KENYATAAN SEBUT HARGA - nsembilan.uitm.edu.my · Permohonan yang lengkap hendaklah dimasukkan ke...

8
TARIKH IKLAN: 27/2/2019 KENYATAAN SEBUT HARGA Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang pendaftarannya masih berkuatkuasa bagi menyertai sebut harga berikut :- NO. SEBUT HARGA TAJUK SEBUT HARGA KELAYAKAN HARGA UiTM/KP/SH/KONVO/1/2019 CADANGAN PERKHIDMATAN PERNIAGAAN BUNGA/CENDERAHATI, MAKANAN DAN FOTOGRAFI DI GERAI KONVOKESYEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN KAMPUS REMBAU Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Percuma (Dilampirkan bersama iklan ini) 1. Dokumen Sebut Harga Borang Permohonan boleh dicetak seperti di lampiran bersama iklan ini 2. Satu (1) Syarikat hanya dibenarkan mengambil dan menghantar satu (1) penyertaan sahaja 3. Hanya Syarikat yang Berjaya akan dihubungi untuk menghadiri taklimat di UiTM Kampus Rembau pada 26 Mac 2019. 4. Dokumen Sebut Harga yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di PEJABAT BENDAHARI, UITM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN KAMPUS REMBAU, 71300 REMBAU, NEGERI SEMBILAN dengan menulis nombor dan tajuk Sebut Harga di sebelah kiri atas di sampul tawaran berkenaan. 5. Tawaran Sebut Harga akan ditutup pada 7 Mac 2019 Jam 12.00 Tengahari.

Transcript of KENYATAAN SEBUT HARGA - nsembilan.uitm.edu.my · Permohonan yang lengkap hendaklah dimasukkan ke...

Page 1: KENYATAAN SEBUT HARGA - nsembilan.uitm.edu.my · Permohonan yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bergam dan dihantar kepada: I) Pejabat Bendahari ... Bahan cetak

TARIKH IKLAN: 27/2/2019

KENYATAAN SEBUT HARGA

Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang pendaftarannya masih berkuatkuasa bagi menyertai sebut harga berikut :-

NO. SEBUT HARGA TAJUK SEBUT HARGA KELAYAKAN HARGA

UiTM/KP/SH/KONVO/1/2019

CADANGAN PERKHIDMATAN PERNIAGAAN BUNGA/CENDERAHATI, MAKANAN DAN FOTOGRAFI DI GERAI KONVOKESYEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN KAMPUS REMBAU

Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Percuma (Dilampirkan

bersama iklan ini)

1. Dokumen Sebut Harga

Borang Permohonan boleh dicetak seperti di lampiran bersama iklan ini

2. Satu (1) Syarikat hanya dibenarkan mengambil dan menghantar satu (1) penyertaan sahaja

3. Hanya Syarikat yang Berjaya akan dihubungi untuk menghadiri taklimat di UiTM Kampus Rembau pada 26 Mac 2019.

4. Dokumen Sebut Harga yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di PEJABAT BENDAHARI, UITM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN KAMPUS REMBAU, 71300 REMBAU, NEGERI SEMBILAN dengan menulis nombor dan tajuk Sebut Harga di sebelah kiri atas di sampul tawaran berkenaan.

5. Tawaran Sebut Harga akan ditutup pada 7 Mac 2019 Jam 12.00 Tengahari.

Page 2: KENYATAAN SEBUT HARGA - nsembilan.uitm.edu.my · Permohonan yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bergam dan dihantar kepada: I) Pejabat Bendahari ... Bahan cetak

TAPAK GERAI PESTA KONVOKESYEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

SENARAI SEMAK PEMOHON:

NO. PERKARA √

1 BORANG PERMOHONAN YANG LENGAP DIISI

2 SYARAT DAN PERATURAN GERAI UiTM YANG LENGKAP DITANDATANGANI

3 SALINAN SLIP/SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT (SSM)

4 SALINAN KAD PENGENALAN PEMOHON

5 PENYATA KEWANGAN SYARIKAT UNTUK SATU BULAN YANG TERAKAHIR

6 SALINAN KAD SUNTIKAN (TYPHOID) / PENGENDALIAN MAKANAN TERKINI

** Bagi pemohon kategori makanan sahaja.

7 DOKUMEN SOKONGAN SEPERTI:

▪ Maklumat makanan/produk yang akan dijual

▪ Pengalaman perniagaan

▪ Senarai harga barang jualan

▪ Gambar yang berkaitan (jika ada)

Contoh gambar konvokesyen( untuk perniagaan fotografi)

Permohonan yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bergam dan dihantar kepada:

I) Pejabat Bendahari

Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau No Tel: 06-6982021

~Jawatankuasa Pengurusan Perniagaan Konvokesyen UiTM NS

Page 3: KENYATAAN SEBUT HARGA - nsembilan.uitm.edu.my · Permohonan yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bergam dan dihantar kepada: I) Pejabat Bendahari ... Bahan cetak

ARAHAN : 1) Sila isi semua maklumat yang dikehendaki menggunakan HURUF BESAR dan lengkap.

