kenyataan tawaran tender sukan kolej matrikulasi · PDF fileDOKUMEN TENDER TENDER BAGI...

25
1 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN TENDER TENDER BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MEMASANG PERALATAN SUKAN KE KOLEJ MATRIKULASI KEDAH DAN KOLEJ MATRIKULASI PAHANG DI BAWAH BAHAGIAN MATRIKULASI, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KOD TENDER : 103/2008 TARIKH TUTUP : 13 OKTOBER 2008 (ISNIN) JAM 12.00 TENGAHARI HARGA DOKUMEN TENDER : RM50.00 PERINGATAN PENTING Petender-Petender Dikehendaki Membaca Dan Memahami Keseluruhan Butir-Butir Yang Terkandung Di Dalam Dokumen Tender Sebelum Mengisinya. Petender-Petender Yang Membuat Kesilapan Dan Tidak Mematuhi Mana-Mana Fasal Dalam Dokumen Tender Tidak Akan Dipertimbangkan

Transcript of kenyataan tawaran tender sukan kolej matrikulasi · PDF fileDOKUMEN TENDER TENDER BAGI...

Page 1: kenyataan tawaran tender sukan kolej matrikulasi · PDF fileDOKUMEN TENDER TENDER BAGI MEMBEKAL, ... Sekiranya wujud percanggahan ... Perlanggaran Syarat-syarat Tender / Kontrak

1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN TENDER

TENDER BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MEMASANG PERAL ATAN SUKAN KE KOLEJ MATRIKULASI KEDAH DAN KOLEJ MATRIKUL ASI PAHANG DI

BAWAH BAHAGIAN MATRIKULASI, KEMENTERIAN PELAJARAN M ALAYSIA

KOD TENDER : 103/2008

TARIKH TUTUP :

13 OKTOBER 2008 (ISNIN)

JAM 12.00 TENGAHARI

HARGA DOKUMEN TENDER :

RM50.00

PERINGATAN PENTING

Petender-Petender Dikehendaki Membaca Dan Memahami

Keseluruhan Butir-Butir Yang Terkandung Di Dalam Dokumen Tender Sebelum Mengisinya. Petender-Petender Yang Membuat

Kesilapan Dan Tidak Mematuhi Mana-Mana Fasal Dalam Dokumen Tender Tidak Akan Dipertimbangkan

Page 2: kenyataan tawaran tender sukan kolej matrikulasi · PDF fileDOKUMEN TENDER TENDER BAGI MEMBEKAL, ... Sekiranya wujud percanggahan ... Perlanggaran Syarat-syarat Tender / Kontrak

2

ISI KANDUNGAN

Muka Surat 1. Kenyataan Tawaran 3 – 5

2. Arahan dan Syarat-Syarat Am Tender 6 – 13

3. Arahan dan Syarat-Syarat Khas 14 – 23

4. Dokumen-Dokumen Yang Mesti Diisi dan Dikembalikan 24

5. Penyerahan Dokumen Tender 25

6. Hal-Hal Lain 26

7. Lampiran-lampiran:-

Lampiran A - Keterangan Mengenai Petender

Lampiran B - Surat Akuan Petender

Lampiran C - Jadual Harga

Lampiran D - Jadual Spesifikasi

Lampiran E - Contoh Bon Pelaksanaan

Lampiran F - Contoh Sijil Akuan Penerimaan

Lampiran G - Senarai Semak Dokumen Kewangan

dan Teknikal

Lampiran H - Senarai Agihan

Lampiran I - Surat Setuju Terima

Lampiran J - Sijil Pemasangan dan Ujilari

Page 3: kenyataan tawaran tender sukan kolej matrikulasi · PDF fileDOKUMEN TENDER TENDER BAGI MEMBEKAL, ... Sekiranya wujud percanggahan ... Perlanggaran Syarat-syarat Tender / Kontrak

3

KERAJAAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN

MALAYSIA

TENDER BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MEMASANG PERAL ATAN SUKAN KE KOLEJ MATRIKULASI KEDAH DAN KOLEJ MATRIKUL ASI PAHANG DI

BAWAH BAHAGIAN MATRIKULASI, KEMENTERIAN PELAJARAN M ALAYSIA

TENDER 103/ 2008 1. Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal tempatan (keutamaan

kepada pembekal Bumiputera) yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di

bawah kod bidang 070100 serta mempunyai kad pintar e-Perolehan bagi Tender

Bagi Membekal, Menghantar Dan Memasang Peralatan Su kan ke Kolej Matrikulasi

Kedah dan Kolej Matrikulasi Pahang Di Bawah Bahagia n Matrikulasi Kementerian

Pelajaran Malaysia.

Tender ini akan dibuka pada 18 September 2008 (Khamis) sehingga tarikh tutup 1 3

Oktober 2008 (Isnin) jam 12 tengahari . Petender-petender yang ingin menyertai

tender ini hendaklah mendapatkan nombor rujukan unik yang dijanakan oleh sistem

e-Perolehan di Kaunter Telecenter di Kaunter Perkhidmatan, Bahagian Perolehan dan

Pengurusan Aset, Aras Bawah, D/A Sek. Keb. Putrajaya Presint 14(1), No. 1, Jalan

P14, Presint 14, 62000 Putrajaya mulai 18 September 2008 (Khamis), pada waktu yang

berikut:

Isnin – Khamis : 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari

2.00 petang hingga 4.00 petang

Jumaat : 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari

2.45 petang hingga 4.00 petang

Page 4: kenyataan tawaran tender sukan kolej matrikulasi · PDF fileDOKUMEN TENDER TENDER BAGI MEMBEKAL, ... Sekiranya wujud percanggahan ... Perlanggaran Syarat-syarat Tender / Kontrak

4

dengan menyerahkan Wang Pos/Wang Kiriman Pos Berpalang/Bank Draf bernilai

RM50.00 atas nama Ketua Akauntan, Kementerian Pelajaran Malaysia, bagi

pembelian setiap tender yang dipohon. Wang tunai dan cek-cek persendirian tidak akan

diterima. Bayaran dokumen ini tidak akan di kembalikan.

3. Semasa membeli dokumen tender, petender-petender hendaklah mengemukakan

SALINAN ASAL dan SALINAN FOTOSTAT (tidak dikembalik an) dokumen-dokumen

berikut:

a. Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor dari Kementer ian Kewangan; dan b. Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera da ri Kementerian

Kewangan.

4. Tawaran Kewangan dan Tawaran Teknikal hendaklah dikunci masuk (key-in) ke

dalam sistem e-Perolehan sebelum atau pada tarikh tutup tender 13 Oktober 2008

(Isnin) jam 12 tengahari . Manakala, dokumen sokongan yang lain hendaklah

dimasukkan ke dalam dua (2) sampul surat yang berlainan serta dicatatkan Nombor

Cadangan Pembekal (Y021113070108xxxx ) dan Nombor Tender 103/2008

(X021113070108xxxx) pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat bagi kedua-dua

sampul surat. Kedua-dua sampul surat tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam satu

sampul surat dan dimasukkan ke dalam peti tender dan dialamatkan kepada:-

Ketua Setiausaha,

Kementerian Pelajaran Malaysia,

Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset,

D/A Sek. Keb. Putrajaya Presint 14(1)

No. 1, Jalan P14, Presint 14

62000 Putrajaya

Nombor Cadangan Pembekal (Y021113070108xxxx )

Nombor Tender 103/2008 (X021113070108xxxx)

Page 5: kenyataan tawaran tender sukan kolej matrikulasi · PDF fileDOKUMEN TENDER TENDER BAGI MEMBEKAL, ... Sekiranya wujud percanggahan ... Perlanggaran Syarat-syarat Tender / Kontrak

5

sebelum pukul 12.00 tengahari pada atau sebelum 13 Oktober 2008 (Isnin) .

