KENYATAAN MEDIA YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN DAN MENTERI … · 2021. 9. 2. ·...
Transcript of KENYATAAN MEDIA YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN DAN MENTERI … · 2021. 9. 2. ·...
KENYATAAN MEDIA
YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN DAN
MENTERI KEWANGAN II NEGERI SABAH
2 SEPTEMBER 2021
A LAPORAN HARIAN KES JANGKITAN COVID-19
1 Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu
COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 2,329 kes, menjadikan jumlah kumulatif
sebanyak 152,602 kes. Sebanyak 33 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu 12 kes
di Kota Kinabalu, sembilan (9) kes di Sandakan, Penampang dan Tenom mencatatkan
tiga (3) kes, dua (2) kes di Papar manakala Tuaran, Putatan, Sipitang dan Keningau
masing-masing mencatatkan satu (1) kes. Takziah diucapkan kepada keluarga yang
terlibat.
2 Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 3,355 menjadikan jumlah
kumulatif 120,699 orang. Seramai 4,907 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,580
orang di hospital, 3,285 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC)
Awam, 35 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala tujuh (7) orang
di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 224 orang
merangkumi 134 di ICU/repurposed kritikal care serta 90 di open ward
(HDW/kubikel akut) dan 81 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
3 Kes-kes jangkitan COVID-19 pada hari ini mengikut daerah adalah seperti berikut:
Tiada perubahan zon merah dicatatkan.
4 Pecahan daerah mengikut zon:
Zon Merah 27 daerah
5. Analisa Harian COVID-19 Negeri Sabah
i. Kedudukan Kes Positif COVID-19
a. Jumlah kes positif COVID-19 Sabah pada hari ini ialah (2,329) kes iaitu penurunan
sebanyak (-101) kes berbanding (2,430) kes yang dicatatkan semalam
(01 September 2021).
b. Jumlah kes baharu susut (-101) kes hari ini tetapi kekal tinggi.
c. Kes di daerah Kota Kinabalu turun (-164) kes tetapi naik dengan kadar yangg agak
tinggi di Keningau (+81) kes, Kota Marudu (+71) kes, Ranau (+29) kes, Putatan
(+26) kes, Beaufort (+24) kes, Kunak (+23) kes dan Sipitang (+30) kes.
Kinabatangan turun (-107) kes hari ini.
d. Daripada (2,329) kes baharu hari ini, (878) kes atau 37.7% adalah kes positif yang
lewat didaftar antara 2 hingga 3 hari, (132) kes atau 5.8% adalah keputusan
saringan yang didaftar lewat antara 4 hingga 5 hari dan (219) kes atau 9.4% adalah
kes yang didaftar melebihi 5 hari selepas keputusan ujian diketahui.
e. Saringan di kalangan Kontak Rapat menjadi penyumbang utama keseluruhan kes
hari ini dengan (1,379) kes atau 59.2%, Saringan Bergejala (658) kes atau 28.3%
dan (82) kes daripada Saringan Kluster. (2,168) kes daripada (2,329) kes adalah
warganegara Malaysia dan (161) kes adalah bukan warganegara. Terdapat (25)
kes OKT/banduan dalam jumlah kes hari ini.
f. (1,560) kes hari ini adalah dalam Kategori 2, (668) kes dalam Kategori 1, sembilan
(9) kes dalam Kategori 3, empat (4) kes dalam Kategori 4 dan (13) kes dalam
kategori 5. (75) kes lagi masih dalam siasatan.
g. Seperti yang telah dimaklumkan lebih awal, hampir 41% penduduk dewasa Sabah
telah pun melengkapkan pengambilan vaksin. Sasaran jumlah purata pemberian
vaksin sehari bagi bulan September ialah 60,000 dos dan Sabah berharap
memperolehi agihan 2,889,150 dos vaksin bagi bulan September bagi
membolehkan JKNS mempertingkatkan kadar vaksinasi kepada penduduk dalam
bulan ini.
h. Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif
COVID-19 yang terus meningkat dan dengan jumlah catatan sebanyak (1,379) kes
daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat
kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah
digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak
Kerajaan.
ii. Perincian Kes COVID-19 Hari Ini
a. Bilangan kes positif COVID-19 hari ini diperolehi melalui saringan pelbagai kategori
seperti yang ditunjukkan jadual di bawah:
Bil. Kategori Saringan
Bilangan Kes Peratusan
1 Kluster 82 3.50%
2 Bergejala 658 28.30%
3 Kontak 1,379 59.20%
4 Bersasar 20 0.90%
5 Lain-lain 190 8.20%
JUMLAH 2,329 100%
b. Kes Positif COVID-19 hari ini dengan perbandingan kes semalam
(01 September 2021) adalah seperti jadual yang ditunjukkan di bawah:
Bil. Daerah Catatan
Kes 01/09/2021
Catatan Kes
02/09/2021 Perbandingan
1 Keningau 34 115 +81
2 Kota Marudu 35 106 +71
3 Sipitang 11 41 +30
4 Ranau 39 68 +29
5 Putatan 41 67 +26
6 Beaufort 19 43 +24
7 Kunak 19 42 +23
8 Sandakan 260 281 +21
9 Tuaran 132 149 +17
10 Tongod 11 27 +16
11 Pitas 52 67 +15
12 Beluran 24 34 +10
13 Kota Kinabalu 622 458 -164
14 Kinabatangan 165 58 -107
15 Tawau 190 127 -63
16 Papar 196 168 -28
17 Kudat 66 44 -22
18 Kalabakan 22 6 -16
19 Telupid 23 8 -15
20 Lahad Datu 82 71 -11
21 Nabawan 37 26 -11
22 Kota Belud 91 82 -9
23 Tenom 40 34 -6
24 Tambunan 12 7 -5
25 Kuala Penyu 13 9 -4
26 Penampang 183 181 -2
27 Semporna 11 10 -1
JUMLAH 2,430 2,329 -101
c. Punca mempengaruhi kes positif COVID-19 hari ini mengikut daerah dan kategori kes adalah
seperti yang ditunjukkan jadual di bawah:
Daerah
Kategori Kes
Bilangan Kes
Baharu
Kes Terkumpul 14 Hari (19 Ogos – 01 September)
Saringan Kluster
Saringan Kontak
Saringan Bergejala
Saringan Bersasar
Lain-lain Saringan
Kota Kinabalu 41 248 141 1 27 458 8,483
Sandakan 4 86 102 4 85 281 3,449
Penampang 0 118 58 0 5 181 4,108
Papar 0 107 58 0 3 168 2,462
Tuaran 0 84 55 1 9 149 3,328
Tawau 0 72 33 0 22 127 2,664
Keningau 0 85 24 0 6 115 1,417
Kota Marudu 0 81 20 0 5 106 949
Kota Belud 0 54 27 0 1 82 1,145
Lahad Datu 0 31 23 11 6 71 1,370
Ranau 0 62 4 0 2 68 680
Pitas 0 66 0 0 1 67 497
Putatan 0 38 29 0 0 67 1,173
Kinabatangan 20 32 5 0 1 58 1,150
Kudat 0 29 14 0 1 44 465
Beaufort 0 31 11 0 1 43 701
Kunak 0 31 10 0 1 42 315
Sipitang 0 28 13 0 0 41 698
Tenom 2 25 6 0 1 34 490
Beluran 0 25 4 3 2 34 442
Tongod 15 8 4 0 0 27 474
Nabawan 0 18 6 0 2 26 436
Semporna 0 0 2 0 8 10 124
Kuala Penyu 0 6 3 0 0 9 114
Telupid 0 6 2 0 0 8 611
Tambunan 0 5 1 0 1 7 149
Kalabakan 0 3 3 0 0 6 307
JUMLAH 82 1,379 658 20 190 2,329 38,201
d. Catatan Kes Positif baharu COVID-19 hari ini melalui saringan mengikut daerah dan nama
kluster adalah seperti yang ditunjukkan jadual di bawah:
