan, harmoni, mempunyai daya saing yang tinggi dan mempunyai semangat
patriotik yang kental. Rakyatnya akan menikmati kehidupan berasaskan persamaan
hak, keadilan dan mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap sistem pemerintahan
negara (Dewan Masyarakat, 2012).
Persoalan negara bangsa secara konseptual menjadi permasalahan penting
disebabkan beberapa kekeliruan mengenainya. Ini kerana ada pihak yang menganalisi
perkara tersebut secara legalitis dengan menghubungkan dengan konsep
‘warganegara’ dan ada pula yang melihatnya berdasarkan konsep ras yang dihujahkan
sebagai sukar untuk terbentuk (Abdul Rahman Embong, 2001).
Pada zaman moden ini, hanya wujud beberapa negara yang boleh
diklasifikasikan sebagai negara bangsa tanpa dipertikaikan. Negara-negara tersebut
adalah Portugal, Iceland dan Jepun (Wikipedia). Di Portugal, walaupun dikelilingi oleh
negeri-negeri dan bangsa-bangsa lain, negara (bangsa) Portugis ini telah bertapak
dalam bentuk yang lebih kurang sama sejak 900 tahun yang lalu. Manakala di Iceland,
walaupun penduduknya boleh dikaitkan dengan etnik Scandinavia yang lain, budaya
dan bahasa kebangsaannya hanya terdapat di pulau ini dan tiada kumpulan etnik
minoriti merentasi sempadan. Malah, tanah daratan yang terdekat terletak jauh beribu
3
KENEGARAAN MALAYSIA
batu. Di Jepun, walaupun Jepun mengandungi beberapa kumpulan etnik minoriti yang
lain, tradisi Jepun menunjukkan sebuah negara bangsa dalam amalan.
Di Malaysia, terdapat tiga faktor yang mendominasi perbincangan ke arah
membentuk negara bangsa Malaysia iaitu faktor politik, sosial dan ekonomi.
Faktor Politik
Faktor politik dapat dilihat dari sudut penggabungan parti-parti politik pelbagai kaum
melalui Parti Perikatan dan Barisan Nasional. Faktor politik merupakan ciri asas ke arah
mempercepatkan agenda pembinaan negara bangsa ini. Kestabilan politik menjadi
prasyarat kepada pembangunan dan kepesatan ekonomi sesebuah negara. Secara
umumnya, terdapat perbezaan persepsi antara individu yang melihat faktor ini.
Perbezaan persepsi ini berlaku kerana di dalam masyarakat majmuk yang dicirikan oleh
kewujudan berbagai-bagai unsur perbezaan menghasilkan kehendak yang berbeza di
dalam melihat sesuatu isu. Seterusnya ia menghasilkan perbezaan falsafah dalam rupa
pembinaan negara bangsa dan cara mencapainya.
Faktor Sosial
Pembinaan negara bangsa merupakan suatu proses mewujudkan semangat
kenegaraan atau perasaan kekitaan. Melalui takrifan ini faktor sosial merupakan faktor
penting untuk mewujudkannya. Faktor sosial ini merangkumi peranan-peranan Rukun
Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Bahasa
Kebangsaan. Melalui perkara-perkara ini banyak perbincangan yang dapat dibuat bagi
menghasilkan satu identiti nasional negara bangsa Malaysia yang dibentuk.
4
KENEGARAAN MALAYSIA
Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961 pula digubal dengan matlamat utamanya
ialah untuk mewujudkan persefahaman dan perpaduan dikalangan rakyat. Ahmad Atory
Hussain (1987) bersetuju bahawa satu daripada cara untuk membentuk satu bangsa
Malaysia ialah melalui sistem pendidikan. Dasar Kebudayaan Kebangsaan juga
merupakan isu penting dalam mewujudkan negara-bangsa Malaysia. Kebudayaan
kebangsaan merujuk kepada kebudayaan negara yang rasmi dan bersifat formal tetapi
merentasi batasan etnik (Ahmat Adam, 1997). Dasar ini diwujudkan bertujuan
merapatkan jurang perbezaan pelbagai kaum di negara ini agar semua rakyat dapat
bersatu padu bagi membolehkan negara ini muncul dengan identitinya tersendiri.
