KENYATAAN MEDIA - Hasillampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/MediaLHDNM_26022019... · 2019. 2. 27. ·...

6
Muka surat 1 daripada 6 /LHDNM /LHDNMOfficial LHDNM lhdnTube LHDNM BERJAYA KUMPUL 649 PAIN DARAH Cyberjaya, 26 Februari 2019 – Sebanyak 649 pain darah telah berjaya dikumpulkan menerusi Program Derma Darah Perdana anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) pada hari ini bagi mengisi bekalan darah di Pusat Darah Negara dan hospital-hospital awam di seluruh negara. YBhg. Dato’ Sri Sabin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM dalam ucapannya berkata, “Program Derma Darah Perdana ini merupakan acara tahunan LHDNM sebagai pengisian kepada Majlis Sambutan Hari Hasil yang merupakan ulang tahun sambutan penubuhan LHDNM yang telah masuk edisi ke-23 pada tahun 2019”. Bertemakan #hasilprihatin dengan teras Caring Organization, Program Derma Darah ini juga merupakan satu daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) LHDNM ke arah mewujudkan masyarakat yang peka mengenai kepentingan untuk menderma darah sekaligus dapat menambah bekalan darah di PDN dan hospital awam. KENYATAAN MEDIA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA Untuk Siaran Segera LHDNM/2019/02/26 - 9

Transcript of KENYATAAN MEDIA - Hasillampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/MediaLHDNM_26022019... · 2019. 2. 27. ·...

Page 1: KENYATAAN MEDIA - Hasillampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/MediaLHDNM_26022019... · 2019. 2. 27. · Muka surat 2 daripada 6 /LHDNM /LHDNMOfficial LHDNM lhdnTube LHDNM/2019/02/26 -

Muka surat 1 daripada 6

/LHDNM /LHDNMOfficial LHDNM lhdnTube

LHDNM/2019/02/26 - 9

LHDNM BERJAYA KUMPUL 649 PAIN DARAH

Cyberjaya, 26 Februari 2019 – Sebanyak 649 pain darah telah berjaya

dikumpulkan menerusi Program Derma Darah Perdana anjuran Lembaga Hasil

Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dengan kerjasama Pusat Darah Negara

(PDN) pada hari ini bagi mengisi bekalan darah di Pusat Darah Negara dan

hospital-hospital awam di seluruh negara.

YBhg. Dato’ Sri Sabin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM dalam

ucapannya berkata, “Program Derma Darah Perdana ini merupakan acara

tahunan LHDNM sebagai pengisian kepada Majlis Sambutan Hari Hasil yang

merupakan ulang tahun sambutan penubuhan LHDNM yang telah masuk edisi

ke-23 pada tahun 2019”.

Bertemakan #hasilprihatin dengan teras Caring Organization, Program Derma

Darah ini juga merupakan satu daripada program Tanggungjawab Sosial

Korporat (CSR) LHDNM ke arah mewujudkan masyarakat yang peka mengenai

kepentingan untuk menderma darah sekaligus dapat menambah bekalan

darah di PDN dan hospital awam.

KENYATAAN MEDIA

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Untuk Siaran Segera

LHDNM/2019/02/26 - 9

Page 2: KENYATAAN MEDIA - Hasillampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/MediaLHDNM_26022019... · 2019. 2. 27. · Muka surat 2 daripada 6 /LHDNM /LHDNMOfficial LHDNM lhdnTube LHDNM/2019/02/26 -

Muka surat 2 daripada 6

/LHDNM /LHDNMOfficial LHDNM lhdnTube

LHDNM/2019/02/26 - 9

Program Derma Darah ini berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan

daripada warga kerja LHDNM dengan jumlah penderma yang meningkat tahun

demi tahun. Program Derma Darah ini secara rasminya telah bermula pada

21 Februari 2019 di Petaling Jaya dan seterusnya dijalankan serentak di 11

pejabat LHDNM terpilih di seluruh negara pada hari ini iaitu di Cyberjaya, Sibu,

Sungai Petani, Bintulu, Alor Setar, Pulau Pinang, Melaka, Johor Bharu, Kota

Kinabalu, Bukit Mertajam dan Sandakan. Manakala baki 6 lagi lokasi iaitu di

Wangsa Maju, Ipoh, Seremban, Klang, Kuala Terengganu dan Kuala Lumpur

akan diadakan pada 28 Februari sehingga bulan Mac 2019.