2) Borang ini perlu dihantar dan diserahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Perniagaan Konvokesyen UiTM

Cawangan Negeri Sembilan SEBELUM/PADA.

3) Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

A ) MAKLUMAT PEMOHON

FOODTRUCK

1 TAPAK 2 TAPAK

3 TAPAK 4 TAPAK

NAMA PEMOHON :

NO LESEN / SIJIL SSM

NO AKAUN BANK

PENAMA AKAUN

NAMA BANK

B) MAKLUMAT PERNIAGAAN

JENIS PERNIAGAAN :

SENARAI BARANG JUALAN (Sila gunakan lampiran jika ruangan ini tidak mencukupi) :

BIL NAMA PRODUK HARGA JUALAN

BORANG BUTIRAN PENIAGA DAN JENIS PERNIAGAAN

DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

NO TEL PEJ :

NO K/P :

NO HP :

1 7 / 1 0 / 2 0 1 8

KATEGORI PERMOHONAN (Tandakan X ) :

Page 4: KENYATAAN SEBUT HARGA - nsembilan.uitm.edu.my · Permohonan yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bergam dan dihantar kepada: I) Pejabat Bendahari ... Bahan cetak

BIL KATEGORI KADAR MINIMA SEWAAN UNTUK

2 HARI

TAWARAN SYARIKAT

(A)

KUANTITI

(B)

JUMLAH SEWAAN

(A) X (B)

1 FOOD TRUCK RM410.00

2 TAPAK KHEMAH (20’ X 10’) RM1,060.00

3 Caj Pengurusan(Kadar tetap)

RM40.00 RM40.00 1 RM40.00

4 Deposit Pembersihan(Kadar tetap)

RM100.00

RM100.00 1 RM100.00

JUMLAH

KESELURUHAN (1)+(2)+(3)+(4)

C) AKUAN PEMOHON

Saya mengaku segala maklumat yang diberikan di atas adalah benar dan bersedia dikenakan tindakan undang-

undang sekiranya saya memberi maklumat palsu.

TANDATANGAN PEMOHON COP RASMI SYARIKAT / ORGANISASI

NAMA :

NO K / P - - / /

UNTUK KEGUNAAN JAWATANKUASA PENGURUSAN PERNIAGAAN KONVOKESYEN SAHAJA

TARIKH TERIMA PERMOHONAN :

DITERIMA OLEH :

TINDAKAN JK

PENGURUSAN

PERNIAGAAN

KONVOKESYEN

ULASAN OLEH PENGURUS RUANG YANG BERKAITAN (JIKA ADA), T/TANGAN DAN COP RASMI

DILULUSKAN OLEH:

ULASAN, TANDATANGAN DAN COP RASMI

TAWARAN SEWA DARIPADA SYARIKAT

TARIKH :

Page 5: KENYATAAN SEBUT HARGA - nsembilan.uitm.edu.my · Permohonan yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bergam dan dihantar kepada: I) Pejabat Bendahari ... Bahan cetak

~Jawatankuasa Pengurusan Perniagaan Konvokesyen UiTM NS

SYARAT DAN PERATURAN GERAI JUALAN UiTM

PERATURAN UMUM

1. Tawaran tapak jualan dan food truck sempena Istiadat Konvokeysen UiTM bertempat di

UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau ini dibuka kepada Bumiputera yang

telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sila kepilkan salinan kad

pengenalan dan salinan perniagaan SSM semasa menghantar borang permohonan.

2. Peniaga yang memohon juga perlulah berdaftar dengan pihak Universiti Teknologi MARA

(UiTM).

3. Peniaga dan penggendali makanan mesti memiliki Kad Suntikan Kesihatan / Kad

Pengendalian Makanan (Typhoid) yang masih sah. Salinan kad ini hendaklah

disertakan sekali bersama borang permohonan. Penggerai perlu menitikberatkan

amalan pengendalian makanan yang sempurna, halal dan bersih.

4. Kampus UiTM adalah KAWASAN LARANGAN MEROKOK. Peniaga dilarang sama

sekali menghisap rokok di dalam kawasan kampus.

5. Peniaga tidak dibenarkan menjual barang-barang yang dilarang oleh UiTM seperti:

a. Rokok dan makanan/minuman memabukkan atau yang seumpamanya.

b. Bahan cetak bertulis/elektronik atau yang seumpamanya yang mengandungi unsur-

unsur lucah, politik yang dilarang dan kandungan yang bertentangan dengan ajaran

Islam.

c. Pakaian yang tertera tulisan atau gambar lucah, mengandungi unsur-unsur politik,

agama selain agama Islam dan apa juga yang memberi maksud bertentangan

dengan ajaran Islam serta nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.

d. Barang-barang yang tidak dibenarkan dimiliki, disimpan atau dijual-beli oleh Agama

Islam oleh Kerajaan Malaysia atau oleh UiTM.

6. Pihak UiTM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan, kecurian, kecuaian

dan kehilangan sekiranya berlaku kepada peniaga sepanjang aktiviti jualan berlangsung.

7. Pihak urusetia dan UiTM berhak untuk meminda sebarang keputusan yang telah dibuat

sekiranya perlu.

8. Pihak urusetia tidak akan melayan sebarang permohonan penarikan bayaran semula

sekiranya pendaftaran dan pembayaran telah dibuat kepada pihak urusetia.

9. Peniaga yang tidak mematuhi peraturan gerai jualan yang telah ditetapkan oleh UiTM

akan DISENARAIHITAMKAN daripada menjalankan perniagaan di masa akan datang.

Page 6: KENYATAAN SEBUT HARGA - nsembilan.uitm.edu.my · Permohonan yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bergam dan dihantar kepada: I) Pejabat Bendahari ... Bahan cetak

~Jawatankuasa Pengurusan Perniagaan Konvokesyen UiTM NS

PERATURAN KHUSUS

1. Waktu perniagaan adalah seperti berikut:-

Tarikh (Hari) Masa

7 & 8 April 2019 (Ahad dan Isnin)

3 Sidang

6.30 pagi – 6.30 petang

2. Kadar minima sewa tapak jualan untuk tempoh 2 hari adalah seperti berikut:-

Jenis Saiz Kadar Minima (RM)

Tapak khemah (bunga dan fotografi sahaja)

20” x 10” RM1,060.00/tapak

Foodtruck 2 tapak parkir RM 410.00

Caj pengurusan RM40.00 untuk setiap

peniaga

Deposit kebersihan (akan dipulangkan setelah diluluskan mengikut syarat yang ditetapkan)

- RM 100 untuk setiap

peniaga

Jumlah Graduan 1319 Graduan

3. Kuota untuk jenis perniagaan:

a. Gerai bunga/cenderahati (2 tapak 20” x 10’ berkhemah) - 2 peniaga

b. Gerai fotografi (4 tapak 20” x 10” berkhemah) - 1 peniaga

c. Food truck (2 tapak parkir) - 10 peniaga

4. Kedudukan lot tapak yang telah ditetapkan oleh pihak urusetia adalah tetap dan

muktamad.

5. Peniaga yang dilantik tidak dibenarkan untuk menyewakan lot tersebut kepada pihak

lain / orang lain / tanpa pengetahuan pihak UiTM. Pihak UiTM berhak untuk menutup

permis perniagaan tersebut sekiranya peniaga tidak mematuhi arahan ini.

6. Peniaga digalakkan membawa peralatan tambahan sendiri seperti kerusi, meja, soket

elektrik. Peniaga dilarang sama sekali menggunakan peralatan UiTM yang bukan

disediakan untuk peniaga. Peniaga TIDAK DIBENARKAN membuat pendawaian sendiri

tanpa kebenaran urusetia dan pihak Bahagian Pengurusan Fasiliti UiTM.

Page 7: KENYATAAN SEBUT HARGA - nsembilan.uitm.edu.my · Permohonan yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bergam dan dihantar kepada: I) Pejabat Bendahari ... Bahan cetak

~Jawatankuasa Pengurusan Perniagaan Konvokesyen UiTM NS

7. Tidak dibenarkan membuat tambahan ruang / bumbung menggunakan kanvas / plastik

di luar kawasan khemah perniagaan yang telah disediakan. Peniaga hanya dibenarkan

memasang bidai (kayu) bagi tujuan melindungi daripada cuaca panas (kecuali hujan).

8. Peniaga dibenarkan membawa masuk peralatan perniagaan ke tapak jualan pada tarikh

6 April 2019 (Sabtu) bermula jam 5.00 petang hingga 10.00 malam

9. Kenderaan peniaga hendaklah diletakkan pada kawasan tempat letak kereta yang

disediakan. Pihak Polis Bantuan UiTM berhak untuk mengunci kenderaan dan juga

mengeluarkan saman sekiranya tidak mematuhi arahan dan peraturan.

10. Peniaga dikehendaki memastikan makanan dan minuman yang dijual adalah HALAL dan

BERSIH.

11. Peniaga mesti mempamerkan harga bagi setiap barangan yang dijual (harga yang

berpatutan). Semua tanda harga dan nama bagi setiap barangan hendaklah dibuat

dengan kemas / jelas / tidak mengelirukan

12. Penggunaan polisterin adalah TIDAK DIBENARKAN bagi pembungkusan makanan.

13. Setiap peniaga perlu memastikan kawasan perniagaan adalah di dalam keadaan bersih

dan bebas sampah. Peniaga dikehendaki menyediakan tong dan plastik sampah sendiri

dan sisa jualan hendaklah sentiasa dibuang. Deposit kebersihan tidak akan dikembalikan

sekiranya keadaan lot tapak tidak memuaskan.

14. Peniaga hanya dibenarkan menggunakan lot tapak yang telah disediakan oleh pihak

urusetia dan dilarang sama sekali menggunakan lot penggerai lain tanpa kebenaran

pemilik lot berkenaan atau pihak urusetia. Peniaga tidak dibenarkan tinggal atau tidur di

tempat tersebut.

15. Penggunaan elektrik yang dibenarkan bagi setiap tapak khemah adalah DI BAWAH 250

WATT bagi mengelakkan berlakunya gangguan elektrik.

16. Setiap peniaga dikehendaki mengemas serta membawa keluar barang-barang jualan

daripada tapak konvokesyen sebaik menamatkan perniagaan pada 8 April 2019 jam 6.30

petang **.

17. Peniaga food trucks dikehendaki memasak makanan di food trucks masing-masing.

Peniaga food trucks diingatkan untuk membawa bekalan air bersih sendiri.

18. Peniaga mesti mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan oleh pihak UiTM. Sekiranya

gagal berbuat demikian serta tidak mengikuti mana-mana peraturan di atas, pihak UiTM

berhak membatalkan / tidak membenarkan menggunakan ruang / mengadakan jualan

pada tarikh tersebut dan pada masa akan datang.

19. Semua borang dan dokumen seperti di senarai semak yang telah lengkap disi hendaklah

dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan ditulis pada bagaian atas kiri

sampul surat itu dengan butir-butir yang berikut:

Page 8: KENYATAAN SEBUT HARGA - nsembilan.uitm.edu.my · Permohonan yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bergam dan dihantar kepada: I) Pejabat Bendahari ... Bahan cetak

~Jawatankuasa Pengurusan Perniagaan Konvokesyen UiTM NS

a) No. Sebutharga

b) Tarikh tutup sebutharga

c) Alamat tempat tutup sebutharga

20. Dokumen tersebut hendaklah dihantar dengan cara serahan tangan atau pos ke

Pejabat Bendahari UiTM Negeri Sembilan Kampus Rembau selewat-lewatnya 7 Mac

2019 sebelum jam 12.00 tengah hari.

21. Senarai peniaga yang layak akan dipilih melalui Mesyuarat yang akan dijalankan oleh

pihak pengurusan. Peniaga yang terpilih akan dihubungi dan diwajibkan untuk menghadiri taklimat pada tarikh 26 Mac 2019 jam 10.00 pagi di UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau**.

22. Bagi peniaga yang terpilih, bayaran perlu dijelaskan pada 26 Mac 2019 atau selewat-

lewatnya pada 2 April 2019 di Pejabat Bendahari, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau.

PERAKUAN

Dengan ini saya ………………………………………………………………………………………………….. (nama),

nombor kad pengenalan ……………………………….….. bersetuju terhadap syarat-syarat yang telah

dikemukan oleh pihak Jawatankuasa Pengurusan Perniagaan Konvokesyen sempena Istiadat

Konvokesyen UiTM yang ke-90 di Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri

Sembilan .

................................................................. ......................................

Tandatangan Pemohon Tarikh

** Tertakluk kepada perubahan dari pihak urusetia.