Pelaksanaan Program Khidmat Negara juga merupakan salah satu usaha
kepada pembentukan negara bangsa. Program ini dapat memupuk semangat cintakan
negara dan semangat setiakawan yang tinggi dikalangan remaja yang berbilang
bangsa. Perkahwinan campur, iaitu perkahwinan di antara berlainan bangsa, negara
dan agama juga merupakan penggerak kepada pembentukan negara bangsa. Hasil
daripada perkahwinan campur ini akan melahirkan generasi yang akan mempunyai
perasaan cinta pada negara dan mempunyai perpaduan yang utuh dengan kaum lain.
Generasi kedua dan ketiga akan lebih berfikiran terbuka dan bersedia untuk menjadi
bangsa Malaysia kerana mempunyai semangat perpaduan yang tinggi.
Faktor Ekonomi
Dari segi faktor ekonomi, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal semasa
pemerintahan Tun Abhdul Razak juga merupakan tangga kepada pembentukan negara
bangsa. Dasar ini telah berjaya mengurangkan pengenalan kaum berdasarkan fungsi
5
KENEGARAAN MALAYSIA
ekonomi dan secara tidak langsung menguatkan lagi hubungan perpaduan sesama
kaum yang ada dan membuktikan faktor ekonomi sememangnya mempengaruhi proses
pembinaan negara bangsa Malaysia (Azizi Ismail, 1997).
Walaupun DEB merupakan program afirmatif yakni membantu pembangunan
bumiputera, namun bukan bumiputera juga turut mendapat faedah hasil daripada
perlaksanaan projek-projek pembangunan menerusi dasar ini. DEB telah membawa
perubahan signifikan dalam penyusunan semula masyarakat Malaysia. Namun begitu
Dasar Ekonomi Baru juga tidak dapat lari daripada kelemahannya apabila mendapat
sedikit sebanyak penentangan daripada orang bukan Melayu (Hassan Othman, 1997).
Menurut Hasmadi (1997), masyarakat bukan Melayu terutamanya orang Cina
tidak menentang dasar tersebut, tetapi lebih kepada cara dasar itu dilaksanakan.
Mereka merasakan telah dinafikan haknya sebagai rakyat kerana dasar ini
mengutamakan Melayu dan kaum bumiputera dalam soal ekonomi dan pendidikan
6
KENEGARAAN MALAYSIA
KONSEP NEGARA BANGSA
Pembinaan negara bangsa amat penting bagi sesebuah negara yang berbilang kaum
dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada
perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih
lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas
bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga nilai, budaya dan
kepercayaan dari pelbagai negara.
Untuk membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa
hadapan yang dikongsi bersama bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-
wilayah dan kelompom-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya
berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah bangsa Malaysia
dengan rasa taat setiadan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa
tersebut (Tun Dr Mahathir, 1991).
Konsep negara bangsa wujud daripada sejarah politik nasionalisme Barat sejak
akhir abad ke-18. Konsep ini merujuk kesatuan sosiopolitik-legalistik yang oenduduknya
terdiri daripada satu bangsa sahaja. Konsep ini tidak sama maksudnya dengan ras atau
suku kaum dari segi takrif sosiobudaya atau takrif antropologi. Sesuatu bangsa itu
belum dianggap negara (nation) jika bangsa itu belum mempunyai negeri atau negara
(Dewan Masyarakat, 2012).
Pembentukan negara bangsa pada asasnya merupakan gabungan tiga
komponen utama iaitu negara, individu dan bangsa.
7
KENEGARAAN MALAYSIA
Negara
Menurut wikipedia, negara adalah suatu wilayah di permukaan bumi yang
kekuasaannya sama ada politik, ketenteraan, ekonomi, sosial ataupun budayanya
diatur oleh kerajaan yang berada di wilayah/negara tersebut. Kerajaan tersebut adalah
bebas dan tidak terletak di bawah pemerintahan kerajaan lain.
Negara juga boleh ditakrifkan sebagai sekumpulan atau suatu masyarakat yang
menduduki sesebuah wilayah tertentu atau yang tetap di bawah pemerintahan dan
penyelenggaraan sebuah kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar (Kamus
Dewan Edisi Ketiga, 1997). Menurut undang-undang antarabangsa, sebuah negara
haruslah mempunyai elemen-elemen penduduk, wilayah, kerajaan dan kedaulatan.