Menyerikan lagi Program Derma Darah Perdana ini adalah penganjuran Majlis

Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Tazkirah Perdana yang turut diadakan di Masjid

Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya di sini pada hari ini.

Untuk rekod, Majlis Sambutan Hari Hasil ke-23 adalah merupakan majlis ulang

tahun sambutan penubuhan LHDNM yang secara rasminya ditubuhkan pada

1 Mac 1996. Justeru pada setiap tahun Majlis Sambutan Hari Hasil akan

dianjurkan sebagai pengiktirafan kepada warga kerja LHDNM yang turut

bersama-sama menyumbang bakti memungut hasil bagi pembangunan

negara. Ia juga sebagai platform warga kerja LHDNM untuk mendengar

amanat dan hasrat Pengurusan Tertinggi LHDNM dan harapan dari pihak

Kerajaan khususnya dari Kementerian Kewangan.

# # #

Page 3: KENYATAAN MEDIA - Hasillampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/MediaLHDNM_26022019... · 2019. 2. 27. · Muka surat 2 daripada 6 /LHDNM /LHDNMOfficial LHDNM lhdnTube LHDNM/2019/02/26 -

Muka surat 3 daripada 6

/LHDNM /LHDNMOfficial LHDNM lhdnTube

LHDNM/2019/02/26 - 9

SEKIAN, TERIMA KASIH

Dikeluarkan oleh:

Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

: 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674 | : 03-8313 7873

Hasil Careline : 1-800-88-5436 (LHDN)

Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

Tarikh: 26 Februari 2019

Page 4: KENYATAAN MEDIA - Hasillampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/MediaLHDNM_26022019... · 2019. 2. 27. · Muka surat 2 daripada 6 /LHDNM /LHDNMOfficial LHDNM lhdnTube LHDNM/2019/02/26 -

Muka surat 4 daripada 6

/LHDNM /LHDNMOfficial LHDNM lhdnTube

LHDNM/2019/02/26 - 9

Gambar 1 : Perasmian Program Derma Darah LHDNM 2019 anjuran Ibu Pejabat LHDNM Cyberjaya.

Gambar 2 : Program Derma Darah Perdana anjuran Ibu Pejabat LHDNM Cyberjaya.

Page 5: KENYATAAN MEDIA - Hasillampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/MediaLHDNM_26022019... · 2019. 2. 27. · Muka surat 2 daripada 6 /LHDNM /LHDNMOfficial LHDNM lhdnTube LHDNM/2019/02/26 -

Muka surat 5 daripada 6

/LHDNM /LHDNMOfficial LHDNM lhdnTube

LHDNM/2019/02/26 - 9

Gambar 3 : Program Derma Darah Perdana di Cawangan LHDNM.

Gambar 4 : Program Derma Darah Perdana di Cawangan LHDNM.

Page 6: KENYATAAN MEDIA - Hasillampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/MediaLHDNM_26022019... · 2019. 2. 27. · Muka surat 2 daripada 6 /LHDNM /LHDNMOfficial LHDNM lhdnTube LHDNM/2019/02/26 -

Muka surat 6 daripada 6

/LHDNM /LHDNMOfficial LHDNM lhdnTube

LHDNM/2019/02/26 - 9

Gambar 5 : Program Derma Darah Perdana di Cawangan LHDNM.

Gambar 6 : Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Tazkirah di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya.