KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA -...

29
LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA 1. Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan: BIL. SEBUT HARGA TAJUK JENIS SEBUT HARGA KELAYAKAN LAWATAN TAPAK TARIKH TUTUP SEBUTHARGA SH. BIL. 14/2017 PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MENGECAT DAN MENGANTIKAN KERTAS DINDING DI BEBERAPA BAHAGIAN DALAM BANGUNAN IBU PEJABAT LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM, KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI TERBUKA Kepada kontraktor Bumiputera sahaja yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan, Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), CIDB kategori B pengkhususan B14 dan eP-enable Kategori/Kod Bidang: 221401 (Perkhidmatan Pengindahan Bangunan/Hiasan Dalaman (DIWAJIBKAN) Tarikh: 10/08/2017 (KHAMIS) Masa: 10.00 Pagi Tempat: Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Batu 24 Jalan Dengkil 43800 Dengkil Selangor *(Perlu melapor diri) 17 OGOS 2017 (KHAMIS) Jam 12.00 Tengahari 2. Dokumen Sebutharga boleh diperolehi di Ibu Pejabat Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Batu 24 Jalan Dengkil 43800 Dengkil Selangor ATAU di laman sesawang Jabatan www.aelb.gov.my mulai 07/08/2017 (ISNIN). 3. Penyebut harga diwajibkan untuk mengemukakan satu salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera (jika berkaitan), Perakuan Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Pendaftaran dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di bawah Kategori B Pembinaan Bangunan, Pengkhususan B14 (Kerja-kerja Cat), Sijil pendaftaran dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah Kepala 2 dan sub kepala yang berkaitan, Penyata Akaun Bank terkini (3 bulan) dan Profail Syarikat. Sijil-sijil berkenaan mestilah masih sah laku tempohnya. 4. Dokumen Sebut Harga Manual (hard copy) dan semua dokumen sokongan (seperti profil syarikat, sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan dan lain-lain) hendaklah dimasukkan ke dalam Sampul Surat Berlakri, ditulis bilangan sebutharga di bahagian atas sebelah kiri sampul dan dihantar secara serahan tangan atau pos kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Batu 24 Jalan Dengkil 43800 Dengkil Selangor. Pegawai yang boleh dihubungi ialah Pn. Nurul Aisyah Bistamin 03-89225888 smbgn. 5840 atau email [email protected] .

Transcript of KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA -...

Page 1: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA - …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/SiteAssets/eperolehan/2017/Notis... · KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA 1. ... PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MENGECAT DAN

LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

1. Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan:

BIL. SEBUT HARGA

TAJUK JENIS SEBUT HARGA

KELAYAKAN LAWATAN

TAPAK TARIKH TUTUP SEBUTHARGA

SH. BIL. 14/2017

PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MENGECAT DAN MENGANTIKAN KERTAS DINDING DI BEBERAPA BAHAGIAN DALAM BANGUNAN IBU PEJABAT LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM, KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

TERBUKA

Kepada kontraktor Bumiputera sahaja yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan, Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), CIDB kategori B pengkhususan B14 dan eP-enable Kategori/Kod Bidang: 221401 (Perkhidmatan Pengindahan Bangunan/Hiasan Dalaman

(DIWAJIBKAN) Tarikh: 10/08/2017 (KHAMIS) Masa: 10.00 Pagi Tempat: Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Batu 24 Jalan Dengkil 43800 Dengkil Selangor *(Perlu melapor diri)

17 OGOS 2017 (KHAMIS) Jam 12.00 Tengahari

2. Dokumen Sebutharga boleh diperolehi di Ibu Pejabat Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Batu 24 Jalan Dengkil 43800 Dengkil Selangor ATAU di laman sesawang Jabatan www.aelb.gov.my mulai 07/08/2017 (ISNIN).

3. Penyebut harga diwajibkan untuk mengemukakan satu salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera (jika berkaitan), Perakuan Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Pendaftaran dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di bawah Kategori B Pembinaan Bangunan, Pengkhususan B14 (Kerja-kerja Cat), Sijil pendaftaran dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah Kepala 2 dan sub kepala yang berkaitan, Penyata Akaun Bank terkini (3 bulan) dan Profail Syarikat. Sijil-sijil berkenaan mestilah masih sah laku tempohnya.

4. Dokumen Sebut Harga Manual (hard copy) dan semua dokumen sokongan (seperti profil syarikat, sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan dan lain-lain) hendaklah dimasukkan ke dalam Sampul Surat Berlakri, ditulis bilangan sebutharga di bahagian atas sebelah kiri sampul dan dihantar secara serahan tangan atau pos kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Batu 24 Jalan Dengkil 43800 Dengkil Selangor. Pegawai yang boleh dihubungi ialah Pn. Nurul Aisyah Bistamin 03-89225888

smbgn. 5840 atau email [email protected] .

Page 2: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA - …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/SiteAssets/eperolehan/2017/Notis... · KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA 1. ... PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MENGECAT DAN

5. Penyebut harga adalah wajib untuk hadir ke lawatan tapak pada 10/08/2017 (KHAMIS) pukul 10.00 pagi di Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Batu 24 jalan Dengkil, 43800 Dengkil Selangor.

6. Tarikh tutup untuk mengemukakan tawaran ini ialah selewat-lewatnya pada 17/08/2017 (KHAMIS) jam 12.00 tengahari. Tawaran Sebutharga yang lewat dikemukakan seperti mana arahan Sebut Harga tidak akan dipertimbangkan.