Daerah
Nama Kluster
Jumlah Kes Baharu
Kota Kinabalu Kluster Jalan Pahlawan 41
Tenom Kluster Sibulu 2
Sandakan Kluster Lebuh Empat 4
Tongod Kluster Kampung Penangah 15
Kinabatangan Kluster Sungai Pin 3 17
Kluster Tangkuyan 3
JUMLAH 82
6 Terdapat satu (1) kluster baharu direkodkan hari ini.
i Kluster Jalan Pahlawan - Kota Kinabalu, Penampang merupakan kluster jenis
institusi latihan. Kluster ini melibatkan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kota
Kinabalu yang terletak dalam Mukim Petagas. Penularan jangkitan berlaku dalam
kalangan pelatih konstabel polis, tenaga jurulatih polis, pekerja di dewan makan
pusat latihan tersebut serta turut menjangkiti ahli keluarga. Selain Kota Kinabalu,
daerah Penampang turut melaporkan kes yang mempunyai kaitan dengan kluster
berkenaan. Kes indeks adalah jurulatih polis, lelaki, 44, yang tinggal di Perumahan
IPK Blok Orkid Kepayan dan disahkan positif pada 26 Ogos 2021 di Klinik Kesihatan
Luyang, setelah bergejala sejak 24 Ogos 2021. Kes telah dimasukkan ke PKRC
Pirasan Kota Belud untuk rawatan lanjut. Daripada 72 sampel yang diambil, 45 kes
positif dikesan termasuk 41 kes baharu pada hari ini. Manakala sembilan (9) sampel
didapati negatif dan 18 masih menunggu keputusan ujian saringan.
7 Jumlah kapasiti katil 7,211 unit
Hospital 1,639 unit.
Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam 4,900 unit.
Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara 672 unit.
Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 67.95%.
B KOMPOSISI KES POSITIF COVID-19 PADA 02 SEPTEMBER 2021
i. Tempatan/Import/Tahanan
Import/Tempatan Import B (Jangkitan Luar Sabah)
Tempatan 2,293 Selangor 7
Import A (Jangkitan Luar Malaysia) 0 WP Kuala Lumpur 3
Import B (Jangkitan Luar Sabah) 11 Perak 1
Orang Dalam Tahanan /Banduan 25 Jumlah 11
Jumlah 2,329
ii. Kewarganegaraan
Kewarganegaraan
Malaysia 2,168
Bukan Malaysia 161
Jumlah 2,329
iii. Status Vaksinasi
Status Vaksinasi
Belum Layak Vaksin 615
Belum Menerima Vaksin 734
Menerima 1 Dos 274
Lengkap 2 Dos 706
Jumlah 2,329
iv. Umur
Umur (Tahun)
<1 24
1 to 5 165
6 to 17 426
18 to 59 1,492
>60 222
Jumlah 2,329
C BILANGAN LOKALITI PKPD MENGIKUT DAERAH
BIL DAERAH BILANGAN PKPD AKTIF (Setakat 02 September 2021)
1 Tawau 26
2 Kota Kinabalu 13
3 Penampang 8
4 Tuaran 7
5 Kota Belud 6
6 Ranau 5
7 Telupid 5
8 Kinabatangan 5
9 Papar 5
10 Beluran 4
11 Kudat 4
12 Lahad Datu 4
13 Putatan 4
14 Kota Marudu 2
15 Beaufort 2
16 Keningau 1
17 Sandakan 1
18 Sipitang 1 JUMLAH 103
D PELAKSANAAN PKPD BARU
Setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai
penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan
Diperketatkan (PKPD) akan DILAKSANAKAN di lokaliti-lokaliti seperti berikut:
BIL Lokaliti PKPD Tarikh Mula PKPD Tarikh Tamat PKPD
1. Dua (2) lokaliti di Kota Kinabalu
Taman Keramat