Penduduk adalah asas untuk membentuk sebuah negara. Negara akan wujud
apabila rakyat ataupun penduduk yang mengakui dan mengiktiraf bumi yang dipijak
ataupun wilayah yang didiami itu sebagai tanah leluhurnya (AC Kapur, 2001). Tanpa
penduduk atau rakyat, sebuah negara tidak akan dapat dibina. Manakala wilayah
merupakan kemestian bagi pembentukan sesebuah negara. Wilayah menjadi petunjuk
kepada pemilikan kawasan, sumber-sumber semula jadi dan hak oleh sesebuah
bangsa. Pembentukan wilayah selalunya berlandaskan kepada geografi dan sudah
menjadi amalan, manakala penentuan sempadan kekuasaan sesebuah negara itu
dibuat berasaskan keadaan alam seperti bukit bukau, gunung ganang, sungai, lembah
ataupun laut (AC Kapur, 2001).
Kerajaan pula merupakan lambang kehidupan kelompok manusia dalam
keadaan yang teratur dan tersusun serta bersistem. Tanpa kerajaan, kehidupan
8
KENEGARAAN MALAYSIA
sesebuah bangsa akan menjadi sukar disebabkan perpecahan dan perebutan kuasa
(AC Kapur, 2001). Kedaulatan merupakan pengiktirafan oleh negara-negara lain. Tanpa
pengiktirafan kepada kedaulatan, sesebuah negara mungkin sahaja dicerobohi dan
penduduknya ditindas tanpa ada pembelaan (K.Ramanathan, 1992).
Individu
Manakala individu adalah tenaga penggerak kepada terbinanya bangsa dan seterusnya
negara. Disebabkan itulah individu sangat penting di dalam proses pembinaan negara
bangsa. Negara bangsa sememangnya tidak dibina oleh individu secara bersendirian
tetapi individulah yang menjadikan pembentukannya suatu realiti dan bukan fantasi.
Bangsa
Bangsa adalah merujuk kepada satu komuniti orang ramai (komuniti politik) yang
terbentuk dalam sejarah, dipertautkan melalui perkongsian wilayah bersama, ekonomi
bersama, serta mempunyai unsur-unsur subjektif bersama yang merangkumi bahasa,
budaya, sastera dan nama bersama yang dikongsi bersama (Kementerian
Penerangan). Bangsa merangkumi beberapa kumpulan ras atau etnik yang disatukan di
bawah satu sistem pemerintahan dan perundangan serta mempunyai tanggungjawab
yang sama untuk mematuhi perlembagaan bangsa itu.
9
KENEGARAAN MALAYSIA
FAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN KEPADA PEMBINAAN NEGARA
BANGSA
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31hb Ogos 1957 dan bersama Sabah dan
Sarawak membentuk negara Malaysia pada 16hb September 1963. Negara Malaysia
telah melalui proses suka duka. Pada tahun 1941, British telah gagal mempertahankan
Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dan membiarkan orang Melayu dan Bumiputera
mengalami kesusahan pada zaman Jepun. Tidak cukup dengan itu, Malayan Union
telah dipaksa ke atas orang Melayu sebagai satu denda politik kepada mereka yang
dikatakan bersubahat dengan Jepun. Orang Melayu yang longlai, bingkas bangun
bersatu menumbangkan Malayan Union yang dianggap menghilangkan identiti Melayu
sebagai pemilik Tanah Melayu. Perjanjian Tanah Melayu 1948 telah mengubah corak
politik dan memulakan proses pembinaan negara-bangsa Persekutuan. Perkongsian
kuasa bermula dengan pemberian kewarganegaraan. Pembinaan negara-bangsa
Malaysia terus melangkah kehadapan melalui penggabungan tanah Melayu dengan
Sabah dan Sarawak pada tahun 1963.
Proses pembinaan negara bangsa ini sentiasa dipengaruhi pelbagai faktor
sebelum ia dapat dicapai. Fakfor-faktor inilah yang menjadi pemangkin dan penggerak,
pada masa yang sama juga faktor tersebut membantu pengekalan sesebuah negara
bangsa. Faktor-faktor tersebut adalah :
10
KENEGARAAN MALAYSIA
Integrasi
Integrasi merupakan penyatuan yang kuat dan sempurna di dalam masyarakat. Aktiviti
integrasi adalah bermatlamat menghilangkan perasaan perkauman atau kenegerian
atau apa juga fahaman kebangsaan yang sempit yang boleh mengancam matlamat
paling utama negara bangsa iaitu mengutamakan matlamat kebangsaan yang mewakili
negara dan semua pihak yang berada di dalamnya (Zulhilmi Paidi, 2005).
Nasionaliti
Nasionaliti merupakan elemen penting dalam menjadi pemangkin kepada terbentuknya
sesebuah negara bangsa. Secara mudahnya, nasionaliti juga boleh ditakrifkan sebagai
kewarganegaraan. Elemen ini mewujudkan suatu bentuk identiti kepada semua orang
di dalam negara itu iaitu sebagai penduduk atau warganegara tersebut.
Ini terbukti dengan suatu pengenala identiti seperti kad pengenalan yang sama
pada semua warganegara ataupun pasport bagi keperluan antarabangsa bagi
penduduk negara tersebut. Faktor kebersamaan dan perasaan berkongsi milik dalam
hal seperti budaya kebangsaan, sistem politik dan bahasa boleh menjadi faktor
penyatuan rakyat yang diiktiraf sebagai suatu bentuk nasionaliti kebangsaan yang
mewakili semua orang.
Nasionalisme
Nasionalisme adalah satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan
sesebuah negara (nation) dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk
sekumpulan manusia. Dalam zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada amalan
11
KENEGARAAN MALAYSIA
politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan,
seperi yang dinyatakan di bawah. Para saintis politik biasanya menumpukan
penyelidikan mereka kepada nasionalisme yang ekstrim seperti nasional sosialisme,
pengasingan dan sebagainya (Wikipedia).
Secara mudahnya, nasionalisme boleh ditakrifkan sebagai perasaan cinta
kepada tanah air. Perasaan ini boleh dilahirkan menerusi tindakan seperti penentangan
terhadap penjajah atau boleh juga dilahirkan dengan sentimen kebangsaan seperti
menyanyikan lagu kebangsaan atau menaikkan bendera negara (Sodaro, 2001).
Nasionalisme adalah asas membina semangat kekuatan, keyakinan diri,
penyatuan dan perpaduan nasional. Kekuatan semangat nasionalisme yang
dikumpulkan menerusi tenaga, keazaman, dan cita-cita serta usaha supaya maju juga
mengutamakan kepentingan nasionalisme daripada kepentingan kaum masing-masing
akan menjadi faktor kejayaan pembentukan negara bangsa.
Patriotisme
Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap tanah air
oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. Tanah air itu mungkin suatu bandar
atau rantau, namun patriotisme ini bermaksud bangsa dan/atau negara. Patriotisme
meliputi sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak
memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain
dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini
digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain. Sebenarnya, nasionalisme
12
KENEGARAAN MALAYSIA
ialah sejenis ideologi - namun nasionalisme selalu memupuk nilai-nilai patriotik sebagai
sikap yang sewajarnya (Wikipedia).
Elemen patriotisme ini biasanya hadir selepas wujudnya perasaan nasionalisme
dan ia merupakan elemen penting berkenaan kasih seta kesedaran seseorang
terhadap kewarganegaraannya dan betapa ia cinta terhadap tanah airnya.
Patriotisme adalah kesetiaan teragung rakyat yang sedia berkorban nyawa dan
tanah air yang dicintainya (Kellas, 1998). Bangsa akan menjadi kuat dan mampu
berjuang membangunkan bangsa daripada mengalami kemunduran dan penindasan.
Demokrasi
Secara mudahnya, demokrasi dimaksudkan sebagai daripada rakyat untuk rakyat
kepada rakyat. Demokrasi wujud kerana adanya rakyat dan dicipta bagi kesejahteraan
rakyat dan negara. Negara bangsa hanya wujud apabila wujudnya kefahaman
mendalam berkenaan demokrasi yang memberi ruang kepada semua orang untuk
terlibat dalam pentadbiran negara. Demokrasi juga membantu rakyat bersatu hati dalam
menerima pentadbiran yang memenangi proses demokrasi yang dijalankan secara adil
dan saksama.
13
KENEGARAAN MALAYSIA
PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
Pembentukan negara bangsa bagi setiap negara yang lain adalah berbeza-beza.
Walaubagaimanapun, Hague dan Harrop sudah membuat garis panduan di mana
sesebuah negara bangsa akan terbentuk hanya apabila empat tahap proses ini dilalui.
Tahap-tahap itu ialah (Fawzi Basril et al, 1994):
Bina Negara (State Building)
Proses pembinaan negara biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran.
Persekitaran yang dimaksudkan adalah sesetengah negara pernah menjadi tanah
jajahan manakala sesetengah negara pula adalah negara merdeka sejak awal
penubuhannya. Disebabkan itu, pencapaian tahap yang terjadi selalunya berbeza
antara negara. Ada negara yang mencapai tahap perubahan dengan cepat dan ada
juga yang agak lewat.
Di Malaysia, proses tahap pertama berkenaan pembinaan negara mengambil
masa yang amat panjang. Pembinaan negara berasaskan pelbagai kaum hanya mula
tergambar selepas perang Dunia Kedua berakhir. Sebelum tarikh tersebut, pembinaan
negara hanyalah berkisar di kalangan masyarakat Melayu sahaja. Bermula dengan
rancangan Malayan Union pada tahun 1946 dan kemudiannya penubuhan Persekutuan
Tanah Melayu (1948) mula melonggarkan pemberian kerakyatan bersyarat kepada
penduduk bukan Melayu. Akhirnya, pembinaan negara menjadi realiti apabila
kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 diperoleh daripada Inggeris.
14
KENEGARAAN MALAYSIA
Bina Bangsa (Nation Building)
Perkembangan pada tahap kedua dimulakan selepas kemerdekaan 1957 dengan
memperlihatkan bentuk perhubungan awal yang longgar antara kaum. Perlakuan
berlaku dalam hubungan longgar ini menggambarkan ciri-ciri yang wujud dalam
masyarakat yang dipanggil sebagai masyarakat majmuk (Furnivall, 1948). Menurut
Furnivall lagi, apabila terdapat lebih daripada satu etnik termasuk penduduk bumiputera
tinggal di situ, mereka bercampur tetapi tidak bersatu, tinggal berdekatan tetapi
terpisah, mengamalkan budaya, pekerjaan dan pendidikan yang berbeza.
Tahap ini adalah tidak memuaskan hati kerajaan dan jelas amat minimum dalam
usaha menyatukan semua warganegara pelbagai kaum sebagai suatu bangsa.
Penyertaan Rakyat (Mass Participation)
Proses pembinaan negara bangsa tidak akan tercapai tanpa penyertaan menyeluruh
daripada keseluruhan rakyatnya. Ini bermakna, setiap anggota masyarakat meti
bersama-sama berusaha mewujudkan suasana yang dapat membantu wujudnya
kesatuan yang dicari.
Pada tahap ini, masyarakat sudah diintegrasikan ke dalam suatu bangsa yang
memiliki nilai-nilai identiti yang sama dan mula membentuk sebuah negara bangsa.
15
KENEGARAAN MALAYSIA
Pengagihan Nilai-Nilai Masyarakat (Politics of Distribution)
Pengagihan pula meliputi semua aspek sosial, ekonomi dan politik. Walau
bagaimanapun, proses pengagihan yang adil ini tidak harus disalah ertikan dan
dilakukan menurut satu cara sahaja. Pengagihan yang adil itu haruslah mengambil kira
dan menimbangkan keadaan perkembangan negara sejak sebelum merdeka dan
sehinggalah kepada hari ini.
Persefahaman dan toleransi yang sedia ada haruslah dikekalkan dan dikukuhkan
lagi sewaktu proses pengagihan. Pembinaan negara bangsa akan sampai ke
kemuncaknya apabilah persefahaman pada peringkat ini dapat dicapai.
16
KENEGARAAN MALAYSIA
MASALAH DALAM PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
Abu Hassan (1997) menyatakan lima faktor penghalang dalam proses pembinaan
negara bangsa Malaysia iaitu pemisah ras dan etnik, pemisah wilayah, parti-parti politik
berteraskan etnik, nilai parokialisme dan sikap prejudis serta permasalahan sosial.
Pemisahan ras dan etnik ini dilihat melalui pemisahan sosial yang masih wujud
disebabkan oleh perbezaan budaya, agama, bahasa, pengaruh media-massa,
pendidikan, penglibatan organisasi sosial yang bersifat perkauman atau pertubuhan
perniagaan dan sebagainya yang bersifat eksklusif untuk sesautu kumpulan etnik atau
sub-etnik. Ini pastinya akan memperkukuhkan sentimen nilai etnik dan kesukuan.
Malah, identiti etnik masih merupakan asas untuk pendaftaran formal dan sebagainya.
Pembinaan negara bangsa tidak akan tercapai sekiranya masih ada perasaan
etnosentrik dalam kalangan masyarakat iaitu perasaan merendahkan sesuatu bangsa
dan budaya kaum lain kerana merasakan bangsa dan budaya sendiri lebih hebat.
Perasaan bangga ini menyebabkan masyarakat sukar untuk menerima kaum lain dalam
melakukan aktiviti seharian. Perasaan etnosentrik ini boleh memecahbelahkan
keharmonian sesuatu kaum kerana kegagalan untuk bekerjasama dan bertolak ansur.
Sikap ini juga boleh membawa kepada pergaduhan besar seperti peristiwa kampung
medan dan rusuhan 13 mei (Dewan Masyarakat, 2012)
Pemisahan wilayah pula dilihat diantara yang maju dan kurang maju. Identifikasi
melalui bandar yang didiami oleh kaum bukan bumiputera yang lebih maju dan luar
bandar yang didiami oleh bumiputera yang kurang maju masih lagi wujud. Beberapa
17
KENEGARAAN MALAYSIA
negeri juga seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis, Sabah dan Sarawak masih
menampakkan gejala kadar kemiskinan yang tinggi.
Parti-parti politik yang berteraskan kumpulan etnik memang wujud dan setiap
parti politik dipersepsikan sebagai menjaga kepentingan kumpulan etnik masing-
masing. Walaupun secara amnya parti-parti ini bergabung, namun sering juga muncul
konflik dikalangan parti-parti komponen yang mungkin mengugat kestabilan politik dan
hubungan antara kaum.
Seterusnya salah satu fenomena yang sering menjadi penghalang kepada
proses pembinaan negara-bangsa Malaysia ialah wujud nilai-nilai parokialisma, sikap
prejudis dan curiga dikalangan ahli masyarakat. Sikap prejudis wilayah masih menjadi
perintang kepada pembinaan semangat persefahaman dan perpaduan dikalangan
penduduk Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Permasalahan sosial juga memberi kesan kepada pembinaan negara-bangsa
yang jika tidak dibendung pastinya membebankan negara serta memberi kesan negatif
kepada pembinaan bangsa Malaysia yang progresif, dinamik dan bermoral.
Permasalahan sosial itu adalah seperti penduduk setinggan, pendatang asing,
penjenayahan, pengambilan dadah, penderaan dan sebagainya.
Pembentukan negara bangsa ini sukar dicapai sekiranya tidak ada komitmen
yang menyeluruh oleh rakyat Malaysia sendiri. Semangat perpaduan antara kaum
sepatutnya dipupuk semasa kecil lagi. Rata-rata penduduk terutamanya diluar bandar
hanya berkawan dengan bangsa yang sama. Ini kerana sesuatu tempat tersebut hanya
didominasi oleh satu kaum sahaja iaitu kaum Melayu. Kaum Cina dan India telah
18
KENEGARAAN MALAYSIA
migrasi ke kewasan yang lebih maju. Ibu bapa yang berbangsa Cina dan India sanggup
menghantar anak belajar di sekolah yang mempunyai lebih kemudahan dan
mempunyai persaingan yang sihat. Anak-anak di sekolah luar bandar memahami erti
perpaduan kaum ini setelah mereka melangkah kaki ke peringkat pengajian tinggi.
Tidak salah sekiranya meletakkan guru pelbagai bangsa di satu sekolah yang sama. Ini
kerana murid-murid akan lebih memahami budaya dan menghormati kaum lain
berdasarkan pemerhatian dan tunjuk ajar dari guru tersebut.