7. Pertimbangan Sebut harga ini adalah berasaskan harga tawaran, pengalaman dalam bidang kerja yang serupa dan lain-lain faktor yang difikirkan sesuai. Kerajaan tidak terikat untuk menerima sebutharga yang terendah atau mana-mana sebutharga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut harga adalah muktamad.

Page 3: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA - …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/SiteAssets/eperolehan/2017/Notis... · KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA 1. ... PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MENGECAT DAN

KENYATAAN SEBUTHARGA 1. PELAWAAN SEBUTHARGA

1.1. Sebutharga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera kelas G1/G2 yang berdaftar

dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah Kepala 2 dan sub kepala yang berkaitan dan

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Kategori B (Pembinaan

Bangunan) dan Pengkhususan B14 (Kerja-kerja Cat) yang mana pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa.

2. TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK SEBUTHARGA

2.1. Penyebutharga yang berminat MESTI menghadiri taklimat dan lawatan tapak yang akan diadakan pada

(10/08/2017). Kehadiran dihadkan kepada dua (2) orang wakil sahaja bagi setiap Penyebutharga.

Penyebutharga adalah dikehendaki melaporkan diri pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

TARIKH : 10 Ogos 2017 (Khamis) MASA : 10.00 pagi TEMPAT : Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

Batu 24 Jalan Dengkil 43800 Dengkil Selangor

3. DOKUMEN TAWARAN SEBUTHARGA

3.1. Kandungan Dokumen Tawaran Sebutharga

Penyebutharga dikehendaki mengisi semua butiran yang diperlukan di dalam Borang Sebutharga dengan lengkap dan sempurna. Semua Dokumen Tawaran Sebutharga hendaklah dikemukakan sama ada dalam Bahasa Melayu dan/atau Bahasa Inggeris sahaja. Dokumen Tawaran Sebutharga mestilah mengandungi perkara-perkara berikut:-

Senarai Dokumen Perkara

SAMPUL CADANGAN KEWANGAN DAN TEKNIKAL

BORANG SEBUTHARGA

KETERANGAN MENGENAI PENYEBUTHARGA

LAMPIRAN A Ringkasan Sebutharga (Pukal)

LAMPIRAN B Ringkasan Sebutharga (Kuantiti)

LAMPIRAN C Senarai Kerja Dalam Tangan

LAMPIRAN D Borang Perjanjian Inden Kerja

LAMPIRAN E Surat Akuan Penyebutharga

LAMPIRAN F Surat Akuan Penyebutharga (Integrity Pact)

LAMPIRAN G Surat Akuan Penyebutharga Berjaya (Integrity Pact)

LAMPIRAN H Jadual Pengalaman Syarikat

LAMPIRAN I Jadual Pematuhan Spesifikasi Teknikal

SENARAI SEMAK

3.2. Brosur /Katalog

Penyebutharga diwajibkan menyertakan brosur/katalog yang asli bagi setiap butiran yang ditawarkan bersama Dokumen Tawaran Sebutharga. Lain-lain maklumat berkaitan adalah digalakkan bagi memberi penjelasan terperinci mengenai bekalan/perkhidmatan yang ditawarkan.

Page 4: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA - …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/SiteAssets/eperolehan/2017/Notis... · KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA 1. ... PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MENGECAT DAN

3.3. Bilangan Item

Setiap item yang diletakkan harga di bawah Cadangan Kewangan mestilah sama dengan bilangan item dan spesifikasi yang ditawarkan di dalam Cadangan Teknikal. 3.4. Kehilangan Dokumen Tawaran Sebutharga

Jabatan tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan data-data Dokumen Tawaran Sebutharga atau borang-borang penyertaan Sebutharga akibat kesilapan peti Sebutharga yang dimasukkan atau Sebutharga yang dihantar melalui pos. 4. KAEDAH PENGHANTARAN DOKUMEN TAWARAN SEBUTHARGA

Penyebutharga dikehendaki menghantar dokumen tawaran menggunakan kaedah berikut: 4.1. Dikemukakan "DENGAN TANGAN"

Semua dokumen tawaran yang lengkap hendaklah dialamat dan dikemukakan "DENGAN TANGAN" kepada: PEJABAT LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM, KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI BATU 24, JALAN DENGKIL 43800 DENGKIL SELANGOR

5. PENYERAHAN DOKUMEN TAWARAN SEBUTHARGA

5.1. Pihak Jabatan hanya akan menerima cadangan pertama yang diterima sahaja sekiranya Penyebutharga

menghantar lebih dari satu cadangan.

5.2. Cadangan Pemnyebutharga yang tidak menghadiri taklimat juga tidak akan diterima.

5.3. Dokumen tawaran hendaklah dilengkapkan dan dihantar ke alamat di atas dalam SATU SAMPUL sahaja

dan hendaklah ditulis dengan yang berikut:-

SULIT Sebutharga: AELB.SH 14/2017 Kerja-kerja Mengecat dan Mengantikan Kertas Dinding di Beberapa Bahagian Dalam Bangunan Ibu Pejabat Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Kementerians Sains, teknologi dan Inovasi

6. TARIKH DAN MASA TUTUP

6.1. Tarikh dan masa tutup tawaran pra-kelayakan adalah seperti berikut :

TARIKH TUTUP : 17 Ogos 2017 (Khamis) MASA : 12.00 tengahari 6.2. Dokumen Tawaran Tender yang diterima selepas tarikh dan masa yang ditetapkan TIDAK akan

dipertimbangkan.

Page 5: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA - …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/SiteAssets/eperolehan/2017/Notis... · KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA 1. ... PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MENGECAT DAN

7. TEMPOH SAHLAKU

Tawaran oleh Penyebutharga hendaklah diperakui sah selama 90 hari dari tarikh tutup Sebutharga.

