KEPEKAAN NOMBOR.docx

1
KEPEKAAN NOMBOR Kepekaan nombor bermaksud celik akal terhadap nombor serta hubungan dalam nombor. Individu yang memiliki kepekaan nombor yang baik biasanya mempamerkan ciri-ciri berikut semasa melakukan pengiraan secara mental, keupayaan berfikir secara logik, keupayaan merancang dan megawal, fleksibal dan kemahiran mengadaptasi secara wajar. Kemahiran di atas sangat penting dan harus dikuasai oleh setiap individu bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah- masalah nombor dalam kehidupan harian mereka. Pada tahap awal penguasaan matematik diperoleh kanak-kanak melalui kepekaan terhadap nombor. Konsep nombor ialah suatu idea abstrak mengenai ukuran yang meliputi ruang lingkup luas dan boleh diaplikasikan dalam pelbagai keadaan. Contohnya, nombor empat: empat meter, jam empat petang, empat ringgit, empat rakaat dalam sembahyang,empat harakat dalam sebutan tajwid dan sebagainya. Kepelbagaian bentuk ukuran yang boleh digambarkan melalui konsep nombor menjadikan ia suatu konsep sesuai bagi menggambarkan perkara di sekeliling kita. Kanak-kanak kecil mula memperoleh kepekaan nombor melalui pengalaman mereka mendengar perkataan berkaitan nombor dan bilangan, melihat simbol berkaitan nombor (contohnya duit, jam dan sebagainya). Pengalaman semasa membuat perbandingan antara yang banyak dengan yang sedikit contohnya. Kepekaan terhadap bentuk geometri seperti segi empat, segi tiga, kiub dan piramid juga memberikan mereka kepekaan awal terhadap objek matematik. Kepekaan inilah yang dibawa mereka ke alam persekolahan. Kanak-kanak yang mempunyai kepekaan nombor lebih mudah menyesuaikan diri dengan pelajaran matematik yang diajar di sekolah. Kajian juga ada menunjukkan bahawa kemahiran menggunakan nombor dan menjalankan operasi menggunakan nombor (contoh yang paling asas ialah menambah, menolak, mendarab dan membahagi) merupakan asas penting dalam pendidikan matematik tahap lebih tinggi. Konsep nombor juga menyediakan suatu sistem yang berupaya membentuk minda kanak-kanak untuk berfikir secara sistematik menggunakan disiplin logik. Contohnya, kita ingin membuat perbandingan di antara dua batang kayu, satu panjang dan pendek. Panjang dan pendek boleh diukur secara kasar dan memberikan ukuran berbentuk kualitif. Jika digunakan konsep nombor, saiz kayu itu boleh diberikan nilai tertentu.

Transcript of KEPEKAAN NOMBOR.docx

Page 1: KEPEKAAN NOMBOR.docx

KEPEKAAN NOMBOR

Kepekaan nombor bermaksud celik akal terhadap nombor serta hubungan dalam

nombor. Individu yang memiliki kepekaan nombor yang baik biasanya mempamerkan ciri-ciri

berikut semasa melakukan pengiraan secara mental, keupayaan berfikir secara logik,

keupayaan merancang dan megawal, fleksibal dan kemahiran mengadaptasi secara wajar.

Kemahiran di atas sangat penting dan harus dikuasai oleh setiap individu bagi membolehkan

mereka menyelesaikan masalah-masalah nombor dalam kehidupan harian mereka.

Pada tahap awal penguasaan matematik diperoleh kanak-kanak melalui kepekaan

terhadap nombor. Konsep nombor ialah suatu idea abstrak mengenai ukuran yang meliputi

ruang lingkup luas dan boleh diaplikasikan dalam pelbagai keadaan. Contohnya, nombor

empat: empat meter, jam empat petang, empat ringgit, empat rakaat dalam sembahyang,empat

harakat dalam sebutan tajwid dan sebagainya. Kepelbagaian bentuk ukuran yang boleh

digambarkan melalui konsep nombor menjadikan ia suatu konsep sesuai bagi menggambarkan

perkara di sekeliling kita. Kanak-kanak kecil mula memperoleh kepekaan nombor melalui

pengalaman mereka mendengar perkataan berkaitan nombor dan bilangan, melihat simbol

berkaitan nombor (contohnya duit, jam dan sebagainya). Pengalaman semasa membuat

perbandingan antara yang banyak dengan yang sedikit contohnya. Kepekaan terhadap bentuk

geometri seperti segi empat, segi tiga, kiub dan piramid juga memberikan mereka kepekaan

awal terhadap objek matematik. Kepekaan inilah yang dibawa mereka ke alam persekolahan.

Kanak-kanak yang mempunyai kepekaan nombor lebih mudah menyesuaikan diri

dengan pelajaran matematik yang diajar di sekolah. Kajian juga ada menunjukkan bahawa

kemahiran menggunakan nombor dan menjalankan operasi menggunakan nombor (contoh

yang paling asas ialah menambah, menolak, mendarab dan membahagi) merupakan asas

penting dalam pendidikan matematik tahap lebih tinggi. Konsep nombor juga menyediakan

suatu sistem yang berupaya membentuk minda kanak-kanak untuk berfikir secara sistematik

menggunakan disiplin logik. Contohnya, kita ingin membuat perbandingan di antara dua batang

kayu, satu panjang dan pendek. Panjang dan pendek boleh diukur secara kasar dan

memberikan ukuran berbentuk kualitif. Jika digunakan konsep nombor, saiz kayu itu boleh

diberikan nilai tertentu.