Tawaran tender yang dikemukakan lewat daripada tarikh dan masa tersebut melalui

sistem e-Perolehan serta lewat menghantar dokumen seperti mana arahan tender tidak

akan dipertimbangkan.

5. Kementerian Pelajaran Malaysia tidak terikat untuk menerima mana-mana

tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas

penolakan sesuatu tawaran tender.

6. Syarikat-syarikat yang ingin mengetahui lebih lanjut atau hendak mendaftar

sebagai syarikat e-Perolehan enabled boleh berbuat demikian secara atas talian di

http://www.e-Perolehan.com.my/ atau boleh menghubungi Khidmat Bantuan

Pelanggan e-Perolehan di talian 03-79857777 atau di pejabat Khidmat Pelanggan e-

Perolehan di Aras 1, Blok E12, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 Putrajaya.

7. Iklan tender ini juga boleh dirujuk di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia

di alamat seperti berikut : http://www.moe.gov.my/ atau

http://www.moe.gov.my/bppa . Jika tuan mempunyai soalan mengenai urusan tender,

tuan/ puan boleh hubungi Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Perolehan dan

Pengurusan Aset, Cawangan Perolehan, Unit Perolehan Peralatan B, di telefon 03-

88903180 atau faks ke 03-88903169 atau email ke [email protected] atau

[email protected]

Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 6: kenyataan tawaran tender sukan kolej matrikulasi · PDF fileDOKUMEN TENDER TENDER BAGI MEMBEKAL, ... Sekiranya wujud percanggahan ... Perlanggaran Syarat-syarat Tender / Kontrak

6

ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT AM TENDER 1. PENDAHULUAN

1.1. Semua Petender yang ingin menyertai tender Kementerian Pelajaran

Malaysia hendaklah terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang yang berkaitan sepertimana yang diiklankan. Petender juga mestilah mempunyai kad pintar e-Perolehan sebagai kemudahan mengakses sistem tersebut bagi tujuan memasukkan butiran cadangan teknikal dan cadangan kewangan. Salinan Sijil Pendaftaran dan Salinan Sijil Taraf Bumiputera (jik a berkenaan) hendaklah disertakan bersama-sama tawaran.

1.2. Pelawaan ini adalah terikat kepada Arahan Am dan Syarat-Syarat Khas

tender serta syarat-syarat yang lain yang dikembarkan bersama-sama ini dan yang akan dikeluarkan bersama-sama dengan dokumen tender berkaitan.

1.3. Semua Petender hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat ini apabila

menyertai tender. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan, akan menyebabkan tender tersebut tidak dipertimbangkan dan terus ditolak.

1.4. Petender juga mestilah bersedia untuk dipanggil bagi memberi keterangan

atau persembahan berhubung dengan tawaran yang dikemukakan kepada Kementerian ini jika perlu.

1.5. Petender hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syarat serta

menyemak kandungan dokumen tender dengan teliti sebelum membuat tawaran dan mengisi borang tender melalui sistem e-Perolehan. Borang-borang lain tidak diterima kecuali dokumen tambahan sahaja. Kegagalan mematuhi mana-mana arahan dan syarat di bawah ini membolehkan tender tersebut tidak akan dipertimbangkan atau terus ditolak. Kementerian ini tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana petender yang gagal untuk mematuhi arahan dan syarat dalam dokumen tender ini.

Page 7: kenyataan tawaran tender sukan kolej matrikulasi · PDF fileDOKUMEN TENDER TENDER BAGI MEMBEKAL, ... Sekiranya wujud percanggahan ... Perlanggaran Syarat-syarat Tender / Kontrak

7

2. SYARAT-SYARAT AM TENDER

2.1. Borang Tender

Cadangan Kewangan dan Cadangan Teknikal yang dikemukakan oleh pretender adalah dianggap sebagai petender menerima serta mematuhi segala arahan dan terma-terma tender ini.

2.1.1. Cadangan Kewangan

2.1.1.1. Pada peringkat penyediaan cadangan kewangan, pembekal dikehendaki mengunci masuk (key-in) cadangan harga ke dalam sistem e-Perolehan dan menyerahkan cadangan tersebut secara atas talian (on-line). Petender juga perlu mencetak satu (1) set jadual tawaran harga untuk dimasukkan sebagai dokumen sokongan dalam sampul kewangan.

2.1.1.2. Jadual Harga (Lampiran C ) hendaklah diisi secara atas talian

di dalam sistem e-Perolehan. Sekiranya wujud percanggahan maklumat antara maklumat dalam e-Perolehan daripada salinan HARDCOPY, maka maklumat dalam e-Perolehan akan diguna pakai .

2.1.1.3. Petender hendaklah menghantar Jadual Harga (Lampiran C )

secara HARDCOPY dan memuat naik SOFTCOPY secara dokumen sokongan melalui e-Perolehan.

2.1.1.4. Sekiranya wujud percanggahan maklumat antara maklumat

dalam e-Perolehan daripada salinan HARDCOPY, maka maklumat dalam e-Perolehan akan diguna pakai .

2.1.1.5. Keterangan mengenai Petender (Lampiran A ) serta Surat

Akuan Petender (Lampiran B ) hendaklah diisi dalam dua (2) salinan (ASAL dan SALINAN) dengan lengkap dan terang. Lampiran-lampiran ini mesti bertaip .

2.1.1.6. Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan

mestilah dipotong dan ditandatangani ringkas setentang dengan apa-apa perubahan yang dibuat. Penggunaan sebarang pemadam cecair adalah tidak dibenarkan . Kegagalan pematuhan syarat ini boleh mengakibatkan tawaran pretender ditolak.

Page 8: kenyataan tawaran tender sukan kolej matrikulasi · PDF fileDOKUMEN TENDER TENDER BAGI MEMBEKAL, ... Sekiranya wujud percanggahan ... Perlanggaran Syarat-syarat Tender / Kontrak

8

2.1.2. Cadangan Teknikal

2.1.2.1. Pada peringkat penyediaan cadangan teknikal, pembekal

dikehendaki mengunci masuk (key-in) cadangan teknikal ke dalam sistem e-Perolehan dan menyerahkan cadangan tersebut secara atas talian (on-line). Petender juga perlu mencetak satu (1) set jadual spesifikasi e-Perolehan untuk dimasukkan sebagai dokumen sokongan dalam sampul teknikal.

2.1.2.2. Jika petender dapati bahawa ruangan dalam system e-

Perolehan adalah tidak mencukupi untuk mengunci masuk maklumat, maka, petender adalah digalakkan untuk memasuki maklumat secara manual dalam Lampiran D dan mengemukakan dokumen tersebut dalam sampul Teknikal ke dalam kotak tender. Petender adalah diingati supaya tidak meninggalkan apa-apa nama, maklumat atau petanda syarikat di atas dokumen ini. Kementerian mempunyai hak untuk mengeluarkan dokumen tersebut daripada proses penilaian teknikal jika didapati apa-apa nama, maklumat atau petanda syarikat di atas dokumen ini. Dokumen ini mesti bertaip .

2.1.2.3. Sekiranya wujud percanggahan maklumat antara maklumat

dalam e-Perolehan daripada salinan HARDCOPY, maka maklumat dalam e-Perolehan akan diguna pakai .

2.1.2.4. Kementerian ini tidak akan bertanggungjawab di atas

kegagalan penerimaan Cadangan Kewangan dan Cadangan Teknikal melalui sistem e-Perolehan serta kegagalan menerima Dokumen Sokongan atau kehilangan borang-borang berkaitan tender tersebut .

2.1.2.5. Hanya borang yang dikeluarkan oleh Kementerian ini dan

mempunyai nombor rujukan unik sahaja yang akan diterima. Lain-lain borang tidak diterima kecuali sebagai tam bahan kepada borang yang asal .

2.1.2.6. Tiap-tiap helai borang tender yang digunakan (termasuk

borang tambahan) mestilah ditandatangani di bawah dan setiap borang mestilah diberi nombor muka surat yang bersiri mengikut susunannya .

Page 9: kenyataan tawaran tender sukan kolej matrikulasi · PDF fileDOKUMEN TENDER TENDER BAGI MEMBEKAL, ... Sekiranya wujud percanggahan ... Perlanggaran Syarat-syarat Tender / Kontrak

9

2.2. Bantahan Ke Atas Spesifikasi Tender

2.2.1. Petender boleh membuat bantahan ke atas spesifikasi tender, sekiranya didapati spesifikasi tender menjurus kepada sesuatu jenama sahaja. Bantahan boleh dibuat secara bertulis kepada Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mengemukakan bukti-bukti yang jelas.

2.2.2. Surat bantahan ini hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat

belas (14) hari dari tarikh iklan tender.

2.2.3. Sebarang keraguan terhadapnya hendaklah dirujukkan kepada pegawai yang berkenaan dan keputusan Kementerian adalah muktamad.

2.3. Perlanggaran Syarat-syarat Tender / Kontrak

2.3.1. Petender yang tidak mematuhi syarat-syarat Tender/Kontrak seperti

di para 2.3.1.1 hingga 2.3.1.2 boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti di para 2.3.1.3.

2.3.1.1. Kesalahan Melanggar Syarat Tender

2.3.1.1.1 Menarik diri 2.3.1.1.2 Pakatan Harga 2.3.1.1.3 Tidak Menyerahkan Jaminan Bank/Jaminan

Insuran dalam tempoh yang ditetapkan dalam Surat Setuju Terima

2.3.1.1.4 Memalsukan Maklumat dengan Tujuan Menyertai Tender

2.3.1.2. Kesalahan Kerana Melanggar Syarat Kontrak

2.3.1.2.1 Bekalan Lewat 2.3.1.2.2 Kurang Bekalan 2.3.1.2.3 Tidak Menepati Spesifikasi 2.3.1.2.4 Tiada Bekalan 2.3.1.2.5 ‘Sub-Kontrak’ (Sub kontrak adalah tidak

dibenarkan untuk melaksanakan pembekalan ini. Kementerian tidak akan bertanggungjawab terhadap pembayaran sub-kontraktor.)

2.3.1.2.6 Gugur Taraf Bumiputera (Jika berkaitan)

2.3.1.3 Jenis-jenis Tindakan/Hukuman

2.3.1.3.1 Amaran

Page 10: kenyataan tawaran tender sukan kolej matrikulasi · PDF fileDOKUMEN TENDER TENDER BAGI MEMBEKAL, ... Sekiranya wujud percanggahan ... Perlanggaran Syarat-syarat Tender / Kontrak

10

2.3.1.3.2 Menolak atau membatal tawaran petender atau kontrak

2.3.1.3.3 Batal Tajuk Pendaftaran 2.3.1.3.4 Penarikan Balik Taraf Bumiputra / Pembuat 2.3.1.3.5 Gantung Pendaftaran 2.3.1.3.6 Senaraihitam Ahli Lembaga Pengarah 2.3.1.3.7 Senaraihitam Syarikat

2.4. Setuju Terima Tender

2.4.1. Kerajaan adalah berhak menyetujuterima tender tersebut sama ada

kesemuanya ataupun sebahagian daripadanya. Kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling murah atau sebarang tawaran.

2.4.2. Kerajaan juga berhak untuk memilih lebih daripada satu Petender

untuk satu-satu kontrak jika difikirkan memberi faedah kepada Kerajaan.

2.4.3. Keputusan Kerajaan adalah muktamad. Kerajaan tidak akan melayan

sebarang surat menyurat yang berupa rayuan dari Petender-petender mengenai sebab-sebab tawaran mereka tidak berjaya. Petender yang berjaya akan dimaklumkan melalui Surat Setuju Terima (SST) seperti di (Lampiran J).

2.4.4. Kementerian ini akan memaklumkan keputusan tender melalui SST

serta pengiklanan keputusan di dalam laman web KPM/ BPPA. Sehingga itu petender tidak dibenarkan untuk merujuk kepada Kementerian ini untuk mendapatkan keputusan tender dengan apa jua cara sekali pun.

2.4.5. Sebelum keputusan tender dibuat, maklumat adalah dianggap sulit.

Tindakan undang-undang boleh diambil bagi mana-mana pihak yang tidak diberi kuasa untuk memperolehi, menyimpan serta mengedar maklumat sulit tersebut.

2.5. Bon Pelaksanaan

2.5.1. Petender-petender yang berjaya (dimaklumkan melalui Surat Setuju

Terima dari BPPA KPM), dikehendaki mengemukakan Bon Pelaksanaan di dalam bentuk Jaminan Bank dari bank-bank yang diluluskan dan berdaftar di Malaysia. Nilai Bon Pelaksanaan adalah seperti berikut:-

2.5.1.1. 2.5% - Daripada jumlah nilai kontrak bagi kontrak bekalan

yang kurang dari RM500,000.00 setahun.

Page 11: kenyataan tawaran tender sukan kolej matrikulasi · PDF fileDOKUMEN TENDER TENDER BAGI MEMBEKAL, ... Sekiranya wujud percanggahan ... Perlanggaran Syarat-syarat Tender / Kontrak

11

2.5.1.2. 5% - Daripada jumlah nilai kontrak bagi kontrak bekalan yang bernilai RM500,000.00 atau lebih setahun.

2.5.2. Bon Pelaksanaan hendaklah dikemukakan dalam Ringgit Malaysia

(RM) dari bank-bank atau institusi-institusi kewangan yang dibenarkan oleh Perbendaharaan sama ada dalam bentuk:

2.5.2.1. Jaminan Bank/Syarikat Kewangan yang dikeluarkan oleh

bank-bank/syarikat kewangan berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 yang beroperasi di Malaysia; atau

2.5.2.2. Jaminan Bank Islam yang dikeluarkan oleh bank-bank

berlesen di bawah Akta Bank Islam 1983 yang beroperasi di Malaysia; atau

2.5.2.3. Jaminan Insurans yang dikeluarkan oleh syarikatsyarikat

insurans yang berlesen di bawah Akta Insurans 1996 yang beroperasi di Malaysia; atau

2.5.2.4. Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh Syarikat Takaful yang

berlesen di bawah Akta Takaful 1984 yang beroperasi di Malaysia; atau

2.5.2.5. Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan

Malaysia Berhad (BPMB) dan Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia (SME Bank).

2.5.3. Tempoh sah laku jaminan tersebut hendaklah dari tarikh ianya

dikeluarkan sehingga dua belas (12) bulan selepas tarikh tamat kontrak atau selepas obligasi terakhir, mengikut mana yang terkemudian.

2.5.4. Selain daripada Jaminan Bank dipara 2.5.1, jaminan insuran dari

syarikat-syarikat insuran yang diluluskan dan berdaftar di Malaysia mengikut Akta Insurans 1963, sepertimana yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan boleh diterima sebagai kontrak yang bernilai tidak lebih daripada RM500,000.00.

2.5.5. Bon pelaksanaan akan dikembalikan setelah kontrak dilaksanakan

dengan sempurna dan memuaskan. Sekiranya kontrak itu tidak dilaksanakan dengan sempurna dan memuaskan, maka Bon Pelaksanaan itu akan dirampas.

2.5.6. Bon Pelaksanaan hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat

belas (14) hari dari tarikh Surat Setuju Terima tawaran dikeluarkan.

Page 12: kenyataan tawaran tender sukan kolej matrikulasi · PDF fileDOKUMEN TENDER TENDER BAGI MEMBEKAL, ... Sekiranya wujud percanggahan ... Perlanggaran Syarat-syarat Tender / Kontrak

12

2.5.5. Petender yang berjaya hendaklah menggunakan format Bon Pelaksanaan seperti di (Lampiran E) tanpa pindaan. Tempoh sah laku Bon Pelaksanaan hendaklah tamat satu (1) tahun selepas tarikh tamat kontrak.

2.6. Perubahan Syarat-Syarat

2.6.1. Kerajaan sentiasa berhak mengubah dari semasa ke semasa syarat-syarat yang terkandung dalam kontrak dan mulai dari tarikh yang dinyatakan oleh Kerajaan, pembekalan barang-barang atau perkhidmatan yang dikehendaki itu hendaklah mengikut perubahan-perubahan tersebut.

2.6.2. Sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan

perbelanjaan bagi pengeluaran atau tempoh pengeluaran, maka harga barang-barang yang terlibat dengan perubahan itu hendaklah dibuat dengan persetujuan kedua-dua pihak secara bertulis.

2.7. Kontrak

2.7.1. Petender yang berjaya adalah diwajibkan mengikat suatu kontrak dengan Kerajaan. Jenis kontrak yang diikat adalah Kontrak Pembekalan. Arahan, Syarat-Syarat Am, Syarat-syarat Khas dan syarat-syarat dalam surat tawaran adalah menjadi se bahagian daripada syarat-syarat kontrak.

2.7.2. Petender yang berjaya dikehendaki menyediakan tiga (3) salinan dokumen kontrak asal serta lima (5) salinan Kontrak Asal. Perbelanjaan tersebut akan ditanggung oleh petender yang berjaya.

2.8. Iklan

2.8.1. Tiada maklumat mengenai kontrak boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar, majalah atau alat pengiklanan yang terkini melainkan jika pengiklanan itu telah dihantar dan diluluskan oleh Kerajaan terlebih dahulu.

2.9. Penamatan Persetujuan

2.9.1. Syarikat adalah diwajibkan untuk mematuhi syarat-syarat perjanjian tender ini. Ketidakpatuhan kepada syarat-syarat tender boleh mengakibatkan pihak Kementerian untuk mengambil langkah-langkah penamatan perjanjian.

Page 13: kenyataan tawaran tender sukan kolej matrikulasi · PDF fileDOKUMEN TENDER TENDER BAGI MEMBEKAL, ... Sekiranya wujud percanggahan ... Perlanggaran Syarat-syarat Tender / Kontrak

13

2.9.2. Kementerian ini akan mengemukakan notis untuk tujuan penamatan

kontrak (NUTPK) kepada petender yang ditawarkan kontrak bekalan, bagi kegagalan pihak petender mengambil tindakan sewajarnya terhadap tuntutan secara bertulis daripada Kementerian ini. Dengan memberi notis bertulis kepada petender Kerajaan boleh terus menamatkan Persetujuan ini.

2.9.3. Jika Petender itu sebagai orang perseorangan atau, apabila Petender

itu adalah suatu firma, mana-mana pekongsi firma itu pada bila-bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah penerimaan atau perintah pentadbiran dibuat terhadapnya atau membuat suatu penyelesaian atau perkiraan dengan atau bagi faedah sipiutang-sipiutang, atau jika Petender itu adalah syarikat, meluluskan suatu perintah bahawa syarikat itu digantung (bukan suatu penggulungan ahli bagi maksud penyusunan atau penyatuan) atau pengurus bagi pihak seseorang sipiutang dilantik atau jika timbul keadaan-keadaan yang memberi hak kepada mahkamah membuat sesuatu perintah penggulungan.

Atau

2.9.4. NUTPK juga akan dikeluarkan kepada petender jika Kerajaan

mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Petender sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (sama ada dengan atau diluar pengetahuan Petender) melakukan perbuatan rasuah. Dengan sentiasa bersyarat bahawa penamatan Persetujuan ini tidak menyentuh hak-hak Kerajaan untuk mendapatkan balik gantirugi.

2.10. Pertikaian 2.10.1. Apa-apa pertikaian yang terbit di antara Kerajaan dengan Petender

mengenai pentafsiran, pengertian atau kuatkuasa persetujuan, atau hak dan tanggungan pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit darinya atau yang berhubung dengannya hendaklah kecuali selainnya dipersetujui dengan tertentu dengan bertulis di antara Kerajaan dengan Petender, dirujuk kepada penimbangtaraan dua orang, seorang dilantik oleh Kerajaan dan seorang oleh petender. Tiap-tiap seorang yang dilantik itu hendaklah bebas daripada pihak-pihak yang membuat persetujuan ini.

2.11. Undang-Undang

2.11.1. Persetujuan ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh

Undang-Undang Malaysia.

Page 14: kenyataan tawaran tender sukan kolej matrikulasi · PDF fileDOKUMEN TENDER TENDER BAGI MEMBEKAL, ... Sekiranya wujud percanggahan ... Perlanggaran Syarat-syarat Tender / Kontrak

14

3. SYARAT-SYARAT KHAS 3.1 Anggaran Keperluan/Kuantiti

3.1.1 Kuantiti yang diperlukan bagi tujuan tender adalah seperti yang

dinyatakan di dalam Jadual Harga (Lampiran C) dokumen tender.

3.2 Kontrak 3.2.1 Petender yang berjaya adalah diwajibkan mengikat suatu kontrak

dengan Kerajaan. Tempoh kontrak adalah selama satu (1) tahun. 3.2.2 Syarat-syarat dalam spesifikasi tender dan syarat-syarat dalam surat

tawaran adalah menjadi sebahagian daripada syarat-syarat kontrak.

3.2.3 Petender yang berjaya dikehendaki menyediakan tiga (3) salinan dokumen kontrak asal serta lima (5) pendua kepada Kontrak Asal. Perbelanjaan tersebut akan ditanggung oleh petender yang berjaya.

3.3 Tempoh Kontrak 3.3.1 Tarikh permulaan kontrak akan ditentukan kemudian dan

perbincangan akan diadakan di antara pihak syarikat dan pihak KPM. Walaupun begitu, tempoh kontrak akan bermula daripada tarikh yang dinyatakan dalam Surat Setuju Terima (SST). Walau bagaimanapun, Kerajaan adalah berhak menentukan tempoh kontrak yang sebenarnya.

3.4 Waranti 3.4.1 Tempoh minimum waranti bagi peralatan yang dibekalkan adalah dua

(2) tahun daripada tarikh dibekal atau dipasang dan ditauliahkan (jika berkenaan). Sekiranya di dalam tempoh waranti, Kerajaan mendapati peralatan tersebut tidak memuaskan atau rosak bukan disebabkan oleh penyalahgunaan atau kecuaian Kerajaan, Kontraktor hendaklah membaiki dan jika perlu mengganti mana-mana alat atau alat-alat yang tidak berfungsi dengan memuaskan dalam tempoh yang ditetapkan oleh Kerajaan tanpa apa-apa bayaran tambahan. Laporan-laporan mengenai kerosakan itu termasuk kerja-kerja pembaikan dan penggantian hendaklah dikemukakan kepada Kerajaan dalam dua (2) salinan.

3.4.2 Sekiranya kontraktor gagal peralatan berkenaan dengan memuaskan

maka Kerajaan berhak sama ada :

Page 15: kenyataan tawaran tender sukan kolej matrikulasi · PDF fileDOKUMEN TENDER TENDER BAGI MEMBEKAL, ... Sekiranya wujud percanggahan ... Perlanggaran Syarat-syarat Tender / Kontrak

15

3.4.2.1 Mendapatkan mana-mana orang berkelayakan bagi mengganti/membaiki peralatan itu di mana semua kos yang kena bayar bagi tujuan tersebut hendaklah ditanggung oleh kontraktor.

Atau

3.4.2.2 Memulangkan peralatan berkenaan dan kontraktor

hendaklah membayar denda, pampasan dan kos-kos yang terlibat dengan pemulangan itu.

3.4.3 Sekiranya kelewatan penggantian atau pembaikan mana-mana

peralatan yang tidak mengikut spesifikasi dengan memuaskan maka Kerajaan boleh mengenakan denda terhadap kontraktor sebanyak satu peratus (1%) daripada harga alat itu pada setiap tujuh (7) hari kelewatan tetapi tidak melebihi lima peratus (5%) harga alat itu.

3.5 Penyelenggaraan Dalam Tempoh Waranti 3.5.1 Petender yang berjaya adalah dikehendaki memberikan perkhidmatan

penyelenggaraan percuma bagi peralatan yang dibekalkan dalam tempoh waranti.

3.6 Latihan Pengendalian

3.6.1 Petender yang berjaya juga dikehendaki memberi latihan kepada Institusi Pendidikan yang menerima peralatan yang mana tempat, jangkamasa dan bilangan pelatih akan dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Latihan ini meliputi perkara-perkara yang ada kaitan dengan penggunaan, penyelenggaraan dan cara memperbaiki peralatan tersebut sekiranya rosak. Tarikh, masa serta lokasi latihan akan dimaklumkan oleh Kementerian ini kelak. (Jika Perlu)

3.7 Tempat Dan Masa Penghantaran

3.7.1 Semua kuantiti yang dipesan hendaklah dihantar pada tarikh dan tempat yang dipersetujui. Peralatan tersebut perlu dibekalkan ke sekolah-sekolah seperti yang dilampirkan di (Lampiran H) .

3.7.2 Penyerahan hendaklah dibuat semasa waktu pejabat mengikut masa

bekerja negeri-negeri terbabit.

Page 16: kenyataan tawaran tender sukan kolej matrikulasi · PDF fileDOKUMEN TENDER TENDER BAGI MEMBEKAL, ... Sekiranya wujud percanggahan ... Perlanggaran Syarat-syarat Tender / Kontrak

16

3.8 Harga 3.8.1 Harga tawaran petender hendaklah diisi secara atas talian melalui

sistem e-Perolehan. Jadual Harga dilampirkan seperti di (Lampiran C). Sesalinan Jadual Harga mestilah dilampirkan bersama dokumen sokongan kewangan. Sekiranya terdapat percanggahan maklumat pada jadual harga hardcopy yang dikemukakan, hanya tawaran harga yang diisi melalui sistem e-Perolehan yang ak an diambilkira .

3.8.2 Harga yang ditawarkan adalah harga tetap dan harga bersih dan

dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan hendaklah termasuk semua kos menghantar, memasang dan menguji pemasangan, pengujian (di mana perlu) serta mestilah harga yang sudah termasuk semua cukai atau duti kastam (TOTAL COST BID). Penilaian harga antara petender adalah berasaskan kepada jumlah harga keseluruhan. Sekiranya timbul masalah berhubung pengiraan harga, harga seunit tiap-tiap item akan diambil kira.

3.8.3 Petender yang menawarkan harga dalam mata wang asing atau

mengikut kadar perubahan mata wang asing tidak akan dipertimbangkan dan ditolak.

3.8.4 Sebarang tuntutan kenaikan harga bagi peralatan yang timbul akibat

daripada perbezaan tafsiran Kementerian dan petender mengenai spesifikasi peralatan tidak akan dilayan.

3.8.5 Tawaran harga hendaklah telah mengambil kiraan fi p erkhidmatan

bagi perolehan secara elektronik sebanyak 0.8% bagi setiap nilai pesanan kerajaan tertakluk kepada had maksimum RM 9 ,600 bagi pesanan Kerajaan melebihi RM 1.2 juta. Fi yang dike nakan ini adalah seperti yang termaktub dalam Terma dan Syara t bagi Pendaftaran Pembekal di bawah sistem e-Perolehan.

3.8.6 Kerajaan tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran harga

yang terendah.

3.8.7 Petender tidak dibenarkan membuat tawaran pilihan (alternative offer) bagi mana-mana item yang dimasuki.

3.8.8 Petender perlu mengambilkira kos-kos terhadap harga tawaran ke

Sabah dan Sarawak dalam cadangan tawaran harga.

3.8.9 Kerajaan tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua kelewatan untuk membuat cadangan harga melalui e-Perolehan dan kelewatan menghantar dokumen sokongan petender.

Page 17: kenyataan tawaran tender sukan kolej matrikulasi · PDF fileDOKUMEN TENDER TENDER BAGI MEMBEKAL, ... Sekiranya wujud percanggahan ... Perlanggaran Syarat-syarat Tender / Kontrak

17

3.9 Spesifikasi

3.9.1 Spesifikasi barangan yang dikehendaki adalah sepertimana yang dinyatakan dalam Jadual Spesifikasi (Lampiran D) dokumen tender. Jadual ini perlu diisi secara atas talian melalui s istem e-Perolehan . Sesalinan Jadual Spesifikasi mestilah dilampirkan bersama dokumen sokongan teknikal. Sekiranya terdapat percanggahan maklumat pada jadual yang dikemukakan , hanya tawaran teknikal yang diisi melalui sistem e-Perole han yang akan diambilkira .

3.9.2 Sebarang tuntutan kenaikan harga bagi mana-mana alat yang timbul

akibat daripada perbezaan di antara pentafsiran Kementerian dengan petender mengenai spesifikasi alat-alat yang berkenaan tidak akan dilayan.

3.9.3 Petender adalah dikehendaki mengunci masuk dengan jelas

spesifikasi alat yang ditawarkan. 3.9.4 Petender adalah dikehendaki mengisi dengan jelas dan lengkap

spesifikasi butiran yang ditawarkan di ruangan Jadual Spesifikasi. Sila rujuk). Jadual Spesifikasi (Lampiran D) yang tidak diisi ak an menyebabkan tawaran petender di tolak .

3.9.5 Petender dilarang meletakkan sebarang tanda pengena lan

syarikat pada Jadual Spesifikasi, brosur, katalog dan lain-lain dokumen sokongan .

3.9.6 Jika petender dapati bahawa ruangan dalam system e-Perolehan

adalah tidak mencukupi untuk mengunci masuk maklumat, maka, petender adalah digalakkan untuk memasuki maklumat secara manual dalam Lampiran D dan mengemukakan dokumen tersebut dalam sampul Teknikal ke dalam kotak tender. Petender adalah diingati supaya tidak meninggalkan apa-apa nama, maklumat atau petanda syarikat di atas dokumen ini. Kementerian mempunyai hak untuk mengeluarkan dokumen tersebut daripada proses penilaian teknikal jika didapati apa-apa nama, maklumat atau petanda syarikat di atas dokumen ini. Dokumen ini mesti bertaip .

3.9.7 Sekiranya wujud percanggahan maklumat antara maklumat dalam

e-Perolehan daripada salinan HARDCOPY, maka maklumat dalam e-Perolehan akan diguna pakai.

3.9.8 Kementerian berhak mengeluarkan jadual spesifikasi daripada proses

penilaian jika didapati terdapat sebarang tanda pengenalan syarikat di dalamnya.

Page 18: kenyataan tawaran tender sukan kolej matrikulasi · PDF fileDOKUMEN TENDER TENDER BAGI MEMBEKAL, ... Sekiranya wujud percanggahan ... Perlanggaran Syarat-syarat Tender / Kontrak

18

3.9.9 Petender dikehendaki menaip dengan jelas spesifikasi barangan yang ditawarkan pada ruangan Jadual Spesifikasi (Lampiran D) dan perlu diakses melalui sistem e-Perolehan serta diisi secara atas talian.

3.9.10 Semua peralatan yang ditawarkan perlu diberi maklumat terperinci

seperti Jenis / Model dan Negara Asal mesti diisikan dalam Jadual Spesifikasi (Lampiran D) di atas talian melalui sistem e-Perolehan.

3.9.11 Kerajaan tidak akan bertanggungjawab terhadap apa j ua

kelewatan untuk membuat cadangan spesifikasi melalu i e-Perolehan dan kelewatan menghantar dokumen sokongan petender .

3.10 Penghantaran 3.10.1 Petender berjaya hendaklah membuat penghantaran peralatan-

peralatan ke Institusi Pendidikan seperti berikut:

3.10.1.1 Kolej Matrikulasi Kedah Kementerian Pelajaran Malaysia 06010 Changlun, Kedah.

3.10.1.2 Kolej Matrikulasi Pahang Kementerian Pelajaran Malaysia 26300 Gambang, Pahang.

3.11 Tempoh Pembekalan

3.11.1 Tempoh pembekalan hendaklah dibuat sebelum 24 Disember 2008

dan penghantaran hendaklah terus ke Kolej Matrikulasi yang terlibat. 3.11.2 Petender dikehendaki mengemukakan Carta Gantt yang mengandungi

maklumat mengenai cadangan penghantaran ke semua tempat agihan peralatan.

3.12 Barang – Barang Buatan Tempatan

3.12.1 Petender yang menyertai tender ini digalakkan menawarkan Jenama

Peralatan buatan tempatan (Malaysia) . Salinan surat dari pembuat hendaklah dilampirkan bersama-sama dokumen tender.

3.12.2 Istilah barang buatan tempatan adalah seperti ditakrif dalam Akta

Penjelasan Perindustrian (ICA) 1975 (Akta 156). Di antara takrif-takrif yang berkaitan ada seperti berikut:-

3.12.2.1 ‘Pengilang’ ertinya seseorang yang mengambil bahagian

Page 19: kenyataan tawaran tender sukan kolej matrikulasi · PDF fileDOKUMEN TENDER TENDER BAGI MEMBEKAL, ... Sekiranya wujud percanggahan ... Perlanggaran Syarat-syarat Tender / Kontrak

19

dalam apa-apa aktiviti pengilang; 3.12.2.2 ‘Aktiviti Pengilang’ dengan perubahan-perubahan takrifnya

dan perbahasan-perbahasan seasalnya ertinya membuat, mengubah, mengadun, menghiasi, memperkemas atau dengan cara lain mengawit atau menyesuaikan apa-apa barang atau benda memandang kepada penggunaan, penjualan, pengangkutan, penyerahan atau pelupusannya dan termasuklah memasang bahagian-bahagian dan membaiki kapal tetapi tidak termasuk apa-apa aktiviti-aktiviti yang biasanya berkaitan dengan perdagangan jualruncit atau jualborong; dan

3.12.2.3 ‘Keluaran’ ertinya apa-apa barang, benda, bahan atau

perkhidmatan yang dikeluarkan sebagai hasil apa-apa aktiviti pengilangan dan termasuklah jeneka keluaran.

3.12.2.4 Barang-barang yang dibuat dan dikeluarkan oleh pengilang-

pengilang di dalam Zon Perdagangan Bebas ditakrifkan sebagai barangan buatan tempatan jika ianya dilabelkan sebagai ‘Buatan Malaysia’.

3.13 Katalog dan Contoh 3.13.1 Bagi setiap item yang ditawarkan, mestilah disertakan dengan dua (2)

salinan katalog iaitu asal dan salinan . Semua katalog/risalah mestilah di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja . Sekiranya salinan fotostat dikemukakan, salinan berkenaan hendaklah jelas, terang dan boleh dibaca.

3.13.2 Semua katalog atau risalah mestilah ditulis nombor kod dokumen

tender dan kod item yang dimasukinya. Katalog juga perlu ditandakan dengan warna atau pelekat warna agar mudah dikesan, di’tagging’ dan disusun mengikut susunan item yang sama pada Jadual Spesifikasi (Lampiran D). Nama petender atau sebarang pengenalan petender tidak boleh dicatatkan di atas katalog atau risalah yang disertakan . Petender dilarang meletakkan sebarang tanda pengenalan syarikat pada Jadual Spesifikasi, brosur, katalog dan lain-lain dokumen sokongan.

3.13.3 Petender juga DIWAJIBKAN untuk mengemukakan sampel contoh

peralatan BOLA yang dikempiskan dan JERSI, (Rujuk Jadual Spesifikasi-Lampiran D) serta menepati spesifikasi Kementerian semasa mengemukakan tawaran.Setiap contoh sampel peralatan perlu dinyatakan maklumat mengenai petender dan contoh sampel berkenaan tidak akan dikembalikan. Penghantaran contoh sampel adalah di atas tanggungjawab petender sendiri. Tawaran yang tidak

Page 20: kenyataan tawaran tender sukan kolej matrikulasi · PDF fileDOKUMEN TENDER TENDER BAGI MEMBEKAL, ... Sekiranya wujud percanggahan ... Perlanggaran Syarat-syarat Tender / Kontrak

20

disertai dengan katalog atau contoh item tidak akan dipertimbangkan.

3.14 Pembayaran 3.14.1 Semua pembayaran adalah dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM). 3.14.2 Kontraktor boleh membuat tuntutan pembayaran terhadap mana-mana

pesanan yang telah disempurnakan.

3.14.3 Pembayaran untuk tiap-tiap pesanan yang telah disempurnakan seboleh-bolehnya akan dibuat dalam tempoh empat belas (14) hari. Apabila kontraktor mengemukakan tuntutan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

3.14.3.1 Sijil Akuan Penerima (SAP) telah ditandatangani oleh pegawai

penerima sebagai pengesahan bahawa barang-barang atau alat-alat di terima dalam keadaan baik dan memenuhi spesifikasi yang di tentukan. Contoh Sijil Akuan Penerimaan adalah seperti di (Lampiran F).

3.14.3.2 Kontraktor hendaklah mengemukakan Sijil Akuan Penerimaan

(Lampiran F) dan inbois ke Jabatan Pengguna dan;

3.14.3.3 Kontraktor hendaklah mengemukakan tiga (3) salinan inbois dan Sijil Akuan Penerimaan (termasuk yang asal).

3.14.4 Bagi item-item yang mana kontraktor di perlukan membuat pemasangan

dan ujilari, pembayaran penuh hanya akan di buat sekiranya item-item berkenaan telah diuji dan dipasang dengan memuaskan. Untuk itu satu sijil di kenali sebagai Sijil Pemasangan dan Ujilari seperti di (Lampiran K) perlu disediakan oleh kontraktor dan ditandatangani oleh Pegawai Penerima sebagai bukti kerja-kerja pemasangan telah dijalankan. Sijil ini hendaklah dikemukakan bersama inbois dan SAP seperti disebut dalam para 3.14 apabila memohon pembayaran.

3.14.5 Pembayaran kepada Kontraktor tidak boleh dianggap sebagai perakuan

bahawa barang-barang itu adalah mengikut kualiti yang dikehendaki. Bayaran oleh Kerajaan tidak melepaskan Kontraktor atas tanggungjawab yang berkaitan di dalam kontrak.

3.15 Denda Lewat Bekal

3.15.1 Kontraktor mestilah menyempurnakan kontrak pembekalan dalam tempoh

yang telah ditetapkan dalam kontrak. 3.15.2 Kontraktor akan dikenakan denda sekiranya kelewatan yang berlaku adalah

berpunca daripada kontraktor sendiri. Cara perkiraan denda tersebut adalah mengikut formula berikut:

Page 21: kenyataan tawaran tender sukan kolej matrikulasi · PDF fileDOKUMEN TENDER TENDER BAGI MEMBEKAL, ... Sekiranya wujud percanggahan ... Perlanggaran Syarat-syarat Tender / Kontrak

21

Formula bagi mengenakan denda. 2.5% daripada nilai barang-barang yang dipesan jika kelewatan itu tidak melebihi tempoh penyerahan itu sebanyak dua kali ganda lamanya. 5% daripada nilai barang-barang yang dipesan jika kelewatan itu adalah lebih daripada dua kali ganda penyerahan itu.

Formula Denda:

V(T+D) x 2.5% @ 5%

T

Di Mana:

i. V : Nilai Bekalan Yang Lewat Dibekal ii. T : Tempoh Penghantaran Yang Ditetapkan III. D : Bilangan Hari Lewat

3.16 Tawaran Pilihan (Alternative Offer)

3.15.1 Petender tidak dibenarkan membuat tawaran pilihan (alternative offer) bagi mana-mana item-item yang dimasukinya.

3.17 Tempoh Sah Laku

3.17.1 Semua harga yang ditawarkan hendaklah sah laku (valid) dalam tempoh tidak kurang daripada 180 hari daripada tarikh tutup tender.

3.17.2 Mana-mana petender yang mengemukakan tempoh sah laku harga barang kurang daripada masa yang ditetapkan 180 hari tidak akan dipertimbangkan.

3.18 Asas Penilaian Teknikal 3.18.1 Penilaian teknikal akan mengambil kira perkara-perkara seperti berikut

sebagai asas penilaian yang akan dibuat:

3.18.1.1 Pematuhan kepada spesifikasi yang telah ditetapkan; 3.18.1.2 Keupayaan/kapasiti maksimum dan minimum; 3.18.1.3 Pematuhan kepada keperluan mandatori; 3.18.1.4 Tatacara ujian (methods of tests/test protocol); 3.18.1.5 Pemilikan loji dan peralatan asas yang utama yang terbukti

beroperasi untuk tahap minima;

Page 22: kenyataan tawaran tender sukan kolej matrikulasi · PDF fileDOKUMEN TENDER TENDER BAGI MEMBEKAL, ... Sekiranya wujud percanggahan ... Perlanggaran Syarat-syarat Tender / Kontrak

22

3.18.1.6 Kepantasan (speed); 3.18.1.7 Pematuhan kepada ciri-ciri keselamatan wajib; 3.18.1.8 Pematuhan kepada keutamaan teknikal, contoh: equipment

rating; 3.18.1.9 Mempunyai sijil ujian/pengesahan standard; 3.18.1.10 Keputusan ujian untuk ujian kualiti (quality control); 3.18.1.11 Jangka hayat dan faktor keupayaan; 3.18.1.12 Memenuhi keperluan pengguna dan berkualiti; 3.18.1.13 Keputusan ujian dan analisa; 3.18.1.14 Pematuhan kepada Standard Malaysia (MS) atau Standard

Antarabangsa; dan 3.18.1.15 Pematuhan penggunaan bahan/barangan tempatan yang

disenaraikan dalam senarai bahan/barangan binaan tempatan oleh IKRAM QA Services Sdn Bhd dan senarai bahan/barangan buatan tempatan yang dikeluarkan oleh SIRIM QAS Sdn Bhd.

3.19 Asas Penilaian Harga

3.19.1 Penilaian terhadap harga petender akan merangkumi aspek iaitu:

3.19.1.1 Syarat pembayaran, kadar pembayaran, tempoh bayaran,

diskaun dan sebagainya diambil kira; 3.19.1.2 Bagi tender yang melibatkan pelbagai item, analisis laris

penggunaan (fast moving item) hendaklah juga dibuat; dan

3.19.1.3 Di samping itu, Jawatankuasa perlu mengambil kira kriteria-kriteria berikut berdasarkan maklumat lengkap harga yang dimasukkan oleh petender, jika berkaitan iaitu:

3.19.1.3.1 Kos pengangkutan dan pengendalian; 3.19.1.3.2 Harga tawaran yang lengkap dan tiada kesilapan

dalam pengiraan. Sekiranya ada kesilapan pengiraan, Jawatankuasa perlu memaklumkan kesilapan pengiraan dan menyatakan pengiraan yang sepatutnya. Sekiranya terdapat kesilapan pengiraan oleh petender dan berlaku perbezaan harga di antara harga di dalam Bill Of Quantities (BQ)/Jadual Harga dan Borang Tender yang telah ditandatangani, harga di dalam Borang Tender hendaklah diguna pakai dalam menyusun harga petender;

3.19.1.3.3 Peratus keutamaan Bumiputera;

3.19.1.3.4 Harga FOB/CIF/ex-stock berdasarkan syarat-

Page 23: kenyataan tawaran tender sukan kolej matrikulasi · PDF fileDOKUMEN TENDER TENDER BAGI MEMBEKAL, ... Sekiranya wujud percanggahan ... Perlanggaran Syarat-syarat Tender / Kontrak

23

syarat yang ditetapkan dalam tender; 3.19.1.3.5 Harga seunit dan harga tawaran menyeluruh (total

bid cost) yang mengambil kira harga alat ganti dan perkhidmatan selepas jualan;

3.19.1.3.6 Duti dan cukai;

3.19.1.3.7 Jadual penghantaran; dan

3.19.1.3.8 Jadual pembayaran.

3.20 Asas Penilaian Keupayaan Kewangan Petender 3.20.1 Penilaian ke atas kedudukan syarikat perlu dibuat. Ini bagi memastikan

syarikat yang terpilih adalah berkeupayaan dan kukuh dari segi kedudukan kewangannya dalam menyempurnakan obligasi kontrak. Kegagalan untuk menyemak kedudukan keupayaan kewangan petender boleh mengakibatkan perolehan lewat dilaksanakan dan risiko kegagalan petender untuk menyelesaikan obligasinya bagi sesuatu perolehan tersebut boleh berlaku.

3.20.2 Beberapa dokumen berkaitan kedudukan kewangan petender perlu

dikemukakan bersama dokumen tender antara lain seperti:

3.20.2.1 Profil dan kedudukan kewangan petender yang mengandungi maklumat terperinci tentang latar belakang dan keupayaan kewangan petender;

3.20.2.2 Salinan Penyata Kewangan Syarikat yang telah disahkan dan

diaudit oleh Juruaudit bertauliah bagi tahun kewangan terakhir atau sekiranya tiada, bagi tahun kewangan setahun sebelumnya;

3.20.2.3 Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank mengenai wang dalam

tangan petender bagi tiga (3) bulan terakhir sebelum tarikh tutup tender;

3.20.2.4 Laporan Bank/Institusi Kewangan mengenai kedudukan

kewangan petender termasuk kemudahan kredit yang disediakan oleh Bank/Institusi Kewangan.

Page 24: kenyataan tawaran tender sukan kolej matrikulasi · PDF fileDOKUMEN TENDER TENDER BAGI MEMBEKAL, ... Sekiranya wujud percanggahan ... Perlanggaran Syarat-syarat Tender / Kontrak

24

4. DOKUMEN-DOKUMEN YANG MESTI DIISI DAN DIKEMBAL IKAN

4.1 Dokumen-dokumen yang perlu dikembalikan mestilah di taip (bagi dokumen-dokumen yang perlu diisi dan menghendaki ulasan/penyenaraian sahaja) dan dikembalikan ke Kem enterian. Dokumen-dokumen yang perlu dikembalikan kepada Keme nterian adalah :

a) Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor

b) Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera c) Keterangan Mengenai Petender Lampiran A (termasuk penyata/borang/keterangan) d) Surat Akuan Petender Lampiran B e) Jadual Harga Lampiran C (2 salinan – Asal dan salinan saiz A4) f) Jadual Spesifikasi Lampiran D (2 salinan – Asal dan salinan saiz A4)

g) Katalog-katalog dan sampel

4.2 Petender-petender yang tidak mengemukakan semua dokumen seperti yang dinyatakan di atas akan menyebabkan tawarannya tidak akan dipertimbangkan.

4.3 Senarai semak pengemukaan dokumen adalah seperti di Lampiran G. 5. PENYERAHAN DOKUMEN TENDER

5.1 Tender-tender yang telah siap (Jadual Spesifikasi Teknikal dan Jadual

Harga) hendaklah diasingkan dalam dua (2) sampul yang berlainan dan kedua-dua sampul ini hendaklah dimasukkan dalam satu (1) sampul surat/bungkusan berlakri (bersama-sama dengan dokumen lain) dengan mencatatkan Tajuk serta Kod Tender :

Page 25: kenyataan tawaran tender sukan kolej matrikulasi · PDF fileDOKUMEN TENDER TENDER BAGI MEMBEKAL, ... Sekiranya wujud percanggahan ... Perlanggaran Syarat-syarat Tender / Kontrak

25

TENDER BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MEMASANG PERAL ATAN SUKAN KE KOLEJ MATRIKULASI KEDAH DAN KOLEJ MATRIKUL ASI PAHANG DI

BAWAH BAHAGIAN MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MA LAYSIA

KOD TENDER : 103/2008 dan dialamatkan kepada :- Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset, D/A Sek. Keb. Putrajaya Presint 14(1)

No. 1, Jalan P14, Presint 14 62000 Putrajaya

5.2 Semua tender mestilah dimasukkan ke dalam peti tender yang telah

ditentukan pada waktu pejabat di alamat seperti di atas tidak lewat daripada tarikh dan waktu yang ditetapkan seperti berikut:

Tarikh : 13 Oktober 2008 (Isnin) Masa : Sebelum pukul 12.00 tengahari 5.3 Kementerian ini tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau

kelewatan penghantaran borang-borang penyertaan tender akibat daripada kesilapan peti yang dimasukkan atau tender-tender yang dihantar melalui pos atau kesilapan menghantar borang-borang penyertaan ke tempat yang lain.

6. HAL-HAL LAIN

6.1 Jika ada kemusykilan mengenai tender ini, semua petender bolehlah merujuk kepada Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Telefon : 03-88903180(Unit Peralatan Am B)

(En. Muhammad Faizal Haji Yusof atau Pn. Noridatol Badriah Norizan)

Faks : 03-88903169 (Unit Peralatan Am B) E-mel : [email protected] atau [email protected]