8. SKOP PERKHIDMATAN

8.1. Kerja-kerja Mengecat dan Mengantikan Kertas Dinding di Beberapa Bahagian Dalam Bangunan Ibu Pejabat

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Kementerians Sains, teknologi dan Inovasi, Batu 24, Jalan

Dengkil, 43800 Dengkil, Selangor.

8.2. Definasi Kerja-kerja Mengecat :-

Penyebutharga akan melakukan kerja-kerja mengecat di beberapa Bahagian Dalam Bangunan Ibu Pejabat

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Kementerians Sains, teknologi dan Inovasi, Batu 24, Jalan

Dengkil, 43800 Dengkil, Selangor

8.3. Memastikan perkakasan dicadangkan mempunyai tempoh jaminan tiga (3) tahun. Penyebutharga hendaklah

bertanggungjawab terhadap sebarang masalah ke atas perkakasan yang berkenaan.

8.4. Penyebutharga juga akan melakukan kerja-kerja mengantikan Kertas Dinding di Dalam Bilik Mesyuarat

Bangunan Ibu Pejabat Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Kementerians Sains, teknologi dan

Inovasi, Batu 24, Jalan Dengkil, 43800 Dengkil, Selangor

Page 6: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA - …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/SiteAssets/eperolehan/2017/Notis... · KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA 1. ... PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MENGECAT DAN

ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA 1. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUTHARGA Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad. 2. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUTHARGA 2.1 Penyediaan SebutHarga Kontraktor adalah dikehendaki mengisi dengan lengkap segala maklumat berikut:-

(a) Harga dan tandatangan Kontraktor di Ringkasan Sebut Harga, (b) Harga, tempoh dan tandatangan dalam Borang Sebut Harga, (c) Senarai Kerja Dalam Tangan, (d) Jadual Kadar Harga (jika ada), (e) Butir-butir Spesifikasi (jika ada).

Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas Kontraktor hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan. 2.2 Penyerahan Dokumen Sebutharga

(a) Dokumen Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan dengan bilangan sebut harga (AELB.SH 14/2017) serta tajuk sebut harga dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga pada masa dan tempat yang ditetapkan dalam Notis Sebut Harga.

(b) Jika Dokumen Sebutharga tidak diserahkan dengan tangan, Penyebutharga hendaklah

menghantar Dokumen tersebut dengan pos supaya tiba pada atau sebelum masa dan di tempat yang ditetapkan.

(c) Sebutharga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, berbangkit dari sebarang sebab,

tidak dipertimbangkan 2.3 Penjelasan Lanjut

Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebutharga yang tidak jelas atau bercanggah, Kontraktor boleh menghubungi Pengawai Penguasa/wakilnya untuk penjelasan lanjut.

3. TEMPOH SIAP KERJA

Kerja ini hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi lapan (8) minggu.

4. BAYARAN DOKUMEN SEBUTHARGA

Dokumen Sebut Harga ini boleh diperoleh secara percuma dengan hanya memuat turun dari laman sesawang http://www.aelb.gov.my

5. PERBELANJAAN PENYEDIAAN SEBUTHARGA

Page 7: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA - …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/SiteAssets/eperolehan/2017/Notis... · KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA 1. ... PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MENGECAT DAN

Semua perbelanjaan penyediaan bagi sebutharga ini ditanggung oleh Penyebutharga sendiri. 6. TEMPOH SAH SEBUTHARGA

Sebutharga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebutharga. Penyebutharga tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga. Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya penyebutharga menarik balik sebutharganya sebelum tamat tempoh sah sebutharga.

Page 8: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA - …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/SiteAssets/eperolehan/2017/Notis... · KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA 1. ... PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MENGECAT DAN

SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA 1. PEMERIKSAAN TAPAK BINA

Kontraktor disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak bina dan sekitarnya, bentuk dan jenis tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan Kerja, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan sehala hal-keadaan yang mempengaruhi dan menjejas sebut harganya. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan Kontraktor mematuhi kehendak ini tidak dipertimbangkan.

2. INSURANS

2.1 Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor mengambil Insurans Liabiliti

Awam dan Insurans Kerja*(sekiranya dinyatakan di dalam Butir-butir Ringkasan Sebutharga) bagi tempoh pelakasanaan Kerja ini. Kontraktor hendaklah juga mengemukakan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO.

2.2 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pengawai Penguasa/wakilnya semua polisi

insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan Kerja. Bagaimana pun tujuan memulakan Kerja sahaja Nota-nota Perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan semua polisi insurans selepas tempoh sah nota-nota perlindungan, tanpa sebarang sebab yang munasabah, Pengawai Penguasa/wakilnya berhak mengambil tindakan seperti dibawah fasal 9(d).

3. PERATURAN PELAKSANA KERJA

Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, pelan-pelan, butir-butir-butir kerja dalam Ringkasan Sebut Harga dan Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut Harga ini dan arahan Pegawai Penguasa atau Wakilnya. 4. KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA

Sekiranya Kontraktor gagal dalam memulakan kerja selepas tujuh (7) hari dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden, tanpa sebab-sebab yang munasabah, Inden akan dibatalkan oleh Pengawai Penguasa/wakilnya dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap kontraktor. 5. SUB-SEWA DAN MENYERAHHAK KERJA

Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan Kerja kepada Kontraktor-kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh menyerahhak apa-apa faedah di bawah Inden ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Penguasa/wakilnya. 6. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN MUTU HASIL KERJA OLEH PENGAWAI

PENGUASA/WAKILNYA

6.1 Pengawai Penguasa/wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu hasil kerja dari jenis piawaian yang tidak menepati seperti yang diperihalkan dalam spesifikasi. Kontraktor hendaklah, apabila diminta oleh Pengawai Penguasa/wakilnya, memberi kepadanya baucar-baucar dan/atau perakuan ujian pengilang untuk membuktikan bahawa bahan-bahan dan barang-barang itu mematuhi Spesifikasi. Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh Kontraktor sendiri.

Page 9: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA - …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/SiteAssets/eperolehan/2017/Notis... · KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA 1. ... PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MENGECAT DAN

6.2 Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara kerja yang telah ditentukan di dalam

spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima, dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada Pengawai Penguasa/wakilnya secara bertulis.

7. RINGKASAN SEBUTHARGA 7.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga dan

hendaklah menjadi asas Jumlah Sebut Harga. 7.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos

pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan Kerja dengan sempurnanya.

7.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos

buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai Kerajaan, sama ada dalam tempoh sah sebut harga atau dalam tempoh Kerja.

8. PERCANGGAHAN DAN KECUKUPAN DOKUMEN SEBUTHARGA

8.1 Dokumen Sebutharga adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara satu sama lain.

Kontraktor hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk melaksanakan kerja dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut tujuan dan maksud sebenar. Dokumen Sebut Harga pada keseluruhannya sama ada atau tidak tujuan maksud itu ada ditunjuk atau diperihalkan secara khusus, dengan syarat bahawa tujuan, maksud itu hendaklah difahamkan dengan munasabahnya dari Dokumen Sebut Harga itu.

8.2 Jika Kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen Sebut Harga dia hendaklah

merujuk kepada Pengawai Penguasa/wakilnya untuk mendapatkan keputusan. 9. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN PERLANTIKAN

KONTRAKTOR Pengawai Penguasa/wakilnya berhak membatalkan Inden sekiranya Kontraktor berada dalam keadaaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pengawai Penguasa/wakilnya:

(a) Sekiranya Kontraktor masih gagal menyiapkan Kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan;

(b) Kemajuan Kerja terlalu lembap tanpa apa-apa sebab yang munasabah; (c) Penggantungan pelaksanaan seluruh atau sebahagian Kerja, tanpa apa-apa sebab yang

munasabah; (d) Tidak mematuhi arahan Pengawai Penguasa/wakilnya tanpa apa-apa alasan yang

munasabah; dan (e) Apabila Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.

10. BAYARAN KEMAJUAN

Pengawai Penguasa/wakilnya dibenarkan membuat bayaran apabila kerja-kerja siap dilaksana sepenuhnya.

Page 10: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA - …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/SiteAssets/eperolehan/2017/Notis... · KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA 1. ... PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MENGECAT DAN

11. KERJA PERUBAHAN

11.1 Pengawai Penguasa/wakilnya boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pengawai Penguasa/wakilnya atau yang disahkan kemudian oleh Pengawai Penguasa/wakilnya boleh membatalkan sebut harga tersebut.

11.2 Semua kerja perubahan dan/atau tambahan yang diluluskan oleh Pengawai Penguasa/wakilnya

akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti/Ringkasan Sebut Harga. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian, kadar harga yang dipersetujui oleh Pengawai Penguasa/wakilnya dan kontraktor hendaklah digunakan.

12. TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN (DLP)

12.1 Tempoh Tanggungan Kecacatan bagi sebut harga hendaklah sekurang-kurangnya enam (6)

bulan dari tarikh kerja diperakukan siap. 12.2 Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan

atau apa-apa jua kerosakan lain yang mungkin kelihatan dan yang disebabkan oleh bahan atau barang atau mutu hasil kerja yang tidak menepati sebut harga ini apabila diarahkan oleh Pengawai Penguasa/wakilnya dan dalam masa yang berpatutan.Kontraktor hendaklah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain atas kos Kontraktor sendiri.

12.3 Sekiranya Kontraktor gagal membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa

jua kerosakan lain seperti yang diarahkan, Pengawai Penguasa/wakilnya berhak memotong kos membaiki dari baki wang yang akan dibayar kepada kontraktor atau, jika baki tiada tidak mencukupi, mengeluarkan surat pengesyoran kepada Pusat Khidmat Kontraktor untuk menggantungkan pendaftaran Kontraktor, dan menghantar salinan-salinan surat tersebut kepada Pengarah Kerja Raya Negeri/Ketua Jabatan, Bahagian Pembangunan Bumiputera, Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan.

13. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP

Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurnanya dan Perakuan Siap Kerja dikeluarkan. Kontraktor hendaklah mengembalikan Borang-borang Inden Kerja Asal iaitu Borang Perjanjian Inden Kerja JKR 58 dan Borang Pengesahan Penyiapan Inden Kerja JKR58A kepada Pengawai Penguasa/wakilnya.

14. PERAKUAN SIAP KERJA

Pengawai Penguasa/wakilnya hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Kerja sebaik sahaja kerja disiapkan dengan sempurna dan memuaskan. Tarikh siap kerja ini bermulanya Tempoh Tanggungan Kecacatan.

15. PERAKUAN SIAP MEMPERBAIKI KECACATAN

Pengawai Penguasa/wakilnya hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan sebaik sahaja kontraktor telah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain.

Page 11: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA - …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/SiteAssets/eperolehan/2017/Notis... · KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA 1. ... PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MENGECAT DAN

16. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR

Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-undang Kecil dan Undang-undang Berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan Kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan syarat-syarat ini.