Isu bahasa juga merupakan kekangan kepada pembentukan negara bangsa. Hal
ini kerana Bahasa Melayu masih tidak diaplikasikan sepenuhnya dalam komunikasi
harian. Pengaplikasian Bahasa Melayu ini ternyata agak sukar kerana ramai
masyarakat terutama masyarakat peribumi Sabah dan Sarawak lebih senang
menggunakan bahasa etnik mereka dan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi daripada
menggunakan Bahasa Melayu. Tidak salah jika kita sedikit sebanyak mempelajari
bahasa berlainan kaum. Mempelajari bahasa berlainan bangsa ini sebenarnya
mengeratkan hubungan antara kaum dan dilihat sebagai langkah menghormati kaum
lain. Namun jika dilihat generasi kini lebih cenderung untuk mempelajari bahasa lain
seperti bahasa Jepun, Korea, Indonesia berbanding mempelajari bahasa Cina, Melayu
dan India. Sudah tentu semua kaum tidak dapat mengaplikasikan penggunaan bahasa
melayu kerana apabila berkomunikasi masyarakat lebih suka menggunakan bahasa
pasar dan loghat bahasa negeri masing-masing
19
KENEGARAAN MALAYSIA
KESIMPULAN
Matlamat pembinaan negara bangsa ini merupakan satu langkah yang boleh menjulung
negara Malaysia menjadi sebuah negara maju ironinya ada sesetengah pihak
menganggap matlamat ini hanya sekadar satu retorik dalam politik pemerintahan untuk
menarik kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap sistem politik negara. Konsep
negara bangsa ini adalah impian sebenar semua rakyat Malaysia dan dasar-dasar yang
dilaksanakan adalah percambahan usaha bagi merealisasikan matlamat pembentukan
negara bangsa. Gagasan satu Malaysia yang diperkenalkan oleh perdana menteri kita
Dato Seri Najib Tun Razak merupakan usaha untuk mencapai impian Malaysia untuk
menjadi sebuah negara bangsa.
Untuk membina negara-bangsa Malaysia yang unggul, strategi pembangunan
negara yang difokuskan kepada pembangunan manusia yang bersepadu, iaitu
menggabungkan pembinaan potensi, spiritual, intelektual dan jasmani di samping
pembangunan ekonomi dan kebendaan dilihat perlu dilaksanakan sebaik mungkin.
Dengan itu negara akan mencapai tahap kemajuan yang berperadaban tinggi dan
pembinaan negara-bangsa yang bersepadu berlandaskan acuannya yang tersendiri
akan terlaksana.
20
KENEGARAAN MALAYSIA
BIBLIOGRAFI
Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A Jawan. (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang:
UPM.
Kementerian Penerangan Malaysia. (t.t). Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia.
Didapatkan dari Kementerian Penerangan Malaysia:
http://pmr.penerangan.gov.my
Abdul Rahman Embong. (2000). Negara-Bangsa Proses dan Perbahasan. Bangi: UKM.
Hassan Ahmad. (2012). Negara Satu Bangsa; Negara Pelbagai Bangsa: Negara Satu
Rakyat? Dewan Masyarakat .
K.Ramanathan. (1992). Asas Sains Politik. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Mohd Fawzi Basri, M. M. (1994). Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa.
Bangi: UKM .
Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin & Ahmad Sohaimi Lazim.
(2009). Kenegaraan dan Pembinaan Negara Bangsa. Dalam Kenegaraan dan
Ketamadunan (hlm. 40). Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Nurul Fasihah Abu Bakar. (2012). Negara Bangsa Menjelang 2020. Dewan Masyarakat
Ohmae, K. (1995). The End of Nation State. New York: The Free Press.
Wikipedia Malaysia. (t.t). Wikipedia Malaysia. Didapatkan dari Wikipedia Malaysia:
https://ms.wikipedia.org
21
KENEGARAAN MALAYSIA
Zulhilmi Paidi. (2005). Pembinaan Negara Bangsa. Dalam Z. P. Ghani, Pendidikan
Negara Bangsa (hlm. 30-55). Pahang: PTS Publications .
22