Angkasa Apartment
4 September 2021
17 September 2021
E PENAMATAN PKPD
Setelah meneliti pembentangan oleh KKM mengenai situasi semasa, PKPD akan
DITAMATKAN di lokaliti-lokaliti berikut:
BIL Lokaliti PKPD Tarikh Mula PKPD
Cadangan
1. Kampung Pulau Penampang, Kota Kinabalu
29 Julai 2021
Ditamatkan pada
3 September 2021 lebih awal
dari yang dijadualkan
(8 September 2021)
2. Dau (2) lokaliti di Tawau
Kampung Baru Pasir Putih
Kampung Wallace Bay, Pulau Sebatik
7 Ogos 2021
Ditamatkan pada
3 September 2021 seperti
yang dijadualkan
3. Dua (2) lokaliti di Kota Kinabalu
University Condominium Apartment 2
Rumah Murah Kepayan
22 Ogos 2021
Ditamatkan pada
3 September 2021 lebih awal
dari yang dijadualkan
(4 September 2021)
4. Dua (2) perumahan ladang di Beluran
Perumahan Ladang Cepat Wawasan 7000
Perumahan Ladang Meridian Paitan 21 Ogos 2021
Ditamatkan pada
3 September 2021 seperti
yang dijadualkan 5 Dua (2) lokaliti d Telupid
Kampung Gambaron 1
Ladang Ribu Bonus
F STATISTIK VAKSINASI NEGERI SABAH
1 Setakat hari ini, tiada suntikan baharu dibuat bagi Fasa 1 Dos 1 Program Imunisasi
COVID-19 Kebangsaan (PICK) menjadikan jumlah kumulatif kekal sebanyak 67,164
orang.
2 Bagi Fasa 1 Dos 2 juga, tiada suntikan baharu dibuat pada hari ini menjadikan jumlah
kumulatif kekal sebanyak 58,575 orang.
3 Manakala, bagi Fasa 2 Dos 1 PICK, 19,799 suntikan baharu dibuat menjadikan jumlah
kumulatif sebanyak 1,581,229 orang.
4 Bagi Dos 2 Fasa 2 pula 22,469 suntikan baharu harian dibuat menjadikan jumlah kumulatif
sebanyak 1,058,955 orang.
G BANTUAN BAKUL MAKANAN (FOOD BASKET)
Setakat hari ini, sejumlah 503,903 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan yang
terkesan di bawah Program Bantuan Prihatin COVID-19 3.0.
H LAPORAN SEKATAN JALAN RAYA (SJR), PENGUATKUASAAN PERAIRAN SABAH,
PBT, SANITASI DAN HEBAHAN AWAM INFO ON WHEELS
1 Sejumlah 160 SJR dilaksana dalam tempoh 24 jam, melibatkan pemeriksaan 42,670 buah
kenderaan. Daripada jumlah tersebut, 312 buah kenderaan diarah berpatah balik. Pada
hari ini, PDRM melaksanakan 56 hebahan melalui kereta peronda dan tiada tangkapan
dibuat.
2 Sebanyak 32 kompaun melanggar SOP COVID-19 telah dikeluarkan seluruh Sabah.
13 Orang : Tidak Memakai Pelitup Muka
Satu (1) Orang : Individu Gagal Mendaftar Masuk Premis
Satu (1) Orang : Rentas Daerah/Negeri Tanpa Kebenaran
Enam (6) Orang : Individu Gagal Memastikan Penjarakan Fizikal
Satu (1) Orang : Pemilik Premis Gagal Patuhi Waktu Operasi
Lapan (8) Orang : Lain-lain Kesalahan Yang Tidak Tersenarai
Dua (2) Orang : Membawa Penumpang Berlebihan
3 Penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin
dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melibatkan 67 pemeriksaan
di kawasan Pantai Timur dan 19 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan. Hasil
pemeriksaan tiada tangkapan dibuat.
4 Laporan Pihak Berkuasa Tempatan
i Sebanyak 1,085 premis perniagaan telah diperiksa oleh Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) di bawah kawalan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Sebanyak
dua (2) notis/amaran dikeluarkan di daerah Lahad Datu. Tiada kompaun dikeluarkan
oleh PBT.
ii Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menjalankan pematuhan SOP ke atas
659 premis perniagaan dan 543 individu di 18 kawasan. Tujuh Belas (17) ke atas
individu dengan kesalahan Inidividu gagal mendaftar masuk premis menggunakan
aplikasi MySejahtera atau Buku Pendaftaran di Crown Bakery, Lintas (1 Orang),
Delight Factory Sdn Bhd Delight Go Lintas (1 Orang), HMY Resources Sdn Bhd (2
Orang), Two Peek Foodie Sdn Bhd Damai Plaza (2 Orang), Alliance Bank Luyang,
Damai (1 Orang), HMY Resources Sdn Bhd (Leong Porridge House) (1 Orang), Kedai
Kopi Tao Siang, Ruang Ridge View (1 Orang), Penang Food Corner, 88 Market (1
Orang), FJ Motor Pekan Menggatal (1 Orang), Kedai Telekomunikasi Gambil, Pekan
Menggatalan (1 Orang), Pak Hamid Restaurant (1 Orang), Hidaya Cafe Menggatal
New Town (1 Orang), CKS Menggatal (1 Orang) dan Kedai Emas Menggatal, Pekan
Menggatal (1 Orang). Kesalahan idea gagal membuat imbasan suhu badan di Jalan
Tun Fuad Stephen, Hadapan SICC (1 Orang). Tiada kompaun dikenakan ke atas
premis.
5 Rondaan Agen Basmi COVID-19 (ABC-19) dan Rondaan Pemantauan Pematuhan SOP
Peringkat Komuniti oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah dilaksanakan
di 284 Premis Perniagaan melibatkan 152 anggota APM. Tiada Notis Amaran dikeluarkan
kepada premis perniagaan.
6 Sementara, rondaan sama oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dilaksanakan
melibatkan 157 anggota di 192 lokasi.
7 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah telah melaksanakan sanitasi
awam di 28 premis, melibatkan 16 buah BBP pada hari ini.
8 Sejumlah 196 hebahan awam di bawah program Info On Wheels Jabatan Penerangan
Malaysia Sabah dilaksanakan di 10 daerah pada hari ini.
9 Hebahan umum turut dilaksanakan oleh Unit Promosi Kesihatan Jabatan Kesihatan
Negeri Sabah sebanyak 102 hebahan di seluruh Sabah.
I KADAR PEMATUHAN PENDUDUK TERHADAP SOP PELAN PEMULIHAN NEGARA
FASA 2
1 Kadar pematuhan penduduk terhadap SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 pada hari
ini ialah 95.8%. Pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut:
BIL DAERAH PERATUS
1 Kota Belud 96.5% 2 Kota Marudu 96% 3 Keningau 96% 4 Tuaran 96% 5 Sipitang 96% 6 Beaufort 96% 7 Lahad Datu 96% 8 Sandakan 96% 9 Penampang 96% 10 Papar 96% 11 Beluran 95.5% 12 Kinabatangan 95.5% 13 Ranau 95.5% 14 Kunak 95.5% 15 Tenom 95.5%
16 Kota Kinabalu 95% 17 Tawau 95% 18 Semporna 95% 19 Kudat 95%
2 Semangat perpaduan dan kesatuan rakyat merupakan kunci utama untuk keluar dari
kemelut pandemik COVID-19.
Sekian.
#MalaysiaPrihatin
#LindungDiriLindungSemua
YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN
DAN
MENTERI KEWANGAN II