Page 12: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA - …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/SiteAssets/eperolehan/2017/Notis... · KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA 1. ... PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MENGECAT DAN

BORANG SEBUTHARGA SEBUTHARGA AELB.SH.14/2017 ………………………………….. ………………………………….. ………………………………….. ………………………………….. Tuan, Sebutharga untuk ……………………………………………………………………………………. …………………………………………………………………………………………………………… Di bawah dan tertakluk kepada Arahan Kepada Penyebutharga dan Syarat-syarat Am Sebutharga, Spesifikasi Kerja dan pelan-pelan, saya yang bertandatangan di bawah ini adalah dengan ini menawarkan untuk melaksanakan dan menyiapkan kerja-kerja tersebut bagi jumlah harga pukal sebanyak Ringgit Malaysia: …………………………………………...... …………………………………………………………………(RM)…………………………………) 2. Saya bersetuju menyiapkan kerja-kerja ini dalam masa …………………. minggu dari tarikh akhir tempoh mula kerja seperti yang diarahkan oleh Pengawai Penguasa/wakilnya. Bertarikh …………………haribulan ……………..2017. …………………………………… ……….…………………………… Tandatangan Kontraktor Tandatangan Saksi Nama Penuh: …………………………. Nama Penuh: …………………… No. K/P: ……………………………….. No. K/P: ………………………….. Alamat:………………………………….. Alamat: …………………………… ……………………………………………. ……………………………………... ……………………………………………. ……………………………………... ……………………………………………. ……………………………………... Atas Sifat:……………………………… Meterai/ Cop Kontraktor:

Page 13: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA - …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/SiteAssets/eperolehan/2017/Notis... · KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA 1. ... PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MENGECAT DAN

KETERANGAN MENGENAI PENYEBUTHARGA 1. Nama Syarikat : 2. Alamat Syarikat

Alamat Berdaftar Alamat Surat-menyurat

Poskod : Poskod :

No Telefon : No Telefon :

No Fax : No Fax :

E-Mel : E-Mel :

3. Pendaftaran Syarikat 3.1. No. Pendaftaran Kementerian Kewangan : 3.2. Tarikh ditubuhkan : 3.3. Tarikh Mula Pendaftaran : 3.4. Tarikh Tamat Pendaftaran : 4. Jenis Syarikat (tandakan kotak yang bersesuaian) Private Limited Limited Limited by Shares Limited by guarantee 5. Taraf Syarikat (tandakan kotak yang bersesuaian) Syarikat Tempatan Bumiputera Bukan Bumiputer Syarikat Luar Negeri Perkongsian Antara Syarikat Tempatan/Luar Negeri 6. Komposisi Modal : Bilangan pemegang saham mengikut jumlah unit saham

Komposisi Modal Bilangan Pemegang Jumlah Unit %

Bumiputera

Bukan bumiputera

Page 14: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA - …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/SiteAssets/eperolehan/2017/Notis... · KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA 1. ... PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MENGECAT DAN

7. Ahli Lembaga Pengarah

Bil Nama No. KP Jumlah Nilai Saham (RM)

% Jawatan Dalam Syarikat

1.

2.

3.

8. Nama Dan Kewarganegaraan Ahli Lembaga Pengarah

9. Komposisi Kakitangan:

Komposisi Kakitangan Bumiputera Bukan Bumiputera Lain-lain Jumlah

Pengurusan

Eksekutif/Profesional

Teknikal

Sokongan

Jumlah

10. Komposisi Kakitangan (Nyatakan bilangan kakitangan yang terlibat dalam projek ini):

Perkara Jawatan Kelayakan Bilangan Kakitangan di tapak

B/BB

Pengurusan

Profesional/ Eksekutif

Teknikal

Sokongan

B – Bumiputera BB – Bukan Bumiputera 11. Komposisi Modal

Modal Yang Dibenarkan Modal Berbayar

Bil Nama Warganegara

a.

b.

c.

d.

e.

f.

g

Page 15: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA - …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/SiteAssets/eperolehan/2017/Notis... · KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA 1. ... PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MENGECAT DAN

12. Maklumat Bank

Nama Bank

Alamat Bank

No. Akaun Bank

13. Aset *:

Semasa RM

Tetap RM

Jumlah RM

14. Liabiliti**:

Semasa RM

Tetap RM

Jumlah RM

15. Nilai Kewangan :

a. Semasa : RM b. Tetap : RM c. Jumlah : RM

16. Kemudahan Kredit (Jika Ada) :

Nama Bank

Alamat Bank

No. Akaun Bank

17. Bentuk Dan Baki Amaun Yang Boleh Digunakan Untuk Projek Ini:

Overdraf atau Talian Kredit RM

Overdraf Bercagar RM

Pinjaman tetap yang akan/layak diperolehi untuk Projek RM

Jumlah RM

Peringatan Penting: ** Sila sertakan Penyata Bulanan bagi tiga(3) bulan terakhir sebelum tarikh tutup tender. 18. Buatan Dalam/Luar Malaysia:

(a) Sebutkan samada barang-barang yang hendak dibekalkan itu dibuat dalam Malaysia atau di

luar Malaysia.

(b) Jika barang dibuat dalam Malaysia, sebutkan peratus nilai bahagian barang yang dibuat dalam

Malaysia.

Page 16: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA - …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/SiteAssets/eperolehan/2017/Notis... · KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA 1. ... PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MENGECAT DAN

19. Kontrak Dengan Kerajaan Pada Masa Yang Lalu: Jika Petender pernah mengikat kontrak dengan mana-mana Jabatan Kerajaan atau Badan-badan Berkanun, nyatakan samada firma tuan pernah mengalami penggantungan dan penamatan kontrak dalam perjalanan kontrak dengan Kerajaan oleh kerana perlanggaran syarat-syarat kontrak. 20. Lain-Lain Maklumat Bagi Menyokong Cadangan Ini: Saya perakui bahawa segala keterangan di atas adalah benar. Tandatangan Penyebutharga : Nama : Jawatan Rasmi Dalam Syarikat : Tandatangan Saksi : Nama : Jawatan : Tarikh: Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Batu 24, Jalan Dengkil 43800 Dengkil Selangor

Page 17: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA - …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/SiteAssets/eperolehan/2017/Notis... · KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA 1. ... PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MENGECAT DAN

LAMPIRAN I JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI TEKNIKAL SEBUTHARGA KERJA-KERJA MENGECAT BAHAGIAN DALAM BANGUNAN IBU PEJABAT LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM, KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI Sila isikan ruang “Spesifikasi cadangan” dengan jelas. Perkataan “YA” atau “TIDAK” tidak akan diterima sebagai memenuhi spes ifikasi yang ditawarkan. Nyatakan adakah cadangan spesifikasi yang ditawarkan petender adalah lebih rendah (R), setara (S) atau lebih tinggi (T) seperti yang diperlukan di dalam spesifikasi minimum.

Bil Keterangan Spesifikasi Spesifikasi Cadangan Petender Catatan (R/S/T)

1.

Kemasan Cat bagi dinding beberapa ruang dalam Bangunan Ibu Pejabat Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

Jenis cat yang disyorkan adalah jenama Jotun atau yang setaraf

2.

Kemasan pada bahagian kertas dinding di ruang dalam bilik Mesyuarat Bangunan Ibu Pejabat Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

Bahan hendaklah Wallpaper Premium atau setaraf di bilik Mesyuarat Pejabat

* Nota : (R - Rendah, S – Setara, T – Tinggi) Borang ini hendaklah diisi sepenuhnya dan disertakan bersama tawaran sebutharga.

Page 18: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA - …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/SiteAssets/eperolehan/2017/Notis... · KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA 1. ... PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MENGECAT DAN

LAMPIRAN A

SEBUTHARGA KERJA-KERJA MENGECAT DAN MENGANTIKAN KERTAS DINDING DI BEBERAPA BAHAGIAN DALAM BANGUNAN IBU PEJABAT LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM, KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI RINGKASAN SEBUT HARGA (PUKAL)

Bil Huraian Kerja Jumlah Harga Pukal (RM)

1.

SEBUTHARGA KERJA-KERJA MENGECAT DAN MENGANTIKAN KERTAS DINIDNG DI BEBERAPA BAHAGIAN DALAM IBU PEJABAT LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM, KEMENTERIANS SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI, BATU 24, JALAN DENGKIL, 43800 DENGKIL, SELANGOR

Jumlah dibawa ke Borang Sebut Harga

Catatan: Jika ada butiran yang dikehendaki dalam Spesifikasi dan Skop Kerja tidak termasuk di dalam Ringkasan Sebut Harga ini, harga butiran tersebut hendaklah disifatkan telah dimasukkan ke dalam salah satu butiran dalam Ringkasan Sebut Harga. …………………………………………………….. Tandatangan Kontraktor Tarikh:

Page 19: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA - …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/SiteAssets/eperolehan/2017/Notis... · KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA 1. ... PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MENGECAT DAN

LAMPIRAN B SEBUTHARGA KERJA-KERJA MENGECAT DAN MENGANTIKAN KERTAS DINDING DI BEBERAPA BAHAGIAN DALAM BANGUNAN IBU PEJABAT LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM, KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI RINGKASAN SEBUT HARGA (KUANTITI)

Bil. Huraian Kerja

Unit Kuantiti Kadar Harga (RM)

Jumlah (RM)

1.

Mengecat i. Kerja-kerja mengecat

keseluruhan laluan di hadapan Bahagian Khidmat Pengurusan di Blok C. (Harga yang diberi adalah termasuk kos-kos mengikis cat lama atau menanggalkan kertas dinding yang sediaada, membersih permukaan lama sebelum kerja-kerja mengecat cat baru dijalankan). (Harga kerja-kerja mengecat ini juga termasuk kos-kos menyewa scaffolding bagi kerja-kerja mengecat permukaan yang tinggi). (Harga cat adalah bagi cat berjenam JOTUN)

ii. Kerja-kerja mengecat keseluruhan ruang menunggu atau laluan masuk Bahagian Penilaian Dan Perlesenan di Blok B. (Harga yang diberi adalah termasuk kos-kos mengikis cat lama atau menanggalkan kertas dinidng yang sediaada, membersih permukaan lama sebelum kerja-kerja mengecat cat baru dijalankan). (Harga kerja-kerja mengecat ini juga termasuk kos-kos menyewa scaffolding bagi kerja-kerja mengecat permukaan yang tinggi). (Harga cat adalah bagi cat berjenam JOTUN)

iii. Kerja-kerja mengecat keseluruhan ruang menunggu dan laluan masuk di Pejabat Ketua Pengarah di Blok D. (Harga yang diberi adalah termasuk kos-kos mengikis cat lama atau menanggalkan kertas dinidng yang sediaada, membersih permukaan lama sebelum kerja-kerja mengecat cat

L/sum L/sum L/sum

Page 20: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA - …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/SiteAssets/eperolehan/2017/Notis... · KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA 1. ... PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MENGECAT DAN

. 2.

baru dijalankan). (Harga kerja-kerja mengecat ini juga termasuk kos-kos menyewa scaffolding bagi kerja-kerja mengecat permukaan yang tinggi). (Harga cat adalah bagi cat berjenam JOTUN)

Penggantian Kertas Dinding 2.1 Bilik Mesyuarat Bahagian Sokongan Teknikal di Blok A

i. Kerja-kerja membekal dan memasang wallpaper premium buatan korea atau setaraf denganya

ii. Kerja-kerja mencabut dan mebuang wallpaper yang sediada

2.2 Bilik Mesyuarat Bahagian Penilaian Dan Perlesenan di Blok B

i. Kerja-kerja membekal dan memasang wallpaper premium buatan korea atau setaraf denganya

ii. Kerja-kerja mencabut dan mebuang wallpaper yang sediada

2.3 Bilik Mesyuarat Bahagian Khidmat Pengurusan di Blok C

i. Kerja-kerja membekal dan memasang wallpaper premium buatan korea atau setaraf denganya

ii. Kerja-kerja mencabut dan mebuang wallpaper yang sediada

2.4 Bilik Mesyuarat Utama di Blok C

i. Kerja-kerja membekal dan memasang wallpaper premium buatan korea atau setaraf denganya

ii. Kerja-kerja mencabut dan mebuang wallpaper yang sediada

2.5 Pejabat Ketua Pengarah di Blok D

i. Kerja-kerja membekal dan memasang wallpaper premium buatan korea atau setaraf denganya

ii. Kerja-kerja mencabut dan mebuang wallpaper yang sediada

L/sum L/sum L/sum L/sum

Page 21: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA - …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/SiteAssets/eperolehan/2017/Notis... · KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA 1. ... PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MENGECAT DAN

2.6 Bilik Pengarah Dasar Dan Hubungan Luar

i. Kerja-kerja membekal dan memasang wallpaper premium buatan korea atau setaraf denganya

ii. Kerja-kerja mencabut dan mebuang wallpaper yang sediada

Jumlah dibawa ke Borang Sebut Harga

Catatan: Jika ada butiran yang dikehendaki dalam Spesifikasi dan Skop Kerja tidak termasuk di dalam Ringkasan Sebut Harga ini, harga butiran tersebut hendaklah disifatkan telah dimasukkan ke dalam salah satu butiran dalam Ringkasan Sebut Harga. …………………………………………………….. Tandatangan Kontraktor Tarikh: Cop Rasmi Syarikat:

Page 22: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA - …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/SiteAssets/eperolehan/2017/Notis... · KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA 1. ... PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MENGECAT DAN

LAMPIRAN C SENARAI KERJA DALAM TANGAN

Bil. Jabatan/Agensi Jenis Bekalan

Nilai (RM)

Tarikh Bekalan

Tempoh Kontrak

Pegawai Rujukan Jabatan (Contact Person)

Page 23: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA - …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/SiteAssets/eperolehan/2017/Notis... · KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA 1. ... PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MENGECAT DAN

LAMPIRAN D KERAJAAN MALAYSIA BORANG PERJANJIAN INDEN KERJA Vot:…………………………… No. Inden: ……………………… Kerja: ………………………… No. Tanggungan: ……………… Ruj. Fail: ……………………… Kerani Kewangan:

A. Kepada Kontraktor: Nama: Alamat: Sila laksanakan kerja-kerja di bawah ini: Untuk jumlah wang sebanyak Ringgit: dan sen …………………………(RM ………………………………..) mengikut syarat-syarat berikut:

1) Kontraktor tidak dibenarkan tanpa kebenaran bertulis daripada Pengawai Penguasa/wakilnya menyerahhak atau menyewakan mana-mana bahagian Kerja.

2) Kerja ini hendaklah dimulakan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh Inden Kerja dan hendaklah disiapkan pada ………………..

3) Dokumen-dokumen berikut hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca taksiran sebagai sebahagian daripada Perjanjian Sebut Harga-

a) Borang Perjanjian Inden Kerja b) Syarat-syarat Sebut Harga c) Spesifikasi d) Ringkasan Tender/Senarai Kuantiti e) Lukisan

Tandatangan ………………………………………………. (Pengawai Penguasa/wakilnya) Nama: Jawatan: Tarikh:

4) Dengan ini yang bertandatangan di bawah ini bersetuju dengan syarat-syarat di atas …………………………………….. ……………………………… (Kontraktor) (Saksi) Nama: Nama: Atas sifat Jawatan: Diberikan dengan sempurna untu menandatangani Alamat: Untuk dan bagi pihak Tarikh: Meterai/Cop Kontraktor: Tarikh:

Page 24: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA - …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/SiteAssets/eperolehan/2017/Notis... · KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA 1. ... PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MENGECAT DAN

LAMPIRAN E SURAT AKUAN PENYEBUTHARGA Ketua Pengarah, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Batu 24, Jalan Dengkil, 43800 Dengkil, Selangor Tuan, Tertakluk kepada peraturan dan syarat-syarat Sebutharga ini, saya yang menurunkan tandatangan di bawah ini dengan ini mengambil bahagian dalam Sebut Harga dan menawarkan untuk KERJA-KERJA MENGECAT DAN MENGANTIKAN KERTAS DINDING DI BEBERAPA BAHAGIAN DALAM BANGUNAN LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM yang dinyatakan di dalam notis sebutharga ini. 2. Saya menurunkan tandatangan di bawah ini bersetuju menerima serta mematuhi dan terikat dengan semua syarat-syarat sebuthargga dan skop kerja yang ada di dalam jadual Sebutharga dan juga bersetuju di atas harga yang ditawarkan sebagai asas perkiraan bagi pembayaran kepada perkhidmatan yang mana telah dipesan oleh LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM. 3. Dengan ini juga telah difahami bahawa LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM berhak menerima atau menolak sebarang Sebutharga ini, sama ada harga yang ditawarkan rendah atau tinggi atau sama dengan Kotraktor-Kontraktor yang lain. Saya juga bersetuju untuk menerima ke semua atau sebahagian dari skop kerja yang ditawarkan dan sedia mengikut kehendak dan pertimbangan LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM. Saya juga bersetuju bahawa harga Sebutharga yang saya beri ini akan laku (valid) dan tidak ditarik balik dalam tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup Sebutharga. 4. Selanjutnya saya bersetuju sekiranya Sebutharga saya diterima, saya akan mengikat perjanjian kontrak serta memberi bon pelaksanaan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh terima surat tawaran dari LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM. 5. Saya juga mengesahkan, setelah menyemak sendiri iaitu semua dokumen yang digunakan untuk Sebutharga ini adalah yang sebenar yang terdapat di dalam Dokumen Sebutharga. Nama Kontraktor: ……………………………… ………………………….. Tandatangan Kontraktor Alamat : ……………………………………. Cop Kontraktor ……………………………………. Tarikh : ........................ Nama Saksi : .............................................. .............................................. Tandatangan Saksi Alamat : .............................................. .............................................. Tarikh : ........................

Page 25: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA - …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/SiteAssets/eperolehan/2017/Notis... · KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA 1. ... PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MENGECAT DAN

LAMPIRAN F

SURAT AKUAN PENYEBUTHARGA BAGI KERJA-KERJA MENGECAT DAN MENGANTIKAN KERTAS DINDING DI BEBERAPA BAHAGIAN DALAM BANGUNAN IBU PEJABAT LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM, KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI Sebut Harga (AELB.SH.14/2017) Saya,………...………..........................nombor K.P …………….....................yang mewakili…………………………............nombor Pendaftaran…………………..................... dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam……….……...................................... atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini. 2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam………...............................…. atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil: 2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau 2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan 2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang berkuat-kuasa. 3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Yang Benar, ……….................………….. (Nama dan No. KP) Cop Syarikat : Catatan: i) *Potong mana yang tidak berkenaan. ii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa

Page 26: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA - …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/SiteAssets/eperolehan/2017/Notis... · KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA 1. ... PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MENGECAT DAN

LAMPIRAN G SURAT AKUAN PENYEBUTHARGA BERJAYA KERJA-KERJA MENGECAT DAN MENGANTIKAN KERTAS DINDING DI BEBERAPA BAHAGIAN DALAM BANGUNAN IBU PEJABAT LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM, KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI Sebut Harga (AELB.SH.14/2017) Saya,………...………..............................nombor K.P ……………..................... yang mewakili…………………………..............nombor Pendaftaran………………….................. dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam……….……...................................... atau mana-mana individu lain, sebagai ganjaran untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini. 2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam………...............................….. atau mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil: 2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau 2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan 2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang berkuat kuasa. 3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai ganjaran mendapatkan tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Yang Benar, ……….................………….. (Nama dan No. KP) Cop Syarikat : Catatan: i) *Potong mana yang tidak berkenaan. ii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa

Page 27: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA - …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/SiteAssets/eperolehan/2017/Notis... · KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA 1. ... PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MENGECAT DAN

27

LAMPIRAN H JADUAL PENGALAMAN SYARIKAT KERJA-KERJA MENGECAT DAN MENGANTIKAN KERTAS DINDING DI BEBERAPA BAHAGIAN DALAM BANGUNAN IBU PEJABAT LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

NAMA PROJEK

JENIS/BIDANG PROJEK

TEMPOH PERLAKSANAAN

ORGANISASI NILAI/KOS PROJEK

Nota : Petender dikehendaki memberi keterangan hanya untuk tempoh TIGA (3) tahun terakhir.

Page 28: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA - …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/SiteAssets/eperolehan/2017/Notis... · KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA 1. ... PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MENGECAT DAN

28

SENARAI SEMAK Sila tandakan Bagi Dokumen-dokumen Yang Disertakan.

Bil. Perkara/Dokumen Untuk DiTanda Oleh Syarikat

Untuk Ditanda oleh Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga

1.

Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan)

2.

Salinan Sijil Akuan Bumiputera Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan)

3.

Salinan Sijil Akuan Pembuat Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan)

4.

Salinan Sijil Pendaftaran Dari Pusat Khidmat Kontraktor(Kerja)

5.

Salinan Sijil Taraf Bumiputera Dari Pusat Khidmat Kontraktor (Kerja)

6.

Salinan Sijil Pendaftaran dari CIDB

7.

Borang Sebut Harga Telah Diisi dengan Lengkap(termasuk nilai tawaran dan tempoh siap) dan Ditandatangani

8.

Borang Maklumat Penyebut Harga

9.

Pematuhan Kepada Spesifikasi

10.

Pengalaman dan Senarai Kerja Dalam Tangan

11.

Cadangan Penyelenggaraan/Penyeggaraan(jika perlu)

12.

Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi Tiga(3) Bulan Terakhir

/

Page 29: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA - …portal.aelb.gov.my/sites/aelb/SiteAssets/eperolehan/2017/Notis... · KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA 1. ... PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MENGECAT DAN

29

PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh:

UNTUK KEGUNAAN JABATAN Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen kecuali bagi perkara bil. ………………(jika ada) Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: